Justice For All |
- APCO Dah Tunjuk Belang. Ajar UMNO Fitnah Anwar
- Jadual Suku Akhir Piala Dunia & Analisis
- Macam2 Zaman Najib : Lelaki 3 Anak Dicekup Bersekedudukan
- Skandal Ariel Paterporn : Suami Cut Tari Dayus
- UMNO Terengganu Bergolak Lagi
- SubhanaAllah..Mayat Lemas Tapi Keluar Darah??
- Ada Tak Sesiapa Beli Akhbar Gila, Suara Perkose Hari Ini..
- Umur 90 Tahun Pun Mampu Buat Kerja Terkutuk
| APCO Dah Tunjuk Belang. Ajar UMNO Fitnah Anwar Posted: 01 Jul 2010 05:25 AM PDT Umno guna APCO serang saya - Anwar KUALA LUMPUR, 1 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno menggunakan isu APCO Worldwide untuk menyerangnya semasa berada di luar negara. "Masalahnya, Umno menggunakan APCO, yang diketahui mempunyai hubungan dengan Israel, untuk menyerang saya di luar negara," ujarnya kepada media di Parlimen petang ini. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini berhubung perjumpaannya dengan beberapa pemimpin Yahudi di Washington sebagaimana laporan akhbar Washington Post, Isnin lalu. Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini melaporkan Anwar yangh dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh Yahudi disahkan mengunjungi Amerika Syarikat (AS) pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut selepas dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti Yahudi dalam isu APCO Worldwide, baru-baru ini. Kunjungan Anwar itu didedahkan oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post. Berkenaan dengan zionis, Anwar menjelaskan, beliau ditanya kenapa menggunakan perkataan itu. Jelasnya, mengikut fahamannya, zionis adalah berhubung kait dengan pencerobohan dan dasar imperial Israel yang terus memperluaskan wilayah Israel yang asal sehingga dalam keadaan sekarang. Tetapi, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, mereka kata, bagi mereka zion adalah tanahair Yahudi. "Saya kata jika itu istilah anda, ia berbeza dengan apa yang saya faham. Itu yang diputar belit oleh Utusan (Malaysia). "Bila saya kata 'dunia sudah hilang kesabaran terhadap Israel', itu Utusan tak sebut. Bila yang membayar lebih RM70 milion kepada APCO, itu Utusan tak sebut, jadi kita fahamlah. Saya pun tak fikir RTM dan TV3 akan sebut, itu faktanya," kata beliau lagi. Anwar menjelaskan, tujuan beliau ke Washington adalah di atas jemputan Woodrow Wilson International Center untuk memberikan syarahan. Selepas itu, katanya seperti biasa diadakan perjumpaan yang telah diatur untuk kakitangan editorial dan media antarabangsa. "Ramai rakyat Amerika dan Yahudi merasakan ia adalah satu terjemahan yang tidak adil kerana bagi mereka, zion adalah negeri/kerajaan yang adil dan sah. "Jadi saya katakan pada mereka, jika itu maksud mereka, saya tidak merasakan demikian, dan saya tetap dengan pendirian dan fahaman saya bahawa zion itu adalah pencerobohan dan penjajahan," jelasnya. Ini pula berita Utusan meloya..memang macam akhbar yahudi.. Anwar 'pujuk' tokoh Yahudi
Oleh ZULKIFLEE BAKAR pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 30 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh Yahudi disahkan mengunjungi Amerika Syarikat (AS) pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut selepas dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti-Yahudi dalam isu APCO Worldwide, baru-baru ini. Kunjungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke Washington itu didedahkan oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post, kelmarin. Diehl dalam tulisannya bertajuk Flirting with zealotry in Malaysia (Bermain dengan kefanatikan di Malaysia) menyatakan bahawa Anwar meluangkan banyak masa untuk menawarkan penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi. Anwar dalam tulisan itu juga dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis," yang biasanya digunakan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika hal itu menyebabkan begitu banyak salah faham? Saya harus lebih berhati-hati." kata Anwar seperti dipetik oleh Diehl yang merupakan timbalan pengarang untuk halaman pengarang The Washington Post. Ini pula tulisan Kroni UMNO Yahudi yang cetuskan isu itu Anwar Ibrahim, the leader of Malaysia's political opposition, has become known over the past decade as one of the foremost advocates of liberal democracy in Muslim countries. His many friends in Washington include prominent members of the neoconservative movement -- such as Paul Wolfowitz, the former World Bank president and U.S. ambassador to Indonesia -- as well as such Democratic grandees as Al Gore. Lately, Anwar has been getting attention for something else: strident rhetoric about Israel and alleged "Zionist influence" in Malaysia. He recently joined a demonstration outside the U.S. embassy in Kuala Lumpur where an Israeli flag was burned. He's made dark insinuations about the "Jewish-controlled" Washington public relations firm Apco Worldwide, which is working for Malaysia's quasi-authoritarian government. Therein lies a story of the Obama era -- about a beleaguered democrat fighting for political and personal survival with little help from Washington; about the growing global climate of hostility toward Israel; and about the increasing willingness of U.S. friends in places such as Turkey and Malaysia to exploit it. First, a little about Anwar: While serving as deputy prime minister under Malaysian strongman Mahathir Mohamad in the 1990s, he began pushing for reforms -- only to be arrested, tried and imprisoned on trumped-up charges of homosexual sodomy. Freed after six years, he built a multiethnic democratic opposition movement that shocked the ruling party with its gains in recent elections. It now appears to have a chance at winning the next parliamentary campaign, which would allow Malaysia to join Indonesia and Turkey as full-fledged majority-Muslim democracies. Not surprisingly, Anwar is being prosecuted again. Once again the charge is consensual sodomy, which to Malaysia's discredit remains a crime punishable by whipping and a prison sentence of up to 20 years. Anwar, who is 63 and married with children, denies the charge, and the evidence once again is highly suspect. His 25-year-old accuser has confessed to meeting Prime Minister Najib Razak and talking by phone with the national police chief in the days before the alleged sexual encounter. (baca lagi) Dan hari ini juga, ada TPM kaki munafik yang komen kata wujub hubungan yang rapat antara Anwar dengan kumpulan-kumpulan yang dikatakan pro-zionis atau pro-Yahudi itu. Juga si kitol hitam, Khairy Jamaluddin menggelarAnwar Ibrahim sebagai 'sesumpah luar biasa". Mana satu betul ni..tentulah Anwar. Utusan dan Muhyiddin, KJ putar belit je. Memang Anwar kata yahudi penceroboh. Yang tak kata yahudi jahat adalah geng Apco, umno dan najib babi..geram betul ada pemimpin melayu munafik |
| Jadual Suku Akhir Piala Dunia & Analisis Posted: 01 Jul 2010 03:15 AM PDT Malam ni bola Piala Dunia tiada siaran langsung. Jadi esok start perlawanan Suku Akhir. Ini Jadual Penuh Perlawanan Suku Akhir 02/07 10:00 pm Nelson Mandel Bay/Port Elizabeth Netherlands Vs Brazil 03/07 02:30 am Johannesburg Uruguay Vs Ghana 03/07 10:00 pm Cape Town Argentina Vs Germany 04/07 02:30 am Johannesburg Paraguay Vs Spain Nota : Semua waktu Malaysia. Saya memilih pasukan Brazil, Ghana, Argentina dan Sepanyol layak ke suku akhir. Ini pula analisis suku akhir dari blogger Firdaus Rosli 1) Ketiadaan pasukan Asia, semua sudah tersungkur. Kekalahan Korea Sewajarnya AFC bertindak lebih agresif dan efektif dalam membentuk bakat lebih ramai orang Asia dalam sukan bola sepak, kerana hakikatnya saiz fizikal bukanlah faktor penentu keupayaan untuk bermain bola sepak. Tanyalah Lionel Messi mahupun Diego Maradona. 2) Apakah Total Football bakal terserlah? Kepada yang tidak mengerti istilah "total football", Wikipedia menjelaskan baha Strategi tersebut telah diperkenalkan oleh Ajax Amsterdam, dan digunakan pasukan bola sepak Belanda pada Piala Dunia 1974. Diharapkan gaya permainan tersebut dapat muncul kembali dalam menghadapi kelibat pemain-pemain handalan Brazil pada Jumaat 2 Julai ini, seperti Luis Fabiano yang menemui sentuhan gol terbaiknya, serta Robinho dan Kaka yang kembali pada keadaan terbaik. 3) Bendera Afrika terus berkibar! Seperti lagu Wavin' Flag oleh K'Naan yang digemari ramai, dan sepatutnya mengatasi lagu rasmi dari Shakira, Ghana terus bersemangat dalam cubaan membawa Afrika ke satu tahap baru yang tidak pernah dicapai dalam sejarah bola sepak mereka. Kevin Prince Boateng, antara pemain terbaik dalam EPL, sebuah liga yang meletihkan bagi pasukan England yang telah tewas. Cabaran mereka datang dari Uruguay, yang menundukkan pasukan-pasukan seperti Afrika Selatan, Mexico, Korea Selatan, dan hampir sahaja menumpaskan Perancis. Para pemain Ghana diketuai Gyan Asamoah bersama Kevin Prince Boateng tidak akan memperoleh satu perlawanan yang mudah dengan Uruguay. 4) Bilakah Messi bakal menjaringkan gol? 23 percubaan, tiada satu pun yang Kucar-kacir pertahanan lawan dengan kehadiran Lionel Messi, sehinggakan dua pemain diperlukan pasukan lawan untuk menghalang kemaraannya. Lionel Messi merupakan nama yang disebut-sebut bakal menjadi wira pasukan Argentina, sejak dari Piala Dunia 2006 lagi. Dengan kejayaan Diego Maradona yang semakin terserlah, Argentina perlu mengatasi halangan suku akhir dari Jerman yang baru sahaja segar dari kemenangan besar keatas England 4-1. 5) Takkan semua 4 terakhir dari Amerika Selatan? Susunan perlawanan suku akhir kali ini seolah-olah memberi kelebihan kepada benua Amerika Selatan: Uruguay lwn Ghana, Argentina lwn Jerman, Belanda lwn Brazil, dan Paraguay lwn Sepanyol. Benar sekali, susunan ini tiada kaitannya dengan benua, semuanya sudah lama dirancang sebelum Piala Dunia bermula peringkat kumpulan lagi. Jika kebetulan perkara ini berlaku, salahkanlah pasukan lain yang tidak beraksi sebaiknya bagi menyekat kemaraan pasukan-pasukan benua ini. Kemungkinan keadaan ini berlaku, memang realistik memandangkan empat pasukan suku akhir dari Amerika Selatan ini memang berada pada tahap persembahan terbaik, kecuali Paraguay yang berhempas-pulas menentang Jepun di pusingan kedua. Sama-sama kita nantikan pusingan suku akhir bermula Jumaat 2 Julai ini, dengan perlawanan paling ditunggu-tunggu, Belanda lwn Brazil. Diharapkan persembahan mereka setanding dengan perhatian yang diberikan.(sumber) |
| Macam2 Zaman Najib : Lelaki 3 Anak Dicekup Bersekedudukan Posted: 01 Jul 2010 02:08 AM PDT Macam-macam zaman Najib Altanthuyaa. Maksiat bermaharajalela. Bayi dibuang merata. Anak muda dah jadi ntah apa-apa. Najib juga yang kaya raya. Bapa anak tiga dicekup ketika asyik berasmara BANDAR BARU BANGI – Status sebagai suami tidak menghalangnya terus melayan nafsu dalam kenderaan bersama wanita muda selepas pulang makan sate di restoran berha Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Rajani Rajimin berkata, ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 10.10 malam pasangan berkenaan yang berada dalam kenderaan tidak sedar kehadiran pegawai penguatkuasa menyebabkan mereka tergamam seketika. Menurutnya, keadaan hujan gerimis digunakan sepenuhnya pasangan ini untuk berasmara tanpa menyedari kehadiran Pegawai Penguatkuasa (MPKj) yang menjalankan Ops Cegah Maksiat di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. "Ketika pegawai MPKJ yang diketuai Sarjan Mokhtar Sharif bersama lima anggota menghampiri kenderaan mereka dan memperkenalkan diri, pasangan berkenaan tergamam sebelum memberi alasan hanya mahu berehat seketika di tasik berkenaan. "Lelaki berkenaan pada mulanya tenang dan bersahaja ketika menjawab soalan, pasangannya pula tergesa-gesa memperbetulkan butang bajunya yang terbuka dan hanya menutup bahagian berkenaan menggunakan beg", katanya. "Difahamkan, lelaki berkenaan berusia 47 tahun dan telah beristeri mempunyai tiga anak dan bekerja di Pelabuhan Klang manakala pasangannya yang ditangkap berasal dari Kelantan berusia 27 tahun bekerja di Cyberjaya. "Siasatan lanjut ke atas pasangan berkenaan, didapati mereka tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah dan mengaku salah kerana berdua-duan dalam kereta . "Kedua-dua mereka dikenakan kompaun mengikut Undang- Undang Kecil Taman Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2005 Pindaan 2007 berkelakuan sumbang dan lucah di kawasan taman. "Pasangan ini kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bandar Baru Bangi sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut," katanya . |
| Skandal Ariel Paterporn : Suami Cut Tari Dayus Posted: 01 Jul 2010 01:23 AM PDT Suami Cu Tari Boleh Buat Laporan Suami Cut Tari, Yusuf Soebrata berada dalam keadaan serba salah berhubung skandal seks isterinya, Cut Tari. Bapa seorang anak itu masih belum membuat laporan mengenai perzinaan isterinya walaupun masyarakat menunggu tindakan tegas daripadanya. "Jika Yusuf membuat laporan mengenai perzinaan Cut dengan Ariel, bukan saja Ariel, malah isterinya juga akan berdepan dengan masalah yang lebih berat," kata seorang anggota polis yang turut terbabit dalam siasatan kes video seks membabitkan penyanyi utama kumpulan Peterpan, Ariel, Cut dan seorang lagi selebriti, Luna Maya. "Kerana masih belum ada pihak yang melaporkan perzinaan itu menyebabkan Ariel hingga kini tidak didakwa atas tuduhan berzina," katanya. p/s: Untuk peringatan kita sebagai seorang islam… Imam Az-Zahabi berkata :- Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya, maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 ) Nabi SAW bersabda :- Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 ) Pernah juga diriwayatkan dalam sebuah hadith, sahabat bertanya tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:- Apakah dayus itu wahai Rasulullah? Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) |
| Posted: 01 Jul 2010 12:25 AM PDT Makin haru birulah pentadbiran Mat Said di Terengganu. Ya bukan turun pangkat, tapi turun darjat. Musuh politik beliau, YB Yahya Khatib diberi tugas jaga wanita, sedangkan beliau sebelum ini jaga bahagian infrastruktur..tunggulah nanti, larva gunung berapi pasti meletus Bukan turun pangkat KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menjelaskan bahawa semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang terbabit dengan pertukaran portfolio bersetuju dengan perubahan dilakukan. Menurut beliau, sehingga ini tiada sebarang bantahan diterima daripada lima Exco yang terlibat dengan rombakan seperti mana diumumkan pada 24 Jun lalu. "Semua Exco tiada masalah dengan pertukaran portfolio ini, malah tiada seorang pun yang kata mahu melepaskan jawatan. "Sebenarnya, tiada apa-apa masalah dengan perubahan ini, pertukaran ini untuk beri peluang kepada mereka bertukar pengalaman, malah gaji dan 'seniority' mereka tetap sama, tak ada pun yang turun pangkat," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mempe-ngerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman, di sini, semalam. Pada sidang akhbar berkenaan Ahmad turut menafikan bahawa beliau sengaja menyalahkan pihak lain berhubung isu kerja pembersihan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak yang sehingga kini masih tertangguh. Sebaliknya, beliau sekali lagi menegaskan bahawa Kerajaan Negeri masih belum menerima laporan mengenai penilaian tender daripada Jabatan Kerja Raya (JKR). "Jawatankuasa tender memang terletak di bawah Kerajaan Negeri, tetapi laporan penilaian tender dibuat oleh JKR, jadi jika laporan penilaian belum diperoleh bagaimana jawatankuasa tender mahu bersidang dan membuat keputusan (untuk memilih kontraktor). "Bukan kita mahu 'pass' (tolak) masalah ini kepada pihak lain macam main bola, tetapi memang betul kita masih belum menerima laporan," katanya. Mengulas lanjut, Ahmad berkata, apabila laporan telah diterima, Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan segera. "(Misalnya) kalau JKR hantar (laporan) esok, Rabu minggu depan kita akan arahkan lembaga tender bersidang untuk membuat keputusan. Saya malu kerana selepas setahun lebih sisa runtuhan itu masih gagal dibersihkan sekali gus menggambarkan ketidakcekapan kita. "Kes ini sama seperti (Dewan Bedah) Hospital Setiu, walaupun sudah beberapa kali bercakap (dibangkitkan), namun sampai sekarang belum lagi selesai," katanya. ![]() |
| SubhanaAllah..Mayat Lemas Tapi Keluar Darah?? Posted: 30 Jun 2010 10:38 PM PDT SubhanaAllah.. sesuatu yang pelik apabila seorang yang mati lemas boleh keluar darah. Sepatutnya jenazah yang lemas bewarna kebiru biruan dan pucat akibat kegagalan paru-parunya berfungsi akibat dimasuki air, bukannya berdarah seperti kisah ini. Inilah kisah benar yang terjadi pada Allahyarham ini, Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi yang meninggal dunia kerana lemas ketika sedang keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Ini catitan kisah benarnya yang menunjukkan tanda kebesaran Allah terhadapnya hambaNya yang berjuang. Memang benarlahh janji Allah buat mereka yang berjuang di jalanNya. Semoga kisah ini menjadi pembakar semangat untuk anak muda yang lain untuk terus berdakwah.. ![]() Al-Fatihah utk arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. KISAH BENAR!!!(BUKTI GAMBAR DISERTAKAN..) Assalamualaikum Semua Warga BP, Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan. Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahajasolat Asar berakhir.
Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memangterasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup. Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketikamenunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati. Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t. Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah. Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai. Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan. ** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling. wassalam (sumber) |
| Ada Tak Sesiapa Beli Akhbar Gila, Suara Perkose Hari Ini.. Posted: 30 Jun 2010 09:50 PM PDT Ada tak sesiapa beli akhbar gila suara perkose yang mula dijual hari ini. Saya nasihatkan jika nak bazirkan RM 2 beli akhba akhbarpicisan itu, baik beli maggi 2 bungkus. Kenyang pun kenyang. Daripada berikan dana kepada si Berahim untuk beliau bertanding pru akan datang, baik sedekahkan kepada anak yatim yang sentiasa tunggu di luar atm. Akhbar ini jelas menjadi alat perkauman baru di negara ini. Tengoklah tajuk besar mereka, "Tahan Ka Siong bawah ISA". Penuh dengan perkauman. ini sedikit petikan berita daripada tajuk itu. Bagi PERKASA, Wee Ka Siong tidak berhak untuk mempertikaikan biasiswa MARA kerana ianya adalah hak orang Melayu dan termaktub sebagai hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan. Walau apa tujuan Wee mengeluarkan kenyataan itu ianya telah menguris perasaan orang Melayu yang memberi undi kepadanya sebagai Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor. Tambahan pula Parlimen Air Hitam adalah kawasan majoriti Melayu dan diberi kepada MCA atas semangat perkongsian kuasa kerajaan BN. Timbalan Presiden PERKASA yang juga Yang Dipertua PERKASA Johor, Dato' Abdul Rahman b Abu Bakar telah mendesak Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana didakwa mempertikaikan biasiswa mara. Beliau juga telah meminta pengundi Melayu di Parlimen Ayer Hitam supaya berfikir dua kali untuk mengundi Wee Ka Siong dalam pilihanraya akan datang. Malah Dato' Abd. Rahman juga berkata Wee tidak layak menjadi menteri kerana tidak tahu menjaga sensitiviti orang Melayu yang selama ini menyokongnya dalam pilihanraya. YDP PERKASA Johor itu sendiri bercadang akan mengadakan perhimpunan dalam Parlimen Ayer Hitam untuk berjumpa dengan rakyat. Jika Wee Ka Siong tidak memohon maaf dan bercakap berdolak dalik, kerusi Parlimen Ayer Hitam akan menjadi kerusi panas dalam pilihanraya umum akan datang.
Kah..kah..penuh perkauman. Lepas ni tentu akan ada orang Cina bakar akhbar rasis ini. Buat semua, jom kita boikot akhbar ini. Jangan biarkan Berahim dan Perkose terus hidup di bawah tempurung perkauman. Kita ajar sikit kat Berahim Ali, perkauman sempit sudah tidak wujud di negara ini. Hanya spesis Katak dan pengundi saluran 2 dan 1 sahaja yang amalkan politik perkauman ini.. ![]() |
| Umur 90 Tahun Pun Mampu Buat Kerja Terkutuk Posted: 30 Jun 2010 09:26 PM PDT Dah tua nak mati pun berperangai macam orang muda.. Lelaki 90 tahun rogol empat beradik
KARL JOSEPH KRAUS (tengah) diiringi oleh beberapa anggota polis selepas ditangkap di Chiang Mai kelmarin. BANGKOK - Seorang lelaki Australia berumur 90 tahun, Karl Joseph Kraus ditangkap dan didakwa merogol empat beradik perempuan di bawah umur di utara Thailand dengan menggunakan coklat import dan belajar bahasa Inggeris di rumahnya sebagai umpan untuk memerangkap mereka, kata polis semalam. Dia ditangkap kelmarin di rumahnya dekat bandar Chiang Mai. Menurut Ketua Polis Doi Saket, Kritapol Yeesakorn, polis turut merampas kira-kira 100 gambar bogel kanak-kanak. Dia berkata, beberapa gambar menunjukkan Kraus bergambar bogel dengan sejumlah kanak-kanak dan polis kini sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti kanak-kanak berkenaan. Ketua polis itu berkata, Kraus yang tinggal di Thailand lebih sedekad lalu memujuk keluarga budak perempuan itu pada 2008 dengan menawarkan pembelajaran bahasa Inggeris. "Dia (Kraus) akan mengumpan budak perempuan itu ke rumahnya dengan gula-gula, terutamanya coklat dari luar negara yang mahal dan meminta mereka melakukan perlakuan seks dengannya," kata Kritapol. Menurutnya, baru-baru ini, Kraus memberi wang kepada kakak sulung empat beradik itu sebanyak 4,000 baht (RM400) bagi menggantikan gula-gula. Ibu bapa empat beradik itu mengetahui perbuatan terkutuk tersebut selepas mendapati anak-anak mereka tidak berminat untuk keluar bermain di luar rumah. Selepas ditanya, empat anak mereka itu yang berumur tujuh, 11 dan 12 tahun memberitahu perbuatan buruk Kraus menyebabkan satu aduan polis dibuat. - Agensi |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
.jpg)















Tiada ulasan:
Catat Ulasan