Justice For All |
- Daripada Ibrahim Ali Nak Masuk ISA, Baik Masuk Zoo Negara
- Lelaki Malaysia Suka Makan Luar Di Selatan Thai
- Kenapa Bila Nak Laksana Islam, Ade Je Yang Menghalang
- Piala Dunia (36) : Uruguay 4, Ghana 2 (Sepakan Penalti)...Layak Ke Separuh Akhir
- Siaplah Ko Razak & Najib..Keluarga Althantuya Tuntut 100 Juta
- 2 Faktor Kekalahan Brazil Malam Ni
- Misteri Lubang Besar Di Kota Kinabalu
- Memalukan : Samba Brazil Tumbang Di Tangan Total Belanda 1 - 2
- Vincent Tang Tak Takut Najib Montel, Cuma Takut PR..1st Half Wcup : Brazil 1, Belanda 0
- Samba Brazil Atau Total Football Yang Lebih Hebat..Senarai Penjaring World Cup
- Adakah Suara Perkose Senasib Dengan Nasib Suara Keadilan??
- Keadilan Untuk Semua : Masyarakat Cina Pun Dapat Takaful Kifalah
- Macam2 Zaman Najib : Bangla Pun Suka 'Diurut'
- Jadual Perlawanan Piala Dunia Malam Ini..Saya Pilih Brazil & Ghana Menang Malam Ini
- Tak Hairan Pun...Memang UMNO Suka Menipu..
- Hot!! Gambar Terbaru Arial & Luna
- Ibrahim Ali & MCA..Dua-dua Celaka..
- Malaysia Yang Tak Laksana Hukum Allah, Adalah Negara Islam - Mufti UMNO Israel
- Macam2 Zaman Sekarang : Mati Kena Langgar Lori Ketika Cuba Berzina
- Macam2 Zaman Najib : Buang Ayah Di Rumah Jagaan Bukan Islam
- Khairy Seperti Anjing UMNO Israel
- Bala Akan Dedahkan Segala-Galanya Pada Pendakwaraya Perancis
- Suara Keadilan Digantung Penerbitannya Mulai Semalam...
- 84 Anak Luar Nikah Dilahirkan Sehari..Raja & Mufti Perlu Bertindak, Jangan Goyang Kaki Je
| Daripada Ibrahim Ali Nak Masuk ISA, Baik Masuk Zoo Negara Posted: 02 Jul 2010 06:57 PM PDT Harap KDN masuk kan dia terus dalam ISA dalam tempoh yang agak lama..jangan cakap besar je kat media. Apa yang keluar dari mulut dia semua nya hipokrit...racist..si al kataki ni berani cabar kerajaan kerana dia tahu dia takkan kena penjara pun. Sebab si mahadet bosnya dan si Najib anjing suruhannya Apapun ISA adalah haram, baik heret Ibrahim Kataki ke Mahkamah atas tuduhan hasutan. Si Berahim ni saje je main perkauman, sedangkan hakikat dunia sekarang beribu graduan Melayu makan gaji dengan syarikat swasta kaum Cina. Persoalannya mampukah Perkose atau UMNO beri pekerjaan dan gaji kepada semua graduan Melayu. Cakap berdegar-degar, tapi habuk pun tara. Nak popular lah tu. Nak minta simpati orang melayu..pi rah berahim..masjid yang 100 meter dari rumah ko di Taman Melawati pun jarang ko pergi..nak cakap soal perpaduan melayu. Baik masuk zoo negara lagi senang. Boleh dapat duit free buat tayangan melompat...geram betul spesis melayu suka menangguk di air yang keruh.. Ibrahim Ali: Saya sedia ditahan ISA kali ke-3 kerana Perkose KUALA LUMPUR, 2 Julai — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sanggup ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — buat kali ketiga — ekoran kenyataan beberapa pihak mendakwanya menerbitkan artikel berunsur hasutan dalam edisi sulung Suara Perkasa semalam. "Saya bersedia untuk ditahan di bawah ISA bila-bila masa jika polis merasakan Perkasa ataupun saya menjadi mudarat kepada keselamatan negara," kata beliau mengulas desakan agar disiasat oleh pihak berkuasa ekoran artikel dalam Suara Perkasa. Edisi pertama akhbar itu muncul di pasaran semalam. Ibrahim (gambar) kali pertama ditahan di bawah ISA selama dua tahun bermula 1974 dan kemudian selama 60 hari pada 1987. "Saya pernah ditahan di bawah ISA dua kali meskipun saya menyokong kuat agar akta ini dikekalkan. "(Ditahan) kali ketiga bermakna saya menerima (ijazah) PhD dari Amerika," kata beliau dalam kenyataannya hari ini. Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata tiada masalah langsung bagi dirinya jikapun ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang. "Saya tidak akan melarikan diri, tidak akan bersembunyi ataupun berusaha mendapatkan sokongan negara lain sebagaimana dilakukan oleh sesetengah pemimpin," kata Ibrahim lagi. "Saya bersedia untuk menerima cabaran dan memikul tanggungjawab penuh atas tindakan saya ini," kata beliau lagi. Ibrahim seterusnya berkata, beliau bukan seorang yang suka membuat kenyataan media tanpa berfikir panjang dan kemudian meminta maaf. "(Mereka) semua ini adalah pengecut," kata beliau. Semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mahu Kementerian Dalam Negeri menyiasat Suara Perkasa, terbitan Perkasa kerana menerbitkan rencana sulungnya meminta rakan sejawatan beliau dari MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong ditahan di bawah ISA. "Saya merasakan bahawa jika benar laporan muka depan Suara Perkasa keluaran hari ini menggesa Wee ditahan di bawah ISA, maka saya merasakan Kementerian Dalam Negeri dengan serius wajar melihat perkara ini. "Tindakan ini tidak betul, anda tidak harus menyiarkan kenyataan-kenyataan macam ini. Saya serius, tidak bergurau," kata beliau kepada The Malaysian Insider. "Saya merasakan adanya perbezaan ideologi antara saya dan ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali. Saya tidak bersetuju dengan Perkasa," kata beliau sambil menambah, Perkasa tidak harus menghasut suasana yang tegang. "Saya tidak membela Ka Siong, Perkasa tidak boleh menghasut ketegangan," katanya. Edisi sulung Suara Perkasa muncul "garang" semalam dengan tajuk "Tahan Ka Siong di bawah ISA" — laporan yang merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran yang menjadi sasaran kecaman NGO itu minggu lalu. Ibrahim sebelum ini memanggil Wee "biadap" dan menuduh beliau mempersoalkan kontrak sosial, yang menyebabkan pertengkaran antara dua pemimpin berkenaan. Khairy juga minggu lalu melabelkan Ibrahim "gedebe politik", pertikaman lidah yang berpanjangan dengan Ibrahim mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana mempertahankan Wee. Wee sebelum ini dilaporkan meminta supaya program biasiswa Mara kepada pelajar Bumiputera perlu dimasuhkan bersama dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. Wee membuat kenyataan itu sebagai respons kepada keputusan kerajaan yang mahu memansuhkan sebanyak 1,500 biasiswa JPA. Beliau merupakan antara pemimpin terbaru menjadi sasaran kecaman Perkasa, NGO yang ditubuhkan akhir 2008 susulan landskap politik negara selepas tsunami politik Mac 2008. Ekoran artikel itu Wee juga sedang memikirkan tindakan ke atas akhbar itu dan Perkasa. Ada pihak yang menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap Ibrahim kerana sering mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan. |
| Lelaki Malaysia Suka Makan Luar Di Selatan Thai Posted: 02 Jul 2010 06:35 PM PDT Apalah punya lelaki Malaysia Lelaki Malaysia tidak lokek beri tip RANTAU PANJANG: Kawasan hiburan waktu malam yang turut menawarkan gadis untuk berhibur di sekitar pekan Sungai Golok, Narathiwat, sebelah negara jiran, masih menjadi tumpuan lelaki 'hidung belang' dari Malaysia walaupun wilayah Selatan Thailand masih diselubungi ketegangan. Ketegangan yang dilaporkan berlaku selama ini tidak menjejaskan kunjungan pengunjung dari Malaysia khususnya Kelantan ke kawasan hiburan menempatkan disko, kelab dangdut dan bar, yang meningkat terutama pada hujung minggu. Pengarah Imigresen Kelantan, Che Baharom Hamzah, mengakui jumlah rakyat Malaysia menyeberangi sempadan negara terutama pada hujung minggu di negeri ini meningkat sama ada menggunakan pasport antarabangsa dan pas sempadan. Katanya, berdasarkan semakan pihaknya untuk Khamis baru-baru ini, seramai 1,132 rakyat Malaysia masuk ke Thailand, berbanding 574 warga negara jiran itu ke sebelah sini melalui KIK Rantau Panjang antara jam 6 pagi hingga 10 malam. "Mereka yang keluar masuk sebelah pagi kebanyakannya pelajar dan peniaga yang berurusan antara dua negara khususnya di kawasan bebas cukai Rantau Panjang. "Purata mereka yang masuk ke negara jiran setiap hujung minggu adalah lelaki dewasa melalui KIK mulai jam 2 petang hingga 10 malam dengan alasan bertemu kawan atau mendapatkan khidmat urut tradisional sebelum masuk kembali pagi esoknya," katanya. Tukang urut wanita di sebuah hotel dekat Sungai Golok, Waraporn Charoe, 30, mengakui mereka banyak mengharapkan lelaki Malaysia mengguna khidmat disediakan pada hujung minggu. Katanya, dengan bayaran RM27 bagi setiap sesi urutan tradisional Thailand bagi setiap pelanggan, mereka hanya dapat RM10, manakala majikan mengambil RM17. "Kami suka lelaki Malaysia sebab tidak lokek bagi tip selepas diurut," katanya yang mengakui turut menawarkan urutan seksual antara RM30 hingga RM80 bagi satu sesi. Wanita Chiangmai yang agak fasih berbahasa Melayu itu, juga menjadi ejen menawarkan gadis Laos antara 17 hingga 20 tahun sebagai teman berhibur termasuk bermalam pada harga antara RM100 hingga RM250. Laporan khas: Berhibur di sempadan pilihan lelaki tempatan Oleh Ismail Mat, Azidan Nahar, Nahar Tajri dan Betty Subaryati 2010/07/03 KUALA LUMPUR: Pekan Golok, Narathiwat dan pekan Danok di selatan Thailand serta Pulau Batam di Indonesia terus menjadi tumpuan rakyat Malaysia terutama lelaki untuk berhibur di hujung minggu kerana tukaran mata wang yang lebih murah. Mereka sama ada pergi balik siang, bermalam atau pakej tiga hari dua malam, dengan alasan membeli-belah atau bermain golf, tetapi tujuan utama untuk menikmati pelbagai jenis hiburan seperti karaoke, urut tradisional, spa serta keseronokan lain termasuk khidmat seks. Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab, yang ditanya mengenai perkembangan ini, berkata setakat ini belum ada kajian khas mengenai jumlah pelancong negara ini ke luar negara tetapi perkembangan terkini menunjukkan masyarakat Malaysia lebih gemar melancong ke negara berjiran. Katanya, faktor tukaran mata wang murah juga menyebabkan mereka lebih suka memilih destinasi negara berdekatan untuk tempoh lawatan singkat dengan pelbagai tujuan termasuk membeli-belah, aktiviti sosial, sukan dan perniagaan. Tinjauan Berita Harian di tiga lokasi itu mendapati warga Malaysia lebih suka menyeberang sempadan kerana selain berseronok, harga perkhidmatan agak murah termasuk penginapan. Pulau Batam, Indonesia yang hanya 30 minit dari Johor Bahru dengan menaiki Feri bukan saja menjadi tarikan membeli-belah, spa atau pusat kesihatan tradisional kerana harga perkhidmatan yang murah, malah sebahagian besar ke negara jiran itu tentunya lelaki yang boleh dilihat di Terminal Feri The Zon, Johor Bahru pada setiap hujung minggu. Begitu juga tinjauan ke Danok (Thailand); pekan yang bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam, Kedah itu bukan saja menjadi pilihan masyarakat tempatan, malah pelancong dari seluruh negara berikutan tawaran harga barangan dan perkhidmatan jauh lebih murah. Kawasan sempadan kedua-dua negara ini sesak menjelang cuti hujung minggu bermula pada Khamis hingga Ahad berikutan aktiviti keluar masuk pelancong. Di Pekan Sungai Golok yang amat dekat dengan Rantau Panjang, Kelantan juga menjadi tumpuan setiap hujung minggu walaupun wilayah Selatan Thai masih diselubungi ketegangan. Ketegangan yang berlaku selama ini tidak menjejaskan kunjungan rakyat Malaysia khususnya dari Kelantan ke kawasan hiburan menempatkan disko, kelab dangdut dan bar, yang meningkat terutama pada hujung minggu. Apatah lagi, ada pusat hiburan di sekitar Sungai Golok turut menyebar risalah mengenai pelbagai acara disediakan di sekitar kawasan pekan Rantau Panjang. Kebanyakan pengunjung dari luar Kelantan, cenderung menyeberangi sempadan menerusi laluan sah di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Rantau Panjang kerana mengutamakan keselamatan. |
| Kenapa Bila Nak Laksana Islam, Ade Je Yang Menghalang Posted: 02 Jul 2010 05:45 PM PDT Ibu dituduh berzina mungkin direjam sampai mati
Sakineh Mohammadi Ashtiani TEHERAN: Seorang wanita Iran berhadapan dengan hukuman direjam dengan batu sampai mati selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan haram. Amnesty International kelmarin menggesa pihak berkuasa Iran menangguhkan hukuman terhadap ibu dua anak berkenaan, Sakineh Mohammadi Ashtiani dan pelaksanaan hukuman gantung terhadap wanita lain yang didakwa aktivis politik. Sakineh didapati bersalah melakukan 'hubungan haram' dengan dua lelaki pada Mei 2006 dan menerima 99 sebatan sebagai hukuman. Selain itu beliau juga disabitkan kesalahan berzina dan dihukum direjam dengan batu hingga mati. Wanita berusia 43 tahun itu menarik balik pengakuan yang didakwanya dibuat beliau dalam keadaan tertekan. Anak perempuannya, Farideh, 16 dan anak lelakinya, Sajad, 20, merayu bantuan masyarakat antarabangsa. "Tolong tamatkan mimpi ngeri ini dan jangan biarkan ia menjadi satu realiti. Selamatkan ibu kami." Di bawah kanun keseksaan Islam Iran, berzina dihukum dengan hukuman merejam batu hingga mati atau sebatan manakala hukuman gantung adalah bagi kesalahan membunuh dan jenayah lain termasuk mengedar dadah. Hukuman merejam dijalankan secara meluas selepas Revolusi Islam 1979 Iran tetapi jarang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bagi lelaki hukuman dilaksanakan dengan pesalah ditanam hingga paras pinggang manakala bagi wanita mereka ditanam lebih dalam untuk mengelakkan batu mengenai payu dara. Jika pesalah dapat membebaskan diri ketika hukuman melempar batu dijalankan, mereka akan didakwa atau dipenjarakan. Bagi lelaki lebih mudah untuk mereka lari kerana mereka tidak ditanam terlalu dalam. Pada Disember 2008, seorang lelaki yang didapati bersalah melakukan zina melarikan diri ketika hukuman dijalankan apabila berjaya melepaskan diri dari tempat ditanam. Tetapi dua lelaki lain mati dengan cara hukuman terbabit yang berlaku di bandar utara, Mashhad. Aktivis Iran menentang hukuman terbabit kerana mendakwa ia tidak disebut dalam Quran. Iran mempunyai kadar hukuman tertinggi di dunia. Amnesty International mencatatkan 126 hukuman dijalankan antara Januari hingga Jun dengan lima daripada mereka adalah tahanan politik. – Agensi Justice4all : Kesian ke kat penjenayah wanita ini??? Kalau kesian, jadilah tuhan dan buat hukuman sendiri. Kenapa nak kasihan pada penjenayah, sebab hukuman tu dah diuar-uarkan seluruh Iran. Yang dia pergi berzina siap suruh. Ini bukannya ekstrem tapi berfikir secara AKAL. Memang islam larang perbuatan zina ini kerana banyak faktor, antaranya elak buang bayi, anak tak tahu asal mana, elak penyakit AIDS dan banyak lagi. Dan bila hukuman hudud dijatuhkan setelah satu perbicaraan adil dilakukan, ianya tak lain dan tak bukan adalah untuk sedarkan masyarakat agar tidak lakukan perkara terkutuk itu. Memang aktivis antarabangsa yang kafir akan tentang hukuman ini. Daripada tentang hukuman islam ini, baik pergi lawan undang-undang yahudi membunuh orang ramai yang tak berdosa. Tapi itu memang sifat aktivis kafirun, bantah sahaja apa yang dibuat untuk islam. Macam aktivis UMNO dan menteri wanita UMNO yang tentang hukuman sebat pada Kartika. Sampaikan dalam mesyuarat kabinet pun nak disebatnya si Jamil Khir. Nasib baik si Jamil Khir ni spesis pondan juga kerana tak pertahankan hukum Allah. Taklah kena sebat dalam mesyuarat kabinet depan menteri lain. Sudah tentu pemerintah Iran akan terusklan hukuman ini setelah dibicarakan dengan adil kerena mereka lebih bermaruah dan penuh keimanan pada Allah. Bukannya seperti Malaysia ini yang beri hukuman ntah apa-apa bagi jenayah hudud. Setakat kerja cuci tandas di rumah kebajikan, boleh lepas ke haa di akhirat kelak. Buat Iran, teruskan hukuman itu. Biar didesak badan antarabangsa sampai hendak berperang pun, Iran perlu terus pertahankan hukum Allah. Kalaulah hukuman ini dijalankan di Malaysia, sudah tentu kadar jenayah akan turun, polis boleh goyang kaki dan kes buang bayi berkurangan..nanti tentu ada suara nakal kata tak sesuai buat kat Malaysia yang masyarakatnya majmuk..apa?? kat Madinah dulu tak majmuk ke haa???satu lagi, kita nak basmi jenayah, bukannya lindungi penjenayah. |
| Piala Dunia (36) : Uruguay 4, Ghana 2 (Sepakan Penalti)...Layak Ke Separuh Akhir Posted: 02 Jul 2010 04:45 PM PDT Piala Dunia FIFA 2010: Uruguay 4, Ghana 2 (sepakan penalti) Uruguay mara ke separuh akhir selepas menundukkan Ghana dengan keputusan sepakan penalti 4-2. Ia berikutan keputusan seri 1-1 selepas perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Soccer City, tamat sehingga masa tambahan, sebentar tadi. Sementara itu, Ghana mendahului Uruguay 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Muntari pada minit ke-47. Manakala, gol pertama Uruguay dijaringkan Diego Forlan pada minit ke-55 apabila sepakan percumanya gagal ditampan penjaga gol Ghana, Kingson. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Posted: 02 Jul 2010 12:29 PM PDT DAP ke..PAS ke..kalau berlaku zalim, mereka perlu perbetulkan. Isu Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong perlu diselesaikan secara baik. jika penduduk tanah tu berstatus tanah milik lesen pendudukan sementara (TOL), kerajaan PR Pulau Pinang jangan halau sesuka hati je. Buat perbincangan dan lebih elok sambung lesen TOL dan biarkan penduduk tu duduk di situ. Jika tanah tu, tanah setinggan, beri pampasan yang sewajarnya dan bersifat manusiawi. Jangan halau sesuka hati je. PR Pulau Pinang selesaikan isu itu dengan baik. Kerana tanah di bawah kuasa negeri. Kalau ada berlaku kezaliman, saya sendiri sanggup turun demontrasi tentang kezaliman tu. PR Pulau Pinang perlu selesaikan isu ini secara berhemah.. Kampung Melayu di Pulau Pinang bakal lenyap?
Zaiton Ismail dan suaminya, Abdullah Mat Isa tidak dapat menahan kesedihan ketika membaca notis arahan mengosongkan rumah mereka yang dibina lebih seratus tahun di Kampung Pokok Asam, Jelutong, Pulau Pinang, semalam. PULAU PINANG 2 Julai - Penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini berharap ada pertubuhan sedia membantu nasib mereka yang berkemungkinan hilang rumah kerana diambil pemaju. Salah seorang penduduk, Shima Ismail, 37, berkata, jika masalah sedemikian tidak ditangani, tidak hairan jika pada satu hari nanti tiada lagi perkampungan milik orang Melayu di tengah bandar raya George Town ini. "Kampung ini adalah antara perkampungan Melayu yang masih ada di bandar ini. "Janganlah nanti tiada lagi kampung Melayu di George Town kerana semua mereka telah dihalau keluar dari pulau," katanya ketika ditemui di sini semalam. Kelmarin, kira-kira 200 penduduk asal Kampung Jalan Pokok Asam diusir oleh pemaju. Pengusiran itu didakwa dibuat oleh pemaju tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu antara kedua-dua pihak. Difahamkan, tanah kampung berkenaan akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat dengan kos lebih RM800,000 seunit oleh pemaju yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Menurut Shima, penduduk kampung kini tidak tahu kepada siapa untuk mereka mengadu dan mendapatkan bantuan. Ini kerana, jelas beliau, wakil rakyat di kawasan itu sendiri dilihat seolah-olah tidak endah dengan nasib yang menimpa mereka. "Kami ada mengadu kepada Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi tetapi tidak mendapat sebarang reaksi daripadanya. "Kami hubungi dia semalam, tapi dia tidak dapat hadir meninjau masalah ini kerana berada di Parlimen," ujarnya. |
| Siaplah Ko Razak & Najib..Keluarga Althantuya Tuntut 100 Juta Posted: 02 Jul 2010 11:33 AM PDT ![]() Keluarga Altantuya mahu tuntut pampasan RM100 juta KUALA LUMPUR: Pemerintah Mongolia telah mengirimkan RM60,000 ($25,805) sebagai bon keselamatan bagi saman sivil ke atas kerajaan Malaysia atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Keluarga mendiang Altantuya, yang dibunuh oleh dua pegawai polis dengan badannya diletupkan dalam hutan empat tahun lalu, mahu menuntut pampasan bernilai RM100 juta daripada Putrajaya dan juga bekas kekasih model itu, Encik Abdul Razak Baginda. Tetapi ayah mendiang Altantuya, Encik Shaariibuu Setev, dilaporkan mengalami kesukaran mengumpulkan wang bagi membayar bon keselamatan itu. Peguamnya, Encik Karpal Singh, berkata wang daripada pemerintah Mongolia itu telah disalurkan kepada akaun bank firmanya pada Isnin lalu. Persoalannya sekarang, Althantuya nak tuntut pada siapa sekarang? Tentulah pada pembunuhnya. Sama-samalah kita nantikannya. Mungkin ada isu persoalan undang-undang yang hendak disaman. Jika kerajaan Malaysia dan razak baginda kena bayar saman. Ini bermakna si Razak dan hem..hem..Malaysia lah pembunuh sebenar Althantuya itu. Apapun nilai 100 juta tidak bermakna nyawa Althantuya berharga sebegitu, tapi lebih kepada harga sebuah keadilan. |
| 2 Faktor Kekalahan Brazil Malam Ni Posted: 02 Jul 2010 10:43 AM PDT 2 faktor kekalahan Brazil malam ni.. 1) Team Brazil malam ni pakai baju biru Israel. Manakala Belanda pakai jersi warna pakatan. Tu yang kalah awal tu..takde ong orang kata. 2) Dah pakai jersi warna BN, pastu tiba-tiba datang pula banner 'say no to racism'. Bala lah ko Brazil. Tak nak racis sama macam tak nak BN. Tak nak BN beerti tolak Brazil..nasiblah ko Brazil..
Kah..kah..kalah juga gelombang biru dekat gelombang pakatan. Petanda PRU 13 akan wujud kejutan..Memang malam ni saya sokong Brazil..tapi taklah sokong gila-gila sebab samba Brazil langsung tak menjadi . Juga sebab team favourite, England & Algeria kalah awal..
Apapun kita tunggu kemunculan Ghana malam ni. Harap-harap Ghana jangan pakai jersi merah kuning UMNO dahla. Kalau tak, boleh sokong lebih lagi. ![]() |
| Misteri Lubang Besar Di Kota Kinabalu Posted: 02 Jul 2010 10:08 AM PDT Sebuah jalanraya secara tiba-tiba terbelah dan munculnya lubang misteri. Kejadian tersebut terjadi di Kota Kinabalu, Malaysia malam tadi (Khamis). Lubang dengan lebar 5 meter tersebut mengakibatkan kesesakan lalulintas. Walau bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan di dalam peristiwa tersebut. Hanya ada sebuah lori yang terbabas kerana tidak mengetahui kewujudan adanya lubang tersebut Pihak berkuasa masih belum mengetahui sebabnya timbul lubang misteri tersebut. Sumber : www.metro.co.uk..juga di sini Macam kisah lubang besar di sebatang jalan di tengah bandar Guatemala lah pula. Lubang tu telah menelan sekurang-kurangnya sebuah bangunan tiga tingkat semasa taufan Agatha membadai pada 2 Jun, 2010 (sila baca lagi). Tanda kecil nak kiamat, supaya insaf dan bertaubat. |
| Memalukan : Samba Brazil Tumbang Di Tangan Total Belanda 1 - 2 Posted: 02 Jul 2010 08:59 AM PDT Piala Dunia FIFA 2010: Belanda 2 , Brazil 1 PORT ELIZABETH: Belanda menundukkan Brazil 2-1 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan yang berlangsung di Stadium Nelson Mandela Bay di sini, sebentar tadi. Gol Brazil dijaringkan Robinho pada minit ke-10. Manakala, sejurus separuh masa kedua bermula, Belanda terus mengasak dan memperoleh gol penyamaan selepas hantaran lintang Wesley Sneijder ditanduk pemain Brazil, Felipe Melo pada minit ke-53 ke gawang sendiri. Pada minit ke-68, Belanda berada di hadapan dengan 2-1 apabila sepakan sudut Arjen Robben dihantar ke belakang Dirk Kuyt sebelum Sneijder yang tidak dikawal menanduk masuk. Wesley Sneijder telah dipilih man of the match dalam perlawanan ini oleh Fifa ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Vincent Tang Tak Takut Najib Montel, Cuma Takut PR..1st Half Wcup : Brazil 1, Belanda 0 Posted: 02 Jul 2010 08:01 AM PDT Memang ikut adatnya, tokei penjahat lebih jahat daripada penjahat yang biasa. Tokey judi bilionair memang lebih kaya dari perasuah jutawan yang hanya tekedarah projek kerajaan. Memang benar Vincentv Tang lebih jahat dari Najib (atau dua-dua sama jahat)..sebab itulah si penjahat tak segan silu dedah kejahatan penjahat satu lagi. Vincent Tan mana tahu erti takut pada pemimpin BN. Sebab BN adalah pengemis buat dirinya. Yang Vincent Tan takut adalah Pakatan Rakyat. Sebab tulah dia pernah merayu supaya lesen judi bola di negeri PR diluluskan, bukannya merayu pada Najib sebab dia tahu, Najib dan UMNO adalah spesis dayus. Judi: Vincent Tan lebih berani dari Najib
KUALA LUMPUR, 2 Jun: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa menyifatkan ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan lebih gagah dan berani dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan beliau memang mendapat surat untuk melaksanakan perjudian bola sepak dari Kementerian Kewangan. Vincent Tan, dalam pertemuannya dengan penganalisa pernigaan judi 29 Jun lalu menunjukkan surat kelulusan asal bertarikh 13 Januari tetapi Najib tidak pernah berani menyatakannya secara terbuka kerana takut tekanan politik. Menurut Husam, Vincent Tan mengadakan perjumpaan dengan penganalisa perniagaan judi tiga hari selepas Najib umum lesen judi bola tak jadi lulus. Dalam perjumpaan itu, Vincent Tan tunjukkan surat kelulusan asal bertarikh 13 Januari tahun ini. Vinvent Tan masih menekankan Kerajaan Najib telah pun memberikan kelulusan bertulis. Enam bulan kemudian, kerana desakan bertubi-tubi, barulah kelulusan itu ditarik balik, beritahu Husam dalam blognya hari ini. "Syabas Vincent Tan! Lulus kata lulus," tulis Husam yang juga Exco ekonomi dan kebajikan kerajaan negeri Kelantan. "Ternyata Vincent Tan tak peduli apa UMNO nak kata. Dia dedahkan keadaan sebenar. Ini baru betul-betul raja judi. UMNO terkebil-kebil dengan tindakan berani Vincent Tan. Tak ada siapa berani tegur. Lepas laku taukeh besar kita ini," tulis Husam. Namun begtiu, kata Husam, nasib baik ada rakyat yang sedar. Ada gerakan politik yang bersepadu. "Dap yang memberikan ukuran moral yang memalukan UMNO. Ada UMNO Johor (atas pengaruh Muhyidin atau takut kalah pilihanraya?) turut sama akhirnya menolak kelulusan ini. "UMNO Kelantan dan Terengganu tak seberani UMNO Johor. Kelu membisu," kata Husam. Pagi sebelum Vincent Tan menemui para penganalisa industri perjudian dalam majlis makan tengahari, Vincent Tan melalui syarikatnya Berjaya Corp mengeluarkan satu kenyataan bertulis menyatakan kesal yang amat sangat di atas pembatalan itu. Sekali lagi, dalam kenyataan bertulis itu, disebut bahawa 'pembatalan itu dibuat selepas sebelum ini Kementerian Kewangan telah meluluskan semula lesennya' - dan ayat berkenaan digaris untuk memberikan penekanan. "Maknanya, Vincent Tan bercakap benar dan beliau mahu buktikan beliau bercakap benar. Ada orang lain bercakap tidak benar," tulis Husam lagi. Dalam pertemuan itu juga, Vincent Tan yakin pelan perjudiannya akan diperbahurui semula pada masa akan datang. "Bila? Selepas pilihanraya umum nanti? Selepas Pakatan Rakyat tak kuat?," tulis Husam. Husam juga berkata, Vincent Tan terang-terang salahkan Pakatan Rakyat atas pembatalan itu. Dia tak salahkan mufti-mufti atau Utusan Malaysia atau Perkasa. "Menarik juga," katanya. "Apa yang Vincent Tan nak kata, kalau BN menang besar pilihanraya akan datang, hidup semula lah lesen judi bola beliau. "Sekarang, kita nak siapa gagah? Rakyat gagah melalui Pakatan Rakyat sehingga lesen ini tak boleh lulus selama-lama atau nak Vincent Tan dan BN gagah untuk mereka laksanakan niat tertunda mereka?" soal beliau.
Dalam perjumpaan sama, didedahkan bahawa Kerajaan pernah bayar ganti rugi kepada Berjaya Corp atas pembatalan lesen yang telah mereka perolehi sebelum itu. Pembatalan tahun 1990 bolehkan Berjaya Corp dapat ganti rugi sebanyak 18.9 juta. "Beliau nak kata, kali ini, Berjaya Corp akan dapat ganti rugi sekali lagi kerana Menteri Kewangan memang dah bagi kelulusan. "Vincent Tan nampaknya bukan sahaja kaya, tetapi pemimpin UMNO, tak ada yang dia segan atau takut...." tulis Husam lagi. Piala Dunia FIFA 2010: Belanda 0 , Brazil 1 (separuh masa pertama) Brazil mendahului Belanda 1-0 pada separuh masa pertama sebentar tadi apabila Robinho menjaringkan gol pada minit ke 10. Saingan nampaknya amat sengit namun tuah masih memihak Brazil. Apapun buat penyokong Belanda, harapan masih ada |
| Samba Brazil Atau Total Football Yang Lebih Hebat..Senarai Penjaring World Cup Posted: 02 Jul 2010 06:45 AM PDT Antara Samba Brazil dan Total Football Belanda, pasukan mana yang lebih hebat Pertemuan Seimbang Kelebihan dalam semua aspek telah membantu kemaraan Brazil dan Belanda ke suku akhir Piala Dunia 2010, tanpa mengambil kira tradisi atau tanggapan ramai. Kini, kedua-duanya akan bertemu sesama sendiri untuk menuju ke perlawanan akhir. "Kami tahu bahawa Belanda adalah sebuah pasukan yang sangat sukar untuk dikalahkan. Rentak permainan mereka begitu menyamai corak bola sepak Amerika Selatan. "Mereka tidak akan berusaha untuk kekal bertahan dan banyak bergantung kepada bola-bola hantaran jauh. "Mereka mempunyai kualiti dari segi teknikal dan kami harus bersedia untuk perkara tersebut. Mereka adalah sebuah pasukan yang mantap," kata jurulatih Brazil, Dunga. Tiga pertemuan kedua-dua pasukan tersebut pada Piala Dunia sebelum ini, berakhir dengan skuad yang menang mara ke perlawanan akhir. Pemenang peringkat suku akhir antara kedua pasukan tersebut di Afrika Selatan hari ini, akan berdepan sama ada Uruguay atau Ghana di separuh akhir. Setakat ini, Belanda mencatat kemenangan dalam semua perlawanan di Afrika Selatan. Persembahan Belanda pada kejohanan kali ini dilihat berbeza dengan persembahan mereka pada era sebelum ini. Pemain-pemain skuad Oranje di Afrika Selatan, mempunyai keperibadian tersendiri dan kemahiran yang mengagumkan. Belanda, yang berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Dunia sebanyak dua kali, dilihat berjaya mengatasi pergeseran kecil dalam skuad tersebut, apabila menundukkan Slovakia 2-1 pada pusingan 16 pasukan terbaik. Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk yakin bahawa semua perselisihan faham dalam skuad itu telah diselesaikan. Bagi juara lima kali, Brazil dianggap sebuah pasukan pilihan untuk bergelar juara Piala Dunia 2010, setelah beraksi mantap di peringkat kumpulan dan pusingan kedua. Brazil berjaya menundukkan Korea Utara dan Ivory Coast di peringkat kumpulan, sebelum sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika bertemu Portugal. Namun, pasukan Samba itu kembali menemui sentuhan jaringan, apabila menang 3-0 ke atas Chile di pusingan kedua. Kem latihan Brazil kini kehilangan Elano, yang menjaringkan gol pada dua perlawanan pertama. Brazil tidak dapat menggunakan khidmatnya apabila doktor pasukan, Jose Luis Runco menyatakan dia mengalami kecederaan di bahagian buku lali kanan. - AP Belanda tak gentar Brazil PORT ELIZABETH: Hajat Belanda melangkah ke peringkat akhir Piala Dunia mungkin tidak akan kesampaian apabila mereka bertemu Brazil yang kini berada di tahap terbaik dan dilihat berpeluang cerah merangkul kejuaraan untuk kali keenam hari ini. Belanda membayangkan menjulang trofi kali ini namun jurulatih Bert van Marwijk berdepan dilema mengatur taktikal bagi saingan suku akhir di Port Elizabeth menentang pasukan yang tidak menunjukkan belas kasihan membenam lawan, tidak kira apa jua pendekatan yang digunakan. Menggunakan tiga penyerang, Chile yang mengamalkan corak menyerang ke atas Samba Boys pada pertembungan pusingan kedua mengalami kekalahan 3-0 kepada pasukan yang cukup mantap di setiap bahagian. Mengarahkan pemain berkubu di kawasan sendiri juga tidak berhasil memandangkan Brazil mempunyai pemain hebat seperti Kaka, Robinho dan Luis Fabiano. Jurulatih, Dunga, yang mengetuai Brazil ketika menewaskan Belanda pada Piala Dunia 1994 dan 1998 berkata, pasukannya sedia berdepan Belanda yang memiliki kepakaran teknikal. Bagaimanapun, masalah penempatan dan venue latihan yang asing lebih membimbangkan Dunga berbanding ancaman pihak lawan yang memiliki prestasi terbaik dan keyakinan tinggi. "Banyak perkara mengganggu persiapan kami. Kami terpaksa berkongsi hotel dengan ramai orang menyebabkan timbulnya kekeliruan dan kami terpaksa segera mengatasinya. Sekarang kami perlu menangani realiti baru," katanya. Elano terpaksa disisihkan pada perlawanan hari ini akibat kecederaan pergelangan kaki semasa perlawanan Brazil dengan Ivory Coast manakala Dani Alves (gambar) dijangka mengisi kekosongan itu seperti perlawanan menentang Chile sebelum ini. Felipe Melo mengalami kecederaan pergelangan kaki dan penggantinya Ramires pula digantung perlawanan selepas menerima dua kad kuning. Ini bermakna Josue dijangka disenaraikan dalam kesebelasan utama bertemu Belanda. Belanda memenangi semua empat perlawanan mereka sebelum ini dan gol awal Arjen Robben yang kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan ketika mencatat kemenangan 2-1 ke atas Slovakia menyemarakkan semangat pasukan itu. Mereka menerima kritikan gara-gara permainan tidak menarik namun pemain sayap Ryan Babel menegaskan setakat ini Belanda bertemu pasukan yang menggunakan taktik negatif dan corak permainan menyerang Brazil akan membolehkan mereka mempamerkan gaya permainan sebenar. "Kami mempamerkan permainan yang baik apabila menentang pasukan lawan yang mahu bermain bola sepak dan Brazil pasti akan melakukannya," katanya. Van Marwijk percaya pasukannya akan melangkah jauh selepas menguasai saingan peringkat kumpulan. Beliau menjangkakan saingan berbeza menentang Brazil bagaimanapun berkata: " Mungkin kami pasukan bukan pilihan untuk kali pertama di Afrika Selatan." - Reuters * Saya tetap sokong Brazil. Samba pasti menang malam ini Senarai Penjaring Piala Dunia 4 goals: Higuain (ARG), Villa (ESP), Vittek (SVK)
3 goals: Donovan (USA), Gyan (GHA), Luis Fabiano (BRA), Mueller (GER), Suarez (URU)
2 goals: Elano (BRA), Eto'o (CMR), Forlan (URU), Hernandez (MEX), Holman (AUS), Honda (JPN), Klose (GER), Lee Chung-yong (KOR), Lee Jung-soo (KOR), Podolski (GER), Sneijder (NED), Tevez (ARG), Tiago (POR), Uche (NGR)
1 goal: Alcaraz (PAR), Almeida (POR), Beausejour (CHI), Bendtner (DEN), Birsa (SLO), Blanco (MEX), Boateng (GHA), Bradley (USA), Cacau (GER), Cahill (AUS), Cristiano Ronaldo (POR), De Rossi (ITA), Defoe (ENG), Demichelis (ARG), Dempsey (USA), Di Natale (ITA), Drogba (CIV), Endo (JPN), Gelson (SWI), Gerrard (ENG), Gonzalez (CHI), Heinze (ARG), Huntelaar (NED), Iaquinta (ITA), Iniesta (ESP), Ji Yun-nam (PRK), Jovanovic (SRB), Juan (BRA), Kalou (CIV), Khumalo (RSA), Kopunek (SVK), Koren (SLO), Kuyt (NED), Liedson (POR), Ljubijankic (SLO), Maicon (BRA), Malouda (FRA), Marquez (MEX), Millar (CHI), Mphela (RSA), Okazaki (JPN), Ozil (GER), Palermo (ARG), Pantelic (SRB), Park Chu-young (KOR), Park Ji-sung (KOR), A. Pereira (URU), Quagliarella (ITA), Raul Meireles (POR), Reid (NZL), Riveros (PAR), Robben (NED), Robinho (BRA), Romaric (CIV), Rommedahl (DEN), Salpingidis (GRE), Simao (POR), Smeltz (NZL), Tomasson (DEN), Torosidis (GRE), Toure (CIV), Tshabalala (RSA), Upson (ENG), van Persie (NED), Vera (PAR), Yakubu (NGR) The top scorers of the 2010 World Cup ![]() |
| Adakah Suara Perkose Senasib Dengan Nasib Suara Keadilan?? Posted: 02 Jul 2010 05:45 AM PDT Kita nak tengok. Suara Perkose ini dilayan sama macam Suara Keadilan. Adakah KDN akan berlembut dengan Suara Perkose dalam isu hasutan ni? Walaupun nama kedua-duanya dekat sama (Suara Perkose ciplak Suara Keadilan), sudah pasti KDN akan memihak pada Suara Perkose, sebab Perkose ni kroni umno. Tengok macam Utusan, sentiasa disaman oleh ramai orang, tapi takde pun KDN gantung permit akhbar rasmi UMNO Yahudi tu..apapun, sama-samalah kita tengok permainan KDN UMNO Apco nih Sehari di pasaran, Suara Perkasa 'mengadap' KDN Baru sehari beredar dalam pasaran, ketua pengarang akhbar rasmi Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Suara Perkasa dipanggil memberikan penjelasan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Ketua pengarangnya Daud Ibrahim berkata beliau dipanggil memberikan penjelasan kepada kementerian itu pada Isnin ini berhubung artikel muka depannya yang mendesak timbalan menteri pelajaran Datuk wee Ka Siong ditahan bawah ISA. Dalam laporan muka depannya semalam, Suara Perkasa memetik Timbalan presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman A Bakar sebagai mendesak Wee memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana didakwa mempertikaikan biasiswa Mara. Dalam artikel berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA" beliau dilaporkan berkata, jika Wee enggan meminta maaf, PERKASA akan memastikan orang Melayu tidak mengundi Wee pada pilihan raya umum akan datang.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Daud juga memberitahu, KDN juga mahukan penjelasan berhubung satu artikel pada mukasurat 19 tabloid dua kali sebulan itu yang bertajuk "Akhbar Cina... kenapa KDN takut bertindak?". Artikel itu antaranya mengkritik orang-orang Cina yang 'di sebelah sana' yang sering menyerang PERKASA, yang kononnya menimbulkan rasa tidak puas hati kaum Cina. Artikel itu juga antaranya mendakwa "serangan rasis" tersebut diteruskan saban hari dengan anggapan orang Melayu tidak membaca akhbar berbahasa Cina. Daud juga memberitahu, pengarang Suara Perkasa Amirudin Mohamad turut dipanggil dan telah memberikan penjelasan kepada beberapa pegawai kementerian itu di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini. "Saya anggap ini sebagai satu cabaran kerana belum ada akhbar yang mengetengahkan isu-isu orang Melayu. Saya akan berikan kerjasama penuh," katanya. Daud berkata, beliau juga tidak takut terhadap tindakan KDN itu kerana "ia merupakan proses biasa." "Setiap artikel yang dianggap panas dirujuk dahulu dengan penasihat undang-undang PERKASA," katanya. Amirudin selesai memberikan keterangan kira-kira sejam bermula jam lima petang tadi manakala Daud pula akan hadir bagi sesi yang sama pada jam 12 tengah hari pada Isnin depan. |
| Keadilan Untuk Semua : Masyarakat Cina Pun Dapat Takaful Kifalah Posted: 02 Jul 2010 05:09 AM PDT Inilah keadilan menurut islam. Semua orang dibantu tanpa kira kaum, agama mahupun fahaman politik. Mana nak cari sebuah kerajaan negeri yang adil. Saya nak ceritakan pengalaman di kampung halaman saya di Terengganu. Ada 'seekor' (maaf bhs kasar) JKKK yang memang kaki umno, tak nak beri bantuan pada seorang warga emas semata-mata pergi ke surau PAS. Warga emas ni kakinya dipotong akibat kencing manis dan terpaksa bertongkat ke surau. Tapi JKKK Yahudi ni memang zalim punya orang, dahla bantuan tak dapat, zakat pun tak diberinya. JKKK ni punyalah kaya kalahkan orang bekerja pegawai kerajaan, sedangkan diani SPM pun tak lepas. Rumah dia je rumah batu dan betapa roswahnya dia ini, jalan tar sampai depan pintu rumah dia sedangkan di kg. saya, ada jalan yang becak dan tak bertar pun. Inilah sikap angkuh JKKK yang pro Apco israel ini. Alangkah bahagianya jika warga emas tu duduk di Kelantan. Tentu akan dapat bantuan. Malangnya warga emas ini duduk di bawah pemerintahan UMNO Yahudi, yang mentekedarah duit rakyat demi nafsu perut mereka.. Penduduk Cina pertama terima Takaful Kifalah KUALA KRAI - Seorang penghidap kanser pangkal rahim dari Kampung Bukit Langsat, dekat sini, Kua Mek Seng yang meninggal dunia Khamis lalu menjadi penduduk Cina pertama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkebang yang menerima manfaat Takaful Kifalah pada tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, secara keseluruhan, mendiang Mek Seng penerima ke-350 bagi DUN berkenaan sejak skim perlin-dungan insurans untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas itu diperkenalkan Kerajaan Negeri pada awal Februari 2007. "Bagi penduduk Cina dalam DUN Mengkebang yang menerima manfaat Takaful Kifalah sejak skim ini mula diperkenalkan pula, mendiang Mek Seng adalah penerima yang kelima. "Bayaran pendahuluan ini sepatutnya dibayar pada hari kematian tetapi ketika itu saya berada di Indonesia kerana mengikuti rombongan Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam)," katanya kepada :Sinar Harian. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bayaran pendahuluan sebanyak RM500 kepada suami mendiang Mek Seng, Wee Kim Swee, 65, di Kampung Bukit Langsat di sini, semalam. Hadir sama, Penghulu Tanpa Mukim Wakil Kaum Parlimen Kuala Krai, Sik Chai Som dan suami Chuink Gin Huat serta mantan Penghulu Mukim Bedal, Mohd Ariffin Wahab. Sementara itu Kim Swee berkata, mendiang isterinya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.30 petang Khamis lalu pada usia 62 tahun akibat kanser pangkal rahim yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu. Menurutnya, keadaan isterinya bertambah teruk selepas terjatuh di dapur rumah mereka sembilan bulan lalu sehingga menye-babkan mendiang tidak dapat berjalan dan terlantar di tempat tidur. "Seminggu sebelum meninggal dunia, keadaan isteri saya semakin buruk apabila dia mula mengalami batuk berdarah dan mengeluarkan nanah apabila kencing," katanya. Dalam pada itu, Kim Swee merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri terutama Abdul Latiff atas pemberian manfaat Takaful Kifalah dan juga bantuan Tabung Kronik yang diterima mendiang isterinya sebelum ini. Bahkan katanya, keprihatinan Kerajaan Negeri tidak terhenti setakat itu sahaja kerana anak sulungnya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU), Wee Liu Pin, 40, turut menerima bantuan. Mendiang Mek Seng yang disemadikan di Tanah Perkuburan Cina Prutok, Temangan, dekat Machang, kelmarin, meninggalkan dua anak lelaki dan dua perempuan berusia antara 30 tahun dan 40 tahun.\ |
| Macam2 Zaman Najib : Bangla Pun Suka 'Diurut' Posted: 02 Jul 2010 04:11 AM PDT Macam-macam zaman Najib. Rumah urut dibiarkan beroperasi beleluasa. Langgan pelacur macam beli tiket wayang. Ini semua salah siapa, tentulah kerajaan BN yang gagal laksanakan peraturan yang tegas bagi membendung masalah ini. Warga asing yang bekerja sebagai buruh pun ada ambil kesempatan langgan pelacur ini. Sebab mereka tahu, undang-undang Malaysia cikai je. Kena tagkap pun koman-koman kena denda. Urut seks 24 jam KUALA LUMPUR: Pendekatan yang digunakan agak berbeza apabila sebuah rumah urut yang menawarkan perkhidmatan seks beroperasi 24 jam sehari dan sasaran pelanggannya buruh binaan terutama warga asing. Setiap pelanggan warga asing ditawarkan kadar perkhidmatan luar biasa RM50 bagi sesi urutan termasuk perkhidmatan seks di rumah urut itu di Kampung Baru, Sungai Buloh, dekat sini. Tindakan sindiket pelacuran itu dihidu Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan menyerbu rumah pelacuran berkenaan, malam kelmarin. Operasi bermula jam 9 malam kelmarin diketuai Asisten Superintendan Mohamad Nazri Daud dan disertai dua pegawai serta lapan anggota. Mohamad Nazri berkata, operasi dinamakan 'Ops Noda' itu memberkas 10 pelacur murahan iaitu lapan daripadanya warga Indonesia dan India. "Ketika menyerbu masuk, seorang pelanggan warga Bangladesh baru selesai melanggan pelacur dan sedang membuat bayaran di kaunter. "Dia dan penjaga kaunter rakyat tempatan itu individu pertama ditahan sebelum menyerbu masuk lapan bilik di dalam rumah terbabit," katanya. Menurutnya, ketika serbuan beberapa pelanggan warga asing sedang leka berurut sambil dilayani wanita warga asing terbabit. |
| Jadual Perlawanan Piala Dunia Malam Ini..Saya Pilih Brazil & Ghana Menang Malam Ini Posted: 02 Jul 2010 03:30 AM PDT Jadual Piala Dunia (Peringkat Suku Akhir) BERIKUT adalah jadual perlawanan Piala Dunia 2010 peringkat suku akhir yang akan berlangsung pada malam ini dan awal pagi esok. Malam ini Belanda lwn Brazil, 10.00 mlm Awal pagi esok Uruguay lwn Ghana, 2.30 pagi Berita pertemuan Belanda lwn Brazil, 10.00 mlm (Saya sokong Brazil) ![]() ![]() ![]() Aksi Belanda sama macam kami: Dunga Tekanan peminat paksa Brazil ketepi 'permainan cantik' PORT ELIZABETH: Perwatakan milik Brazil dan Belanda hampir sama – menang setiap perlawanan dan mara ke peringkat berikut. Jelas, intipati itu bakal membantu cabaran mereka apabila bertembung dalam saingan suku akhir, malam ini ketika perlawanan itu sudah pun dilabel sebagai perlawanan mirip final. Tekanan tampak lebih terarah kepada Brazil dan jurulatih Dunga mengerti mereka tidak boleh bermain bola sepak yang cantik untuk menghiburkan peminat mereka, tetapi mengamal taktik tepat untuk menewaskan Belanda dan layak ke separuh akhir dan kemudian ke final. "Kami sentiasa harus menang dan jika menang sekalipun penyokong kami tidak akan gembira kerana pemain tidak memberi persembahan menghiburkan. "Jika kami memberi persembahan baik mereka juga tidak akan gembira kerana kami tidak menjaringkan enam atau tujuh gol," katanya, semalam. Mengenai Belanda, Dunga berkata lawan dari Eropah itu memiliki barisan pemain yang penuh skil dan mereka dijangka menerima ujian sebenar, hari ini. "Kami sedar Belanda adalah sebuah pasukan yang sukar," kata Dunga. "Bola sepak mereka sebenarnya agak sama dengan bola sepak Amerika Selatan. Mereka tidak cuba untuk bertahan saja atau bersandarkan kepada hantaran jauh. Mereka mempunyai kualiti teknikal dan kami perlu bersedia menanganinya. Mereka adalah pasukan mantap." Tiga pertemuan di Piala Dunia antara kedua-dua pasukan itu berkesudahan dengan pemenangnya melangkah ke final dan kali ini, pemenang akan berdepan sama ada Uruguay atau Ghana di separuh akhir. – AFP Belanda keliru taktik Brazil Skuad samba dilihat serba sempurna, tidak kenal erti kasihan PORT ELIZABETH: Langkahan menarik Belanda dalam laluan ke final bakal berdepan halangan getir apabila bertemu Brazil, hari ini – lawan yang beraksi mantap dan dilihat tidak bermasalah untuk meraih mahkota kejuaraan dunia buat kali keenam. Belanda juga memasang impian menjulang piala teragung itu namun jurulatih, Bert van Marwijk berdepan dilema taktikal dalam pertembungan suku akhir di Port Elizabeth menentang pasukan yang tidak mengenal erti kasihan ketika memusnahkan harapan lawan yang menggunakan pelbagai corak permainan. Tidak dinafikan Wesley Sneijder dan Arjen Robben akan menjadi pertaruhan terbaik Belanda buat merobek gawang Brazil yang makin kental. Menerusi gandingan tiga penyerang, Chile menyerang skuad 'samba' dalam pertembungan 16 terakhir namun tewas 3-0 selepas dirobek pasukan yang dilihat sempurna dalam setiap posisi di padang. Demikian juga jika menggunakan taktik bertahan yang dilihat tidak berkesan dengan kehadiran bintang seperti Kaka, Robinho dan Luis Fabiano yang tidak mengenal erti kasihan. Jurulatih, Dunga, yang mengemudi Brazil selaku kapten ketika menumbangkan Belanda pada kempen Piala Dunia 1994 dan 1998 berkata: "Dari segi teknikal lawan kami memang kuat dan anak didik saya harus lebih bersedia." Bagaimanapun, penyusunan semula tempat penginapan dan gelanggang untuk kem latihan pemain yang tidak sesuai dan asing dilihat lebih diberi perhatian oleh Dunga berbanding tumpuannya menangani ancaman Brazil yang hadir daripada lawan yang berkeyakinan tinggi. "Ia mengganggu dalam banyak cara," kata Dunga. "Kami perlu berkongsi hotel bersama ramai orang dan perkara itu akan menimbulkan lebih banyak kekeliruan dan kami perlu mengatasi situasi itu. Kini, kami akan berdepan realiti lain pula." Brazil kehilangan khidmat Elano dalam pertembungan hari ini akibat kecederaan lebam pergelangan kaki yang dialami ketika pertembungan dengan Ivory Coast, namun Dani Alvez sekali lagi akan memenuhi kekosongan itu, seperti yang dilakukan ketika menentang Chile. – Reuters Berita pertemuan Uruguay lwn Ghana, 2.30 pagi (Saya sokong Ghana Menang malam ini) Ghana, Uruguay pasang impian besar Barisan Rajevac mahu mara ke separuh akhir JOHANNESBURG: Uruguay kini ghairah memburu tempat ke separuh akhir Piala Dunia buat kali pertama selepas 40 tahun manakala Ghana cuba mahu mengukir sejarah buat benua Afrika. Pertembungan suku akhir di Soccer City, awal pagi esok menemukan bekas juara dunia dua kali (Uruguay) yang gagal melangkah jauh sejak 1970 manakala satu lagi barisan berada dalam dunia tersendiri tetapi membawa impian seluruh benua. Jurulatih Oscar Tabarez menggunakan pendekatan baru selepas pasukan itu berhempas pulas ketika seri 0-0 dengan Perancis, dan hasilnya ialah dua gol Diego Forlan (gambar) ketika menang 3-0 ke atas tuan rumah Afrika Selatan. Uruguay juga menundukkan Mexico 1-0 hasil jaringan Suarez, yang kemudian menggegar gawang dua kali ketika mengatasi Korea Selatan 2-1 pada pusingan kedua. "Dia agak tenang bagi seorang jurulatih, dengan banyak pengalaman dan tahu bagaimana untuk menguruskan sekumpulan pemain dengan baik," kata Forlan merujuk kepada Tabarez. "Pengalaman yang ada padanya dari (Piala Dunia 1990) dan bersama pasukan lain banyak membantu kami." Jurulatih Ghana kelahiran Serbia, Milovan Rajevac, berkata prospek menjadi pasukan Afrika pertama melangkah ke separuh akhir menyuntik motivasi dalam skuad itu. "Kami tidak terfikir mengenai tekanan. Kami bermain dengan baik di Kejohanan Piala Negara Afrika, jadi kami sudah membuktikan kami adalah pasukan yang tahu bagaimana untuk bersaing," katanya. "Kami akan cuba bertenang. Bagus bagi kami dapat berada di sini. Kami gembira dengan seluruh keadaan. Kami tidak terikat dengan apa-apa tanggungjawab tetapi kami mahu menggunakan peluang ini untuk melakukan yang terbaik dan mencipta sejarah." - AP 'Afrika boleh menang Piala Dunia' JOHANNESBURG: Negara Afrika mampu memenangi Piala Dunia pada masa akan datang jika permainan diteruskan pada landasan yang bersesuaian, menurut Cafu, bekas kapten Brazil yang memenangi Piala Dunia pada 2002. "Bola sepak Afrika berkembang sehingga majoriti pemainnya bermain untuk pasukan Eropah dan ini adalah sangat baik kerana mereka kini menjadi idola kepada generasi muda dalam benua itu," katanya. Walaupun lima daripada enam wakil Afrika pada Piala Dunia gagal melepasi pusingan pertama termasuk tuan rumah, Afrika Selatan, Cafu berkata pemain benua itu makin menunjukkan peningkatan. Ghana, yang bermain dengan Uruguay dalam pusingan suku akhir pada awal pagi esok di Soccer City, adalah satu-satunya penyelamat Afrika dari peringkat kumpulan tetapi kini mempunyai peluang untuk mengatasi pencapaian Cameroon di peringkat suku akhir pada 1990 dan Senegal pada 2002 untuk menjadi pasukan pertama Afrika melangkah ke separuh akhir. Cafu, 40, pemain Brazil yang memiliki cap terbanyak, berkata dalam sidang media: "Apa yang kita lihat sekarang ialah pasukan Afrika yang lebih bertanggungjawab, lebih komited, dan lebih diperlukan mereka dan bertanggungjawab dalam mewakili benua mereka." - AFP |
| Tak Hairan Pun...Memang UMNO Suka Menipu.. Posted: 02 Jul 2010 03:09 AM PDT Apani UMNO..tipu ka..Memang penipu..ada ke kata nisbah pengundi 1 : 40. Sedangkan hakikatnya sebenarnya adalah 2 : 1. Melayu lagi ramai. Itulah UMNO. Suka sangat menipu.. SPR: Nisbah pengundi baru 2:1, bukan 1:40 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan jumlah sebenar pendaftaran bagi pemilih baru antara Melayu dan bukan Melayu adalah dalam nisbah 2:1, bukannya 1:40 seperti yang didakwa seorang pemimpin Pemuda Umno baru-baru ini. Menurut pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) nisbah dua Melayu dan 1 bukan Melayu itu dikira berdasarkan lebih setengah juta pendaftaran baru sejak suku tahun pertama 2008 hinggalah suku tahun pertama pada tahun ini.
"Tanyalah dia (Pemuda Umno) daripada mana dia dapat (nisbah 1:40)?" katanya kepada Malaysiakini hari ini. Isnin lalu, Berita Harian melaporkan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pergerakan itu mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu. Pengerusinya Hishamudin Yahya dilaporkan berkata kajian pihaknya itu merangkumi keseluruhan aspek termasuk umur dan jantina membabitkan golongan muda dan tua. Justeru, beliau dilaporkan berkata, senario ini seharusnya menyedarkan orang Melayu bahawa kuasa politik mereka boleh terhapus jika terus enggan mendaftar sebagai pengundi.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya hari ini, Abdul Aziz menjelaskan daripada keseluruhan 569, 137 pemilih baru, sebanyak 62 peratus atau 355,807 orang daripada kalangan orang Melayu, Cina sebanyak 23.03 peratus (131,047 orang) dan India 4.89 peratus (27,823 orang). Manakala bagi bumiputera Sabah pula sebanyak 3.67 peratus (20,871 orang), bumiputera Sarawak sebanyak 4.76 peratus (27.104 orang), Orang Asli 0.42 peratus (2,378) dan lain-lain sebanyak 0.72 peratus (4,109 orang). Statistik Mei berbeza Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz pendaftaran pada bulan lalu melalui parti politik menunjukkan golongan Melayu ketinggalan berbanding kaum bukan Melayu. "Mungkin dia petik (yang) itulah," katanya yang mendakwa memantau kadar tersebut setiap bulan.
Ditanya adakah nisbah untuk bulan lalu itu boleh mencapai tahap 1:40, Abdul Aziz menjawab: "Kalau yang itu saya tak pasti. Tetapi kalau (nisbah) 1:40 itu, mana dia dapat tanya dialah. "Saya tidak mahu komen nisbah orang lain. (Kalau) satu (Melayu) dengan 40 (bukan Melayu), maknanya 1,000 (Melayu), (bersamaan) 40,000 (orang bukan Melayu)." Abdul Aziz (kiri) berharap fenomena itu hanyalah bersifat sementara. Beliau juga mendedahkan, DAP merupakan parti politik paling aktif mendaftarkan pengundi baru buat masa ini. "(Buat masa) sekaranglah. Pada bulan Mei, kamu tengok dia (DAP daftar) 14,000 (orang), Umno (hanya) 7,000," katanya. |
| Hot!! Gambar Terbaru Arial & Luna Posted: 02 Jul 2010 12:19 AM PDT Ini gambar terbaru hot terbaru Ariel & Luna Maya..jaga-jaga, tahap 80 PL nih.. **
**
**
**
**
**
**
**
Kah..kah lawak kan. Tentu ada yang bengkak kan... Niat di hati nak sedarkan mereka yang suka benda haram..Ha..ha..Padan muka mereka yang dalam hati nak tengok benda haram, tapi hampeh tengok arial dan pensil warna brand luna.. mana yang tengok klip lucah pasangan artis ni, bertaubatlah sebelum terlambat. Dikhabarkan bahawa kip video ranjang Ariel dan Luna Maya ini telah berjangkit ke negara ini apabila pelajar dikesan aktif memuat turun rakaman klip lucah terbabit menerusi telefon bimbit masing-masing. Ada yang muat turun melalui Internet sebelum ia tersebar melalui sistem Bluetooth telefon bimbit dan dijual pada harga serendah RM5. (ini beritanya). Apapun bukan salah penengok 100 peratus, salah media dan juga majalah hiburan yang membuat pendedahan melampau menyebabkan ramai tercari-cari klip video berkenaan. Juga kerajaan UMNO Melayu Israel yang ada kuasa untuk sekat perkara itu melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), tapi gagal lakukannya. Apatah lagi langkah perundangan islam. Ini semua umno gagal lakukannya. Kesian pada ibu bapa yang penat lelah lahirkan anak, tapi dirosakkan oleh persekitaran dan juga UMNO. Jadi hanya satu jalan je untuk atasi gejala tak bermoral ini, kita tukar pemerintahan yang lebih baik dan bermoral, yang tiada pada UMNO Israel.. |
| Ibrahim Ali & MCA..Dua-dua Celaka.. Posted: 01 Jul 2010 11:58 PM PDT Dua-dua celaka. Sebab dua-dua main isu perkauman. MCA baik sikit je sebab tak selalu buat demontrasi. Perkasa, lebih sudu dari kuah. Lebih budu dari cencaluk. Memang Perkose ditubuhkan UMNO untuk tarik sokongan melayu, pada masa yang sama Najib Montel dapat buat rancangan 1 Malaysia. Nanti dekat PRU, maka akan kedengaran Perkasa sokong UMNO. Dan tak hairan ketuanya yang gedebe akan bertanding sebagai calon UMNO. Tengoklah kalau tak percaya.. Tapi elok juga heret Ibrahim katak ni di bawah Akta Hasutan, sumbat je dalam penjara. Untung-untung ada PRK Pasir Mas yang dimenangi secara haram oleh Berahim ni. Pemuda MCA selar PERKASA: Ektremis celaka ini patut ditahan ISA! "Jikalau PERKASA mahu Wee Ka Siong dipenjarakan kerana kenyataan Pemuda MCA yang membela keadilan, maka ekstremis yang celaka ini lebih patut dipenjarakan di bawah ISA," kata Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng. Demikianlah kemarahan daripada Pemuda MCA, berikutan laporan utama edisi sulung Suara PERKASA yang bertajuk "Tahan Ka Siong bawah ISA". Beberapa orang pemimpin Pemuda MCA tampil mempertahankan Ketua-nya, masing-masing menyasarkan serangan terhadap Pres Antaranya, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng menganggap Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA merangkap Timbalan Menteri Pelajaran tidak bersalah, malah memberi amaran bahawa "jangan hina maruah Pemuda MCA!", kerana Pemuda MCA tidak akan bertolak ansur dengan provokasi yang biadap ini. Malah, Pemuda Wilayah Persekutuan MCA mendesak agar kerajaan menyatakan sikapnya untuk mengasingkan diri daripada tindakan Ibrahim Ali yang biadap, mencelarukan sentimen perkauman, dan mencungkil saraf sensitif. Untuk Pemuda Wilayah Persekutuan MCA yang sanggup jadi benteng Wee Ka Siong, seandainya kerajaan berdiam diri dalam isu ini, maka ia adalah penghinaan terhadap MCA sebagai parti komponen kedua terbesar dalam BN. Oleh itu, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA (gambar kanan) mahu Kementerian Dalam Negeri melucutkan permit penerbitan PERKASA, sebagai amaran kepada kenyataannya yang ekstrem, malah berharap agar penjual akhbar mengambil inisiatif untuk memboikot akhbar ini, demi menjaga keamanan negara. Akta Hasutan terhadap PERKASA dan Ibrahim Ali Selain itu, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen turut menggesa agar polis menangkap Ibrahim Ali dan mengambil tindakan terhadap Suara Perkasa, dengan menggunakan Akta Hasutan 1948. "Artikel dalam Suara PERKASA yang menggesa untuk menangkap Wee Ka Siong dengan ISA ini telah mencungkil kemarahan Pemuda MCA. Seandainya kerajaan berpeluk tubuh dalam isu ini, Pemuda MCA akan menyerang balik sehabis-habisnya. Kami sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan maruah MCA," kata Chai Kim Sen (gambar kiri) dalam kenyataannya. Malah, Setiausaha Agung Pemuda MCA ini menambah, "PERKASA langsung tidak masuk akal. Pertubuhan yang dipimpin Ibrahim Ali ini bukan sahaja ekstrem, malah satu pertubuhan yang mengada-ada. Memang celaka betul!" Pemimpin Pemuda MCA bangkit menyerang Di samping itu, terdapat beberapa orang pemimpin Pemuda MCA lain yang turut meng Ketua Biro Kajian Strategik dan Perancangan Pemuda MCA, Foo Seck Chyn (gambar kanan) pula membidas bahawa kesabaran kerajaan untuk membenarkan hujah perkauman ini berleluasa telah mencungkil kemarahan rakyat. Naib Setiausaha Agung Pemuda MCA, Loh Chew June pula mendesak agar kerajaan memisahkan diri dari PERKASA, untuk membuktikan bahawa kerajaan mendukung semangat 1Malaysia, dan tidak bersekutu dengan pertubuhan yang ekstrem dan berkelas rendah ini. |
| Malaysia Yang Tak Laksana Hukum Allah, Adalah Negara Islam - Mufti UMNO Israel Posted: 01 Jul 2010 08:49 PM PDT Kah..kah mufti..memanglah Perkara 3 kata Agama islam sebagai agama rasmi, tapi negara ini masih sekular. Mana dia hukum hakam islam. Mana dia muamalat islam..semuanya nehi..pergilah ko mufti, cakap hanya ikut politik. Jawablah dengan Allah kelak Bukan Islam jangan pertikai status negara - Mufti
KUALA LUMPUR 1 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan orang bukan Islam tidak seharusnya mempertikaikan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam tanpa memahami sejarah serta Perlembagaan negara. Menurutnya, tindakan itu akan menyebabkan pihak luar serta orang bukan Islam lain menganggap Malaysia sebuah negara sekular. ''Malaysia ialah negara Islam. Perlembagaan tidak mengatakan Malaysia adalah negara sekular. "Orang bukan Islam wajib memahami perkara ini terlebih dahulu sebelum memberikan ulasan tanpa memahami latar belakang penubuhan negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kenyataannya kepada satu portal berita bahawa DAP tidak akan menerima konsep negara Islam seperti yang dibawa oleh Pas jika berjaya memerintah kelak. Menurut Harussani, semua rakyat perlu memahami perjanjian asal ketika awal kemerdekaan supaya tiada pihak cuba mengambil kesempatan daripada isu itu. "Sekarang ini ramai yang sudah lupa tentang perjanjian yang dibuat oleh nenek moyang kita tentang hak keistimewaan Melayu dan Islam di tanah air ini. "Semua kaum di Malaysia perlu tahu tentang budaya serta agama kita (Islam) dan bukannya sekadar lahir di sini tapi tidak mahu mempelajari budaya setempat," katanya. Menurutnya, untuk meningkatkan pemahaman budaya setempat antara langkah yang boleh diambil ialah mewajibkan semua kaum di Malaysia boleh berbahasa Melayu dan mengetahui hal ehwal budaya Melayu. Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman turut tidak bersetuju dengan pandangan Pengerusi DAP yang menganggap Malaysia ialah negara sekular. Menurutnya, sekular ialah satu konsep yang mengasingkan antara agama dengan kehidupan dan Islam tidak pernah menganjurkan perkara sedemikian. Tegasnya, dalam Perlembagaan Persekutuan telah termaktub Islam sebagai agama rasmi negara, maka sebarang usaha untuk menafikan perkara itu amat mendukacitakan hati umat agama itu. "Sebagai umat Islam yang taat, isu sekular memang tidak boleh diterima langsung dan boleh menyentuh sensitiviti umat secara tidak langsung," katanya. Jelasnya, jika ada pihak berterusan mempersoalkan isu sensitif itu, maka tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka. "Setiap orang yang memberi pandangan yang bercanggah dengan Perlembagaan negara perlu dikenakan hukuman supaya mereka tidak terus mengungkit isu sama pada masa akan datang," tegasnya. |
| Macam2 Zaman Sekarang : Mati Kena Langgar Lori Ketika Cuba Berzina Posted: 01 Jul 2010 08:05 PM PDT Pasangan kekasih maut di bahu jalan SAO PAULO 2 Julai - Pasangan kekasih yang memberhentikan kereta di bahu jalan untuk mengadakan hubungan seks maut selepas kereta itu dilanggar sebuah trak, kata polis. Jurucakap polis, Liliane Nascimento berkata, ketika melalui jalan berkenaan, pemandu trak itu tidak dapat melihat kereta pasangan itu di bahu jalan kerana kabus tebal. Kedua-dua pasangan itu mati serta-merta di tempat kejadian. - AP |
| Macam2 Zaman Najib : Buang Ayah Di Rumah Jagaan Bukan Islam Posted: 01 Jul 2010 07:22 PM PDT Sanggup anak buang ayah sendiri ke rumah jagaan bukan islam. Tak risau ke kalau ayah peluk agama lain, atau makan benda haram. Macam-macamlah perkara pelik berlaku zaman najib. Buang bapa di rumah jagaan bukan Islam
JAAFAR ditinggalkan anak di rumah jagaan orang tua bukan Islam di Mount Erskine, Georgetown sejak setahun lalu. Warga emas mohon tempat lebih selesa bagi mudah ibadat GEORGETOWN: Seorang warga emas berusia 85 tahun yang uzur mendakwa 'dibuang' ahli keluarganya dengan menempatkannya di sebuah rumah jagaan orang tua swasta yang dikendalikan bukan Islam di Mount Erskine di sini, sejak setahun lalu. Jaafar Ali, yang terpaksa menggunakan topang untuk bergerak kerana pahanya dimasukkan besi selepas terbabit kemalangan serta menghidap kencing manis, kini tinggal sebumbung dengan bukan Islam yang turut membela anjing. Dengan usianya yang semakin lanjut, Jaafar amat mengharapkan dapat tinggal di tempat lebih selesa untuk beribadat dengan tenang dan sempurna bersama sebelum 'menutup mata' selama-lamanya. Jaafar yang sebak apabila menceritakan nasib malangnya, berkata dia tidak kisah jika anaknya menghantarnya ke rumah orang tua diuruskan orang Islam, bukannya tempat didiami sekarang. "Selepas meninggalkan saya di sini sejak setahun lalu, anak saya tidak pernah datang menjengok dan bertanya khabar. Saya sangat sedih dan tidak sangka mereka buat saya macam ini. "Tergamak mereka buang saya di sini. Saya tidak kisah jika mereka hantar ke rumah orang tua yang diuruskan oleh orang Islam, bukannya tempat macam ini, yang turut membela anjing. "Pak cik dah tua, nak beribadat dengan tenang dan sempurna sebelum habiskan sisa-sisa hidup. Tetapi, tempat macam ini tidak sesuai. Mana lagi saya nak pergi," katanya yang sebak mengenangkan nasibnya dalam pertemuan dengan Berita Harian, semalam. Bekas pekerja Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) berasal dari Kampung Dodol, Jalan Perak di sini, mempunyai isteri, Rafiah Senapi, 70-an, yang lumpuh dan tinggal bersama anaknya di Penanti, Bukit Mertajam. Jaafar mendakwa, walaupun anaknya menghantarnya ke pusat jagaan itu, bayaran bulanan sebanyak RM700 kepada pusat itu, menggunakan wang pencennya. Difahamkan, pusat jagaan itu mempunyai kira-kira 10 penghuni bukan Islam, manakala sebahagian besar petugasnya adalah wanita. Jaafar yang mempunyai empat anak tetapi seorang daripadanya sudah meninggal dunia, mendakwa tiada seorang pun anaknya sanggup membelanya, walaupun mereka bukanlah orang susah. "Saya begitu sedih kerana tiada siapa yang mahu tolong saya. Adik beradik dan anak semuanya tidak mahu tolong. Anak tidak ingatkan bapa lagi walaupun kita yang bela sejak kecil," katanya sambil merintih dia tidak `tahan' lagi tinggal di pusat jagaan itu kerana tidak dapat beribadat dengan sempurna. Dia beberapa kali menadah tangan tanda bersyukur apabila melihat wakil Berita Harian mengunjungi rumah jagaan itu. "Saya mahu keluar dari sini, tak kisah pergi ke mana-manapun," katanya yang merayu mana-mana pihak untuk membantu menempatkannya di rumah orang tua yang diuruskan orang Islam. "Saya mahu beribadat kepada Allah untuk menghabiskan sisa-sisa hidup saya. Saya amat berharap untuk sembahyang di Masjid Sungai Nibong," katanya yang mempunyai rumah di Sungai Nibong di sini. |
| Khairy Seperti Anjing UMNO Israel Posted: 01 Jul 2010 06:46 PM PDT Khairy bukan sahaja macam anjing, tapi juga petualang bangsa seperti kata Berahim Katak Anwar Label Khairy Tukang Salak Umno KUALA LUMPUR 1 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hanya sebagai tukang 'salak' Umno. Anwar juga menambah tindakan Ketua Pemuda itu hanya ingin menarik perhatian pemimpin atasan sahaja. "Kita pun tidak tahu apa tujuan beliau sebenarnya, sekarang kita lihat beliau menyalak dengan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali," jelasnya. Anwar yang diminta mengulas tentang kenyataan Khairy pagi tadi berkenaan dengan beliau meminta maaf dengan pemimpin Yahudi semasa di Washington, beliau menjelaskan sepatutnya Khairy tanyakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak siapa yang bayar yuran pengurusan komunikasi bernilai USD22 juta kepada syarikat yang ada kaitan dengan Israel. "Bukankah kerajaan Umno dan Najib yang bayar. Perkara pokoknya isu Apco. "Umno juga menggunakan Apco untuk menyerang saya di luar negara, selama ini saya dituduh sebagai agen Yahudi tetapi Umno menggunakan wang rakyat dan diberikan kepada Israel," katanya lagi. Anwar yang juga memberitahu laporan di dalam Utusan Malaysia adalah satu penipuan besar kerana kenyataan yang dikeluarkan berkenaan dengan dunia sudah hilang kesabaran terhadap Israel tidak dijadikan tajuk utama tetapi menggunakan tajuk yang menyeleweng. "Tajuk di dalam Utusan Malaysia hari ini jelas penipuan kenapa mereka tidak meletakkan kenyataan bila dunia sudah hilang kesabaran dengan Israel, inilah kerja Apco yang menjadi penasihat tidak berguna kepada Kerajaan. Bayar RM70 juta maka semua itu tidak boleh disebut. "Jadi atas alasan yang sama TV3 dan RTM tidak akan mengeluarkan kenyataan tersebut. Jadi apa isunya? Pendirian saya tentang Palestin tidak pernah berubah malah saya mengecam dasar yang digunakan Israel. "Walaupun saya berkawan dengan semua tetapi saya tidak bayar beberapa tokoh Israel untuk mempertahankan saya, Umno lain mereka bayar kerana untuk mendapat pembelaan dari puak-puak Israel. Begitu juga lesen judi, saya tidak pernah luluskan lesen tetapi Umno meluluskanya. Jelaskanlah,? soal Anwar. Ketua Pembangkang itu memberitahu beliau ke sana kerana diundang oleh Woodrow Wilson Centre untuk satu ucapan dan sudah tentu mesyuarat diadakan bersama dengan kakitangan editor dan juga media antarabangsa. "Kebanyakan dari mereka dari Amerika dan Yahudi mengatakan tidak adil bila menuduh Israel kejam kerana Zionis mempunyai negara yang adil dan sah. Saya nyatakan itu pendapat mereka tetapi pendapat saya jelas rejim Zionis Israel adalah penjajah dan zalim," tegas Anwar. |
| Bala Akan Dedahkan Segala-Galanya Pada Pendakwaraya Perancis Posted: 01 Jul 2010 05:59 PM PDT Mati kutu la UMNO bila Bala beri keterangan pada pendakwaraya Perancis. Pendakwaraya Perancis bukannya macam cap ayam team Ghani Petail. Pendakwaraya yang sama inilah bawa jenayah perang dihukum di Perancis. Adakah si Najib akan alami nasib sama. Juga Deepak dan Roswah yang didedahkan Bala tajanya di london..sama-samalah kita doakan agar orang jahat kena hukuman setimpal dengan perbuatannya French prosecutors to interview PI Bala over submarine deal
(Free Malaysia Today) KUALA LUMPUR: French prosecutors will be interviewing private investigator P Balasubramaniam in Paris next week as part of their ongoing investigation into claims of corruption over a US$1.1 billion submarine deal linked to Prime Minister Najib Tun Razak. Balasubramaniam's lawyer Americk Singh Sidhu told FMT that he was informed by French lawyers of this latest development yesterday. "Balasubramaniam will be travelling to Paris later next week to talk to the French prosecutors," he said. He added that it was an irony that the French prosecutors were ready to talk to Balasubramaniam but not the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) officers. He was referrring to the MACC's decision yesterday not to send its officers to London to record statements from Balasubramaniam in the murder trial of Mongolian Altantuya Shariibuu. MACC deputy chief commissioner (operations) Mohd Shukri Abdull had said Balasubramaniam would instead be asked to answer questions which would be submitted through his lawyer in the form of a sworn statement or affidavit, as advised by the Attorney-General. Americk said he was disappointed with the MACC's decision not to fly out to London to meet Balasubramaniam as was previously agreed upon. "I just find it interesting that the French don't seem to have a problem in taking Balasubramaniam's statement unlike our MACC and its legal advisers," he said. "We will, however, continue with our plan in London. We have arranged for a press conference on July 7 and that will proceed," he added. |
| Suara Keadilan Digantung Penerbitannya Mulai Semalam... Posted: 01 Jul 2010 05:19 PM PDT Geram...KDN dah macam Yahudi..kerana tak puas hati semata-mata, digantungnya akhbar Suara Keadilan. Apa? KDN ingat diorang ni hakim. Biarlah dulu kes saman 200 juta Felda ke atas Suara Keadilan dibicarakan di Mahkamah. Bukannya KDN jadi hakim. Pastu sewenang-wenangnya guna kuasa budi bicaranya. Ini dah melampau. Utusan pun selalu je kena saman. Kenapa tak gantung akhbar picisan itu. Ini namanya double standard. Pergunakan agensi kerajaan demi politik UMNO. Woooi..kalau nak jadi agen BN, janganlah ambil cukai rakyat sokong PR, ambil je cukai dari orang Felda yang bayar cukai pendapatan tak sampai 100 ringgit tuh.. KDN tidak perbaharui permit Suara Keadilan KUALA LUMPUR 1 Julai - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan yang tamat semalam setelah tidak berpuas hati dengan penjelasan sidang redaksi akhbar itu berhubung beberapa perkara. Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab. Samad memberitahu, keputusan itu dibuat pada persidangan Panel Penilaian Permohonan Permit Penerbitan dan Lesen Mesin Cetak KDN atau dikenali sebagai Panel 13 hari ini. Menurutnya, panel tersebut tidak berpuas hati dengan penjelasan pihak penerbitan Suara Keadilan mengenai beberapa teguran KDN ke atas akhbar itu dalam beberapa isu sebelum ini. "Bermula dari 1 Julai 2010, permit penerbitan bagi Suara Keadilan tidak lagi sah dan dengan demikian, penerbitan tersebut tidak boleh dicetak atau diterbitkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Zaitun menambah, para penilai Panel 13 itu antaranya tidak berpuas hati dengan penjelasan editor akhbar berkenaan, Dzulkarnain Taib berhubung penyiaran artikel bertajuk Felda Bangkrap. Sehubungan itu, katanya, KDN akan menghantar surat kepada pihak penerbitan Suara Keadilan untuk memberitahu mereka agar tidak mencetak akhbar tersebut sehingga keputusan mengenai permohonan pembaharuan permit berkenaan dibuat. "Permohonan pembaharuan permit penerbitan Suara Keadilan yang tamat tempoh pada 30 Jun 2010 akan hanya dipertimbangkan apabila penjelasan yang memuaskan diterima daripada pihak penerbitan," tegasnya. Ini pula gara-gara akhbar fitnah tak laku, diberikannya percuma. Cuma hairan juga ada pemimpin PR yang iktiraf Utusan sebagai akhbar rasmi untuk siarkan aktiviti parti 1,000 naskhah Utusan Malaysia percuma sempena KL Fest 2010 Mesran Mohd. Yusop mengedarkan akhbar Utusan Malaysia bersama risalah Festival Kuala Lumpur 2010 kepada pengguna lebuh raya di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ismail kamadin KUALA LUMPUR 1 Julai - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menaja 1,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia sempena Festival Kuala Lumpur (KL Fest 2010) hari ini. Timbalan Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd. Yusop berkata, akhbar tersebut diedarkan secara percuma kepada orang ramai di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari ini. ![]() ![]() |
| 84 Anak Luar Nikah Dilahirkan Sehari..Raja & Mufti Perlu Bertindak, Jangan Goyang Kaki Je Posted: 01 Jul 2010 04:44 PM PDT Menggemparkan. Seramai 257,000 anak luar nikah dari tahun tahun 2000 hingga Julai 2008 dan purata 84 orang anak luar nikah dilahirkan SEHARI. Diulangi 84 orang anak luar nikah sehari. Itu belum campur anak luar nikah yang ditanam hidup-hidup, dibunuh dan juga janin yang dibuang. MasyaAllah. Statistik yang membimbangkan. Ini semua bala Allah kerana pemerintah UMNO lawan hukum Allah. Mengtong sampahkan hudud Allah bahkan menghinanya dengan kata hukum Allah sesuai zaman unta. Nah UMNO..mana ko punya kempen, lagu 'kami prihatin'..rumah perlindungan yang harga beratus ribu?? Mana dia?? Semuanya tak jadi. Kerana ko lawan Allah. Tak nak laksanakan hukum Allah berkaitan zina dan bunuh bayi. Ini kafirun melayu zaman sekarang. Semoga umat melayu yang mengaku islam, celik akan perkara serius ini..raja pun jangan main titah je, carilah penawar dalam Al-Quran. Laksanakan tugas Ketua Agama & Ketua Negara sebaiknya. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat 257,000 sijil kelahiran tanpa bapa IPOH 1 Julai – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, negara sedang berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa. Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395). Baginda bertitah, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009. "Nyatalah masalah anak luar nikah makin meningkat. Lebih mendukacitakan, perlakuan meninggalkan bayi baru lahir termasuk di tepi-tepi jalan dan di dalam tong sampah semakin menjadi-jadi. "Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat mencatatkan sejak tahun 2004, sebanyak 506 kes membuang bayi dengan jumlah terbesar sebanyak 102 kes pada tahun 2008," titah baginda. Baginda bertitah pada Persidangan Ke-172 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini. ![]() ![]() ![]() |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












.jpg)








Sebuah jalanraya secara tiba-tiba terbelah dan munculnya lubang misteri. Kejadian tersebut terjadi di Kota Kinabalu, Malaysia malam tadi (Khamis).



























































2 ulasan:
Keep on writing, great job!
My webpage http://wiki.brandalive.be/index.php?title=toyota_ranger_engine_just_for_sale_related_writing
Hi there to all, the contents present at this website are actually amazing for people experience, well, keep up the good work fellows.
Also visit my blog post :: http://sharepointresourcecenter.com/link-to-create-unique-ids-using-sharepoint-designer.html
Catat Ulasan