Kelab Greenboc |
- Kakitangan Awam Diperalat Untuk Sabotaj Negeri Pakatan Rakyat
- Kerajaan Pusat Petualang Sebenar Kes Curi Pasir
- UMNO Jadikan Perpaduan Melayu Sebagai Benteng Akhir Sebelum Tersungkur Ke Bumi
- Salah Seorang Atau Kedua-dua Adalah PENDUSTA
| Kakitangan Awam Diperalat Untuk Sabotaj Negeri Pakatan Rakyat Posted: 25 Jul 2010 10:10 PM PDT Umno-BN Letak Pegawai Kerajaan Pusat Sabotaj Negeri Pakatan RakyatTindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus bukan sahaja menunjukkan sikap dwi standard, tetapi juga menggalakkan pegawai perkhidmatan awam supaya tidak bekerjasama dengan pentadbiran kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat. Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua turut membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cuba mempertahankan pegawai kerajaan yang disifatkan beliau sebagai 'Napoleon kecil' dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang. "Malah, Tan Sri Muhyiddin menggelar Nik Ali seorang pegawai yang patut dicontohi dan melihat tiada kes keingkaran yang dilakukan. Sama juga, Ketua Setiausaha Negara yang telah berkata tiada tindakan akan diambil ke atas Nik Ali. "Di atas komen memudaratkan oleh PM dan TPM, menunjukkan dengan jelas yang kerajaan Umno-Barisan Nasional sedang menggunakan 'Napoleon kecil' dalam perkhidmatan awam untuk merumitkan kerajaan Pakatan Rakyat demi kepentingan politik sendiri. Isu itu bermula apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa Nik Ali berterus terang mengenai kos dan kerugian perobohan dua buah pintu gerbang di Taman Botani Pulau Pinang berharga RM150,000 yang dibina di bawah Kementerian Pelancongan. Binaan itu dirobohkan berikutan kritikan orang ramai kerana binaan itu tidak mempunyai nilai seni dan kebudayaan negeri itu. Guan Eng menyifatkan tindakan Nik Ali, yang merupakan pegawai yang bertanggungjawab menyelia projek itu cuba mensabotaj pentadbiran Pakatan Rakyat. Beliau juga mendedahkan sepucuk surat yang dihantar SDO tersebut pada 13 Oktober kepada Jabatan Saliran dan Pengairan memberi kata dua terhadap peruntukan RM5 juta dari Kementerian Pelancongan. Surat itu menyatakan kerajaan perlu menyelesaikan "isu-isu tertangguh" di Taman Botani" tersebut atau pembiayaan projek akan ditarik balik. Nik Ali sebaliknya mengadakan sidang media dan menuduh kerajaan negeri membenarkan aktiviti mencuri pasir di Balik Pulau. Menurut Tony, Najib mempertahankan kesalahan yang dilakukan Nik Ali yang telah membuat keputusan sendiri dengan mengadakan sidang media dianjurkan Umno serta menggelar Guan Eng sebagai biadap pada sidang media berkenaan. "Pemimpin BN tidak dapat menerima keadaan di mana sebuah kerajaan berdasarkan kecekapan, kebertanggungjawaban dan telus akan melebihi prestasi BN. Sebaliknya telah memilih untuk menyemai 'Napoleon kecil' dalam perkhidmatan awam untuk sabotaj dasar-dasar pemerintahan yang beri manfaat kepada rakyat," ujarnya. Menurut Tony, Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak bersifat pilih kasih terhadap kakitangan perkhidmatan awam dan telah bekerja dengan ramai kakitangan kerajaan yang memberi prestasi cemerlang terhadap pentadbiran dan dasar kerajaan negeri. Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri tidak akan menerima kehadiran 'Napoleon kecil' seperti Nik Ali kerana peranannya hanya untuk menjaga kepentingan peribadi beliau dan Umno-BN. "Kehadiran dan galakan diberikan kepada 'Napoleon kecil' akan hanya mengakibatkan unsur kebocoran, rasuah dan ketidakcekapan dalam mekanisme pentadbiran kerajaan, dan akan merumitkan kemasukan pelaburan asing dan tempatan kerana melihat tiada perubahan praktikal dilakukan Kerajaan meskipun dengan pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB)," tegas Tony lagi. -SK
|
| Kerajaan Pusat Petualang Sebenar Kes Curi Pasir Posted: 25 Jul 2010 05:10 PM PDT Saari : Kerajaan Pusat Petualang Sebenar Kes Curi PasirPemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan gesaan kepada Kerajaan Pusat untuk tidak mensabotaj usaha Kerajaan Negeri Selangor membasmi kegiatan mencuri pasir. Adun Hulu Kelang, Saari Sungip berkata Kerajaan Pusat menyuburkan kegiatan mencuri pasir dengan memansuhkan kuasa Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Galian Tanah, seraya menjadikan agensi terbabit tidak berupaya untuk memberkas petualang pasir terbabit. Saari dalam nada berseloroh pada awalnya menyoal siapa gerangan yang bertanggungjawab dalam isu kecurian pasir di Selangor, diikuti dengan penjelasan bagaimana isu kecurian pasir di negeri ini dikatakan sebagai satu usaha terancang oleh Kerajaan Persekutuan. " Tuan-tuan, siapa yang curi pasir ini? Pencuri. Yang curi pasir ini ialah pencuri. Isu pencuri ini bidang kuasa pihak polis" seloroh Saari. Berucap dalam ceramah umum "Siapa Curi Pasir", Saari menjelaskan, amalan kerajaan UMNO-BN ketika memerintah Selangor menjadikan masalah pasir di Selangor semakin rumit untuk diselesaikan. Ianya menjadi semakin teruk apabila berlakunya amalan pendakwaan terpilih serta wujud usaha untuk melindungi pihak-pihak tertentu yang berkepentingan. "Isu pencuri pasir ini ialah masalah penguatkuasaan di peringkat persekutuan. Saya hendak bawa satu isu besar, di dewan pun tidak terbawa sebab tidak dapat maklumat yang sepenuhnya" tambahnya lagi. Tambahnya, amalan menyelamatkan kroni ini dikukuhkan oleh kerajaan pusat dengan meluluskan akta baru di peringkat Persekutuan pada November 2008 apabila kuasa menahan orang yang mencuri atau pun disyaki mencuri pasir tidak lagi di bawah bidang pegawai penguatkuasa PTD dan PTG. Penahanan hanya boleh dibuat ketika operasi bersepadu yang melibatkan pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilakukan. Bahkan sekiranya ada kes kecurian yang terbongkar, ianya pantas dibersihkan melalui agensi yang tertakluk dibawah telunjuk kerajaan pusat. " Ada pendakwaan pun suruh ditarik balik. Ini realitinya yang saya hendak tuan-tuan paham. Bagaimanakah kuasa pendakwaan di peringkat negeri tidak ada. Kalau Timbalan Perdana Menteri, kalau Noh Omar mengatakan bahawa kita ada mencuri pasir". "Ini kerana kelemahan kepada mereka, kerana pendakwaan lemah, penguatkuasaan memang kita boleh buat tetapi oleh kerana pendakwaan terpilih, kalau dia tengok, kalau ada pencuri itu dari kelompok mereka, maka tidak ada pendakwaan" tambahnya lagi. Disebabkan itulah ujar Saari, walaupun pihak kerajaan negeri menjalankan penguatkuasaan, namun ia tetap tidak berhasil untuk membanteras kecurian pasir di Selangor secara menyeluruh. Baru-baru ini, Dewan Negeri Selangor mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama yang akan membawa dan membahaskan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dalam Dewan Negeri. Rang undang-undang ini bertujuan untuk mempertingkatkan penzahiran maklumat berkepentingan awam supaya setiap individu punyai peluang akses kepada maklumat setiap jabatan negeri. Selain untuk merakyatkan informasi, ia juga akan menjadi perantara usaha yang dijalankan kerajaan negeri agar rakyat tidak mudah tertipu sekiranya timbulnya isu yang sengaja dimanipulasi oleh kerajaan pusat. "Telus, kontraktor baik, developer baik, pemaju, peniaga, usahawan, korporat yang ada urusan dengan dana rakyat dari jabatan-jabatan kerajaan negeri dan jabatan kerajaan tempatan, tuan-tuan boleh minta maklumat". Menurut Saari, dengan tertubuhnya jawatankuasa berkenaan, maka rakyat berpeluang untuk mengetahui perjalanan pentadbiran kerajaan negeri. "Inilah yang menyebabkan UMNO panic. Maknanya lepas ini, selepas jawatankuasa yang dipengerusikan oleh saya ini di bawa ke dalam dewan, sekurang-kurangnya pada bulan Mac tahun depan rakyat berhak tahu siapa yang dapat kontrak pasir selama ini dengan Selangor". "Siapa yang bekalkan lori, siapa yang bekalkan kren, siapa bekalkan pasir, siapa jadi gengstar, siapa Ketua Cawangan, siapa Ketua Bahagian yang dapat saham". |
| UMNO Jadikan Perpaduan Melayu Sebagai Benteng Akhir Sebelum Tersungkur Ke Bumi Posted: 25 Jul 2010 09:29 AM PDT Untuk kesekian kalinya, isu perpaduan Melayu ditonjolkan oleh Umno lagi. Parti yang bernafas lama hasil luapan sentimen perkauman ini amat menyedari bahawa kedudukan politiknya adalah semakin terdesak dan terancam. Sokongan orang Melayu terutamanya generasi muda semakin menurun. Sokongan orang bukan Melayu pula kini amat terhakis. Gelombang sokongan rakyat di Sabah dan Sarawak jelas sudah beralih kepada Pakatan Rakyat. Lantaran, Umno sedang menggunakan politik michevelli yang dianutinya. Isu perpaduan Melayu dikumandangkan lagi sebagai strategi perang psikologi memecahbelah Pakatan Rakyat. Ini dilakukan selepas gagal menggunakan fitnah "liwat", membeli wakil-wakil rakyat PR dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu, agen Yahudi, CIA dan Amerika Syarikat serta berbagai tuduhan lagi. Dalam masa yang sama media penyampai maklumat kepada rakyat cuba disekat dengan harapan "psywar" yang dilancar ini menjadi. Sebenarnya, perpaduan yang dijaja ini hanyalah untuk menyelamatkan politik Umno itu sendiri. Umno ditolak rakyat bukan kerana perpecahan kepimpinan Melayu. Ia diakibatkan oleh segala kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka sendiri. Segala khazanah negara sedang di "faraid" sesama sendiri dengan pelbagai cara. Tabung simpanan felda susut teruk dan yang terbaru ini harta Petronas pula sedang dikeringkan. Seluruh instrumen pentadbiran negara telah dikembirikan demi menjaga survival Umno. Ekonomi negara sedang menguncup dan para pelabur semakin menjarak diri dari kita. Kehidupan rakyat semakin tertekan dan tersepit. Kita semakin bimbang bagaimana nanti rakyat miskin di bandar-bandar dan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak dapat meneruskan kehidupan mereka yang sudahpun sengsara sekian lama. Menyedari rakyat semakin meminggirkannya, Umno melagang isu perpaduan Melayu. Hakikatnya, pelbagai agenda perpaduan politik Melayu telahpun dicuba sebelum ini. Namun, semuanya berakhir dengan kegagalan. Paling jelas, gabungan PAS dan Umno di dalam Barisan Nasional pada tahun 1971 berkesudahan PAS di tendang keluar dari BN. Kegagalan ini mencetuskan percubaan bentuk baru oleh Anwar Ibrahim, apabila beliau dan rakan-rakannya dari ABIM berijtihad untuk aktif dalam Umno. Ia berakhir dengan satu kemelut besar yang paling menyayat hati dalam sejarah politik Melayu Islam. Beliau disingkir dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno secara cukup hina dan mengaibkan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Melayu seorang pemimpin hebatnya dijatuhkan dengan fitnah "liwat" seperti ini. Begitu pelik dan luarbiasa, namun ia boleh berlaku di dalam budaya politik Umno. Jelaslah, perpecahan politik Melayu tetap berlaku meskipun para pemimpinnya berada dalam wadah yang sama, sama ada Umno atau BN. Lupakah kita dengan peristiwa pembunuhan Allahyarham Datuk Mohd Taha di Gemencheh Negeri Sembilan? Apakah kita lupa dengan pergolakan politik di antara Team A dan B di dalam Umno hingga menyebabkan Umno di bubarkan pada tahun 1987 dan kemudiannya mengakibatkan tertubuhnya Umno Baru dan Parti Semangat 46? Meskipun kemudiannya Parti Semangat 46 dibubarkan dan kembali bergabung di dalam Umno, namun isu perpaduan Melayu tidak juga berkesudahan. Malah, penggabungan Semangat 46 ke dalam Umno seakan-akan sengaja dirancang sebagai persediaan untuk mencipta krisis baru politik Melayu dengan peristiwa penyingkiran DSAI dari Umno beberapa kemudiannya. Bagaimana mungkin Umno mengemudi perpaduan Melayu sedangkan perpaduan itu tidak wujud dalam tubuh badannya sendiri? Umno kini adalah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Umno umpama sebuah bangunan yang kelihatan besar dan hebat, sedangkan segala tiang, rasuk dan gelegarnya telahpun hancur luluh dimakan bubuk dan anai-anai. Ia bakal runtuh bila-bila masa sahaja. Dengan pelbagai perkembangan mutakhir yang berlaku, kita meramalkan satu krisis baru yang amat menggemparkan akan berlaku di dalam kepimpinan Umno tidak berapa lama lagi. Percayalah! Perjuangan para pemimpin Umno bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat. Asas perjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati. Maka, amalan rasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan merupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa. Dana dan sumber negara di mana jua akan diperah dan khianati semahunya. Maka judi sukan yang jelas haram menjadi halal demi memperkayakan mereka yang sudah kaya dan menjadikan rakyat yang miskin semakin papa kedana. Hakikatnya, perpaduan sejati apa jua kelompok tidak akan wujud apabila tiadanya nilai-nilai teras yang merealitikan perpaduan itu iaitu keikhlasan, kejujuran dan keadilan serta saling menjaga rukun dan adab dalam muamalah dan perhubungan. Inilah yang dapat kita fahami dari firman Allah yang bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai….." (Ali-Imran: 103) Isu perpaduan Melayu dan survival Islam di Malaysia ini tidak akan dapat diselesaikan jika kita masih melihatnya melalui teropong Umno dan para kuncunya. Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini. Suburkanlah iklim demokratik di Malaysia berasaskan perlembagaan negara yang ada. Wujudkan ruang persaingan yang terbuka dan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam. Ini akan menjadikan kita lebih kreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama berasaskan kebenaran dan keadilan. Dengan ini Islam yang murni akan lebih terserlah. Barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan. Masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam dan melihatnya secara objektif dan tepat. Perkara ini sedang menjadi kenyataan. Masyarakat bukan Islam tidak lagi menjadi fobia kepada Islam apabila bersedia mengundi parti Islam di dalam pilihanraya, selepas sekian lama, Umno telah menjadikan segala berunsur Islam sebagai momokan kepada mereka. Perkembangan inilah yang amat menggerunkan Umno sekarang ini, lantas menjadikan slogan perpaduan Melayu sebagai gendang perang terakhir sebelum terus tumbang di telan gelombang rakyat yang menuntut keadilan. * Dr Muhd Nur Manuty ialah Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Parti KeADILan Rakyat. * This is the personal opinion of the writer or the publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified. |
| Salah Seorang Atau Kedua-dua Adalah PENDUSTA Posted: 25 Jul 2010 01:38 AM PDT Nik Aziz tidak mahu Umno-BN gigit tangan PAS kali keduaPAS tidak memerlukan peranan orang tengah jikapun parti Islam itu mahu mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai soal penyatuan Melayu, kata Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi. Bagaimanapun Menteri Besar Kelantan ini terus dengan pendirian yang telah dicapai parti itu pada muktamar-muktamar tahunan mereka sejak 2008 bahawa PAS tidak akan menjalin kerjasama politik dengan Umno agar "tangan PAS tidak digigit kali kedua." PAS mahu kekal dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP dan PKR, kata beliau. "Ada orang hendak menjadi orang tengah, mimpi... kalau saya (PAS) mahu, saya boleh jumpa Perdana Menteri, tak perlu (orang tengah)," kata beliau pada majlis ceramah isu-isu semasa anjuran PAS Kuala Terengganu di sini. "(Ini macam) hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong," tambah Nik Aziz dengan merujuk kepada tindakan beberapa pihak termasuk Umno yang menimbulkan semula syor kerjasama perpaduan dan penyatuan Umno dan PAS sejak kebelakangan ini. Pakatan Rakyat yang menurunkan calon PAS memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada penguasaan BN pada pilihan raya kecil Januari 2009. Malah Nik Aziz berkata, beliau tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam. Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu. "Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak). "Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu," katanya. Oleh itu dengan merujuk kepada Umno-BN, tambah Nik Aziz, "kami kenal siapa anda." "Orang kata kita bodoh, tak mengapa (kali pertama)... tetapi gigit lagi (tangan PAS), kamu memang bodohlah," katanya Nik Aziz seolah-olah tidak mahu pengalaman lalu berulang dan mahu mengelakkan kerjasama dengan Umno-BN. PAS menyertai BN pada 1974 dan kerjasama itu berakhir empat tahun kemudian. Nik Aziz mengatakan demikian ketika timbul semula idea kerjasama politik antara kedua-dua parti berkenaan. Antara lain pada 17 Julai lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak tidak menyenangi usaha murni beliau itu. Namun Harussani berkata, beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara Umno dan PAS. Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut. Bagaimanapun beberapa jam sebelum ucapan Nik Aziz di sini malam tadi, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengakui ada menemui Harussani tetapi menafikan pertemuan mereka ada menyentuh soal kerjasama politik antara PAS dan Umno. Dua hari sebelum kenyataan Harussani itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, beliau akan menentukan masa yang sesuai untuk pertemuan dengan Nik Aziz bagi membincangkan syor kerjasama Umno-PAS yang muncul sekali lagi awal bulan ini. "Saya menghargai sikap Datuk Nik Abdul Aziz yang terbuka dalam hal ini," kata Timbalan Presiden Umno ini selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Jeli, Kelantan. Muhyiddin berkata kerjasama itu perlu dibincangkan atas permintaan beberapa pihak yang mahukan orang Melayu bersatu kembali. Nik Aziz juga berkata beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengenai "apa juga perkara" tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah.- TMI Ulasan GB Itu suara Mursyidul Am PAS. Tetapi anihnya ada juga pemimpin PAS yang begitu teruja untuk melaksanakan apa yang dikatakan "perpaduan orang Melayu" sekalipun segan untuk menyebut ungkapan "perpaduan PAS dan Umno". Lidah yang bercabang digunakan sebaiknya untuk "spin" perkataan supaya tidak nampak ketara tentang Kerajaan Perpaduan yang telah ditolak Muktamar. Sama fe'el dengan Najib dan UMNO BN yang spin menggunakan hujjah pelarasan subsidi dan seumpamanya untuk menaikkan harga barangan. Yang jelas fenomenanya sama - untuk "menipu" orangramai. Memang "dia" seorang yang mahir menipu atau memang sejak azali beliau seorang penipu. Dulu sewaktu PR menang di Selangor, dilakukan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin UMNO walaupun tidak ada mandat untuk beliau melakukannya bagi membincangkan perpaduan UMNO PAS. Bila disergah ramai, maka diputarkannya menjadi ..."oh saya mengumpulkan ADUN-ADUN PAS supaya mereka tidak dicuri oleh musuh..."... Sketsa itu berlaku lagi, kat Hassan Ali: "Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan. Dan Mufti Perak pula juga memutarkan lidahnya: Kata Harussani, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan orang Melayu di negara ini. Walhal sebelumnya Harussani sendiri mengeluarkan kenyataan: terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut. Seorang mufti dan seorang Pesuruhjaya PAS Negeri rupa-rupanya PENDUSTA. Dan pendusta-pendusta ini sedang memimpin umat Islam untuk dibawanya ke neraka! |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan