Justice For All |
- Macam2 Zaman Najib..Ratah Gadis Macam Ratah Ikan
- Lawak..Ahli Parlimen India Macam Ahli Wrestling
- SPRM Siasat Bekas Ahli Parlimen Main Roswah
- Khalid Ibrahim Kenakan UMNO & Syabas
- Semua Nak Jatuhkan PR Selangor, Termasuk IPTS UMNO
- Utusan Serang Tok Guru Lagi
- UMNO Buat Ini Dulu, Baru Boleh Ajak PAS Bergabung
- Macam2 Zaman Najib : Janda Tak Insaf, Ditangkap Khalwat 2 Kali
- Roswah Kaki Artis
- Nisfu Sya'aban InsyaALLAH Jatuh Pada 26 Julai Ini
- Isu Kerajaan Perpaduang : Dewan Himpunan Penyokong PAS Lebih Hebat Dari Pemimpin PAS
- UMNO Parti Tiada Masa Depan - KJ
- Pak Guard Universiti Jadi Peragut..
- Najib & Roswah Mungkin Dibicarakan Di Mahkamah Perancis
- PAS Dah Ada 2 Kapal??
- Harus Sani Agen Konspirasi UMNO??
| Macam2 Zaman Najib..Ratah Gadis Macam Ratah Ikan Posted: 21 Jul 2010 08:45 PM PDT Macam ratah ikan lah pula..macam-macam Zaman Najib.. Diratah 5 lelaki JEMPOL: Sekumpulan lima lelaki jahanam sanggup menjadikan rumah kosong tempat merogol seorang remaja wanita yang juga pekerja kedai makan di Bahau, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berusia 17 tahun dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh lima suspek terbabit termasuk seorang yang dikenalinya. Mangsa sebelum itu dikatakan diumpan pergi ke rumah berkenaan oleh seorang lelaki dikenalinya sebelum tiba-tiba empat lagi lelaki muncul lalu merogol mangsa bergilir-gilir. Harian Metro difahamkan, gadis malang itu mulanya merayu supaya tidak diperlakukan sedemikian, namun kumpulan lelaki itu yang seolah-olah dirasuk tidak mempedulikan rayuan mangsa. Tragedi malang gadis itu bermula apabila dia menemui kenalannya di sebuah hentian bas di sini sebelum diumpan pergi ke rumah berkenaan dengan membonceng motosikal suspek. Mangsa yang tidak mengetahui niat sebenar suspek mengikutnya ke rumah berkenaan, tetapi tidak lama kemudian datang empat rakan suspek yang terus merogol remaja itu. Selepas dirogol, mangsa dihantar pulang ke rumahnya kira-kira dua jam kemudian. Remaja itu kemudian menceritakan kejadian berkenaan kepada keluarganya dan membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad yang mengesahkan kejadian itu berkata, sebaik menerima laporan mangsa, polis terus melakukan siasatan. "Polis kemudian menahan empat suspek berusia antara 19 hingga 25 tahun di sekitar tempat kejadian tidak lama selepas menerima laporan mangsa. "Suspek pertama yang membawa mangsa ke rumah kosong itu turut diberkas," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Beliau berkata, berikutan itu, polis masih mengesan seorang lelaki berusia 20-an yang turut terbabit dalam kejadian itu. Menurutnya, empat suspek itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. "Polis menasihatkan wanita terutama remaja lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa depan. "Jangan mudah terpedaya dengan janji manis dan pujuk rayu lelaki baru dikenali bagi mengelak diri menjadi mangsa," katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di talian 06-4544999 atau balai polis berhampiran | ||||||||
| Lawak..Ahli Parlimen India Macam Ahli Wrestling Posted: 21 Jul 2010 07:48 PM PDT ![]() Ahli Parlimen India mengamuk PATNA, India 21 Julai – Lebih daripada 60 ahli Parlimen digantung daripada menghadiri mesyuarat dewan undangan negeri Bihar hari ini, yang menyaksikan Speaker dibaling kasut, kerusi dilontar dan ahli politik wanita menghayun pasu bunga sehingga terpaksa ditahan polis. Dewan undangan negeri Bihar sememangnya sudah panas sejak beberapa hari ini, apabila parti pembangkang mendesak agar Ketua Menteri meletak jawatan ekoran tuduhan wujudnya skandal rasuah. Semalam, anggota kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang bertindak ganas dengan merosakkan meja dan membaling kerusi ke arah masing-masing. Kekacauan bersambung ke hari ini, dengan seorang penggubal undang-undang melahirkan kemarahannya dengan membaling kasutnyanya ke arah Speaker, manakala yang lain bergusti semasa sendiri di atas lantai. Seorang daripadanya, Jyoti Singh semasa membantah kerana diarah keluar dari dewan, memungut pasu bunga di pintu masuk dewan sebelum membalingnya ke arah anggota pasukan keselamatan. Ahli Parlimen wanita itu kemudiannya ditahan oleh tiga anggota keselamatan wanita. Speaker Udai Narain Choudhry menggantung 67 anggota yang mewakili hampir keseluruhan parti pembangkang, sehingga Jumaat ini, iaitu hari terakhir sesi penggal ini. – AFP | ||||||||
| SPRM Siasat Bekas Ahli Parlimen Main Roswah Posted: 21 Jul 2010 06:59 PM PDT Siapa bekas Ahli Parlimen ini, yang disiasat oleh SPRM ini.. SPRM siasat bekas Ahli Parlimen bergelar Datuk KUALA LUMPUR: Seorang bekas Ahli Parlimen dari Wilayah Persekutuan bergelar Datuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan aduan terbabit dalam politik wang untuk dipilih sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO, akhir tahun ini. Sumber memberitahu Berita Harian, ahli politik itu dikatakan menggunakan orang tengah untuk menawarkan sejumlah wang kepada ahli UMNO bahagian supaya memilih beliau pada mesyuarat bahagian parti, baru-baru ini. Berikutan itu, sumber berkata, beberapa ketua cawangan UMNO membuat aduan di pejabat SPRM bulan lalu. "Setakat ini, keterangan beberapa saksi sudah diambil untuk membantu melengkapkan kertas siasatan yang dibuka sebaik menerima aduan berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Mahad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima aduan dan siasatan sedang dilakukan. Sumber berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17b Akta SPRM 2009 iaitu berkaitan kesalahan cubaan memberi rasuah sebagai balasan untuk mendapatkan sesuatu. | ||||||||
| Khalid Ibrahim Kenakan UMNO & Syabas Posted: 21 Jul 2010 05:55 PM PDT 2 Dalam 1. Pertama boleh dedahkan penyelewengan SYABAS. Kedua boleh sedarkan rakyat akan haknya sebagai pengguna air di Selangor. Tahniah Khalid Ibrahim Selangor cadang tubuh suruhanjaya SHAH ALAM 21 Julai – Kerajaan negeri bercadang menubuhkan suruhanjaya bagi mengkaji semula keperluan sebenar air bersih bagi Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pendekatan itu diambil kerana cadangan melaksanakan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor adalah berdasarkan kajian air kebangsaan pada tahun 2000 yang dilakukan oleh Unit Perancangan Ekonomi pada tahun 2000. Namun jelasnya, kerajaan negeri mendapati unjuran yang digunakan pada masa itu adalah keperluan air yang begitu banyak berbanding penggunaan per kapita di Singapura dan Sydney. ''Bagi kita Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., (Syabas) tidak layak membuat kajian tersebut sebab itu kerajaan negeri akan menubuhkan suruhanjaya bagi membuat kajian semula keperluan air di Lembah Klang. ''Kita akan melakukan tender terbuka untuk melaksanakan kerja-kerja kajian semula penggunaan air itu," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. Sehubungan itu katanya, perkara lebih penting adalah mempercepatkan penyelesaian untuk menstruktur semula pengambilan industri air di Selangor yang kini masih dalam perbincangan. Ujarnya, usaha itu perlu mengikut peruntukan Akta Industri Air yang telah diluluskan di Parlimen yang menetapkan penstrukturan semula itu harus dilakukan dan ia dikendali serta dimiliki oleh kerajaan negeri. Beliau berkata, pihaknya juga berharap Syabas dapat mencari jalan untuk mengatasi masalah yang berlaku apabila daripada kira-kira 380 liter air yang dirawat hanya 250 liter diterima oleh pengguna. ''Ini menunjukkan 136 liter hilang kerana bocor dan sebagainya. Keadaan itu turut menggambarkan kita kekurangan 35 peratus bagi setiap 380 liter," tambah beliau. Abdul Khalid berkata, kalau kehilangan itu dikurangkan kepada 15 peratus mungkin masalah bekalan air tidak cukup di Selangor tidak timbul sama sekali. | ||||||||
| Semua Nak Jatuhkan PR Selangor, Termasuk IPTS UMNO Posted: 21 Jul 2010 04:52 PM PDT KPTM pun nak berpolitik. Bukankah kerajaan PR Selangor nak pindahkan pelajar tu ke INSPENS. Tanpa bayaran lagi. Kalau ke KTPM, tentu kena bayar pula..umno..umno..semua isu nak dipolitikkan.. KPTM tawar tempat khas kepada pelajar IKYS KUALA LUMPUR 21 Julai – Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) membuat tawaran khas kepada pelajar-pelajar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang berkelayakan untuk menyambung pengajian mereka di institusi tersebut. Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tawaran itu bertujuan untuk membantu golongan pelajar tersebut yang menjadi mangsa ekoran tindakan Kerajaan Negeri Selangor menutup IKYS atas alasan tidak menguntungkan. Sambil menyifatkan para pelajar tersebut menjadi mangsa kerakusan dan sikap tidak peka Kerajaan Negeri Selangor, beliau memberitahu, KPTM sedia memberi peluang serta kelonggaran kepada ibu bapa sewaktu pendaftaran. "Pelajar boleh datang terus ke kolej kami yang terletak di Cheras untuk membuat pendaftaran dan mendapatkan maklumat lanjut tentang pelbagai kursus yang ditawarkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Mengulas lanjut mengenai penutupan itu, Sohaimi yang juga Exco Pemuda UMNO berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus dipertanggungjawabkan kerana mengkhianati rakyat Selangor dengan menutup peluang pelajaran khususnya bagi anak- anak Melayu yang berada di luar bandar. ''Kalau pun kerajaan negeri hendak berpolitik dan mahu terus 'bergaduh' dengan Yayasan Selangor, janganlah ia melibatkan masa depan pelajar-pelajar IKYS. Bagi kita, ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dan tidak professional," katanya Beliau berkata, Abdul Khalid sepatutnya perlu lebih kreatif mengurus dan menjana pendapatan IKYS bagi menampung kos pentadbiran, bukannya mengambil jalan mudah dengan menutup institusi tersebut walaupun organisasi berkenaan mengalami kerugian. "Sebagai pengerusi KPTM, saya berasa terharu dan bersimpati terhadap nasib pelajar-pelajar IKYS di atas tindakan drastik kerajaan negeri kerana sepatutnya ia menjadi tanggungjawab sosial yang harus dipikul. "Abdul Khalid tidak sepatutnya melihat kepada soal kerugian semata-mata kerana pendidikan adalah pelaburan jangka panjang untuk anak-anak Melayu," jelasnya. Tegas beliau, kerajaan Selangor sepatutnya perlu lebih peka dan prihatin untuk menubuhkan pusat pendidikan di luar bandar dan bukan membunuh peluang serta semangat anak Melayu untuk terus maju. Sehubungan itu, Sohaimi meminta kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian di KPTM boleh melayari laman web kolej itu di www.kptm.edu.my. | ||||||||
| Posted: 21 Jul 2010 03:54 PM PDT Utusan cuba main kotor lagi. Kali ini mereka serang Tok Guru Nik Aziz. Kerana tak sambut Sultan Kelantan yang sakit tak bermaya, Tuanku Ismail Petra pulang dari Singapura. Kenyataan persalahkan tok guru datang dari anak baginda, Tengku Fakhry yang sebelum ini terpalit dengan isu perubatan takhta dengan Tengku Fariz Petra dan juga isu Manohara. Mungkin lepas ini UMNO akan goreng isu ini. . Kononnya tok guru derhaka pada Sultan. Nasihat pada PAS Kelantan, serang balik isu ini. Dedahkan penderhakaan UMNO pada Sultan Kelantan termasuk pertabalan bawah pokok dan juga perasmi Festival Kelantan yang dirampas oleh Najib. Dedahkan semuanya. Apa yang pasti tentu UMNO teragak-agak nak serang Tok Guru, sebab tentu mereka takut yang rakyat akan berfikir, UMNO kata nak bergabung dengan PAS, kenapa serang Tok Guru. Itu yang buatkan UMNO serba salah tu.. Tuanku Ismail Petra dukacita sikap MB SULTAN Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang selesai menjalani rawatan susulan di Singapura diiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/AZRAN FITRI RAHIM KOTA BHARU 21 Julai – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra menzahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan sikap Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, barisan Exco serta pegawai tertinggi kerajaan negeri kerana tidak menyambut keberangkatan pulang baginda daripada menjalani rawatan susulan di Singapura hari ini. Rasa dukacita Tuanku Ismail itu dinyatakan oleh anakanda baginda, Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra dalam satu kenyataan yang difakskan kepada media lewat petang ini. Tengku Muhammad Fakhry berkata, ia merupakan satu tindakan biadab yang ditunjukkan oleh pembesar negeri ini ketika baginda berangkat pulang. Beliau bagaimanapun berkata, Tuanku Ismail menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Kelantan yang sentiasa mendoakan kesihatan baginda supaya segera sembuh dan selamat kembali daripada menjalani rawatan tersebut. "Keadaan kesihatan Tuanku berada pada tahap yang amat baik dan berdasarkan laporan terkini pemeriksaan doktor-doktor pakar di Singapura, Tuanku mempunyai keupayaan minda dan fizikal yang baik dan boleh membuat apa-apa keputusan dengan sendiri. "Di sini, Tuanku ingin menzahirkan rasa dukacita dan kekecewaan baginda dengan ketidakhadiran menteri besar, exco-exco negeri Kelantan termasuk juga Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias; Pengelola Istana Diraja, Datuk Abdul Halim Hamad dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri untuk menyambut keberangkatan pulang baginda. "Tindakan ini adalah satu tindakan yang amat biadab dan diharapkan tidak berulang lagi," katanya. Tuanku Ismail selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira pukul 1.20 petang ini selepas menerima rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth Singapura sejak 15 Julai lalu. Baginda diiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan anakanda baginda iaitu Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Tengku Muhammad Fakhry. Turut berada di lapangan terbang bagi menyambut kepulangan Tuanku Ismail ialah kekanda baginda, Tengku Salwani, Tengku Merjan, Tengku Rozan dan kerabat baginda yang lain kecuali Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra. Bagaimanapun tidak kelihatan pembesar negeri termasuk Nik Abdul Aziz dan barisan exco kerajaan negeri menyambut kepulangan baginda. Sebelum ini, krisis Istana Kelantan mencetuskan polemik yang berpanjangan termasuk tindakan pihak berkuasa yang menggunakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) untuk membawa baginda ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) ketika dalam perjalanan dari Istana Mahkota menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebelum berangkat ke Hospital Mount Elizabeth pada 4 Mei lalu. Pada masa yang sama, banyak pihak menuding jari kepada Nik Abdul Aziz kerana gagal melaksanakan tugas memberikan nasihat kepada institusi diraja tersebut untuk menyelesaikan kemelut itu sehingga ia berlarutan. Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas bagaimanapun menjawab 'senyap adalah nasihat', disebabkan itu beliau mengambil sikap mendiamkan diri kerana menganggap isu tersebut hanya melibatkan masalah kekeluargaan. | ||||||||
| UMNO Buat Ini Dulu, Baru Boleh Ajak PAS Bergabung Posted: 21 Jul 2010 08:30 AM PDT UMNO jika nak sangat bersatu dengan PAS. Tolong pinda Perlembagaan, buangkan hukuman 356 (hukuman tak lebihi 3 tahun penjara, 5 ribu denda dan 6 kali sebatan)di mahkamah Syariah. Dan laksanakan hukum islam terhadap umat islam. Masa itulah baru boleh ajak PAS bersatu. Tak kisahlah guna lambang UMNO ke, 4 segi ke..yang penting islam.. Ini foto hukuman hudud Allah bagi kesalahan zina libatkan lelaki yang dah kahwin di Somalia. Si pesalah di tanam separuh badan. Beliau diingatkan untuk bertaubat dan mengucap Kalimah Syahadah sebelum menemui ajalnya. Si pesalah terus mengucap Kalimah Syahadah. Tanda jari telunjuk tersebut adalah kebiasaan orang Arab ketika mengucap bermakna "hanya Allah yang SATU" (tanda TAUHID/ESA) dalam lafaz "Tiada Tuhan Melainkan Allah. Muhammad itu Pesuruh Allah". Ketika direjam oleh sebahagian lelaki Islam sambil sebahagian yang lain menyaksikan hukuman tersebut demi mengambil pengajaran dan keinsafan. Setelah menjalani hukuman rejam sampai mati. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'uun. Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa si pesalah di atas yang dilakukan sepanjang hayatnya, dimasukkan ke dalam SyurgaNya dan semoga Allah menjauhkan saudara-saudara seIslamnya dari maksiat-maksiat yang terkutuk. Ameen. Setelah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Maiz mati direjam kerana kesalahan berzina dengan seorang sahibiah bernama Ghamidiah, Rasulullah saw bersabda, Laqad taba, lau wuziat taubatahu ila ahlil madinah lakafat" (Sesungguhnya Maiz telah bertaubat, dan jika taubatnya dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk Madinah, nescaya ia mencukupi untuk mereka semua). "Dan orang-orang yang mencuri, lelaki dan wanita, potonglah tangan mereka, sebagai hukuman terhadap apa yang telah mereka lakukan. Ia sebagai balasan dari Allah. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesiapa yang bertaubat setelah (melakukan) kezalimannya dan membaiki dirinya maka sesungguhnya ALlah memberi taubat kepadanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Al-Maidah:38 – 39) Hukum hudud potong pergelangan tangan kerana kesalahan mencuri. Di Negara-negara Sekular, seseorang boleh mencuri secara terhormat seperti pecah amanah wang simpanan ratusan juta ringgit, kemudian memindahkan secara membahagi-bahagikan wang tersebut kepada suku sakatnya menjadikan mereka sekumpulan jutawan sekelip mata. Apabila beliau dihukum penjara atau denda dan tidak dapat membayar dendaan tersebut, beliau di istihar "Muflis" dan mungkin dipenjarakan untuk sesuatu tempoh. Apabila tamat tempoh penjara, beliau melangkah keluar dari penjara sebagai seorang jutawan lagi menjutawankan orang lain. Suku sakat jutawan beliau boleh memulangkan sepenuh atau sebahagian dari jutaan wangnya dengan cara halus mengikut perjanjian dan terma yang mereka sepakati bersama. Demikian berbilion wang rakyat dilesapkan sepanjang masa. Di dalam Islam, jika sabit kesalahan seperti itu, beliau akan kehilangan tapak tangannya kerana dipotong, dan hutangnya jatuh ke tangan warisnya dalam hal-hal tertentu. Seorang pesalah sedang dipancung. Pedang telah diangkat betul-betul di atas tengkuk. Kelihatan seorang lagi pesalah (berpakaian putih) telah dipancung lehernya. Kedua-dua pesalah telah dipancung. | ||||||||
| Macam2 Zaman Najib : Janda Tak Insaf, Ditangkap Khalwat 2 Kali Posted: 21 Jul 2010 07:40 AM PDT ooO tak nak serik ya..tak insaf ya..nanti masa berkhalwat, kena sambar petir baru tahu. Ini semua salah UMNO. Jahanamkan hukum islam. Umat islam kat negara ini tak segan silu buat maksiat, lawan hukum Allah. Sebab mereka tahu, kena tangkap pun, kurang-kurang kena 356, 3 tahun penjara, 5 ribu denda dan 6 kali sebatan. Kalaulah janda ni ada kat Arab Saudi, Iran atau Acheh, tentu dah insaf dan malu. Janda ditangkap khalwat kali kedua TAMAN RAKYAT JAYA, TERENGGANU- Tidak pernah serik, biarpun pernah ditangkap khalwat dan didakwa di mahkamah atas kesalahan dilakukan, seorang janda tetap melakukan perbuatan terkutuk bersama teman lelakinya. Bagaimanapun, janda itu kini menerima nasib malang apabila dia dicekup khalwat kali kedua sehingga didakwa di mahkamah atas kesalahan dilakukan. Dalam satu kes perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, Orang Kena Tuduh (OKT), Rosliza Harun, 35, dituduh berkhalwat dengan seorang duda, Razri Muhammad, 25, di rumahnya. Mengikut pertuduhan, dia ditangkap kerana berada dalam keadaan menimbulkan syak wasangka bersama pasangannya yang bukan muhrim di rumahnya diTaman Rakyat Jaya, Balai Besar, Dungun. Mengikut fakta kes, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota penguat kuasa syariah membuat serbuan ke rumah OKT kira-kira jam 11.50 malam, 10 Mac 2010. Sebaik pintu diketuk, seorang perempuan (tertuduh) membuka pintu, dan pemeriksaan lanjut menemui seorang kanak-kanak lelaki tidur di ruang tamu. Bagaimanapun, pasangannya cuba melarikan diri melalui pintu namun anggota penguat kuasa berjaya menahannya. Hasil soal siasat mendapati pasangan lelaki itu tidak mempunyai sebarang pertalian muhrim dengan janda yang pernah ditahan kerana berkhalwat sebelumnya iaitu pada 21 April 2008. Kedua-dua OKT dituduh mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu kerana kesalahan berkhalwat, jika sabit kesalahan ia boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali. Selepas meneliti penghujahan pendakwa raya, Azmi Tengah dan mendengar rayuan kedua-dua OKT, Hakim Syarie, Hamidi Shafie kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM2,800 (hukuman otak hakim) kepada kedua-dua tertuduh atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda. | ||||||||
| Posted: 21 Jul 2010 06:42 AM PDT Roswah..roswah..ngko jemput filem star tu bayar fulus ke tak. Kalau bayar fulus, baik guna duit ngko, bukannya duit rakyat. Duit susu rakyat, ada ke ko bagi. Senang je nak balun duit rakyat. Nasihatkan je sesama muslim, jangan pegang pipi de niro dahla nanti, takut apa, nanti Najib tunjuk isyarat Satu..iaitu setia kat dia sorang je. Tak kisah satu tu montel atau kurus..pendek atau tinggi..yang penting satu Najib..
| ||||||||
| Nisfu Sya'aban InsyaALLAH Jatuh Pada 26 Julai Ini Posted: 21 Jul 2010 05:46 AM PDT Untuk makluman semua...Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Isnin malam Selasa minggu depan ( sebaik saja masuk maghrib), 26hb Julai, 2010(selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1430H) Ini sedikit catitan tentang malam nisfu sya'ban, yang diambil dari blog al-bakriah.wordpress Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. "Nisfu" bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran. (Foto di atas adalah hasil kerja anak-anak saya yang sedang belajar Adobe Photoshop). Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), "Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban" (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari). Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, "Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, "Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)". Aisyah ra menyambung, "Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten" (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari). Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur". (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari). Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) "Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari). Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat "Nisfu Syaaban", status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A'mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. "Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub" (Imam Hasan Al-Banna). Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar'iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid'ah. Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty: Dari Usamah b Zaid ra berkata, "Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban". Rasulullah bersabda, "Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa" (riwayat An-Nasaie).
Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, "Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa". Nabi saw menjawab bermaksud, "Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan". Nabi saw ditanya lagi, "Sedekah apakah yang terafdhal?". Nabi saw menjawab, "Sedekah dibulan Ramadan". Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.
Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, "Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar".
Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, "Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak". Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak. Akhir kata, Allahumma a'inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen. | ||||||||
| Isu Kerajaan Perpaduang : Dewan Himpunan Penyokong PAS Lebih Hebat Dari Pemimpin PAS Posted: 21 Jul 2010 04:57 AM PDT Dewan Himpunan penyokong PAS lebih hebat daripada pemimpin PAS yang pro pada UMNO, tapi tak kisah walaupun UMNO tolak islam. Yang penting melayauuu.. Tidak mungkin kerjasama SHAH ALAM – Tidak wujud persamaan antara UMNO dan Pas yang membolehkan kedua-dua parti tersebut mengadakan kerjasama. Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw berkata, perjuangan UMNO adalah untuk kaum Melayu semata-mata dan berbeza dengan perjuangan Pas yang lebih global apabila meletakkan Islam sebagai teras dan membela semua kaum. "Saya tidak merasakan kerjasama antara Pas dan UMNO akan berlaku kerana tiada titik persamaan untuk dibincangkan. Ini memandang perjuangan UMNO lebih sempit skopnya iaitu tertumpu kepada orang Melayu sahaja. "Saya tidak melihat perpecahan dalam kalangan orang Melayu kecuali berbeza fahaman politik. Pada saya, tiada apa yang perlu dibincangkan (mengenai perpaduan) sebaliknya UMNO perlu belajar daripada Pas dalam usaha menyatukan kaum-kaum lain dalam parti itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Sementara itu, Timbalan Pengerusi, N Balasubramaniam berkata, UMNO sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk menerima dasar Islam yang diperjuangkan Pas memandangkan parti itu terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam. "Tentulah kita suka jika UMNO dan Pas dapat bersatu lebih-lebih lagi jika UMNO boleh mengikut dasar Pas. Ahli Pas dan UMNO masing-masing adalah daripada kalangan orang Melayu, jadi apa salahnya jika UMNO mengikut dasar Pas demi kebaikan orang Melayu sendiri. "Jika kami sendiri dapat menerima dasar Pas yang memperjuangkan Islam walaupun ahlinya bukan daripada kaum Melayu,kenapa tidak UMNO melakukan perkara yang sama? Malah, di dalam al-Quran pun ada menyebut bahawa Islam itu akan membawa kebaikan kepada seluruh alam," katanya. | ||||||||
| UMNO Parti Tiada Masa Depan - KJ Posted: 21 Jul 2010 04:00 AM PDT Khairy sedar Umno tiada masa depan lagi Mohd Rashidi Hasan 'TIADA angin tiada ribut'. Tiba-tiba sahaja Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membuat pengumuman bahawa beliau sedang menimbangkan untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya. Ketika ditanya lanjut oleh agendadaily, laman portal pro-Umno, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, "Pada waktu ini saya lebih cenderung kepada mengosongkan jawatan selepas satu penggal. Walaupun belum muktamad lagi, tapi I am seriously considering." Khairy menafikan beliau merajuk, tetapi beliau mahu memberi peluang kepada orang-orang baru. Katanya, walaupun usia baru mencecah 36 tahun, namun tiga penggal dalam pemuda sudah terlalu lama. Beliau menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan dalam tempoh dua tahun. Namun, Khairy mengakui bahawa 'politic is a big boy's game. Its not child's play'. Juga beliau akui tiada perlunya bersikap terlalu idealistik atau terlalu berharap. Mengapa agaknya Khairy bersikap sebegini? Apakah baru sekarang beliau sedar, beliau tidak diperlukan dalam Umno dan tidak berpeluang dilantik menganggotai Kabinet? Tindakan Khairy ini mencetuskan andaian. Mungkin juga ia satu usaha beliau menarik simpati, sambil memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, melantik duduk dalam kerajaan, dalam suatu rombakan yang dijangka akan dilakukan dalam waktu yang terdekat ini. Walaupun pelantikan jawatan dalam Kabinet merupakan perogatif PM, namun Khairy ada hak kerana beliau dalam Ketua Pemuda Umno. Tambahan pula Naib Ketuanya sudah dilantik sebagai Timbalan Menteri. Malah pesaing yang tewas dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno juga sudah dilantik jadi Timbalan Menteri. Beliau 'habuk pun tak ada'. Selepas setahun lebih Najib mengambil alih jawatan PM dari bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khairy masih tidak diberi peluang dalam kerajaan. Tanpa jawatan dalam kerajaan, Khairy sukar untuk bergerak. Beliau tidak ada platform untuk meraih sokongan juak-juak dan kroni. Beliau tiada bajet untuk 'membela' kroni. "Dulu masa dia Naib Ketua dia ada bajet besar, maklumlah masa tu bapa mertua dia PM. Orang kata masa tu kalau Hisham (Dato' Seri Hishammuddin Hussein) lawat bahagian, bawa 30K (RM30 ribu), dia akan cover balik dengan 70K (RM70 ribu). "Sebab tu dia dapat pencalonan besar sebagai Ketua," kata seorang bekas Ketua Pemuda Umno bahagian kepada penulis. Penulis pun tidak dapat memastikan sama ada dakwaan pemuda Umno ini benar atau tidak, wallahua'lam. Tetapi yang pasti Khairy disabitkan dengan kesalahan mengamalkan politik wang. Beliau didapati bersalah, tetapi dilepaskan dengan amaran. Nak tahu banyak mana, kena tanya Jawatankuasa Disiplin Umno. Apa pun, amalan 'membela' kroni dalam Umno adalah perkara biasa dalam sebuah parti yang mengamalkan politik wang. Setiap kali pembesar turun ke bahagian, maka 'bergayut-gayutlah' juak dan kroni menanti habuan. Untuk seseorang pemimpin menaburkan habuan kepada juak dan kroni, mereka harus mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan ataupun menjadi pengarah kepada berpuluh-puluh buah syarikat milik kerajaan. Maka dalam keadaan Khairy tidak berjawatan, dalam keadaan sekarang beliau dijangka tidak mampu untuk 'maintain' juak dan kroni. Jika adapun yang boleh dihulur, barangkali tidaklah selebat dahulu. Isunya di sini, bukan soal memberi peluang kepada orang baru, hakikat sebenarnya yang Khairy tidak harus sembunyikan ialah sebaik sahaja Abdullah melepaskan jawatan PM, masa depannya dalam Umno sudah terlalu gelap. Khairy tidak harus lupa bagaimana beliau dan bapa mertuanya 'disumpah-seranah' dengan teruknya oleh ahli-ahli Umno akibat kekalahan besar Umno-BN pada PRU ke-12, 8 Mac 2008. Memang tidak patut diletakkan kesalahan kepada Abdullah dan Khairy, yang ditolak rakyat bukannya mereka berdua sahaja, tetapi Umno dan Barisan Nasional keseluruhannya. Tetapi Umno tidak mahu mengakui hakikat ini. Mereka mahu mencari 'kambing hitam'. Abdullah sudah menjadi mangsa. Kali ini giliran Khairy pula. Orang-orang Umno tidak akan 'duduk diam' selagi Khairy tidak 'dihapuskan'. Umno mengamalkan pemusatan kuasa. Ketika Abdullah berkuasa, semua orang mahu jadi orang Abdullah. Cantas mencantas berlaku. Pelantikan anggota Kabinet, malah Menteri Besar pun harus 'orang Pak Lah'. Pendek kata, sesiapa yang menjadi PM dan Presiden Umno ketika itu, ianya adalah era dia 'beraja dan bertakhta' dalam Umno dan kerajaan. Pemusatan kuasa dalam Umno ini, dilakukan sejak zaman Mahathir memerintah. Kali ini zaman Najib berkuasa, orang-orang Abdullah, anak beranak, penyokong dan kroni yang melakukan onar dalam tempoh Abdullah berkuasa, harus dibersihkan. Kecuali mereka-mereka yang menjadi 'talam dua muka' dan golongan yang 'mencari makan' dalam Umno. Oleh itu, dalam keadaan sekarang sukar untuk Najib melantik Khairy dalam Kabinet selagi 'musuh sebenar' beliau, Tun Mahathir Mohamad masih hidup. Mungkin juga Najib hendak beri peluang kepada Khairy, tetap beliau mungkin tidak akan tahan apabila 'orang tua' itu mula membebel. Maka dengan sebab itu Khairy tiada pilihan lain. Sama suka atau tidak beliau terpaksa melepaskan jawatan sama ada sampai dua tahun atau tidak, bergantung kepada keadaan. Antara sebab yang mendorong beliau mengundurkan diri, pertama, sebab beliau tidak dilantik dalam Kabinet. Pengaruh Mahathir begitu besar dalam hidup Najib sehingga menyukarkan beliau membuat keputusan. Kedua, jika ada pemilihan Ketua Pemuda, barangkali beliau tidak mendapat pencalonan yang mencukupi. Waktu pemilihan merupakan kesempatan terbaik bagi musuh untuk 'menghapuskan hayat politik' beliau dan gesaan untuk beliau meletakkan jawatan sudah kedengaran dalam Pemuda Umno sekarang. Ketiga, oleh kerana akan tiada jawatan, tiada pengaruh lagi, mungkin juga menjelang PRU ke-13, beliau tidak dicalonkan semula untuk kerusi Parlimen Rembau. Dan keempat, barangkali Khairy sedar bahawa Umno sudah tiada masa depan. Umno-BN ibarat 'tongkang pecah' menanti hendak karam. Oleh itu sebelum beliau tenggelam bersama Umno-BN, baik dia berundur dahulu. Apa pun Khairy sebenarnya bernasib baik kerana, beliau dapat bertahan lebih lama daripada Abdullah. Kalau diikutkan kehendak Mahathir dan musuh-musuhnya, mereka mahu kedua mertua menantu itu merudum sama-sama. Dalam keadaan Abdullah sudah kehilangan kuasa, Khairy ibarat 'anak ayam kehilangan ibu'. Beliau tiada tempat bergantung, tidak dikehendaki dalam Umno. Berada dalam situasi sebegini amat menyukarkan beliau untuk melaksanakan tugas Ketua Pemuda Umno. Masalah yang menimpa Abdullah dan Khairy, tidak harus dilihat dalam aspek yang terpencil. Pemerintahan Abdullah mencetuskan banyak persepsi negatif terhadap beliau, keluarga dan kroni. Ia harus dijadikan iktibar buat semua yang pernah berkuasa. Semua pemimpin politik harus mengambil iktibar. Sesiapa pun yang berada di tampuk kuasa, atau pernah digelandangi dengan kekuasaan, tidak harus dilihat tamak, bongkak dan mementingkan diri, keluarga serta kroni. Hakikatnya, kita harus sedar bahawa kekuasaan, kekayaan dan pengaruh, bukan milik kita selamanya. Ambillah pengajaran dari firman Allah (mafhumnya): "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."(Surah Ali Imraan, ayat 26) Semua pihak yang berseteru dalam Umno, sama ada Mahathir atau Khairy, atau sesiapa sahaja harus sedar bahawa, Umno-BN sudah tiada masa depan dalam negara. Trend pada waktu ini, masa depan rakyat Malaysia adalah bersama Pakatan Rakyat. Untuk Umno, mereka boleh berebut jawatan, mereka boleh tumbangkan semua orang-orang Abdullah, mereka boleh melakukan pembersihan sesuka hati dalam Umno kerana Najib berkuasa. Buatlah apa pun, sebelum Umno-BN 'dibersihkan' oleh rakyat pada PRU ke-13 nanti. | ||||||||
| Pak Guard Universiti Jadi Peragut.. Posted: 21 Jul 2010 02:42 AM PDT Pak guard universiti ada yang jahat..tapi ada juga yang jahat. Masa zaman student dulu, pak guard inilah yang selalu kacau bila student nak berhimpun, nak serah memorandum. Ada juga pak guard yang rompak harta student (sini) Dan terbaru, bukti pak guard universiti ada yang bersikap penjenayah Pengawal keselamatan ragut penuntut UiTM dipenjara lima tahun SHAH ALAM - Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah meragut beg tangan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara pada minggu lepas. Hakim Latifah Mohd Tahar memerintahkan Hairul Azuan Abdul Rahman, 33, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 15 Julai lepas. Dia didakwa meragut beg tangan Juliza Jamaluddin, 23, yang mengandungi dompet, sebuah telefon bimbit, kad pelajar dan lesen memandu serta kad pengenalan di Jalan Persiaran Raja Muda, Seksyen 3 di sini, pada 8.15 pagi 15 Julai. Menurut fakta kes, Hairul Azuan bertindak meragut beg tangan Juliza yang sedang dalam perjalanan ke kampusnya dengan menaiki motosikal. Tertuduh yang juga menunggang motosikal melarikan diri sebelum pelajar itu bertindak mengejarnya dan melanggar motosikal tertuduh menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh dari motosikal masing-masing. Hairul Azuan, yang cuba melarikan diri, bagaimanapun diberkas oleh dua anggota polis yang terdengar jeritan meminta tolong daripada Juliza. | ||||||||
| Najib & Roswah Mungkin Dibicarakan Di Mahkamah Perancis Posted: 21 Jul 2010 01:45 AM PDT Mungkinkah Najib menjadi saksi di mahkamah Peranchis? Barangkali ramai orang sudah mempercayai keupayaan Perdana Menteri Najib Razak menerajui kepimpinan negara. Sebutan 'Satu Malaysia' sering kedengaran di sana sini terutama melalui corong-corong radio dan televisyen. Tidak cukup dengan itu, apa jua dasar baru yang diperkenalkan, masih juga menyematkan perkataan '1Malaysia' seperti 'Klinik 1Malaysia' dan sebagainya. Tetapi, adakah kita pasti Najib sekarang tidur lena? Mungkin agak keterlaluan apabila kita mengatakan dia sekarang mampu untuk tidur lena di tilam empuk di puncak Putrajaya. Cerita-cerita tentang pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu sudah tentu masih muncul dalam mimpi-mimpinya. Manakan tidak? Sekiranya kita tidak bersubahat pun, igauan-igauan yang timbul apabila terkenangkan sesuatu pembunuhan itu juga sudah cukup membawa kegerunan kepada kita semua – sudah tentu kepada aku sendiri. Ada segelintir pihak yang cuba menyangkal penyelidikan prestasi Najib melalui satu tinjauan Merdeka Center yang memberangsangkan tidak lama dahulu. Cerita demi cerita, pembongkaran demi pembongkaran. Malah, kisah ini juga cuba dilukiskan secara sinis dalam majalah-majalah kartun yang kemudiannya diharamkan oleh pihak kerajaan (sebut Kementerian Dalam Negeri). Penyunting kepada portal berita Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin kini berganding bahu dengan salah seorang ahli politik berwibawa dan peguam Zaid Ibrahim dalam mendedahkan kebobrokan Najib. Melalui pendedahan-pendedahan yang dijalankan, orang ramai mula bertanya-tanya dan menimbulkan ratusan lagi persoalan. Menjurus dari situ, surat akuan sumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam memperkuatkan dakwaan yang dilemparkan. Malahan peguam kanan Manjeet Singh Dhillon – yang membawa jawapan dalam bentuk akuan bersumpah (SD) Bala bersamanya apabila pulang daripada London untuk diserahkan kepada SPRM – telah dicerobohi rumah kediamannya dan komputer ribanya dicuri. Zaid Ibrahim telah menuduh Najib yang takut kepada Raja Petra dan Bala kerana apa yang mereka tidak mengetahui mengenai pembunuhan Altantuya ialah sebenarnya itulah yang perlu diketahui umum. Kenapa SPRM berdolak-dalih? Jadi, adakah kita terkejut sekiranya tidak ada usaha dijalankan untuk menyiasat Bala di London? Ya, mungkin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dipersoalkan mengenai fungsi kebebasan yang konon diakui itu. Dolak-dalih SPRM di dalam kes ini jelas menjelekkan mata dunia. Pihak polis cawangan khas dikatakan sudah pun memulakan siasatan mereka. Jadi, adakah bermakna SPRM sudah lepas dari tanggungjawab untuk memberi keadilan? Bagaimana SPRM boleh memperbaiki kredibilitinya sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab untuk membenteras kegiatan rasuah dengan dolak-dalih yang diberikan seperti ini? Bagi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pula, lebih baik berdiam sahaja dari mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan. Khairy Jamaluddin pula dengan 'semangat Melayu' berkobar-kobar menyelar pihak polis yang melengah-lengahkan usaha menangkap Raja Petra. Di antara Khairy, Najib dan Raja Petra sudah tentu tiada cinta antara mereka. Masing-masing dengan agenda masing-masing. Sekiranya kesemuanya itu dicantumkan dengan fakta yang ada pada Bala, sudah tentu semuanya akan selesai. Sekarang, pihak berkuasa Peranchis sudah pun memulakan siasatan terhadap kes ini. Bala sudah mengatakan bahawa beliau akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan dia kotakan apa yang dikatakan. Melalui kenyataan medianya, Bala memberitahu bahawa dia menceritakan segala apa yang diketahuinya berkenaan dengan pembunuhan Altantuya, pembelian perkakas ketenteraan melalui broker Abdul Razak Baginda dan pertaliannya mereka semua dengan Najib. Bala juga mendedahkan kepada pihak berkuasa Peranchis mengenai bagaimana beliau diugut dan disogokkan dengan wang oleh adik Najib Nazim dan penjual permaidani Deepak Jaikishan. Pertemuan Bala di Paris bersama pendakwaraya Peranchis M Ryckewaert pada Julai 12 lalu dijalankan selama tiga jam. Menurut Bala, apa yang menarik minat pihak berkuasa Peranchis ialah berkaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene pada tahun 2002 ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan. Mereka mahu menyiasat sama ada DCNS, sebu Di dalam kenyataan medianya, Bala telah menceritakan mengenai syarikat Malaysia, Perimekar yang dimiliki isteri Abdul Razak Baginda dibayar RM570 juta untuk menyelaraskan dan menyediakan perkhidmatan sokongan terhadap Scorpene.ah syarikat pertahanan yang berpengkalan di Peranchis ada memberi komisyen di dalam pembelian tersebut. Bagi Peranchis, transaksi sedemikian merupakan satu jenayah. Apakah pilihan yang ada pada Najib kini? Walau apa pun terjadi, Najib perlu mempersiapkan dirinya dengan berhadapan dengan mahkamah – tidak di negara ini, di negara asing. Beliau perlu mengemukakan seberapa banyak bukti untuk menyingkirkan pertuduhan-pertuduhan yang dilemparkan, bukannya cuba menutup mulut atau menghalang pendakwaan. Melalui mahkamah sahajalah Najib boleh menyingkirkan syak wasangka kenapa inspektor Azilah Hadri dan korporal Sirul Azhar Umar yang bertugas dengan pejabatnya boleh terbabit dalam perbuatan meletupkan si mangsa dengan bahan letupan C4. Tetapi, adakah Najib berupaya lakukan sebegitu? Bayangkan Najib dan Rosmah berarak memasuki mahkamah sebagai saksi ke kamar keadilan? Hancur-lulurlah Rosmah jika mana beliau tidak pula berpeluang untuk membeli-belah sakan di Paris – pusat fesyen dunia. -sumber | ||||||||
| Posted: 21 Jul 2010 12:57 AM PDT Ini mungkin kenyataan golongan kanan, menentang golongan kiri yang ingin bersatu dengan UMNO.. Tolak Harussani, ahli Umno diseru sertai PAS PAS menolak cadangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk menjadi perantaraan antara PAS dan Umno, kata ketua penerangannya, Idris Ahmad. Sebaliknya, beliau menyeru ahli Umno "yang ikhlas dan sayangkan agama, bangsa dan negara" supaya keluar Umno dan menyertai PAS yang sedang membentuk pemetaan politik baru bersama-sama Pakatan Rakyat. "Ingatlah Islam selamat, Melayu selamat, bangsa lain selamat, negara pun selamat. Kalau Melayu selamat belum tentu Islam dan negara akan selamat," tegasnya. Dalam satu kenyataan hari ini, Idris menegaskan bahawa PAS bukan angkuh tetapi "itulah hakikat yang berlaku pada hari ini (ialah) Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh". "Parti yang pernah disebut oleh (mantan perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) sebagai parti yang busuk sampai usus. Sepatutya Tun kena nasihat supaya ahli Umno keluar beramai-ramai masuk PAS. Apakah logik PAS diseru untuk bersatu dengan Umno. "Sedangkan mereka mengalami penyakit yang berjangkit iaitu penyakit barah rasuah dalaman parti, penyakit khianat kepada amanah rakyat, tidak bertanggungjawab kepada hasil mahsul negara, penyakit hanya memikirkan kepentingan perut semata-mata, penyakit tidak peduli kepada rakyat dengan menaikkan harga barang. "Apa perlu PAS diajak bersama dengan Umno semata-mata kerana hendak menghulurkan balang oksigen kepada Umno yang semakin kehilangan sokongan terutama Melayu terpelajar dan Melayu yang celik maklumat," tegasnya. PAS, tegas Idris, memahami tahap sokongan orang Melayu sudah berubah, maka Umno berdendang dengan irama lama, iaitu kuasa Melayu terancam. "Apabila sudah nyawa di hujung halqum, baru Umno sedar PAS parti Melayu. Sebelumnya Umno tidak pernah memandang PAS, malah angkuh dengan kuasa untuk menindas sesama bangsa. "PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani sebagai seorang mufti, antara disiplin mufti kena rujuk al-Quran, hadis, ijmak dan qias dan mengetahui gambaran masalah yang berbangkit, barulah boleh keluarkan fatwa. Barulah fatwa yang dikeluarkan itu dihormati oleh orang ramai. "Begitu juga dalam hal politik, sebelum beliau hendak mengeluarkan pandangan, biarlah buat kajian dahulu, apakah benar kalau PAS dan Umno tidak bersatu kuasa politik melayu terancam," tegas Idris lagi. Sehubungan itu, katanya, PAS suka mengingatkan Harussani supaya melihat dahulu keputusan pilihanraya 2008 dan siapakah yang mengkhianat kuasa politik Melayu. "PAS atau Umno. Macam mana kuasa Melayu boleh hilang kuasa sebab semua kerusi Melayu, PAS akan lawan Umno, kalau Umno kalah, PAS menang, PAS Melayu juga. Mana sifir kuasa Melayu terancam. "Apakah Tan Sri hanya anggap PAS kuda tungangan DAP dan PKR ketika berkongsi kuasa dalam Pakatan Rakyat. Manakah bukti PAS rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR," soalnya. Sebaliknya, kata Idris, PAS boleh membuktikan banyak tindakan Umno bersama rakan-rakan BNnya, yang merugikan agama dan bangsa. "Tan Sri lupakah yang menutup surau di Seksyen 8 Shah Alam itu dibuat oleh Umno pimpinan (Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo. Lupakah Tan Sri, yang halau orang Melayu di Kg Berembang dan Kg Plentong Pasir Gudang Johor adalah di bawah Umno. "Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus, al-Marhum Datuk Ishak Baharom diburu macam penjenayah kerana hendak menyampaikan ceramah agama ketika Selangor di bawah Umno. Adakah laporan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tutup surau sejak memerintah Pulau Pinang," soalnya lagi. Hakikat yang berlaku, tegasnya ialah, Umno yang menyerahkan kerusi majoriti Melayu kepada bukan Melayu. "Contohnya, Parlimen Bukit Gantang, pada 2004, Dr Lo lo' PAS lawan Tan Lian Hoe (BN). Kemudian (pada) tahun 2008 Tan Lian Hoe bertanding di Grik melawan Mohd Noor Abd Rahman (PAS). Parlimen Tanjung Malim - Mohd Azman Marjohan PKR lawan Ong Ka Chuan (MCA). DUN Pasir Panjang - Datuk Seri Haji Nizar (PAS) lawan Dr S Vasan (MIC). "Malah dalam usaha hendak menambah kerusi Melayu, maka PAS bertanding di kerusi (di mana) pengundi Melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja yang ditandingi oleh Dr Mariah (Mahmud). Ini adalah sebahagian contoh yang dikhianati oleh parti Umno yang menjadi kekasih Tan Sri Harussani," katanya. -malaysiakini- Macam ada dua kapal je dalam PAS. Satu nak bersatu, satu nak berselingkuh..apapun saya tetap memilih tak nak bersatu, selagi UMNO yahudi tidak ubah dasar kepada islam. Cukup mudah je..suruh Rosmah tutup aurat je...dan ubah dasar-dasar lain..lepas tu baru kita pakat join UMNO.. | ||||||||
| Harus Sani Agen Konspirasi UMNO?? Posted: 20 Jul 2010 11:21 PM PDT Mungkinkah Harus sani agen konspirasi dalam isu kerajaan perpaduang ini. Inilah yang didedahkan oleh Salahuddin Ayub hari ini GOMBAK, 21 Julai: PAS diminta berwaspada dengan rancangan 'pasukan khas' yang ditubuhkan Umno untuk membangkitkan semula isu perpaduan PAS dengan parti perkauman Melayu itu. "Awas pada satu kewujudan pasukan khas yang dicipta oleh Umno untuk memecahbelahkan PAS," ujar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, malam tadi. Katanya, pengakuan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kononnya ada pemimpin tertinggi PAS bertemu dengannya untuk menyatukan PAS dengan Umno juga dipercayai sebahagian daripada rancangan pasukan khas tersebut. "Ini adalah konspirasi rapi yang mungkin memaksa Harussani berbohong, mungkin juga ada dalang pasukan khas ini," beliau menambah. Rancangan pasukan khas tersebut, katanya lagi, turut bertujuan mewujudkan kesangsian dalam Pakatan Rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi. "Rancangan ini memang untuk pecah belahkan PAS dan wujudkan kesangsian dalam Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya umum depan," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Tambahnya lagi, sepasukan khas tersebut terpaksa pergi sejauh ini mungkin disebabkan rancangan kemasukan 40 ulama muda yang diwar-warkan sebelum ini kurang memberi impak kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Namun, beliau berkata, rancangan terbaru Umno itu seakan menarik minat awam untuk sangsi dengan iltizam politik PAS bersama-sama Pakatan Rakyat. |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



























Tiada ulasan:
Catat Ulasan