MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- SAMADA AZMIN ATAU KHALID, KEDUA-DUANYA UMNO TAKUT
- PENASIHAT 20 PERSEN GEMBIRA ULAMAK BERDUYUN MASUK UMNO
- `KATAK' BAYAN BARU KENA `SMASH' OLEH ZAID IBRAHIM
- MEREKA ULAMAK SEKULAR - NIK AZIZ
- MULA BALIK DAH.....SPRM PANGGIL 2 ADUN PKR DI SELANGOR
- NAJIB MASIH TERIKAT DENGAN PAK LAH ?
| SAMADA AZMIN ATAU KHALID, KEDUA-DUANYA UMNO TAKUT Posted: 30 Jun 2010 11:53 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS APA yang dikecohkan oleh media pencacai pro Umno sekarang adalah berkenaan kepimpinan kerajaan Negeri Selangor di bawah PKR. Kununnya YB Azmin mahu merampas kuasa MB Selangor dari YB Khalid. Apabila YB Azmin dilantik pula menerajui PKR di Selangor menggantikan YB Khalid, maka bertambah seronok pula segala jenis pencacai di dalam Umno. Paling melucukan juga, yang berada di luar Umno kununnya Bebas pun terikut dengan komen-komen dungu dari puak-puak Umno. Mereka beranggapan tanpa kuasa sebagai pemimpin politik di Selangor, maka YB Khalid tidak layak menduduki kerusi MB Selangor. Oleh kerana masing-masing berebut untuk mengampu Najib, maka mereka terlupa beberapa negeri di bawah BN juga serupa. Di Terengganu contohnya, siapa jadi MB dan siapa pula mengetuai Umno Terengganu? Di Perlis pula bagaimana? Usah diceritalah negeri-negeri lain yang mereka tidak kuasai seperti di Kedah dan Selangor. Di Kedah, orang seberang laut mengetuai Umno Kedah. Dengar loghat bahasa pun sudah macam itik dengan ayam. Di Selangor, tiba-tiba anak jati Pahang pula mengetuai Umno Selangor. Pencacai lupa semua itu, termasuklah TPM sendiri yang mengulas isu Selangor seperti ulasan budak tidak mengaji. Sebenarnya, Umno amat takut jika YB Azmin menjadi MB Selangor. Ini adalah kerana YB Azmin mempunyai kekuatan dan strategi politik yang bijak serta mampu memperkuatkan PKR khususnya di Selangor. Umno memang takut jika YB Azmin menjadi MB Selangor, tapi mereka juga bimbang dengan kekuatan dan kebijaksanaan YB Khalid sebagai MB Selangor. Ini adalah kerana YB Khalid terkenal dengan sikap tegas, telus dan bijak selaku pentadbir. Buktinya, sudah banyak kali Selangor cuba diganggu dengan berbagai cerita, persepsi dan fitnah buruk, namun YB Khalid yang terkenal dengan sikap `cool'nya berjaya mengatasi mainan kotor puak mereka. Selaku penyokong PR, kita juga mungkin merasa `rambang mata' dengan ketokohan kedua-dua mereka ini. Samada YB Khalid dikekalkan atau YB Azmin dilantik, Selangor tidak rugi sedikit pun. Dasar PR tetap tidak berubah dan sesiapa pun menjadi MB Selangor tetap akan mendahulukan rakyat. Dasar merakyatkan Selangor pada waktu ini amat baik dikekalkan. Mungkin jika berlaku perubahan di kerusi MB Selangor, yang berbeza cuma pendekatan untuk memantapkan lagi Selangor. Secara peribadi, saya berharap YB Khalid terus diberi peluang untuk menunjukkan kebolehannya. YB Azmin lebih layak berada di peringkat lebih tinggi dari MB memandangkan pengalamannya di arena politik. Penjelasan YB Azmin secara terbuka bersedia untuk mengosongkan kerusi Dun sekiranya parti membenarkannya bagi membuktikan bahawa beliau bukan gila kepada kerusi MB Selangor wajar dipuji. Manakala, pengakuan YB Khalid juga secara terbuka meminta agar YB Azmin dilantik mengetuai PKR Selangor juga patut diberi penghargaan. Sokongan terbuka YB Azmin terhadap YB Khalid selaku MB Selangor tentunya memedihkan hati dan jiwa Umno. Hasrat mereka untuk melihat kedua-dua pemimpin ini terus bertelagah hancur jua. Nampaknya hasrat Umno di Selangor untuk menguburkan PKR khususnya dan PR amnya tidak mungkin kesampaian. Meskipun mereka diketuai oleh PM sebagai pemimpin di Selangor ditambah pula dengan adanya Senatak Ezam sesumpah, Umno akan terus gagal kerana rakyat di Selangor tahu membezakan antara mana satu parti yang suka menghisap darah rakyat./wfauzdin.blogspot.com | |||||||
| PENASIHAT 20 PERSEN GEMBIRA ULAMAK BERDUYUN MASUK UMNO Posted: 30 Jun 2010 02:02 PM PDT SIAPAKAH yang mengiktiraf mereka yang tidak sampai 40 orang memasuki Umno baru-baru ini adalah Ulamak? Apa yang dimaksudkan dengan Ulamak sebagai pewaris Nabi itu dan siapakah Ulamak yang dimaksudkan oleh Nabi yang masuk dahulu ke dalam Neraka? Mahu tahu siapakah Ulamak sebenarnya kita kenalah merujuk kepada Al-Quran dan Hadith. Jangan merujuk kepada kitab Apco atau Yahudi. Penasihat agama `20 persen' (bukan Kassim Patolan dalam cerita Tiga Abdul) kepada Najib menyebutnya di sini bahawa PAS perlu memikir mengapa golongan Ulamak menjauhi PAS dan memilih Umno. Anda semua tentu tertanya-tanya di dalam Umno sekarang siapakah yang terdiri daripada para Alim Ulamak? Dan, jika benarlah memang ada golongan itu di manakah kedudukan mereka di dalam Umno? Tukang baca doa makan, tahlil, doa selepas Mesyuarat Agung Umno atau membaca doa di dalam majlis-majlis tertentu itukah Ulamak? Jika benar terlalu ramai Ulamak sudah menyertai Umno, mustahil negara kita masih diperintah secara sekular. Mustahil negara ini mempunyai Pusat Judi terbesar di Genting dan mungkin Najib tidak berani berangan untuk meluluskan lesen judi sukan. Lesen judi yang lain telah lama wujud semenjak dikatakan Ulamak semakin melambak di dalam Umno. Habis tu, Ulamak yang berduyun-duyun tu buat apa? Jadi tukang kipas sajakah? Oleh kerana kerajaan pusat banyak mendirikan masjid dan madrasah dan menganjurkan Tilawah Al-Quran itu menunjukkan kerja yang Ulamak-Ulamak berkenaan lakukan? Kalau begitu mudah benar mahu jadi pewaris Nabi. Mana ada Ulamak yang berani bersuara di dalam Umno? Ulamak sepatutnya mesti berani menegur pemerintah. Yang ada di dalam Umno, usahkan mahu menegur pemerintah, mahu berdebat secara ilmiah dengan pihak lain pun kecut perut. Kenapa mereka takut berdebat dengan PAS yang dikatakannya sebagai parti yang tiada Ulamak yang ramai itu? Takut itu menandakan salah, dan mereka tahu mereka bersalah sebenarnya. Mereka tahu mereka berada di dalam parti yang tidak pernah mahukan Islam sebagai dasar pemerintahan. Tetapi mengapa mereka masih berada di situ? Jawapannya adalah kerana untuk menunjukkan kata-kata Nabi itu benar bahawa terdapat golongan Ulamak yang akan memasuki Neraka terlebih dahulu. Apabila melihat kepada sejarah Umno, barang siapa yang mahu kepada Islam sudah pasti tidak akan lama berada di dalam Umno. Tetapi jika sekadar mahu mencari makan, mereka boleh terus berada di dalam Umno. Itu pun belum tentu dapat makan banyak. Cuba lihat beberapa golongan seumpama bekas Imam Besar Masjid Negara Firdaus dan Nakhaie. Bukan sedikit ilmu mereka, tetapi hilang sekelip mata dengan hanya sehelai bahu batik dan songkok jitam. Yang tidak pernah berkasar menjadi samseng dengan menyepak tong undi bila kalah pilihanraya. /mandor.blogspot.com | |||||||
| `KATAK' BAYAN BARU KENA `SMASH' OLEH ZAID IBRAHIM Posted: 30 Jun 2010 09:36 AM PDT
Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim membidas ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mempersoalkan pertemuannya dengan Raja Petra di Manchester pada tahun lalu dan menjadikannya isu di Dewan Rakyat hari ini.Dengan sinis, Zaid berkata sebagai wakil rakyat, Zahrain sepatutnya menimbulkan cadangan yang bernas mengenai dasar negara dan berani mengkritik keputusan kerajaan. "Itulah tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang Yang Berhormat. Lebih-lebih lagi kalau kita itu, wakil rakyat Bebas yang begitu di gemari oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak suruhan semata mata, dan tidak ada modal bernas untuk diketengahkan dalam Dewan," kata Zaid dalam blognya. Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zahrain kini sudah semacam menjadi wakil kepada polis perisikan yang membuat pendedahan yang beliau menginap di hotel yang sama dengan Raja Petra.
"Jumpa Raja Petra tidak salah...Raja Petra dan isterinya, Marina kawan saya. Saya tak tinggalkan kawan semata-mata kawan ada dalam kesusahan. Jadi setiap kali saya ke London, saya jumpa mereka. Tahun lepas saya bawa Petra tengok bolasepak di Old Trattford, dia minat kepada Manchester United. Jadi saya belanjalah dia.
Beliau juga mengakui bahawa Raja Petra membuat tempahan di hotel Britannia bagi pihaknya tetapi menafikan penulis blog itu turut menginap di situ kerana rumahnya hanya terletak 15 minit perjalanan dari hotel berkenaan. "Hotel yang saya menginap itu pun tiga star, tak lah seperti hotel Zahrain guna semasa ke Washington. Maklumlah saya bayar sendiri," katanya merujuk kepada seminar berprofail tinggi mengenai kehakiman dan kerajaan Malaysia di Washington DC yang dihadir Zahrain selepas berpaling tadah daripada PKR.
Menurut Zaid, beliau akan kota London lagi minggu depan dan besar berkemungkinan akan dengan Raja Petra dan isterinya lagi. "Saya akan bekalkan butir lanjut jika YB Zahrain atau SPRM mahu maklumat lain. Saya harap dapat juga bertemu Bala kalau SPRM tidak mahu bertemu dengannya," katanya./Malaysiakini | |||||||
| MEREKA ULAMAK SEKULAR - NIK AZIZ Posted: 30 Jun 2010 03:30 AM PDT Ulama sertai UMNO sebagai 'ulama sekular' ![]() KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggelar 40 ulama yang menyertai UMNO sebagai 'ulama sekular' kerana mereka tidak berpegang kepada ajaran Islam sebenar dan menolak perjuangan Islam yang dibawa Pas. Beliau berkata, di dalam al-Quran golongan ulama yang tidak berpegang kepada ajaran Islam dan orang yang menentang Rasulullah SAW dianggap sebagai golongan munafik. "Munafik ini gelaran al-Quran. Al-Quran bahagikan manusia ini kepada tiga kumpulan iaitu mukmin, munafik dan kafir. Kalau nak gelar (ulama itu) munafik... saya tidak berapa suka. "Ia boleh menimbulkan naik darah... tak payah gelar munafik, gelar sekular sudahlah," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak merasa pelik dengan apa yang berlaku kerana sewaktu zaman Rasulullah juga perkara yang sama berlaku. "Zaman nabi SAW sewaktu nabi masih hidup ada orang lawan nabi. Ini kita panggil munafik. Orang itu buat masjid, 'masjid Birar'. Jadi kalau zaman nabi, nabi masih hidup, orang tengok wajah nabi dengar ucapan nabi pun ada yang melawan senyap-senyap. Pelik apa kalau sekarang yang dah sampai 2,000 tahun," katanya. Jumaat lalu, seramai 40 ulama muda profesional berkelulusan sarjana dan doktor falsafah yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak. Nik Aziz turut menyifatkan golongan terbabit sebagai mangsa bagi kempen kerana semasa di kampus mereka tidak dibenarkan berpolitik. "Mereka ini mungkin jadi mangsa. Semasa di kampus tidak boleh berpolitik. Di Malaysia, kempen dalam kampus tak boleh. Tidak boleh terlibat dengan politik. Jadi pelajar-pelajar di dalam kampus ini buta politik. "Bila habis kampus, pelajar keluar mereka meraba-raba kerana mereka tak biasa dengan politik. Boleh jadi mereka ini mangsa kempen jangan berpolitik dalam masa kampus. Ini semua bukan jadi pelik," katanya. Mengulas mengenai kemungkinan ulama itu tertarik dengan nilai islam yang diterapkan UMNO, beliau enggan mengulas lanjut. "Itu saya tak tahu. Itu kena tanya dia la. Yang tentunya itu bukan laluan nabi. Bukan laluan Siddiqin, Syuhadah dan solihin. Laluan nabi ialah tauhid kepada Allah," katanya./Sinar | |||||||
| MULA BALIK DAH.....SPRM PANGGIL 2 ADUN PKR DI SELANGOR Posted: 30 Jun 2010 03:15 AM PDT
| |||||||
| NAJIB MASIH TERIKAT DENGAN PAK LAH ? Posted: 30 Jun 2010 02:48 AM PDT
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil sebagai pelindung kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang menerima kritikan berhubung pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor.
Dr Mahathir sebaliknya menyalahkan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana menolak cadangan pembinaan jambatan tersebut. Dalam coretan di blognya hari ini, Dr Mahathir turut mengemukakan persoalan sama ada Najib terikat dengan janji yang dibuat oleh 'PM kelima' itu. "Yang menolak pembinaan jambatan ini hanyalah perdana menteri kelima (Abdullah) yang mendakwa rakyat Johor tidak mahu jambatan ini. "(Sedangkan) tiga hari sebelum kenyataan ini dibuat, timbalan perdana menteri ketika itu, iaitu perdana menteri ketika ini, telah mengesahkan bahawa jambatan berkenaan tetap akan dibina," katanya. Mahathir juga berkata, persoalan ini ditimbulkannya memandangkan rakyat tertanya-tanya mengapakah "Najib yang penuh berkuasa tidak sanggup meneruskan pembinaan jambatan ini." "Apakah beliau terikat janji dengan perdana menteri kelima (Abdullah)? Apakah status janji ini?," soalnya.
"Demikian juga saya tidak dengar bantahan oleh rakyat Malaysia terhadap projek jambatan mengganti tambak Johor ini," katanya lagi. Tambahnya, bekas perdana menteri Singapura Goh Chok Tong juga menyetujui cadangan itu, melalui satu surat yang diterbitkan dalam sebuah buku berjudul "Water Talks - If Only It Could." "Goh tidak membantah pembinaan jambatan di perairan Malaysia jika itu dikehendaki oleh kerajaan Malaysia," tulisnya lagi./Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




SHAH ALAM, 30 Jun: Kerajaan negeri Selangor menyifatkan langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil dua Adun PKR Selangor untuk memberikan keterangan sebagai satu lagi serangan baru kepada mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan