Dunia Berwarna Luna Version 2 |
| Posted: 04 Jul 2010 11:09 PM PDT Di manakah kualiti Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)?? SEJARAH lama berulang kembali. Pada tahun 1994 saya telah dicalonkan oleh pihak sekolah untuk jawatan Guru Pakar, sekarang ini dipanggil Guru Cemerlang. Semasa proses pemilihannya, satu proses pemantauan dan ujian dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah. Ketika itu saya mengajar di sebuah sekolah menengah, dan semasa pencalonan dibuat saya berada di sebuah sekolah rendah. Apa yang melucukan tetapi rasa pelik, saya diarahkan oleh Jemaah Nazir untuk mengajar di sekolah rendah tempat saya dicalonkan bagi tujuan pemantauan. Demi mengikut arahan, saya yang menurut perintah dan setelah berbincang dengan pengetua tempat saya mengajar, walaupun digelakkan oleh rakan-rakan, saya kemudian telah pergi ke sekolah rendah berkenaan. Saya merayu kepada guru besar untuk mengizinkan saya mengambil separuh daripada jadual waktu Tahun 4 bagi tujuan pemantauan dan pemeriksaan Guru Pakar. Tergambar di fikiran saya ketika itu, bagaimana jemaah nazir hendak menilai kepakaran saya yang ketika itu mengajar di sekolah menengah. Bagaimana pula Buku Persediaan Mengajar, siapa yang akan mengesahkannya? Macam-macam persoalan timbul ketika itu. Tiba hari pemeriksaan dan pemantauan, datang dua orang Jemaah Nazir, seorang dari unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan seorang lagi dari unit Bahasa Inggeris. Berdasarkan jadual waktu ketika itu saya mengajar Matematik dan Bahasa Inggeris. Memandangkan murid yang saya ajar terdiri daripada murid pekak, kedua-dua nazir hanya memantau sahaja kerana kedua-dua tidak memahami bahasa isyarat. Dua minggu selepas itu saya mendapat surat pencalonan saya gagal. Pada tahun 2005 saya telah dilantik menjadi pemeriksa dan pemantau calon Guru Cemerlang di sebuah sekolah menengah di Putrajaya bersama Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Semasa pemantauan, saya terkenang nasib diri saya ketika saya dipantau untuk menjadi Guru Pakar tahun 1994. Namun begitu tidak terlintas dalam diri saya untuk membalas dendam. Guru yang saya pantau akhirnya dilantik menjadi Guru Cemerlang DG44. Tapi saat kecewa terjadi lagi pada diri saya pada tahun 2009. Setelah mengikut prosedur permohonan untuk menjadi Nazir, saya telah dipanggil untuk menghadiri temu duga melalui faksimili bertarikh 17.05.2009. Pada 23.05.2009 saya menghadiri temu duga di Ibu Pejabat JNJK Putrajaya. Hanya ada tiga orang calon sahaja hadir. Dua daripadanya hanya hadir untuk memberikan surat penolakan kerana telah ditawarkan sebagai Penolong Pengarah di bahagian lain di Kementerian Pelajaran. Tinggallah saya calon tunggal yang menaruh sejuta harapan untuk berkongsi pengalaman sebagai pegawai JNJK. Sepanjang temu duga saya amat teruji bila terpaksa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Namun saya dapat lalui dengan tenang, walaupun bahasa Inggeris saya berloghatkan Jawa. Setelah lebih setengah jam berada di dalam bilik penemuduga, saya menghela nafas panjang bila dimaklumkan tidak ada masalah dalam permohonan saya berdasarkan pengalaman lebih 25 tahun sebagai guru dan pegawai pelajaran. Tapi amat mengecewakan dua hari dari tarikh temu duga, saya menerima surat daripada JNJK yang bertarikh 16.05.2009, satu tarikh amat malang yang menyatakan permohonan saya gagal. Masalahnya, di mana letaknya Jaminan Kualiti JNJK? Temu duga pada 23.05.2009 tetapi keputusan telah dibuat lebih awal dari tarikh temu duga iaitu 16.05.2009. Sekali lagi saya digelakkan oleh rakan-rakan sejawatan apabila saya terlibat dengan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Sebagai pendidik yang berpengalaman hampir 30 tahun saya merasa kecewa dan sedih. Adakah selama ini saya gagal menerap nilai moral kepada generasi yang telah saya didik dan kini telah menjawat jawatan di Kementerian Pelajaran? |
| UMNO: Di mana letaknya ISLAM?? Posted: 04 Jul 2010 11:04 PM PDT KATA ISLAM, KENAPA UMNO TAK LAKSANA ISLAM? [1] UMNO marah kat PAS. Katanya, PAS tak laksana Islam. Sebenarnya, melaksanakan islam ini bukan tanggungjawab PAS sahaja. Ia tanggungjawab semua orang islam. UMNO dakwa beragama Islam, bermakna mereka juga wajib laksanakan Islam. tetapi, sejak merdeka, apa yang UMNO lakukan untuk perlaksanaan islam di Malaysia? Apakah UMNO ini bukan Islam seperti DAP, MIC dan MCA? [2] Islam wajib dilaksanakan di Malaysia. Tetapi, reality Malaysia mengamalkan system demokrasi. Justeru, usaha PAS melaksanakan Islam di Malaysia, masih berada dalam kerangka demokrasi. Demokrasi menekankan suara rakyat. Kalau rakyat mahukan Islam, maka sebagai kerajaan, wajib melaksanakan kehendak rakyat itu. Makanya, memahamkan rakyat tentang islam adalah perlu. supaya, rakyat mendesak kita supaya melaksanakan islam. Soalnya, apa yang UMNO buat untuk memahamkan rakyat tentang Islam? [3] UMNO desak PAS laksana Islam, walhal dalam parlimen, MP PAS tidak majority. Adapun MP UMNO, lebih majority. Di Malaysia yang mengamalkan demokrasi, gubal sesuatu undang-undang tertakluk persetujuan majority MP-MP dalam parlimen. UMNO pula kata, semua MP mereka beragama Islam. kalau betul beragama islam, kenapa MP-MP UMNO tidak gubal undang-undang untuk perlaksanaan islam? [4] Islam ini mengajar manusia bukan sekadar solat, puasa, zakat dan sebagainya. Tetapi, di sana wujud beberapa perkara yang ditekankan oleh islam, seperti jauhi rasuah, kezaliman (seperti ISA), penyelewengan harta rakyat dan banyak lagi. PAS berusaha perlaksanaan islam yang dilihat ada kesamaan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, seperti menolak rasuah, kezaliman, penyelewengan harta rakyat dan banyak lagi. Soalnya, kenapa UMNO yang mendakwa beragama Islam tidak menghapuskan budaya tidak islam ini? yang adanya, mereka sendiri yang mengamalkan rasuah, kezaliman dan kezaliman ini. Apakah benar, UMNO itu Islam? Sekian Wallahu 'Alam Al-Bakistani |
| You are subscribed to email updates from Dunia Berwarna Luna Version 2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan