Pahang Daily Online |
- Isu Panas: Bekas Duta Besar Amerika Ke Malaysia, John R Marlott Mendedahkan Kes Anwar Memang Amat Jelas Sekali Bermotifkan Politik Sebenarnya!
- Edisi Pahang: Program "Malam Amal Palestine Di Hati" Di Kampus UIAM Kuantan Dapat Sambutan
- Sensasi: Minyak Serta Gula Naik Harga, Si Ismail Sabri Terus Menjadi Kambing Hitam Untuk Tabur Janji-Janji Palsu Kepada Seluruh Rakyat Malaysia
| Posted: 19 Jul 2010 08:57 PM PDT ![]() Sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat, adakah beliau akan dinafikan peluang ikat jamin dan terus dihumban ke penjara?. Senario itu dikemukakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott (foto), melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal - akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika, semalam. "Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti," tulis Malott. "Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara." Menurut Malott pengalamannya berkhidmat di Kuala Lumpur antara 1995 hingga 1998 menyakinkannya bahawa perbicaraan liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu adalah bermotifkan politik. "Segala yang saya ketahui ketika itu dan sekarang ini, membawa kepada rumusan bahawa perbicaraan ini adalah untuk mengketepikan beliau dari politik," katanya. Merujuk kepada kejayaan Anwar pada pilihan raya umum 2008, Malot berhujah perbicaraan liwat sekarang bertujuan melemahkan pakatan pembangkang. Menurut Malott adalah mustahil bagi Anwar bagi menang pada perbicaraan itu, lebuh-lebih lagi apabila bukti-bukti penting kes itu dinafikankepada peguamnya. Malah, media-media yang dikuasai kerajaan telah juga menghukumnya dengan mendapati beliau 'bersalah' dalam laporan mereka."Rancangan politik kerajaan adalah untuk menghumban Anwar ke penjara supaya pembangkang menjadi kucar-kacir dan tidak bersedia. Kemudiannya, pilihan raya mengejut diumumkan dan mereka akan menang dengan mudah,""Malaysia tidak mempunyai sistem juri. Keputusan ditentukan oleh seorang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang sama yang mahu Anwar dikeluarkan dari politik," katanya. Dalam artikelnya itu juga, Malott mendakwa kerajaan BN sekarang dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mereka bertekad untuk mengurung Anwar agar segala kepincangan itu tidak dihebohkan. Katanya, ekonomi Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan terdapat kadar pertumbuhan, namun perangkaaan itu disokong oleh perbelanjaan kerajaan.Tindakan itu menyaksikan hutang negara semakin membesar manakala pelaburan terus asing (FDI) cukup kecil. (mkini) [Kenyataan ikhlas oleh bekas Duta Besar Amerika ke Malaysia itu bakal menyebabkan kes Anwar ini semakin panas sebenarnya. Dalam masa kerajaan UMNO BN menggunakan media untuk membuat tuduhan terhadap Anwar, maka kini semakin jelas bukti-bukti kukuh terhadap isu sebenar kes liwat kini semakin terbongkar. Mereka tersilap membuat percaturan sebenarnya. Jika senario ini berterusan, maka sudah pasti satu persatu rahsia kerajaan aka terbongkar dan akhirnya rakyat majoritinya akan tahu hakikat sebenar kes itu. Inilah hakikat yang berlaku apabila media arus perdana terlalu seronok untuk menjatuhkan imej Anwar di peringkat antarabangsa. Langkah mengaitkan Yahudi dengan Anwar akhirnya bakal memakan diri mereka sendiri. Sedangkan kerajaan UMNO BN itu sendiri berselindung di sebalik Yahudi. Rakyat diseru bijak menilai perkembangan ini dengan mata dan hati. Lakukan perubahan untuk jatuhkan kerajaan yang sudah meracau ini dalam pilihanraya umum nanti]. |
| Edisi Pahang: Program "Malam Amal Palestine Di Hati" Di Kampus UIAM Kuantan Dapat Sambutan Posted: 19 Jul 2010 08:12 PM PDT KUANTAN, 20 Julai - Program Malam Amal "Palestin Di Hati" yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan dekat Bandar Indera Mahkota Ahad, 18 Julai 2010 lalu telah berjaya mencapai matlamatnya. Menurut Abd Bashir Abd Ghani (foto), selaku Penyelaras Program berkata pihaknya amat berpuas hati dengan penganjuran tersebut biarpun persediaanya dibuat dalam jangkamasa yang agak singkat."Kehadiran orang ramai terutamanya para pelajar UIAM sendiri cukup menggalakkan dan menyemarakkan lagi program ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua yang hadir dan memberi sokongan padu terutamanya Pengarah UIAM sendiri, para dermawan, Aktivis Haluan palestin Sdr Nizam, penyajak, Kumpulan ShouHAR, Majli Perwakilan Pelajar IPTA/IPTS, Ahli Badan NGO Islam Pahang, pelajar2 IPT, juruaudio dan semua hadirin", katanya. Program yang mempersembahkan penampilan khas kumpulan nasyid popular dari Indonesia iaitu Shotul Harakah. Kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan dan perjuangan untuk rakyat Palestin itu berjaya didatangkan biarpun menghadapi beberapa masalah sebelum ini. Beberapa orang wakil dari Institusi Pengajian Tinggi telah membuat "Ikrar Pemuda Prihatin" pada malam itu. Turut diadakan ialah pengkongsian pengalaman oleh aktivis konvoi Lifeline 4 Gaza, bacaan sajak Palestin, jualan amal dan mini pameran. Program yang diadakan itu adalah anjuran bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Cawangan Kuantan dan Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Negeri Pahang (Barakah). [Pahang Daily Online mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang berjaya mengadakan juga program tersebut biarpun dengan serba kekurangan. Namun, apa yang amat dikesali ialah sikap sesetengah pihak yang langsung tidak prihatin untuk menghulurkan sumbangan derma berupa dana untuk menampung kos berkaitan. Sepatutnya program seperti ini diberi sokongan padu oleh semua pihak terutamanya umat Islam. Anehnya, ada pihak yang memandang remeh apa yang dilakukan oleh pihak terbabit. Semoga acara seperti ini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang hendaknya. Teruskan perjuangan membela rakyat Palestin yang kini terus ditindas oleh puak-puak Zionis Yahudi itu. Klik sini untuk mendengar lagu perjuangan buat rakyat Palestin dendangan Shotul Harokah iaitu Merah Saga]. |
| Posted: 19 Jul 2010 07:09 PM PDT
[Persoalannya apakah kita boleh lega dengan kenyataan Ismail Sabri ini, sedangkan ketika masalah gula berlaku sebelum ini beliau beriya-iya benar berjanji bahawa kerajaan tidak akan melayan kerenah pihak yang mahu menaikkan harga gula. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Janji hanya tinggal janji semata-mata, akhirnya rakyat jua yang merana. Kini mereka mahu berjanji lagi. Apakah kita harus percaya?. Apakah rakyat mahu terus tertipu lagi. Jika "SUBSIDI" dijadikan lesen untuk menghalalkan tindakan kerajaan menaikkan harga barangan, makanya elok benar rakyat jatuhkan mereka dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Jika tidak, selagi ada subsidi maka mereka akan melakukan tindakan yang sama buat selama-lamanya. Jadilah rakyat yang bijak mulai sekarang. Lakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang agar lebih terjamin]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan