Era Pasca |
- Minyak dan barangan di turunkan harga sebab belum Muktamad!
- TENGOK NIH video yang JUJUR untuk NAJIB!!
- LAGI GOMEN AKAN PANTAU REAKSI....
| Minyak dan barangan di turunkan harga sebab belum Muktamad! Posted: 17 Jul 2010 01:00 AM PDT "Sapa kata minyak naik bang? Tengok dalam tv tu, tertulis petrol/diesel turun 5 sen seliter, gas lpg 10 sen sekilo dan gula 25 sen sekilo", kata orang rumah aku sambil memuncungkan mulut menu njuk text yang berlari-lari di bahagian bawah skrin tv. Seronok betul dia lebih-lebih lagi tadi aku merungut sakan terhadap kerajaan sokongan dia yang menaikkan harga minyak. Heran aku, tadi semua orang di Stesen Petronas kata minyak naik. Bangla pun kata minyak naik. Member-member dok sms punyalah ramai kata minyak naik. Aleh-aleh dalam tv kata minyak turun pula. Biar betul tv ni! Lebih-lebih lagi gula turun 25 sen sekilo, nak bagi orang mati atau potong kaki kerana kencing manis ke? Aku gosok-gosok mata. Takut aku silap tengok. Memang betul tertulis text tersebut; empat subsidi barangan utama dikurangkan, kurangkan 750 juta bebanan kerajaan dan diikuti pengurangan petrol/diesel 5 sen seliter, gas lpg 10 sekilo dan gula 25 sen sekilo. La, rupanya apa yang tertulis pada bahagian bawah skrin tv itu ialah; Subsidi petrol/diesel dikurangkan 5 sen seliter. Subsidi gas lpg dikurangkan 10 sen sekilo. Subsidi gula dikurangkan 25 sen sekilo. "Yang cuba tengok betul-betul. Itu tulis subsidi yang dikurangkan bukannya harga dikurangkan. Maknanya kalau subsidi kurang, harga itu akan naiklah dengan nilai subsidi yang dikurangkan", jelas aku. Orang rumah aku ter;pinga-pinga. "Maknanya minyak naik 5 sen dan gula naik 10 sen le bang?", tanya orang rumah aku. "Iye le macam tu ceritanya." petikan Wan Larut Wan Muda Pasai apa jadik cenggitu? BACA BERITA BAWAH NIH! Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik' Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka. Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan. Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan "pelarasan harga" atau "rasionalisasi subsidi". Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra. "Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan," kata seorang daripada editor itu. Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan "rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini. Jangan buat tinjauan rambang Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan. Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai "penjimatan kerajaan" dalam laporan mereka. "Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan," kata sumber itu. Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion. Abdullah berjanji "penjimatan" akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut. Puji 'keberanian' Najib Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak. Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula. Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik. Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam. Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu. Media patuhi arahan Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka. Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan. Berita Harian memilih "harga baru" manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya "subsidi diselaras" Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu. Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu. Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan "harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai "harga baru". Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil "antara yang terendah di rantau ini". Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk "Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM". Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu. -mk |
| TENGOK NIH video yang JUJUR untuk NAJIB!! Posted: 16 Jul 2010 06:34 PM PDT Ini petikan oleh ARWAH MOKHTAR... Korang hayatilah... Sungguh jujur liriknya.... kahkahkah |
| LAGI GOMEN AKAN PANTAU REAKSI.... Posted: 16 Jul 2010 04:57 AM PDT LAGI GOMEN AKAN PANTAU REAKSI.... dan ulang... LAGI GOMEN AKAN PANTAU REAKSI.... Ulang lagi.. LAGI GOMEN AKAN PANTAU REAKSI.... kahkahkah Kabinet akan pantau reaksi rakyat, pasaran berikutan pengurangan subsidiKabinet akan memantau reaksi rakyat dan keadaan pasaran berkaitan penyelarasan subsidi membabitkan bahan api dan gula yang diumumkan semalam, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Kong Cho Ha di sini. "Pada peringkat ini, secara keseluruhannya orang ramai boleh menerima penyelarasan subsidi itu," katanya kepada media sebelum berlepas dengan penerbangan sulung Penerbangan Malaysia (MAS) ke Bandung, iaitu destinasi ke-enam MAS ke Indonesia, hari ini. Kong yakin kenaikan harga bahan api dan salah satu barang kawalan itu tidak akan membebankan rakyat. Namun, beliau berharap peniaga tidak harus mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang-barang yang berkaitan. "Pengurangan subsidi bukan saja mengurangkan beban kerajaan tetapi turut mengelakkan penyeludupan." "Walau pun harga gula dinaikkan tetapi di Thailand gula berharga RM2.60, harga kita RM1.90 dan ia masih ada perbezaan. Singapura pula RM3.70... masih ada jarak yang besar antara dua negara ini." Beliau berharap rakyat melihat penyelarasan ini dalam sudut yang positif. "Pengurangan subsidi adalah sebahagian daripada pengurusan perbendaharaan negara," katanya. Ketika mengulas status permohonan AirAsia untuk mendapatkan laluan ke Sydney, Kong berkata "kementeriannya akan memberikan pertimbangan penuh terhadap syarikat penerbangan itu." AirAsia dilaporkan masih berusaha untuk mendapatkan laluan itu selepas gagal pada percubaan pertama Jun lalu. - Bernama Ulasan GB Masyarakat marhaen terus tertindas dan dizalimi oleh kerajaan UMNO BN dengan kenaikan harga barang keperluan yang diumumkan semalam. Ungkapan "kenaikan harga tidak membebankan rakyat" dan "peniaga tidak harus mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang-barang" adalah kenyataan-kenyataan bangsat dan basi pada setiap kali kenaikan harga diumumkan kerana adalah mustahil kenaikan harga berkenaan tidak membebankan rakyat dan adalah mustahil juga para peniaga lain tidak menaikkan harga barangan berkaitan kerana kos pengeluaran telah meningkat. Ramadhan semakin hampir, bererti juadah berbuka puasa akan bertambah mahal. Kueh yang dahulunya 3 keping seringit akan menjadi 2 keping seringgit. Begitulah yang lain-lain apabila kos gas dan kos pengangkutan turut naik. Kesan tidak dirasai oleh mereka yang berpendapatan tinggi, tetapi akan mencerut leher mereka yang berpendapatan rendah. |
| You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan