D'Perbatasan |
- Khairy sedar Umno tiada masa depan lagi
- Biar Berpecah Dari Derhaka Kepada Allah
- Umno ajar perpecahan, benci antara kaum
- Umno hapus Lagi kuota Melayu
- Siapa Lagi Nak Cerita Pasal Pasir ?
- Khairy Jamaluddin Dah Bosan!
- Mungkinkah Najib Menjadi Saksi Di Mahkamah Peranchis?
- Pas Cabar Harussani Dedah identiti wakil Parti itu.
- Harussani wajar tolak agenda asobiah Melayu
- Waspada 'pasukan khas perpaduan' Umno
- Mengapa Dagangan Minyak Wajib Guna CIMB?
| Khairy sedar Umno tiada masa depan lagi Posted: 21 Jul 2010 04:24 AM PDT TIADA angin tiada ribut'. Tiba-tiba sahaja Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membuat pengumuman bahawa beliau sedang menimbangkan untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya.Ketika ditanya lanjut oleh agendadaily, laman portal pro-Umno, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, "Pada waktu ini saya lebih cenderung kepada mengosongkan jawatan selepas satu penggal. Walaupun belum muktamad lagi, tapi I am seriously considering." Khairy menafikan beliau merajuk, tetapi beliau mahu memberi peluang kepada orang-orang baru. Katanya, walaupun usia baru mencecah 36 tahun, namun tiga penggal dalam pemuda sudah terlalu lama. Beliau menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan dalam tempoh dua tahun. Namun, Khairy mengakui bahawa 'politic is a big boy's game. Its not child's play'. Juga beliau akui tiada perlunya bersikap terlalu idealistik atau terlalu berharap. Mengapa agaknya Khairy bersikap sebegini? Apakah baru sekarang beliau sedar, beliau tidak diperlukan dalam Umno dan tidak berpeluang dilantik menganggotai Kabinet? Tindakan Khairy ini mencetuskan andaian. Mungkin juga ia satu usaha beliau menarik simpati, sambil memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, melantik duduk dalam kerajaan, dalam suatu rombakan yang dijangka akan dilakukan dalam waktu yang terdekat ini. Walaupun pelantikan jawatan dalam Kabinet merupakan perogatif PM, namun Khairy ada hak kerana beliau dalam Ketua Pemuda Umno. Tambahan pula Naib Ketuanya sudah dilantik sebagai Timbalan Menteri. Malah pesaing yang tewas dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno juga sudah dilantik jadi Timbalan Menteri. Beliau 'habuk pun tak ada'. Selepas setahun lebih Najib mengambil alih jawatan PM dari bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khairy masih tidak diberi peluang dalam kerajaan. Tanpa jawatan dalam kerajaan, Khairy sukar untuk bergerak. Beliau tidak ada platform untuk meraih sokongan juak-juak dan kroni. Beliau tiada bajet untuk 'membela' kroni. "Dulu masa dia Naib Ketua dia ada bajet besar, maklumlah masa tu bapa mertua dia PM. Orang kata masa tu kalau Hisham (Dato' Seri Hishammuddin Hussein) lawat bahagian, bawa 30K (RM30 ribu), dia akan cover balik dengan 70K (RM70 ribu). "Sebab tu dia dapat pencalonan besar sebagai Ketua," kata seorang bekas Ketua Pemuda Umno bahagian kepada penulis. Penulis pun tidak dapat memastikan sama ada dakwaan pemuda Umno ini benar atau tidak, wallahua'lam. Tetapi yang pasti Khairy disabitkan dengan kesalahan mengamalkan politik wang. Beliau didapati bersalah, tetapi dilepaskan dengan amaran. Nak tahu banyak mana, kena tanya Jawatankuasa Disiplin Umno. Apa pun, amalan 'membela' kroni dalam Umno adalah perkara biasa dalam sebuah parti yang mengamalkan politik wang. Setiap kali pembesar turun ke bahagian, maka 'bergayut-gayutlah' juak dan kroni menanti habuan. Untuk seseorang pemimpin menaburkan habuan kepada juak dan kroni, mereka harus mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan ataupun menjadi pengarah kepada berpuluh-puluh buah syarikat milik kerajaan. Maka dalam keadaan Khairy tidak berjawatan, dalam keadaan sekarang beliau dijangka tidak mampu untuk 'maintain' juak dan kroni. Jika adapun yang boleh dihulur, barangkali tidaklah selebat dahulu. Isunya di sini, bukan soal memberi peluang kepada orang baru, hakikat sebenarnya yang Khairy tidak harus sembunyikan ialah sebaik sahaja Abdullah melepaskan jawatan PM, masa depannya dalam Umno sudah terlalu gelap. Khairy tidak harus lupa bagaimana beliau dan bapa mertuanya 'disumpah-seranah' dengan teruknya oleh ahli-ahli Umno akibat kekalahan besar Umno-BN pada PRU ke-12, 8 Mac 2008. Memang tidak patut diletakkan kesalahan kepada Abdullah dan Khairy, yang ditolak rakyat bukannya mereka berdua sahaja, tetapi Umno dan Barisan Nasional keseluruhannya. Tetapi Umno tidak mahu mengakui hakikat ini. Mereka mahu mencari 'kambing hitam'. Abdullah sudah menjadi mangsa. Kali ini giliran Khairy pula. Orang-orang Umno tidak akan 'duduk diam' selagi Khairy tidak 'dihapuskan'. Umno mengamalkan pemusatan kuasa. Ketika Abdullah berkuasa, semua orang mahu jadi orang Abdullah. Cantas mencantas berlaku. Pelantikan anggota Kabinet, malah Menteri Besar pun harus 'orang Pak Lah'. Pendek kata, sesiapa yang menjadi PM dan Presiden Umno ketika itu, ianya adalah era dia 'beraja dan bertakhta' dalam Umno dan kerajaan. Pemusatan kuasa dalam Umno ini, dilakukan sejak zaman Mahathir memerintah. Kali ini zaman Najib berkuasa, orang-orang Abdullah, anak beranak, penyokong dan kroni yang melakukan onar dalam tempoh Abdullah berkuasa, harus dibersihkan. Kecuali mereka-mereka yang menjadi 'talam dua muka' dan golongan yang 'mencari makan' dalam Umno. Oleh itu, dalam keadaan sekarang sukar untuk Najib melantik Khairy dalam Kabinet selagi 'musuh sebenar' beliau, Tun Mahathir Mohamad masih hidup. Mungkin juga Najib hendak beri peluang kepada Khairy, tetap beliau mungkin tidak akan tahan apabila 'orang tua' itu mula membebel. Maka dengan sebab itu Khairy tiada pilihan lain. Sama suka atau tidak beliau terpaksa melepaskan jawatan sama ada sampai dua tahun atau tidak, bergantung kepada keadaan. Antara sebab yang mendorong beliau mengundurkan diri, pertama, sebab beliau tidak dilantik dalam Kabinet. Pengaruh Mahathir begitu besar dalam hidup Najib sehingga menyukarkan beliau membuat keputusan. Kedua, jika ada pemilihan Ketua Pemuda, barangkali beliau tidak mendapat pencalonan yang mencukupi. Waktu pemilihan merupakan kesempatan terbaik bagi musuh untuk 'menghapuskan hayat politik' beliau dan gesaan untuk beliau meletakkan jawatan sudah kedengaran dalam Pemuda Umno sekarang. Ketiga, oleh kerana akan tiada jawatan, tiada pengaruh lagi, mungkin juga menjelang PRU ke-13, beliau tidak dicalonkan semula untuk kerusi Parlimen Rembau. Dan keempat, barangkali Khairy sedar bahawa Umno sudah tiada masa depan. Umno-BN ibarat 'tongkang pecah' menanti hendak karam. Oleh itu sebelum beliau tenggelam bersama Umno-BN, baik dia berundur dahulu. Apa pun Khairy sebenarnya bernasib baik kerana, beliau dapat bertahan lebih lama daripada Abdullah. Kalau diikutkan kehendak Mahathir dan musuh-musuhnya, mereka mahu kedua mertua menantu itu merudum sama-sama. Dalam keadaan Abdullah sudah kehilangan kuasa, Khairy ibarat 'anak ayam kehilangan ibu'. Beliau tiada tempat bergantung, tidak dikehendaki dalam Umno. Berada dalam situasi sebegini amat menyukarkan beliau untuk melaksanakan tugas Ketua Pemuda Umno. Masalah yang menimpa Abdullah dan Khairy, tidak harus dilihat dalam aspek yang terpencil. Pemerintahan Abdullah mencetuskan banyak persepsi negatif terhadap beliau, keluarga dan kroni. Ia harus dijadikan iktibar buat semua yang pernah berkuasa. Semua pemimpin politik harus mengambil iktibar. Sesiapa pun yang berada di tampuk kuasa, atau pernah digelandangi dengan kekuasaan, tidak harus dilihat tamak, bongkak dan mementingkan diri, keluarga serta kroni. Hakikatnya, kita harus sedar bahawa kekuasaan, kekayaan dan pengaruh, bukan milik kita selamanya. Ambillah pengajaran dari firman Allah (mafhumnya): "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." -(Surah Ali Imraan, ayat 26) Semua pihak yang berseteru dalam Umno, sama ada Mahathir atau Khairy, atau sesiapa sahaja harus sedar bahawa, Umno-BN sudah tiada masa depan dalam negara. Trend pada waktu ini, masa depan rakyat Malaysia adalah bersama Pakatan Rakyat. Untuk Umno, mereka boleh berebut jawatan, mereka boleh tumbangkan semua orang-orang Abdullah, mereka boleh melakukan pembersihan sesuka hati dalam Umno kerana Najib berkuasa. Buatlah apa pun, sebelum Umno-BN 'dibersihkan' oleh rakyat pada PRU ke-13 nanti. -Mohd Rashidi Hasan |
| Biar Berpecah Dari Derhaka Kepada Allah Posted: 21 Jul 2010 04:18 AM PDT Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah.Dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mempersoalkan, apakah apa yang dibuat oleh Umno sekarang untuk perpaduan bangsa atau Islam. Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang cuba mengheret PAS agar bersatu dengan Umno atas landasan untuk kepentingan Melayu dan Islam. Ia dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan Umno yang sedang karam dan cuba untuk menyeret PAS ke arah permasalahan itu. "Isu perpaduan Melayu kembali bergema. Kali ini ianya melibatkan usaha golongan agama (Mufti) dan kepimpinan Umno," tulis Tuan Ibrahim dalam kenyataannya. Pelbagai komentar dan pandangan dari pelbagai pihak diambil bagi menyokong usaha perpaduan Melayu ini; sekaligus seolah-olah sesiapa yang tidak inginkan perpaduan Melayu adalah golongan yang bertindak bertentangan dengan kehendak Islam. Menurutnya, pelbagai ayat Quran dan hadis bergema bagi menyokong usaha ini. "Sebagaimana biasa PAS menjadi sasaran bilamana dengan tegas menolak hasrat perpaduan dengan Umno," katanya. "Isu besar ialah apakah untuk perpaduan bangsa atau perpaduan Islam. Kalau perpaduan bangsa; kenapa hanya Melayu perlu berpadu, bagaimana bangsa lain dalam negara. Apakah kerajaan suka kalau bangsa lain berpecah yang juga akhirnya melemahkan negara," kata Tuan Ibrahim, bekas pensyarah pengajian Islam UITM itu. "PAS Menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; iaitu "Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan". "Lantaran itu PAS lebih rela melayu berpecah dalam mentaati perentah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah," kata beliau. PAS, katanya, tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh Umno. "Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan, serta pelbagai penyelewengan. Di saat rakyat tenderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS," tambah beliau. Katanya, di saat rakyat menderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS kerana lebih 50 tahun Umno diberi kepercayaan oleh orang melayu Islam. "Umno membelakangkan soal perpaduan; kelantan terus ditindas bahkan negeri Pakatan Rakyat terus diserang saban waktu. Tangan kiri mengholor perdamaian, tangan kanan terus menekan dan menindas bangsa sendiri. "Kami tidak mahu memikul pengkhianatan UMNO kepada agama. 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Allah secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju," katanya. Rakyat miskin, katanya, terus dibeban dengan kenaikan kos hidup; di waktu yang sama syarikat swasta kroni pemerintah terus menikmati subsidi luas biasa seperti IPP (Independent Power Producers). Syarikat konsesi tol pula tidak dipotong subsidi mereka bahkan pembaziran terus berleluasa. "Di saat negara berada dalam situasi paling buruk dalam sejarah dengan pelbagai isu besar spt penyerahan Blok L,M kepada Brunei, Tanah KTM di Singapura, Isu kemerosotan dana Felda yang mengejutkan, serta pelbagai gejala social yang berlaku menuntut rakyat membuat perubahan besar; bukan meminta PAS memikul sama kemungkaran ini," tegas beliau. -Harakahdaily |
| Umno ajar perpecahan, benci antara kaum Posted: 21 Jul 2010 04:13 AM PDT "Tak ada orang yang nak pada perpaduan, semuanya nak perpaduan cuma perpaduan itu nak dibuat atas asas apa," soal beliau petang tadi ketika menghubungi Harakahdaily. Beliau berkata, Umno belakangan ini baru menguar-uarkan semula agenda perpaduan Melayu setelah rakyat kian berminat pada politik baru PAS dan Pakatan Rakyat. Manakala, PAS pula, katanya, mengajar orang-orang Melayu dan bukan Melayu supaya kembali bersatu-padu mengikut acuan Islam. "Masalahnya, Umno mengajak pada pepecahan dengan ajar membenci kaum-kaum lain hingga orang Melayu jauh dari Islam yang PAS perjuangkan, PAS ajak pada Islam," ujarnya mengenai tindakan Umno menggunakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kononnya untuk perpaduan PAS dengan Umno. Bagi Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud pula, rancangan Harussani itu seumpama jenaka. "Saya tak terlibat," ujar beliau sambil ketawa. Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar secara peribadi turut menafikan bahawa beliau pernah terbabit dengan rancangan Harussani itu. "Saya tidak pernah berjumpa mufti itu," ujarnya beliau yang juga AJK PAS Pusat. Bagi Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, cadangan Harussani seakan mengikut nasihat Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC). "APCO percaya yang Umno memerlukan PAS untuk PRU13 ini, tindakan Harussani mungkin ke arah itu," ujarnya sambil menafikan bahawa beliau terlibat dengan rancangan Harussani. -Harakahdaily |
| Posted: 21 Jul 2010 04:09 AM PDT Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) amat kesal dengan tindakan kerajaan yang kononnya memperjuangkan nasib orang Melayu tetapi menghapuskan kuota 30 peratus saham Bumiputera. "Dan mengapa hanya akhbar berbahasa Cina sahaja yang mengeluarkan kenyataan ini. Mengapa tidak Utusan Malaysia, TV3 mengeluarkan artikel ini?" soalnya. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam satu wawancara eksklusif bersama Nanyang Siang Pau, yang disiarkan semalam. Dalam wawancara tersebut, menteri yang menerajui Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta itu menegaskan bahawa kerajaan telah membuat penyelarasan, untuk melihat kuota 30% saham Bumiputera dari perspektif makro. Kerajaan berharap Bumiputera yang mencakupi 60% populasi Malaysia, mampu menguasai sekurang-kurangnya 30% saham dalam ekonomi secara keseluruhannya, dan bukannya tertakluk kepada setiap syarikat, tambahnya. Sehubungan itu, tegas Nasrudin, DPPP mendesak agar kerajaan mewujudkan semula kuota untuk Bumiputera kerana ia adalah hak orang Melayu. "Jangan kerana perkiraan politik yang dangkal, kerajaan Umno BN menggadaikan hak orang Melayu. Kalau ini dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR), pasti Umno BN akan menuduh PR khianat orang Melayu tetapi yang ini bagaimana?" soalnya. Katanya, setelah kenaikan harga minyak, pemansuhan bantuan biasiswa kepada pelajar Melayu, tanah rezab Melayu digadaikan, kali ini Umno BN menghapuskan pula kuota yang khas untuk orang Melayu. Ini, katanya bererti bahawa tidak perlu ada saham Bumiputera dalam sesebuah syarikat yang mana akan membuka pintu seluas-luasnya kepada rakyat asing untuk memiliki sesebuah syarikat. "Bukankah ini menutup ruang usahawan Melayu untuk bersaing?" tanya beliau lagi. Sebelum ini, kata beliau sekurang-kurangnya kuota itu membolehkan usahawan Melayu mempunyai tempat dalam memastikan mereka dapat terus berdiri sama tinggi dengan syarikat luar. -Harakahdaily |
| Siapa Lagi Nak Cerita Pasal Pasir ? Posted: 21 Jul 2010 04:05 AM PDT Kepada lahanat yang tak habis-habis nak hentak Tan Sri Khalid berkenaan isu pasir Selangor, sila tengok gambarajah di bawah puas-puas ; ![]() Tiada apa yang saya harapkan dari anda-anda yang memandang rendah keupayaan Kerajaan Negeri Selangor di bawah bimbingan Pakatan Rakyat, selain dari membuka hati dan minda untuk bersama-sama mengorak perubahan ! Bayangkan jika kerajaan pusat tidak lagi mengalami ketirisan terancang... pasti rakyat tidak lagi meratap subsidi yang sebenarnya milik sendiri. -edyesdotcom |
| Posted: 21 Jul 2010 03:39 AM PDT KJ menempelak kepimpinannya sendiri apabila mempertikai muka satu akhbar berhaluan kerajaan yang menunjukkan seolah-oleh Barisan Nasional berada dalam keadaan terdesak.Permainan propaganda yang syok sendiri ini telah membuatkan ketua pemuda UMNO tertekan kerana beliau benar-benar tahu bahawa UMNO sememangnya terdesak memerlukan talian hayat yang paling berharga - perpaduan UMNO-PAS! Tindakkan KJ ini harus dihormati dan diberi pujian kerana ia berpijak di bumi yang nyata, betapa UMNO sudah kian terdesak. Diharapkan janganlah ada pemimpin Pakatan Rakyat yang gatal satu badan, meroyan jawatan-jawatan yang bakal ditawarkan seperti yang dinyatakan oleh seorang rakan Untuk Berita Klip Disini . Berikut adalah berita dari mkini berkenaan KJ yang separuh meroyan ; Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berharap usaha mewujudkan kerajaan perpaduan dengan musuh politik mereka PAS dihentikan kerana dia menggambarkan seolah-olah Umno terdesak. "Saya rasa cukuplah dengan usaha dan artikel (tentang) perpaduan Umno-PAS (ditulis). "Cerita muka 1 Utusan (Malaysia) hari ini nampak macam kita desperate (terdesak) sangat," kata Khairy dalam laman Twitter. Beliau mengulas berita muka depan akhbar Umno itu berjudul "Pelan Damai Umno, PAS" yang memetik Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan yang berharap kedua-dua parti mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang berjaya ditamatkan. Nasrudin juga dilaporkan berkata, hasrat itu wajar disegerakan kerana umat Islam terlalu bosan dengan pertelagahan tersebut terutama gelagat pemimpin tertentu yang memburu kepentingan politik dengan mengeksploitasi sentimen kebencian antara Umno dan PAS. Malah, memetik tulisan di blog Nasrudin, Utusan juga melaporkan PAS boleh melupakan sejarah perit seperti ditolak daripada Perikatan, peristiwa Memali dan penahanan pemimpin parti itu bawah ISA, demi penyatuan umah. ''Sebagaimana PAS boleh melupakan kenyataan serta tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN)," laporan itu dipetik. PS - Mungkin juga KJ terlalu cemburu kerana cerita di muka 1 itu bukanlah berkenaan dengan ketua pemuda UMNO tetapi ketua pemuda seterunya iaitu PAS. |
| Mungkinkah Najib Menjadi Saksi Di Mahkamah Peranchis? Posted: 20 Jul 2010 10:05 PM PDT Barangkali ramai orang sudah mempercayai keupayaan Perdana Menteri Najib Razak menerajui kepimpinan negara. Sebutan 'Satu Malaysia' sering kedengaran di sana sini terutama melalui corong-corong radio dan televisyen. Tidak cukup dengan itu, apa jua dasar baru yang diperkenalkan, masih juga menyematkan perkataan '1Malaysia' seperti 'Klinik 1Malaysia' dan sebagainya. Tetapi, adakah kita pasti Najib sekarang tidur lena? Mungkin agak keterlaluan apabila kita mengatakan dia sekarang mampu untuk tidur lena di tilam empuk di puncak Putrajaya.Cerita-cerita tentang pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu sudah tentu masih muncul dalam mimpi-mimpinya. Manakan tidak? Sekiranya kita tidak bersubahat pun, igauan-igauan yang timbul apabila terkenangkan sesuatu pembunuhan itu juga sudah cukup membawa kegerunan kepada kita semua – sudah tentu kepada aku sendiri. Ada segelintir pihak yang cuba menyangkal penyelidikan prestasi Najib melalui satu tinjauan Merdeka Center yang memberangsangkan tidak lama dahulu. Cerita demi cerita, pembongkaran demi pembongkaran. Malah, kisah ini juga cuba dilukiskan secara sinis dalam majalah-majalah kartun yang kemudiannya diharamkan oleh pihak kerajaan (sebut Kementerian Dalam Negeri). Penyunting kepada portal berita Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin kini berganding bahu dengan salah seorang ahli politik berwibawa dan peguam Zaid Ibrahim dalam mendedahkan kebobrokan Najib. Melalui pendedahan-pendedahan yang dijalankan, orang ramai mula bertanya-tanya dan menimbulkan ratusan lagi persoalan. Menjurus dari situ, surat akuan sumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam memperkuatkan dakwaan yang dilemparkan. Malahan peguam kanan Manjeet Singh Dhillon – yang membawa jawapan dalam bentuk akuan bersumpah (SD) Bala bersamanya apabila pulang daripada London untuk diserahkan kepada SPRM – telah dicerobohi rumah kediamannya dan komputer ribanya dicuri. Zaid Ibrahim telah menuduh Najib yang takut kepada Raja Petra dan Bala kerana apa yang mereka tidak mengetahui mengenai pembunuhan Altantuya ialah sebenarnya itulah yang perlu diketahui umum. Kenapa SPRM berdolak-dalih? Jadi, adakah kita terkejut sekiranya tidak ada usaha dijalankan untuk menyiasat Bala di London? Ya, mungkin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dipersoalkan mengenai fungsi kebebasan yang konon diakui itu. Dolak-dalih SPRM di dalam kes ini jelas menjelekkan mata dunia. Pihak polis cawangan khas dikatakan sudah pun memulakan siasatan mereka. Jadi, adakah bermakna SPRM sudah lepas dari tanggungjawab untuk memberi keadilan? Bagaimana SPRM boleh memperbaiki kredibilitinya sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab untuk membenteras kegiatan rasuah dengan dolak-dalih yang diberikan seperti ini? Bagi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pula, lebih baik berdiam sahaja dari mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan. Khairy Jamaluddin pula dengan 'semangat Melayu' berkobar-kobar menyelar pihak polis yang melengah-lengahkan usaha menangkap Raja Petra. Di antara Khairy, Najib dan Raja Petra sudah tentu tiada cinta antara mereka. Masing-masing dengan agenda masing-masing. Sekiranya kesemuanya itu dicantumkan dengan fakta yang ada pada Bala, sudah tentu semuanya akan selesai. Sekarang, pihak berkuasa Peranchis sudah pun memulakan siasatan terhadap kes ini. Bala sudah mengatakan bahawa beliau akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan dia kotakan apa yang dikatakan. Melalui kenyataan medianya, Bala memberitahu bahawa dia menceritakan segala apa yang diketahuinya berkenaan dengan pembunuhan Altantuya, pembelian perkakas ketenteraan melalui broker Abdul Razak Baginda dan pertaliannya mereka semua dengan Najib. Bala juga mendedahkan kepada pihak berkuasa Peranchis mengenai bagaimana beliau diugut dan disogokkan dengan wang oleh adik Najib Nazim dan penjual permaidani Deepak Jaikishan. Pertemuan Bala di Paris bersama pendakwaraya Peranchis M Ryckewaert pada Julai 12 lalu dijalankan selama tiga jam. Menurut Bala, apa yang menarik minat pihak berkuasa Peranchis ialah berkaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene pada tahun 2002 ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan. Mereka mahu menyiasat sama ada DCNS, sebuah syarikat pertahanan yang berpengkalan di Peranchis ada memberi komisyen di dalam pembelian tersebut. Bagi Peranchis, transaksi sedemikian merupakan satu jenayah. Di dalam kenyataan medianya, Bala telah menceritakan mengenai syarikat Malaysia, Perimekar yang dimiliki isteri Abdul Razak Baginda dibayar RM570 juta untuk menyelaraskan dan menyediakan perkhidmatan sokongan terhadap Scorpene. Apakah pilihan yang ada pada Najib kini? Walau apa pun terjadi, Najib perlu mempersiapkan dirinya dengan berhadapan dengan mahkamah – tidak di negara ini, di negara asing. Beliau perlu mengemukakan seberapa banyak bukti untuk menyingkirkan pertuduhan-pertuduhan yang dilemparkan, bukannya cuba menutup mulut atau menghalang pendakwaan. Melalui mahkamah sahajalah Najib boleh menyingkirkan syak wasangka kenapa inspektor Azilah Hadri dan korporal Sirul Azhar Umar yang bertugas dengan pejabatnya boleh terbabit dalam perbuatan meletupkan si mangsa dengan bahan letupan C4. Tetapi, adakah Najib berupaya lakukan sebegitu? Bayangkan Najib dan Rosmah berarak memasuki mahkamah sebagai saksi ke kamar keadilan? Hancur-lulurlah Rosmah jika mana beliau tidak pula berpeluang untuk membeli-belah sakan di Paris – pusat fesyen dunia. Oleh Faisal Mustaffa |
| Pas Cabar Harussani Dedah identiti wakil Parti itu. Posted: 20 Jul 2010 09:53 PM PDT PAS masih mempertahankan yang pihaknya tidak pernah menghantar wakil rasmi untuk menemui Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar menjadi orang tengah mengaturkan pertemuan penyatuan Umno-PAS.Sehubungan itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencabar Harussani agar mendedahkan nama pemimpin parti itu yang didakwa menemui beliau berhubung isu idea perundingan menyatukan Umno-PAS. "Sekali lagi kami hendak mengatakan yang kami tidak menghantar dan tidak pernah memutuskan perkara ini... tidak, tidak ada orang, tiada keputusan parti. "Semua pemimpin PAS sedar perkara (pendirian parti) ini, kami yakin mereka tidak akan bekerja bersendirian. Sebab itu saya minta Tan Sri Harussani mendedahkan nama mereka jika benar ada wakil PAS jumpa beliau," kata Mahfuz. Mahfuz masih mendakwa Harussani digunakan oleh Umno untuk mencetuskan isu semasa ini, sekali gus menimbulkan kesangsian di kalangan komponen Pakatan Rakyat terhadap kepimpinan PAS kononnya berminat untuk berbincang dengan Umno. Ahli Parlimen Pokok Sena itu berpendapat bahawa perkara itu sengaja direka-reka untuk mencetuskan suasana tidak kondusif dalam hubungan komponen Pakatan Rakyat. Dalam siri respons dan reaksi, Harussani semalam menafikan dakwaan Mahfuz dan seorang lagi naib presiden Salahuddin Ayub kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu. "Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal. "Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya. Salahuddin dan Mahfuz kelmarin menuduh Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan bahawa terdapat pemimpin Pas dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan Umno dan PAS. Dalam kenyataan berasingan yang diemelkan, Mahfuz berkata PAS sekali lagi menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu Yahudi. Kata beliau, Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai kerajaan pusat telah melantik firma APCO, yang merupakan proksi kepada gerakan Zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat kerajaan Umno-BN. "Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin. Kerajaan Umno-BN juga menjalinkan hubungan perdagangan secara rahsia dengan negara haram Israel dan ini membantu memperkukuhkan ekonomi Israel," katanya. Sehubungan itu kata beliau, PAS sekali kali tidak akan mengkhinati perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin. "PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno/Bn yang menikam dari belakang ke atas umat Islam dan rakyat Palestin. Bantuan dihulur untuk rakyat Palestin dalam masa yang sama membantu pengukuhan ekonomi negara haram Israel. "PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan, di samping menjamin hak semua kaum turut dilindungi dengan menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembangunan sesuai dengan Islam sebagai agama pembawa rahmat seluruh alam," kata Mahfuz. Katanya, PAS juga mahu seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan. "Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas dia akan meminta oksigen dari PAS. Terima kasih pada Tan Sri Harussani yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang. "Kenyataan beliau menambah keyakinan PAS untuk mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu bahawa tanpa Umno umat islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum di bawah payung Pakatan Rakyat," katanya lagi. |
| Harussani wajar tolak agenda asobiah Melayu Posted: 20 Jul 2010 09:43 PM PDT Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sepatutnya menzahirkan perkara yang sebenarnya demi Islam, bukannya agenda asobiah Melayu yang sempit dan ditolak oleh Islam. Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, mufti itu juga tidak sewajarnya lupa dengan berapa siri penghinaan pemimpin Umno kepada Islam.Katanya, tindakan Umno yang menghapuskan tulisan jawi juga tidak sewajarnya dilupakan oleh Harussani. "Malah kalau bercakap tentang pejuangan bangsa, Umnolah penghianat sebenar kepada bangsanya," ujarnya yang juga Adun Titi Serong. Justeru, tindakan Harussani mempertahankan perjuangan Umno yang khianat kepada agama dan bangsa itu juga adalah sesuatu yang tidak sewajarnya kepada umat Islam. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Harussani berhubung isu orang tengah untuk menyatukan PAS dan Umno yang disifatkan satu pembohongan. Harussani mengatakan, "Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya" selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Putrajaya kelmarin. "Kerana itu saya ingin bertanya kepada Harussani, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti bukan Islam yang ada dalam komponen BN, adakah semua parti Islam. "Tidakkah tindakan Samy Vellu yang pernah berkata: apa, Quran boleh bikin lebuh raya ka? jelas menghina al Quran dan Islam dan mengguris hati umat Islam," ujar Khalil. Beliau juga mempersoalkan adakah mufti itu termasuk dalam kumpulan yang merasakan Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang yang berbangsa Cina dan sebelum itu semuanya Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berketurunan Melayu. |
| Waspada 'pasukan khas perpaduan' Umno Posted: 20 Jul 2010 09:39 PM PDT PAS diminta berwaspada dengan rancangan 'pasukan khas' yang ditubuhkan Umno untuk membangkitkan semula isu perpaduan PAS dengan parti perkauman Melayu itu."Awas pada satu kewujudan pasukan khas yang dicipta oleh Umno untuk memecahbelahkan PAS," ujar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, malam tadi. Katanya, pengakuan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kononnya ada pemimpin tertinggi PAS bertemu dengannya untuk menyatukan PAS dengan Umno juga dipercayai sebahagian daripada rancangan pasukan khas tersebut. "Ini adalah konspirasi rapi yang mungkin memaksa Harussani berbohong, mungkin juga ada dalang pasukan khas ini," beliau menambah. Rancangan pasukan khas tersebut, katanya lagi, turut bertujuan mewujudkan kesangsian dalam Pakatan Rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi. "Rancangan ini memang untuk pecah belahkan PAS dan wujudkan kesangsian dalam Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya umum depan," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Tambahnya lagi, sepasukan khas tersebut terpaksa pergi sejauh ini mungkin disebabkan rancangan kemasukan 40 ulama muda yang diwar-warkan sebelum ini kurang memberi impak kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Namun, beliau berkata, rancangan terbaru Umno itu seakan menarik minat awam untuk sangsi dengan iltizam politik PAS bersama-sama Pakatan Rakyat. Oleh Dzulfikar Mashoor |
| Mengapa Dagangan Minyak Wajib Guna CIMB? Posted: 20 Jul 2010 09:29 PM PDT Pakatan Rakyat persoal mengapa pengusaha minyak diwajibkan guna khidmat bank CIMB untuk semua perdagangan minyak. Pakatan Rakyat mencurigai motif disebalik arahan terbaru kerajaan ini yang dibuat selepas kenaikan harga minyak diumumkan minggu lalu. ![]() Bermula 1 September ini, semua perdagangan minyak, baik cek mahupun tunai, diwajib menggunakan sistem auto-debit CIMB. Adalah difahamkan bahawa CIMB akan mengenakan caj RM10 bagi setiap seribu keping wang yang didebitkan, manakala caj RM1 untuk setiap seratus keping duit yang didebitkan. Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia mengesyaki adanya usaha pihak tertentu untuk memonopoli pergadangan minyak tanahair, yang dijangka mengaut keuntungan yang jauh lebih tinggi selepas pemotongan subsidi 15 Julai lepas. Apa yang amat mencurigakan adalah pengusaha stesen minyak dinasihatkan membuat bayaran debit dibilik pegawai tertentu bagi mengelakkan terdedah kepada pengetahuan umum. "Kenapa dilakukan satu pemaksaan kepada penjual supaya hanya berurusan dengan CIMB melalui auto debit. Ini satu bentuk monopoli yang dipaksakan kepada penjual." Sallehuddin merasakan arahan baru ini menekan pengusaha-pengusaha minyak yang menggunakan bank pilihan masing-masing atas pelbagai sebab tertentu, seperti jarak dari stesen minyak, kemesraan pengguna, dan sistem perbankan yang lebih menyakinkan. Menurut Sallehuddin, perkhidmatan Maybank misalannya tidak mengenakan caj tambahan untuk sebarang transaksi auto-debit. Lantas, beliau mencurigai kewajaran arahan itu, dan mensyaki apakah ia ada hubung kait dengan individu tertentu dalam bank itu. "Saya bawa isu ini kerana tidak mahu ada monopoli yang memaksa penjual minyak dipaksa yang mana saya difahamkan akan berkuatkuasa 1 September ini." Dari TV Selangor |
| You are subscribed to email updates from DPerbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan