Ahad, 4 Julai 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Muhyiddin bidas orang Melayu sokong Pakatan, pertikai dasar BN

Posted: 04 Jul 2010 07:54 AM PDT

BATU PAHAT, 4 Julai – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar sikap segelintir orang Melayu yang sanggup mempertikai dasar kerajaan termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan usaha meningkatkan penguasaan orang Melayu dalam bidang ekonomi.

Sambil menyifatkan sikap itu sebagai satu ancaman berkekalan bagi perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno, beliau mengingatkan sikap sebegitu boleh mengundang bencana besar kepada negara.

"Orang Melayu sepatutnya bersatu di bawah satu payung untuk menentukan agenda membangunkan bangsa Melayu tercapai.

"Matlamat ini tidak akan tercapai jika kita terus berpecah belah," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Parit Sulong di sini hari ini.Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, golongan Melayu tersebut menyokong pembangkang khususnya DAP pimpinan Lim Kit Siang.

"DAP menganggap tindakan saya membela orang Melayu sebagai seorang ultra Melayu, sedangkan Lim Kit Siang lebih bersifat perkauman," katanya.

Kata beliau, dalam situasi yang amat mencabar ini, orang Melayu khasnya Umno perlu melipatgandakan usaha bukan sahaja untuk memperkukuh kedudukan parti tetapi berusaha melaksanakan tranformasi sejajar yang diputuskan di peringkat pusat supaya Umno dapat diterima oleh rakyat.

Beliau kesal kerana usaha tranformasi untuk mengukuhkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 di peringkat bahagian-bahagian berjalan perlahan, tidak sebagaimana diharapkan.

Menurut beliau, usaha menambah baik parti itu perlu dilakukan segera supaya parti dilihat masih relevan oleh bukan sahaja orang Melayu tetapi terus diterima rakyat keseluruhannya.

Muhyiddin menegaskan, sebagai pemimpin nombor dua, beliau sentiasa membantu usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengariskan gagasan 1Malaysia dan lain-lain dasar penambaikan pentadbiran negara untuk ditranformasikan di peringkat Umno di semua peringkat.

Usaha itu, katanya, penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN dan seterusnya memenangi semula kerusi yang terlepas kepada pembangkang dalam pilihan raya umum lalu pada pilihan raya umum akan datang. – Bernama

Najib Pun Dok Rasa PRU13 Ada Tsunami Ke 2

Posted: 04 Jul 2010 07:30 AM PDT

Amaran Najib tsunami politik kedua jika Umno abai empat faktor

PEKAN, 4 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggariskan empat faktor penting yang mempengaruhi sikap dan keperluan rakyat terhadap parti Umno sebagai parti yang boleh membela nasib mereka.

Beliau berkata, faktor pertama adalah sama ada rakyat berpuas hati dengan kepimpinan di peringkat nasional, negeri, bahagian dan cawangan tentang sesuatu program yang dilakukan.

Najib, yang juga Presiden Umno berkata pelaksanaan dasar dan sesuatu keputusan yang diambil itu akan dilihat oleh rakyat sebagai ukuran bagi meningkatkan khidmat kepada masyarakat.

"Faktor kedua pula adalah bagaimana kepimpinan negeri menguruskan soal permohonan tanah, sama ada tanah yang mahu diterokai, soal perumahan dan perkara tertentu," kata beliau dipetik Bernama merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan di sini hari ini.

Najib berkata faktor ketiga pula melibatkan penilaian masyarakat terhadap pengurusan kepimpinan peringkat akar umbi, cawangan dan bahagian dan rakyat mendapat kepuasan seperti mana penilaian yang dibuat di peringkat nasional.

"Faktor terakhir adalah peranan wakil rakyat yang dipilih melalui pengundian pada pilihan raya umum lalu sama ada mereka disenangi pengundi itu sendiri atau sebaliknya," katanya.

Menurutnya tsunami politik akan berlaku sekiranya faktor-faktor berkenaan menjadi faktor negatif di mana rakyat tidak menyenangi dengan kepimpinan di peringkat nasional, negeri, parti dan wakil rakyat itu sendiri.

"Justeru, saya menyeru semua pemimpin parti tidak kira di peringkat akar umbi mahupun bahagian harus melaksanakan tanggungjawab mereka demi kepentingan rakyat," katanya.

Beliau juga meminta semua cawangan dan bahagian mempermudahkan urusan pendaftaran ahli baru yang ingin menyertai Umno bagi menunjukkan peranan parti yang sedia membantu dan bersikap terbuka dalam apa jua perkara melibatkan soal rakyat.

Katanya soal pendaftaran ahli tidak boleh dibuat secara bermusim sebaliknya ia perlu dilakukan secara berterusan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh menarik minat untuk menyertai parti itu.

Dalam pada itu, mesyuarat itu juga mengusulkan usul tergempar apabila menyokong kepimpinan Perdana Menteri yang membuat keputusan tidak meluluskan lesen pertaruhan sukan sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia.

Usul yang dibawa oleh Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Pekan, Mohd Arippin Daud itu menyatakan mereka tetap mempertahankan keputusan Perdana Menteri walaupun terdapat pihak tertentu yang mendesak supaya meluluskan lesen tersebut.

Tok Guru Perjelaskan Perkara Sebenar Isu Dari BERNAMA

Posted: 04 Jul 2010 07:15 AM PDT

Nik Aziz: 'Kalau boleh tak perlu tanding, gunakan syura

Oleh G. Manimaran


KUALA LUMPUR, 4 Julai – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Aziz menjelaskan semalam beliau hanya mengesyorkan agar dielakkan pertandingan semasa pemilihan parti itu tahun depan atas alasan "memang tak molek bertanding" dan gunakan pendekatan bersyura.

Sehubungan itu kata beliau, beberapa media telah salah lapor dengan mendakwa sudah wujud bibit-bibit perpecahan menjelang pemilihan pucuk kepimpinan PAS tahun depan.

"Di sini diperturunkan maksud kenyataan saya ketika menjawab soalan wartawan berhubung kemungkinan berlaku pertandingan dalam pemilihan PAS tahun depan," kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam kenyataan penjelasan dikeluarkan petang ini.

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz berkata beliau hanya menyebut "kalau boleh tidak perlu bertanding kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan."

"Ini luahan hati orang tua, tak mahu tengok perpecahan berlaku.

"Pengalaman saya sendiri yang pernah bertanding dalam dewan ulama satu ketika dulu, amat tidak comel. Baik kita cari cara yang lebih comel elak daripada perpecahan," kata Nik Aziz.

"Moleknya, kita buat keputusan secara syura dan lantik ketua kita beramai-ramai. Ini cadangan saya. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti," kata beliau lagi.

"Semoga penjelasan saya ini, dapat mengelakkan salah faham semua pihak, khususnya rakan-rakan pimpinan dalam PAS.

"Jangan mudah terpengaruh dengan semua laporan berkenaan, terutama Bernama dan akhbar yang nampaknya ada agenda tersembunyi di sebalik apa yang mereka laporkan. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Kepada pihak akhbar cermatlah dan jauhilah daripada memfitnah," kata Nik Aziz lagi.

Dalam laporan semalam Bernama menyebut kemelut perpecahan dilihat meruncing kerana beliau sendiri menyarankan agar tidak diadakan pemilihan bukan sahaja di peringkat tertinggi parti malahan diperingkat sayap parti iaitu Dewan Muslimat, Ulama dan Pemuda.

Sehubungan itu, Nik Aziz berkata pemilihan untuk kepimpinan perlu diadakan secara perbincangan ataupun melalui syura dan bukannya dengan meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi kepimpinan parti itu dalam muktamar ke-57 nanti.

"Tok soh (tidak perlu) bertanding. Tidak molek (tidak elok) la. Nak bertanding pun jangan sampai ke peringkat perpecahan.

"Ini luahan hati seorang tua (luahan daripada orang yang sudah lama di dalam PAS)," katanya selepas menghadiri sambutan jubli perak sebuah pondok agama di Bukit Payung semalam.

Muyiddin Takut Pada Anwar Sebenarnya!

Posted: 04 Jul 2010 07:00 AM PDT

Muhyiddin: Anwar sebabkan perpecahan orang Melayu

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan beberapa tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir ini merupakan suatu pengkhianatan kepada bangsa kerana ia telah menyebabkan perpecahan di kalangan orang-orang Melayu.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, orang Melayu perlu sedar tentang tindakan ketua umum PKR itu kerana bukti mengenainya adalah amat jelas.

"Buktinya (tindakan Anwar) adalah amat jelas. Rakyat perlu sedar tentang sikap berdolak-dalik dan pembohongan yang dilakukan oleh beliau, yang telah menyebabkan perpecahan dan keretakan di kalangan orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu Pahat.

Akhbar Washington Post melaporkan, dalam lawatannya ke Amerika Syarikat, Anwar bertemu dan meminta maaf dari rakan-rakannya di negara itu dan menyesal menggunakan istilah seperti 'pencerobohan Zionis '.

Muhyiddin berkata, bukti mengenai hubungan baik Anwar dengan pemimpin Zionis dan Yahudi di Amerika Syarikat juga adalah jelas untuk dinilai oleh rakyat dan orang Melayu.

Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan di antara Datuk Zaid Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin di London baru-baru ini, Muhyiddin berkata, ia menunjukkan hubungan yang jelas di antara PKR dengan penulis portal berita "Malaysian Today" yang sedang diburu oleh polis.

Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya, Muhyiddin mengingatkan anggota Umno bahawa mereka mempunyai tempoh tidak lebih daripada dua tahun untuk melakukan perubahan dan persedian bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Perubahan atau transformasi perlu dilakukan dengan cepat kerana kita tidak mempunyai masa yang mencukupi," katanya sambil menambah bahawa anggota Umno perlu bergerak dengan segera dalam melaksanakan perubahan yang dituntut.

Timbalan Presiden Umno itu juga berkata, anggota Umno perlu melakukan perubahan kerana lanskap serta senario politik negara pada ketika ini telah jauh berubah hasil daripada keputusan pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

Katanya, perubahan itu perlu dilaksanakan untuk memulihkan perpaduan di kalangan orang Melayu yang berpecah kepada tiga golongan dan memastikan mereka kembali menyokong Umno serta perjuangannya.

- Bernama

Ini baru Jantan MCA

Posted: 04 Jul 2010 06:50 AM PDT

Pemuda MCA buat laporan polis terhadap PERKASA

Pergerakan Pemuda MCA hari ini membuat laporan polis berhubung penyiaran berita muka depan akhbar terbitan Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Suara Perkasa yang mahu kerajaan menahan Ketua Pemuda MCA Dr Wee Ka Siong di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Laporan polis itu dibuat oleh kira-kira 22 Pemuda MCA Wilayah Persekutuan dan Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD) di Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 petang tadi.

Ketua Pemuda MCA Selangor Dr Kow Cheong Wei mendakwa isi kandungan akhbar yang disiarkan pada Khamis lepas itu adakah satu pernyataan serta kritikan yang keterlaluan.

"Kami harap Kementerian Dalam Negeri menarik balik lesen penerbitan Perkasa," katanya kepada pemberita di IPD berkenaan.

- Bernama

Kenanglah Jasa Polis

Posted: 04 Jul 2010 05:45 AM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan masyarakat dan generasi muda terutama pemimpin parti politik yang sering menuding jari dan mengkritik pihak berkuasa terutamanya polis, supaya mengenang kembali jasa-jasa pejuang tanahair yang banyak berkorban untuk negara.

Katanya, keamanan yang dikecapi hari ini bukan datang secara bergolek sebaliknya hasil pengorbanan pejuang negara yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi mendapatkan kemerdekaan.(Malaysiakini)

Rakyat Malaysia tidak pernah lupa kepada jasa-jasa polis yang menuntut kemerdekaan tanah air dahulu. Namun, ramai antara mereka telah lama meninggalkan kita. Bagi yang masih hidup, pengorbanan mereka tidak pernah dilupakan.

Menteri sepatutnya faham. Rakyat bukan melupakan jasa polis, atau tidak menghargai pengoraban mereka, tetapi marah dengan tindakan keterlaluan sesetengah anggota pelindung rakyat itu. Rakyat marah kerana polis dilihat bertindak melampaui batasan undang-undang. Polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat. Akan tetapi keyakinan rakyat terhadap polis kian hilang.

Di samping mengingatkan rakyat agar tidak melupakan jasa polis, kerajaan juga wajib berusaha meningkatkan imej, kredibiliti dan integriti polis.

Marilah kita kenang jasa-jasa polis!

Dua wanita mendakwa menerima ganggungan seksual melampau daripada seorang anggota polis di satu sekatan jalan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian pertama, seorang wanita mendakwa diminta beraksi lucah selain dipaksa memberi sogokan RM15 supaya dia tidak ditahan atas kesalahan memandu melebihi had laju. (greenboc)


Keluarga Mohd Azizi Azri Aziz, 17, remaja yang ditembak anggota polis pagi tadi melahirkan rasa sedih di atas kejadian tersebut kerana mangsa tidak bersalah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.(Harakahdaily)

Pihak polis dilihat secara berterusan mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat dengan memantau secara terperinci segala aktiviti dan tindak tanduk pihak pembangkang.

Jika sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan tujuh pemimpin yang lain 'dipelawa' oleh polis untuk memberi keterangan berhubung aktiviti mereka, Selasa lalui, ahli parlimen Gopeng, Lee Boon Chye menjadi mangsa ke-9. (Malaysiakini)

Seorang lagi mangsa yang mendakwa ditembak oleh polis, Siti Nasrinda Sumirin, hari ini tampil membuat pendedahan yang dia ditembak di Klang pada Ogos tahun lalu..(Tranungkite)
Seluruh badan Kugan cedera parah. Dikatakan Kugan tidak diberi makan dan minum selama tujuh hari, sepanjang dalam tahanan untuk siasatan. Mulutnya berbuih, selain berdarah. Luka berat di seluruh badan. Seakan Kugan dipukul samseng ganas dan bukan dari tahanan polis. (cetusan-hati)

Kerajaan berdepan dengan kecaman hebat kerana menangkap beratus-ratus orang dan menggunakan gas pemedih mata dan merima air untuk menyuraikan perhimpunan menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan penahanan tanpa bicara, semalam.

Lebih 60 daripada 589 orang yang ditahan dalam perhimpunan semalam – yang disertai lebih 15,000 orang di pusat bandar Kuala Lumpur – masih ditahan, demikian menurut laporan media dan para peguam.(Malaysiakini)

http://satumalaysia.wordpress.com/2010/07/04/kenanglah-jasa-polis/

Tempatkan Ulama Muda Di Felda

Posted: 04 Jul 2010 02:00 AM PDT



Semenjak 2001 hingga kini, Felda dipengerusikan oleh seorang yang 'bukan ulama muda'. Pengerusi Felda sebelum orang 'bukan ulama muda' ini semuanya bukan ulama.

Secara peribadi saya bukan orang yang menetap di Felda, tetapi abang dan kakak saya adalah warga Felda. Semenjak awal mereka berkahwin sehingga kini, sudah pun bercucu mereka menetap di Felda.

Bohong kalau saya katakan hidup mereka tidak berubah. Kini mereka ada tanah kebun kelapa sawit dan ada rumah. Walau pun mereka sering tidak cukup belanja harian, tetapi mereka ada tanah untuk diusahakan dan rumah sendiri untuk berteduh.

Kalau boleh dikatakan itu jasa Felda, itulah jasanya.

Namun saya berani katakan, sebenarnya apa yang warga Felda dapat kini, selepas 30 hingga 40 tahun mereka menetap di situ hanyalah 'kuah'. Isi dan intinya diperolehi oleh orang lain, orang yang tidak ada kena mengena pun dengan kerja-kerja memajukan tanah di Felda.

Sama seperti agensi lain yang ditubuhkan oleh kerajaan, rakyat biasanya dijadikan justifikasi untuk membenarkan tindakan mengayakan kroni. Felda misalnya, yang kaya bukan peneroka tetapi kroni pemimpin Umno yang mendapat projek pembangunan di Felda.

Bermula dengan projek kecil seperti projek membaja ladang sampai kepada projek besar seperti pembinaan MRSM di Trolak bernilai RM120 juta, isinya dinikmati kroni pemimpin Umno.

Mana pulangannya kepada warga Felda yang semakin berusia itu? Mana hasilnya kepada generasi kedua warga Felda yang sebahagiannya sudah pun bercucu?

Warga Felda sebenarnya tidak berpeluang sangat untuk menikmati kekayaan Felda. Apa yang mereka nikmati sebenarnya adalah sebahagian kecil sahaja hasil titik peluh mereka selama berpuluh tahun bersama Felda.

Titik peluh mereka yang sebenar dinikmati oleh orang lain, orang yang bertali leher dan berbilik berhawa dingin di merata tempat. Warga Felda tetap begitu juga.

Semenjak 2001 hingga kini Felda diterajui oleh 'bukan ulama muda'. Dikatakan bahawa kroni 'bukan ulama muda' ini sudah kaya-raya dengan projek-projek Feldajaya yang kosnya sebanyak RM152 juta.

Saya fikir inilah antara tugas ulama muda yang masuk Umno baru-baru ini. Kalau mereka ingin membersihkan Umno dari dalam, inilah kekotoran yang perlu dibersihkan itu.

Kalau 'bukan ulama muda' sudah ternyata gagal membela warga Felda, ulama muda perlu tampil membela peneroka.

Kalau ulama muda setakat masuk Umno untuk bercakap soal usalli dan tahlil, qunut dan talqin… entahlah.

http://sauhdibongkar.blogspot.com/2010/07/tempatkan-ulama-muda-di-felda.html

Perhimpinan GAS Kecoh! Samy Hantar Samseng Untuk Ganggu?

Posted: 04 Jul 2010 01:33 AM PDT

Penyokong Samy Vellu serbu perhimpunan GAS di Klang
Oleh Clara Chooi


KLANG, 4 Julai — Perhimpunan kedua Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) di sini petang ini berhadapan dengan kekecohan apabila sekumulan 30 pemimpin MIC, yang merupakan penyokong kepimpinan Datuk Seri S. Samy Vellu menyerbu dan mengganggu perjalanan kempen itu.

Kumpulan itu muncul kira-kira 1 tengah hari sebelum perhimpunan GAS bermula dengan memaksa orang ramai daripada memasuki Dewan Dato Hamzah - lokasi program itu dianjurkan.

Ini program GAS yang kedua selepas yang pertama awal bulan lepas diadakan di Mines Resort City Seri Kembangan bagi mengecam kepimpinan Samy Vellu.

Pagi ini Samy Vellu merasmikan perhimpunan tahunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri di ibu negara. Perhimpunan itu berlangsung sehingga petang ini.

Sekitar pukul 2 petang kumpulan itu dan penganjur berhadapan dengan 'perang mulut', sekali gus menyebabkan pergelutan di kalangan mereka.

Kumpulan itu yang dipercayai diketuai oleh tiga lelaki iaitu Ketua Penerangan MIC Selangor L. Siva Subramaniam dan dua ketua cawangan dengan salah seorang dikenali sebagai "Taman Maznah" Chandran dan Dharmalingam, bekas MIC Bahagian Klang, turut menolak dan menghalang orang ramai yang mula memasuki Dewan Dato Hamzah.

Dharmalingam juga merupakan pengarah Lembaga Pelabuhan Klang yang pelantikannya dibuat atas syor Presiden MIC.

"Jangan anda berani bercakap mengenai MIC. Jangan mencemarkan nama Samy Vellu. Keluar dari dewan, hentikan perhimpunan ini," jerit anggota kumpulan penyokong Samy Vellu ini dengan menuju ke arah pentas.

Pergelutann dan pertikaman lidah turut terceuts di dalam Dewan Dato Hamzah.

Keadaan ini menyebabkan penyokong-penyokong GAS yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin yang dipecat V. Mugilan, K. P. Samy dan G. Kumar Aamaan juga menjerit ke arah penyokong Samy Vellu itu.

Pada satu ketika, Samy bersama Kumar Aamaan memegang buku berjudul The Life of Mahatma Ghandi dengan melaungkan "Ahimsa" membawa maksud pendekatan kepimpinan yang aman bagi menghalang kumpulan itu daripada terus mencetuskan kekecohan.

Suasana menjadi semakin tegang apabila dewan mula dibanjiri dengan lebih ramai penyokong GAS, ketika itu dianggarkan kira-kira 1,000 orang.

Kira-kira pukul 2.15 petang sekumpulan anggota polis memasuki dewan selepas dimaklumkan ada percubaan untuk mengganggu perjalanan program GAS.

"Kami berada di sini bukan untuk mencetuskan masalah. Ini adalah pertemuan aman tetapi ini adalah pendekatan Samy Vellu... dia menghantar kumpulan samseng dia (ke sini)," kata Samy, yang merupakan bekas ahli jawatankuasa kerja pusat MIC.

Mugilan merupakan bekas timbalan ketua Pemuda MIC.

Polis bercakap dengan kumpulan penyokong Samy Vellu beberapa minit sebelum memaklumkan penganjur GAS bahawa mereka boleh meneruskan program mereka.

Bagaimanapun kumpulan itu dibolehkan berada di dewan sementara mereka enggan keluar dari premis itu.

Primadona Dalam Umno? Macam Perli Kat Bini Jer

Posted: 04 Jul 2010 01:15 AM PDT

Usah jadi primadona dalam Umno, kata Najib


PEKAN, 4 Julai — Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegur anggota dan pemimpin-pemimpin Umno supaya tidak bersikap sebagai primadona, yang akhirnya dilihat akan hanya merosakkan parti itu.

Perdana Menteri yang membuat analogi kejayaan pasukan bola sepak yang sedang bertanding di Piala Dunia ketika ini berkata hanya pasukan yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sahaja akan berjaya berbanding pasukan yang mempunyai ramai "primadona".

"Dalam Piala Dunia, pasukan favourite pun kalah. Adakah pasukan favourite Umno dan Barisan Nasional boleh berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti?.

"Kalau pasukan kita banyak "primadona", dia kira nak sumbat gol sendiri, alih-alih dia tersungkur, kita bina semangat berpasukan, individu yang ada kebolehan akan lebih berjaya jika ada semangat berpasukan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat Umno bahagian Pekan di sini.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Pekan berkata semua aanggota dan pemimpin Umno perlu kembali kepada asas perjuangan dengan meletakkan kepentingan parti melebihi daripada kepentingan-kepentingan lain.

Najib (gambar) berkata dalam sistem politik berparlimen, kedudukan parti politik sentiasa saja akan mengalami pasang surut dan boleh merudum jika tidak melakukan perkara-perkara yang disenangi rakyat.

Perdana Menteri berkata usaha menguruskan kejayaan parti yang telah berjasa kepada bangsa, agama dan negara itu sebenarnya lebih payah berbanding untuk meraih kejayaan.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Najib berkata kiasan itu lebih berbentuk nasihat dan bukanlah bererti Umno kini berada dalam keadaan lemah.

"Ia lebih berbentuk nasihat, apa yang saya sarankan ini sebagai nasihat, nasihat saya sebagai Presiden, untuk diri saya juga.

"Kita mesti sentiasa mengingatkan bukan bererti keadaan terlalu buruk sangat, tapi saya ingin yang terbaik untuk Umno, kita menghadapi pelbagai cabaran, supaya dari proses ini kita jadi parti dan pemimpin yang disanjung rakyat," katanya.

Najib berkata analogi kejayaan pasukan bola sepak yang bertanding di Piala Dunia itu adalah supaya semua anggota dan pemimpin Umno lebih bersikap mementingkan parti atau pasukan daripada lebih bersikap individulistik.

"Maknanya sebagai sepasukan, kita tengok pasukan dalam Piala Dunia, lebih berjaya dari pasukan yang utamakan individu," katanya. Ditanya berkenaan perjalanan mesyuarat bahagian Umno yang sedang berlangsung ketika ini,

Najib berkata perjalanan mesyuarat berkenaan kini dipantau sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pengurusan melalui laporan yang dibuat Badan-badan Perhubungan Negeri.

"Setakat ini, saya tidak dapat laporan negatif, semua berjalan baik walaupun satu bahagian di Kelantan timbulkan masalah yang agak rumit yang sedang ditangani Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Jawatankuasa Pengurusan," katanya. — Bernama

KEADILAN Desak Najib Bentang Kertas Putih Isu Felda

Posted: 04 Jul 2010 12:56 AM PDT

Oleh Rusnizam Mahat

SHAH ALAM 4 Julai - Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini semakin diasak dengan isu yang dibangkitkan Pakatan Rakyat mengenai rizab tunai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang menjunam sebanyak RM2.37 bilion dalam tempoh lima tahun dan beberapa keputusan pelaburan yang menyebabkan Felda menanggung kerugian.

Tidak cukup dengan tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bermatian mempertahankan status kewangan Felda, isu itu akhirnya mendesak Najib bersuara akibat tekanan politik terhadap beliau.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, kerajaan pimpinan Najib perlu membentangkan kertas putih di parlimen bagi menjelaskan isu membabitkan kerugian yang dialami Felda.

"Kalau betul kerajaan telus, kita minta kerajaan bentangkan kertas putih di parlimen tentang apa sebenarnya yang berlaku terhadap kewangan Felda. Ini kerana kita ada bukti yang tunjukkan bahawa sebelum Felda diambil alih oleh Najib (di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan sebelum diambil alih oleh Ahmad Maslan, 'fixed deposit' Felda amat besar, tetapi kini 'fixed deposit' Felda menjadi terlalu kecil," tegas beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurutnya, beliau sendiri akan menulis surat kepada Jawatankuasa Wang Kira-Kira Awam untuk menggesa isu kerugian yang ditanggung Felda disiasat.

"Kita bukan nak menuduh sesiapa, tetapi apa yang seolah maklumat yang bercanggah. Kita tidak yakin tindakan dan penjelasan kerajaan betul kerana banyak perkara yang mengelirukan. Ini berdasarkan kenyataan yang dibuat Ahmad Maslan sendiri di parlimen saya masih ingat lagi pada 16 Jun lalu yang menyatakan rizab tunai Felda berkurangan dari RM4.08 bilion kepada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009.

"Ini bermakna rizab tunai menjunam sebanyak RM2.37 bilion dan selain itu juga disebut pembinaan menara Felda pada 2008 yang menelan ratusan juta ringgit. Perkara ini, kerajaan patut berikan sebab," tegas beliau.

Beliau mengulas kenyataan Najib semalam yang mendakwa kononnya tuduhan terhadap Felda bankrap seperti yang dilaporkan dalam akhbar Suara Keadilan satu pendustaan, malah merupakan satu penghinaan kepada seluruh warga peneroka di seluruh negara.

Najib juga berkata tuduhan itu merupakan penghinaan kepada sebuah institusi yang selama ini telah banyak berjasa kepada masyarakat Melayu dan penduduk luar bandar sejak 50 tahun lalu.

Mengulas lanjut Johari berkata, isu yang ditimbulkan bukan bemaksud untuk menghina institusi itu dan masyarakat Felda amnya, tetapi memberikan penjelasan dan menjawab isu berkenaan.

"Felda ialah milik peneroka dan anak-anak mereka yang telah memberikan khidmat dengan segala bentuk pengorbanan. Soal yang kita bangkitkan bukan soal penghinaan tetapi kita nak tahu kedudukan sebenar kerana kita tidak mahu nasib Felda serupa seperti yang dialami Sime Darby, Pos Malaysia dan syarikat GLC lain yang menanggung kerugian.

"Sebagai parti (pembangkang) yang bertanggungjawab, kenapa kerajaan nak melompat? Tak payah melompat, kalau perkara itu tidak betul, jawablah. Kita dalam Pakatan Rakyat mempunyai maklumat berdasarkan apa yang kita ada dan tugas kerajaan hanya menjawab sekiranya dakwaan itu tidak betul. Tidak perlulah sampai nak melompat (saman).

"Kita sebagai pembangkang mestilah kita mahu bongkar berdasarkan maklumat yang kita ada, kita sebut kerana kita mahu kerajaan jelaskan isu ini. Biarlah rakyat yang tentukan siapa betul dan siapa salah," kata Johari lagi.

Ditanya mengenai pendedahan ahli jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa di laman blognya beberapa hari lalu yang mengaitkan syarikat kroni milik Umno dengan beberapa projek pembangunan Felda, beliau turut terkejut dengan pendedahan itu dan mahu kerajaan menjawab dakwaan berkenaan kerana ia merupakan dakwaan yang cukup serius.

"Ini satu dakwaan yang berat,  bukan keluar dari mulut ketua cawangan PAS, tetapi seorang pemimpin besar PAS yang sudah pasti beliau mempunyai maklumat tentang dakwaannya. Kerajaan perlu jelaskan perkara ini," tegas beliau.

Antara projek yang dikatakan dianugerahkan kepada firma berkenaan adalah kawasan perumahan dan komersial di Feldajaya iaitu sebuah projek pembangunan untuk generasi kedua peneroka Felda.

Laporan media mendakwa projek tersebut diserahkan kepada firma arkitek W&W yang dimiliki Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan dan seorang ahli pemuda Umno Bahagian Besut, yang dikenali sebagai Wan Burhanuddin Wan Hassan yang memiliki hubungan rapat dengan seorang pegawai atasan Felda di Terengganu.

Menurut Husam, projek tersebut bukan sesuatu yang dibanggakan berikutan lokasinya yang tidak sesuai dan harga kosnya yang terlalu tinggi menyebabkan ia menjadi sebahagian projek gajah putih.

Selain Feldajaya Trolak, terdapat tiga projek seumpama itu di Chini, Serting dan Mempaga yang menelan kos RM152 juta.

Husam juga mendakwa bayaran kepada arikitek berkenaan tidak jelas dan mungkin menjangkau RM500 bilion termasuk pembinaan Maktab Rendah Sains Mara Trolak dan kolej komuniti di Terengganu dan Sabah.

Menyampah dengan Ibrahim Ali

Posted: 03 Jul 2010 10:17 PM PDT


Menyampah dengan Ibrahim Ali, originally uploaded by kerabu.

Saya betul2 menyampah dengan perangai bodoh ibrahim ali. Ni gambar saya snap dalam tv.

Dok canang sana sini konon politik tak boleh bawa dalam masjid. Tapi mamat ni buat majlis politik bagi hadiah kepada remaja di salah sebuah masjdi di pasir mas.

Puihh..p rah brehem!

Ikuti Terjemahan Washington Post Ini, Benarkah Anwar Mohon Maaf ?

Posted: 03 Jul 2010 07:00 PM PDT

Kontroversi artikel The Washington Post
Oleh JACKSON DIEHL, Washington Post

Berikut terjemahan bebas MUHAMMAD NOR ABD SAMAD terhadap artikel bertajuk "Flirting with zealotry in Malaysia" yang disiarkan akhbar The Washington Post, Isnin 28 Jun 2010 yang menimbulkan polemik di Malaysia:

Anwar Ibrahim, pemimpin politik pembangkang Malaysia sejak sedekad yang lalu cukup terkenal sebagai pejuang demokrasi liberal di kalangan negara-negara Islam.

Di antara kawan-kawannya yang ramai di Washington, termasuk ahli pergerakan neokonservatif ternama seperti Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia dan duta Amerika Syarikat (AS) ke Indonesia dan juga tokoh demokratik ternama Al Gore. Akhir-akhir ini Anwar menjadi tumpuan atas sesuatu yang lain pula: retorik keras mengenai Israel dan dakwaan "pengaruh Zionis" di Malaysia.

Baru-baru ini beliau menyertai demonstrasi di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur di mana bendera Israel dibakar. Beliau mengecam kerajaan Malaysia kerana menggunakan perkhidmatan syarikat perhubungan awam Washington, Apco Worldwide yang "dikuasai Yahudi".

Terdapat satu cerita dalam era Obama - mengenai survival politik dan peribadi seorang ahli demokrat yang bermasalah dengan sedikit bantuan daripada Washington; mengenai peningkatan tekanan masyarakat antarabangsa terhadap Israel; dan mengenai peningkatan kesediaan sahabat-sahabat AS di beberapa tempat seperti Turki dan Malaysia untuk mengeksploitasikannya.

Pertama, sedikit mengenai Anwar: Sewaktu berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri di bawah orang kuat Malaysia Mahathir Mohamad dalam 1990-an, beliau mula menekankan soal pembaharuan - tetapi berkesudahan dengan beliau ditangkap, dibicara dan dipenjarakan atas tuduhan yang direka-reka iaitu liwat.

Setelah dibebaskan enam tahun kemudian, beliau menubuhkan pergerakan pembangkang multietnik yang mengejutkan parti pemerintah dengan pencapaian yang diperolehinya dalam pilihan raya umum yang lalu. Pergerakan itu kini dilihat mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kempen parlimen akan datang dan ini mungkin membolehkan Malaysia menyertai Indonesia dan Turki sebagai negara demokrasi majoriti Islam sepenuhnya.

Tidaklah mengejutkan, Anwar didakwa sekali lagi. Sekali lagi atas tuduhan melakukan liwat, yang mengikut undang-undang Malaysia merupakan satu jenayah yang perlu dihukum sebat dan penjara sehingga 20 tahun. Anwar, 63, berkahwin dan mempunyai anak menafikan dakwaan tersebut, dan bukti-bukti yang dikemukakan sekali lagi dicurigai.

Sipenuduh yang berusia 25 tahun mengaku menemui Perdana Menteri Najib Razak dan berbual melalui telefon dengan Ketua Polis Negara beberapa hari sebelum kejadian liwat tersebut didakwa berlaku.

Perbicaraan yang diadakan tidak berjalan dengan baik. Jika ia berakhir dengan Anwar sekali lagi disabitkan bersalah, masa depan politik dan gabungan pembangkangnya mungkin musnah, begitu juga dengan hidupnya: Kesihatannya tidak begitu baik.

Pemimpin pembangkang itu kali ini tidak mendapat sokongan sewajarnya daripada Amerika Syarikat, tidak seperti perbicaraannya yang pertama di mana timbalan presiden AS pada waktu itu, Al Gore bercakap bagi pihaknya. Obama tidak bercakap apa mengenai Anwar di khalayak ramai sewaktu menerima kunjungan Najib di Washington dalam bulan April lalu.

Selepas "dialog pegawai kanan" di antara dua kerajaan itu bulan ini, soal perbicaraan Anwar tidak juga dibangkitkan oleh Jabatan Negara kerana "isu telah pun dibincangkan dengan panjang lebar". Apabila menyentuh soal hak asasi manusia, pentadbiran Obama tidak mahu mengulangi perkara yang sama.

Anwar bagaimanapun menemui jalan untuk bertindak balas. Kalau selama ini beliau dihentam hebat oleh propaganda kerajaan mengaitkannya sebagai ejen Israel dan sahabat Amerika kerana berkawan dengan Wolfowitz, kali ini beliau menyerang dengan mengatakan Apco telah memanipulasi kerajaan untuk menyokong Israel dan kepentingan AS.

Beliau juga berkata ejen Israel telah menyusup masuk dalam pasukan keselamatan dan "terlibat secara langsung" dalam urusan kerajaan. Najib menyifatkan Israel sebagai "gangster dunia". Tetapi beliau cepat memusingkan kata-kata Anwar terhadapnya: Apco berusaha melibatkan diri dalam kenyataan anti-Israel di sekeliling Washington.

Anwar adalah seperti Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, yang disifatkannya sebagai kawan dan teman sepengembaraan. Kedua-duanya tahu bagaimana untuk melibatkan diri dalam perkara sebegini. Kedua-duanya telah pun memulakannya - setahun selepas pentadbiran Obama melahirkan rasa tidak senangnya terhadap Israel. "Jika anda kata kami sudah hilang sabar terhadap Israel, itu benar," Anwar memberitahu saya. "Jika anda kata saya tidak berhati-hati bila bercakap kadang-kadang, itu juga benar."

Anwar yang berada di Washington buat beberapa hari minggu lalu, menghabiskan banyak masa cuba menjelaskan kepada kawan-kawan lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Howard Berman dan beberapa orang pemimpin Yahudi.

Beliau berkata beliau kesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis" yang selalu digunakan oleh beberapa pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad. "Mengapa saya perlu menggunakannya jika ia mendatangkan salah faham?" katanya. "Saya perlu berhati-hati."

Ramai di kalangan sahabat-sahabatnya di Malaysia bersedia memaafkannya. "Apa yang Anwar lakukan adalah salah, tapi memandangkan beliau sedang berjuang untuk hidupnya - secara fizikal dan politik - menentang kerajaan yang menyerangnya sebagai berkata 'boneka Yahudi', saya kira ia boleh dimaafkan," kata Wolfowitz memberitahu saya. Tetapi cerita Anwar perlu dibaca sebagai amaran. Perubahannya daripada seorang demokrat yang pro-Amerika kepada seorang fanatik anti-Israel merupakan sesuatu yang serius - dan ia kini mula menjadi trend. /Sumber: Detik daily

Komen Blogger:

Mengapa susah sangat pemimpin Umno untuk memahami bahasa mudah di dalam akhbar berkenaan? Kita ingat YB DSU Rais Yatim yang selalunya berbunga-bunga bahasa percakapannya itu arif tentang maksud bahasa, rupa-rupanya ada juga kejahilan di dalam pengetahuan bahasa MP dari Jelebu itu. Jika sudah kelulusan Oxford yang memegang jawatan Ketua Pemuda Umno yang tidak berjawatan di dalam kabinet itu pun tidak faham apa yang tertulis di akhbar berkenaan, apa lagi pemimpin Umno yang lain.

Di mana yang dikatakan DS Anwar mohon maaf? Secara jelas DS Anwar menyebut sememangnya beliau menentang keras dan hilang sabar terhadap Israel. DS Anwar dikatakan cuma kesal jika istilah yang digunakan itu menyebabkan silap faham di kalangan mereka yang tidak bersalah tetapi tiada satu pun ayat atau perkataan menyebut DS Anwar mohon maaf atau menarik balik kecamannya terhadap zionis Israel.

Apa yang menariknya, tulisan di akhir artikel tersebut menyebut bahawa perubahan DS Anwar dari seorang yang demokrat yang pro Amerika kepada fanatik Anti Israel merupakan sesuatu yang serius. Bukankah ini bermaksud bahawa Penulis artikel tersebut juga masih yakin dan percaya sememangnya DS Anwar anti Zionis Israel. Sekaligus, ini membuktikan bahawa DS Anwar tidak memohon maaf kepada puak yang menyokong zionis Israel itu.

Oleh yang demikian, mengapa pemimpin Umno menafsirkan benda lain dari yang dimaksudkan oleh Penulis itu sendiri? Mengapa tidak dihebohkan tentang tuduhan liwat yang direka terhadap DS Anwar di dalam artikel yang sama? Mengapa tidak diulas tentang pertemuan Saiful Bukhari dengan Najib sebelum tuduhan liwat 2 ke atas DS Anwar? Bukankah perkara itu juga ditulis oleh Penulis?

Kesimpulannya, ini bermakna pemimpin Umno masih lagi tercari-cari isu yang boleh mereka gunakan untuk menjatuhkan kredibiliti DS Anwar. Mereka sanggup dilabelkan bodoh asalkan rakyat mempercayai mereka. Masalahnya, adakah rakyat kesemuanya ingin menjadi bodoh seperti mereka? Jika Najib, KJ, Rais, Muhyiddin atau sesiapa sahaja yang merasakan mereka telah menjumpai keburukan DS Anwar, kita cabar mereka untuk berdebat secara terbuka dengan DS Anwar. Sekali lagi kita boleh memotong jari jika pemimpin Umno berani berdebat dengan DS Anwar. Mustahil, kerana Umno dulu, kini dan selamanya memang penikus./wfauzdin.blogspot.com

Beza antara kawan dan sahabat

Posted: 03 Jul 2010 06:21 PM PDT

Mingguan Malaysia 4 Julai 2010

Sebelum ini Pas amat yakin bahawa rakan sekutunya parti ultra kiasu sudah faham akan Islam dan menerima konsep negara Islam serta mungkin tidak mustahil untuk memeluk Islam. Itulah harapan Pas yang menggunung tinggi. Sayangnya Pas agak kurang memahami psiki ultra kiasu telah diceraikan sebelum ini dan kini merujuk kembali kononnya untuk menguasai Putrajaya.

Untuk memahami parti ultra kiasu ini, mungkin Pas boleh meminta pendapat daripada beberapa kalangan Cina Muslim yang menjadi ahlinya. Dengan syarat, Cina Muslim itu mesti jujur dengan ilmu dan tidak ultra kiasu. Sebab ramai juga Cina Muslim yang turut terikut-ikut dengan rentak ultra kiasu disebabkan latar belakang pendidikan perkauman yang mereka terima.

Hakikatnya, pendirian ultra kiasu tidak pernah berubah dari dahulu sampai sekarang meskipun mereka berada dalam satu pakatan. Minggu lalu, pemimpin veteran parti ultra kiasu yang tidak berserban, secara terang menentang sebarang usaha dan percubaan Pas untuk menjadi Malaysia sebuah negara Islam apatah menjalankan undang-undang Islam. Pada beliau, walaupun berada dalam satu pakatan, ia bukanlah bermakna mereka menerima dasar Pas. Jawapan ini sudah jelas kepada Pas agar membuka mata dan minda. Siapakah kawan, siapakah lawan dan siapakah sahabat?

Saya yakin jika Pas berbincang dan bersahabat dengan Umno tentang hal ini, tidak mungkin Umno akan menolak bulat-bulat, sebab Umno juga adalah parti orang Islam. Ramai kenalan saya dalam Umno yang mahukan Islam. Yang kurang berminat dengan Islam pula, amat pantang jika kita kata mereka kafir, sebab dalam hati mereka masih ada iman. Paling tidak pun, Umno akan jawab, negara Islam telahpun diisytiharkan, cuma perlaksanaannya memerlukan sedikit masa.

Sebahagian undang-undang Islam sebenarnya telah dan sedang berjalan, walau tidak sepenuhnya. Yang penting pada saya, bawalah berbincang. Jangan terlalu bersangka buruk sesama bangsa dan seagama. Sedangkan Nabi ampunkan umat, inilah pula perbalahan antara sahabat semacam adik-beradik. Janganlah menolak persahabatan kerana terlalu ingin berkawan. Berkawan hanya sekadar di pinggiran, atau mungkin sampai di tangga rumah. Jika terpancar keikhlasannya mungkin boleh dipelawa masuk ke dalam rumah. Tetapi bersahabat bukan sahaja boleh di pimpin ke dalam rumah, malah boleh dibawa sampai ke bilik. Begitulah rapatnya hubungan sahabat berbanding kawan. Tetapi jangan melakukan perbuatan di luar tabie bila bersahabat.

Berkawan dengan memang perlu berhati-hati, apatah lagi dengan musang berbulu ayam. Kegilaan mereka kepada pentadbiran Umar Abdul Aziz bukanlah tiket untuk mengatakan bahawa kawan kita sudah insaf atau sudah dekat dan mahu kepada Islam. Sejarah menunjukkan ia tidak sedemikian. Janganlah mudah cair sehingga musuh tidak dapat dibezakan sama ada sekadar untuk berkawan atau bersahabat.

Saya yakin kepimpinan Pas selepas ini akan berkata, lebih baik berkawan dengan musuh, daripada bersahabat dengan sahabat seagama yang menolak Islam. Persoalannya, mana lebih baik? Berkawan dengan musuh yang jelas menentang Islam atau menghulurkan tangan dengan sahabat yan masih ada ruang untuk menerima Islam? Saya tidak berkawan dengan ultra kiasu, tetapi ramai juga bukan ultra kiasu yang memeluk Islam di tangan saya. Ingin saya bertanya kepada Pas, sekian lama berkawan dengan ultra kiasu, berapa ramaikah yang telah memeluk Islam kerana terpikat dengan keislaman yang telah ditunjukkan oleh Pas? Sejauh mana dakwah Pas berkembang kepada mereka? Adakah mereka semakin dekat dengan Islam atau semakin memusuhi Islam? Cuba tanya soalan ini kepada pemimpin veteran ultra kiasu itu?

Pas selalu berhujah, Umno adalah punca segala kejahatan di muka bumi ini, seolah-olah tidak ada langsung kebaikannya. Dengan makna, Umno itu syaitan = neraka dan Pas itu malaikat = syurga. Apakah Pas terlalu yakin bahawa mereka terlalu baik? Pemerintahan mereka sahaja yang betul, orang lain salah?

Saya tidak nafikan ada berlaku pengurangan jenayah dan maksiat sepanjang Pas memerintah Kelantan, tetapi ia masih berlaku, termasuk yang pelik-pelik. Mungkin alasan Pas sebab kerajaan pusat tidak membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan. Realitinya, negara-negara Islam yang cuba melaksanakan Islam pun masih lagi tidak dapat membendung gejala ini sepenuhnya, walaupun itulah pilihan terbaik. Bermakna, fenomena ini tidak mungkin dapat dihapuskan sepenuhnya, selagi manusia bernama manusia, tidak lari daripada kesilapan. Mereka bukan malaikat, mereka ada nafsu. Undang-undang hanya mampu mencegah dan mengurangkannya. Agak mustahil untuk menghapuskannya ke tahap sifar, apatah lagi dalam era dunia tanpa sempadan.

Justeru, adakah wajar kita mengatakan bahawa semua kejahatan dan kemaksiatan yang berlaku hari ini disebabkan oleh Umno? Pihak lain tidak langsung bersalah? Buatlah kajian. Negeri Selangor dan Pulau Pinang tidak kurang tinggi kadar jenayah dan masalah sosial, selain Wilayah Persekutuan dan Johor. Bermakna, ini adalah fenomena globalisasi yang mesti ditangani bersama bukan saling salah menyalah.

Saya selalu dengar Pas amat yakin ultra kiasu mula menyokong dan memahami Islam serta perjuangan Pas setelah lama berkawan. Pada anggapan Pas, yang tidak bersetuju dengan dasar Islam hanyalah pemimpin-pemimpin veteran ultra kiasu. Golongan muda ultra kiasu tidak seperti golongan veteran ultra kiasu. Mereka dikatakan lebih lunak, terbuka dan mahu kepada Islam. Benarkah anggapan itu? Janganlah kerana mereka sudah berani mengibarkan bendera Pas ketika pilihan raya, itu menjadi petanda bahawa mereka menerima dasar Islam Pas. Ya, saya tidak menafikan perubahan parti ultra kiasu berbanding dahulu. Tetapi janganlah terlalu terpedaya dengan berhujah berasaskan bendera sahaja. Masih banyak perkara yang perlu dilihat, terutama sejarah parti ultra kiasu yang tidak pernah mahu menerima Islam.

Jika itulah tanggapan Pas, saya pun akan mengatakan, generasi veteran Umno semakin hampir kepada penghujungnya. Generasi muda akan mengambil alih. Saya yakin generasi muda Umno mahukan Islam. Apakah kita akan terus mengatakan bahawa selagi namanya Umno selagi itulah Umno tidak akan berubah dan menolak Islam? Adakah Pas begitu tega menolak anak orang Pas yang turut menjadi ahli dan pemimpin Umno, dan memuji anak orang Umno yang menyertai Pas?

Saya bimbang kita terlalu perasan dan syok sendiri. Hakikat yang sebenar masih belum tentu. Saya amat yakin bahawa pandangan ultra kiasu terhadap Pas, negara Islam dan hudud tidak pernah berubah. Sesiapa yang mengkaji sejarah dan ilmu sosialisasi politik, akan tahu kebiasaannya pandangan sebegini telah diturunkan dari generasi kepada generasi. Sama juga isu bangsa dan bahasa yang telah saya bahaskan sebelum ini.

Apakah Pas sudah lupa isu perlantikan Menteri Besar Perak selepas Pakatan Rakyat mendapat majoriti kerusi dalam Pilihan Raya Umum 2008? Masihkah kita anggap itu adalah pandangan peribadi veteran ultra kiasu dan bukannya pandangan parti ultra kiasu?

Apabila parti ultra kiasu mendapat majoriti kerusi dalam pakatan ketika itu, mereka sudah ada calon MB mereka sendiri. Nasib baik ada Sultan Perak yang berkuasa memilih siapakah yang layak menjadi MB Perak. Lantas, Nizar Jamaluddin diperkenan oleh Baginda Sultan walaupun kerusi Pas adalah yang sedikit dalam pakatan. Jika tidak, sudah tentu rakyat Perak bermenteribesarkan parti ultra kiasu kerana itulah cita-cita mereka selama ini selain berjaya menguasai Pulau Pinang. Kes yang sama berlaku selepas ultra kiasu mendapat majoriti kerusi dalam pilihan raya tahun 1969. Parti ini begitu ghairah telah menuju ke istana untuk mendapat perkenan Tuanku Sultan supaya dilantik menjadi MB. Namun, ditolak oleh Tuanku Sultan.

Perlantikan Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak sebenarnya tidak dapat diterima oleh parti ultra kiasu ketika itu, hanya kerana Nizar itu adalah Pas. Jika Nizar masih meneruskan cita-cita Pas untuk menegakkan pemerintahan Islam di Perak, saya amat yakin parti ultra kiasu akan menjatuhkan Nizar. Jika cara itu tidak berjaya, mereka pasti bertindak keluar daripada pakatan tersebut.

Persoalannya, kenapa ultra kiasu dapat menerima Nizar dan mempertahankannya habis-habisan selepas Nizar dipecat setelah tidak lagi mendapat majoriti kerusi di Dewan Undangan Negeri Perak? Saya yakin para pembaca sudah ada jawapannya.

Justeru, kenyataan pemimpin veteran ultra kiasu baru-baru ini tidaklah mengejutkan. Adalah amat mustahil bagi ultra kiasu untuk berkompromi dalam hal ini. Jika ultra kiasu berkompromi, ia bermakna ia menerima Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan jika Pas berkompromi, bermakna ia menerima negara sekular dan ini akan bertentangan dengan prinsip mereka sendiri. Inilah dilema pakatan tidur sebantal, mimpi lain-lain. Pakatan ini ibarat kosmetik, cantik di luar, berserabut di dalam.

Ultra kiasu tetap berpendirian Malaysia adalah sebuah negara sekular. Mereka akan terus mengumpulkan bukti dan hujah. Antaranya adalah petikan kata-kata Tunku Abdul Rahman dan keputusan Mahkamah Agung 1988 yang telah memutuskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. Apakah Pas tidak sedar bahawa Barisan Alternatif yang diwujudkan pada pilihan raya umum 1999 gagal disebabkan oleh isu negara Islam dan hudud?

Matlamat ultra kiasu yang paling utama ialah mengambil alih Putrajaya daripada BN. Bukannya menghormati dasar Pas. Pas hanya alat untuk memenuhi nafsu serakah mereka. Nik Aziz tidak perlu meminta pendapat veteran ultra kiasu untuk menilai pemerintahan di negerinya. Walaupun tidak dinafikan ada kebaikan, mereka tidak akan pernah mengakui, kerana di hati mereka tidak pernah ada bulan seperti yang didakwa Nik Aziz sebelum ini. Ditakdirkan BN tumbang nanti, pasti Pas akan terpinggir kerana ultra kiasu lebih yakin dengan sekutu bulan sabit yang mirip kepada sosialis.

Justeru, tidak perlulah Pas menjaja dalam ceramahnya bahawa generasi ultra kiasu telah menerima dasar-dasar Islam.

Seringkali saya ulang, Umno tidaklah sejahat yang disangka. Yang jahat, jahil dan korup hanya segelintir. Mereka sudah menjadi semakin tidak popular. Masih ramai yang baik. Mereka tidak ada pilihan untuk memperjuangkan nasib Melayu dan Islam melainkan di dalam Umno. Maka, tidak hairan jika mereka terus berada di dalam Umno sebagai platform untuk berjuang dan memainkan peranannya. Saya amat faham aspirasi dan inspirasi mereka walaupun ada yang gagal separuh jalan. Namun, perjuangan perlu diteruskan. Kita tidak seharusnya membiarkan kapal terus karam. Tidakkah bekerjasama itu lebih baik bagi menyelamatkan Islam?

Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sikap ekstrim atau ultra amat ditentang oleh Islam. Pas perlu jelas dalam kerjasama ini agar tidak menyesal di kemudian hari. Ingatlah, meruntuh memang mudah, tetapi membina mengambil masa yang lama. Apatah lagi jika yang hendaklah dibina itu tidak mempunyai landasan yang kukuh. Ibarat membina sebuah rumah, jika bahan binaan itu palsu, kosmetik sahaja, luar nampak cantik, di dalam berserabut. Akhirnya, bila roboh pasti sukar untuk dibaiki semula, melainkan dengan membina semula. Ketika itu sudah terlambat, kerana kita telah dikelilingi oleh rumah-rumah besar dan kukuh. Lihatlah Kampung Baru, ibarat melukut di tepi gantang. Justeru, bezakanlah antara kawan dan sahabat. Pilihan di tangan kita.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

http://ridhuantee.blogspot.com/2010/07/beza-antara-kawan-dan-sahabat.html

Ali Mungkin di Tahan di bawah ISA - Hishammuddin

Posted: 03 Jul 2010 05:30 PM PDT

Kuala Berang, Hulu Terengganu - Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang telah dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA- Internal Security Act) menghadapi risiko ditahan sekali lagi berikutan rencana yang diterbitkan oleh Suara Perkasa.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran, Ibrahim boleh ditahan di bawah ISA sekiranya kenyataannya menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara.

"Tidak terkecuali, samada Ibrahim Ali, Hishammuddin atau Lim Kit Siang, semuanya tidak kebal terhadap undang-undang dan dikenakan tindakan hukuman jika ada usaha menggugat kestabilan negara ini."kata Hishamudin selepas merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Hulu Terengganu, disini semalam

Menurutnya, pihak pembangkang mendakwa kerajaan membuat hulkuman terpilih dalam menghukum sesiapa yang menggugat keselamatan negara.

Tetapi, belaiu mendakwa, tindakan pihaknya adalah bertujuan untuk memastikan bahawa negara ini progresif dan selamat.

Ibrahim dan Perkasa, telah dikritik atas rencana yang diterbitkan oleh Suara Perkasa yang dipercayai 'menghasut' pihak tertentu dalam edisi pertama mingguan Suara Kuasa minggu lalu.

Dalam sebuah artikel, Perkasa telah mencaci Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Wee Ka Siong dalam mempersoalkan tindakan kerajaan menarik balik biasiswa pelajar luar negara tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam yang juga bermaksud menarik balik biasiswa Mara.

Ibrahim juga menyeru supaya Dr Wee ditahan di bawah ISA kerana dipercayai mempersoalkan hak-hak orang Melayu.

Ekoran penerbitan tersebut, pihak Bukit Aman dan Kementerian Dalam Negeri melawat pejabat yang mengendalikan penerbitan Suara Perkasa di Setapak dan menyoal editornya.

Hishammuddin berkata pihaknya tidak berpuas hati atas penjelasan yang diberikan oleh Editor Suara Perkasa Amirudin Mohamad.BO

SPRM Bermain Helah, Elak Siasat Najib

Posted: 03 Jul 2010 05:00 PM PDT

Altantuya Shariibuu dikatakan membantu urusan perolehan kapal selam Scorpene, dan menuntut wang komisyen yang dijanjikan kepadanya oleh rakan karib Presiden Umno terbabit, Abdul Razak Baginda.

(TV Selangor) - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia disyaki cuba melengah-lengahkan siasatan keatas akuan bersumpah yang mengaitkan Presiden Umno Najib Abdul Razak kepada wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat berpandangan SPRM tidak perlu berselindung disebalik alasan mahkamah tidak akan menerima keterangan yang diambil di luar negara kerana umum sedia maklum suruhanjaya tidak berdaya untuk menyiasat skandal membabitkan Najib dan kaum kerabat beliau.

Ketua Angkatan Muda Keadilan berkata rakyat tidak berminat untuk mendengar alasan, kerana agensi penyiasatan jenayah seperti SPRM dibayar gaji oleh pembayar cukai untuk membongkar akuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mendedahkan perselingkuhan antara Presiden Umno terbabit dan Altantuya, serta kronologi kejadian yang membawa kepada pembunuhan wanita Mongolia itu.

SPRM dilaporkan membatalkan hasrat untuk mengambil keterangan bekas anggota Cawangan Khas itu di London pada saat-saat akhir. SPRM berbuat demikian diatas nasihat Pejabat Peguam Negara.

Anggota Jawatankuasa Penasihat SPRM Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas juga dilaporkan mengalu-alukan pembatalan tersebut atas alasan ia membazirkan wang rakyat.

Shamsul Iskandar Md Akin melahirkan kekesalan diatas kenyataan tersebut dan berkata bukan tanggungjawab SPRM untuk bimbangkan kesusutan Perbendaharaan Negara atau apakah keterangan PI Bala akan diterima mahkamah atau tidak.

"SPRM telah membuat pembohongan yang nyata, menunjukkan mereka perkakas pemerintah. Kita mahu SPRM yang lebih tegas, menyiasat skandal ini secara mendalam. Pada saya mereka cuba berhelah dan melengah-lengahkan siasatan, dan sehingga kini saya tidak mendengar sebarang usaha serius dari SPRM," tegas Shamsul.

Altantuya Shariibuu dikatakan membantu urusan perolehan kapal selam Scorpene, dan menuntut wang komisyen yang dijanjikan kepadanya oleh rakan karib Presiden Umno terbabit, Abdul Razak Baginda.

Wanita cantik ala-model ini ditembak dan diletupkan dengan bom peledak kegunaan tentera oleh Cif Inspektor Azilah Hadri dan Lans Korporal Sirul Azhar Umar dari cawangan elit Unit Tindakan Khas PDRM.

PI Bala dalam akuannya mendedahkan beliau digesa dan cuba disogok supaya menarik-balik akuan yang mengaitkan Presiden Umno terbabit kepada wanita Mongolia itu oleh salah-seorang ahli keluarga Najib.

"Dalam kes PI Bala ini,terdapat bukti yang nyata,terdapat pengakuan,terdapat juga affidavit,terdapat pengakuan video Balasubramaniam sendiri yang memberitahu secara jelas yang memberi wang untuk menutup kes ini"

Abdul Razak Baginda dikatakan menemui pegawai yang bertanggungjawab kepada keselamatan Najib, DSP Musa Safri sebelum kejadian bunuh itu. Timbalan Komander UTK ACP Mastor Mohd Ariff di mahkamah sebelum ini mendedahkan anggota UTK dilatih hanya untuk mengikut arahan pegawai atasan mereka.

Megat Najmuddin berkata, Balasubramaniam sepatutnya pulang dan memberikan keterangan secara sukarela kepada pihak berkuasa.

Yb Khalid Samad Dimasukkan Ke Hospital Akibat Masalah Jantung

Posted: 03 Jul 2010 04:30 PM PDT

MahfuzOmar: Yb.KhalidSamad MP Sh.Alam dimasukkan di HospUniv ada sedikit masaalah jantung doakan moga dia cpt pulih.


doakan yang terbaik untuk mp shah alam ini

Sepanyol mara bertemu Jerman

Posted: 03 Jul 2010 04:00 PM PDT

JOHANNESBURG – Sepanyol layak ke Separuh Akhir Piala Dunia 2010 setelah menewaskan Paraguay 1-0 di Stadium Ellis Park, awal pagi ini.

Gol Sepanyol hadir pada minit ke-83 hasil sentuhan penyerang sensasi, David Villa.

Dengan kemenangan itu, Sepanyol bakal bertemu Jerman di peringkat Separuh akhir.

Piala Dunia: Argentina tumpas, Jerman mara buru gelaran keempat

Posted: 03 Jul 2010 03:37 PM PDT

CAPE TOWN, 3 Julai — Jerman, pasukan pilihan dari Eropah, mengorak langkah untuk meneruskan cabaran memburu gelaran Piala Dunia buat kali keempat dengan menewaskan musuh tradisi Argentina 4-0 di sini malam ini.

Pasukan Eropah ini meneruskan pendekatan "garang" mereka selepas menewaskan England 4-1 pada pusingan kedua minggu lalu.

Argentina, pimpinan Diego Maradona, pasukan kedua dari Amerika Latin tersungkur selepas nasib yang sama dialami Brazil semalam.

Dalam permainan yang kelihatan menawan dan terkawal, Jerman mendahului perlawanan suku akhir dengan jaringan seawal minit ketiga.

Thomas Mueller meletakkan Jerman di hadapan dengan menjaringkan gol, sekali gus memberi tekanan ke atas Argentina yang melepaskan banyak peluang untuk memasukkan gol penyamaan.

Ia merupakan gol keempat buat Mueller dalam edisi Piala Dunia 2010.

Jerman juga mensia-siakan banyak peluang termasuk kesempatan buat Miroslav Klose pada minit ke-23.

Bagaimanapun Klose menyempurnakan peluang pada minit ke-68 dan ke-89.

Gol ketiga Jerman pada minit ke-74.

Argentina, juara edisi 1978 dan 1986, berhadapan dengan Jerman di suku akhir buat kali kedua berturt-turut.

Jerman menang empat tahun lalu dengan tendangan penalti empat tahun lalu.

Pasukan ini akan bertemu sama ada Sepanyol ataupun Paraguay di separuh akhir.

Statistik Dan Keputusan Terkini Suku Akhir Piala Dunia Paraguay Lawan Spain

Posted: 03 Jul 2010 03:00 PM PDT

Quarter-finalEllis Park Stadium, Johannesburg

June 3

FTParaguay0 - 1Spain

half-time(0 - 0)




referee :spectators :


Carlos Batres (Guatemala)55,359

match details :

57'

G. Piqué

59'O. Cardozo (pen.)


59'V. Caceres


60'A. Alcaraz


62'

X. Alonso (pen.)

64'

S. Busquets

71'C. Morel


83'
[0 - 1]D. Villa

88'J. Santana


statistics :
shots on target : 4 - 6
shots off target : 3 - 8
possession (%) : 41 - 59
corner kicks : 1 - 7
offsides : 2 - 1
fouls : 25 - 10
yellow cards : 4 - 2
red cards : 0 - 0

Tiada ulasan: