| Afrika Oh Afrika Posted: 02 Jul 2010 02:34 PM PDT Satu perlawanan 'menyentap nyawa'. Itulah yang dapat aku katakan tentang perlawanan antara Ghana dengan Uruguay. Fuuhhh...!! Best giler. Memang nasib tidak menyebelahi Ghana apabila sepakan penalti Gyan terkena palang, di saat-saat akhir, sekali gus membawa perlawaan ke sepakan penalti. Dan, akhirnya.... Ghana terkeluar apabila miss 2 sepakan penalti. Keputusannya.... Uruguay 4 Ghana 2 Ini telah membawa Uruguay mara ke kepusingan separuh akhir. Syabas!! |
| Antara dua graduan Oxford Posted: 02 Jul 2010 09:51 AM PDT Kedua-duanya graduan dari Oxford. Fuiyo..... hebat tu!! Kedua-duanya masih muda tapi sudah ada anak isteri. Sorang dari UMNO/BN, manakala sorang lagi dari DAP/PR. Tetapi..... antara kedua-duanya banyak perbezaan.....
Seorang MP ialah.... yang ada intergriti dan sentiasa berada di hati rakyat. Mengapa?? Sebab, sebagai MP, dia tak giler babi. Sebaliknya... dia berdebat bagi mempertahankan hak dan kebajikan rakyat. Dia mendedahkan kepincangan dan memperjuangkan kebenaran. Walau pun baru pertama kali menjadi MP tetapi.... telah memperlihatkan kesungguhan dan kebertanggungjawabannya sebagai seorang YB. Yes.... he's trully a Yang Berkhidmat. Barulah layak pakai gelaran YB. Yang Berhormat.... yang berkhidmat untuk rakyat. Wakil Rakyat untuk rakyat!! A true Wakil Rakyat indeed!! Yes... a genuine YB.. Yang Bijak! Manakala... yang seorang lagi ialah MP juga. Also a first time MP, tapi giler babi sikit. No.... no.. no... not sikit but banyak... Tak da apa benda yang sifnifikan pun yang dia buat untuk rakyat.. In fact, tarak apa pun yang dia buat untuk memperjuangkan nasib rakyat. Yang dia handal ialah melalak dan menyalak. Ibarat anjing yang menyalak bukit. Woof!! Woof!! Woof!! Tetapi.... bukit tak runtuh pun, malah tetap kukuh. Sekarang... dia sedang melalak dan menyalak pada si katak dan Anwar Ibrahim.
Kalau melalak yang membawa faedah kepada rakyat, tak per.... tetapi kerap melalak dan menyalak, mempertahankan parti dan para pemimpinnya. Oleh itu, dia ni tak layak digelar wakil rakyat. Tetapi... lebih sesuai digelar wakil parti. Kerja utama dia, ialah... membodek pemimpin parti yang duduk hat di atas tu dengan salakan dan lalakannya. Jenis yang hat ni, memang suka dengan gelaran YB. Megah weh.. apabila dipanggil Yang Berhormat. Hi.. hi... hi... YB syok sendiri!! Pada rakyat... dia lebih layak digelar YB..... Yang Beretorik. And also.... Yang Bangang!! Sebabnya.... setakat ni, tak nampak lagi bijaknya graduate dari Oxford ni!!
Itulah perbezaannya dua graduan dari Oxford ni. Seorang YB.... Yang Bijak dan seorang YB.... Yang Bangang. Ha.. ha.. ha.. ha..

YB Tony Pua!!
YB Khairy Jamaluddin!! |
| Aaarrgghh... frustnya aku!! Posted: 02 Jul 2010 08:56 AM PDT Upset betoi!! Eeiii.... geramnya!! Brazil kalah dengan Belanda. Hancur harapan aku nak tengok Brazil lawan Argentina di final World Cup 2010. Belanda 2 Brazil 1!! |
| Bukankah aku dah kata... Posted: 02 Jul 2010 05:20 AM PDT Tayangan drama bergenre sorang 'papan tarik papan' sudah bermula. Tanyangan drama bersequal ini, telah dan sedang dipentaskan oleh Mahkamah 1Malaysia.
Tayangan bermula dengan tajuk berjudul.....
"Court orders water documents revealed" Baca sini.
And then... seperti yang diduga, muncul pulak sequalnya yang bertajuk....
"Gov't wins stay order on water concession ruling" Baca sini.
Jangan haraplah mahkamah akan menyebelahi rakyat. Lawan punya lawan.. berentap punya berentap.... Last-last, rakyat jugak yang kalah. Bukan sebab kita lemah, tetapi... sebab Mahkamah 1Malaysia telah dicucuk hidung mereka.
Satu dunia telah sedia maklum... di negara Malaysia Boleh, mahkamahnya tidak bebas. Mahkamah dijadikan alat yang berfungsi untuk melindungi kepincangan kerajaan dan para pemimpinnya. OSA juga mempunyai fungsi yang sama. In fact... darjah anugerah pun kini, berfungsi sedemikian rupa especially untuk pemimpin yang menerajui pentadbiran negara serta yang 'berjasa' merompak harta rakyat dan negara.
Tamat saja tempoh perkhidmatan mereka... para perompak ini akan dianugerahkan 'Tun'. Persepsi umum... anugerah tersebut, bukan kerana jasa-jasa mereka. Apalah sangat jasa-jasa mereka.... Apakah merompak harta rakyat dan negara untuk kesenangan diri dan kroni boleh dianggap sebagai berjasa?Apakah merosakkan sistem pemerintahan negara, satu jasa??
Cemerlang sangatkah permerintahan mereka, sekiranya negara semakin 'terkulai' dikerjakan mereka? Bolehkah salah urus tadbir... penyelewengan.... pembaziran.... rasuah... yang berlaku dengan dahsyat di bawah pentadbiran mereka.... dianggap sebagai jasa?? Sebab itu... kita sceptical terhadap pemberian anugerah 'Tun'. 'Tun' hanyalah alat untuk melindungi mereka daripada didakwa atas 'jasa-jasa' mereka pada rakyat dan negara. Aha.... 'jasa-jasa' yang dimaksudkan ada inverted comma ..... ya??
Kuasa yang ada di tangan mereka, membolehkan mereka memperalatkan apa saja demi kepentingan survival mereka di negara Malaysia Boleh.
Sebab itu....kita kena sedar dan lakukan perubahan untuk meng'ubati' negara kita yang sedang nazak gara-gara tangan durjana para pemimpin UBN!!
As for drama Kerajaan Vs Rakyat, yang kini sedang dipersembahkan di Negeri Selangor..... kita tunggulah kesudahannya. Sambil tu.... perhatikan bagaimana mahkamah 1Malaysia memainkan peranan mereka.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan