pemuda cheh |
| SAMADA AZMIN ATAU KHALID, KEDUA-DUANYA UMNO TAKUT Posted: 30 Jun 2010 05:39 PM PDT APA yang dikecohkan oleh media pencacai pro Umno sekarang adalah berkenaan kepimpinan kerajaan Negeri Selangor di bawah PKR. Kununnya YB Azmin mahu merampas kuasa MB Selangor dari YB Khalid. Apabila YB Azmin dilantik pula menerajui PKR di Selangor menggantikan YB Khalid, maka bertambah seronok pula segala jenis pencacai di dalam Umno. Paling melucukan juga, yang berada di luar Umno kununnya Bebas pun terikut dengan komen-komen dungu dari puak-puak Umno. Mereka beranggapan tanpa kuasa sebagai pemimpin politik di Selangor, maka YB Khalid tidak layak menduduki kerusi MB Selangor. Oleh kerana masing-masing berebut untuk mengampu Najib, maka mereka terlupa beberapa negeri di bawah BN juga serupa. Di Terengganu contohnya, siapa jadi MB dan siapa pula mengetuai Umno Terengganu? Di Perlis pula bagaimana? Usah diceritalah negeri-negeri lain yang mereka tidak kuasai seperti di Kedah dan Selangor. Di Kedah, orang seberang laut mengetuai Umno Kedah. Dengar loghat bahasa pun sudah macam itik dengan ayam. Di Selangor, tiba-tiba anak jati Pahang pula mengetuai Umno Selangor. Pencacai lupa semua itu, termasuklah TPM sendiri yang mengulas isu Selangor seperti ulasan budak tidak mengaji. Sebenarnya, Umno amat takut jika YB Azmin menjadi MB Selangor. Ini adalah kerana YB Azmin mempunyai kekuatan dan strategi politik yang bijak serta mampu memperkuatkan PKR khususnya di Selangor. Umno memang takut jika YB Azmin menjadi MB Selangor, tapi mereka juga bimbang dengan kekuatan dan kebijaksanaan YB Khalid sebagai MB Selangor. Ini adalah kerana YB Khalid terkenal dengan sikap tegas, telus dan bijak selaku pentadbir. Buktinya, sudah banyak kali Selangor cuba diganggu dengan berbagai cerita, persepsi dan fitnah buruk, namun YB Khalid yang terkenal dengan sikap `cool'nya berjaya mengatasi mainan kotor puak mereka. Selaku penyokong PR, kita juga mungkin merasa `rambang mata' dengan ketokohan kedua-dua mereka ini. Samada YB Khalid dikekalkan atau YB Azmin dilantik, Selangor tidak rugi sedikit pun. Dasar PR tetap tidak berubah dan sesiapa pun menjadi MB Selangor tetap akan mendahulukan rakyat. Dasar merakyatkan Selangor pada waktu ini amat baik dikekalkan. Mungkin jika berlaku perubahan di kerusi MB Selangor, yang berbeza cuma pendekatan untuk memantapkan lagi Selangor. Secara peribadi, saya berharap YB Khalid terus diberi peluang untuk menunjukkan kebolehannya. YB Azmin lebih layak berada di peringkat lebih tinggi dari MB memandangkan pengalamannya di arena politik. Penjelasan YB Azmin secara terbuka bersedia untuk mengosongkan kerusi Dun sekiranya parti membenarkannya bagi membuktikan bahawa beliau bukan gila kepada kerusi MB Selangor wajar dipuji. Manakala, pengakuan YB Khalid juga secara terbuka meminta agar YB Azmin dilantik mengetuai PKR Selangor juga patut diberi penghargaan. Sokongan terbuka YB Azmin terhadap YB Khalid selaku MB Selangor tentunya memedihkan hati dan jiwa Umno. Hasrat mereka untuk melihat kedua-dua pemimpin ini terus bertelagah hancur jua. Nampaknya hasrat Umno di Selangor untuk menguburkan PKR khususnya dan PR amnya tidak mungkin kesampaian. Meskipun mereka diketuai oleh PM sebagai pemimpin di Selangor ditambah pula dengan adanya Senatak Ezam sesumpah, Umno akan terus gagal kerana rakyat di Selangor tahu membezakan antara mana satu parti yang suka menghisap darah rakyat. |
| Peguam Bala: Kami kecewa tapi tetap tunggu SPRM di London Posted: 30 Jun 2010 04:33 PM PDT Katanya, Balasubramaniam dengan mudah boleh berada dalam buangan kendiri bersama wang RM5 juta yang ditawarkan demi menikmati kehidupan lebih baik lagi selesa. Pun begitu kata Americk, Balasubramaniam sanggup tampil untuk mendedahkan tindakan pihak-pihak yang memiliki kuasa dan anggota keluarga mereka, yang menawarkan ganjaran lumayan yang didakwanya sebagai "rasuah" dalam kes ini. "Jika SPRM memerlukan dokumen-dokumen yang ditandatangani Balasubramaniam untuk merumuskan siasatan mereka, saya mahu mencadangkan agar mereka boleh mendapatkan dokumen-dokumen yang terdapat di ruang siber dalam bentuk akuan bersumpah pertama Julai 2007 dan tiga bahagian dokumen soal jawab yang dikeluarkan November 2009.M/Insider "Kesemua dokumen ini membutirkan isu-isu yang wujud dalam konspirasi dan ia sudah lama terdapat (di internet). "Jika ini yang diperlukan oleh SPRM, mengapa tidak siasatan mereka diteruskan tanpa kerjasama Balasubramaniam? "Mengapa Nazri (Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri) memaklumkan di Parlimen bahawa SPRM tidak boleh meneruskan siasatan kerana Balasubramaniam tidak boleh dikesan?" katanya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdull berkata pada sidang media petang tadi berkata pihaknya memutuskan tidak akan menghantar pegawainya ke London bagi mengambil keterangan Balasubramaniam. Sebaliknya Balasubramaniam akan diminta menjawab soalan yang akan dikemuka menerusi peguamnya dalam bentuk akuan bersumpah atau afidavit. "Kami telah merujuk kepada Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan pandangan berhubung implikasi undang-undang terhadap proses merakamkan percakapan saksi di luar negara dan kami dinasihatkan agar tidak meneruskan pendekatan itu," katanya . Shukri berkata tindakan mengambil keterangan secara akuan bersumpah atau afidavit itu diperuntukkan di bawah Seksyen 30(1)(c) Akta SPRM 2010. SPRM akan mengemukakan soalan kepada penyiasat persendirian itu melalui peguamnya bersama surat iringan menyatakan keputusan yang telah diambil, katanya. Americk menambah, Balasubramaniam sebenarnya boleh dihubungi SPRM bila-bila masa dan mereka juga sedar tentang perkara ini. "Kami ada dokumen untuk membuktikan yang kami memaklumkan mereka tentang kesediaan kami untuk bekerjasama sejak Disember lalu," kata beliau sambil menambah, mengapa mengambil tindakan ini saat-saat akhir ini. Kata beliau, keputusan saat-saat akhir SPRM, yang diumumkan petang ini, dengan sendiri memusnahkan "sedikit kredibiliti" yang ada pada agensi tersebut. The Malaysian Insider difahamkan SPRM dinasihatkan agar tidak pergi ke London untuk mengambil keterangan Balasubramiam pagi ini. Keputusan itu kemudian diumumkan petang ini kepada media. "Ini juga mengesahkan kesangsian yang dimiliki sebahagian besar rakyat yang waras bahawa mereka (SPRM) adalah badan yang hanya melindungi kepentingan mereka yang ada kuasa dan untuk memastikan bangkangan terhadap kerajaan ditangani dengan tegas dan keras, menggunakan cara-cara tidak munasabah dengan tujuan mahu memusnahkan apa juga persoalan sahih terhadap rejim yang memerintah agar kuasa yang ada kekal di tangan mereka," kata Americk lagi. Sehubungan itu Americk berkata, barisan peguam yang mewakili Balasubramiam akan berada di hotel Holiday Villas, Bayswater pada pukul 10 pagi 5 Julai ini, menanti kehadiran tiga pegawai SPRM sebagaimana telah diatur dan dijanjikan. Katanya, apa jua nasihat yang SPRM peroleh daripada Jabatan Peguam Negara sangat dikhuatiri dan bertujuan mengalihkan lunas perundangan. Malah Americk juga mendakwa SPRM tidak menunjukkan keseriusan untuk menemui Balasubramaniam memandangkan pihak berkenaan masih belum membuat sebarang tempahan ruang untuk mengadakan sesi mengambil keterangannya. "Mereka memang tidak berhasrat untuk menemu bual Balasubramaniam dan menghabiskan beberapa minggu lalu hanya untuk mencari alasan-alasan untuk tidak datang," katanya lagi. |
| You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan