Isnin, 5 Julai 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Edisi Pahang: Puak UMNO MCA Kuantan Berebut Kerusi, Petanda Awal PKR Pertahankan Parlimen Itu Dalam Pilihanraya Umum Ke-13 Makin Cerah !

Posted: 04 Jul 2010 09:08 AM PDT

Nampaknya UMNO Kuantan begitu teruja untuk merampas semula kerusi parlimen Kuantan dalam pilihanraya umum akan datang. Susulan daripada itu mereka mahukan hak semula agar kerusi parlimen itu diserahkan semula kepada UMNO. Dalam pilihanraya umum lalu, kerusi itu dimenangi oleh Fuziah Salleh (PKR) menawaskan Fu Ah Kiow (MCA) dengan majoriti melebihi satu ribu undi. Kekalahan itulah adalah satu tamparan hebat buat BN, kerana parlimen Kuantan adalah merupakan kubu kuat mereka sejak sekian lama. Namun, kerusi tersebut diserahkan kepada MCA dengan penuh kontroversi pada pilihanraya umum ke-11 yang lalu. Terdapat maklumat mengatakan pemimpin UMNO Kuantan begitu marah dan mengamuk bila kerusi parlimen itu diserahkan kepada MCA ketika itu. Malah ada yang bertindak menyerang rumah Menteri Besar Pahang di Jalan Teluk Sisek. Semua ini dek kerana geram dengan keputusan yang dibuat oleh Dato' Seri Adnan Yaakob tentang perkara itu. Fu Ah Kiow bernasib baik kerana menang dalam pilihanraya umum selepas itu, menewaskan calon yang sama dari PKR iaitu Fuziah Salleh (foto). Beliau kemudian dilantik sebagai salah seorang Timbalan Menteri dalam kabinet BN. Namun, pilihanraya umum lalu (2008) beliau tiba-tiba tewas sedangkan ketiga-tiga DUN dalam parlimen Kuantan dimenangi oleh BN iaitu DUN Teruntum, DUN Inderapura dan DUN Tg.Lumpur . Inilah yang memuyskilkan puak-puak MCA sebenarnya. Terdapat sumber mengatakan kekalahan Fu Ah Kiow adalah kerana beliau mengeluarkan nama Ti Lian Ker daripada senarai calon MCA dalam PRU-12 itu. Lantaran marah dengan perbuatan tersebut, maka Ti Lian Ker telah mengarahkan jentera dan orangnya pastikan Fu Ah Kiow tertewas. Kenyataan itu dibuat selepas beliau mengamuk di pejabat MCA bila mengetahui namanya tidak tersenarai sebagai calon. Namun, ada laporan mengatakan Fu Ah Kiow tewas dek kerana penyokong UMNO membuat undi protes terhadapnya. Strategi itu dilakukan bagi membuktikan kepada pucuk pimpinan tertinggi BN agar kerusi itu wajar diserahkan semula kepada UMNO. Namun, mereka lupa kemenangan PKR itu adalah dek kerana suara rakyat sebenarnya.

[Lantaran itulah kita tidak hairan UMNO Bahagian Kuantan membawa usul agar kerusi parlimen itu diserahkan semula kepada UMNO dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Usul itu diterima sebulat suara oleh perwakilan dalam mesyuarat UMNO bahagian itu semalam. Soalnya sekarang, apakah MCA akan berdiam diri dengan usaha tersebut?. Sudah pasti mereka akan mempertahankan kerusi tersebut untuk parti berkenaan. Bagi MCA, kemenangan dan kekalahan adalah ada dalam pertandingan. Namun, jika MCA masih mengekalkan kerusi itu jelas sekali ia akan memberi kemenangan yang lebih besar kepada Fuziah Salleh dalam PRU-13 nanti. Sudah pasti ramai penyokong UMNO tidak akan mengundi BN kerana memprotes keputusan tersebut. Tambah perit lagi, jika UMNO merampas kerusi itu dari MCA. Ia juga akan memberi peluang kepada Fuziah Salleh meneruskan kesinambungannya membela rakyat disitu. Tambahan pula, majoriti kaum Cina sekarang ini memang realitinya menolak BN mutakhir ini. Maknanya kekuatan Pakatan Rakyat disitu pasti akan bertambah, sama seperti zaman UMNO dan parlimen Kuantan dipimpin oleh Dato' Fauzi Abdul Rahman dulu].

Sensasi: Mahfuz, Timbalan Pengerusi SPR Si Wan Ahmad Wajar Di Pecat Kerana Sokong Kenyataan Pemuda UMNO Tanpa Merujuk Fakta Sebenarnya

Posted: 04 Jul 2010 04:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Julai - Pengumuman rasmi yang dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkaitan peratusan pemilih baru 2 Melayu dan 1 bukan Melayu dengan sendirinya menempelak timbalan pengerusinya. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (foto) berkata, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar jelas menyokong kenyataan Pemuda Umno kononnya peratusan pemilih baru 1 Melayu dan 40 bukan Melayu yang jelas cuba menyempurnakan agenda perkauman sempit Umno "Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi SPR jelas menafikan percubaan Umno yang disokong Wan Ahmad, Timbalan Pengurusi SPR untuk menimbulkan kekecohan perkauman dalam negara "Percubaan jahat ini juga turut didukung oleh sebahagian pimpinan Umno yang mengambil kesempatan untuk mengadu-domba perkauman di kalangan rakyat Malaysia," ujarnya. Dengan pengumuman oleh Pengerusi SPR, kata Mahfuz, maka wajarlah Wan Ahmad dipecat dari jawatan selaku Timbalan Pengerusi SPR. SPR, katanya tidak boleh dilihat sebagai 'Suruhanjaya Perkauman Rakyat', oleh itu memecat Wan Ahmad adalah tindakan wajar. Di samping itu juga, tambahnya Mohd HishamuddinYahaya, Exco Pemuda Umno dan Berita Harian perlu memohon maaf secara terbuka dan mengakui mereka ada agenda jahat perkauman dan membuat aku janji tidak mengulangi perbuatan jahat itu.

[Semua ini membuktikan kepada kita bahawa SPR memang bersongkol dengan UMNO BN untuk memwujudkan satu keadaan tidak tenteram kepada rakyat. Kononnya, kaum Cina akan mengusai politik negara dan mahukan supaya orang Melayu majoritinya menyokong UMNO sebagai wadah perjuangan mereka. Seolah hanya mereka sahaja yang pandai memerintah negara ini. Malah tujuan kenyataan itu juga bagi mengalih pandangan rakyat agar melihat kaum Cina sebagai ancaman politik baru di Malaysia. Sedangkan mereka tahu bahawa UMNO BN sendiri pun bersubahat dan berkompromi dengan kaum Cina untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan mereka di bumi Malaysia tercinta ini. Jahatnya Wan Ahmad kerana menyokong kenyataan UMNO tanpa merujuk kepada ketuanya sendiri. Beliau sememangnya tidak layak lagi untuk menjadi Timbalan Pengerusi SPR. Jika tidak Pakatan Rakyat pasti akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar apabila terpaksa berhadapan dengan strategi jahat mereka dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Kita juga hairan bagaimana Pengerusi SPR juga terbabas cakap dengan mengatakan bahawa UMNO hanya mendaftar 7,000 pengundi manakala DAP pula berjaya mendaftar 14,000 dalam masa terdekat ini. Soalnya sekarang, masa bila pula mereka yang mahu mendaftar sebagai pengundi perlu nyatakan nama parti tersebut?. Terutamanya jika mendaftar di tempat-tempat awam atau di pejabat SPR sendiri. Bukankah ini juga satu kenyataan yang cukup meragukan oleh seorang penjawat awam seperti itu sebenarnya. Mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa itulah kerja pengkhianat SPR ini sejak dulu kini dan selamanya selagi tidak dibuat pembaharuan dalam badan bebas itu sendiri sebenarnya]

Tiada ulasan: