Dunia Berwarna Luna Version 2 |
| Posted: 05 Jul 2010 06:53 PM PDT Oleh : HALIK ZAMAN KATA Dato' Seri Nazri Aziz, "Pemimpin Umno harus menghentikan budaya menghasut untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin kerana keadaan itu boleh menjejaskan UMNO dan BN pada pilihan raya umum akan datang". Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata, "Sikap segelintir pemimpin yang terlalu ghairah untuk menjadi calon pilihan raya sehingga sanggup melakukan apa saja termasuk memperlekehkan rakan di dalam parti juga boleh menyebabkan perpecahan. "Saya bimbang sekiranya budaya kurang sihat terus belaku ia akan memberi laluan mudah kepada pembangkang untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang," jelas Nazri merayu. (Dipetik dari Malaysiakini) Dari senario ini kita sudah mengagak dan membaca bahawa calon-calon dari UMNO akan tumpas satu demi satu oleh Pakatan Rakyat gara-gara fitnah ke-2 kepada Anwar Ibrahim. Pakatan Rakyat semakin gagah di Semenanjung dengan lemparan fitnah ke-2 itu. Rakyat faham bahawa para hakim cuma makan gaji dari Kerajaan UMNO/BN. Hakikatnya gaji mereka dibayar dari wang rakyat. Kini terimalah padahnya simpati rakyat. Rakyat marah dalam diam. Cuma nampak nanti dari undi rakyat dalam PRU13 protes yang mewakili rasa kemarahan orang-orang kampung terhadap para pemimpin UMNO. Tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh TV3 dan media Kerajaan UMNO/BN yang selalu suka melaporkan berita pembohongan para pemimpin UMNO itu sendiri. Di mana salah silapnya? Apakah kerana rakyat kampung sudah marah dengan keputusan mahkamah? Orang kampung terus simpati dengan Anwar Ibrahim dengan keputusan mahkamah menolak semua rayuan peguam Anwar Ibrahim, Karpal Singh. Tidak masuk akal fikiran orang kampung semua permintaan peguam Anwar Ibrahim ditolak, ianya seolah-olah sengaja memberikan ruang dan peluang yang lebih cepat untuk 'menyimpan' Anwar ke dalam penjara. Para pemimpin UMNO/BN seharusnya sedar bahawa segala tindak-tanduk mereka selama ini telah membuahkan suatu jurang antara rakyat dan kepimpinan UMNO/BN. Mereka seharusnya sedar rakyat punya hati dan perasaan dan oleh kerana itulah kezaliman terhadap pihak pembangkang menyebabkan rasa benci rakyat terhadap kepimpinan UMNO/BN semakin membara maka ia akan terbentuklah suatu dendam kesumat di hati rakyat. Kami di pihak pembangkang sedar akan senario ini kerana kami kerap masuk kampung keluar kampung, bukan bawa 'gigi dengan air liur basi', tetapi beritahu orang kampung tentang ketidak-adilan para pemimpin UMNO. Kami maklumkan situasi sebenar kepada pengundi di segenap kampung. Kami tidak sebarkan fitnah akan tetapi memberikan penerangan kepada setiap 'kegelapan' yang di warnakan oleh kepimpinan UMNO/BN demi untuk menghancurkan Pakatan Rakyat. Kalau tidak ada angin kenapa nampak pokok bergoyang? Tentunya akar tunjang UMNO sudah goyah 'walaupun ada cuma seekor kera di atas pokok'. Sendiri mahu fikirlah kekuatan UMNO bukan di istana mahligai, tetapi 'di pinggan rakyat' yang 'mungkin kosong' kerana kos hidup rakyat yang melambung tinggi. Jangan marahkan rakyat kerana tidak menyokong UMNO, marahkan para pemimpin UMNO yang ghairah dengan pembangunan bandar tapi orang kampung yang punya kerusi emas dilupakan selama 53 tahun yang lalu. |
| Posted: 05 Jul 2010 05:42 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from Dunia Berwarna Luna Version 2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan