DUNIACACAMARBA |
- Tubuh SEKOLAH PELAJAR HAMIL, Bukti Betapa Teruknya Moral Remaja Malaysia!
- Sudah Ada 4 Isteri, Tidak Puas, Rogol Anak + Rakam = Lelaki Durjana!
- Bandingkan Cara Utusan dan Malaysia Kini Melaporkan Perihal FDI
- Israel Perlukan Perang Untuk Terus Wujud
| Tubuh SEKOLAH PELAJAR HAMIL, Bukti Betapa Teruknya Moral Remaja Malaysia! Posted: 24 Jul 2010 12:00 AM PDT Saya sudah banyak kali mengulas perkara yang berkaitan dengan moral remaja dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Seperti lazimnya, saya tidak mahu menulis panjang tentang hal itu. Namun, langkah kerajaan negeri yang mahu menubuhkan SEKOLAH PELAJAR HAMIL jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah moral dalam kalangan remaja. Walhal situasi kronik ini sering dinafikan oleh sesetengah pemimpin, agensi kerajaan, NGO, ibu bapa, dan anggota masyarakat. Sindrom penafian ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan yang lebih teruk terhadap moral remaja malah impaknya dapat kita lihat dalam usaha melahirkan masyarakat berminda kelas pertama dan masyarakat yang bermoral tinggi untuk membangunkan negara pada masa akan datang. Blog ini pernah menyiarkan berita tentang budak semuda 9 tahun merogol rakan sekelasnya beramai-ramai, blog ini juga pernah menyiarkan budak berusia 11 tahun merogol sepupu sendiri. Bagaimana pula dengan jumlah hampir ratusan ribu anak yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan? Semuanya berlaku di MALAYSIA bukannya di Amerika Syarikat atau di negara Barat yang lain. Berdasarkan beberapa kiriman yang tidak pernah terfikir oleh akal kita akan berlaku dalam masyarakat Malaysia, maka jelaslah bahawa tindakan bersifat preventif perlu dilaksanakan segera agar tindakan "nasi sudah menjadi bubur" seperti menubuhkan sekolah untuk pelajar hamil diambil yang akhirnya akan memalukan dan merendahkan martabat masyarakat di negara ini yang majoritinya beragama Islam. Apa tindakan preventif yang perlu dilaksanakan? Islam telah menunjukkan caranya, baik dari segi tatacara dalam kehidupan, mahupun hukuman untuk menyedarkan penganutnya; sekolah dan guru perlu diberi hak untuk menghukum berdasarkan peraturan yang ditetapkan; ibu bapa perlu dipertanggungjawabkan atas salah laku anak-anak; undang-undang tegas perlu diperuntukkan untuk menangani hal ini, dan seribu macam solusi untuk memastikan perkara ini tidak berlarutan. Semoga kita sentiasa mengingati BALA Allah SWT. Saya petik: [UM] MELAKA 23 Julai - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah sekolah khas bagi pelajar yang mengandung akibat terlanjur atau mereka berkahwin pada usia muda. |
| Sudah Ada 4 Isteri, Tidak Puas, Rogol Anak + Rakam = Lelaki Durjana! Posted: 23 Jul 2010 09:09 PM PDT Saya petik: [HM] KUALA LIPIS: Dia sudah ada empat isteri, namun seorang kontraktor layak digelar 'bapa setan' apabila tergamak menjadikan anak kandung hasil perkahwinan dengan isteri keduanya sebagai tempat memuaskan nafsu apabila memperkosa mangsa sejak berusia sembilan tahun di Kerambit, dekat sini. Lebih keji, lelaki berusia 49 tahun itu turut merakamkan perbuatan terkutuknya merogol anak yang kini berusia 14 tahun di dalam bilik dengan telefon bimbitnya sebelum menyimpan rakaman berkenaan. |
| Bandingkan Cara Utusan dan Malaysia Kini Melaporkan Perihal FDI Posted: 23 Jul 2010 08:05 PM PDT Sila lihat bagaimana laporan akhbar UM hari ini cuba menutup perkara yang sebenar/mengalih pandangan rakyat tentang FDI Malaysia. Berdasakan laporan MK, "Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu. Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion* yang diterima pada tahun 2008. Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh pada 1995 hingga 2005. Prestasi juga dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi yang tidak mengecut dengan teruk di sebalik menerima tempiasan krisis kewangan dunia itu." Hari ini UM menyiarkan berita tentang perkara yang sama tetapi dengan menggunakan tajuk (rahmat tersembunyi @ bala?) seolah-olah nasib negara sama dengan negara-negara lain di rantau ini. Perkara yang diulas pun secara umum tanpa menyentuh secara spesifik data yang melibatkan negara. Antara yang dilaporkan termasuklah "Pelaburan dari ekonomi maju seperti China, India, Malaysia dan Afrika Selatan ke negara paling kurang membangun semakin meningkat." Tiada data atau angka yang disiarkan dalam Malaysia Kini disiarkan dalam UM. Bayangkan jika anda hanya mendapatkan maklumat dengan berdasarkan berita yang diolah oleh akhbar ini? Laporan UM:
Laporan penuh Malaysia Kini boleh anda baca di sini atau lihat pada kiriman semalam. Bandingkan! |
| Israel Perlukan Perang Untuk Terus Wujud Posted: 23 Jul 2010 04:15 PM PDT Saya tidak hairan apabila ada orang mengatakan bahawa Israel memerlukan peperangan untuk terus wujud. Begitu jugalah Amerika, Israel, dan kuasa besar yang lain "merancang & mewujudkan" kekacauan & peperangan bagi memastikan industri persenjataan terus berkembang sehingga ke hari ini. Bayangkan dunia tanpa peperangan, apakah yang akan terjadi kepada ekonomi Israel yang banyak bergantung pada penjualan senjata? Bekas pensyarah Israel yang juga anti-Zionis berkata negara tersebut memerlukan peperangan untuk memastikan negara itu terus wujud. Hujah Ilan Pappe ialah kunci penyatuan masyarakat Israel adalah melalui konfrontasi secara konsisten terhadap negara-negara lain. Namun, beliau menyatakan bahawa pendirian hostiliti/peperangan hanya akan membawa kehancuran kepada Tel Aviv. Logiknya, apabila wujud ancaman dan peperangan, maka rakyat di sesebuah negara akan kurang berpolitking, kurang memikirkan hak dan kehendak sosial dan politik, dan cenderung untuk menjayakan misi negara tanpa dibelenggu oleh fahaman politik dan status sosial. Begitu jugalah situasi yang berlaku di Israel, apabila wujud ancaman daripada negara luar maka penduduk di negara itu akan cenderung untuk bersatu dan sama-sama menentang dan menyelamatkan negara haram meeka daripada sebarang ancaman. Pappe yang pernah berkhidmat di Universiti Haifa, di utara Israel menegaskan kewujudan kerajaan Israel hari ini ialah melalui pergerakan penjajahan. Penjajah yang tidak ada negara. Justeru Regim Israel secara konsisten mencipta peperangan baru; baru-baru ini dengan Lubnan, dan mungkin selepas ini dengan Iran untuk memastikan agendanya tercapai. Bekas pensyarah ini dipecat daripada jawatannya selepas bukunya The Ethnic Cleansing of Palestine laris dijual. Buku itu menyatakan pembentukan Israel telah dirancang awal dan menggunakan kaedah menjadikan orang Palestine tidak berumah sebelum merampas tanah mereka. Justeru, beliau berpendapat solusi satu negara untuk semua dapat menyelesaikan konflik antara Palestine dengan Israel. Artikel ini ditulis berdasarkan pautan ini. |
| You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan