Pahang Daily Online |
- Video Ekslusif Jawapan Anwar Ibrahim Terhadap Tuduhan Liar Muhyiddin Dan Khairy Jamaluddin
- Kontroversi: "Double Standard", Suara Keadilan Lapor Felda Bangkrap Mengamuk Tapi Idris Jala Kata Malaysia Muflis Kenapa Dia Tidak Di Saman
- Kontroversi: Susulan Takut Berhadapan Dengan Kenyataan Isu Felda, Puak UMNO BN Guna Kuasa Untuk Menyaman Dan Kapankan Suara Keadilan
| Video Ekslusif Jawapan Anwar Ibrahim Terhadap Tuduhan Liar Muhyiddin Dan Khairy Jamaluddin Posted: 02 Jul 2010 12:51 AM PDT Di bawah ini kami paparkan video eksklusif dari Malaysiakini berhubung dengan dakwaan liar TPM Muhyiddin Yassin dan Khairy Jamaluddin, kononnya Anwar menyembah Amerika untuk memohon maaf kenyataan tentang kezaliman Zionis terhadap kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini. Mungkin kenyataan ini tidak dapat disiarkan di mana-mana media arus perdana, namun demi keadilan maka kami memaparkannya di sini. Semoga rakyat dapat menilai apakah sebenarnya yang berlaku dan putar belit kerajaan tentang isu berkenaan. [Mereka boleh mengatakan apa saja terhadap pemimpin pembangkang sekarang ini, kerana mereka memiliki segalanya (media arus perdana). Namun mereka juga harus ingat bahawa bukan semua rakyat Malaysia terdiri dari kalangan orang yang bodoh dan bangang seperti pengikut dan puak-puak mereka. Biar pun mereka halang dan tarik balik permit akhbar Suara Keadilan, namun mereka juga harus ingat bahawa suara untuk menegakkan keadilan itu sebenarnya berada di mana-mana. Ingatlah bahawa suara rakyat itu suara keramat, maka kerajaan yang zalim dan khianat itu pasti akan ditunjukkan laluan keluar pada satu hari nanti]. |
| Posted: 01 Jul 2010 09:07 PM PDT ![]() Inilah yang dikatakan, amalan "double standard" yang menjadi darah daging kerajaan UMNO BN di Malaysia ini sebenarnya. Mereka akan mengamuk sakan bila mana-mana pemimpin atau media pembangkang melaporkan berita yang "kurang menyenangkan halwa telinga" mereka. Sebaliknya, mereka akan menikus bila kenyataan tersebut dibuat oleh pemimpin atau media kawalan mereka. Jika benar mereka jujur dan ikhlas, kenapa perlu ada "dua darjat" dalam hal ini?. Nampak benar tindakan tersebut adalah dek kerana politik "balas dendam" semata-mata. Rakyat sedar dan dapat menilai segala yang berlaku ini sebenarnya. Kita ambil contoh, akhbar Suara Keadilan mahu disaman oleh mereka dek kerana melaporkan artikel bahawa "Felda Bangkrap", sebaliknya mereka menikus apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala (foto) mengatakan "Malaysia Muflis" menjelang tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak mengurangkan pemberian subsidi dan mengawal pinjaman sedia ada. Terkadang kita tidak faham dengan mentaliti dan kepala otak puak-puak UMNO ini sebenarnya. Malaysia muflis dengan Felda bangkrap adalah perkara yang sama. Mana yang lebih besar Malaysia atau Felda?. Kita layak mengatakan sesebuah syarikat itu akan bangkrap atau muflis apabila berlaku kerugian yang besar dalam perniagaan mereka. Apatah lagi bila mencecah berbilion ringgit sebenarnya. Makanya, Suara Keadilan layak mengatakan Felda bangkrap selepas dibuktikan menteri berkaitan mendedahkan perkara itu di parlimen (Ahmad Maslan). Apakah itu satu fitnah agaknya?. Samalah juga dengan kenyataan beberapa orang pemimpin pakatan rakyat di Pahang bahawa negeri ini muflis akibat mengalami "bajet defisit" setiap tahun sejak Dato' Seri Adnan Yaakob menjadi Menteri Besar 11 tahun yang lalu. Kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak menyaman dan mengatakan semua itu fitnah pembangkang?. Mudah alasannya, sebab ia dibuktikan di Sidang Dewan Undangan Negeri oleh MB sendiri. Makanya, tidak timbul soal fitnah dan sebagainya. Begitu juga dalam kes Felda, apakah ia fitnah sedangkan telah didedahkan secara terbuka di parlimen sebelum itu. Jika begitulah keadaanya, maka Kerajaan Malaysia juga perlu menyaman dan mengambil tindakan terhadap Menteri UMNO Idris Jala kerana mengatakan Malaysia akan Muflis pada tahun 2019 nanti. Malahan, Perdana Menteri Najib Razak sendiri juga menafikan kenyataan celupar Idris Jala selepas itu. Soalnya, kenapa tiada tindakan tegas diambil terhadap Idris. Ini semua kerana amalan "double standard" yang akan dilakukan selama mana mereka itu terus berkuasa ! [Usahlah kita terkejut dengan senario ini. Anggaplah ini semua amalan biasa yang pasti digunakan oleh mereka ketika "nyawa sudah dihujung tanduk". Maka itu juga kita tidak hairan bila mana permit akhbar Suara Keadilan digantung gara-gara artikel panas itu. Anehnya, Idris Jala bukan sahaja tidak disaman malah tugasnya sebagai menteri juga tidak digantung oleh kerajaan yang kononnya bermaruah itu. Semua ini memungkinan kepada kita bahawa puak-puak UMNO BN amat takut rakyat mendapat berita yang lebih jelas dan tepat selain media arus perdana. Soalnya sekarang, apakah mereka benar-benar hebat dan yakin rakyat setuju dengan apa yang dilakukan ini?. Apa yang pasti rakyat semakin bosan dan benci dengan keletah mereka yang kebudak-budakan ini. Makanya sudah pasti hukuman akan dibuat dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Semoga rakyat akan sedar dan bangkit untuk melakukan perubahan secara besar-besaran selepas ini]. |
| Posted: 01 Jul 2010 08:35 PM PDT ![]() Ramai yang terkejut dengan tindakan kerajaan UMNO yang bertopengkan Felda menyaman akhbar Suara Keadilan sebanyak RM200 juta semalam. Tindakan yang jelas mencemarkan kebebasan bersuara di negara ini sebenarnya. Begitu cepat dan pantas, mereka mengambil tindakan terhadap akhbar dan pihak terbabit yang kononnya membuat laporan palsu dan fitnah terhadap Felda. Artikel "Felda Bangkrap" di muka depan akhbar terbabit dijadikan alasan utama untuk memastikan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikapankan semalam. Malah, pihak Kementerian Dalam Negeri kononnya tidak dapat menerima jawapan surat tunjuk sebab yang diberikan kepada Suara Keadilan sebelum itu. Lantaran itulah begitu cepat mereka akhirnya menghukum akhbar terbabit. Tindakan ini jelas sekali mencabuli amalan demokrasi di negara kita. UMNO BN hanya mahu laporan satu hala dibuat oleh mereka, biarpun jelas berunsur hasutan dan fitnah selama ini. Mereka tidak akan menyaman akhbar terbabit kerana "itu mereka punya". Tetapi bila melibatkan media parti pembangkang, maka begitu tegas dan profesional puak-puak ini menlaksanakan agenda yang telah diskripkan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti itu. Semua ini mendedahkan kepada kita betapa "dayusnya" kerajaan UMNO BN yang ada sekarang ini. Mereka sepatutnya menjawab dengan menggunakan segala media arus perdana yang ada, bukannya menggunakan kuasa "kuku besi" untuk menjatuhkan hukuman terhadap akhbar terbabit. Inilah bukti ketakutan yang berlaku dalam diri para pemimpin UMNO itu sebenarnya. Takut berhadapan secara "anak jantan", maka menggunakan kelebihan yang ada untuk menafikan hak rakyat mendapat berita yang seimbang serta berpaksikan kebenarannya. Inilah realiti politik di Malaysia sejak dulu, kini dan selamanya. Selagi pemikiran rakyat boleh dipesongkan maka media dikatakan jujur dan telus. Tetapi apabila ada media menyatakan kebenaran maka dianggap memesongkan minda rakyat. Walhal, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Malah rakyat dan para peneroka terus ditipu! Kenapa Duit Felda Basmi Kemiskinan Di Sabah? Persoalannya yang kita ingin ajukan kepada puak-puak UMNO BN ini sebenarnya ialah apakah benar Suara Keadilan membuat fitnah terhadap Felda?. Itu pokoknya. Sedangkan sebelum ini Menteri UMNO yang berkenaan iaitu Ahmad Maslan (foto) sendiri ada melaporkan bahawa status kewangan Felda menyusut jatuh kepada RM1.35 bilion pada tahun lepas (2009), berbanding RM4.08 bilion pada tahun 2004. Maknanya selepas 5 tahun, Pilihanraya Umum ke-11 (2004) dan selepas Pilihanraya Umum ke-12 (2008) Felda kehilangan RM2.75 bilion. Soalnya, apakah benar berbezaan itu berlaku kerana ia digunakan untuk tujuan kebajikan seperti tanaman semula (RM2 bilion), pinjaman rumah tanpa faedah (RM603 juta), tabung pembasmi kemiskinan Sabah (RM253 juta) dan pembangunan ibu pejabat baru Felda (RM662 juta)?. Jika inilah jawapannya, maka kita juga boleh mempersoalkan kenapa duit Felda digunakan untuk pembasmi kemiskinan di Sabah?. Bukankah kerajaan pusat sudah mempunyai dana yang cukup untuk tujuan tersebut. Kenapa tiba-tiba wang peneroka digunakan oleh mereka. Bahkan, satu persoalan lagi kenapa tidak ada maklumat dimasukkan tentang berapa banyak jumlah yang dilaburkan untuk membeli undi para peneroka supaya terus menyokong kerajaan UMNO BN dalam dua pilihanraya umum itu. Sedangkan umum mengetahui Felda dengan bangganya memberikan ribuan ringgit saguhati kepada para peneroka atas nama subsidi supaya mereka mengundi BN. Bahkan banyak juga duit Felda dilaburkan semata-mata untuk memastikan kawasan tanah rancangan itu di seluruh negara terus menjadi kubu kuat UMNO BN buat selamanya.Kenapa Guna RM2 Bilion Untuk Tanam Semula? [Apa yang jelas sekarang ialah kita terus ditipu oleh mereka yang cuba untuk menutup segala kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Felda iaitu kubu kuat dan komponen BN dalam pilihanraya umum akan datang. Apapun, kuasa ada ditangan mereka dan rakyat perlu diyakinkan bahawa semua angka-angka yang dinyatakan oleh Ahmad Maslan itu hanya "omongan kosong" dalam usaha untuk mereka memastikan lanun-lanun yang merompak khazanah Felda terselamat dan tidak didakwa. Rakyat sebenarnya tahu siapa yang bertanggungjawab melingkupkan Felda ini sebenarnya. Maka itu, apakah salah dan dosa Suara Keadilan mendedahkan bahawa Felda akan bangkrap agaknya?. Bukankah menteri yang berkenaan yang menyatakan perkara tersebut di parlimen. Kerugian berbilion-bilion ringgit bukankah ia petanda menjurus ke arah itu sebenarnya. Maka, kenapa Felda melatah dan cuba menyaman akhbar terbabit agaknya?. Ternyata mereka takut dan tidak berani berhadapan dengan kenyataan dan sengaja ingin menutup segala kelemahan yang ada]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan