Justice For All |
- Macam2 Zaman Najib : Nenek Pun Main Judi
- Kes Pembunuhan Persis Macam Kes Althantuyaa
- Rakyat Kempunan Nak Dapatkan Dokumen Kenaikan Air
- Speaker Bengang Dengan Menteri BN
- ''Anak Najib Dkagumi''.. Kenapalah Berita Sampah Ni Masuk Suratkhabar
| Macam2 Zaman Najib : Nenek Pun Main Judi Posted: 03 Jul 2010 03:48 PM PDT Macam-macam zaman Najib..nenek yang dah nak mati pun, masih main judi. Kalaulah judi bola diluluskan, bukan setakat nenek, budak-budak tadika permata roswah pun akan main juga Nenek antara 58 orang ditahan asyik berjudi KUALA LUMPUR 2 Julai - Seorang nenek berusia 58 tahun adalah antara 58 orang yang ditahan kerana berjudi dalam Ops Dadu di lima serbuan berasingan di Jalan Gombak di sini malam tadi. Serbuan di kafe-kafe siber yang bermula pada pukul 8 malam itu dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan melibatkan 19 pegawai dan anggota polis. Ketua Operasinya, Supritendan Maszely Minhad berkata, ketika ditahan semua mereka sedang leka berjudi. "Turut ditahan tujuh pekerja lelaki dan seorang wanita warga Indonesia. Semua mereka adalah penjaga premis-premis berkenaan. "Mereka yang ditahan berusia antara 24 dan 64 tahun," katanya ketika ditemui selepas serbuan itu di sini malam tadi. Beliau berkata, pihaknya turut merampas 181 komputer dan dua mesin judi serta wang tunai RM3,352. "Kesemua premis itu tidak mempunyai lesen dan pernah diserbu empat kali sebelum ini. Premis itu turut dilengkapi enam kamera litar tertutup (CCTV). "Premis itu hanya membenarkan pelanggan tetap mereka untuk masuk berjudi bagi mengelakkan aktiviti haram mereka dikesan," katanya. Katanya lagi, kesemua mereka akan ditahan mengikut Seksyen 4B (a) dan Seksyen 6 akta rumah judi terbuka 1953. |
| Kes Pembunuhan Persis Macam Kes Althantuyaa Posted: 02 Jul 2010 10:49 PM PDT Satu lagi kes persis kes pembunuhan Althantuyaaa..bukan setakat dibunuh, dibakar pula tu..memang zalim. Wanita warga Belgium ditemui rentung
ANGGOTA Polis Forensik memeriksa mayat terbakar di sebelah kenderaan pacuan empat roda di rumah pam Menara Mutiara, Taman TAR, Ampang, semalam. KUALA LUMPUR 2 Julai - Seorang pekerja Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) terkejut apabila menemui mayat seorang wanita dipercayai warga Belgium terbakar hampir 90 peratus di bahu jalan berhampiran sebuah rumah pam Menara Mutiara, Ampang, di sini petang ini. Mayat tersebut ditemui oleh pekerja terbabit ketika ingin memeriksa tahap tekanan air di pam berkenaan, pada pukul 3.30 petang. Dia yang curiga apabila terlihat sebuah jip jenis Suzuki di bahu jalan berhampiran rumah pam itu cuba mendekati dan terkejut apabila terjumpa mayat seorang wanita yang rentung serta masih berasap. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya telah pergi ke tempat kejadian dan menemui mayat berkenaan di tepi kenderaan itu. Beliau berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai warga Belgium yang berusia 40-an. Menurut beliau, hasil pemeriksaan, kenderaan Suzuki Jip itu merupakan milik seorang lelaki warga Belgium. "Kita sedang mengesan pemilik kenderaan itu bagi membantu siasatan kes berkenaan. Pemeriksaan di tempat kejadian menemui satu pemetik api dan sebotol mineral yang dipercayai diisi dengan minyak tanah. "Kita masih menjalankan siasatan jika mangsa dibunuh atau 'ditidurkan' terlebih dahulu sebelum dibakar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini. Tambah Abdul Jalil, pihaknya menolak kemungkinan kes tersebut bermotifkan samun kerana barang berharga milik mangsa tidak hilang. Beliau berkata, pihaknya percaya mangsa dibakar beberapa jam sebelum ditemui iaitu antara pukul 9 pagi dan 3.30 petang. "Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)," ujar beliau. Katanya, setakat ini, pihaknya mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana dibunuh atau mati mengejut. |
| Rakyat Kempunan Nak Dapatkan Dokumen Kenaikan Air Posted: 02 Jul 2010 09:30 PM PDT Nampak gayanya tak dapatlah penduduk lemmbah klang untuk lihat dokumen kenaikan 15 peratus tarif air yang telah diumumkan menteri kementerian berkenaan ketika itu, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik pada 14 Oktober 2006. Menteri, kerajaan dibenar tangguh bekalkan dua dokumen KUALA LUMPUR 2 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan Kerajaan Persekutuan menangguhkan keputusan yang memerintahkan supaya dua dokumen perjanjian konsesi air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan laporan audit didedahkan kepada umum sementara menunggu rayuan. Pesuruhjaya Kehakiman (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Hadhariah Syed Ismail memutuskan demikian selepas mendengar permohonan Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan yang mewakili Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi (kini Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dan kerajaan Malaysia selaku responden pertama dan ketiga. Pada 30 Jun lalu, Hadhariah memerintahkan responden membekalkan dokumen yang dimohon oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bersama 13 pemohon lain setelah mendapati perjanjian konsesi yang dikategorikan sebagai sulit bukannya dokumen rahsia yang boleh merugikan negara. Rayuan difailkan oleh responden pada hari yang sama keputusan itu dibuat. Suzana dalam hujahnya hari ini menegaskan, perjanjian itu adalah rahsia dan sulit seperti yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 2A Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. Tindakan mendedahkan maklumat yang terkandung di dalamnya, ujar Suzana, akan memberi kesan kepada jentera pentadbiran kerajaan serta kepentingan awam secara keseluruhan. Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili pemohon ketika membalas hujah berpendapat, ia bukan dokumen rahsia sebaliknya dokumen awam. Peguam itu menyatakan, kerajaan negeri Selangor selaku responden kedua juga tidak membantah dokumen itu didedahkan malahan menyambut baik keputusan mahkamah. Ketika membenarkan penangguhan tersebut, Hadhariah berkata: ''Saya berada dalam dilema untuk membuat keputusan antara kepentingan awam dengan kerajaan. Bagaimanapun saya merasakan perlu ada ketelusan dalam perjanjian itu kerana air merupakan kemudahan asas.'' Hadhariah menambah kata, sekiranya beliau tidak membenarkan penangguhan, ini bermakna dokumen itu sepatutnya diserahkan pada Isnin ini dan rayuan kerajaan menjadi sia-sia seandainya Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu kelak. Pada 15 Januari 2007, kesemua pemohon termasuk dua kanak-kanak berusia 10 dan 15 tahun ketika itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi satu perisytiharan bahawa laporan audit dan perjanjian konsesi yang ditandatangani dengan kerajaan Selangor dan Syabas pada 15 Disember 2004 adalah dokumen awam dan bukannya sulit. Sebagai pengguna air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, pemohon mendakwa, mereka berhak mengakses dokumen tersebut kerana ia menjadi asas bagi kenaikan 15 peratus tarif air di Lembah Klang seperti diumumkan menteri kementerian berkenaan ketika itu, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik pada 14 Oktober 2006. |
| Speaker Bengang Dengan Menteri BN Posted: 02 Jul 2010 08:39 PM PDT Speaker pun dah bengang dengan wakil rakyat BN. Asyik putar belit dan tipu jer.. Jangan beri fakta bercanggah - Pandikar Amin KUALA LUMPUR 1 Julai - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan semua menteri serta pegawai di kementerian supaya tidak memberi jawapan yang bercanggah ketika menjawab soalan- soalan daripada ahli-ahli Parlimen. Menurut beliau, pihak menteri dan pegawai-pegawai mereka perlu lebih berhati-hati dalam memberikan jawapan kepada soalan-soalan ahli Parlimen. Pada masa yang sama, beliau meminta, pihak menteri supaya lebih berhati-hati apabila memberi kenyataan akhbar di luar Dewan. ''Sebagai ingatan kepada menteri-menteri dan pegawai-pegawai yang berperanan sebagai pembantu menteri apabila menjawab satu soalan, mereka harus lebih berhati-hati (bagi mengelakkan percanggahan)," katanya. Beliau berkata demikian ketika memberi reaksi terhadap cadangan Teresa Kok (DAP-Seputeh) supaya merujuk Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana memberi jawapan bercanggah berhubung kos pembinaan astaka Malaysia di Ekspo Dunia Shanghai. Dalam jawapan yang diberikan kepada usul penangguhan Teresa Kok semalam, Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. James Dawos Mamit berkata, kosnya adalah RM20 juta. Bagaimanapun ketika memberi jawapan kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pada 15 Jun lalu berhubung perkara sama, pihak Kementerian Pelancongan memberitahu kosnya adalah RM35 juta. Ekoran percanggahan itu, Pandikar Amin mahu kementerian terlibat memberitahunya kos sebenar yang digunakan untuk membina astaka tersebut sebelum sebarang tindakan susulan diambil. Dalam pada itu, Pandikar Amin menjelaskan percanggahan yang berlaku dalam jawapan menteri kepada pertanyaan ahli Parlimen tidak termasuk di dalam Perkara 36 (12)-mengelirukan Dewan. ''Saya berpendapat kecuaian menteri yang disebabkan cara menjawab tidak serius atau sambil lewa atau tiada komunikasi antara menteri di kementerian berkenaan seperti yang terjadi pada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak termasuk dalam Perkara 36 (12)," ujarnya. Sementara itu, isu yang ditimbulkan oleh Teresa itu telah mendorong beberapa ahli Parlimen pembangkang bangkit mempersoalkan tindakan Dewan Rakyat merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung isu Apco Worldwide. Bagaimanapun Pandikar Amin berkata, isu itu tidak perlu dibangkitkan kerana kes tersebut masih di peringkat siasatan oleh pihak jawatankuasa berkenaan. ''Dalam perkara merujuk Ketua Pembangkang kepada jawatankuasa ia bukan keputusan saya atau timbalan-timbalan saya, sebaliknya majlis (Ahli Dewan Rakyat) sendiri yang mengambil ketetapan itu," tambahnya. Dan di bawah ni menteri stupid BN...langsung tak nak jawab soalan lisan...memang macam budak sekolah tadika seperti Karpal Singh kata..
|
| ''Anak Najib Dkagumi''.. Kenapalah Berita Sampah Ni Masuk Suratkhabar Posted: 02 Jul 2010 07:49 PM PDT Cerita macam ni pun boleh masuk berita suratkhabar. Sapalah yang taja wartawan pergi Beijing ni, semata-mata nak cuci imej Najib & Anaknya..Roswah pun pergi sama..memang suka masuk tv betul anak beranak monggol ni.. Anak Perdana Menteri dikagumi Rosmah Mansor dan Norashman Razak (duduk, kiri) bersama Chen Yulu (duduk, dua dari kanan) dan Timbalan Duta Malaysian ke China, Lim Juay Jin (duduk, kanan) bersama pelajar dan tenaga pengajar di Beijing Foreign Studies University, Beijing, China, semalam. - BERNAMA BEIJING 2 Julai - Kursus lanjutan selama tiga minggu di Beijing Foreign Studies University (BFSU) membawa hasil kepada Norashman Razak, anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, apabila membuat satu ucapan dalam bahasa Mandarin yang mengagumkan para guru dan rakan pelajarnya. Selain sebutan yang betul, Norashman juga menggunakan banyak ungkapan dalam ucapannya itu pada satu majlis tamat kursus hari ini. Hadir sama pada majlis itu ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor. Dengan diberi gelaran nama Cina, Ji Ping, beliau mendapat pujian daripada Presiden BFSU, Profesor Chen Yulu, kerana usaha gigihnya semasa mengikuti kursus itu. Norashman juga menerima sijil dan diiktiraf sebagai alumni universiti berkenaan. "Walaupun saya hanya berada di sini selama tiga minggu, penguasaan bahasa Mandarin saya meningkat dengan banyak sekali. Bukan saja saya boleh bertutur dalam bahasa Mandarin, saya juga banyak pelajari mengenai budaya Cina dan masyarakat Cina di sini," kata Norashman dalam ucapannya itu. Beliau berkata bahawa semasa pengajiannya selama tiga tahun di Amerika Syarikat, beliau sekadar berpeluang bertutur bahasa Mandarin semasa dalam kelas dan kurang menggunakannya di luar. "Mandarin merupakan satu bahasa yang perlu ditutur selalu, jika tidak, kita akan lupa menyebut perkataan dengan intonasi yang betul. Intonasi yang tidak betul membawa maksud yang lain pula. "Di BFSU, saya mendapat peluang terbaik untuk berlatih bercakap kerana saya mempunyai ramai kawan Cina dan pelajar Malaysia," katanya. Beliau berkata, penguasaan bahasa Mandarin oleh pelajar dari Malaysia di sini amat baik walaupun mereka baru setahun mempelajarinya. Norashman berkata, tempoh tiga minggu itu agak singkat dan beliau berharap dapat kembali ke BFSU untuk mengikuti kursus lanjutan. Hasrat beliau disokong oleh ibunya yang berkata, Najib bersetuju agar Norashman mengikuti kursus selama sebulan di BFSU tahun depan. "PM cadangkan Norshaman datang balik selama sebulan tahun depan, selain untuk sama-sama menyambut ulang tahun ke-70 BFSU sebagai alumni," kata Rosmah. - BERNAMA Ni tak nak masuk berita ker??? Juga cerita sensasi ini (sila klik) |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan