Pahang Daily Online |
- Mahkamah: Kes Liwat Tangguh Pada 2 Ogos 2010, Peguam Anwar Karpal Singh Cuti Sakit 9-23 Julai !
- Terkini: Tiga Pemimpin PKR Pahang Yang Ditahan Polis Semalam Akhirnya Dibebaskan Petang Tadi !
- Mahkamah Tinggi Dengar Rayuan Si Khairy Tolak Permohonan Mengetepikan Penghakiman Ingkar Oleh Anwar Ibrahim Terhadap Dirinya 23 Sept Ini
- Panas: Pelancaran Team Wanita Pahang (Tawan) Tercemar Bila Tiga Pemimpin Ditahan Polis Ketika Adakan Demonstrasi Di Kuantan Petang Semalam
| Mahkamah: Kes Liwat Tangguh Pada 2 Ogos 2010, Peguam Anwar Karpal Singh Cuti Sakit 9-23 Julai ! Posted: 19 Jul 2010 01:51 AM PDT KUALA LUMPUR 19 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga 2 Ogos 2010 ini kerana peguam bela utama beliau, Karpal Singh sedang bercuti sakit. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan penangguhan selepas pihak pembelaan memberi jaminan bahawa mereka akan meneruskan perbicaraan sekali pun Karpal tidak dapat hadir pada tarikh akan datang. Karpal cuti sakit dari 9 hingga 23 Julai kerana alami penyakit radang paru-paru. [Nampaknya kes liwat II ini semakin panas apabila ia ditangguhkan sekali lagi. Sudah pasti puak-puak UMNO BN akan berkokok mengatakan yang Anwar takut untuk berhadapan dengan Saiful Bukhari. Namun, mereka juga lupa bahawa Saiful kini sungguh bahagia hidup selepas mengaku dia diliwat oleh Anwar. Amatlah tidak munasabah orang yang menjadi mangsa boleh gembira dan seronok selepas membuat pengakuannya. Apapun sama-sama kita nantikan adengan seterusnya kes yang penuh kotroversi ini. Sudah pasti berbagai insiden panas yang akan berlaku dan menjadi bahan jenaka untuk dilihat oleh masyarakat antarabangsa. Apapun, rakyat masih berharap agar keadilan ditegakkan biarpun nampak tidak kelihatan]. |
| Terkini: Tiga Pemimpin PKR Pahang Yang Ditahan Polis Semalam Akhirnya Dibebaskan Petang Tadi ! Posted: 19 Jul 2010 01:01 AM PDT KUANTAN 19 Julai - Kesemua pemimpin Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan telah dibebaskan tepat jam 1.30 petang tadi. Mereka yang dibebaskan itu ialah Fadilah Abd Wahab (SU Wanita PKR Pahang), Pn.Zainun Abu Bakar (Ketua Wanita PKR Raub) dan Saudara Kamarul Hatta Md Ali Timbalan Ketua AMK Pahang (foto). Semalam, mereka ditahan oleh pihak polis ketika mengadakan Demonstrasi Bantahan Kenaikan Harga Barangan (Gula dan Minyak) anjuran Team Wanita Pahang (Tawan) dekat Taman Gelora. Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang iaitu Dato' Fauzi Abdul Rahman sendiri. Menurut Dato' Fauzi, beliau amat kecewa dengan penahanan tersebut. "Tindakan polis ini jelas sekali berselindung disebalik politik sebenarnya. Apakah salahnya rakyat mahu mengadakan bantahan terhadap sesuatu tindakan mereka yang dikira tidak betul dan membelakangkan rakyat?. Jika membawa poster membantah kenaikan harga barang pun dianggap jenayah, ini bermakna kerajaan UMNO BN sudah semakin terdesak sekarang ini. Mereka rela menangkap dan menakutkan rakyat sesuka hati mereka", katanya.[Apapun, kami ucapkan syabas kepada kesemua pemimpin yang ditahan itu kerana mereka tetap cekal untuk meneruskan perjuangan dan tidak gentar berhadapan dengan tindakan pihak berkuasa. Suara rakyat tidak wajar dimatikan dengan menggunakan pihak polis. UMNO BN haruslah berhadapan secara "anak jantan" dengan pembangkang dalam pilihanraya sebenarnya. Tindakan menggunakan polis sebagai senjata amatlah mencabuli amalan demokrasi di negara ini sebenarnya. Semoga para pejuang rakyat akan terus bersemangat untuk menyatakan bantahan secara terbuka terhadap berbagai isu yang melanda rakyat sekarang ini]. |
| Posted: 19 Jul 2010 12:53 AM PDT
[Khairy kini bakal berhadapan dengan Anwar tanpa mendapat sokongan lagi daripada kerajaan UMNO BN yang menaungi beliau selama ini. Riwayat politik Khairy yang dijangka akan berakhir sebelum pilihanraya umum ke-13 iru, pasti akan menarik perhatian rakyat. Tambahan pula, Khairy sebenarnya hanya menumpang populariti bapa mertuanya Pak Lah Badawi untuk naik dulu. Makanya kini satu persatu jawatannya bakal ditarik balik termasuklah Ketua Pemuda UMNO. Terbaru, beliau tidak berani lagi untuk mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden FAM dalam pemilihan bandan induk bolasepak tanahair itu hujung bulan ini. Khairy kini menarik hari untuk dibenamkan oleh Mukhriz Mahathir yang mendapat sokongan padu daripada Perdana Menteri Najib Razak itu sendiri. Makanya, kes yang beliau hadapi dengan Anwar ini pasti akan menjadi salah satu penyebab dirinya akan tersungkur dari kancah politik]. |
| Posted: 18 Jul 2010 06:31 PM PDT
[Penahanan ketiga-tiga pemimpin terbabit jelas sekali menggambarkan betapa takutnya kerajaan UMNO BN di Pahang terhadap kebangkitan suara rakyat di negeri itu. Mereka kini terdesak akibat kenaikan harga gula dan minyak yang dilakukan baru-baru ini. Laungan rakyat didahulukan adalah sekadar retorik politik untuk terus menipu rakyat. Subsidi masih terus dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan jahat puak-puak mereka itu. Kini, pihak polis terus dijadikan alat untuk menakut-nakutkan rakyat untuk terus bersuara. Mereka mahu rakyat terus tunduk atas satu tindakan yang jelas membelakangkan nasib mereka. Tindakan Tawan mengadakan demonstrasi aman di lokasi terbabit dijadikan senjata untuk mereka menggempur Pakatan Rakyat di negeri Pahang sebenarnya. Apapun, nantikan pendedahan terkini tentang isu ini nanti]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan