Jumaat, 30 Julai 2010

Justice For All

Justice For All


Pokok Unik

Posted: 31 Jul 2010 02:59 AM PDT

A Mysterious Tree in Andhra Pradesh-India

this tree found in area Andhra Bardic - India.

Baobab tree, which is called , are found in abundance in this state is characterized by line the great and the only one of its kind.

The tree we are talking about is a tree found inscriptions reflect the most common types of animals.

And alien to these patterns is surprisingly neat.

Worse still, this he did not know whether it is from man-made or committees.

kagum sekejap aku tgk pokok ni...tapi korang rase kan ni man made ataupon mmg semulajadi mcm ni??

Pemandu Van Sekolah Bukan Setakat Rogol Budak Sekolah, Tapi Anak Angkat Dia Jugak

Posted: 30 Jul 2010 09:13 PM PDT

Memang haru biru zaman Najib..budak sekolah pun dijadikan mangsa rakus lelaki zalim ini..

Anak angkat turut jadi mangsa

KUALA LUMPUR 30 Julai - Pemandu van yang ditahan kerana merogol seorang kanak-kanak 10 tahun di Jalan Othman, Petaling Jaya pada Isnin lalu sememangnya gila seks.

Dia dipercayai pernah merogol anak angkat perempuannya beberapa kali sebelum ini. Mangsa yang berusia 9 tahun merupakan salah seorang daripada dua kanak-kanak yang pernah menjadi mangsa keganasan seksual lelaki berusia 51 tahun itu.

Seorang lagi mangsa berusia 11 tahun.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Arjunaidi, pihaknya kini menyambung reman suspek sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan.

Kata beliau, perbuatan terkutuk suspek itu terbongkar hasil soal siasat yang dijalankan pihak polis.

"Untuk itu, kita memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan kes tersebut dan menyiasat sejak bila suspek melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Suspek berkemungkinan membawa mangsa ke satu kawasan sebelum merogol mereka selain mengugut supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa," katanya di sini hari ini.

Semalam, Arjunaidi memaklumkan suspek mengaku pernah merogol dua mangsa lain sebelum ditahan selepas merogol mangsa terakhir yang menaiki vannya di Petaling Jaya.

Pada Isnin lalu, suspek yang melakukan perbuatan terkutuk pada pukul 1.40 petang itu terbongkar apabila dilihat oleh seorang guru tadika yang melalui tempat kejadian.

Guru itu cuba menyelamatkan mangsa sehingga berlaku pergelutan. Kejadian itu disedari oleh dua anggota polis yang meronda lalu menahan suspek.

Menurut Arjunaidi, suspek kemudian berjaya ditahan ketika masih berada di dalam van tersebut, hasil maklumat orang ramai.

Tambah beliau, pihaknya akan menyiasat sekolah tempat mangsa belajar bagi mengesan jika terdapat murid perempuan lain yang pernah menjadi mangsa nafsu buas pemandu van berkenaan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Bapa Macam Set*n

Posted: 30 Jul 2010 08:49 PM PDT

Rakam noda anak

KUALA LIPIS: Dia sudah ada empat isteri, namun seorang kontraktor layak digelar 'bapa setan' apabila tergamak menjadikan anak kandung hasil perkahwinan dengan isteri keduanya sebagai tempat memuaskan nafsu apabila memperkosa mangsa sejak berusia sembilan tahun di Kerambit, dekat sini.

Lebih keji, lelaki berusia 49 tahun itu turut merakamkan perbuatan terkutuknya merogol anak yang kini berusia 14 tahun di dalam bilik dengan telefon bimbitnya sebelum menyimpan rakaman berkenaan.

Difahamkan, setiap kali melakukan perbuatan kejinya, lelaki terbabit mengugut akan memukul atau mencederakan mangsa jika membongkarkan rahsia selama enam tahun itu kepada ibunya atau sesiapa saja.

Bagaimanapun, episod duka mangsa berakhir selepas remaja terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, menceritakan kejadian itu kepada seorang guru wanita di sekolahnya.

Terkejut dengan pendedahan itu, guru wanita berkenaan menghantar mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kuala Lipis untuk membuat laporan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, ketika dihubungi semalam, mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di HKL mengesahkan mangsa dirogol dan sepasukan anggota polis menyerbu rumah suspek sebelum menahan lelaki itu ketika dia berehat di rumahnya, kira-kira jam 2.15 petang kelmarin.

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit lelaki terbabit yang digunakannya ketika merakamkan perbuatan terkutuk itu sebelum dibawa ke IPD Lipis untuk siasatan lanjut.

Abdul Razak berkata, pelajar itu mendakwa kejadian terbaru dia dirogol bapanya berlaku Rabu lalu ketika ibu mangsa tiada di rumah dan perlakuan jijik itu turut dirakam menggunakan telefon bimbit.

"Siasatan turut mendapati ibu mangsa mengesyaki sesuatu dan perubahan pada diri anaknya sebelum meminta mangsa menceritakan kejadian sebenar, tetapi dia enggan membongkar kejadian itu kerana bimbang dipukul atau dicederakan ayahnya.

"Mangsa anak tunggal isteri kedua lelaki terbabit kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dekat sini, untuk mendapatkan hak penjagaan sehingga selesai menjalani pemeriksaan di HKL," katanya semalam.

Menurutnya, pemeriksaan awal polis terhadap telefon bimbit suspek mendapati rakaman beberapa minit itu sama dengan suasana dalam sebuah bilik tidur di rumah lelaki terbabit, namun wajahnya tidak dapat dilihat jelas.

Katanya, lelaki terbabit kini direman seminggu di IPD Lipis untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Kejam!!! Ibu Bunuh 8 Anak Sendiri

Posted: 30 Jul 2010 08:00 PM PDT

Wanita mengaku bunuh 8 bayi

VILLERS-AU-TERTRE - Wanita Perancis yang mengaku membunuh serta menanam dan menyembunyikan mayat lapan bayi sejak sepuluh tahun lalu akan dibicarakan atas tuduhan membunuh.

Dominique Cottrez, 46, mengaku melahirkan kesemua bayi itu di rumah tanpa bantuan sesiapa sebelum memasukkan mereka ke dalam beg plastik.

Selepas bayi itu meninggal dunia, wanita itu menanam dua mayat di perkarangan rumah ibunya dan enam lagi disembunyikan di dalam garaj rumahnya.

"Wanita itu memberi alasan dia ada pengalaman buruk semasa melahirkan anak sulung lebih 20 tahun lalu dan tidak mahu berjumpa doktor selepas itu," kata pendakwa raya, Eric Vaillant, semalam.

Dominique dan suaminya, Pierre-Marie, ditahan pada Rabu berikutan penemuan dua rangka mayat di dalam plastik di perkarangan sebuah rumah di Villers-au-Tertre.

Pierre-Marie dibebaskan selepas disiasat kerana dia mengaku langsung tidak tahu isterinya mengandungkan, melahirkan, membunuh serta menanam dan menyembunyikan mayat bayi-bayi berkenaan.

Bedah siasat sedang dilakukan ke atas kesemua mayat untuk mengesahkan punca kematian.

Kanak-Kanak Palestin Pecah Rekod Dunia

Posted: 30 Jul 2010 07:08 PM PDT

Rekod dunia terbang layang-layang dah buat. InsyaAllah lepas ini, umat islam Palestin dan seluruh dunia boleh terbangkan roket secara besar-besaran untuk hancurkan Israel Laknatullah..

Play/Pause Video

Kanak-kanak Palestin cuba atasi rekod

Lebih 7,200 kanak-kanak Palestin bermain layang-layang di pantai Beit Lahiya di utara Genting Gaza bagi memecah rekod Guinness anjuran Agensi Pelarian dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, semalam. - REUTERS

GAZA CITY 30 Julai - Beribu-ribu layang-layang memenuhi ruang angkasa Gaza, semalam ketika beribu-ribu kanak-kanak berkumpul dalam cubaan mereka untuk memecahkan rekod Guinness dalan satu acara anjuran agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin.

Lebih 7,200 kanak-kanak menerbangkan layang-layang berwarna-warni di sebuah pantai berpasir, jumlah yang secara tidak rasminya dua kali lebih banyak berbanding rekod sebelum ini, kata pegawai daripada Agensi Bantuan dan Kerja Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).

Cubaan itu dibuat seminggu selepas beribu-ribu kanak-kanak Gaza melantunkan bola keranjang serentak selama lima minit, secara tidak rasmi memecahkan satu lagi rekod Guinness dan menarik perhatian antarabangsa ke wilayah Palestin yang ditadbir pergerakan Hamas itu.

"Dua rekod dunia dalam masa seminggu pasti menjadi satu lagi rekod dunia.

"Kanak-kanak perlu mempunyai perasaan normal, walaupun hidup dalam keadaan abnormal setiap hari. Pencapaian hari ini melonjakkan semangat seluruh penduduk Gaza," kata pengarah UNRWA Gaza, John Ging.

Rekod sebelum ini dicatatkan pada musim panas lalu apabila 3,710 kanak-kanak Gaza menaikkan layang-layang dalam acara serupa anjuran UNRWA.

Pegawai PBB berkata, Guinness tidak menghantar pengadil kerana amaran perjalanan oleh kerajaan ke Gaza dan rekod baru itu masih perlu disahkan.

Hampir kesemua kanak-kanak Genting Gaza mengalami penderitaan dari segi psikologi berikutan perang Israel pada Januari 2009 yang membunuh kira-kira 1,400 orang termasuk lebih 300 kanak-kanak.

UNRWA membekalkan bantuan makanan dan mengendalikan sekolah serta klinik untuk sejuta orang pelarian berdaftar Gaza, kira-kira dua pertiga daripada populasi sebenar.

Ia juga menganjurkan kem musim panas bagi kira-kira 250,000 kanak-kanak di wilayah Palestin ini. - AFP

Chua Soi Lek Kata Wakil PAS Akan Jadi PM

Posted: 30 Jul 2010 06:09 PM PDT

Betul ke ni..kalau betul, PAS kena lahirkan tokoh macam Anwar ibrahim, bukannya tokonh yang siang malam nak tidur sebantal dengan UMNO

Wakil Pas akan jadi PM - Soi Lek

KOTA BHARU 30 Julai - MCA percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek sebaliknya berkata, pihaknya yakin wakil daripada Pas akan mengambil alih jawatan ketua kerajaan disebabkan parti itu mempunyai organisasi yang lebih besar dan tersusun berbanding parti lain dalam pakatan pembangkang.

"Sebagai ingatan kepada rakyat bahawa kalau mereka hendak menyokong pakatan pembangkang sehingga menguasai pentadbiran di pusat, mereka jangan begitu yakin bahawa bakal perdana menteri daripada PKR.

"Pada hemat kami, Perdana Menteri akan datang dari Pas kerana parti itu mempunyai satu organisasi yang lebih besar, ahli yang lebih ramai dan mempunyai sumber jauh yang lebih besar berbanding parti lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Kelantan di sini hari ini.

Soi Lek bagaimanapun berkata, Pas telah menunjukkan rekod yang tidak baik sepanjang mentadbir Kelantan selama lebih 20 tahun terutama dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan masalah sosial.

Walaupun kenyataan Soi Lek ini lebih kepada politik untuk takutkan orang Cina, tapi sekurang-kurangnya PAS telah mendapat persepsi yang mereka paling kuat dalam PR. Justeru jika nak mencorakkan masa depan negara, tokoh seperti Anwar Ibrahim perlu dilahirkan dalam PAS. Dan saya berpandangan, YB Nizar Jamaluddin amat sesuai mengisi kekosongan itu..

Muhyiddin Buat Lawak Ala Sayfoooooool..Belum Bicara Lagi Dah Kata Mahkamah Adil

Posted: 30 Jul 2010 05:09 PM PDT

Telus apa ke bende muhyiddin..takkanlah Lim Liong Sik baru je kena sebutan kes, baru kata telus. Perbicaraan mana ada lagi. Keputusan pun takde. Nak kata telus apa. Ntah-ntah jadi macam Eric Chia dan Kasitah Gaddam. Dekat-dekat PRU 2004, Pak Lah dakwa 2 orang ni. Tapi lepas pilihanraya, lepas pula. Mungkin senario ini berlaku kat Ling Liong Sik. Ini cara Najib nak menang pilihanraya. Nak naikkan imejnya.

Buat Muhyiddin, sudah-sudahlah buat kenyataan yang macam budak tadika. Memang tak pernah ada TPM selemah anda. Muhyiddin memang sesuai digelar TPM Tak School dan Paling Lemah dalam Sejarah Malaysia. Lebih baik selesaikan isu gangsterism budak sekolah dan sekolah mengadung, daripada buat kenyataan lawak tahap Sayfoooooool seperti di bawah ini..

Kes Liong Sik bukti sistem undang-undang di Malaysia telus

KUALA LUMPUR 30 Julai - Tindakan pihak berkuasa mendakwa bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membuktikan sistem perundangan negara ini tidak mengenal pangkat serta kedudukan seseorang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, fakta itu sekali gus menolak dakwaan pihak pembangkang khususnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa perundangan Malaysia tidak adil dan berat sebelah.

Beliau berkata, selama ini telah menjadi dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menyebelahi mana-mana pihak yang didakwa melakukan kesalahan sebaliknya pihak berkenaan akan dibawa ke muka pengadilan untuk dibicarakan secara adil, telus dan saksama.

"Saya akui agak terperanjat apabila mendengar berita ini tetapi saya juga percaya apabila sampai satu peringkat pihak berkuasa harus mengambil tindakan-tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat dengan dakwaan seperti ini.

"Oleh itu kita harus menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sepatutnya dan sistem perundangan negara kita sudah tentu akan berlaku adil kepada pihak terbabit,'' katanya selepas meraikan kejayaan kontinjen Malaysia yang menyertai Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN kedua di Sekolah Sukan Bukit Jalil di sini.

Akhbar hari ini melaporkan Liong Sik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion, hampir lapan tahun lalu.

Bekas Presiden MCA itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan - menipu Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah bagi projek PKFZ (dahulu dikenali sebagai Mega Distribution Hub).

Isu Notis 6 Bulan Pilihanraya : PR Bercelaru, DAP Kata Roslan Buat Keputusan Sendiri

Posted: 30 Jul 2010 03:54 PM PDT

PR ni, bincanglah secara elok-elok. Kan dah haru biru jadinya. Sampaikan Dap kata Roslan sms buat keputusan peribadi. Ini tak elok. Bincanglah secara baik-baik. Cuma bab kuasa predratif Sultan tu saya tak beberapa setuju. Kerana ikut Perlembagaan Negeri, Sultan nak tak nak, wajib bubar dun dalam masa 60 hari selepas Dun Selangor dibubarkan oleh ahli Dewan. Ini juga termaktub dalam perkara pembubaran Parlimen. Jelas Sultan takde kuasa langsung dalam hal-hal pembubaran dun ini..

MB Selangor: Pakatan tidak akan ikut BN panggil PRU

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) tidak akan mengadakan pilihan raya negeri lebih awal jikapun Barisan Nasional (BN) mahu membubarkan Parlimen untuk pilihan raya umum tergempar.

"Sikap kami adalah jika ia sesuai dengan kami, kami akan lakukan. Jika tidak, kami tidak akan berbuat demikian," kata beliau kepada pemberita selepas di sini petang ini.

Khalid (gambar) menjelaskan, pentadbirannya berminat untuk memutuskan soal tarikh pilihan raya umum negeri apabila melangkah ke tahun kelima mandat.

"Setiap orang dalam Pakatan lebih memihak untuk menghabiskan tempoh mandat empat tahun sebelum memutuskan (tarikh memanggil pilihan raya)," kata beliau sambil menekankan, ia tempoh empat tahun adalah masa yang cukup untuk membuktikan kepada rakyat apa yang boleh dilakukan oleh PR Selangor.

Mandat semasa kerajaan negeri akan berakhir Mei 2013.

Bagaimanapun Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata PR Selangor belum memutuskan sama ada mahu memberikan notis awal jika mahu memanggil pilihan raya umum negeri.

"Kami belum membincangkan perkara itu lagi," kata beliau mengulas laporan awal The Malaysian Insider bahawa PR Selangor bercadang untuk memberi notis awal pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir dipetik berkata PR Selangor dijangka akan menggunakan pendekatan memberi notis memanggil pilihan raya umum negeri - amalan julung kali digunakan jika menjadi kenyataan.

Kedua-dua perkara itu dikatakan diputuskan pada mesyuarat pimpinan PR Selangor pada 19 Julai lalu.

Malah pada mesyuarat itu PR juga telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN jikapun BN memanggil pilihan raya umum tergempar di peringkat pusat dalam waktu terdekat.

Roslan memberitahu, pihaknya mahu mengamalkan pendekatan baru ini bagi menyuburkan prinsip demokrasi di Selangor dengan memaklumkan semua pihak bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh tertentu.

Bagaimanapun Pengerusi DAP Ean Yong Hian Wah berkata, keputusan membubarkan DUN adalah prerogatif Sultan atas permintaan Menteri Besar dan bukannya keputusan kepimpinan Selangor semata-mata.

Selain itu kata beliau keputusan untuk membubarkan DUN Selangor perlu diperakui oleh kepimpinan kebangsaan PR dan bukannya ditentukan oleh kepimpinan Selangor sahaja.

"Saya ingin menjelaskan bahawa Roslan bercakap atas kapasiti peribadi dan bukannya bagi pihak Pakatan Selangor," kata beliau.

Masih Didukung Ibu Walaupun Berumur 40 Tahun

Posted: 30 Jul 2010 08:43 AM PDT

Dah 40 tahun... masih betah didukung ibunya!

Lelaki 40 tahun setinggi 76 sentimeter, HUANG KAIQUAN didukung oleh ibunya.

CHENGDU - Seorang lelaki China, Huang Kaiquan cuba memperbaharui rekodGuinness untuk menjadi manusia paling pendek di dunia dengan ketinggian 76 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berusia 40 tahun itu memiliki berat 12 kilogram dan kini menetap bersama ibunya, Cheng Fuxiu, 58, di Hejiang, wilayah Sichuan.

Rekod dunia masih dipegang oleh He Pingping yang juga rakyat China dan berasal dari Ulanqab, Inner Mongolia dengan ketinggian 74 sentimeter.

Namun, He Pingping meninggal dunia pada 13 Mac lalu semasa berusia 21 tahun.

Huang yang bersara daripada kerjaya lakonan ketika berusia 30 tahun setelah jatuh sakit berkata, ramai orang menyangka dia seorang kanak-kanak kerana ibunya kerap mendukungnya. - Agensi

 

p/s agaknya klu umur 20an,tentu patah riuk ibu yang dukung ! Apapun kasih ibu, tetap selama-lamanya..Hanya ibu macam binatang saje, yang sanggup buang anak merata-rata kat negara 'islam' ini..

Adun PAS Menang Saman Fitnah 55 Ribu..Hassan Ali Bila Lagi??

Posted: 30 Jul 2010 07:49 AM PDT

Kan bagus kalau Hassan Ali saman harusani..dapat bersihkan nama dan ajar orang suka fitnah. Macam yang dilakukan Adun PAS ini..

Dr Ahmad Yunus dapat gantirugi RM55,000

KLANG, 30 Julai: Mahkamah Sesyen Klang hari ini merekodkan persetujuan Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepada Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus ekoran berita yang disiarkan akhbar itu tahun 2004 lalu.

Persetujuan itu direkodkan oleh pihak yang terlibat iaitu Dr Ahmad Yunus (gambar) sebagai plaintif melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin dan para defendan.

Defendan adalah Datuk Fatah yang membuat kenyataan itu dengan diwakili oleh firma Datuk Salahuddin Saidin serta Berita Harian yang menyiarkan berita itu dan Datuk Kalimullah Hassan yang mewakili NSTP Press.

Selepas pilihan raya umum 2004 lalu, akhbar Berita Harian menyiarkan satu berita yang bertajuk "Tikam dari belakang - calon PAS".

Ekoran itu, Dr Ahmad Yunus yang kini timbalan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor memfailkan saman kepada pihak-pihak berkenaan menuntut gantirugi itu.

Pada 29 Julai 2004, Dr Ahmad Yunus Khairi telah memfailkan saman ke atas Datuk Abdul Fatah Haji Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press ( Malaysia ) Berhad di atas berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian pada 20 Mac 2004 bertajuk " Fatah 'ditikam dari belakang' calon PAS" di mana antara lain berita tersebut menyatakan:

"Ahmad Yunus rapat dengan saya, dia ikut hampir setiap ceramah dan majlis yang saya hadiri. ..Sebelum penamaan calon, saya ada terdengar nama dia akan dicalonkan. Saya tanya dia berkali-kali sama ada dia hendak bertanding, tapi dia nafikan akan melawan saya.'.. Abdul fatah menyifatkan tindakan Dr. Ahmad Yunus sebagai "menikamnya dari belakang" kerana persahabatan mereka begitu rapat. Saya yakin pengundi tahu memilih yang mana calon yang boleh membawa pembangunan dan yang mana calon yang hanya berjuang berdasarkan emosi." Katanya. .. Abdul Fatah menyifatkan perkembangan Pas menampilkan Dr Ahmad Yunus menjadi calon sebagai parti yang terdesak kerana mereka tidak mempunyai calon yang cukup."

Di dalam samannya Dr Yunus yang ketika itu adalah calon PAS bagi Dun Sijangkang mendakwa kata-kata tersebut adalah satu fitnah yang amat jahat ke atas beliau kerana dalam maknanya yang asal dan biasa kata-kata tersebut antara lain bermaksud bahawa beliau adalah seorang yang tidak boleh dipercayai, seorang penipu dan tidak mempunyai integriti.

Kata-kata fitnah tersebut dakwa Dr Yunus juga bermaksud bahawa beliau adalah calon tangkap muat dan beliau adalah calon yang berjuang berdasarkan emosi.

Kata-kata yang didakwa fitnah itu disiarkan sehari sebelum pilihan raya umum 2004 yang mengakibatkan Dr Yunus tidak berupaya menjawab tuduhan tersebut di akhbar.

Saman Dr Yunus telah ditetapkan untuk bicara hari ini di Mahkamah Sesyen Klang dan mahkamah telah merekodkan penghakiman persetujuan di mana defendan-defendan telah bersetuju dengan tanpa pengakuan liabiliti membayar gantirugi sebanyak RM 55,000-00 kepada Dr Yunus.

Dr Yunus diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Dato Abdul Fatah Iskandar diwakili oleh firma Tetuan Salehuddin Saidin dan akhbar Berita Harian diwakili oleh peguam Josephen dari Tetuan Sharizat & Lee .

Tiada ulasan: