PENYAPU SIAL |
- vincent tan gagah kerana punya teloq....pondannya najib kerana hilang teloq...
- Di Bawah UMNO : Petronas dan lain-lain syarikat bakal BANGKRAP.....!!!!!!
- ari tu kacau parti orang lain boleh la nie...orang lain kacau parti sendiri tak boleh..
- hoorey kapal selam kedua sampai.....dulu kapal KD altantuya tak boleh menyelam....kini KD Monggolia pula tiba...tak boleh berenang....!!!!!
- dasar penyamun dan pemeras rakyat...pantang di tegur ...permit kena gantung...
- dah nak bangkrap......masih nak blackmail PKR....
- Siapa Pun Boleh Jadi MB Selangor AsalKan Bukan dari Umno
- SAMAN SUARA KEADILAN ...ADAKAH RAKYAT AKAN DIAM DENGAN TINDAKAN FELDA INI...????
- BETUL KATA TOKEH SYARIKAT RM 2 ....BINI NAJIB PUN PATUT SPRM SIASAT JUGA KALAU ADA TELOQ...!!!!
| vincent tan gagah kerana punya teloq....pondannya najib kerana hilang teloq... Posted: 02 Jul 2010 09:01 AM PDT Vincent Tan lebih gagah dari Najib Sekalipun PM telah umumkan niat asal untuk luluskan judi bola terbatal - kejayaan desakan pihak di luar Kerajaan - Vincent Tan bangkit tunjukkan keberaniannya. 1. Vincent Tan mengadakan perjumpaan dengan penganalisa perniagaan judi tiga hari selepas Najib umum lesen judi bola tak jadi lulus. 2. Dalam perjumpaan itu, Vincent Tan tunjukkan surat kelulusan asal bertarikh 13 Januari tahun ini. Vinvent Tan masih menekankan Kerajaan Najib telah pun memberikan kelulusan bertulis. Enam bulan kemudian, kerana desakan bertubi-tubi, barulah kelulusan itu ditarik balik. Syabas Vincent Tan! Lulus kata lulus. Ternyata Vincent Tan tak peduli apa UMNO nak kata. Dia dedahkan keadaan sebenar. Ini baru betul-betul raja judi. UMNO terkebil-kebil dengan tindakan berani Vincent Tan. Tak ada siapa berani tegur. Lepas laku taukeh besar kita ini. Nasib baik ada rakyat yang sedar. Ada gerakan politik yang bersepadu. Dap yang memberikan ukuran moral yang memalukan UMNO. Ada UMNO Johor (atas pengaruh Muhyidin atau takut kalah pilihanraya?) turut sama akhirnya menolak kelulusan ini. UMNO Kelantan, Terengganu dan Kedah tak seberani UMNO Johor. Kelu membisu. 3. Pagi sebelum Vincent Tan menemui para penganalisa industri perjudian dalam majlis makan tengahari, Vincent Tan melalui syarikatnya Berjaya Corp mengeluarkan satu kenyataan bertulis menyatakan kesal yang amat sangat di atas pembatalan itu. Sekali lagi, dalam kenyataan bertulis itu, disebut bahawa 'pembatalan itu dibuat selepas sebelum ini Kementerian Kewangan telah meluluskan semula lesennya' - dan ayat berkenaan digaris untuk memberikan penekanan. Maknanya, Vincent Tan bercakap benar dan beliau mahu buktikan beliau bercakap benar. Ada orang lain bercakap tidak benar. 4. Dalam pertemuan itu juga, Vincent Tan yakin pelan perjudiannya akan diperbahurui semula pada masa akan datang. KUALA LUMPUR, June 28 — Tycoon Tan Sri Vincent Tan today accused illegal bookmakers of spending millions of ringgit to fund a campaign to torpedo his plans for legalised football betting, and would wait for the right conditions to revive plans, gaming analysts said today. Malaysian Insider. Bila? Selepas pilihanraya umum nanti? Selepas Pakatan Rakyat tak kuat? He also told gaming industry analysts that Pakatan Rakyat (PR) was to blame for the Najib administration's backtracking, Vincent Tan terang-terang salahkan Pakatan Rakyat atas pembatalan itu. Dia tak salahkan mufti-mufti atau Utusan Malaysia atau Perkasa. Menarik juga. Apa yang Vincent Tan nak kata, kalau BN menang besar pilihanraya akan datang, hidup semula lah lesen judi bola beliau. Sekarang, kita nak siapa gagah? Rakyat gagah melalui Pakatan Rakyat sehingga lesen ini tak boleh lulus selama-lama atau nak Vincent Tan dan BN gagah untuk mereka laksanakan niat tertunda mereka? 5. Dalam perjumpaan sama, didedahkan bahawa Kerajaan pernah bayar ganti rugi kepada Berjaya Corp atas pembatalan lesen yang telah mereka perolehi sebelum itu. Pembatalan tahun 1990 (masa DSAI jadi Menteri Kewangan?) bolehkan Berjaya Corp dapat ganti rugi sebanyak 18.9 juta. Beliau nak kata, kali ini, Berjaya Corp akan dapat ganti rugi sekali lagi kerana Menteri Kewangan memang dah bagi kelulusan. Vincent Tan nampaknya bukan sahaja kaya, tetapi pemimpin UMNO, tak ada yang dia segan atau takut.... cetusan-hati |
| Di Bawah UMNO : Petronas dan lain-lain syarikat bakal BANGKRAP.....!!!!!! Posted: 02 Jul 2010 08:52 AM PDT Di Bawah UMNO : Petronas dan lain-lain syarikat Rugi Lagi!
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjangkakan keputusan yang lebih baik untuk tahun kewangannya yang berakhir 31 Mac, 2011, meskipun dengan meningkatnya kebimbangan berhubung pemulihan ekonomi global, kata presiden dan ketua pegawai eksekutif, Shamsul Azhar Abbas semalam. "Bahagian yang paling mencabar (dalam bergerak ke hadapan) ialah bagaimana untuk menguruskan kos berikutan keadaan tidak menentu di ekonomi-ekonomi zon Euro serta Amerika Syarikat serta pertumbuhan keterlaluan di China," kata beliau dalam taklimat media mengenai prestasi kewangan Petronas. "Kami amat selesa sekarang dengan angka suku pertama dan berharap ianya lebih baik dalam tahun-tahun mendatang," kata beliau ketika ditanya mengenai tinjauan kewangan kumpulan. Bergerak ke hadapan, Shamsul Azhar berkata Petronas sedang meninjau untuk menyemak kembali pengembangan global seberang lautnya. Beliau berkata kumpulan mungkin mengurangkan pelaburan seberang laut dan memberi fokus lebih kepada memajukan dan mendapatkan telaga-telaga minyak walaupun amat mahal untuk berbuat demikian. "Kami akan beralih sedikit daripada carigali kepada pengeluaran. Kita ambil kurang risiko dalam carigali, majukan kawasan prospektif yang tinggi tetapi pada masa yang sama kembangkan lagi bidang-bidang pembangunan dan pengeluaran," tambah beliau. Pasaran pula menguar-uar yang Petronas mahu menutup operasi seberang lautnya. Shamsul Azhar berkata Petronas akan meningkatkan operasinya domestiknya untuk memberi fokus kepada carigali dalam bidang-bidang yang ia telah ketepikan sebelum ini. Ditanya mengenai tinjauan industri, beliau berkata purata harga minyak mentah Malaysia dijangka berada antara US$70 dan US$80 setong untuk baki tahun ini. "Jika harga bergerak pada paras ini, kita seharusnya berasa selesa," tambah beliau. Untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2010, purata pengeluaran domestik Petronas ialah 1.11 juta tong bersamaan minyak (BOE) sehari yang mewakili 68.2 peratus purata jumlah pengeluaran negara. Jumlah pengeluaran minyak dan gas untuk Malaysia untuk tahun ini ialah 1.7 peratus lebih rendah pada 1.63 juta BOE sehari. Purata pengeluaran domestik untuk minyak dan gas oleh kumpulan Petronas terdiri daripada kelayakan jumlah pengeluaran Malaysia serta pengeluaran oleh cabang carigali milik penuhnya, Petronas Carigali Sdn Bhd. Jumlah aset kumpulan setakat 31 Mac, 2010, ialah RM410.9 bilion sementara dana pemegang saham ialah RM242.9 bilion. Bernama Cilakak putar alam punya media pencacai, yer le tu "Keuntungan Rendah" apsal ko tak kasi tau direct "RUGI"..macam "RASUAH" diputar belit media UMNO jadi Politik Wang. dan yang sekarang ini...felda rugi berbilion ringgit ..apa sudah jadi...apa nak tolong melayu kelentong melayu ka.... FELDA, di bawah Najib, telah menyaksikan kehilangan wang berjumlah RM3-8 ribu juta ringgit. Yang saya pelik, FELDA ni rata-rata penyokong tegar UMNO/BN. Sepatutnya UMNO jaga penyokong tegar mereka lebih baik dari rakyat Malaysia yang lain. Tapi, penyokong kuat dia sendiri pun, dia tipu. Bayangkan orang-orang seperti kita yang tidak menyokong UMNO ataupun hanya sokong sikit2 ataupun atas pagar. Mereka akan tipu kita sampai kita menunggeng. Apa salahnya orang FELDA pada UMNO sehingga Najib lesapkan BERIBU-RIBU juta ringgit hanya dalam beberapa tahun. Lepas tu, hantar menteri separuh tiang nama Ahmad Mazlan. BIla disoal di Parlimen, dia beri jawapan haprak. Jawapan yang penuh dengan pertanyaan. Contoh paling besar adalah mengapa FELDA belanja hampir RM2 billion semata-mata untuk tanam semula? Padahal setiap pekerja FELDA memotong gaji mereka untuk kos tanam semula setiap bulan. Apabila Ahmad Mazlan dah malu sebab beri jawapan haprak, dia nak saman Berita Keadilan pulak. Semua ni, sebenarnya nak tutup pekung Najib dan UMNO. Rekod Najib, apabila beliau mentadbir, semuanya akan bocor dan gagal. Beli Kapal Selam tak boleh menyelam, duit FELDA habis semua hampir lingkup, beli parachute tak bukak sampai berbelas-belas anggota tentera kita mati dsbnya. Hakikatnya, Najib tidak pandai mentadbir Malaysia. UMNO pula tidak boleh bersih dari amalan kotor dan korupsi. Korupsi UMNO sudah begitu teruk sehingga penyokong tegar mereka (yakni orang2 FELDA) pun UMNO/Najib nak kikis. Inilah contoh penyamun tarbus. Patutlah negara kita nak bangkrap. UMNO ni tak kira siapa, asalkan boleh buat duit, mereka akan tipu. Hatta penyokong-penyokong mereka sendiri pun mereka nak kebas. Falsafah UMNO dalam membangun negara: Biar Pape Asal Gaye" Buat sahaja segala yang mereka kehendaki, tak perlu risau projek tersebut untung atau rugi. Dan kalau rugi pun, rakyat Malaysia yang tanggung, bukan UMNO dan bukan kroni-kroni UMNO. |
| ari tu kacau parti orang lain boleh la nie...orang lain kacau parti sendiri tak boleh.. Posted: 02 Jul 2010 06:06 AM PDT .Jeffrey perlu urus perjuangan politik sendiri sebelum campur tangan dalam urusan parti lain Pemuda Umno Sabah Khamis mengkritik Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan kerana cubaan beliau untuk mencampuri isu parti politik lain walaupun beliau gagal dalam menguruskan perjuangan politik sendiri. Umno tidak perlu risau atau mengendahkan serangan pemimpin PKR yang cuba menyerang kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno Sabah, kata ketuanya Azman Ruslan. Beliau berkata pemimpin PKR bebas melakukan apa-apa sahaja kerana situasi yang semakin terdesak untuk mengalih perhatian rakyat. Apabila pemimpin PKR membidas kepimpinan BN dan Umno Sabah, beliau berpendapat bahawa rakyat Sabah dapat melupakan masalah dan krisis dalaman parti PKR yang sedang berlaku. Azman mengulas bahawa Jeffrey tidak layak mengkritik urusan parti lain sedangkan beliau masih merasa was-was dengan hala tuju politik sendiri. Azman berkata, Jeffrey sebagai seorang pemimpin yang berpendidikan tinggi patut membela nasib dan kesejahteraan rakyat terutamanya penduduk luar bandar. Menjawab dakwaan Jeffrey bahawa Umno Sabah semakin angkuh, Azman berkata dakwaan itu tidak berasas kerana Sabah mencatat jumlah keanggotaan tertinggi iaitu sebanyak 449,805 ahli. penyapu sial Begitulah UMNO tidak sedar diri bertapak di sabah jadi angkuh, kasihan dengan orang sabah ekonomi pun kena kawal oleh UMNO parti yang tidak sedar diri ini.. syukur lah sarawak tidak UMNO masuk dan orang sarawak rata-rata memang tidak suka UMNO di Sarawak. "HIDUP SARAWAK TANPA UMNO" JANGAN CAMPUR DALAM URUSAN PARTI LAIN PEMUDA UMNO SABAH SEPERTI MELUDAH KE LANGIT TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI. MARAH SANGAT SI AZMAN (UMNO) KEPADA JEFFREY (PKR) KERANA DIKATAKAN INGIN MENCAMPURI URUSAN UMNO SABAH. TAK NAMPAKKAH DIA KAT SELANGOR TU SI BANJINGAN UMNO ASYIK NAK MENCAMPURI URUSAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PIMPINAN PKR. MACAM-MACAM ISU SENSITIF SENGAJA DITIMBULKAN UNTUK MENJATUHKAN PIMPINAN PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR DARI ISU b**i, AZAN, KUIL, KEPALA LEMBU, PASIR DAN KEPIMPINAN MB KHALID. TU DI PERAK KERANA UMNO TERLAMPAU MENCAMPURI URUSAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PIMPINAN PAS, AKHIRNYA PERAK JATUH MELALUI PINTU BELAKANG DAN DISAHKAN ISTANA DAN MAHKAMAH. UMNO GAGAL UNTUK MENGKUCAR-KACIRKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI PULAU PINANG DAN KEDAH. UMNO TIDAK AKAN BERJAYA UNTUK MENGKUCAR-KACIRKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KELANTAN PIMPINAN PAS. PAS AKAN MEMERINTAH KELANTAN BUAT 1000 TAHUN LAGI INI MEMBUAT UMNO KEMPUNAN UNTUK MEMERINTAH KELANTAN YANG MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. UMNO TAKUT UNTUK KE SARAWAK DAN PAKATAN RAKYAT AKAN MEMERINTAH SARAWAK SELEPAS PRU 13 DAN PAKATAN RAKYAT AKAN MENAKLUK SABAH DAN MENGHALAU UMNO KELUAR DARI SABAH. Sungguh ke tiada masalah dalaman dalam UMNO/APCO? Rasanya masalah dalaman Umno/APCO lebih parah dari PKR.. Jika dilihat, masalah dalaman PKR sengaja di wujudkan oleh Umno/APCO... Sebenarnya tiada masalah yang rumit atau besar dalam PKR tetapi yang menjadi dalang dan mewujudkan bermacam macam masalah dalam PKR adalah sang Umno/APCO.. Umno/APCO tidak mengendahkan sangat PAS atau DAP tetapi mereka menggeruni PKR kerana DSAI dan PKR mampu menggugat kedudukan Umno/APCO.. Umno/APCO masih dalam dilemma kerana DSAI berjaya menyatukan semua kaum dan bangsa tanpa mengira ugama dalam 1 parti dimana ini tidak dapat dilakukan oleh Umno sekian lama... Memecah belahkan PKR adalah agenda penting Umno/APCO untuk menyelamatkan kedudukan Umno/APCO untuk meneruskan hikayat menipu rakyat dan membolot harta negara yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat yang sangat memerlukan... Jika terjadi masalah dalam PKR yang pastinya didalangi oleh Umno/APCO haram jadah.. Berbagai cara dan helah telah Umno/APCO gunakan untuk memecah belahkan PR khususnya PKR.. Selangor dibawah pentadbiran PKR telah menyaksikan banyak tindakan2 extrem dan serangan yang didalangi oleh Umno dan yang pasti semua tindakan2 bodoh ini diajar oleh APCO.. Namun PKR masih gah dan berjaya menangkis semua serangan bodoh dari Umno/APCO haram jadah... Umno/APCO bila nak usung kepala B A B I pula? Umno/APCO menyalah gunakan kuasa yang disedekahkan oleh rakyat dengan mengawal semua jabatan2 dan badan2 bebas termasuk media... Kini Umno/APCO mempunyai banyak kuda untuk ditunggangi dan melancarkan serangan tanpa bukti terhadap PR... SPR, SPRM, MAHKAMAH, POLIS dan MEDIA bagaikan hanya bekerja demi Umno/APCO.. Hakikatnya,, jika tiada Umno/APCO maka tiada lah masalah dalam PR dan mahupun di negara ini... Singkirkan Umno/APCO dari bumi malaysia demi kesejahteraan RAKYAT DAN NEGARA... 1 undi untuk Umno/APCO/BN bermaksud kita membenarkan mereka merompak hasil negara dan menyusahkan rakyat. SAY NO TO UMNO SAY NO TO APCO SAY NO TO BN SAY NO TO UMNO/APCO/BN |
| Posted: 02 Jul 2010 05:52 AM PDT Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak tiba di Lumut Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak, selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut pada jam 4.40 petang Jumaat. Sambutan rasmi ketibaan KD Tun Razak itu diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Dihilir Perak Raja, Jaafar Raja Muda Musa. Turut menyambut ketibaan kapal itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. KD Tun Razak akan meneruskan pelayaran ke Pangkalan Kapal Selam di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah selepas seminggu di Lumut. Ia memulakan pelayaran pulang dari Toulon, Peranchis sejak 30 April lalu dan dikendalikan sepenuhnya oleh 32 pegawai dan anggota TLDM. KDTun Razak dinamakan bersempena Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, sebagai mengenang jasa negarawan ulung itu atas sumbangannya kepada kemerdekaan, permodenan, pentadbiran dan pembangunan negara. Ia bergerak dengan tenaga diesel dan boleh beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter. Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman tiba di Pelabuhan Klang pada 3 September, tahun lalu. Pemilikan kapal selam itu adalah sejajar dengan keperluan serta tanggungjawab yang diamanah kepada TLDM bagi memastikan perairan negara termasuk Zon Ekonomi Eksklusif dikawal dan dipertahankan pada setiap masa. - Bernama penyapu sial poorahhh....dua dua kapal besi buruk....reject dari kerajan belanda hendak di lupuskan....dasar penyamun....komisen dan laba punya hal.....habis duit rakyat di jolikan beli menatang yg tak bawa paedah malah bawa padah...kapal selam yang dah hilang ' kejantanannya " d rogol oleh najib,razak baginda dan kroni kroni UMNO-APCO....!!!!! |
| dasar penyamun dan pemeras rakyat...pantang di tegur ...permit kena gantung... Posted: 02 Jul 2010 05:44 AM PDT KDN gantung permit Suara Keadilan ![]() Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung akhbar PKR - Suara Keadilan berkuatkuasa semalam kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Dalam kenyataanya, KDN dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh tabloid itu dan permit penerbitan tahunannya yang tamat tempoh semalam, tidak akan diperbaharui. Sehubungan itu, kata setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, Datuk Zaitun Ab Samad, mulai semalam permit penerbitan akhbar PKR itu tidak lagi sah dan ia tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan. "Panel penilaian permohonan permit penerbitan dan lesen mesin cetak, KDN telah bersidang pada 1.7.2010 dan membuat keputusan - tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan oleh pihak Suara Keadilan bertarikh 29.6.2010 yang diterima pada jam 4.45 petang hari yang sama berkaitan dengan surat teguran Kementerian ini. "Tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan oleh Editor Suara Keadilan, Encik Dzulkarnain Taib melalui suratnya bertarikh 29.6.2010 yang diterima pada 30.6.2010 jam 12.00 tengahari berkaitan artikel bertajuk "Felda Bankrap," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Zaitun, permohonan pembaharuan permit Suara Keadilan yang tamat tempoh pada 30 Jun lalu akan hanya dipertimbangkan apabila penjelasan yang memuaskan diterima daripada pihak berkenaan. "Satu surat akan dikeluarkan kepada pencetak berkenaan untuk memaklumkan agar tidak mencetak penerbitan ini sehingga satu keputusan mengenai permohonan pembaharuan permit tersebut dikeluarkan oleh Kementerian ini," katanya. Tindakan diskriminasi terhadap media ang tidak sehaluan dengan kerajaan sudah lama berlaku. Permit akhbar Harakah misalnya telah beberapa kali digantung, namun gelombang rakyat tidak mampu disekat sekalipun oleh bapak KDN. |
| dah nak bangkrap......masih nak blackmail PKR.... Posted: 02 Jul 2010 05:26 AM PDT RM200 juta: PKR akan jawab di mahkamah Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menjelaskan tidak akan melayan tuntutan RM200 juta dan tidak akan memohon maaf kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) seperti dituntut mereka berhubung laporan 'Felda Bankrap' akhbar Suara Keadilan. Naib Presidennya, Sivarasa Rasiah (gambar) berkata, pihaknya bersedia ke mahkamah bagi mengemukakan segala bukti terhadap pendedahan yang dilakukan itu. "Pendirian kita jelas, memang kita tidak akan layan dan kita akan jawab di mahkamah," katanya yang juga Ahli Parlimen Subang, ketika ditemui di Parlimen hari ini."Kalau mereka ingin membawa kes itu ke mahkamah kita alu-alukan," tambahnya lagi. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuntutan ganti rugi Felda terhadap parti itu dan Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd sebagai penerbit serta Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd. "Berhubung perkataan 'bankrap', maksud kita jelas bahawa penyelewengan berlaku sehingga menjejaskan kewangan Felda," jelasnya lagi. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada satu sidang media di Parlimen hari ini memaklumkan peguam Felda telah menghantar notis tuntutan saman fitnah kepada ketiga-tiga penama tersebut. Ketiga-tiganya diminta membayar RM200 juta dan membuat permohonan maaf kepada Felda dalam masa 7 hari bermula hari ini atau berdepan tindakan saman di mahkamah. Harakahdaily |
| Siapa Pun Boleh Jadi MB Selangor AsalKan Bukan dari Umno Posted: 02 Jul 2010 05:16 AM PDT TIDAK kira siapa mahu jadi MB di Selangor. Apa yang penting mesti kita tentukan adalah MB Selangor mestilah dari PR bukannya dari Umno. Lagi pun, isu yang dihebohkan oleh media pencacai sekarang ini bukan masalah besar sangat pun. Cuma, beberapa pihak yang tidak puas hati dengan pendekatan YB Khalid mentadbir Negeri Selangor. Itu sahaja. Ini masalah `khilaf' bukan masalah pokok. Apa yang aku tidak berapa senang adalah sikap pemimpin kita yang masih mahu bercakap dengan media pencacai seperti dari TV 3 suku tu YB Azmin pun bercakap dengan TV 3 suku begitu juga dengan YB Khalid. Kita sudah kenal stail dan cara media haprak itu memainkan isu, kita masih lagi mahu bercakap dengan lidah syaitan tersebut. Hasilnya, selepas mereka dapatkan kenyataan dari YB Azmin dan YB Khalid, yang memberi ulasan pula diberikan kepada firaun besar dari Kulim YB Zul si tukang putar belit untuk mengulas. Apa lagi, orang mengantuk disorong bantal lah jawabnya. Kita sibuk minta rakyat boikot media haprak itu, tetapi pemimpin kita masih mahu percaya kepada puak mereka. Rugi sangatkah kita jika tidak bercakap dengan TV 3 suku atau Utusan Meloya? Nasib baik TV 3 suku tidak minta raja sesumpah Senatak Ezam untuk mengulas isu di Selangor. Jika tidak, sudah pasti raja sesumpah akan menyebut bahawa DS Anwar lah puncanya yang berlaku di Selangor. Bukankah Senatak Ezam itu tidak boleh bercakap jika tidak sebut nama DS Anwar? YB Zul Kulim pun sebut nama DS Anwar juga. Dia kata apa yang berlaku di Selangor adalah kerja DS Anwar. Beliau juga sebut, bila kununnya krisis ini memuncak, DS Anwar lari ke luar negara. Bodohnya peguam seperti beliau ini, tidakkah beliau tahu DS Anwar akan hadir sewaktu pemukiman PKR yang dijadualkan hari ini di Selangor? Mengapa mahu kata DS Anwar melarikan diri? Di dalam kongres PKR di Kelantan baru-baru ini, DS Wan Azizah sendiri mahu YB Khalid kekal sebagai MB Selangor. Jadi, apa masalahnya untuk dikaitkan dengan DS Anwar? Adakah DS Wan Azizah juga bertentangan dengan DS Anwar? DS Anwar berada di luar negara kerana beliau tahu sebenarnya bukan ada masalah besar yang berlaku di Selangor. Kununnya krisis besar berlaku di Selangor hanyalah cerita dari media haprak itu sahaja. Apa yang berlaku menunjukkan di dalam PR kesemua pemimpin boleh ditegur tidak seperti di dalam Umno. Pemimpin pula bersedia untuk ditegur seperti yang dikatakan oleh YB Khalid bahawa beliau bersedia menerima apa jua memorandum atau desakan jika ada dari mana-mana pihak di dalam PKR. Itu beza kita dengan Umno. Apa yang penting, jika MB Selangor memang patut diganti maka ganti sahaja asalkan Selangor tidak dipimpin kembali oleh Umno. Jika YB Khalid patut dikekalkan, maka kekalkan sahaja. Pada saya, besar sangatkah salah YB Khalid sehingga patut diganti? Jika sekadar silap pendekatan, memadai ditegur dan YB Khalid perlu menukar pendekatan agar selari dengan dasar parti beliau. mandur |
| SAMAN SUARA KEADILAN ...ADAKAH RAKYAT AKAN DIAM DENGAN TINDAKAN FELDA INI...???? Posted: 01 Jul 2010 03:06 PM PDT Saya seronok membaca kenyataan Ahmad Maslan. Felda menyaman PKR dan Suara Keadilan. Tajuk berita Suara Keadilan ' Felda Bangkrap' dikira memfitnah Felda. Ternyata Felda terdesak menutup perbincangan bagaimana rizab tunai susut lebih cepat dari paip bocor. Felda memang belum bangkrap. Bangkrap yang dipakai sebagai tajuk oleh Suara Keadilan juga bukan bermaksud begitu. Saman satu cara. Jika ada pihak yang takut lalu membisu, seronoklah Felda. Cerita ia berbelanja besar akan tertutup. Tidak semudah itu. Saya yakin ramai pihak akan membantu Suara Keadlan merangka afidavit mendetailkan pemborosan-pemborosan dan pebelanjaan yang mengeringkan kantong Felda. Afidavit ini boleh dipetik pula oleh apa saja media. Mungkin, kesan tidak memihak kepada Felda. Itu sebab saya seronok. Ini 'launching pad' untuk gerakan membongkar Felda mendapat tempat terhormat. Jika Felda benar dan perbelanjaannya prudent, tidak ada salah menjemput MP ke satu taklimat Felda. Buka untuk pertanyaan. Ajak media ikut sama. Bentangkan penyata yang diodit. Jelaskan rasional tiap perbelanjaan dan pelaburan. Rakyat rasa puas. Keraguan hilang. Keyakinan terbina. Maruah Felda memuncak. Ahmad Maslan menekankan nilai saman RM 200 juta. Sekalipun Suara Keadilan ditakdirkan membayar semua saman itu, ia tidak cukup untuk menampung akaun Felda yang kekeringan. Pada waktu Felda hauskan 200 juta dari Suara Keadilan, rakyat hauskan penjelasan tentang kedudukan Felda. Kehausan ini terus membengkak sekalipun Felda memfailkan sepuluh saman lagi. Husam Musa |
| BETUL KATA TOKEH SYARIKAT RM 2 ....BINI NAJIB PUN PATUT SPRM SIASAT JUGA KALAU ADA TELOQ...!!!! Posted: 01 Jul 2010 03:02 PM PDT Bala: Deepak, Rosmah 'taja' lawatan saya ke London Penyiasat persendirian P Balasubramaniam berkata wang yang digunakan bagi membiayai lawatannya ke London bagi perjumpaan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah dibatalkan disalurkan oleh tokoh perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan dan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Peguam Balasubramaniam, Americk Singh Sidhu, berkata beliau telah diarahkan oleh anak guamnya bagi menjawap kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada sidan media di lobi parlimen semalam. Zahrain semalam menuntut SPRM supaya menyiasat individu yang menaja penerbangan Balasubramaniam dan penginapannya di London. Menurut Americk, Balasubramaniam menyokong sepenuhnya cadangan Zahrain. "Wang yang akan digunakan oleh beliau bagi lawatan ke London dan penginapan hotel di sana datang dari dana yang beliau terima daripada Deepak yang diberikan oleh Rosmah, yang merupakan penaja sebenar," katanya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, Americk (kanan) berkata SPRM wajar menyiasat kedua-dua mereka. Bala menghilangkan dirinya selepas menarik balik akuan bersumpah (SD) yang dibuatnya pada Julai 2008. Ketika itu, belia mendakwa pembabitan adik Perdana Menteri, datuk Seri Najib Razak dan Deepak terbabit dengan penarikan akuan bersumpahnya itu. Pada arazak baginda acquitted 311008 09kuan pertamanya, Balasubramaniam mendakwa Najib yang memperkenalkan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu kepada rakan akrabnya yang juga penganalisis politik Abdul Razak Baginda. Balasubramaniam dijadualkan tiba di London hari ini dari destinasi yang dirahsiakan dan sepatutnya diwawancara oleh SPRM pada Isnin depan bagi melancarkan siasatan ke atas peranan Nazim dan Deepak. Bagaimanapun timbalan pesuruhjaya SPRM, Mohd Sukri Abdull, menukar keputusan itu dan mengumumkan semalam bahawa lawatan mereka telah dibatalkan. Sebaliknya, SPRM akan membekalkan salinan soalan kepada peguam Balasubramaniam untuk dijawap sebagai afidavit. Americk sejak itu membidas SPRM berhubung pendiriannya yang sering berubah dan tidak serius menjalankan wawancara. malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from PENYAPU SIAL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan