Kelab Greenboc |
- Peguam Cap Ayamkah Dikau?
- Pemimpin Umno-BN Dalangi Aktiviti Curi Pasir Sejak Lebih 20 Tahun Di Selangor
- Tamatkan Suara Keadilan Dan Harakah, Rakyat Akan Tamatkan Riwayat UMNO BN
- Polis Malaysia Cuba Nak Perbodohkan Interpol
| Posted: 06 Jul 2010 09:42 PM PDT Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bukan lagi seorang ahli PAS sejak beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua tahun yang lalu, kata Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.Mustafa memberitahu The Malaysian Insider, perlembagaan PAS memperuntukkan bahawa seseorang ahli akan hilang keahliannya secara automatik apabila mereka menyertai parti politik yang lain. PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS. "Menurut perlembagaan PAS, sebaik sahaja anda menyertai parti lain, anda hilang (taraf) keahlian," kata beliau. Semalam, Zulkifli yang kini merupakan anggota Dewan Rakyat yang bebas mendakwa beliau masih merupakan seorang ahli PAS meskipun telah dipecat PKR Mac lalu atas kerana melanggar peraturan parti. Katanya, PAS sekurang-kurangnya harus memberi makluman notis menunjukkan beliau bukan lagi ahli parti itu. "Tidak perlu memaklumkan beliau, beliau secara automatik sudah dipecat," kata Mustafa ketika ditanya sama ada Zulkifli perlu dimaklumkan oleh parti itu. Zulkifli berkata beliau menjadi ahli PAS sejak 1997. Pada 2004, Zulkifli bertanding di Kuala Langat atas tiket PAS tetapi tewas di tangan wakil Barisan Nasional, Datuk Dr Shafie Salleh. Dua tahun lalu Zulkifli menyertai PKR dan bertanding di Kulim-Bandar Baharu dengan menewaskan bekas ketua Pemuda Umno Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir. Ulasan GB Bagaaimana beliau boleh menjadi seorang peguam apabila beliau sendiri pemalas dan tidak mahu untuk membaca Perlembagaan PAS sehingga tidak tahu status keahliannya telah gugur secara automatik berdasarkan Fasal ke 13 perlembagaan parti? ![]() Aneh dunia ini sehinggakan seorang yang berprofesyen undang-undang cuba untuk berhujjah di atas perkara yang sudah jelas. Serupa juga ramai juga yang mengaku umat Islam tetapi mengabaikan perkara yang membatalkan syahadah - apatah lagi jika ia dilakukan oleh mereka yang bergelar atau digelarkan "ulamak". |
| Pemimpin Umno-BN Dalangi Aktiviti Curi Pasir Sejak Lebih 20 Tahun Di Selangor Posted: 06 Jul 2010 06:50 PM PDT Ketika di hubungi Suara Keadilan, Suhaimi berkata arahan siasatan SPRM terhadapnya dikeluarkan tidak sampai 48 jam selepas beliau membuat kenyataan media untuk menbongkar salah guna kuasa dan penyelewangan oleh beberapa individu yang memegang jawatan kanan dalam Umno-BN di Selangor berhubung permohonan tanah di sekitar Shah Alam. "Perang saraf ini bertepatan dengan usaha propaganda awal yang mengatakan saya adalah salah seorang ADUN KEADILAN yang akan meletakkan jawatan dalam Dewan Undangan Selangor. Apa yang berlaku mengesahkan adanya arahan daripada pihak tertentu agar memberi tekanan kepada saya supaya terperangkap dengan permainan politik mereka, yang telah menetapkan sasaran agar dapat membeli tiga lagi ADUN KEADILAN sebelum penghujung tahun ini. "Saya di panggil SPRM untuk mengambil keterangan saya atas fitnah oleh seseorang yang cuba mengaitkan saya dengan aktiviti mencuri pasir melibatkan sebuah syarikat bernama MNT Construction Enterprise yang saya sendiri tidak tahu mengenainya dan tidak kenal siapa mereka ini (dibelakang syarikat terbabit)," tegas beliau lagi. Suhaimi menjelaskan telah menjadi prinsip beliau dan semua ADUN Pakatan Rakyat bahawa tiada seorang pun akan terlibat sama sekali dalam aktiviti haram, bahkan beliau menentang kuat aktiviti mencuri pasir yang amat berleluasa semasa pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional. Tambah beliau gejala ini semakin terkawal di bawah pengendalian dan pengawasan kerajaan negeri Pakatan Selangor, walaupun masih terdapat sedikit kelemahan. "Cengkaman KEADILAN ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada mereka yang terlibat hingga terpaksa mencari alternatif dengan mendakwa kami pula yang terlibat dalam kegiatan haram ini. "Penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah sebagai pemangkin kepada usaha mengurangkan kecurian pasir oleh mereka yang tamak. Aktiviti mencuri pasir juga amat berleluasa di Johor dan Negeri Sembilan, tetapi kegiatan itu tidak disiasat menyeluruh kerana negeri itu adalah di bawah cengkaman Umno-BN," jelas Suhaimi. Menurut beliau lagi, aktiviti ini berleluasa di bawah kerajaan Umno-BN tetapi dilindungi oleh pimpinan mereka. Beliau memberi contoh di Shah Alam bagaimana seorang pemimpin politik Umno-BN telah menyalah gunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk memberi kebenaran kepada lori yang mencuri pasir melalui sebuah kampung kerana menerima sumbangan sebuah syarikat sekitar RM40,000 sebulan. Suhaimi juga menegaskan percubaan kali ini adalah kesinambungan serangan siri terbaru Umno-BN yang memperalatkan agensi seperti SPRM untuk mencemarkan maruah kerajaan negeri Selangor dan mencalar imej beliau sebagai seorang ADUN Pakatan Rakyat yang memegang teguh prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan. "Ini adalah satu propaganda politik dan jelas mempunyai tujuan 'mala fide' atau berniat jahat untuk mencemar Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Kami akan menentang usaha jahat ini dengan mendedahkan lebih banyak pembohongan Umno-BN dan menelanjangkan siapa sebenarnya yang melindungi aktiviti pengeluaran pasir haram di sungai dan tanah kerajaan negeri satu ketika dahulu. "Kita minta SPRM siasat mereka tanpa memilih bulu dan akhirnya, kebenaran pasti akan terbukti. Serangan ini tidak sama sekali akan melemahkan semangat saya dan rakan rakan untuk terus berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran," tambah beliau. Beliau serta ADUN Batu Caves Amirudin Shari di panggil SPRM Khamis lalu untuk memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah. Suhaimi dipanggil semula ke SPRM Isnin lepas. -SK Ulasan GB Terdengar seolah-olah SPRM berkata begini: Oleh kerana pemimpin UMNO yang memulakan dan yang terlibat di dalam aktiviti curi pasir ini, kes ini akan ditutup. Katakan saja kepada rakyat tiada bukti kukuh mengenai kegiatan ini untuk mensabitkan mana-mana pihak. Atau cari juga lubang sekecil manapun untuk pastikan pemimpin PR boleh dikenakan tindakan... Sebab GB berkata demikian - setakat ini hanya pemimpin PR yang dipanggil oleh SPRM. Tiada siasatan dilakukan ke atas pemimpin UMNO BN. |
| Tamatkan Suara Keadilan Dan Harakah, Rakyat Akan Tamatkan Riwayat UMNO BN Posted: 06 Jul 2010 05:44 AM PDT Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan akhbar Suara Keadilan terbitan PKR kemungkinan boleh ditutup jika ia terus diterbitkan meskipun permitnya belum diperbaharui.Sehubungan itu kata Menteri Dalam Negeri, pihaknya bukannya bertindak tanpa munasabah dengan menahan daripada memperbaharui permit akhbar mingguan itu. Sebaliknya Hishammuddin mendakwa Suara Keadilan "angkuh" dengan mahu terus mengeluarkan terbitannya walaupun menyedari statusnya buat masa sekarang. "Kami akan memutuskan status permit jika isu yang sedang diteliti sekarang diselesaikan. Ia adalah satu keputusan yang adil," kata Naib Presiden Umno ini. Ketika ditanya sama ada akhbar itu boleh ditutup sama sekali jika terus diterbitkan esok, Hishammuddin berkata: "Sudah tentu mereka boleh. Kami akan mengkaji tindakan mereka dan keupayaan kementerian mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya terhadap mereka." "Jika tidak apa gunanya mempunyai bahagian penguatkuasaan?" Hishammuddin menyifatkan kenyataan untuk meneruskan penerbitan akhbar Suara Keadilan sebagai angkuh dan bercanggah dengan peraturan. Kata beliau, tidak timbul isu menarik semula permit penerbitan kerana yang menjadi isu pada masa ini adalah permit akhbar itu telah tamat tempoh dan permohonan untuk menyambung semula permit belum diluluskan. Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR Tian Chua semalam bahawa penerbitan akhbar itu akan diteruskan. Dalam pada itu, Hishammuddin turut menjelaskan bahawa kementerian tidak mendiskriminasi mana-mana pihak mengenai isu penerbitan. "Tidak kira Suara Keadilan, Suara Perkasa atau mana-mana media lain mesti mengikut syarat-syarat, peraturan sedia ada. Dalam konteks dasar, semua liputan termasuk majalah dan akhbar tabloid akan dipantau dengan lebih dekat," katanya. Semalam, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri Datuk Zaitun Ab Samad berkata, PKR perlu menanggung implikasi undang-undang sekiranya parti itu bertindak menerbitkan akhbar Suara Keadilan yang permit penerbitannya sudah tamat. "Kalau beroperasi tanpa lesen, mereka perlu menanggung risiko dikenakan tindakan," katanya. Akhbar itu telah menerbitkan sebuah artikel muka depan bertajuk "Felda Bankrap". Pada 28 Jun, KDN memberi tempoh seminggu kepada sidang redaksi akhbar untuk memberi penjelasan mengenai artikel itu. Zaitun sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa permit penerbitan Suara Keadilan yang dikeluarkan pada Julai tahun lepas tamat pada 30 Jun tahun ini dan dengan itu tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan mengikut Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Ulasan GB Yang angkuh ialah KDN. Yang bebal ialah KDN! Di dalam era digital dan serba maklumat ini, sebarang tindakan untuk menekan suara-suara rakyat akan mendapat tentangan dan tindak-balas dari rakyat. Kerajaan UMNO BN adalah sebuah kerajaan yang tidak bertoleransi kepada berita-berita yang tidak memihak kepadanya. Mereka masih tinggal dan mengamalkan peradaban zaman batu - mengamalkan sistem diktator untuk menekan suara-suara rakyat. Kita persilakan KDN untuk menamatkan permit Suara Keadilan Harakah, dan kemudian kita sama-sama perhatikan rakyat akan segera menamatkan pemerintahan kerajaan UMNO BN! |
| Polis Malaysia Cuba Nak Perbodohkan Interpol Posted: 06 Jul 2010 02:35 AM PDT Interpol tolak notis keluarkan 'amaran merah'KUALA LUMPUR 5 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah memohon bantuan polis antarabangsa (Interpol) mengeluarkan notis 'amaran merah' terhadap pengendali laman portal 'Malaysia Today', Raja Petra Kamaruddin namun ditolak, Januari lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menjelaskan, tindakan ini menyukarkan PDRM untuk memburu dan menahan Raja Petra yang kini dipercayai berada di United Kingdom (UK). "Kita tidak boleh sewenang-wenangnya pergi ke negara orang untuk buat tangkapan, undang-undang sesuatu negara itu perlu dihormati. "Justeru, kita meminta bantuan Interpol untuk berbuat demikian dengan mengeluarkan notis 'amaran merah' terhadap Raja Petra namun ia ditolak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Musa mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang hari ini secara terbuka mempersoalkan tindakan dan keupayaan risikan pasukan polis dalam usaha memburu Raja Petra. Dalam pada itu, jelas Musa, adalah tidak benar jika ada pihak yang beranggapan bahawa polis mengambil remeh dalam isu ini. "Meskipun gagal mendapat bantuan Interpol, PDRM tidak akan lepas tangan sebaliknya akan tetap mencari ikhtiar dan alternatif lain," ujar beliau. Ditanya mengenai perintah ekstradisi terhadap Raja Petra, katanya, perkara itu perlu dirujuk kepada pejabat Peguam Negara kerana ia merupakan bidang kuasa pihak berkenaan. Sementara itu, di lobi Parlimen, Khairy berkata, pihak berkuasa sepatutnya berupaya menjejaki Raja Petra kerana individu itu sering menghadiri program-program di sekitar UK terutama di London dan jadual mengenainya ada disiarkan di Internet. Khairy mengutarakan perkara itu kerana mendapati Raja Petra telah berucap pada satu majlis dikenali sebagai "Friends of Pakatan Rakyat" di London semalam. Katanya, jadual mengenai ucapan Raja Petra pada majlis tersebut telah pun diuar-uarkan di laman web Malaysia Today sejak Jumaat lalu. "Risikan yang saya dapat ini diperolehi di Internet, bukan daripada Scotlandyard atau polis antarabangsa (Interpol) jadi kenapa tiada tindakan?" katanya. Ulasan GB Interpol pun cuba hendak diperdayakan oleh PDRM. Inilah taraf polis di Malaysia, sesuka hati nak tangkap dan nak heret orang, hanya semata-mata kerana nak mengampu UMNO BN, hanya semata-mata nak kejar pangkat. Raja Petra bukannya pengganas, bukannya pembunuh, bukannya penyamun....Sekadar seorang blogger, itupun UMNO dan PDRM tak senang duduk.... Saya rasa Musa Hassan, Hishamuddin Tun Hussein dan Najib sendiri nanti yang akan dicari Interpol...sebab banyak songelnya suruh tahan sianu dan sianu. Polis yang membunuh di dalam beberapa kes selama ini masih terlepas.... |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan