Khamis, 29 Julai 2010

pemuda cheh

pemuda cheh


Masalah Air Dalam Aduan Rakyat TV3.. Terkena Hidung Juara Rakyat.

Posted: 29 Jul 2010 08:14 AM PDT


Kasihan benar tatkala mendengar rintihan dan keluhan warga Felda Mayam dan Purun dalam Parlimen Bera berkenaan masalah air yang disiarkan oleh TV3 menerusi slot "Aduan Rakyat" malam tadi. Tersentuh hati mendengar tangisan mereka yang sduah 35 tahun tidak didengari itu. Sudah berkali-kali pilihanraya umum berlaku, namun janji tetap tinggal janji. Nasib mereka terus terabai, hinggalah ada manusia seperti "Karam Singh Walia" (foto) datang membantu.



Sekurang-kurang pendedahan yang dibuat oleh TV3 malam tadi dapat memberi sedikit pengajaran buat Kerajaan Negeri Pahang dan Felda terutamanya untuk membantu. Maka, dihantarnya Timbalan Pengarah JBA Negeri Pahang untuk berdialog dengan rakyat. Apa yang berlaku, rakyat sudah muak dengan janji-janji manis itu sebenarnya.
Mana perginya pemimpin setempat yang kononnya ingin menjadi juara rakyat. Felda Mayam dan Felda Purun terletak dalam DUN Triang yang diwakili oleh Leong Ngah Ngah (DAP). Bukan dia yang wajar dipersalahkan sebenarnya, tetapi sikap acuh tidak acuh kerajaan negeri dan Felda itu sendiri yang harus dipersalahkan. Sebagai ADUN pembangkang, sudah semestinya beliau tidak mempunyai kemampuan untuk melakukan perubahan besar di situ. Tambahan pula dengan dinafikan peruntukan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk membela rakyat disitu.
Maka, yang mempunyai wang untuk membantu ialah UMNO BN. Soalnya, mana pergi Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob itu agaknya?. Kelibatnya amat diperlukan oleh rakyat di kawasan itu. Kenapa beliau tidak berani ke depan untuk "mendahulukan rakyat" atau sekurang-kurangnya menjadi "juara rakyat" dalam isu ini?.


Rakyat Menanggung Derita Sejak 30 Tahun Lalu

Tepuk dada tanya selera, itulah hakikatnya. Jika dikatakan kawasan itu tidak dibantu kerana kawasan pembangkang. Maka apa bezanya dengan kawaasan felda yang lain di seluruh negeri ini?. Masalah air ini telah melanda sejak 30 tahun yang lalu namun hingga ke hari ini ia masih lagi gagal diselesaikan. Janjilah apa sahaja, namun segalanya tingga janji semata-mata. Sedangkan rakyat terus merana terutamanya tatkala ada kenduri kendara atau musim perayaan tiba. Anak menantu takut untuk balik ke kampung halaman masing-masing akibat "dihantui dengan masalah air" yang melanda. Kini, apakah lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dan mereka hanya mampu berserah mengarapkan simpati. Masalahnya, mereka tidak terdaya untuk mengajar puak-puak UMNO BN ini dalam setiap kali musim pilihanaraya. Marah akhirnya bertukar sayang seketika kepada BN dan Felda gara-gara diberikan "gula-gula pilihanraya". Selepas itu mereka merana menanggung sengsara akhirnya. Inilah senarionya yang berlaku sejak sekian lama. Soalnya sekarang, kenapa masalah ini gagal diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Pahang khasnya Felda itu sendiri. Masalah yang sama pernah disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada tahun 2003 yang lalu. Ia melibatkan kawasan Felda di Wilayah Jengka. Janji kerajaan ia akan diselesaikan, namun kini hanya tinggal janji semata-mata. Kononnya masalah air dikawasan Felda berlaku akibat masalah saluran paip lama yang berkarat dan sudah tidak sesuai digunakan. Maka mereka mahu menukarkannya dengan saluran paip baru yang lebih berkualiti dengan anggaran mencecah RM2 bilion ketika itu.

Dahulukan Projek Mega Daripada Nasib Rakyat

Soalnya, kenapa hingga kini gagal diselesaikan. Alasan diberikan peruntukan tidak mencukupi. Tetapi masalahnya, Felda mempunyai banyak wang dan mereka lebih rela menyusutkan rezab tunai melebih RM2 bilion sejak 6 tahun lalu. Kenapakah masalah rakyat begitu sukar diselesaikan, tetapi yang lain lebih didahulukan. Menara Felda, hotel dan projek-projek mega mereka agungkan dengan menggunakan duit peneroka tetapi kenapa masalah peneroka tidak mahu diselesaikan?. Apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah bila kerajaan UMNO BN dan Felda laksanakan projek mega mereka ada pula duit. Namun begitu, bila mahu membela dan membantu rakyat mereka menggunakan berbagai alasan. Inilah dia dasar UMNO BN yang bakal menjerat mereka dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Laungan "rakyat didahulukan" hanyalah "omongan kosong" untuk semata-mata. Jika benar mahu dahulukan rakyat, kenapa sampai berpuluh tahun masalah air di Felda ini gagal diatasi. Anehnya, Kerajaan Negeri Pahang beriya-iya benar pula untuk menjual air ke Selangor, sedangkan rakyat sendiri menderita. Apakah kerana projek Empangan Klau itu harganya lumayan dan mereka menerima komisyen yang boleh dimakan hingga ke tujuh keturunan, maka itulah projek tersebut tetap mahu diteruskan biarpun mendapat bantahan daripada sebahagian besar penduduk terutamanya masyarakat orang asli di situ. Inilah dasar mereka sebenarnya. Nasib rakyat "bagai telur dihujung tanduk" dan diperkotak-katikkan sesuka hati mereka. Jika inilah caranya, memang wajarlah rakyat menolak BN dalam Pilihanraya Umum akan datang sebenarnya. Mereka perlu diajar dan ditunjuk jalan pulang, jika rakyat mahukan perubahan nasib mereka.

Melayu serba salah: nak sokong UMNO takut terus dibohongi

Posted: 29 Jul 2010 05:17 AM PDT

Orang Melayu sedang keliru dan sedang tercari-cari penyelesaiannya. Orang Melayu terutamanya yang sayangkan UMNO sendiri semuanya keliru dan kekeliruan ini ialah kerana keadaan semasa yang mana mereka tidak tahu untuk berbuat apa-apa bagi penyelesaiannya.
Benar kah jika UMNO diketepikan oleh rakyat Melayu akan hilang kekuasaan? Jika ianya benar rakyat terpaksa mempertahankan parti kita ini 'at all cost' dan pastikan rakyat memberikan mandat lagi kepada UMNO dan sekutunya dalam BN.


Apabila UMNO kembali berkuasa persoalannya bagaimana kita hendak mengelakkan harta benda rakyat dari dikikis oleh pemimpin dan kroni mereka melalu 'projek privatisation' yang menjadi modus operandinya?

Yang terakhir kita dengar dan tahu bagaimana tanah lapangan terbang Sungei Besi akan di berikan kepada orang-orang yang rapat dengan pucuk pimpinan negara.

Blog ini pernah mencadangkan agar tanah yang sangat bernilai ini diberikan munafaatnya kepada rakyat dengan membina Park yang luas untuk mengimbangi pembangunan Kuala Lumpur dengan pembangunan hijauan sepertikotaraya besar dinegara-negara maju.

Ramai rakyat bertanya jika UMNO ini masih diberikan kuasa mampu kah ia menjauhkan diri dari melakukan kemaksiatan mentadbir negara ini.

Kalau UMNO masih lagi memerintah bolihkah pimpinan memastikan perbelanjaam membeli peralatan tentara misalnya tidak ditambah kepada harga sebenarnya sebagai cara mendapatkan kamsen bukan.

Kamsen yang diterima bukannya diatas keuntungan syarikat yang menjual barangan kepada kita tetapi melalui 'inflated prices' yang kita cadangkan kepada mereka yang menjual peralatan-peralatan itu. Harga tambahan itu akan kembali kepada mereka yang berkuasa dan jumlahnya sangat besar; dalam ratusan juta ringgit.

Semuanya ini dapat dikesan oleh rakyat dan tidak boleh menyorokkan fakta yang melibatkan transaksi-transaksi tersebut. Rakyat sudah jemu dengan sikap kepimpinan kita merompak wang rakyat dan mengeringkan kantung negara.

Apabila kantung negara kekeringan pemimpin yang sama juga akan menarik balek subsidi yang masih diperlukan rakyat dan pendeknya rakyat terpaksa menang kos yang terlalu mahal untuk mengekalkan pemimpin-pemimpin yang rasuah ini.

Kalau UMNO masih berkuasa apakah kepastian yang pemimpin-pemimpin yang dikedepankan itu tidak ada imej yang baik seperti Nor Mohammad Yakcop, Nazari dan banyak lagi perasuah-perasuah disetiap peringkat.

Sebelum rakyat memberikan mandat sekali lagi mampukah MACC membawa kemuka pengadilan perasuah-perasuah berprofil tinggi yang begitu ramai?

Dari Perlis sampailah keSabah rakyat bercerita tentang pertimbangan samada untuk memberikan tugas terus kepada parti UMNO dan sekutunya memerintah negara kita ini.

Rakyat sudah sampai kepersimpangan dalam membuat keputusan samada untuk teruskan memberi mandat kepada UMNO dan sekutunya.

Rakyat sudah merasa ngeri untuk menyokong kepimpinan UMNO pada hari ini melihatkan UMNO tidak juga tidak berubah malahan bertambah parah sikapnya. UMNO terus menghadapi krisis keyakinan rakyat keseluruhannya.

UMNO seolaj-olah menjadi entity bisnes bagi anak isteri pemimpin kita untuk mengaut kekayaan yang terlalu berlebihan dan tidak ada perasaan segan dan silu berbelanja harta rakyat untuk memenuhi nafsu nafsi dan syahwat kehidupan terus menerus.

Pemimpin-pemimpin kita seolah-olah sudah hilang terus hidayah dan sudah tidak tahu dan mengenali lagi yang mana salah dan yang benar. Dalam pada itu rakyat dari hari kehari merasakan himpitan kos kehidupan yang tinggi dan melambung.

Skandal PKFZ: Ling Liong Sik didakwa menipu

Posted: 29 Jul 2010 02:34 AM PDT


Bekas menteri pengangkutan  Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya berhubung pembabitannya dengan skandal Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA. Beliau adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau tiba di mahkamah sebentar tadi dengan ditemani oleh isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya.
Ling didakwa menipu kerajaan dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.
Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.
Sehubungan itu, beliau dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bekas menteri pengangkutan itu juga berikan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin ditetapkan pada RM1 juta.
Hakim, Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.
Sebelum ini, desas desus seorang personaliti terkenal dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen itu menyaksikan puluhan wartawan, termasuk agensi berita luar negara bekejar ke mahkamah sejak awal pagi ini.

Kebanyakan mereka berhimpun di lobi dan pintu masuk mahkamah manakala ada pula yang menunggu di kawasan sekitarnya.
Pada jam 4 petang tadi, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga timbalan pendakwa raya, termasuk ketua pendakwa Tun Abdul Majid Hamzah, tiba di mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan.
Dua y
ang lain itu adalah Manoj Kurup and Dzulkifli Ahmad.
Sebelum kehadiran mereka di mahkamah, sebuah kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.
Adalah dipercayai dakwaan itu mungkin berkaitan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang kerugian berbilion ringgit.

Guan Eng Minta SDO Beri Penjelasan Isu Perobohan Gerbang Taman Botanik

Posted: 28 Jul 2010 11:31 PM PDT

Pergeseran di antara Ketua Menteri, Lim Guan Eng dengan Pegawai Pembangunan Persekutuan (SDO) Nik Ali Nik Mat Yunus berterusan, Rabu, apabila Lim menuntut Nik Ali menjawab pertanyaan Kerajaan Negeri, siapakah yang bertanggungjawab ke atas kos untuk merobohkan gerbang Taman Botanik yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.
Menurut Lim, kos untuk merobohkan gerbang condong itu menelan belanja sebanyak RM90,000 manakala kos untuk membinanya pula menelan belanja RM150,000.

Jadi kata Lim, keseluruhannya, sejumlah RM240,000 wang pembayar cukai telah dibelanjakan ke atas satu projek yang tidak membawa manfaat kepada rakyat.
Bercakap dalam sidang akhbar di sini, Lim berkata, oleh kerana projek itu adalah projek persekutuan, SDO adalah pihak yang bertanggungjawab menjawab semua soalan itu walaupun beliau menafikan pejabat SDO terlibat dalam mengendalikan projek berkenaan.
Diminta mengulas satu posting di dalam laman blog "www.pisau.net," yang menunjukkan Lim sedang duduk di barisan hadapan bersama-sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yaacob ketika majlis pelancaran pembinaan kereta api baru Bukit Bendera tahun lalu, Lim berkata, beliau enggan terlibat dalam menjawab isu tersebut kerana perkara itu telahpun dirujuk ke mahkamah.
Sebelum ini, Nik Ali dituduh sebagai tidak menghormati ketua menteri itu apabila beliau didakwa tidak menyediakan kerusi di barisan utama untuk Lim.
Lim kemudian mengesahkan yang beliau sedang dalam proses untuk menyaman akhbar Kumpulan Utusan berhubung isu tersebut atas kapasitinya sebagai ketua menteri.
Beliau berkata, Pengerusi DAP, Karpal Singh, akan mengendalikan kes tersebut.
Dalam pada itu Lim menjelaskan, kerajaan negeri sentiasa menghargai dan menghormati semua kakitangan awam tetapi tidak kepada mereka yang bertindak sebagai "Little Napoleans".

Subsidi untuk rakyat dipotong, Subsidi untuk IPP dikekalkan

Posted: 28 Jul 2010 09:54 PM PDT

Baru-baru ini, Petronas merungut kerana terpaksa menanggung beban subsidi gas sejumlah RM116 bilion, malah menyatakan harapannya agar kerajaan menunaikan janji untuk memansuhkan subsidi secara beransur-ansur.  Di samping itu, sementara Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan potongan subsidi minyak, gas dan gula, subsidi kepada korporat dikekalkan sebaliknya, memberi manfaat yang terbesar kepada penjana kuasa bebas (IPP).
Sesetengah orang menuding jari terhadap IPP, lantaran daripada double standard yang diamalkan oleh PM Najib dalam isu subsidi.  Dalam satu kenyataan oleh Persatuan IPP pada 21 Julai 2010, mereka menafikan bahawa IPP menerima manfaat daripada subsidi gas, sebaliknya mendakwa bahawa manfaat ini disalurkan kepada pengguna melalui Pass-through mechanism.
Menurut Persatuan IPP, dalam model operasi IPP yang sedia ada, harga gas ditetapkan oleh kerajaan, dan gas ini dibekalkan kepada IPP.  Dalam hal ini, IPP yang menandatangani kontrak dengan TNB (Tenaga Nasional Berhad), hanya berperanan sebagai pembekal eletrik, dan tidak terlibat dalam hal ehwal pengguna.
PPA yang berat sebelah
Bagaimanapun, kenyataan Persatuan IPP ini hanya benar secara luarannya.  Sememangnya IPP tidak memperolehi manfaat kewangan secara langsung daripada subsidi gas ini, tetapi IPP telah mengaut keuntungan yang besar secara tidak langsung daripada subsidi gas ini.  Pada hakikatnya, Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement, PPA) antara kerajaan, TNB dengan IPP menjadi punca kepada mekanisme subsidi ini.
Seandainya dilihat dari struktur sektor bekalan elektrik secara menyeluruh, TNB adalah pembekal elektrik yang utama, dengan kira-kira 60% aset kilang penjana elektrik di Semenanjung Malaysia, dan 55% aset kilang penjana elektrik di seluruh Malaysia.  Sementara itu, IPP menguasai 40% aset kilang penjana elektrik di seluruh Malaysia, di samping 5% yang selebihnya dimiliki SESB di Sabah dan SESCo di Sarawak.
Sektor elektrik merupakan pengguna terbesar dalam pasaran gas semulajadi.  Menurut laporan kewangan Petronas pada tahun 2009, 59.7% gas semulajadi  disalurkan kepada sektor elektrik, dan kira-kira dua pertiga daripadanya pula dibekalkan kepada IPP.  Jikalau dilihat mengikut nisbah, IPP merupakan unit penerima subsidi gas yang terbesar dalam sektor elektrik.
Menurut maklumat daripada laporan kewangan Petronas pada tahun 2007, Petronas telah menanggung beban subsidi gas sebanyak RM58.2 bilion untuk sektor elektrik mulai tahun 1997.  RM27.6 bilion (47%) daripadanya dibekalkan kepada IPP, sementara TNB memperolehi subsidi gas sebanyak RM21.2 bilion (37%).  Malah, RM9.4 bilion (16%) yang selebihnya, dikongsi oleh perusahaan kecil dan sederhana, bidang komersial dan rumah tangga.  Jelas, IPP memperolehi subsidi gas yang tertinggi.
Petronas kini membekalkan gas semula jadi kepada sektor elektrik pada harga RM6.40 per mmBtu (Million Metric British Thermal Units), selepas subsidi.  Menurut harga antarabangsa pada pertengahan Julai, harga pasaran gas semulajadi adalah USD 4.39 atau RM14/mmBtu.  Dengan kata lain, IPP membeli gas semula jadi dengan harga RM7.60 (55%) lebih rendah daripada harga pasaran, selepas subsidi yang sudah tentu tidak kecil angkanya.
Subsidi menguntungkan IPP
Seandainya mengikut kenyataan Persatuan IPP, manfaat daripada subsidi akan dialihkan kepada pengguna melalui Pass-through mechanism.  Pada hakikatnya, keadaan tidak berlaku sebagaimana yang diperkatakan.  Setelah membeli gas semulajadi dengan harga yang lebih rendah dari pasaran, IPP tidak membekalkan elektrik kepada TNB dengan harga rendah, sebagaimana yang dijangkakan.  Sebaliknya, IPP menjual elektrik dengan harga yang lebih tinggi kepada TNB, lantas mengaut keuntungan berganda daripadanya.
TNB terpaksa membeli kuasa elektrik daripada IPP dengan harga yang lebih tinggi, kerana terikat dengan PPA, wahal kos TNB untuk menjana elektrik sendiri jauh lebih rendah daripada kosnya membeli dengan IPP.  Akhirnya, beban peningkatan kos TNB dipindah kepada pengguna, apabila TNB meminta agar kerajaan meluluskan kenaikan harga elektrik.  Dengan kata lain, pengguna bukan sahaja tidak dimanfaatkan daripada subsidi, sebaliknya menanggung kos untuk membeli elektrik daripada IPP.
Lebih-lebih lagi, syarat-syarat yang berat sebelah dalam PPA telah mencungkil pertikaian.  Jeff Rector, seorang pengkaji dari Universiti Stanford di bawah The Program on Energy and Sustainable Development, pernah mengemukakan satu laporan berjudul The IPP Investment Experience in Malaysia pada tahun 2005.  Menurut laporan tersebut, syarat take or pay yang digariskan dalam PPA menyatakan bahawa TNB bertanggungjawab untuk membiayai kuasa elektrik IPP, sama ada bekalan tersebut diperlukan atau tidak.
Menurut laporan ini, kesemua IPP fasa pertama menjana kuasa elektrik dengan gas semulajadi, yang dibekalkan Petronas secara khususnya.  Syarat PPA menyatakan bahawa risiko kenaikan kos gas semulajadi ditanggung sepenuhnya oleh Petronas.  Malah, dalam PPA untuk IPP fasa pertama, bekalan elektrik ditetapkan pada harga antara 13.7 sen dengan 15.5 sen per kilowatt-hour, jelas lebih tinggi daripada kos yang dihasilkan TNB sendiri.
Harga ini ditetapkan dengan mengambil purata anggaran inflasi untuk tempoh 21 tahun.  Maka dengan ini, untuk beberapa tahun pada peringkat awal secara khususnya, IPP akan mengaut keuntungan yang besar, dan keuntungan akan berkurang apabila sampai ke peringkat akhir tempoh 21 tahun ini.  Malah, IPP berpeluang untuk menjelaskan kos permulaannya (modal) pada peringkat awal tempoh 21 tahun ini, dan terus menikmati keuntungan setahun demi setahun kemudiannya.
Selain itu, Jeff Rector mendedahkan bahawa lima buah IPP fasa pertama dijamin dengan pulangan 20%, dalam perjanjian konsesi ini.  Tetapi, IPP ini memperolehi pulangan yang lebih tinggi pada akhirnya.
IPP menjadi beban TNB
Manfaat sebagaimana yang disebut di atas tidak dikecapi oleh IPP fasa kedua, apabila PPA menyatakan bahawa risiko kos kenaikan harga bahan bakar ditanggung bersama oleh TNB dan IPP.  Namun demikian, syarat take or pay tetap dikekalkan, iaitu TNB wajib membeli kuasa elektrik daripada IPP, sama ada perlu atau tidak.  Syarat inilah yang menjurus kepada masalah 40% lebihan kapasiti elektrik (unutilized capacity), yang dihadapi oleh TNB.
Jelas, IPP menjadi beban TNB.  Dalam satu wawancara bersama Business Time, yang disiarkan pada 2 Mac 2009, bekas Ketua Pegawai Kewangan TNB, Izzaddin Idris  (gambar kanan) berkata, setinggi 80% kos operasi TNB dalam laporan kewangan tahun 2008 digunakan untuk membiayai IPP, perlombongan arang dan gas semulajadi yang dibekalkan Petronas.  Antaranya, RM8.7 bilion digunakan untuk membiayai IPP, dengan RM4.8 bilion daripadanya untuk bekalan elektrik.
Izzaddin Idris berkata, TNB akan memperuntukkan RM5 bilion untuk hasilan kuasa elektrik pada tahun kewangan 2009, dan kos ini dijangka akan bertambah pada masa depan.
Ringkasnya, dalam isu subisidi gas dan bekan elektrik, IPP menjadi penerima manfaat terbesar, sementara Petronas, TNB, kerajaan, malah rakyat perlu menanggung kerugian akibat daripadanya.  Subsidi tidak menguntungkan rakyat, yang sebaliknya perlu menanggung kosnya kerana penyelewengan dalam hasilan elektrik.

UMNO dicabar dedah Melayu dihalau kerajaan negeri Pulau Pinang

Posted: 28 Jul 2010 09:48 PM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Umno mengemukakan nama individu Melayu yang pernah dihalau oleh Kerajaan Pakatan Rakyat negeri daripada mendiami perkampungan sekitar Jelutong.
Jelasnya, apa yang berlaku sepertimana Kampung Pokok Asam di Jelutong atau Kampung Binjai di Bayan Lepas bukan masalah kerajaan negeri sebaliknya adalah arahan mahkamah kerana tanah yang mereka duduki telah dibeli atau dimiliki oleh pemaju.

Itupun katanya, kerajaan negeri masuk campur untuk mencari penyelesaian seperti mendesak pemaju di Pokok Asam agar menghentikan pelaksanaan projeknya selama tiga bulan untuk mengadakan perbincangan bagi manfaat penduduk.

"Mana ada individu yang Kerajaan Pakatan Rakyat halau. Kalau ada berikan saya satu nama, melainkan ia adalah arahan mahkamah kerana pemaju telah membeli tanah yang mereka diami dari pemilik asal. Macam tu kita tak boleh buat apa sebab tanah swasta," jelasnya ketika menyampaikan pidato di Dataran Kompleks An-Nadhoh, Penanti, malam tadi.

Turut berceramah ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Di Kampung Binjai pula, katanya belum pun berlaku apa-apa lagi tetapi Umno sudah tunjuk 'hero' hendak membela orang Melayu walhal pelan perancangan belum dibuat lagi.

Begitupun, melalui media kepimpinan Umno Balik Pulau mengapi-apikan penduduk kononnya tanah yang mereka duduki sejak sekian lama akan diambil oleh kerajaan dan akan berlaku kejadian menghalau bangsa Melayu.

Katanya lagi, Umno sengaja membangkitkan isu tersebut untuk melahirkan penentangan di kalangan orang Melayu agar jangan tertipu dengan kerajaan berjiwa rakyat pimpinannya yang telah berjaya membawa perubahan ketara berbanding di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Umno bangkitkan isu perkauman untuk kepentingan senario politik sempit mereka selain untuk melagakan PAS, PKR dan DAP. Bila berpecah BN dan Umno akan bersorak tetapi masalahnya setakat ini semua perancangan yang dibuat makan diri," tegas beliau dalam majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu.

Tambahnya, tindakan yang dilakukan Umno terhadap kerajaan negeri bermatlamat memberi gambaran jahat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat bertindak zalim terhadap orang Melayu jika diberi mandat memerintah negara.

DAP pula, katanya ditohmah parti anti Melayu apabila mengambil langkah menghalau orang Melayu dari perkampungan yang diduduki sejak puluhan tahun.

"Tujuan mereka hanya satu iaitu nak menakutkan orang Melayu di negeri lain jika biarkan Pakatan Rakyat memerintah, bencana akan terjadi. DAP akan melakukan sesuatu di luar dugaan dan negara akan jadi huru hara," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Justeru itu, beliau mengingatkan masyarakat Pulau Pinang sama ada Melayu, Cina mahupun India supaya jangan terpengaruh dengan dakyah Umno dan BN sebaliknya memahami dasar Kerajaan Pakatan Rakyat secara mendalam.

Katanya, Kerajaan Pakatan Rakyat akan membela rakyat selaras dengan dasar dan matlamat menjadikan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera, aman, makmur dan ada integeriti.

Ini, ujarnya berbeza dengan BN yang asyik menyuruh rakyat mendahulukan sesuatu termasuk menghadiahkan rakyat dengan beberapa kenaikan harga barangan dan petroleum, baru-baru ini.

Tiada ulasan: