
Slogan
"rakyat didahulukan" yang selama ini dicanang-canangkan oleh Perdana Menteri Malaysia,
Dato' Seri Najib Tun Razak akhirnya menjadi kenyataan, bila mana kerajaan UMNO BN dengan bangganya
"atas nama subsidi" menaikkan harga minyak dan gula dipasaran. Rakyat terpingga-pingga dengan segala janji yang dibuat oleh mereka selama ini. Tatkala bekalan gula berhadapan dengan masalah baru-baru ini, dengan jelas menteri berkaitan Iaitu
Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa kerajaan akan mengawal harga gula di pasaran dan memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang akan membebankan pengguna. Bukan sekali, malah berkali-kali beliau melaungkan ungkapan demikian termasuk kepada penggundi di kawasannya
Parlimen Bera. Namun, apa yang terjadi akhirnya?. Mereka tetap menaikkan harga gula kononnya mahu mengurangkan bebanan kerajaan membayar subsidi barangan keperluan terbabit. Apa yang berlaku sekarang?. Terbukti mereka menipu rakyat. Bukan sahaja penyokong pembangkang yang menerima musibah ini, malahan juga para penyokong totok UMNO BN itu sendiri sebenarnya. Soalnya sekarang, kenapa puak-puak ini tergamak menipu rakyat dalam keadaan mereka beriya-iya kononnya
"mendahulukan rakyat"? Dengan kenaikan ini juga bermakna kerajaan telah dua kali melakukan tindakan tersebut pada tahun 2010 ini. Sebelum ini kerajaan telah menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak
20 sen awal Januari lalu. Kini kenaikan lebih tinggi iaitu
25 sen, bermakna kesemuanya sudah
45 sen untuk tahun ini sahaja. Dengan senario ini, jelas bermakna bahawa kerajaan UMNO BN itu telah menipu rakyat Malaysia dan akan menipu buat selama-lamanya.
[Alasan yang sama diberikan iaitu subsidi mahu dikurangkan untuk melaksanakan pembangunan yang akan menyenangkan rakyat di kemudian hari. Macamlah rakyat Malaysia ini bodoh dan bangang seperti puak-puak UMNO BN itu agaknya. Rakyat didahulukan bermakna Najib sepatutnya memikirkan masalah rakyat sebelum membuat tindakan. Apakah kenaikan ini juga ada kena mengena dengan Felda yang kini telah menguasai salah sebuah syarikat pengeluar gula terbesar di negara ini. Jika ini alasannya, maka tahulah kita sekarang apabila berlaku kekurangan bahan itu dipasaran memang bermakna kerajaan punya startegi untuk menaikkan harga barangan tersebut. Mereka akur kepada pengeluar dan pemborong gula, sebaliknya mereka persetankan pengguna dan rakyat itu sendiri. Tambah mengejutkan kenaikan dilakukan menjelangnya ketibaan bulan Ramadhan tidak lama lagi. Bukankan dengan kenaikan ini maka ia akan menyebabkan banyak lagi barangan keperluan harian yang lain turut naik. Siapa yang akan terbeban dengan semua ini, bukankah rakyat iti sebenarnya. Apakah puak-puak UMNO BN terbebas daripada masalah yang melanda?. Mereka juga akan menghadapi segala bebanan ini. Namun, dek kebodohan dan kejahilan maka mereka teru memangkah UMNO BN sejak dulu kini dan selamanya. Sampai bilakah mereka mahu ditipu agaknya !!].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan