Rabu, 7 Julai 2010

pasforall

pasforall


Kertas Lama dah Buang ke..?

Posted: 06 Jul 2010 05:15 PM PDT

kalau tak cukup kertas boleh Pinjam kat suara keadilan..banyak suratkhabar yang tersangkut...tak dapat jual...bukale kertas sebanyak mana..?

Raja Petra: Polis buka kertas siasatan

SHAH ALAM 6 Julai - Polis hari ini membuka kertas siasatan berhubung dakwaan wujudnya individu tertentu termasuk sebuah parti politik yang memberi perlindungan kepada pengendali portal antikerajaan Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin di United Kingdom (UK).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, langkah itu diambil setelah pihaknya menerima dua laporan polis berhubung dakwaan tersebut.

Katanya, siasatan mengenai dakwaan itu akan dijalankan di bawah Seksyen 212 Kanun Keseksaan iaitu melindungi pesalah selain memanggil beberapa individu termasuk ahli politik untuk membantu siasatan.

Malah, kata beliau, pihaknya juga akan turut memanggil wartawan daripada beberapa akhbar yang menerbitkan artikel berkaitan dengan dakwaan berkenaan.

"Polis telah menerima dua laporan mengenai dakwaan ini, masing-masing di Brickfields dan Petaling Jaya pada Ahad lalu.

"Berikutan itu, kita akan memanggil beberapa wartawan sepanjang minggu ini bagi merakamkan percakapan bagi membantu siasatan sebelum kita memanggil ahli-ahli politik untuk tujuan yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan 24 buah kenderaan curi yang diterima daripada Kastam Dubai berjumlah RM1.26 juta di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan gesaan pelbagai pihak meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana dikatakan melindungi serta menaja Raja Petra yang amat dikehendaki oleh pihak berkuasa negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan minggu lalu mengarahkan agar siasatan segera dibuat terhadap semua bukti berhubung penajaan Raja Petra di UK seperti yang didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Mohd. Bakri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tempoh siasatan berhubung dakwaan terhadap Raja Petra.

"Polis sudah memulakan siasatan, kita tunggu," kata beliau ringkas.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Bakri ketika mengulas mengenai sindiket penyeludupan kereta curi berkata, kesemua 24 kenderaan berkenaan diseludup ke Dubai setelah dicuri di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Katanya, daripada 24 buah kenderaan yang diserahkan hari ini, 15 buah daripadanya adalah jenis Toyota Hilux, Toyota Fortuner (4), Toyota RAV-4 (3) serta dua buah lori Daihatsu Delta.

Beliau berkata, polis kini bekerjasama dengan syarikat-syarikat insurans bagi mengesan pemilik kenderaan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Ustaz Najib..bercakap soal bidaah...apa ye..?

Posted: 06 Jul 2010 05:07 PM PDT

paham ke kamu wahai sinajib..?

Jangan siar laporan bidaah: Najib

SHAH ALAM – Media perlu memaparkan laporan yang berasas agar ia tidak mengelirukan rakyat serta mengelakkan menyiarkan berita bidaah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika laporan yang disiarkan tidak berasas dan mempunyai unsur fitnah, ia boleh menjejaskan imej negara dan rakyat di mata dunia.

"Kenapa perlu menyiarkan cerita karut-marut, ia perlu diselidik dahulu kebenarannya bukan hanya mendengar dari sebelah pihak dengan menambah fakta yang tidak wujud.

"Jangan pembohong, jangan bidaah dalam membuat laporan, sebagai media kita harus berlaku adil dan jujur dan memaparkan sebarang berita untuk tatapan umum.

"Jika laporan yang disiarkan itu tidak benar dan mengelirukan secara tidak langsung akan merosakkan minda dan pemikiran generasi kita," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran KarangKraf Peduli dan akhbar Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Program Karangkraf Peduli dilancarkan bertujuan membimbing masyarakat ke arah kehidupan yang lebih bahagia dunia dan akhirat.

AH AH Brazil Brazil yg calon Juara Belanda...!

Posted: 06 Jul 2010 04:57 PM PDT

Piala Dunia FIFA 2010: Uruguay 2, Belanda 3

'The Oranje' - Belanda melayakkan diri ke final Piala Dunia FIFA 2010 selepas menundukan Uruguay 3-2 di Stadium Green Point, awal pagi ini.

Ternyata permainan pantas dan hantaran yang tepat pasukan 'The Oranje' gagal ditandingi Uruguay bagi menempah tiket ke ke pusingan akhir.

Dalam perlawanan penuh dramatik awal pagi ini, dari hasil permainan 'total football' yang ditunjukkan - sejak dahulu lagi - pasukan dari Eropah itu berjaya menewaskan pasukan dari Amerika Latin Uruguay dengan kedudukan 3-2.

ahhhh.CARREFOUR takut diBANGKRAPKAN..?

Posted: 06 Jul 2010 06:43 AM PDT

BETOI KE CERITA INI..?AWAT JADI GITU..DIA ORANG TAKUT BENGKRAP KE..ATAU DIBENGKRAPKAN..ATAU ADA SOAL LAIN MUNGKIN LIBATKAN ISU SELAM SELAM KE...?SENDIRI TANYA SENDIRI JAWAB...

Carrefour tutup operasi di Malaysia?
Jul 6, 10 6:46pm
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan belum menerima sebarang penjelasan dari pengurusan Carrefour berikutan laporan media mengenai rangkaian pasaraya Perancis itu akan menutup operasi di Malaysia, Thailand dan Singapura.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau menganggap perkara itu sebagai khabar angin selagi belum mendapat penjelasan Carrefour.

"Saya pun dengar khabar angin juga. Jadi, sebelum dapat perkembangan, saya anggap khabar angin. Tetapi, adalah tidak betul kalau kita kata pelaburan di Malaysia ini tidak tarik minat pengusaha antarabangsa," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas laporan agensi berita Reuters semalam bahawa Carrefour telah memulakan penjualan unitnya di Malaysia, Thailand dan Singapura serta merancang untuk menghentikan operasinya di ketiga-tiga negara itu.

La
poran yang hanya memetik sumber itu memaklumkan penjualan itu dilakukan dengan bank pelaburan Goldman Sachs dan UBS.

Ismail Sabri berkata, sekiranya dakwaan itu benar, beliau tidak menganggap tindakan Carrefour itu mempunyai kaitan dengan keadaan pasaran di Malaysia.

"Ia tiada kena mengena dengan pasaran kita. Kalau kita lihat, permohonan syarikat pasaraya besar hendak buka cawangan di Malaysia kita terima setiap hari dan banyak yang kita tidak luluskan sebab berdasarkan prosedur yang kita tetapkan," katanya.

- Bernama

satu penang dah tahu..

Posted: 06 Jul 2010 04:32 AM PDT

hanya pimpinan dan ahli umnobn yang dungu masih tidak tahu yang buat kerja-kerja macam ini hanya yb yb BN dan kuncu-kuncu ahli umno..sekarang umno sendiri buka pekong mereka dgn menuduh yb PR yang buat kerja..dah lebih 50 tahun umno BN dah buat macam ini..sampai melayu penang hanya tinggal telor dan bulu ..yang mereka boleh bangga lagi...habis disapu dan jualnya mana-mana tanah mamak dan mami penang yang beria ria laung hidup melayu.hidup melayu..anak mami cun giler hingga tak cukup kain nak tutup aurat...semua ini kerja-kerja jahat umnobn selama 50 tahun....leni pandai pulak si senator menggung sisaripah tuduh PR..ini tahap pemikiran ketua wanita umno sepenang...(mami menggung)

Kampung Melayu lenyap angkara khianat PKR dan PAS, kata pemimpin Umno

umno peneng Seorang pemimpin Umno Pulau Pinang berjawatan Senator hari ini mendakwa ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dari PKR dan PAS sebagai dalang kepada projek pembangunan besar-besaran di kawasan perkampungan tradisional Melayu sehingga membawa penghapusan kampung-kampung berkenaan di negeri itu.

Senator Datuk Saripah Aminah Syed Mohammad yang juga ketua Wanita Umno bahagian Jelutong mendakwa ahli majlis berkenaan telah berpakat dengan pemaju yang dilantik kerajaan negeri membangunkan kampung Melayu berkenaan.

"Dalang-dalang tersebut masuk ke kampung-kampung Melayu seperti di Jelutong ini untuk menawarkan RM50,000 kepada pemilik tanah tersebut supaya menjual kepada pemaju.

"Kalau mereka berdegil, harga akan dinaikkan kepada RM75,000. Kegiatan berlaku di seluruh Pulau Pinang terutama di bahagian pulau dan paling banyak di Jelutong.

"Jika kes-kes ini dibawa ke mahkamah penduduk yang kalah tidak akan mendapat satu sen pun.

"Di atas tapak ini akan dibina perumahan mewah yang menelan belanja ratusan ribu ringgit kerana di Pulau Pinang flat tidak dibina lagi.

"Mana mungkin orang Melayu mampu membeIi rumah-rumah berkenaan. Akibatnya mereka terpaksa keluar dari kawasan tersebut.

'Inilah cara perkampungan Melayu akan lenyap di negeri ini. Kini Kampung tradisional Melayu musnah satu persatu," katanya ketika dihubungi.

Saripah Aminah menambah, apabila pelan pembangunan telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan, ia tidak dapat diubah lagi meskipun dibantah oleh penduduk dan pihak-pihak tertentu.

Katanya, apa yang berlaku sekarang ialah kerana sikap orang Melayu yang mahu mengubah kerajaan negeri dari Barisan Nasional (BN) kepada DAP dalam pilihanraya umum lalu.

"Pada mulanya mereka mahu mengharapkan bekas timbalan ketua menteri, Fairus Khairuddin untuk membela nasib mereka.

"Malangnya Fairus tidak boleh apa-apa kerana kuasa pemerintahan kerajaan negeri adalah milik DAP," katanya.

Saripah Aminah juga mendakwa, kini tidak pihak yang tampil membantu menyelesaikan kes itu menyebabkan perkampungan tradisional orang Melayu di Pulau Pinang hilang satu persatu.

sepatutnya dibawa temui PiiiieM..

Posted: 06 Jul 2010 01:58 AM PDT

sepatutnya dibawa gadis-gadis ini temui PM..baru boleh buat kes atas KM sarawak...adake dia sendiri menafikan yang mereka dirogol..awatr jadi gitu..ada share aiyer ke wahai Taib..masyarakt penan pandai mereka cerita..kaum kerabat s..fooool apa macam...Mat Taib siap bagi amaran..awat ada share aiyer ke dia ini...tentang polis takpayah ceritale....banyak cerita saya dengar dari mulut seorang iban..bekas tentera yang saya temui disibu ...iban itu menceritak bagaimana Polis dan tentera dijadikan lembu cucuk hidung oleh pemimpin BN dari sarawak...

PSG: Wanita Penan terus diperkosa pembalak

Tujuh mangsa Penan yang dirogol dan dicabuli oleh pembalak di Baram, Sarawak tampil menuntut keadilan.

Penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh kaum pribumi itu yang dijadikan mangsa seks itu diluahkan melalui Kumpulan Penyokong Penan (PSG) - sebuah pertubuhan 36 badan bukan kerajaan NGO yang hari ini mengemukakan laporan terperinci kepada Parlimen.

Menurut PSG, wanita Penan secara sistematik diperkosa pembalak di Baram dan ia masih berterusan meskipun dinafikan oleh kerajaan negeri Sarawak dan polis pula didakwa gagal bertindak.

Menurut laporan berkenaan, jenayah seks itu berterusan kerana kemiskinan tegar yang menular, pencabulan hak tanah, kerakyatan dan juga rasa tidak hormat kepada masyarakat pribumi.

Laporan PSG berkata berikutan desakan ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, kerajaan akhirnya menubuhkan pasukan penyelidik dan hasil siasatan mereka mengesahkan terdapat lapan kejadian yang di mana gadis Penan termasuk seorang kanak-kanak sekolah berusia 10 tahun dijadikan mangsa seks.

PSG kemudiannya membuat siasatan sendiri selepas pihak polis memungkiri janji mereka untuk menyiasat serangan seksual oleh pembalak ke atas gadis Penan atas alasan kekurangan dana.

Mereka melawat Long Lamam, Long Ajeng and Long Mobui, selama seminggu pada November lalu dan mendengar rintihan daripada masyarakat Penan yang terdiri daripada 13 komuniti yang berhimpun dari sekitar Baram.

Ketujuh-tujuh mangsa yang diperkosa pembalak itu belum pernah membuat laporan sebelum ini.

Gadis paling muda daripada tujuh mangsa itu berkata dia hanya berusia 14 tahun apabila diserang. Selain tujuh mereka, lapan yang lain yang disahkan oleh kerajaan juga diperkosa.

Pemerkosaan gadis dan wanita Penan mendapat bantahan antarabangsa tetapi ditolak oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang sebaliknya memberi amaran: "semak maklumat anda atau tidak anda akan dituduh cuba mensabotaj kami".

M
enteri Pembangunan Tanah Sarawak, Datuk Seri James Masing, memberitahu BBC bahawa "masyarakat Penan pandai mereka cerita' dan mendakwa hubungan seks bebas di kalangan masyarakat Penan adalah sesuatu yang lazim.

Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam pula terus menafikan laporan itu.

"Bagi saya, laporan gadis Penan dicabul itu tidak benar".

Berikut catatan tiga daripada tujuh laporan yang dikemukakan oleh mangsa yang dirogol berkenaan.

Cerita J

Menurut laporan PSG, J adalah gadis Penan yang berusia 23 tahun. Dia anak anak gadis tunggal dan sering-kali dibiarkan keseorangan apabila anggota keluarganya keluar memburu.

Menurut J, kebanyakan pembalak akan singgah di perkampungannya dalam keadaan mabuk dan menimbulkan huru-hara.

J dirogol ketika berusia 14 tahun oleh seorang pembalak yang berusia dalam lingkungan 30an.

Pembalak itu pernah melamarnya tetapi ditolak dan lelaki itu pergi ke rumahnya dan merogolnya.

J tidak memberitahu keluarganya kerana takut mereka dibunuh oleh pembalak itu.

Selepas dirogol, menurut J, pembalak itu terus memaksanya supaya berkahwin dan dia akhirnya bersetuju kerana bimbangkan keselamatan keluarganya.

Kata J, dia didera secara fizikal dan psikologi dan sekiranya menolak permintaan seks pembalak itu, dia dipukul dengan sebatang kayu. Apabila J mengandung pada 2003, dia dihantar ke kampungnya dan pembalak itu menghilangkan diri. Anaknya kini berusia tujuh tahun.

Cerita A

A diculik bersama adiknya oleh dua pembalak yang menceroboh rumah mereka pada 2001. Kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke kem pembalakan.

A kemudian dipisahkan dengan adiknya dan setiap hari dia dirogol dan sekiranya dia menolak tuntutan nafsu pembalak, dia akan dipukul. Apabila dia mengandung, A dihantar pulang ke rumahnya semula.

A kini sakit dan anak luar nikahnya itu dijaga oleh kakaknya. Dia ingin membuat laporan polis tetapi tidak tahu caranya dan tidak mempunyai wang untuk tambang ke balai polis.

Nasib adik A juga tidak diketahui sehingga hari ini. A tidak pasti tetapi berpendapat adiknya yang diculik itu masih di kem pembalakan berkenaan.

Cerita E

E di
tangkap ketika membonceng motosila dan dirogol oleh dua lelaki di kem pembalakan pada tahun 1996. Dia berjaya diselamatkan oleh penduduk kampungnya yang berjaya mengesannya dan menyerbu tempat tahanannya.

Kebanyakan penduduk kampung marah tetapi tidak berdaya berbuat apa-apa kerana syarikat pembalakan itu terlalu 'berkuasa' dan mendakwa polis sentiasa di pihak mereka.

Lawak ..............Mandur Spr...

Posted: 05 Jul 2010 10:37 PM PDT

ha ha ha ha LAWAK BETOI LE SI MANDUR spr....kaji punya kaji...duit rakyat juga hangus...?
hasilnya..seperti biasale..kita akan teruskan dgn sisitem undi Pos kerana mendatangkan banyak kebaikkan dan kemenagan kepada calon BN..haha haha ?hahak hahak

SPR kaji hapus undi pos

Penggantian undi pos yang sering dirundung kontroversi dengan "undi awal" merupakan antara cadangan pindaan undang-undang pilihan raya, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, SPR sedang mempertimbangkan pilihan tersebut kerana undi pos didapati menyusahkan dan mudah terdedah kepada kesilapan, sekali gus menyebabkan lebih banyak undi rosak.

"Bagi saya (undi pos) terlalu teknikal, menyusahkan, menyulitkan, rigid.

"Itu yang kita perhati sekarang supaya siapa yang boleh duduk dalam satu bangunan, dalam masa yang singkat, kita akan panggil dia (untuk) undi awal," katanya.

Ketika diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini, Abdul Aziz menjelaskan kerumitan dalam melaksanakan undi pos telah menyebabkan banyak undi rosak seperti yang berlaku dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini.

Katanya, penolakan kira-kira 200 kertas undi dalam pilihan raya itu antaranya kerana kesalahan memasukkan borang dan kertas undi ke dalam sampul yang salah.

Dijangka pada p'raya umum ke-13

Berlaku juga kesalahan dalam mengisi Borang 2 untuk dikepilkan bersama kertas undi, tambahnya.

Sehubungan itu Abdul Aziz berkata sekiranya cadangan undi awal itu menjadi kenyataan, ia akan berjalan seperti undi biasa.

"Harapnya (boleh) selesai banyak aduan," katanya penuh harapan.

"Tetapi (kalau) orang nak kata (juga), orang katalah."

Menurut Abdul Aziz, jika tiada halangan, beliau berharap cadangan pindaan undang-undang pilihan raya itu akan dapat dilaksanakan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau bagaimanapun menolak tanggapan bahawa undi pos mahu digantikan kerana melibatkan banyak penipuan.

Abdul Aziz berkata, perkara itu tidak boleh berlaku kerana pengeluaran kertas undi direkodkan dengan sistematik.

Orang suka Isa Samad

"Nak tipu macam mana? Kamu beritahu saya," soalnya kembali.

"Kalau (jumlah) pengundi 5,000, datang 6,000 (kertas undi), ya, itu tipu.

"Tetapi 5,000 (kertas undi) dihantar itu pun dia (pengundi) tak pulang."

Ditanya sama ada beliau tidak mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan pengundian pos selama ini ekoran trend undi biasa sering tidak selari dengan keputusan undi pos, Abdul Aziz berkata perkara itu adalah sentimen semata-mata.

Katanya, pernah berlaku dalam pilihan raya sebelum ini di mana undi pos menyebelahi calon parti pembangkang.

"Contohnya di (pilihan raya kecil) Bagan Pinang. Semua saluran suka kepada (calon BN Tan Sri) Isa Samad. Dia (pembangkang) kata SPR main (politik), tidak! Orang suka Isa Samad...

"Kenapa BN kalah di sibu? Bukan sebab SPR tolong DAP, tetapi sebab orang suka DAP. (Mereka) mahukan perubahan. Bukan sebab SPR tolong."

Tiada ulasan: