Muslimeen United |
- TG Nik Abdul Aziz Nik Mat's Photos - Majlis Perasmian Radix Fried Chicken Cawangan Kubang Kerian
- Kakitangan Awam Diperalat Untuk Sabotaj Negeri Pakatan Rakyat
- Kempen Mansuh ISA, Bukan Pinda! Ogos ini
- Kerajaan Pusat Petualang Sebenar Kes Curi Pasir
- Rakyat muak dengar cerita politik lama Umno BN
- Petualang Rakyat, 'Senator Cap Ayam' Si Ezam Ternyata Buat Lawak Bodoh Bila Cakap Dia Masuk UMNO Kerana Prinsip Dan Bukannya Duit
- ISA: Bukti Umno BN tidak peduli suara rakyat
| TG Nik Abdul Aziz Nik Mat's Photos - Majlis Perasmian Radix Fried Chicken Cawangan Kubang Kerian Posted: 26 Jul 2010 04:16 AM PDT |
| Kakitangan Awam Diperalat Untuk Sabotaj Negeri Pakatan Rakyat Posted: 26 Jul 2010 03:22 AM PDT
Umno-BN Letak Pegawai Kerajaan Pusat Sabotaj Negeri Pakatan RakyatTindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus bukan sahaja menunjukkan sikap dwi standard, tetapi juga menggalakkan pegawai perkhidmatan awam supaya tidak bekerjasama dengan pentadbiran kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat. Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua turut membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cuba mempertahankan pegawai kerajaan yang disifatkan beliau sebagai 'Napoleon kecil' dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang. "Malah, Tan Sri Muhyiddin menggelar Nik Ali seorang pegawai yang patut dicontohi dan melihat tiada kes keingkaran yang dilakukan. Sama juga, Ketua Setiausaha Negara yang telah berkata tiada tindakan akan diambil ke atas Nik Ali. "Di atas komen memudaratkan oleh PM dan TPM, menunjukkan dengan jelas yang kerajaan Umno-Barisan Nasional sedang menggunakan 'Napoleon kecil' dalam perkhidmatan awam untuk merumitkan kerajaan Pakatan Rakyat demi kepentingan politik sendiri. Isu itu bermula apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa Nik Ali berterus terang mengenai kos dan kerugian perobohan dua buah pintu gerbang di Taman Botani Pulau Pinang berharga RM150,000 yang dibina di bawah Kementerian Pelancongan. Binaan itu dirobohkan berikutan kritikan orang ramai kerana binaan itu tidak mempunyai nilai seni dan kebudayaan negeri itu. Guan Eng menyifatkan tindakan Nik Ali, yang merupakan pegawai yang bertanggungjawab menyelia projek itu cuba mensabotaj pentadbiran Pakatan Rakyat. Beliau juga mendedahkan sepucuk surat yang dihantar SDO tersebut pada 13 Oktober kepada Jabatan Saliran dan Pengairan memberi kata dua terhadap peruntukan RM5 juta dari Kementerian Pelancongan. Surat itu menyatakan kerajaan perlu menyelesaikan "isu-isu tertangguh" di Taman Botani" tersebut atau pembiayaan projek akan ditarik balik. Nik Ali sebaliknya mengadakan sidang media dan menuduh kerajaan negeri membenarkan aktiviti mencuri pasir di Balik Pulau. Menurut Tony, Najib mempertahankan kesalahan yang dilakukan Nik Ali yang telah membuat keputusan sendiri dengan mengadakan sidang media dianjurkan Umno serta menggelar Guan Eng sebagai biadap pada sidang media berkenaan. "Pemimpin BN tidak dapat menerima keadaan di mana sebuah kerajaan berdasarkan kecekapan, kebertanggungjawaban dan telus akan melebihi prestasi BN. Sebaliknya telah memilih untuk menyemai 'Napoleon kecil' dalam perkhidmatan awam untuk sabotaj dasar-dasar pemerintahan yang beri manfaat kepada rakyat," ujarnya. Menurut Tony, Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak bersifat pilih kasih terhadap kakitangan perkhidmatan awam dan telah bekerja dengan ramai kakitangan kerajaan yang memberi prestasi cemerlang terhadap pentadbiran dan dasar kerajaan negeri. Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri tidak akan menerima kehadiran 'Napoleon kecil' seperti Nik Ali kerana peranannya hanya untuk menjaga kepentingan peribadi beliau dan Umno-BN. "Kehadiran dan galakan diberikan kepada 'Napoleon kecil' akan hanya mengakibatkan unsur kebocoran, rasuah dan ketidakcekapan dalam mekanisme pentadbiran kerajaan, dan akan merumitkan kemasukan pelaburan asing dan tempatan kerana melihat tiada perubahan praktikal dilakukan Kerajaan meskipun dengan pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB)," tegas Tony lagi. -SK
|
| Kempen Mansuh ISA, Bukan Pinda! Ogos ini Posted: 26 Jul 2010 03:16 AM PDT KUALA LUMPUR, 26 Julai: Menjelang genapnya 50 tahun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan di negara ini, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) meneruskan siri kempen mengajak rakyat mendesak kerajaan memansuhkan akta zalim itu.
Bercakap pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor pagi tadi, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh memberitahu, antara program yang akan diadakan adalah edaran risalah di tempat-tempat awam pada 1 Ogos ini serentak di sekitar ibu negeri di seluruh negara. Manakala pada malamnya pula, akan diadakan candle light vigil pada jam lapan malam juga serentak di seluruh negara. Di ibu negara, ianya akan diadakan di Petaling Jaya bagaimanapun tempat khususnya akan dimaklumkan kemudian. "GMI akan meneruskan kempen untuk mengemblengkan rakyat untuk menentang ISA. Sempena 50 tahun ISA GMI akan mengadakan beberapa siri program. "Pengedaran risalah ini adalah satu usaha kita untuk memberi kesedaran kepada rakyat. Mungkin rakyat sudah sedar tapi kita nak berterusan menyedarkan rakyat. "Kita akan meminta bantuan daripada semua NGO di bawah GMI, parti-parti politik untuk bersama dalam usaha kita mengedarkan risalah di semua tempat awam," katanya yang juga Timbalan Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM). Selain itu, GMI sedang merancang untuk bertemu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bagi mendapatkan sokongan beliau supaya kerajaan negeri memasang billboard di seluruh negeri sepanjang bulan Ogos untuk menunjukkan kerajaan negeri menentang ISA. "Dewan Undangan Negeri Selangor telah meluluskan usul mendesak kerajaan memansuhkan ISA pada tahun lepas. Jadi pemasangan billboard ini selari dengan usul yang diluluskan itu," katanya. Dalam pada itu, Syed Ibrahim turut mencabar kerajaan membuktikan bahawa pindaan yang didakwa akan dilakukan itu dapat menyelesaikan segala masalah ketidakadilan dan kekejaman di bawah ISA. "Hari ini saya mencabar kerajaan Malaysia untuk membuktikan bahawa pindaan ini akan menyelesaikan semua masalah penyelewengan, salah guna kuasa, ketidak adilan di bawah ISA. Kalau benar pindaan ini pindaan yang baik buktikan dan laksanakan sesegera mungkin. Kalau tidak hentikan segala penjualan idea pindaan ini," tegasnya. Tambahnya lagi, adalah wajar rakyat mempersoal kesungguhan kerajaan untuk meminda akta itu memandangkan ianya sudah tertanguh sejak sekian lama dengan alasan untuk mendapat pandangan semua pihak. "Kita perlu mempersoalkan adakah kerajaan serius dalam mendengar permintaan rakyat. Kalau betul perubahan ingin dilakukan, saya yakin tidak ada lagi undang-undang seperti ISA. "Kita percaya idea meminda ISA ini, bukan memansuhkan merupakan idea untuk menangguhkan dan menunjukkan kepada rakyat bahawa sebenarnya kerajaan telah berubah. Tapi hakikatnya tidak ada langsung pindaan dibuat. Ia sepatutnya dibentang di Dewan Rakyat tahun lepas tapi tertangguh sehingga kini," katanya. Katanya juga, GMI mewakili rakyat akan terus menuntut beberapa perkara berkaitan ISA termasuk membebaskan ataiu mendakwa kesemua tahanan yang ditahan tanpa bicara di mahkamah yangbebas dan terbuka. Kerajaan juga tegasnya, harus memohon maaf kepada semua tahanan dan memperuntukkan pampasan bagi kesengsaraan, penderitaan dan ketidakadilan ke atas mereka. -Hrkh |
| Kerajaan Pusat Petualang Sebenar Kes Curi Pasir Posted: 25 Jul 2010 09:15 PM PDT
Saari : Kerajaan Pusat Petualang Sebenar Kes Curi PasirPemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan gesaan kepada Kerajaan Pusat untuk tidak mensabotaj usaha Kerajaan Negeri Selangor membasmi kegiatan mencuri pasir. Adun Hulu Kelang, Saari Sungip berkata Kerajaan Pusat menyuburkan kegiatan mencuri pasir dengan memansuhkan kuasa Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Galian Tanah, seraya menjadikan agensi terbabit tidak berupaya untuk memberkas petualang pasir terbabit. Saari dalam nada berseloroh pada awalnya menyoal siapa gerangan yang bertanggungjawab dalam isu kecurian pasir di Selangor, diikuti dengan penjelasan bagaimana isu kecurian pasir di negeri ini dikatakan sebagai satu usaha terancang oleh Kerajaan Persekutuan. " Tuan-tuan, siapa yang curi pasir ini? Pencuri. Yang curi pasir ini ialah pencuri. Isu pencuri ini bidang kuasa pihak polis" seloroh Saari. Berucap dalam ceramah umum "Siapa Curi Pasir", Saari menjelaskan, amalan kerajaan UMNO-BN ketika memerintah Selangor menjadikan masalah pasir di Selangor semakin rumit untuk diselesaikan. Ianya menjadi semakin teruk apabila berlakunya amalan pendakwaan terpilih serta wujud usaha untuk melindungi pihak-pihak tertentu yang berkepentingan. "Isu pencuri pasir ini ialah masalah penguatkuasaan di peringkat persekutuan. Saya hendak bawa satu isu besar, di dewan pun tidak terbawa sebab tidak dapat maklumat yang sepenuhnya" tambahnya lagi. Tambahnya, amalan menyelamatkan kroni ini dikukuhkan oleh kerajaan pusat dengan meluluskan akta baru di peringkat Persekutuan pada November 2008 apabila kuasa menahan orang yang mencuri atau pun disyaki mencuri pasir tidak lagi di bawah bidang pegawai penguatkuasa PTD dan PTG. Penahanan hanya boleh dibuat ketika operasi bersepadu yang melibatkan pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilakukan. Bahkan sekiranya ada kes kecurian yang terbongkar, ianya pantas dibersihkan melalui agensi yang tertakluk dibawah telunjuk kerajaan pusat. " Ada pendakwaan pun suruh ditarik balik. Ini realitinya yang saya hendak tuan-tuan paham. Bagaimanakah kuasa pendakwaan di peringkat negeri tidak ada. Kalau Timbalan Perdana Menteri, kalau Noh Omar mengatakan bahawa kita ada mencuri pasir". "Ini kerana kelemahan kepada mereka, kerana pendakwaan lemah, penguatkuasaan memang kita boleh buat tetapi oleh kerana pendakwaan terpilih, kalau dia tengok, kalau ada pencuri itu dari kelompok mereka, maka tidak ada pendakwaan" tambahnya lagi. Disebabkan itulah ujar Saari, walaupun pihak kerajaan negeri menjalankan penguatkuasaan, namun ia tetap tidak berhasil untuk membanteras kecurian pasir di Selangor secara menyeluruh. Baru-baru ini, Dewan Negeri Selangor mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama yang akan membawa dan membahaskan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dalam Dewan Negeri. Rang undang-undang ini bertujuan untuk mempertingkatkan penzahiran maklumat berkepentingan awam supaya setiap individu punyai peluang akses kepada maklumat setiap jabatan negeri. Selain untuk merakyatkan informasi, ia juga akan menjadi perantara usaha yang dijalankan kerajaan negeri agar rakyat tidak mudah tertipu sekiranya timbulnya isu yang sengaja dimanipulasi oleh kerajaan pusat. "Telus, kontraktor baik, developer baik, pemaju, peniaga, usahawan, korporat yang ada urusan dengan dana rakyat dari jabatan-jabatan kerajaan negeri dan jabatan kerajaan tempatan, tuan-tuan boleh minta maklumat". Menurut Saari, dengan tertubuhnya jawatankuasa berkenaan, maka rakyat berpeluang untuk mengetahui perjalanan pentadbiran kerajaan negeri. "Inilah yang menyebabkan UMNO panic. Maknanya lepas ini, selepas jawatankuasa yang dipengerusikan oleh saya ini di bawa ke dalam dewan, sekurang-kurangnya pada bulan Mac tahun depan rakyat berhak tahu siapa yang dapat kontrak pasir selama ini dengan Selangor". "Siapa yang bekalkan lori, siapa yang bekalkan kren, siapa bekalkan pasir, siapa jadi gengstar, siapa Ketua Cawangan, siapa Ketua Bahagian yang dapat saham". -GB |
| Rakyat muak dengar cerita politik lama Umno BN Posted: 25 Jul 2010 09:14 PM PDT Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali menegaskan, rakyat negeri ini sudah muak dengan cerita politik lama Umno BN sebaliknya mereka ingin mengetahui bagaimana cerita politik baharu Pakatan Rakyat. Menurutnya, rakyat tidak mahu lagi mendengar cerita lama Umno BN yang penuh dengan rasuah, salah kuasa dan skandal sebab itu majlis penerangan Umno kelihatan muram sahaja meskipun membariskan enam pemimpin mereka dalam satu ceramah. Dr Hasan berkata demikian ketika berucap merasmikan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Muktamar PAS ke-56, yang diadakan di Wisma MBSA pagi tadi dengan pembentangan kertas bertajuk Islam Adil Untuk Semua oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Mengulas sambutan rakyat terhadap program siri penerangan Umno Selangor, Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan yang bermula pada 23 Julai lalu hingga 7 Ogos di 19 tempat, Dr Hasan menyifatkan sebagai muram. Portal Malaysiakini melaporkan sambutan lembab terhadap majlis itu yang hanya hadir seramai 250 sahaja di Seksyen 17 dekat sini pada malam pertama sedangkan Selangor mempunyai 5 juta rakyat. "Sebab itulah kita yakin kemenangan lebih besar akan dapat dicapai dengan kesungguhan kerja kita secara bersama kerana kita telah membuktikan sepanjang dua tahun setengah ini, PAS dapat ketengahkan syiar dan syariat Islam di negeri ini. "Sejak Pakatan Rakyat mengambilalih tampuk pemerintahan Negeri Selangor, PAS tetap setia dalam PR; sama melangkah, sama berlari, sama berpenat dan sama-sama lelah demi memastikan negeri ini bertukar wajah ke arah lebih baik. "Hubungan antara PKR, DAP dan PAS paling mantap dalam PR, ketua parti sering bertemu paling lama dua minggu sekali termasuk rundingan meja bundar dalam usaha meneguhkan kekuatan dalam pentadbiran," tegasnya. Selangor kini khususnya menjadi tumpuan Umno BN untuk dirampas kembali dalam pilihan raya depan, kerana itu, jelasnya, semua pendepan-pendepan parti dalam PR mesti pertingkatkan usaha pertahankan kemenangan. Bercakap lebih lanjut kepada semua pimpinan PAS seluruh kawasan, Pesuruhjaya PAS Selangor berharap, seluruh jentera parti terutamanya penerangan akan menggunakan berbagai jenis media sebagai sesungut parti secara lebih tersusun. "Kini kehadiran kita bukan sahaja dirasai oleh semua lapisan rakyat dari Sabak Bernam ke Sepang, dari Pelabuhan Klang ke Gombak, tetapi dihayati oleh semua pihak. "Paling utama untuk masa kini adalah synchronism, keutuhan dan kesatuan dalam parti menjadi amat utama, mari kita lupakan yang lepas-lepas kerana dasar kita sama cuma pandangan sahaja berbeza disebabkan kelainan diversiti kehidupan," tegasnya. Lima minit terakhir digunakan beliau untuk menjelaskan isu pertemuannya dengan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dua bulan lalu yang menjadi heboh seminggu ini. Jelasnya, beliau berjumpa atas sikap sebagai Exco Kerajaan Selangor yang menjaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu untuk mendapatkan pandangan sejauh mana tahap perjalanan Mesyuarat Hal Ehwal Islam Kebangsaan yang akan dihadiri keesokan harinya. Pengalaman mufti itu selama 30 tahun bertugas dalam bidang berkenaan dirasakan perlu didengari, cuma itu, tegasnya, tiada sebarang rundingan ke arah perpaduan Melayu anjuran Umno seperti didakwa mufti berkenaan |
| Posted: 25 Jul 2010 09:09 PM PDT ![]() Lucunya bila mendengar "petualang rakyat" si Ezam Md Noor (foto) mengatakan beliau masuk UMNO bukan kerana "habuan" sebaliknya, beliau meninggalkan PKR "hanya semata-mata kerana prinsipnya". Kenyataan itu dibuat dalam ceramah berapinya di padang bola berdekatan bilik gerakan UMNO di Sri Pendamar, Pelabuhan Kelang malam tadi. Bekas Ketua Pemuda PKR itu juga secara lantang menyerang "bekas boss"nya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari segenap sudut. Ezam mahukan rakyat Selangor "menyahkan" Anwar yang kononnya menjadi "pengkhianat" kepada negara kerana didakwa "menjadi alat dan perkakas kepada Yahudi". Ezam mengatakan Anwar sanggup "bersekongkol dengan Yahudi" apabila memohon maaf selepas mengetuai lebih 10 ribu rakyat Malaysia membantah serangan Israel ke atas flotila bantuan ke Gaza, pada Jun lalu. Tindakan Ezam menyerang Anwar ini memang sudah dijangka sebenarnya. Tambahan pula kini beliau telah mendapat anugerah "Senator Cap Ayam" bila begitu licik membodek PM Najib Razak dengan strategi terancangnya selama ini. Malah tindakan beliau menghentam Anwar itu dilihat tidak lebih untuk menyakinkan kerajaan UMNO BN agar memilihnya sebagai calon dalam Pilihanraya Umum akan datang. Kelicikan politik Ezam ini memang sudah diakui kerana beliau adalah sesumpah sepanjang zaman yang wajar dihapuskan dari muka bumi ini. Ezam tidak layak untuk mengatakan dia bukan pelacur politik malah menafikan dia di bayar untuk buat keputusan (sertai UMNO). Kenyataannya yang konon masuk UMNO bukan kerana duit itu membuktikan kepada kita bahawa Ezam memang "bahalol" dan "bangang" sebenarnya. Dia fikir rakyat bodoh dan tidak dapat menilai perbuatannya itu. Kononnya dia tidak dapat satu sen atau dua juta malah memang tidak ada pun yang diterimanya. Ezam boleh bercakap kepada "tunggul kayu" atau "pencacai-pencacai UMNO" tetapi bukan kepada rakyat. Pembohongan dan cerita "dongeng" ciptaan "sesumpah Ezam" ini memang sudah tersohor untuk dikenang oleh generasi akan datang dulu kini san selamanya. -PahangDaily |
| ISA: Bukti Umno BN tidak peduli suara rakyat Posted: 25 Jul 2010 09:06 PM PDT
Sehubungan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) menyatakan kekesalan di atas tangkapan terbaru ISA terhadap Fadzlullah di Sungai Buloh tempoh hari. Fadzlullah, 28, ditahan di Sungai Buloh pada Khamis lalu sekitar jam 11 malam oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman. Polis hanya mendakwa beliau mengunakan kedudukannya sebagai guru agama untuk merekrut pelajar menjadi ahli Jemaah Islamiah (JI). Akhbar melaporkan kononnya Fadzlullah ada kaitan dengan seorang pendakwah dari Syria, Aiman Dakak dan seorang guru dari Malaysia, Azzahari Murad. Pada Januari tahun ini, Aiman ditahan dengan sembilan orang lagi atas alasan disyaki pengganas, manakala Azzahari masih ditahan di bawah undang-undang pencegahan. Nasrudin berkata, kalau dalam tindakan menarik balik lesen judi bola, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengatakan kerajaan 'mendengar' rintihan rakyat, namun beberapa tindakan kerajaan kebelakangan ini tidak langsung mencerminkan yang kerajaan mengambil kira suara rakyat. Sebagai contoh, katanya kenaikan harga minyak, gas dan gula baru-baru ini. "Dengan mengumumkan kenaikan ketika hari terakhir parlimen bersidang sehingga tidak sempat hendak dibahaskan, adakah ini melambangkan kerajaan mendengar suara rakyat?" soalnya. Begitu juga dalam isu ISA, beliau berkata sememangnya tindakan kerajaan bermotifkan politik demi memuaskan hati sekutu mereka iaitu Amerika Syarikat. Tambahnya, DPPP juga mengecam kerajaan Umno BN yang memberikan alasan keagamaan untuk menghalalkan akta zalim itu sedangkan dalam masa yang sama 'berkokok' kononnya meletakkan Islam di hadapan untuk diperjuangkan. "Ternyata Umno BN hanya berlakon untuk mengaburi mata rakyat supaya menyokong mereka dalam pilihan raya umum akan datang," ujarnya. -Hrkh |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Berpendirian ISA mesti dimansuhkan, bukan dipinda, GMI akan mengadakan beberapa siri program di seluruh negara bagi mengingatkan kembali kepada rakyat bahawa ISA masih digunakan di negara ini dan belum ada sebarang pindaan dibuat terhadap akta itu.

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Tangkapan terbaru seorang pemuda di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membuktikan bahawa kerajaan Umno BN gagal mendengar suara rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan