KARPET KUNING |
| Carrefour akan terus beroperasi. Posted: 08 Jul 2010 07:17 PM PDT Oleh Atiyyah Mohd SaidCAWANGAN pasar raya Carrefour akan terus beroperasi seperti biasa di Singapura dan Malaysia, kata firma runcit berpangkalan di Perancis itu dalam kenyataannya malam kelmarin. Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyentuh atau menafikan desas- desus bahawa firma peruncit kedua terbesar di Eropah itu akan menjual perniagaannya di kededua negara tersebut. Baru-baru ini, timbul beberapa laporan bahawa Carrefour merancang menjual bisnesnya di Asia, khususnya di Singapura, Malaysia dan Thailand. Laporan-laporan itu berkata, rangkaian pasar raya itu mungkin menjual operasinya di Asia Tenggara sehingga AS$1 bilion. 'Carrefour Malaysia dan Singapura menafikan sebarang penutupan kedai di Malaysia dan Singapura dan mengingatkan bahawa perniagaan berjalan seperti biasa untuk setiap cawangan,' kata kenyataan yang dikeluarkan syarikat tersebut lewat kelmarin. Kenyataan itu juga membayangkan bahawa perniagaan di Malaysia sedang berkembang baik dengan lebih banyak pasar raya akan dibuka pada tahun ini. 'Pada 2010 sahaja, empat pasar raya Carrefour baru dibuka di Malaysia dan empat pasar raya lagi dijadualkan dibuka menjelang akhir tahun ini,' kata kenyataan itu lagi. Semasa dihubungi Ekoniaga, jurucakap Carrefour enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu itu. Difahamkan bahawa operasi Carrefour di Singapura, yang dipercayai bernilai sehingga AS$400 juta, menarik minat rangkaian pasar raya Britain, Tesco. Menurut laporan awal, operasinya di Singapura, yang menggajikan sekitar 600 pekerja, mencatat penjualan sekitar $200 juta setahun. Difahamkan juga bahawa Tesco, yang turut mempunyai cawangan di Malaysia, termasuk Johor; firma Hongkong Dairy Farm International Holdings Ltd; dan beberapa pasar raya Jepun seperti Aeon berminat membeli rangkaian Carrefour di Malaysia. Sementara itu, firma rangkaian pasar raya Thailand, Big C Supercenter, dan Tesco dikatakan berminat membeli aset Carrefour di Thailand. Buat masa ini, Carrefour mempunyai dua cawangan di Singapura, 22 di Malaysia dan 40 di Thailand. Carrefour juga dilaporkan akan mengekalkan unitnya di China dan Indonesia yang dipercayai akan terus dikembangkan lagi. Carrefour Indonesia, yang mempunyai 75 cawangan, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Encik Shafie Shamsuddin, yang sebelum ini memimpin operasi Carrefour di Malaysia dan Singapura. Operasi Carrefour di Asia dilaporkan menyumbang sekitar 7.5 peratus daripada jumlah keseluruhan penjualan bersihnya tahun lalu. Ini berbanding 13.7 peratus untuk pasaran Amerika Latin dan 35.4 peratus di Eropah, sementara Perancis menjana penjualan tertinggi sebanyak 43 peratus. -- Agensi |
| You are subscribed to email updates from KARPET KUNING To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan