Muslimeen United |
- Doakan KESEJAHTERAAN Adun Galas.......
- Sultan Brunei miliki 7,000 kereta berprestasi tinggi
- Kerabat Diraja Kelantan rentung
- PAS bentuk jawatankuasa anti saman ekor
| Doakan KESEJAHTERAAN Adun Galas....... Posted: 29 Jul 2010 08:36 PM PDT Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Nasuruddin Daud mengesahkan mengenai keadaan Hashim itu yang sedang dirawat di ICU Hospital Pakar Perdana di sini. "Dia sudah masuk hospital sejak dua tiga hari lalu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Che Hashim pernah menjalankan rawatan susulan untuk barah ususnya di sebuah Hospital di Guangzhou, China pada 2009. Wakil rakyat itu disahkan menghidap barah usus kira-kira tiga bulan sebelum beliau pergi ke China, selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Che Hashim berjaya merampas kerusi DUN Galas dari Barisan Nasonal (BN)dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum lepas, apabila beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya Saufi Deraman. - BERNAMA |
| Sultan Brunei miliki 7,000 kereta berprestasi tinggi Posted: 29 Jul 2010 08:32 PM PDT ![]() ![]() BANDAR SERI BEGAWAN: Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, lapor GTSpirit.com semalam. Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion). Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s. Invalid Domain NameInvalid Domain NameNIKMATI 1 BULAN YURAN LANGGANAN PERCUMA DENGAN OIAB™ PLUS NIKMATI 1 BULAN YURAN LANGGANAN PERCUMA DENGAN OIAB™ PLUS Baginda turut memiliki enam buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT, dua kereta konsep Ferrari Mythos yang beroperasi sepenuhnya, dua kereta Sedan Ferrari 456 GT, satu-satunya kereta Mercedes-Benz CLK-GTR pemanduan kanan di dunia, lima kereta lumba McLaren F1 termasuk dua model LM hitam dan tiga kereta Cizeta-Moroder V16T. Sultan Hassanal juga merupakan pemilik 10 daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluarkan, satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato, dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro. Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC. Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan. -Agensi |
| Kerabat Diraja Kelantan rentung Posted: 29 Jul 2010 08:29 PM PDT KERETA Volvo yang dinaiki Raja Mohammad hangus terbakar selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah lori simen di persimpangan KLIA, Sepang semalam.KOSMO | SEPANG - Cubaan seorang pemandu lori simen dan kelindannya untuk menyelamatkan seorang kerabat Diraja Kelantan daripada hangus gagal apabila lelaki itu rentung selepas kereta Volvo dinaikinya terbakar selepas dirempuh kenderaan berat itu dari belakang. Bagaimanapun, dua lagi penumpang di dalam kereta itu selamat. Datuk Raja Mohammad Raja Ismail, 60, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas hangus 100 peratus manakala seorang rakan dan anak saudaranya yang dikenali sebagai Tengku Mariani, 26, cedera ringan di kepala apabila sempat diselamatkan. Kejadian pukul 8.45 malam di kilometer 31.3 Lebuh Raya Elite dekat susur keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa dilanggar lori berkenaan dari belakang menyebabkan kereta itu terseret sejauh 20 meter sebelum terbakar. Difahamkan, sebaik melihat kereta mangsa dan lorinya terbakar, pemandu dan rakannya bergegas turun sebelum memberi bantuan tetapi malang mereka hanya dapat menyelamatkan rakan dan anak saudara ahli perniagaan itu sahaja. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar berkata, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) untuk menghantar anak saudaranya menaiki penerbangan ke Kota Bharu, Kelantan. "Pemandu lori dan kelindan itu mendakwa mereka mengeluarkan kedua-dua mangsa melalui tingkap kereta yang pecah sebelum api marak. "Bagaimanapun, ketika hendak menyelamatkan seorang lagi mangsa yang tersepit, api sudah mula marak dan membakar keseluruhan kereta termasuk Datuk tersebut," katanya ketika dihubungi. Tambahnya, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Putrajaya sementara jenazah mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. |
| PAS bentuk jawatankuasa anti saman ekor Posted: 29 Jul 2010 08:18 PM PDT
Beliau yang juga pengerusi lujnah itu berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat lujnah pada 28 Julai lepas. Katanya, jawatankuasa bertindak yang dipengerusikan beliau itu bagi menangani masalah kenderaan dan pemilik yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak dibenar memperbaharui cukai jalan ekoran saman ekor yang dilakukan oleh pihak polis yang bertentangan dengan perlembagaan dan perundangan negara. Jawatankuasa bertindak KASE yang dipengerusikan oleh beliau sendiri selaku Naib Presiden PAS akan bermesyuarat pada 2 Ogos ini di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur jam 11.00 pagi. Mesyuarat itu, ujarnya untuk merumus tindakan yang akan diambil ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membela rakyat khususnya pemilik kenderaan.
Dalam perkembangan yang sama, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyelar sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan Umno BN yang tetap meneruskan saman ekor walaupun pelbagai pihak menentang perlaksanaannya. Timbalan ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani (kiri) berkata, ini berdasarkan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada sidang media mereka pada 9 Julai yang lalu. Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof bahawa tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab. PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan. Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pihaknya juga telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009. Azman berkata, tindakan itu jelas membelakangkan slogan keramat Umno BN iaitu 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. Ini, katanya kerana dengan perlaksanaan itu akan menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah. Ini juga, menurutnya boleh dikategorikan sebagai 'ISA Kedua' seperti mana yang telah diungkit oleh Ketua DPPP, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi sebelum ini. Katanya lagi, dengan perlaksanaan saman ekor itu juga kerajaan sebenarnya tidak bertindak untuk mendidik rakyat tetapi terus menghukum. "Di dalam kaedah Islam, sebelum menjatuhkan hukuman perlu ada kaedah mendidik dahulu agar bijak menilai buruk baik sesuatu perkara. Kemudian, sekiranya melakukan juga kesalahan, harus dibicarakan terlebih dahulu. Dan sekiranya didapati bersalah, barulah hukuman dijalankan," ujarnya. Dengan perlaksanaan saman ekor itu juga, katanya menguatkan lagi dakwaan bahawa kerajaan Umno BN sememangnya ketandusan sumber kewangan dan kekeringan cara bagaimana hendak menambah hasil negara selain daripada mengalihkan beban itu untuk ditanggung oleh rakyat. "Sudahlah rakyat dibebani dengan kenaikan harga minyak dan barang baru-baru ini atas alasan 'penyelarasan subsidi'. Kini rakyat ditambah lagi dengan satu lagi bebanan," katanya. Di dalam isu itu, ujarnya Pakatan Rakyat (PR) perlulah menghapuskan semua bentuk saman ekor serta memansuhkan yang tertunggak dan melaksanakan satu kaedah yang lebih mendidik kepada pengguna jalan raya sekiranya diberi peluang menjadi kerajaan Pusat. Ini, ujarnya bukan bererti tiada langsung saman tetapi hukuman yang lebih mendidik dan lebih berkesan. "Melihatkan kedegilan kerajaan yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat dengan terus melaksanakan pelbagai polisi yang mencengkam rakyat, DPPP merasakan hanya satu jalan sahaja yang akan menyebabkan kerajaan mendengar rintihan rakyat iaitu dengan memilih PR di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang," ujarnya. -Hrkh |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




KUALA LUMPUR, 30 Julai: Datuk Mahfuz Omar (kanan) berkata, Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat bersetuju membentuk Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE).
"Satu sidang media akan diadakan pada 2 Ogos jam 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Semua pihak media dan blogger dijemput hadir," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan