Ahad, 18 Julai 2010

Justice For All

Justice For All


Ucapan Perkauman Makanan Ruji UMNO

Posted: 18 Jul 2010 06:35 PM PDT

Ini ucapan perkauman. Tak nak heret mamat ni ke mahkamah ke? Kalau PR buat ucapan macam ni, sudah tentu dah lingkup di kamunting.

Pulau Pinang jadi Singapura kedua?

BUKIT MERTAJAM 18 Julai - Jika pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas berterusan membiarkan mereka menjadi tunggangan DAP, jangan terkejut sekiranya Pulau Pinang muncul sebagai Singapura kedua satu hari nanti.

Peringatan itu dibuat Ketua Penerangan UMNO Pulau negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Menurutnya, beliau bimbang nasib orang Melayu ekoran sikap pemimpin PKR dan Pas dalam pakatan pembangkang yang bacul dan tidak tegas.

Justeru, beliau menggesa pemimpin Melayu kedua-dua parti itu membuka mata dan kembali ke pangkal jalan kerana orang Melayu dan Islam perlu bersatu supaya tidak berterusan ditindas pihak lain.

"Pemimpin PKR dan Pas di negeri ini sebenarnya kalau hendak bantu selesai apa jua masalah membabitkan orang Melayu, mereka sebenarnya boleh.

"Tapi disebabkan sudah menjadi tunggangan DAP, jadi mereka takut nak bersuara. Kalau kita tengok di Pulau Pinang ini apa yang mereka dah buat untuk bantu orang Melayu, bila gerai atau rumah Melayu 'dicuit' mereka buat apa, takkan dah hujung baru nak sedar, masa tu dah tak boleh nak buat apa dah," katanya.

Beliau ditemui selepas menyaksikan Majlis Pembubaran PKR Ranting Jalan Permatang Tinggi dan menerima 56 borang keahlian UMNO daripada bekas ahli PKR ranting berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO bahagian, Ramlan Ishak, Ketua UMNO Cawangan Permatang Tinggi, Saidin Ali, bekas Ketua PKR cawangan sama, Shafie Ali dan bekas Naib Ketuanya, Ismail Md. Ali.

Si Zahrain Pun Ada Hati Nak Jadi Naib Presiden FAM

Posted: 18 Jul 2010 05:36 PM PDT

Kata nak anjur Piala Dunia, tapi isu dalaman FAM sentiasa bergolak. Terbaru isu Azzuddin Ahmad, Setiausaha Agong FAM yang flip flop dan juga penguguran Jurulatih Harimau Muda, Mohd Azraai Khor Abdullah, serta penolongnya, Azman Eusoff dan pengendali penjaga gol, P Mohana Sundram. Dan sekarang pula perebutan jawatan dalam FAM..hinggakan si katak Zahrain pun nak cuba nasib kerusi Naib Presiden. Alahai bola Malaysia, tak habis-habis dengan politik.

Kerusi timbalan presiden sengit

FAM umum enam nama besar bakal rebut dua jawatan kedua penting

KONGRES Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-47 pada 31 Julai ini menyaksikan persaingan sengit antara bekas penyandang, mantan Menteri Besar dan Menteri Belia Sukan sebelum ini bagi merebut dua tempat yang ditawarkan bagi jawatan Timbalan Presiden.

Antara nama besar mengesahkan bakal bertanding ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Presiden Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa bersama-sama penyandang, Datuk Seri Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad.

Naib Presiden, Datuk Che Mat Jusoh juga melahirkan hasrat menduduki kerusi lebih empuk dengan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad melengkapkan senarai enam calon diumumkan FAM.

Kertas pencalonan itu turut mengesahkan penarikan diri seorang lagi penyandang, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini diura-urakan tidak akan menyambung satu lagi penggal di Wisma FAM.

Bagi jawatan Naib Presiden, bakal berlaku perebutan antara lapan calon bagi empat tempat iaitu Datuk Affandi Hamzah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Datuk S Subramaniam, Datuk Hamidin Mohd Amin, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim, Datuk Subahan Kamal dan Datuk Lawrence Gimbang.

Satu lagi jawatan yang dipertandingkan, ahli eksekutif menyaksikan persaingan antara 13 calon untuk lapan kerusi. Hanya Presiden, Sultan Ahmad Shah yang kekal selepas diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Pemilihan jawatankuasa eksekutif kali ini dilihat paling menarik dalam sejarah FAM melihatkan ia adalah kali pertama akan dilaksanakan berasaskan perlembagaan baru FAM yang sejajar dengan statut Gabungan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Hanya jawatankuasa eksekutif yang akan merancang dan memutuskan semua dasar FAM. Jawatankuasa eksekutif ini dianggotai 15 orang ahli iaitu Presiden, dua timbalan presiden, empat naib presiden dan lapan ahli eksekutif," titah Ahmad Shah selepas mesyuarat majlis terakhir penggal di Wisma FAM, semalam sebelum 'kabinet' badan induk itu dibubarkan.

Mat Taib Lari Sekali Lagi

Posted: 18 Jul 2010 04:18 PM PDT

Mat Taib ni merajuk ke?? Sebab Najib tak pilihnya sebagai calon Hulu Selangor..tentu dalam hati Mat Taib berbisik, kalau Isa Samad yang amal rasuah pun boleh jadi calon prk bagan pinang, takkanlah aku ni tak boleh"..hehe UMNO, siapa ada duit, dia boleh naik. Sape takde, boleh ditendang bila-bila..

Mat Taib Pulak Hilang

KUALA LUMPUR - Kegagalan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dari menghadiri aktiviti pergerakan itu, terutama bahagiannya terus menimbulkan tanda tanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sebagai pemimpin yang pernah menjawat jawatan tertinggi parti dan pentadbiran Selangor dan Pusat, perlu memberikan contoh terbaik supaya boleh dicontohi orang lain.

Beliau mendakwa, tindakan Muhammad yang dilaporkan dua kali tidak menghadiri mesyuarat bahagian serta tidak pernah menghadiri mesyuarat perhubungan UMNO negeri yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan kegagalannya menunjukkan komitmen terhadap kerja dan melaksanakan tanggungjawab.

"Beliau beri contoh terburuk sebagai seorang pemimpin yang begitu berpengalaman dan juga contoh terburuk dari segi kepimpinan apabila dilihat tidak mengambil peduli mengenai bahagian yang diketuai, sama ada untuk menghadiri mesyuarat atau menjalankan sebarang aktiviti," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib yang juga Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997 dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah hampir setahun dari Mac 2008 hingga April 2009, adalah juga bekas Naib Presiden UMNO dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor serta bekas Ketua Penerangan UMNO, didakwa tidak aktif dalam politik sejak kalah dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO, Mac tahun lalu. - Bernama

Adakah Orang Melayu Kelantan Paling Bijak??

Posted: 18 Jul 2010 06:00 AM PDT

Kenapa Melayu Kelantan Tak Sokong UMNO

Jangan sekali2 mengatakan melayu Kelantan bodoh, malah melayu Kelantan bolih hidup dimana2 saja di seluruh pelusuk tanah air, meraka bolih berdikari dan tanpa memerlukan tongkat, anak2 Kelantan ramai memenuhi pusat2 pengajian tinggi, tak kurang yang Profesional, bolih di sebut nama2 mereka.

55% melayu Kelantan menolak Umno dalam pilihanraya, 45% solid molid sokong Umno, PAS tidak bergantung sepenuh nya kepada melayu, Pas bolih meraih majoriti selesa di bantu olih semua kaum yang beragama Islam dan sebahagian non Muslim, kerana apa ?, kerana dasar Pas lebih luas skop nya dengan ISLAM idiologi nya dan melibat kan soal Dosa dan Pahala, Syurga dan Neraka, Dunia dan Akhirat.

Islam dasar yang di bawa olih PAS di iktiraf olih Allah, berbanding MELAYU dasar Umno yang tak kemana, tak lebih sekangkang KERA jah, sempit berbanding Islam untuk kesejahteraan seluruh umat manusia di muka bumi ini.

Yang melayu sendiri cemuh Melayu Umno pulak adalah kerana perangai2 yang tak berakhlak sesetengah pemimpin Umno, dengan joli nya , khianat nya, RASUAH, bongkak, hipokrit termasuk pemimpin2 kampongan yang kecik2, banyak melakukan maksiat langsung tak bolih ambil pengajaran.

Ada paham ? antara2 sebab yang melayu tolak melayu Umno kenapa ?.

Toksah mengugut lah………….toksah cucuk2 dengan duit lah……………….mereka tetap berpegang dengan pesanan Tok Guru mereka.

Sekali lagi jangan menganggap melayu Kelantan bolih di perkotak katik kan, mereke susah untuk di jadi kan barangan dagangan, yang sedang sokong Umno tu jah yang bangang. (sumber)

PR Lebih Tegas Dari UMNgOk Dalam Isu Pasir - SUK Selangor

Posted: 18 Jul 2010 05:15 AM PDT

Selangor Tegas Atasi Curi Pasir, Rampas Peralatan & Tanah

Kesungguhan diiringi tindakan tegas yang dilakukan kerajaan Selangor dalam mengekang masalah curi pasir berjaya mengurangkan kejadian itu dari berleluasa berbanding ketika zaman pemerintahan kerajaan Umno Barisan Nasional.

Hal ini ditegaskan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud yang membandingkan rekod pengurangan kecurian pasir pada zaman pentadbiran Pakatan Rakyat berbanding Umno BN.

"Kecurian pasir sebenarnya sudah kurang dan apakah kerajaan negeri sudah membuat pemantauan hari-hari dan rondaan, setiap-setiap pejabat daerah perlu membuat rondaan kerana untuk memulakan operasi satu pasir, ia mengambil masa.

"Ia tidak boleh mengambil masa satu dua jam. Bila kita jalankan rondaan kalau ada batu, dan kedua kita adakan kawalan secara statik," katanya.

Selain meletakkan penguatkuasa kerajaan di kawasan yang disyaki berlaku kecurian pasir, kerajaan negeri juga mengerah anggota Rela bagi memantau kegiatan berkenaan.

Tawaran ganjaran RM55 000 bagi aduan sehinggakan kerajaan negeri dapat membanteras masalah kegiatan curi pasir.

"Kami memberi mereka elaun untuk mereka bersama-sama dalam 24 jam sehari maknanya kawasan itu ada kawalan," katanya.

Kerajaan negeri menggunakan dua pendekatan berbeza dalam memastikan keberkesanan penguatkuasaan terhadap pencuri pasir berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

"Bagi tanah kerajaan, kita masuk ke kawasan itu, ada sahaja mesin apa sahaja jentera di atas tanah kerajaan, kita rampas. Pada tahun lepas sahaja kita telah rampas 27 barang peralatan perlombongan pasir," katanya.

Bagi kes kecurian pasir di tanah milik persendirian, kerajaan negeri tidak ada kuasa merampas barangan dan peralatan melombong pasir tetapi mengeluarkan Notis 7A dan 8B kepada pemilik tanah.

Kegagalan pematuhan kepada notis berkenaan, sama ada tidak berupaya memulih tanah atau gagal memberi penjelasan, membolehkan tanah mereka dirampas yang dibuat berdasarkan Notis 8A.

Untuk rekod, sebanyak 11 lot tanah dirampas setakat ini manakala 86 lagi lot tanah dalam proses tindakan sama.

Malu Betul Ada Mufti Yang Suka Menipu

Posted: 18 Jul 2010 03:59 AM PDT

Harusani..harusani..malukan intitusi mufti betullah..ada ke pernah mufti dikata penipu.. Memang takde kat Malaysia ni mufti dituduh penipu. Harusani memang tak layak jadi mufti. Menipu je kerjanya. Makan duit haram. Wooi mufti penipu, kerja guru pasti lebih afdal dari jadi mufti yang menipu. Malukan umat islam betul..

Ini berita yang kata mufti Perak kaki penipu..

Harus Sani Makin celaru

IPOH, 18 Julai: Sekarang sudah terang lagi bersuluh, penghujung hayat seorang mufti yang dahulunya terkenal dengan pelbagai isu seperti murtad, sudah sangat bercelaru dan kabur.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) menyifatkan Tan Sri Harussani Zakaria sudah menjadi pejuang assobiah dan mempertahankan perjuangan Umno yang 'sesat'.

"Saya sangat terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

"Nampaknya dia semakin bercelaru dan semakin menampakkan usia senjanya yang kurang jelas ke mana halatujunya sebenar," ujar Khalil di dalam blognya.

Harussani sebagai dipetik dalam Malaysiakini: "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh, kelmarin.

Menurut Khalil yang juga Ketua Penerangan PAS negeri, satu perkara yang mengejutkan apabila Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangannya berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

"Siapa pula yang dimaksudkan oleh Harussani terutamanya dari PAS. Saya kira satu kenyataan yang bahaya dan perlu dibuktikan oleh beliau, bukannya main lepas cakap. Ataupun perbualan biasa dengan orang yang didakwa PAS oleh beliau dan dia mahu memutar belit fakta untuk sekian kalinya," katanya lagi.

Katanya, Harussani mendakwa beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Persoalannya, kata Khalil kita hendaklah kembali kepada perkara asal yang menjadi polemik antara beliau dengan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang yang jelas menunjukkan Harussani berbohong dan memutar belit fakta yang sebenar.

Beliau yang juga Adun Titi Serong menambah, kalau mufti itu berani dan sudah kecewa, bolehlah dia berkata dan menyokong kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal yang mengatakan PAS adalah parti ajaran sesat.

"Sesudah itu buatkan kempen besar-besaran untuk menarik orang Melayu termasuk orang PAS untuk meninggalkan parti sesat seperti kata Shafie," ujarnya sinis.

PAS tak pernah minta Harussani jadi orang tengah

KUALA LUMPUR, 18 Julai – PAS hari ini menafikan pihaknya pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar mengaturkan perbincangan bersama Umno bagi membincangkan usaha menyatupadukan orang Islam dan Melayu.

"Tidak, PAS tidak pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Tan Sri Harussani sama ada rasmi ataupun tidak rasmi... saya menghadiri banyak mesyuarat peringkat pusat, setahu saya tiada perbincangan untuk menghantar wakil jumpa beliau," kata Ketua Penerangan PAS pusat Idris Ahmad.

Idris yang dihubungi The Malaysian Insider memberitahu, Harussani kemungkinan bercakap berdasarkan perbualan tidak formal dengan beberapa pemimpin PAS tetapi ia tidak direstui oleh parti itu.

"Tak tahulah beliau bercakap di atas kapal terbang, kedai kopi atau semasa kenduri kahwin atau di tepi jalan, tetapi secara rasmi atau formal, memang tiada langsung.

"Bagi PAS, perkara berbincang dengan Umno sudah tutup, tak berbangkit lagi," tambah beliau.

Malah kata Idris, sesi pemukiman PAS di Port Dickson baru-baru ini juga tidak menyentuh soal perbincangan dengan Umno untuk membincangkan soal perpaduan Melayu dan umat Islam.

Sehubungan itu Idris meminta Harussani memfokus isu-isu lain yang berkaitan dengan beliau, bukannya menjadi "orang tengah" sebagaimana dilaporkan.

"Apa sebab hendak menjadi orang tengah, Umno hanya memikirkan mengenai PAS bila berada dalam keadaan sukar.

"Ada banyak perkara besar, isu-isu yang perlu dibincangkan dan diatasi oleh mufti... Tan Sri Harussani harus menyelesaikan masalah besar yang lain, tak perlu jadi orang tengah bagi Umno-PAS," katanya.

"Ketika ditanya sama ada ada pemimpin yang mengusahakan pertemuan antara Umno-PAS dengan meminta Harussani sebagai orang tengah, Idris berkata:

"Kita tidak tahu siapa mereka... tapi PAS tidak meminta mereka adakan perbincangan. Kalau ada pun mereka tidak memaklumkan kepimpinan pusat."

Semalam, Harussan mendedahkan bahawa beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.

"Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.

"Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya di Ipoh selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak.

Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Soal perpaduan Melayu dengan kerjasama antara Umno-PAS muncul sejak pilihan raya umum 2008 dengan ada usaha meminta Harussani menjadi orang tengah.

Harussani pernah mengaku beliau menjadi orang tengah dalam usaha pembentukan kerajaan campuran membabitkan Umno dan PAS di Perak tetapi gagal.

Alahai mufti..letaklah jawatan cepat-cepat. Nak bandingkan si Harusani dengan bekas Mufti Terengganu, Tok Ku Paloh..amat jauh sekali. Mufti zaman dulu penuh dengan barakah. Mufti zaman sekarang penuh dengan sampah..

Roswah Big XX Nak Bazirkan Duit Rakyat Lagi..

Posted: 18 Jul 2010 03:10 AM PDT

Tolonglah jangan layan big size ni. Perabihkan duit rakyat je. Apa dah terdesak ke wanita nak wisma sendiri. Kenapa tak menambaik pejabat kementrian wanita yang ada di setiap negeri. Bukannya membazir duit rakyat lagi.

Wooi big size, lebih baik kau tumpu projek budak tadika permata ko berharga 100 juta tu, bukannya nak bedal duit rakyat lagi..geram betul ada perempuan bernafsu serakah jahanamkan duit rakyat..dahlah minyak dan barang keperluan naik..tak kasihan pada rakyat ke wahai perompak..apa, nak jadi Imelda Marcos ke??

Rosmah minta kementerian kewangan biayai wisma wanita

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Kementerian Kewangan mempertimbangkan peruntukan bagi pembinaan Wisma Wanita di setiap negeri.

Beliau berkata pembinaan wisma berkenaan wajar bagi melancarkan pembangunan dan pembelaan kebajikan golongan wanita di negeri masing-masing.

"Wisma Wanita mampu dijadikan sebagai pemangkin bagi meningkatkan lagi pembangunan dan kemajuan kaum wanita.

"Ini adalah kerana kaum wanita memainkan peranan yang cukup penting sebagai isteri, ibu dan anak dalam memikul tanggungjawab kepada masyarakat dan negara dan mereka wajar dihargai," katanya ketika merasmikan Wisma Wanita Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan.

Rosmah juga berkata Wisma Wanita boleh berfungsi sebagai pusat sehenti bagi wanita yang memerlukan bantuan daripada pelbagai segi seperti latihan keusahawanan dan bimbingan dalam isu-isu melibatkan wanita dan keluarga seperti perkahwinan, perceraian, tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Mengenai Wisma Wanita Sabah, beliau berharap bangunan yang dibina atas tanah seluas dua hektar itu turut dijadikan sebagai destinasi pelancongan.

Katanya, bangunan itu turut menempatkan penjualan produk kraftangan berkualiti oleh wanita Sabah yang boleh dijadikan cenderamata untuk pelancong.

"Adalah diharapkan melalui peluang ini, para usahawan wanita tempatan akan lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak lagi produk berkualiti yang boleh dipasarkan mengikut kadar berpatutan," katanya.

Di samping itu, beliau berkata kewujudan Galeria Wanita di bangunan tersebut, yang mempamerkan maklumat mengenai pembangunan dan pencapaian wanita Sabah, juga mampu menjadi daya tarikan pengunjung.

Bangunan lima tingkat itu dibina pada 27 Sept 2006 dan siap pada 25 Nov 2008 dengan peruntukan RM18.725 juta oleh kerajaan negeri.

- Bernama

Tahniah Buat Blogger PR Yang Dapat Pingat PJK

Posted: 18 Jul 2010 02:26 AM PDT

Blogger PR dapat PJK, Blogger UMNO cuma dapat gelaran Musang !!!

Kah..kah Blogger UMNO..anda jadi musang je..takde nilainya. Bukannya macam Blogger PR, bakti mereka diiktiraf. Tahniah buat blogger din binjai (sharpshooter), Zul Mamak (Kasi Pecah Laaaa....) dan Penulis blog PAS Bukit Bendera kerana dianugerahkan PJK (Pingat Jasa Kebaktian) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang tahun 2010. Tahniah buat anda semua dan teruskan agenda membela rakyat.

Blogger Din Binjai bersama penulis blog PAS Bukit Bendera
Zul Mamak @ Blogger Kasi Pecah Laaaa....
Penulis blog pas bukit bendera bersama Dato Abdul Halim Hussain, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

Buat blogger-blogger lain, jangan berkecil hati tiada anugerah dalam koleksi peribadi anda. Jadikan jihad melawan UMNO, melalui penulisan blogger sebagai agenda utama. Ini lebih penting daripada menerima pangkat mahupun wang ringgit berjuta-juta.

Buat blogger UMNO..jelas bahawa tindakan anda siang malam fitnah PR tidak berbaloi. Dah la buat kerja free, pastu anda turut sama terpalit kena bayar harga minyak naik. Tak berbaloi langsung. Pemimpin UMNO langsung tak peduli akan anda. Yang miskin adalah anda, yang kaya adalah pemimpin umno yang terus rakus membedal harta rakyat..takkan tak nak fikir lagi kot..sudahlah..baik anda wahai blogger tukar jersi, masuk pakatan. Kalau taknak juga, baik anda delete blog masing-masing, dan buat blog masak-memasak. Itu lagi bagus daripada buat kerja untuk umno, tapi diri sendiri langsung tak dihargai oleh parti dan orang atasan.

UMNO Politikan Isu Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS)

Posted: 18 Jul 2010 01:00 AM PDT

Ini sah UMNO dalang demontrasi ini..sebab anak Toyo ada kat situ..macam isu UiTM dulu..sampai sekarang mahasiswa yang berdemontrasi tak kena tindakan..apalagi Khalid Ibrahim, berikanlah perjelasan isu ini. Jangan buat dono je. Kalau terpaksa tutup Institu ini, tolonglah bantu pelajar kat situ daftar institusi lain..

Pelajar adakan demo bantah penutupan IKYS

SABAK BERNAM 18 Julai - Lebih 300 termasuk pelajar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) mengadakan perhimpunan aman bagi membantahpenutupan institusi itu oleh kerajaan negeri kelmarin.

Perhimpunan hampir dua jam yang bermula 10.30 pagi itu dibuat di pekarangan IKYS di Bagan Terap di sini. Turut hadir memberikan sokongan ialah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) diketuai Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. - Utusan

Macam-Macam..Sotong Ramal PM Australia Yang Bakak Dipilih Dalam Pilihanraya Ogos Ini

Posted: 17 Jul 2010 11:56 PM PDT

Ramalan sotong dah berjagkit kat Australia pula. Kali ini sotong Cassandra ramalkan Perdana Menteri Julia Gillard yang juga seorang wanita bakal memenangi pilihan raya Australia ogos ini..macam-macam. Jangan UMNO guna kaedah khurafat ini dahla..

Sotong ramal Gillard menang

SYDNEY 17 Julai - Selepas sotong kurita, Paul digunakan meramal pemenang Piala Dunia, Australia menggunakan sotongnya bagi memilih pemenang pilihan raya negara ini.

Akhbar Sydney Morning Herald memperkenalkan sotong 'Cassandra', dan meramalkan Perdana Menteri Julia Gillard bakal memenangi pilihan raya Australia 21 Ogos ini.

Akhbar berharap Cassandra boleh menyaingi Paul dalam membuat ramalan tepat.

Sotong diletakkan dalam akuarium di Institut Sains Marin Sydney bersama gambar Gillard dan calon Tony Abbot dan Cassandra dilihat memilih gambar Gillard. - AFP

Daftar Pemilih..Statistik Terkini

Posted: 17 Jul 2010 11:15 PM PDT

Pakatan dahului BN daftar pemilih baru, DAP terus agresif

Bagaimanapun, DAP masih jauh di depan dengan mendahului lebih dua dozen parti politik negara ini dalam mendaftar pemilih-pemilih baru menggunakan kaedah ini sepanjang tempoh yang sama.

PR juga mendahului pendaftaran pemilih di negeri-negeri yang dikuasai mereka selain mengatasi BN di Johor - yang dianggap sebagai kubu kuatnya selama ini.

'Kek' dikuasai DAP sebagai parti individu adalah sebanyak 32.5 peratus dan diikuti dengan dekat oleh Umno yang menguasai 32.3 peratus manakala PAS pula 22.7 peratus.

PR, yang terdiri daripada tiga komponen iaitu DAP-PAS-PAS, telah mendaftarkan 107,050 pemilih baru di negeri-negeri di Semenanjung.

Ketiga-tiga komponen itu lebih agresif di negeri-negeri di Semenanjung.

Perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan, seramai 169,838 orang telah didaftarkan oleh parti-parti politik antara Januari dan Jun tahun ini.

Gandingan empat komponen BN di Semenanjung menyaksikan pendaftaran pemilih seramai 59,351 orang.

Prestasi BN ditambah hampir 3,500 lagi pemilih baru dari Sabah dan Sarawak. BN mempunyai 13 komponen termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Perangkaan SPR itu juga menunjukkan daripada 107,050 pemilih baru yang dikumpulkan oleh PR, separuh daripadanya disumbangkan oleh penolong pendaftar lantikan DAP.

Setakat Mei lalu daripada 2,248 penolong pendaftar yang telah diluluskan SPR, Umno mempunyai 664 orang, MCA (182), MIC (208), Gerakan (91), PAS (427), PKR (172), DAP (245), PPP (40) dan PRM (13).

PBS pula lapan penolong pendaftar, SAPP (lapan), UPKO (10), LDP (empat), PBRS (enam), PBB (88), SUPP (44), SPDP (29), PRS (lapan) dan Snap (satu).

PAS dan PKR masing-masing mendaftar 38,631 dan 13,098 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu.

Di Semenanjung, MCA telah mendaftarkan seramai 2,897 pemilih baru dengan diikuti MIC 1,109, Gerakan (471) dan PPP pula empat.

Dalam usaha mengurangkan bilangan mereka yang layak tetapi masih belum mendaftar, yang dianggarkan 4.4 juta orang setakat ini, SPR menggunakan program 'outreach', kemudahan kaunter statik pejabat pilihan raya, penolong pendaftar melibatkan parti-parti politik dan wakil jabatan dan kaunter pejabat pos.

Penolong pendaftar parti-parti politik menyumbangkan lebih separuh pendaftaran pemilih baru.

Misalnya sepanjang bulan Mei tahun ini sahaja seramai 28,604 atau 55 peratus daripada 51,358 pendaftaran baru adalah datang daripada khidmat penolong pendaftar.

Analisis perangkaan itu juga menunjukkan meskipun pilihan raya umum Sarawak disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, tetapi bilangan pendaftaran pemilih baru di negeri itu masih kecil berbanding negeri-negeri lain khususnya di Semenanjung.

Berdasarkan maklumat sebelum ini, daripada 4.4 juta yang belum setakat suku pertama tahun ini seramai 33.7 peratus dan 26 peratus masing-masing merupakan penduduk Sarawak dan Sabah.

Umno aktif di Sabah manakala PKR dan DAP memperlihatkan kesungguhan di Sarawak.

Dari segi pecahan negeri, sebahagian besar negeri-negeri yang dikuasai PR menyaksikan parti-parti politik ikatan itu menggunakan kemudahan penolong pendaftar untuk mendaftarkan lebih ramai pemilih baru iaitu di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah serta Perak.

Kelima-lima negeri itu dikuasai PR pada 8 Mac lalu tetapi Perak jatuh ke tangan BN awal tahun lalu.

Komponen PR mengatasi BN di kelima-lima negeri itu.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menyaksikan 10 daripada 11 kerusi Parlimennya jatuh ke tangan PR pada pilihan raya umum 2008 juga menyaksikan ikatan itu menguasai pendaftaran pemilih baru.

Pun begitu secara mengejutkan Johor menduduki tempat teratas pendaftaran pemilih baru menggunakan kaedah ini.

Sekali lagi hampir 60 peratus pengundi baru yang didaftar oleh penolong pendaftar parti-parti politik datang daripada PR.

Bagaimanapun di Terengganu dengan hampir separuh pemilih baru yang didaftarkan menggunakan kaedah penolong pendaftar adalah sumbangan BN khususnya Umno

Tiada ulasan: