Isnin, 26 Julai 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Unit Media Baru UMNO Pahang Lancarkan Perang Siber Terhadap Pahang Daily Online Serta Tuduh Kami Pula Meracau Dalam Isu Perpaduan!

Posted: 26 Jul 2010 01:09 AM PDT

Syabas dan tahniah kepada UMNO Pahang yang khabar sedang dalam proses untuk mengaktifkan Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO parti itu sekarang. Dengan kursus dan bengkel yang diadakan serta melantik begitu ramai "panglima siber" itu, apakah ia dapat menyaingi pengaruh media baru pembangkang yang sudah lama bertapak itu agaknya. UMNO sebenarnya "alpa dan lalai" untuk memantapkan "perang siber" mereka, lantaran gagal untuk melengkapkan diri dengan kekuatan media baru mereka sebenarnya. Selepas tewas teruk dalam Pilihanraya Umum ke-12 lalu, mereka masih "tidak sedar diri" malah terus bermimpi. Mereka tahu bahawa media baru terutamanya "blog" telah berjaya merubah minda rakyat terutamannya generasi muda untuk menyokong pembangkang. Namun, selepas lebih setahun yang lalu, tiada langsung tindakan drastik diambil bagi menyaingi pembangkang menerusi media baru itu sebenarnya. Di Pahang, Unit Media Baru juga dilihat gagal membendung asakan pembangkang. Mungkin dek kerana kurang pengalaman atau kealpaan pihak pemerintah yang melihat media baru bukanlah penyumbang utama kekuatan pembangkang di negeri ini. Maka itulah dapat kita lihat media baru di Pahang "lesu dan tidak bermaya". Malah, tindakan kerajaan melantik golongan pesara kerajaan sebagai "penulis siber" dulu juga dilihat satu langkah "mengarut" dan "tidak masuk dek akal" sebenarnya. Kami juga amat tertarik dengan beberapa artikel dalam blog Unit Media Baru Pahang yang secara jelas membantai Pahang Daily Online (PDO) mutakhir ini. Dalam posting terbaru mereka yang bertarikh 21 Julai 2010 yang lalu UMB secara jelas mengkritik PDO atas tajuk "Pahang Daily Online Meracau". Kononnya tindakan kami melebelkan UMNO semakin terdesak lantaran tindakan inginkan perpaduan dengan PAS sekarang ini. Berbagai alasan yang diberikan, kononnya PDO tak tahu hukum syariat dan tuntutan Islam. Mereka mengatakan bahawa perpaduan Ummah bagi PDO hanya satu tindakan drastik dan bukan mengikut Sunah Rasulullah S.A.W. PDO telah melupakan dan menidakkan Sirah Rasulullah S.A.W dikala baginda berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah dahulu. Soalnya, Rasullullah mewujudkan perpaduan atas nama Islam. Tapi UMNO hanya mahu wujudkan perpaduan atas nama "Melayu". Kononnya kedaulatan dan kepentingan Melayu akan terhakis jika UMNO dan PAS tidak bergabung.

Itu bezanya, makanya apakah perlu UMNO "terhegeh-hegeh" mahu bergabung dengan PAS agaknya?. Bukankah mereka tahu yang sokongan orang Melayu terhadap parti karat itu semakin membimbangkan. Mereka ingin berpadu atas nama Melayu, sedangnya seluruh rakyat tahu bahawa UMNO adalah parti yang telah menjual "bangsa dan agama" sebenarnya. Semuanya dipinggirkan hingga Islam dan Melayu itu terhina di bumu sendiri. Mereka juga menuduh PDO umpama meludah ke muka sendiri apabila tidak merujuk artikel Berita Harian menyiarkan kenyataan dari Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang turut menyokong usaha ke arah perpaduan. Masalahnya, apakah perlu kami merujuk kepada akhbar arus perdana "Berita Hairan" yang sudah tidak laku itu?. Bukankah kenyataan itu telah diputarbelit oleh mereka bagi menarik perhatian rakyat. Memang benar Ketua Pemuda PAS menyokong perpaduan, tetapi bukannya mengikut kaedah dan cara yang diperkenalkan oleh puak-puak UMNO sekarang ini. Perpaduan yang sebenarnya ialah berlandaskan syariat Islam yang sebenarnya. Maka itu, selagi UMNO tidak kembali ke pangkal jalan apakah mereka berdaya memujuk PAS bergabung dengan parti karat itu agaknya?. Dalam hal ini, terbukti penulis Unit Media Baru UMNO Pahang tidak bijak untuk menilai artikel yang diterbitkan kami. Sebaliknya tergamak menghentam kami dengan membabi buta. Jika mereka benar-benar ingin bertembung di alam siber, maka "kecil tapak tangan, negeri Pahang kami tadahkan". Soalnya apakah mereka mampu menjawab persoalan yang bakal kami ketengahkan. Sebab mereka sebenarnya menulis dengan "upah" dan bukan dengan sepenuh hati nurani itu sebenarnya. Apa yang jelas, kami melihat UMB UMNO Pahang tidak akan ke mana jika mereka terus menolak penulis siber sedia ada seperti BraveHeart dan teman-temannya. Tindakan UMNO Pahang yang banyak berjanji tetapi tidak ditunaikan kepada mereka juga bakal memerangkap parti itu dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah yang akan melemahkan pengaruh dan kekuatan Unit Media Baru UMNO Pahang sebenarnya.

[Kekuatan Pahang Daily Online mahu dicabar oleh Unit Media Baru Pahang nampaknya. Maka itu, kami perlu melengkapkan jentera dan tenaga untuk bertembung secara "anak jantan" di alam siber. Nampaknya penulis "cilik dan mentah" mereka cuba untuk menjolok "sarang tebuan". Menulis baru setahun jagung, sudah cuba untuk menjadi pencacai UMNO BN. Ternyata bayaran upah yang diterima oleh mereka itu akhirnya akan memakan diri. Tambahan pula, puak-puak mereka menulis untuk "periuk nasi" masing-masing dan bukannya dengan penuh keihklasan serta roh perjuangan rakyat yang sebenar. Mereka menulis dengan kekuatan semangat semata-mata, tapi mereka sanggup melihat kebobrokan yang berlaku didepan mata. Mereka sanggup melihat Islam terhina dan terpinggir. Mereka merelakan beberapa kerat pemimpin UMNO Pahang ini terus merompak khazanah rakyat, walaupun mereka tahu balak, tanah, bijih besi serta berbagai lagi harta rakyat itu kini sudah semakin kurang akibat sikap rakus pemimpin terbabit. Namun, atas nama upah yang tidak setimpal itu maka mereka sanggup pertahankan puak-puak yang merompak itu. Sedangkan mereka tahu, mereka sendiri pun "hidup segan mati tak mau". Bahkan ada juga antara mereka yang "tak cukup makan" pun, tapi sanggup pula untuk mengampu pemimpin UMNO. Inilah masalahnya, bila hidup untuk diperalatakan dan tidak mahu berpijak di bumi yang nyata. Akhirnya mereka ini terpedaya dek kesilapan mereka itu sebenarnya. Inilah yang akan dilalui nanti].

Sensasi: Petualang Rakyat, 'Senator Cap Ayam' Si Ezam Ternyata Buat Lawak Bodoh Bila Cakap Dia Masuk UMNO Kerana Prinsip Dan Bukannya Duit

Posted: 25 Jul 2010 08:54 PM PDT

Lucunya bila mendengar "petualang rakyat" si Ezam Md Noor (foto) mengatakan beliau masuk UMNO bukan kerana "habuan" sebaliknya, beliau meninggalkan PKR "hanya semata-mata kerana prinsipnya". Kenyataan itu dibuat dalam ceramah berapinya di padang bola berdekatan bilik gerakan UMNO di Sri Pendamar, Pelabuhan Kelang malam tadi. Bekas Ketua Pemuda PKR itu juga secara lantang menyerang "bekas boss"nya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari segenap sudut. Ezam mahukan rakyat Selangor "menyahkan" Anwar yang kononnya menjadi "pengkhianat" kepada negara kerana didakwa "menjadi alat dan perkakas kepada Yahudi". Ezam mengatakan Anwar sanggup "bersekongkol dengan Yahudi" apabila memohon maaf selepas mengetuai lebih 10 ribu rakyat Malaysia membantah serangan Israel ke atas flotila bantuan ke Gaza, pada Jun lalu. Tindakan Ezam menyerang Anwar ini memang sudah dijangka sebenarnya. Tambahan pula kini beliau telah mendapat anugerah "Senator Cap Ayam" bila begitu licik membodek PM Najib Razak dengan strategi terancangnya selama ini. Malah tindakan beliau menghentam Anwar itu dilihat tidak lebih untuk menyakinkan kerajaan UMNO BN agar memilihnya sebagai calon dalam Pilihanraya Umum akan datang. Kelicikan politik Ezam ini memang sudah diakui kerana beliau adalah sesumpah sepanjang zaman yang wajar dihapuskan dari muka bumi ini. Ezam tidak layak untuk mengatakan dia bukan pelacur politik malah menafikan dia di bayar untuk buat keputusan (sertai UMNO). Kenyataannya yang konon masuk UMNO bukan kerana duit itu membuktikan kepada kita bahawa Ezam memang "bahalol" dan "bangang" sebenarnya. Dia fikir rakyat bodoh dan tidak dapat menilai perbuatannya itu. Kononnya dia tidak dapat satu sen atau dua juta malah memang tidak ada pun yang diterimanya. Ezam boleh bercakap kepada "tunggul kayu" atau "pencacai-pencacai UMNO" tetapi bukan kepada rakyat. Pembohongan dan cerita "dongeng" ciptaan "sesumpah Ezam" ini memang sudah tersohor untuk dikenang oleh generasi akan datang.

Bukti, Ezam Pengkhianat akui tiada siapa yang masuk UMNO kerana ikhlas
dan tiada habuan, tapi konon dia masuk UMNO kerana prisnsip perjuangan


Mana Sumpah Si Lokman Terhadap Ezam Dulu

Apa yang lebih mengejutkan ialah kelibat Ezam malam tadi juga turut berpasangan dengan "musuh ketatnya" ketika dalam PKR dulu iaitu Si Lokman Noor Adam. Masih kita ingat "sumpah Lokman" di Masjid Negara pada 19 Feb 2004 dulu? Dalam sumpahnya sambil junjung Quran Lokman mendawwa bahawa cerita Ezam ambil duit RM 1 Juta Estrada (Presiden Filipina) ,sumbangan Ketua Pemuda Terengganu sebanyak RM 300,000 adalah benar. Beliau sedia dilaknat Allah s.w.t. jika dakwaannya tidak benar. Lokman cabar Ezam untuk lafaz sumpah junjung Quran ditempat yang sama pada 21 Feb 2004 tepat jam 11.00 pagi untuk menafikan dakwaannya itu. Beliau bersumpah selepas dipecat dari menjadi ahli Keadilan atas tuduhan membuat tuduhan liar tanpa bukti, memujuk orang untuk masuk UMNO dan memburukkan nama Keadilan di media massa. Anehnya sampai sekarang Ezam tidak menjawab sumpah Lokman dan perkara ini masih menjadi tanda tanya sebenarnya. Maknanya Lokman mempunyai bukti yang Ezam melakukan perbuatan rasuah tersebut, malah beliau siap kepilkan dengan resit bukti-bukti yang berkaita selepas itu. Soalnya sekarang, jika Ezam masih belum menjawab sumpahnya maka ini bermakna Lokman tidak wajar bersama Ezam. Apatah lagi sanggup duduk sepentas dengan Senator Cap Ayam itu. Maka terbuktilah kepada kita bahawa kedua-dua mereka ini tidak layak untuk bercakap lagi soal politik sebenarnya. Mereka umpama "khadam jin" yang akan mengikut segala arahan tuannya selepas diseru. Ezam dan Lokman adalah spesis manusia yang wajar dipupuskan dari muka bumi ini. Mereka pandai menipu, memutar belit dan memainkan kata-kata. Kini mereka seronok menjadi "tok dalang dan penglipur lara" UMNO untuk "membantai" pakatan rakyat. Tunggulah nanti, bila mereka sudah sedar maka mereka akan kembali membaham UMNO pula. Akhirnya mereka berdua ini pasti akan "tenggelam bersama labu-labunya".

[Namun, inilah realiti politik kedua-dua "mangkuk hayun" ini sebenarnya. Mereka sanggup bertopeng dan menjadi rakyat sebagai mangsa. Atas nama prinsip konon, apa yang mahu diperjuangkan oleh kedua-dua mereka ini tidak lebih untuk periuk nasi masing-masing. Justeru itulah kita tidak hairan kini "nyawa mereka" hidup semula dalam politik UMNO. Apakah kita boleh percaya tiada habuan yang diperoleh, sedangkan Ezam mengakui dan bersumpah bahawa mereka yang masuk UMNO pasti mendapat habuan dalam ceramahnya bersama rakyat dulu. Sama-samalah kita fikirkan dan ambil iktibar apakah dua orang manusia ini boeh diterima sebagai pejuang rakyat agaknya?. Kedua mereka kini sedang rakus mengumpul harta dan kekayaan selepas riwayat politik mereke hidup kembali sekarang. Tunggulah bila UMNO BN jatuh nanti. Agaknya ke mana pula mamat dua orang ini ingin menagih simpati rakyat nanti]

Edisi Pahang: Bekas "Editor Panas PDO", Blogger Cucumatkilau Turun Berceramah Di Markas PAS Jengka 19 Dekat Bandar Jengka 9.00 Malam Ini !!

Posted: 25 Jul 2010 08:30 PM PDT

BANDAR JENGKA, 26 Julai - Bekas Editor Panas PDO, Blogger Cucumatkilau dijadualkan mengadakan satu ceramah umumnya di Markas PAS Jengka 19 jam 9.00 malam ini. Justeru itu kepada seluruh rakyat yang cintakan Islam dan keadilan di kawasan sekitarnya dijemput hadir beramai-ramai untuk mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh beliau. Ketika dihubungi, Cucumatkilau berkata beliau memang sudah lama menanti saatnya untuk berceramah di kawasan ini. Ini kerana ia umpama "sireh pulang ke gagang", kerana beliau berasal dan dibesarkan di kawasan Felda. "Saya membesar dan bersekolah di kawasan ini. Malah saya juga amat biasa dengan daerah ini kerana arwah bapa saya adalah merupakan peneroka di Felda Jengka 7. Oleh itu saya amat teruja dapat kembali ke sini selepas lebih 15 tahun meninggalkan daerah ini untuk bermastautin di Kuantan", katanya. "Dulu saya disini sebagai insan lain, kini saya kembali ke sini untuk membuka minda rakyat supaya menerima perubahan", tambah beliau lagi. Tinjauan kami ke sini mendapati poster-poster ceramah sudah disebarkan di merata tempat. Cucumatkilau yang sudah lebih 10 tahun menjadi "blogger rakyat" mula terjun ke pentas ceramah sejak awal tahun ini. Beliau telah mengadakan ceramah di beberapa tempat sekitar Pahang terutamanya Kuantan sebelum ini. Malah, dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor (foto) yang lalu beliau juga sempat diberi ruang untuk bersuara ke pada rakyat dan menyampaikan ceramah pada hari permulaan dan malam akhir pilihanraya itu. Pada masa ini beliau dipercayai sudah menjadi "Reformis Bebas" dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik biar pun masih berhaluan kiri dan menentang arus sejak pemecatan Anwar 1998 dulu.

[Kehadiran Cucumatkilau ke kawasan Maran memang amat dinantikan oleh sebahagian besar rakyat di situ tidak kira dari apa parti politik sekali pun. Tambahan pula beliau cukup popular di daerah Maran suatu ketika dulu kerana merupakan bekas seorang pengacara dan juruhebah yang banyak mengendalikan program-program keramaian rasmi dan tidak rasmi di sekitar kawasan Maran, Jengka, Jerantut hinggalah ke Temerloh. Malah, beliau yang merupakan anak kepada salah seorang pemimpin UMNO setempat yang aman disegani serta begitu rapat dengan kepimpinan UMNO bahagian itu sekarang ini. Difahamkan dalam Pemuda UMNO bahagian Maran sendiri pun sebahagian besar daripadanya adalah sahabat baik beliau dulu. Begitu juga dalam UMNO bahagian Maran, makanya tidak hairanlah ramai yang dijangka akan hadir untuk mendengar ceramah ulung beliau yang pertama kali bakal diadakan di Jengka 19 malam ini].

Kontroversi: Shaari Sungip Dedahkan Dalang Di Negeri Sebalik Insiden Kes Curi Pasir Di Selangor Rupanya Kerajaan Pusat UMNO BN Itu Sendiri !!

Posted: 25 Jul 2010 06:54 PM PDT

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan gesaan kepada Kerajaan Pusat untuk tidak mensabotaj usaha Kerajaan Negeri Selangor membasmi kegiatan mencuri pasir. Adun Hulu Kelang, Saari Sungip (foto) berkata Kerajaan Pusat menyuburkan kegiatan mencuri pasir dengan memansuhkan kuasa Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Galian Tanah, seraya menjadikan agensi terbabit tidak berupaya untuk memberkas petualang pasir terbabit. Saari dalam nada berseloroh pada awalnya menyoal siapa gerangan yang bertanggungjawab dalam isu kecurian pasir di Selangor, diikuti dengan penjelasan bagaimana isu kecurian pasir di negeri ini dikatakan sebagai satu usaha terancang oleh Kerajaan Persekutuan. "Tuan-tuan, siapa yang curi pasir ini? Pencuri. Yang curi pasir ini ialah pencuri. Isu pencuri ini bidang kuasa pihak polis" seloroh Saari. Berucap dalam ceramah umum "Siapa Curi Pasir", Saari menjelaskan, amalan kerajaan UMNO-BN ketika memerintah Selangor menjadikan masalah pasir di Selangor semakin rumit untuk diselesaikan. Ianya menjadi semakin teruk apabila berlakunya amalan pendakwaan terpilih serta wujud usaha untuk melindungi pihak-pihak tertentu yang berkepentingan. "Isu pencuri pasir ini ialah masalah penguatkuasaan di peringkat persekutuan. Saya hendak bawa satu isu besar, di dewan pun tidak terbawa sebab tidak dapat maklumat yang sepenuhnya" tambahnya lagi. Tambahnya, amalan menyelamatkan kroni ini dikukuhkan oleh kerajaan pusat dengan meluluskan akta baru di peringkat Persekutuan pada November 2008 apabila kuasa menahan orang yang mencuri atau pun disyaki mencuri pasir tidak lagi di bawah bidang pegawai penguatkuasa PTD dan PTG.

Penahanan hanya boleh dibuat ketika operasi bersepadu yang melibatkan pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilakukan.
Bahkan sekiranya ada kes kecurian yang terbongkar, ianya pantas dibersihkan melalui agensi yang tertakluk dibawah telunjuk kerajaan pusat. "Ada pendakwaan pun suruh ditarik balik. Ini realitinya yang saya hendak tuan-tuan paham. Bagaimanakah kuasa pendakwaan di peringkat negeri tidak ada. Kalau Timbalan Perdana Menteri, kalau Noh Omar mengatakan bahawa kita ada mencuri pasir". "Ini kerana kelemahan kepada mereka, kerana pendakwaan lemah, penguatkuasaan memang kita boleh buat tetapi oleh kerana pendakwaan terpilih, kalau dia tengok, kalau ada pencuri itu dari kelompok mereka, maka tidak ada pendakwaan" tambahnya lagi. Disebabkan itulah ujar Saari, walaupun pihak kerajaan negeri menjalankan penguatkuasaan, namun ia tetap tidak berhasil untuk membanteras kecurian pasir di Selangor secara menyeluruh. Baru-baru ini, Dewan Negeri Selangor mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama yang akan membawa dan membahaskan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dalam Dewan Negeri. Rang undang-undang ini bertujuan untuk mempertingkatkan penzahiran maklumat berkepentingan awam supaya setiap individu punyai peluang akses kepada maklumat setiap jabatan negeri. Selain untuk merakyatkan informasi, ia juga akan menjadi perantara usaha yang dijalankan kerajaan negeri agar rakyat tidak mudah tertipu sekiranya timbulnya isu yang sengaja dimanipulasi oleh kerajaan pusat. "Telus, kontraktor baik, developer baik, pemaju, peniaga, usahawan, korporat yang ada urusan dengan dana rakyat dari jabatan-jabatan kerajaan negeri dan jabatan kerajaan tempatan, tuan-tuan boleh minta maklumat" katanya. Menurut Saari, dengan tertubuhnya jawatankuasa berkenaan, maka rakyat berpeluang untuk mengetahui perjalanan pentadbiran kerajaan negeri. "Inilah yang menyebabkan UMNO panik. Maknanya lepas ini, selepas jawatankuasa yang dipengerusikan oleh saya ini di bawa ke dalam dewan, sekurang-kurangnya pada bulan Mac tahun depan rakyat berhak tahu siapa yang dapat kontrak pasir selama ini dengan Selangor"."Siapa yang bekalkan lori, siapa bekalkan kren, bekalkan pasir, siapa jadi gengstar, siapa Ketua Cawangan, siapa Ketua Bahagian yang dapat saham". tambahnya lagi.

[Sekarang barulah rakyat tahu kenapa pihak polis beriya-iya benar tidak mahu memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam menjejaki "pencuri pasir" yang mengganas itu. Malah kita tidak terkejut, pengusaha pasir sanggup tubuhkan jawatankuasa bertindak kononnya kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang tidak memberi sokongan kepada mereka. Rakyat tahu bahawa pengusaha tersebut kebanyakkannya adalah mereka yang mendapat habuan lumayan projek pasir semasa zaman pemerintahan kerajaan UMNO BN terutamanya zaman MB Khir Toyo dulu. Justeru itulah rakyat tidak pelik bila hasil cukai yang diperolehi oleh kerajaan negeri terdahulu sungguh mengejutkan jika dibanding dengan sekarang. Semua ini kerana mereka mengamalkan rasuah bahkan puak-puak UMNO BN itu sendiri yang sebenarnya mencuri pasir berkenaan dan tidak membayar cukai kepada kerajaan. Maka sekarang mereka kecewa dengan sikap MB Khalid Ibrahim kerana terlampau berkira dan berhemah dalam mengendalikan urusan tersebut. Akhirnya mereka mencuri bagi membuktikan bahawa kerajaan tidak cekap mentadbir urusan pasir di Selangor. Apapun, rakyat lebih mengetahui realitinya].

Tiada ulasan: