Isnin, 19 Julai 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


"Penumpang BN"

Posted: 19 Jul 2010 07:13 PM PDT

"Kenyataannya telah bercanggah dengan semangat BN, menafikan usaha MCA sepanjang tahun ini, malah mewujudkan keretakan di kalangan parti komponen BN."- Chiew Lian Keng


Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng meminta agar Presiden UMNO, Najib Razak untuk menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan "penumpang BN" oleh Naib Presidennya, Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid (gambar kiri) sebelum ini memberi amaran kepada dua parti komponen BN yang berasaskan keahlian Cina untuk tidak berpuas hati sebagai "penumpang Barisan Nasional" semata-mata, malah membidas MCA dan Gerakan kerana bergantung kepada undi Melayu untuk menang dalam pilihan raya.

Chiew Lian Keng berkata, kenyataan Ahmad Zahid tidak elok, malah keterlaluan, di samping bercanggah dengan semangat BN. Beliau menambah, MCA telah bekerjasama dengan UMNO untuk 55 tahun, dan melalui ribut politik bersama sepanjang ini.

"Kenyataannya telah bercanggah dengan semangat BN, menafikan usaha MCA sepanjang tahun ini, malah mewujudkan keretakan di kalangan parti komponen BN."

Beliau juga menyanggah kenyataan bahawa MCA bergantung kepada undi Melayu untuk menang dalam pilihan raya. Beliau berkata ini menunjukkan bahawa MCA turut berkhidmat kepada seluruh rakyat, selain mempertahankan hak dan kepentingan masyarakat Cina. Chiew Lian Keng berkata, hasil kemenangan dan pemerintahan dikecapi daripada usaha bersama oleh semua komponen parti. Tiada siapa yang menumpang siapa dalam isu ini, tetapi soal sama ada semua pihak boleh saling bekerjasama.

"UMNO harus jelas bahawa keangkuhannya yang menjurus kepada keretakan di kalangan parti komponen, dan hegemoninya serta penyelewengan adalah punca utama yang mengakibatkan kehilangan sokongan rakyat"

Chiew Lian Keng (gambar kanan) yang juga AJK Pemuda MCA berkata, UMNO tidak boleh meminta parti komponen BN untuk menghormati semangat BN, tetapi pada masa yang sama mereka melakukan sesuatu di sebaliknya.

"Sepanjang tahun ini, kami mendukung semangat BN, memberi sumbangan kepada BN, tetapi kini dibalas dengan penghinaan oleh pemimpin rakan parti."

Oleh itu, Pemuda MCA Wilayah Persekutuan meminta Presiden UMNO, Najib Razak untuk menyatakan pendirian, sama ada kenyataan "penumpang BN" oleh Ahmad Zahid itu merupakan pendirian partinya atau pendirian individu. Chiew Lian Keng berkata, seandainya UMNO masih memperkecilkan sumbangan rakan parti, maka sudah tiba masanya MCA mengkaji semula hubungan kerjasama dengan parti itu.




*Kenyataan media oleh Chiew Lian Keng selaku Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, diterjemah dari edisi bahasa Cinanya.

Umno Selangor "Nak Tonjol Pengaruh"

Posted: 19 Jul 2010 07:01 PM PDT

Selepas tewas teruk dalam pilihan raya umum 2008 tanpa diduga, puak-puak dalam Umno Selangor kini bekerja keras untuk menonjolkan pengaruh dan kekuatan masing-masing di kaca mata kepimpinan pusat.

Ahli-ahli Umno di peringkat Umno Selangor Umno berpecah kepada aliran Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd. Khir Toyo yang kini merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri.

Kedua-dua pemimpin ini bergerak bersendirian untuk menggerakkan usaha memperlekeh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat bagi menarik perhatian Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

Ia terbukti dalam isu pasir yang menjadi perhatian sejak awal minggu lalu.

Khir yang sebelum ini dipersalahkan atas kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional (BN) dua tahun lalu dan Noh pula kini anggota Kabinet persekutuan, dikatakan cuba memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai bakal menteri besar jika BN kembali berkuasa di Selangor.

"Kelihatan kedua-dua bersaing satu sama lain untuk mendapatkan perhatian berbanding bekerjasama demi memperkukuh kekuatan Umno Selangor," kata seorang wakil rakyat peringkat negeri yang enggan namanya didedahkan.

Pemerhati pula berpendapat situasi yang pernah disaksikan di Kelantan selepas ia jatuh ke tangan PAS pada 1990 mula wujud di Selangor sekarang.

Kedua-dua pemimpin itu mencabar pentadbiran kerajaan negeri dengan mendakwa wujudnya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam aktiviti perlombongan pasir di Selangor.

Khir dan Noh mendedahkan perkara itu dengan mengadakan sidang media berasingan baru-baru ini.

Bekas menteri besar membawa pemberita ke Kampung Bukit Changgang di Dengkil pada 11 Julai untuk mendedahkan perlombongan pasir haram, yang menurutnya menjejaskan Paya Indah Wetlands.

Bagaimanapun anak syarikat pasir kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd menafikan dakwaan itu.

Dua hari kemudian Noh pula menyewa sebuah helikopter untuk melihat sendiri kawasan perlombongan pasir di kawasan Kuala Langat dan Batang Berjuntai dari udara.

Kedua-dua pemimpin itu menafikan wujudnya keretakan dalam hubungan mereka.

Ketua Penerangan Umno Selangor Umno, Abdul Shukor Idrus juga menafikan wujudnya masalah di antara Noh dan Khir.

"Kedua-dua mereka masih kawan dan tiada sebarang masalah," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kuang ini.

Bagaimanapun Noh dan Khir bertungkus lumus untuk membuktikan bahawa mereka masih relevan di arena politik domestik, khususnya di kaca mata Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN.

Noh, yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, juga memperoleh sokongan yang dinikmati Khir di kalangan wakil rakyat Umno di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Barisan 19 wakil rakyat itu dikatakan berpecah dua masing-masing kepada Khir dan Noh.

Sementara waki rakyat lama memihak kepada Khir atas alasan menikmati sokongan daripada pentadbirannya sebelum ini, yang baki menunggu pengesahan Najib dalam menentukan bakal kepimpinan negeri Umno-BN.

Mereka melihat Noh akan mengetuai negeri jika BN kembali bertapak di Selangor.

Di sebalik persaingan itu, Umno Selangor juga berhadapan dengan krisis baru ekoran ada usaha meminta bekas menteri Tan Sri Muhammad Muhd Taib, dari 1986 hingga 1997, agar mengosongkan jawatan ketua Umno Kelana Jaya.

Bekas naib presiden Umno ini yang mesra dikenali sebagai "Mat Tyson" masih memiliki pengaruhnya dan ia telah diperlihatkan ketika pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor April lalu.

Bagaimanapun Abdul Shukor mengetepikan tekanan dan teguran beberapa pihak mengenai kedudukan Muhammad dengan berkata, beliau kini dalam peringkat "separa persaraan", cuma belum lagi membuat pengumuman rasmi.

"Beliau telah pun menurunkan tanggungjawab peringkat bahagian itu kepada timbalannya Datuk Yahya Bujang," katanya.

Turut mendapat perhatian ramai ialah kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri empat penggal, Datuk Mohamad Satim Diman.

Muncul spekulasi bulan lalu yang mengatakan wakil rakyat Sri Serdang itu akan melepaskan kesemua jawatan politik.

Ketidakhadiran Setiausaha Perhubungan Selangor juga menimbulkan spekulasi dengan sesetengah blog mendakwa beliau sudah tidak berupaya untuk memberi khidmat sebagai pemimpin Umno dan wakil rakyat.

Bagaimanapun minggu lalu, Satim menafikan yang beliau akan melepaskan kesemua jawatannya.

Pun begitu, masih wujud rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai mengenai peranan ahli politik veteran ini, yang mempertahankan kerusinya dengan majoriti 45 undi pada 8 Mac 2008.

"Sebagai ketua BN Puchong beliau tidak pernah memanggil mesyuarat sejak 2008 dan beliau tidak kelihatan di kawasan," kata Ketua MIC Puchong Awtar Singh.

Awtar, yang satu ketika dulu pembantu khas Satim menambah, ahli politik itu telah gagal dalam tanggungjawab sebagai wakil rakyat pembangkang.

"Beliau telah gagal dalam menyuarakan kelemahan kerajaan Pakatan," kata beliau.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Umno Puchong Datuk Radin Mokthar sebelum ini telah menafikan wujudnya masalah dengan kepimpinan Satim, sebaliknya mengendalikan urusan parti seperti biasa.

Kalau Betul Ada RM10b, Kenapa Subsidi Di Potong?

Posted: 19 Jul 2010 06:53 PM PDT

Pentadbiran Najib tidak sewajarnya merampas subsidi rakyat, yang dikatakan hanya mampu menjimatkan RM750 juta tahun ini memandangkan Perbendaharaan mengaku mempunyai lebihan pendapatan RM10 bilion tanpa subsidi diselaras.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar kanan) berkata, mengikut Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah selaku Menteri Kewangan II sendiri, kewangan kerajaan masih kukuh dengan mempunyai RM10 bilion walaupun tanpa langkah mengurangkan subsidi tersebut.

Oleh itu kata beliau, apa tujuan kerajaan hendak mengurangkan subsidi barang-barang yang merupakan kegunaan utama rakyat.

"Kalau betul-betul kerajaan hendak mengurangkan dan menjimatkan RM750 juta, apa gunanya potong subsidi ini sedangkan kerajaan ada lebihan pendapatan RM10 bilion tanpa diselaras subsidi... apa perlunya pelarasan subsidi ini," kata beliau.

Selain itu soal beliau, jika benar kerajaan ada lebihan pendapatan RM10 bilion mengapa dikatakan belanjawan negara defisit selama ini.

"Saya tidak tahu mana yang betul... kenyataan yang mengelirukan," kata beliau lagi.

Kelmarin, Husni menafikan dakwaan sesetengah pihak penyelarasan subsidi dilakukan bagi menampung pendapatan negara yang berkurangan akibat boros berbelanja.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan masih mempunyai lebihan pendapatan RM10 bilion pada tahun ini sekalipun tanpa penyelarasan subsidi itu.

"Hasil pungutan cukai terancang Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri kerajaan memperoleh pendapatan RM158 bilion tahun ini berbanding RM148 bilion ketika pembentangan belanjawan tahun lepas.

"Kerajaan mampu untuk berbelanja. Pelarasan subsidi merupakan satu inisiatif yang amat penting yang memerlukan belanjawan tambahan, jadi ia bukan isu boros," katanya.

Husni berkata pengurangan subsidi bertujuan menjadikan ekonomi lebih efisien khususnya bagi mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi.

Dalam perkembangan yang sama, Mahfuz turut mempertikai tindakan kerajaan membayar RM18.9 bilion setiap tahun kepada beberapa syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) yang nyata menguntungan beberapa individu tertentu sahaja.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya tidak terus membodohkan rakyat kononnya langkah menaikan harga beberapa barangan tersebut demi menjimatkan perbelanjaan negara.

Mahfuz berkata harga minyak dan barangan keperluan lain dipercayai akan terus naik enam bulan lagi sekiranya dirujuk pada jadual rasmi makmal rasionalisasi subsidi.

"Apakah ini satu permulaan yang mahu dilaksanakan oleh Najib (dan) makmal rasionalisasi subsidi ini.

"Sebab itu, saya tanya apakah motif kerajaan mahu menaikkan harga barang-barang ini,
" kata beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS.

Menurut beliau, kenaikan harga minyak dan diesel sebanyak lima sen berkuat kuasa Jumaat lalu adalah mengikut jadual tersebut.

Katanya lagi, jadual tersebut turut merancang kenaikan harga gula dan gas masak serta beberapa komoditi lain yang menjadi keperluan asasi rakyat.

Melihat pada rancangan menaikkan harga beberapa barangan tersebut sehingga 2014 kelak, beliau mendesak pentadbiran Najib supaya bersikap jujur dengan rakyat.

Kata beliau, jika jadual pelarasan itu dilaksanakan, ia tidak akan membantu menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi, tetapi "rakyat berbelanja tinggi."

Takkan hilang kuasa politik Melayu

Posted: 19 Jul 2010 04:43 AM PDT

Isu perpaduan Melayu sekali lagi secara tiba-tiba dimainkan. PAS dan Umno perlu berkerjasama demi perpaduan Melayu. Mufti Perak mahu jadi jurucakap banyak pihak mahu turut membantu. Soalnya mendesakkah isu ini?

Ada yang sehingga menggambarkan jika inisiatif tidak diambil menjelang PRU ke 13 nanti orang Melayu akan hilang kuasa di Tanah Airnya sendiri, menolak sama-sekali kata-kata hikmat Hang Tuah: "Tak Melayu hilang di dunia!"
Berderau darah jika orang Melayu hilang kuasa! Macam mana boleh jadi begitu atau yang sebenarnya akan hilang kuasa adalah parti siasah tertentu?

Disaat ini kerajaan Pakatan Rakyat khasnya di Selangor dan amnya dilain-lain negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan semakin kukuh kedudukannya. Kemampuan memimpin dan membawa perubahan meyakinkan rakyat bahawa mereka telah membuat pilihan yang tepat.

Inilah sebenarnya yang merungsingkan sesetengah pihak. Lebih tepat lagi Umno. Kerana jika rekod ini kekal maka PRU ke 13 nanti yang jadi mangsa adalah Umno.

Kalau Umno jadi mangsa ditolak rakyat dalam PRU ke 13 nanti hilangkah kuasa politik Melayu? Saya rasa tidak, kerana realitinya Umno berentap dengan calon dari PAS dan kalangan calon Melayu dari PKR setiap kali pilihanraya termasuklah nanti PRU ke 13.

Kalah Umno menang PAS dan menang calon Melayu PKR oleh itu macam mana kuasa politik Melayu boleh hilang?

Kerana risiko kehilangan kuasa Umno lah maka barangkali didendangkan lagu perpaduan Melayu ini. Mengapa semasa PAS kalah teruk dalam PRU 2004 atau beberapa PRU sebelum ini tidak didendangkan lagu ini?

Kesimpulannya lantaran itulah PAS dan saya yakin ramai umat Melayu tidak berapa terhibur dengan dendangan lagu ini. Bukannya sombong bukannya jual mahal tetapi ianya tidak relevan dan ianya dilihat penuh tipu-muslihat.

Berikut kenyataan rasmi PAS Selangor berkenaan perkara ini:

KENYATAAN AKHBAR: PAS SELANGOR TOLAK KERJASAMA POLITIK DENGAN UMNO

Isu perpaduan Melayu yang cuba dijadikan agenda politik oleh Umno dipandang tidak relevan oleh PAS Selangor. PAS Selangor merasakan agenda ini cuba diketengahkan oleh Umno semata-mata untuk memecahkan perpaduan erat dalam Pakatan Rakyat khasnya di negeri Selangor.

Sejak bulan Mac 2008 sehinggalah ke saat ini PAS Selangor semakin selesa dan begitu komited dalam memperteguhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didokong bersama PKR dan DAP lantaran menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat jelata.

Orang-orang Melayu di negeri Selangor kini semakin terbuka dan dapat menerima kesungguhan dan keikhlasan pimpinan PAS dalam memimpin mereka. Umno di Selangor semakin dipinggirkan dan tidak mustahil dengan rekod cemerlang kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat dokongan PAS, Umno Selangor akan terus ditolak khasnya oleh orang-orang Melayu sendiri.

Pimpinan PAS pelbagai peringkat termasuklah akar-umbi kini sudah bersedia untuk mengambil-alih saki-baki amanah kepimpinan Melayu yang dipegang oleh Umno di Selangor untuk digantikan dengan kepimpinan Islam yang lebih adil dan meyakinkan seluruh masyarakat.

PAS Selangor memberi jaminan kepada orang-orang Melayu di negeri ini agar jangan bimbang dan khuathir kerana kiranya Umno hilang kuasa di negeri ini maka kuasa politik itu akan beralih ke tangan pimpinan Melayu dalam PAS dan PKR yang ternyata lebih jujur dan bersih dalam memimpin agama, bangsa dan negeri ini.

BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR



Oleh Roslan SMS

3 perkara wajib bagi Najib-Rosmah

Posted: 19 Jul 2010 04:10 AM PDT

Tiga perkara yang wajib dilakukan oleh kerajaan Najib-Rosmah untuk menyelamat harta kekayaan dan kuasa mereka daripada dirampas kembali oleh kuasa orang ramai.

Tiga perkara ini bukan terlalu susah untuk difikirkan. Malah ianya tidak memerlukan bantuan penasihat zionis APCO untuk memunculkan perancangan. Kita sendiri boleh memikirkan tiga pekara ini tanpa memerlukan ijazah PPE dari Oxford. Tahap jaguh kampung dan gedebe politik seperti Ibrahim Ali pun sedar hal ini.

Tiga pekara ini ialah:

1. Anwar Ibrahim mesti di ketepikan;

2. Parti PAS wajib dipisahkan dari Pakatan Rakyat; dan

3. Propaganda untuk menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat wajib diperbesarkan

Ketiga-tiga perkara ini wajib berjalan sarentak. Untuk kerajaan Najib-Rosmah, tiga perkara ini lebih penting daripada dasar ekonomi baru atau model ekonomi baru. Lebih penting dari dasar luar negara. Lebih penting dari Rancangan Malaysia ke-10. Kerana rancangan ini begitu penting sekali, maka kerajaan Najib-Rosmah akan menjanjikan apa saja untuk memastikan tiga pekara ini dapat direalisasikan.

Kerajaan Najib-Rosmah tahu, sedar dan merasakan bahawa susuk Anwar Ibrahim memainkan peranan yang amat penting dalam ikatan setiakawan Pakatan Rakyat. Dengan adanya susuk Anwar maka Pakatan Rakyat dapat berdiri teguh. Mengikut pandangan Najib Rosmah, jika Anwar 'diketepikan' maka Pakatan Rakyat akan londeh terbarai. Sama ada ini hakikat atau sebaliknya bukan penting. Yang penting inilah persepsi politik mereka. Politik bukan kebenaran – politik ialah persepsi.

Apa yang kita lihat hari ini - apa yang sedang berlaku di lanskap politik negara ialah gerak kerja jentera dan apparatcik politik Najib-Rosmah sedang menjalankan tugas untuk meminggirkan Anwar.

Dalam strategi politik, langkah pertama sebelum musuh diserang ialah melahirkan satu imej buruk musuh. Ini penting untuk mengolah persetujuan orang ramai. Ketika perang dunia kedua dahulu, tentera Jepun digambarkan bermata sepet, bergigi jongang membawa pedang samurai. Sesudah perang tamat, Jepun dilihat sebagai kawan dan rakan berniaga yang baik. Memunculkan imej hodoh ini amat penting. Jika imej telah buruk maka apa sahaja yang diperkatakan terhadap Anwar akan diyakini umum.

Strategi baru

Langkah pertama ialah mengaitkan Anwar dengan Saiful. Ini juga bukanlah satu langkah yang bijak bergeliga. Menggunakan kes liwat yang diadukan oleh Saiful, telah diteroka lebih awal lagi oleh Mahathir Mohamad pada 1998 dahulu melalui kes seumpamanya terhadap Azizan Abu Bakar.

Apabila Saiful diberitakan tidak membuang air besar selama dua hari kerana menyimpan bahan bukti di dalam duburnya, maka tahap jenaka dan genre lawak Melayu telah melonjak tinggi. Rating Lebai Malang dan Pak Pandir berkemungkinan jatuh. Apek Senario telah menjadi lawak basi. Lubang Saiful naik ke mercu kegemilangan.

Seperti kes Azizan, kes liwat Saiful juga telah tergelincir. Kelihatan propaganda berbentuk ini telah menjelak dan menjelikkan orang ramai. Ini mula disedari oleh Najib-Rosmah. Propaganda kes Saiful yang dirancang untuk memburukan Anwar telah menjadi lawak bodoh dan sedang melawan tuan.

Dengan cepat para apparatcik dan jentera Najib-Rosmah bergerak. Kali ini wajib dimunculkan satu lagi strategi baru – ejen asing. Harus disedari bahawa surah - ejen asing - ini juga telah mula muncul pada 1998. Ketika itu duta Amerika ke Malaysia ialah John R Malot.

Dalam kes pertama tahun 1998, memang telah disebarkan surah bahawa Anwar Ibrahim ini adalah ejen CIA. Apabila berita ini tersebar, kerajaan Amerika telah mengambil langkah yang tepat.

Menurut Pak Duta John R Malot - kerajaan Malaysia telah diberi amaran - jangan campur adukkan kerajaan Amerika dengan krisis dalaman politik Malaysia. Bila amaran ini sampai, maka surah Anwar ejen Amerika pun mati tak berasap.

Pasti perkara yang sama juga telah terjadi sekali lagi, kerana dengan tetiba sahaja media gerombolan hari ini, tidak lagi melaung-laungkan surah ejen asing ini. Pentabiran di Rumah Putih melihat apa yang berlaku sekarang ini sebagai krisis dalaman - tidak ada sangkut paut dengan jabatan risikan mereka. Justeru apabila dikaitkan Anwar dengan CIA, maka pasti pentabiran Obama ini, seperti tahun 1998, telah mengambil pendirian yang sama.

Langkah kedua yang sedang di jalankan oleh apparatcik dan jentera Najib-Rosmah ialah memastikan parti PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Ini adalah langkah yang amat strategik dan penting. Kerajaan Najib Rosmah membaca jika PAS dapat dipisahkan dari Pakatan, maka dengan segera Pakatan Rakyat akan luntur dan pecah.

'Merebut kuasa'

Kita harus menyedari bahawa walaupun PAS mengakui parti Islam - ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki dalam politik. Kita semua boleh mengakui bermacam-macam. Dalam politik yang direbutkan bukan Allah, Yahwe atau Siddarttha. Politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa.

Kuasa diperlukan untuk memastikan lubuk kekayaan dimiliki. Apabila lubuk kekayaan telah dimiliki maka di sinilah akan diuji sama ada parti itu bermazhab sosialis atau kapitalis.

Dalam dunia hanya ada dua sistem ekonomi - kapitalis atau sosialis. Dua sistem ini adalah sistem induk. Selainnya - yang mengakui sistem ini dan sistem itu - hanya pecah-pecahan dari dua sistem ekonomi ini. Seperti kuih bahulu – asasnya adalah tepung, gula dan telur. Warna, corak, rekabentuk hanya tokok tambah untuk mengolah keinginan orang ramai.

Dalam sistem ekonomi kapitalis ini, ada pemimpin PAS yang akan, yang telah dan yang sedang tewas dengan kuasa dan harta kekayaan. Contohnya, kes cerai bekas ADUN PAS dengan isteri keduanya. Sang isteri sedang menuntut berjuta-juta ringgit. Ini kerana sang isteri tahu bahawa sang suami - ketika berkuasa dahulu - pasti ada tanah di sana dan tanah di sini, Ada saham ini dan saham itu. Ini realpolitik. Ianya tidak pula bermakna kita merendahkan keyakinan mereka terhadap Yang Maha Esa.

United Malays National Organisation sedar hal ini. PAS bukan mengajukan sistem ekonomi alternatif kepada kapitalisma. PAS seperti PKR dan DAP, hanya berjanji untuk menguruskan kapitalisme dengan lebih baik. Asas sistemnya masih kapitalisme. Ini hakikat. Ini realpolitik. United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi menteri besar dalam PAS. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh 'dimakan' di dalam PAS. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam - pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib-Rosmah.

Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari. United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk 'berunding' dengan PAS. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan PAS menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik, yang dicita-citakan ialah kuasa. Dengan kuasa manusia berpeluang menobatkan dirinya dan mengumpul harta.

Waspada! Percubaan dan langkah-langkah yang diambil oleh Najib-Rosmah untuk berunding dengan PAS ini tidak ada sangkut paut dengan Najib sebagai anak Razak. Kerana Razak dahulu berunding dengan PAS maka Najib sang anak, juga akan berunding dengan PAS. Ini bukan bacaan politik. Ini sembang di warung Mek Jah. Dalam realpolitik yang hakiki ialah kuasa.

Keinginan berunding dengan PAS ini adalah perhitungan realpolitik. Ini kerana sesudah pilihanraya yang lalu United Malays National Organisation telah dilihat sedang menuju ke hari-hari akhir. Justeru untuk menyelamatkan harta kekayaan, perpaduan Pakatan Pakyat yang kompak, wajib dilemahkan.

Setiakawan Pakatan

Kota yang kukuh wajib dibocorkan. Setiakawan Pakatan Rakyat yang mekar wajib dikacau-bilaukan. PAS wajib dipisahkan dari Pakatan. Kalau tidak semua, sebahagiannya. Ini perhitungan politik untuk menyelamatkan harta dan kuasa.

Lalu kita sampai ke strategi ketiga - mengharu-birukan kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan Kelantan tidak perlu diganggu-gugat kerana slogan 'kita semua Melayu dan kita semua Islam.' Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang boleh digugat tetapi 'slow sikit' kerana

DAP ini lebih senang dikawal kerana Kecinaan mereka. Ahli gerombolan yang meninggalkan parti tidak mungkin akan menjadi ahli DAP.Malah DAP ini juga boleh dibawa berunding jika hari baik dan bulan baik – jika masa dan ketikanya telah ranum. Justeru musuh utama ialah Parti

Keadilan Rakyat dan Anwar Ibrahim. Lalu semua akan dilakukan untuk menggangu-gugat kerajaan Pakatan di Selangor. Lembu, kambing, pasir, tayar kereta, surau, masjid, kuil, sekolah, kasut, punggung - malah apa sahaja yang bersangkutan dengan kerjaaan Selangor - akan digunakan untuk menunjukkan kepada warga Selangor bahawa kerajaan Pakatan ini tidak perlu disokong.

apparatcik dan jentera kerajaan federal sedang digunakan oleh Najib-Rosmah untuk melemahkan kerajaan Selangor. Kes demi kes telah dibuka oleh SPRM terhadap pimpinan kerajaan Selangor. Semua dilakukan untuk menekan agar ada ADUN PKR yang akan berpaling tadah.

Media gerombolan telah digunakan hingga ke tahap maksimum untuk mengolah persetujuan orang ramai. Seluruh Malaysia cuba diberi tahu bahawa krisis yang amat besar sedang melanda kepimpinan kerajaan Selangor. Kerajaan Selangor ini akan runtuh bila-bila masa sahaja dan Khir Toyo boleh kembali berpesta ke Disneyland tanpa soal jawab.

Di mana akhirnya semua ini? Dalam merancang realpolitik, Anwar Ibrahim pasti akan diketepikan. Ini strategi utama. Susuk ini tidak akan diberi peluang untuk bebas bergerak. Jika diikutkan hati nafsu Najib-Rosmah, susuk Anwar ini akan diketepikan sebelum piliharaya Sarawak.

Tetapi bagaimana nanti reaksi kawan-kawan Yahudi Anwar yang selalu diperkatakan itu? Dan bagaimana pula ejen-ejen CIA yang lain? Apakah mereka juga akan datang untuk membantu Anwar? Kini seperti kes Saiful, senjata dan propaganda akan memakan tuannya.

Dalam realpolitik ada yang lebih 'real''. Yang lebih 'real' ialah kuasa rakyat. Kerajaan Selangor mungkin goyang tetapi tidak akan runtuh kerana akarnya semakin kukuh. Kuasa rakyat ini jugalah yang akan menentukan apa yang akan terjadi kepada Anwar Ibrahim.

Justeru United Malays National Organisation hanya ada satu pilihan: mengajak PAS datang berunding. Najib dalam keadaan ini akan menjanjikan apa sahaja. Kalau PAS minta Najib melempang Muhyiddin - pasti Muhyiddin akan kena satu pelempang. Kalau PAS mahu Najib menampar Khairy Jamaluddin - pasti Khairy akan ditampar. Seperti Sultan Mahmud meminang Puteri Gunung Ledang, Najib akan melakukan apa sahaja kecuali PAS tidak akan dibenarkan bertanya berapa orang sebenarnya anak Rosmah Mansor.



Oleh Hishamuddin Rais

Pakat masuk PAS, bukan bersatu dengan Umno

Posted: 19 Jul 2010 03:56 AM PDT

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menolak cadangan Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantaraan antara Pas dan Umno demi perpaduan Melayu di negara ini.

PAS bukan angkuh tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini, Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh.

Parti yang pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai parti yang busuk sampai usus.

Sepatutya Tan Sri kena nasihat supaya ahli Umno keluar beramai-ramai masuk PAS.

Apakah logik PAS diseru untuk bersatu dengan Umno, sedangkan mereka mengalami penyakit yang berjangkit iaitu penyakit barah rasuah dalaman parti, penyakit khianat kepada amanah rakyat, tidak bertanggungjawab kepada hasil mahsul negara, penyakit hanya memikirkan kepentingan perut semata-mata, penyakit tidak peduli kepada rakyat dengan menaikkan harga barang.

Apa perlu PAS diajak bersama dengan umno semata-mata kerana hendak menghulurkan balang oksigen kepada umno yang semakin kehilangan sokongan terutama Melayu terpelajar dan Melayu yang celik maklumat.

PAS memahami tahap sokongan orang-orang Melayu sudah berubah, maka umno berdendang dengan irama lama iaitu kuasa melayu terancam. Apabila sudah nyawa di hujung halqum, baru Umno sedar PAS, parti melayu. Sebelumnya umno tidak pernah memandang Pas, malah angkuh dengan kuasa untuk menindas sesama bangsa.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani sebagai seorang mufti, di antara disiplin mufti kena rujuk quran, hadis, ijmak dan qias dan mengetahui gambaran masalah yang berbangkit barulah boleh keluarkan fatwa.

Barulah fatwa yang dikeluarkan itu dihormati oleh orang ramai. Begitu juga dalam hal politik, sebelum beliau hendak mengeluarkan pandangan biarlah buat kajian dahulu, apakah benar kalau PAS dan Umno tidak bersatu kuasa politik melayu terancam.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani tolong lihat dulu keputusan pilihanraya 2008, siapa yang khianat kuasa politik melayu? PAS atau Umno. Macam mana kuasa Melayu boleh hilang kuasa sebab semua kerusi melayu, Pas akan lawan umno, kalau umno kalah, Pas menang, Pas melayu juga. Mana sifir kuasa melayu terancam.

Apakah Tan Seri hanya anggap PAS kuda tungangan DAP dan PKR ketika berkongsi kuasa dalam Pakatan Rakyat. Manakah bukti PAS rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR. Tapi PAS boleh buktikan banyak tindakan umno bersama rakan-rakan BN merugikan agama dan bangsa.

Tan Seri lupakah yang menutup surau di Sek 8 Shah Alam itu dibuat oleh Umno pimpinan Khir Toyo, lupakah Tan Seri yang halau orang melayu di Kg Berembang dan Kg Plentong Pasir Gudang Johor adalah dibawah umno.

Dato Dr Harun Din, Dato Ismail Kamus, AlMarhum Dato Ishak Bahrum diburu macam penjenayah kerana hendak menyampai agama ketika Selangor di bawah umno. Adakah laporan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tutup surau sejak memerintah Pulau Pinang

Hakikat yang berlaku umno yang serah kerusi majoriti melayu kepada bukan Melayu. Contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Dr Lo Lo Pas lawan Tan Lian Hoe (BN) kemudian tahun 2008 Tan Lian Hoe bertanding di Grik melawan Mohd Noor Abd Rahman PAS, Parlimen Tanjung Malim Mohd Azman Marjohan PKR lawan Ong Ka Chuan (MCA), Dun Pasir Panjang Datuk Seri Haji Nizar PAS lawan Dr S Vasan (MIC).

Malah dalam usaha hendak menambah kerusi Melayu bertambah, maka PAS bertanding di kerusi pengundi melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja yang ditandingi oleh Dr Mariah. Ini adalah sebahagian contoh yang dikhianati oleh parti Umno yang menjadi kekasih Tan Seri Harussani.

PAS menyeru kepada ahli Umno yang ikhlas dan sayangkan agama, bangsa dan negara gunakanlah akal yang Allah berikan untuk buat keputusan supaya keluar Umno dan bersama-sama PAS yang sedang bersama membentuk pemetaan politik baru bersama-sama Pakatan Rakyat.

Ingatlah Islam selamat, Melayu selamat, bangsa lain selamat, negara pun selamat. Kalau Melayu selamat belum tentu Islam dan negara akan selamat.

Transaksi minyak hanya di bank 'adik Najib'?

Posted: 19 Jul 2010 03:52 AM PDT

Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan segala transaksi perdagangan minyak mesti melalui perbankan CIMB wajar dipersoal.

"Adakah kerana CEOnya (Ketua Pengarah Eksekutif) adalah adik Perdana Menteri (Datuk Seri Nazir), maka pengedar-pengedar Shell dipaksa membuat auto-debit dengan CIMB," soal Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pagi tadi di Pejabat Agung PAS.

Difahamkan, arahan mandatori itu mula berkuatkuasa pada 1 September depan.

Dari aduan yang diterima, katanya, mereka yang terbabit lebih berminat melakukan transaksi secara cek dan tunai menggunakan perkhidmatan Maybank serta bank-bank terdekat dengan stesen minyak masing-masing atas faktor keselamatan.

Lagi pun, ujarnya, Petronas Dagangan Berhad (PDB) sendiri difahamkan tidak bersikap regid berhubung kaedah pembayaran debit minyak demi keselamatan dan kemudahan para pemilik stesen minyak.

Arahan terbaru pentadbiran Najib itu, katanya lagi, sekaligus menyukarkan para pengusaha stesen minyak memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan CIMB sekarang dilihat agak terhad jika dibandingkan dengan Maybank di seluruh negara.

Dari segi yang lain, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pengurusan CIMB seakan mengambil kesempatan atas arahan terbaru pentadbiran Najib itu.

"Selepas 1,000 keping wang yang didebitkan dalam mesin, mereka akan dicaj RM10. Setiap 100 keping yang didebit selepas itu, akan dicaj pula RM1. Mengapa mereka dipaksa sebegini," ujarnya.

Menurut beliau, Maybank sehingga kini tidak pernah mengenakan caj pada sebarang transaksi auto-debit, cek ataupun tunai.

Malah, tambahnya lagi, pengusaha stesen minyak turut dinasihatkan membuat pembayaran debit di bilik pegawai akaun tertentu secara eksklusif supaya tidak terdedah kepada pengetahuan umum.




Oleh Dzulfikar Mashoor

Mufti diminta bersikap berkecuali dalam isu politik

Posted: 18 Jul 2010 10:18 PM PDT

Mufti disarankan supaya tidak mencampuri urusan politik dan lebih sesuai bersikap berkecuali dalam isu-isu yang dibangkitkan oleh pemimpin politik.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, penyertaan golongan itu dalam perbincangan politik tidak sesuai dan perlu dielakkan.

"Eloklah masing-masing menjaga skop kerja masing-masing. Biarlah orang politik bertelagah sesama mereka dalam isu-isu semasa, manakala mufti hanya memfokuskan kepada isu-isu agama. Bak kata pepatah, gajah sama gajah bergaduh, jangan pelanduk mati tersepit di tengah-tengah," katanya pada sidang media, selepas melancarkan kempen Perlembagaanku peringkat negeri Kedah, di Kolej Universiti Insaniah, semalam.

Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menjadi perantara bagi pertemuan pemimpin Pas-UMNO demi perpaduan umat Islam.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri berkata, golongan mufti tidak seharusnya campur tangan dalam hal-hal berkaitan politik, kerana mereka harus memberi keutamaan kepada isu agama, terutama berkaitan fatwa.

"Masalah dalam isu fatwa dan agama Islam pun masih banyak belum selesai, eloklah bagi tumpuan. Politik jangan dikacau. Mufti lebih elok jaga peranannya yang sebenar, cukuplah," katanya.

Kenyataan Harussani satu fitnah, kata PAS

Posted: 18 Jul 2010 10:15 PM PDT

PAS mengulangi pendirian akan tetap bersama Pakatan Rakyat sambil menyifatkan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa wakil parti Islam itu ada menemuinya untuk menjadi orang tengah sebagai "satu fitnah dan pembohongan."
Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

"Kenyataan Tan Sri Harussani (kelmarin) satu fitnah dan pembohongan," kata Salahuddin pada sidang media di sini hari ini.

Pendirian itu disokong oleh Mahfuz dengan menegaskan PAS tidak pernah membincangkan isu berkenaan sama sekali.

"Tidak ada, ia (kenyataan Harussani) cuba memburukkan dan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat seolah-olah ada pemimpin PAS yang hendak membelakangkan parti dalam isu ini," kata Mahfuz.

Tambah Mahfuz, Harussani perlu mendedahkan jika benar ada pemimpin PAS yang telah menemui beliau.

Petronas juga sedang dirompak dari dalam secara licik

Posted: 18 Jul 2010 10:04 PM PDT

Sebagai sebuah syarikat minyak, pelbagai jawatan bergaji sangat tinggi boleh dicipta sebagai "tabung persaraan". Penasihat teknikal, training consultant dan bermacam-macam jawatan bergaji tinggi (sehingga berpuluh-puluh ribu RM sebulan) boleh dicipta di dalam persekitaran ini tanpa boleh dipersoalkan oleh orang awam.

Sejak akhir-akhir ini kita sering membaca di dalam blog dan media alternatif mengenai 'concern' terhadap budaya baru yang diserap di dalam jabatan awam - iaitu budaya menyambung kontrak selepas persaraan. Pihak pengurusan yang memperkenalkan budaya ini sebenarnya mempunyai kepentingan diri sendiri, iaitu apabila mereka mencapai umur persaraan kelak, mereka pula akan diberi peluang yang sama.

Tidak diketahui oleh kebanyakan orang awam ialah budaya ini juga menular ke dalam syarikat milik kerajaan, iaitu Petronas. Bezanya ialah keadaan menjadi lebih parah di dalam Petronas kerana sebagai sebuah syarikat minyak, pelbagai jawatan bergaji sangat tinggi boleh dicipta sebagai "tabung persaraan". Penasihat teknikal, training consultant dan bermacam-macam jawatan bergaji tinggi (sehingga berpuluh-puluh ribu RM sebulan) boleh dicipta di dalam persekitaran ini tanpa boleh dipersoalkan oleh orang awam termasuk ahli politik pembangkang yang berada di luar kompleks pejabat Petronas. Hanya mereka yang berada di dalam persekitaran ini dan terlibat dalam aktiviti kerja harian dengan mereka sahaja yang tahu situasi sebenar.

Budaya menyambung kontrak selepas persaraan dilakukan di kalangan pesara jawatan bertaraf pengurus kanan. Untuk pesara jawatan lebih tinggi seperti General Manager (Pengurus Besar) dan CEO syarikat2 subsidiari Petronas (yang jumlahnya berpuluh2), cara yang dilakukan untuk menambah "tabung persaraan" mereka adalah lebih dahsyat lagi. Kalau pesara jawatan pengurus kanan disambung kontrak dengan jawatan yang entah apa-apa yang bergaji sehingga di dalam lingkungan 20-30K, pesara Pengurus Besar dan CEO pula akan menubuhkan syarikat konsultan dan akan diberi projek oleh syarikat Petronas di mana beliau pernah menjadi CEO dahulu. Cuba bayangkan, CEO baru semestinya mempunyai hubungan yang intim, malah terhutang budi kepada CEO yang lama kerana memberi performance rating yang bagus kepada beliau sehingga berjaya menjadi CEO. Sekarang syarikat konsultan yang baru ditubuhkan oleh bekas CEO pula masuk ke dalam tempat kerja lamanya untuk menawarkan khidmat "konsultan".

Daripada pengalaman, syarikat konsultan baru ini diberi projek secara terus (tanpa open tender). Di dalam syarikat seperti Petronas, surat sokongan dari engineer yang disahkan oleh Pengurus Kanan atau CEO sudah cukup untuk mengjustifikasikan pemberian kontrak secara runding terus. Ini kerana bidang teknikal adalah sangat khusus dan tiada pihak yang faham perkara tersebut untuk menyoal lebih-lebih. Syarikat konsultan ini mendapat kontrak bernilai berjuta-juta ringgit hanya dengan menemuramah para pekerja kilang seperti panel operator dan sebagainya. Pandangan-pandangan ini dijadikan feedback dan kemudian data kepada syarikat mereka. Beberapa bulan kemudian, mereka akan menyerahkan laporan ini kepada anak syarikat Petronas dan "Preliminary Report", "Feasibility Study Report" dan sebagainya ini adalah delivery projek mereka. Walaupun setiap tahun laporan-laporan konsultan ini lenyap atau mengumpul debu di dalam mana-mana rak, proses ini terus berulang.

Diharap pihak kerajaan meneliti dan mengambil tindakan segera supaya Petronas menjadi lebih accountable pada masa akan datang. Pada pandangan saya, perbuatan ini tidak mencucuk naluri hati mereka (doesn't prick their conscience) kerana mereka merasakan pihak kerajaan juga dengan rakus memerah hasil Petronas. Jadi mungkin mereka berpendapat, jika mereka tidak mengambil kesempatan ini, mereka akan kerugian kerana pihak kerajaan juga banyak membazirkan wang Petronas.

Bersama-sama kita hentikan aktiviti merompak Petronas ini samada dari luar (oleh kerajaan) atau dari dalam (oleh bekas pengurus dan CEO Petronas).



Dari ExPet

PARIS HILTON AND "PEOPLE CLOSE TO POWER IN MALAYSIA"

Posted: 18 Jul 2010 09:49 PM PDT

Last night, cyberspace was abuzz with reports of how American socialite Paris Hilton was briefly held by police on the French island of Corsica after being caught with cannabis in her handbag according to police sources as reported in many websites (listed below).

What is surprising about the latest report from Associated Press is as follows:

Paris Hilton was briefly detained in Corsica after sniffer dogs detected a "quite small" quantity of marijuana in her bag, a French newspaper reported Saturday.

Corse Matin newspaper said officers at the airport in Figari found about one gram's worth of marijuana. Hilton, who was transiting the French Mediterranean island in a private jet on Friday, was hauled in for questioning and released about 30 minutes later, the report said.

In a story posted on its Web site, the newspaper said Hilton was traveling along with "personalities close to power in Malaysia" from the French capital to Porto Cervo, in Sardinia.


This is the second time she has run into the law this month. Paris Hilton was arrested during the World Cup in South Africa after a friend she was with took a joint to the Brazil-Netherlands quarter-final match in Port Elizabeth. You can read about it HERE. What is MOST surprising is the the photos of Paris Hilton with a bunch of Chinese guys in the background (nationality unknown) is no longer in the internet! Darn! I should have kept a copy but I am no Paris Hilton fan.

A few questions that remain unanswered:

1. Who were those people mentioned in the reports who are "people close to power in Malaysia"? Our authorities concerned MUST check it out as these reports have been circulated all over the world and puts Malaysians in VERY BAD LIGHT.

All they need to do is to check with the Police Department and Immigration Office of Sardinia, Italy and take the necessary action to interrogate those Malaysians regardless of how close they are to power.

2. Now why did the international media make mention of "people close to power in Malaysia" in their reports?

Does it imply those people actually said those exact words to the police and reporters?

If so, who are they to throw their weight around? How close are they to POWER in Malaysia? What sort of power????

Why were they with Paris Hilton? What were the circumstances that led to such a situation if it is true?

The Malaysian authorities must get to the bottom of this case as it certainly affects the reputation of Malaysians and the nation.


-MT

Najib mentadbir negara kecewakan rakyat

Posted: 18 Jul 2010 09:46 PM PDT

Sebaik sahaja parlimen tamat bersidang, maka Najib dengan angkoh dan sombong telah menaikkan harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) dengan serta merta dengan menjadikan rakyat sebagai lembu pawahnya.

Rakyat dipaksa menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Najib itu. Malah semua media yang dikawal oleh Najib telah diarah tidak melaporkan berita kenaikan harga tersebut secara yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat, sebaliknya media diarah memutarbelitkan fakta dan memanipulasikan angka supaya Najib dapat membentuk suatu pendapat awam bahawa rakyat melihat kenaikan itu wajar untuk menstrukturkan semula subsidi dan menghalalkan tindakan Najib menghentikan subsidi untuk rakyat demi kepentingan Negara dan pentadbiran Najib sendiri.

Begitulah dashatnya rakyat diperbodohkan dan ditipu oleh Najib. Segala kejahatan Umno dan para pemimpinnya disembunyi, diselindungi dan dipertahankan dengan menggunakan kuasa yang ada ditangannya.

Jahat sungguh kaedah beliau mengurus tadbir Negara. Rakyat berjaya dilembupawahkannya tidak mempunyai banyak pilihan terpaksa menerimanya dengan hati yang luka berdarah. Kenaikan ini pasti akan dituruti dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pula.

Kehidupan rakyat menjadi bertambah susah dihimpit kesengsaraan yang dilakukan oleh Najib. Selepas ini seperti kebiasaannya tariff elektrik juga akan turut dinaikkan dengan alasan kos bahanapi meningkat.

Dalam pada itu, sudah tentu dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan, maka inflasi turut sama meningkat tinggi melebih 1.5 % seperti tercatat pada April lalu.Sedangkan pada masa yang sama setiap tahun Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) iaitu Genting Sanyen, Malakof dan YTL Power yang mendapat subsidi kerajaan RM20 billion setahun tidak diusik oleh Najib terus mengaut keuntungan.

Taikon-taikon ini dianakemaskan dan rakyat diperhambakan. Tergamak Najib mempergadaikan kebajikan rakyatnya tanpa mahu memperbetulkan kesalahan urus-tadbir negera yang penuh dengan berbagai skandal.

Rakyat tidak sempat bersuara melalui para pemimpin Pakatan Rakyat menentang kenaikan ini kerana persidangan parlimen telah ditamatkan. Najib dengan sengaja tidak mahu sedar dan tidak mahu akur dengan kesusahan dan penderitaan rakyat menaikkanya dengan serta merta.


Sekiranya Najib dan Umno kekal berkuasa selepas PRU ke-13 nanti, kehidupan rakyat akan menjadi semakin susah dan bertambah menderita apabila subsidi yang dinikmati oleh rakyat selama ini akan ditarik balik secara beransur-ansur kononnya untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan melalui program penarikan balik subsidi bagi mengelak Negara jatuh bangkrap pada tahun 2020

Hakikatnya, penjimatan boleh dilakukan melalui urus niaga perniagaan yang dijalankan oleh GLC-GLC yang mampu dan berupaya membuat keuntungan bukan berpotensi menanggung kerugian seperti yang berlaku sekarang yang memaksa kerajaan mengambil wang rakyat berbillion ringgit untuk menyalamatkan GLC-GLC yang terbabit.

Perlakuan pembaziran yang berluasa dalam berbagai sektor, masalah rasuah dan penyelewengan yang bernilai jutaan malah sampai peringkat berbillion-billion ringgit menjadikan kerajaan miskin papa kedana. Cara mudah pada fikiran Najib adalah dengan memaksa rakyat membayarnya melalui kenaikan harga petrol, gas, tol dan tariff elektrik.

Pengumuman yang dibuat secara mengejut itu menunjukkan bahawa Najib seorang PM yang pengecut dan tidak berani berhadapan dengan para pemimpin Pakatan Rakyat di parlimen. Sekiranya parlimen masih meneruskan sidangnya, sudah tentu isu kenaikan harga ini akan menjadi isu yang pasti hangat diperbahaskan dari segi kewajaran beliau menaikkan harga barangan tersebut.

Oleh itu, strategi yang diambil oleh Najib ialah menunggu persidangan dewan rakyat tamat bagi mengelak dirinya terjebak daripada serangan wakil-wakil rakyat Pakatan di parlimen. Beliau sendiri sedar bahawa tentu akan berlaku satu protes, para pemimpin Pakatan di parlimen akan menentang habis-habisan demi menjaga kebajikan keseluruhan rakyat di negara ini.

Ia bukan seperti Umno (baca: Najib) sekadar menunggu pilihan raya baru hendak turun menunjukkan keprihatian terhadap kehidupan rakyat seperti yang berlaku di Hulu Selangor dan di Sibu baru-baru ini.

Rasuah pilih raya (membeli undi) di kedua-dua pilihan raya kecil tersebut berlaku secara jelas dan terang telah dilaporkan oleh media dan ia dilakukan sendiri oleh Najib tanpa ada sedikit perasaan untuk menjaga maruah dan harga dirinya daripada di pandang rendah oleh rakyat di dalam negara ini dan juga masyarakat antarabangsa.

Matlamatnya hanya satu untuk kuasa dan beliau sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan kuasa termasuk sanggup bertindak segala upaya (tanpa mengambil kira halal-haram) bagi membunuh karektor seseorang (Anwar Ibrahim sasarannya) seperti kata Saiffuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR di lobi parlimen baru-baru ini.

Amat malang bagi kita sebagai rakyat Malaysia, perkara sekeji dan sehina itu SPRM, SPR, Polis dan Peguam Negara memekakkan telinga dan membutakan mata, tidak memperdulikan setiap laporan yang dibuat kerana mereka membuat dalih, bahawa ianya adalah halal dan sah kerana Najib bukan calonnya.

Walau apa pun alasan yang diberi, perbuatan tersebut tidak patut berlaku di dalam sebuah negara yang dikatakan diurus-tadbir dengan kaedah terbaik, yang mengamalkan demokrasi tulin, pemimpinnya bertolenrasi, berintergreti dan perkara-perkara yang molek-molek disebut tentang Malaysia seperti yang diwar-warkan ke seluruh dunia oleh APCO yang diupah oleh Najib seperti yang selalu disebutkan oleh Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR.

Jadi, beliau menunggu sehingga tamatnya sidang parlimen, baharulah ia mengumumkan kenaikan tersebut dan para pemimpin Pakatan tidak ada saluran rasmi bagi menyuarakan bantahan tersebut.

Sekiranya ada bantahan dari rakyat melalui demontrasi atau sebagainya selepas ini, PDRM khususnya FRU telah bersiap siaga bagi mengilap kembali kepakaran mereka menghadapi para demontrator yang mana mereka sendiri mulai lupa kaedah penggunaan peralatan pencegah demontrasi kerana sudah lama benar tidak ada demontrasi yang menentang dasar kerajaan, yang ada pun ia selaras dengan kehendak kerajaan bukan menentang kehendak kerajaan.

Sebelum itu, Najib telah bertindak bijak, terlebih dahulu melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengangtung sementara penerbitan Harakah (PAS), Suara Keadilan (PKR) dan Rocket (DAP) bagi menghalang akhbar-akhbar parti ini mengeksploitasikan dan menerbitkan berita, laporan serta ulasan mengenai kenaikan harga barangan ini yang mungkin boleh mempengaruhi rakyat bersama Pakatan Rakyat menentang kenaikan harga tersebut boleh mengugat kerajaan beliau sepertimana yang berlaku terhadap Abdullah dulu.

Najib menjadikan kes pengeluaran lesen judi bola sepak sebagai teladan kerana kebebasan akhbar-akhbar ini menerbit, melapor dan memberi berbagai ulasan telah berjaya mempengaruhi fikiran rakyat. Rakyat bangkit beramai-ramai menentang kerajaan meluluskan lesen perjudian itu sehingga Najib terpaksa tunduk dan menarik balik lesen yang telah diberi kepada Vincent Tan melalui Ascot Sports Sdn Bhd anak syarikat Berjaya Group.

Berita terbaru yang didengar bahawa permit Harakah (PAS) telah diperbaharui dan Harakah boleh diterbitkan semula seperti biasa, tetapi dengan syarat yang amat ketat dan tidak masuk akal yang dikenakan oleh KDN (baca: Najib) dengan memberi amaran keras supaya ia hanya dijual di markas dan pejabat urusan parti itu sahaja. Ini juga bertentangan apa yang diperkatakan oleh APCO yang mempromosikan Najib dan Malaysia di pentas dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kebebasan media.

Dalam negara yang dikatakan moden dan maju ini, undang-undang lapok yang menyekat saluran penyampaian pandangan kedua seperti yang diamalkan oleh Najib sudah tidak digunakan pakai lagi oleh kebanyakan negara (kecuali di negara-negara yang diperintah oleh diktator dan junta tentera) kerana masyarakat kini sebahagian besarnya adalah celik IT yang mampu mengakses maklumat daripada berbagai sumber.

Saya amat tidak bersetuju cara Najib menutup suara rakyat (pandangan kedua) dengan tidak mengeluarkan permit penerbitan. Kita ada kaedah yang lebih bertamadun iaitu melalui tindakan undang-undang (kita juga tahu sistem keadilan di bawah tunjuk Najib, tetapi sekurang-kurang kita juga perlu berhujah) bagi mendisiplinkan media supaya ia melaporkan dan mendedahkan perkara benar bukan berbentuk fitnah, mengadu-domba, propaganda yang melampau dan racist seperti Utusan Malaysia.

Walaupun ia pahit bagi Najib, tetapi ianya juga baik bagi Najib untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dibangkitkan itu. Najib tidak boleh mengharap media pembangkang sealiran dengan media di bawah kawalan beliau.

Dasar pembangkang adalah berbeza dengan dasar Najib sebagai kerajaan yang memerintah. Kerajaan memandang serong terhadap pembangkang dan pembangkang juga memandang serong terhadap kerajaan. Pembangkang memburuk-burukkan kerajaan dan kerajaan juga memburuk-burukkan, menghina dan memperlecehkan pembangkang. Itu adalah lumrah berpolitik.

Adalah mustahil kerajaan akan bersetuju dengan pembangkang dan begitu juga dengan pembangkang adalah mustahil bersetuju dengan kerajaan. Masing-masing akan berlumba-lumba mencari keburukan dan kelemahan lawan dan akan mendedahkannya kepada rakyat supaya rakyat dapat berfikir 'siapa yang paling layak' diberi mandat untuk mentadbir negara ini bagi menjaga kebajikan mereka.

Kalau kaedah ini Najib tidak suka, Najib boleh pinda perlembagaan bagi membolehkan UMNO memerintah sampai kiamat. Haramkan semua parti-parti politik yang wujud, kecuali UMNO. Seluruh rakyat Malaysia secara otamatik menjadi ahli UMNO. Habis cerita.

Najib tidak perlu lagi pening kepala memikirkan kaedah macam mana hendak menarik rakyat untuk menyokongnya semula (baca:UMNO). Seperti yang diketahui, mana pada masa kini rakyat sangat benci dan meluat tenguk muka para pemimpin UMNO yang berjuang semata-mata untuk mengejar kuasa, kedudukan dan kekayaan untuk kepentingan diri sendiri bukan berjuang untuk kepentingan rakyat.

Malah, apa yang Najib perlu takut sangat terhadap pengaruh yang mungkin boleh di bawa oleh akhbar-akhbar parti ini yang penerbitannya sangat terhad untuk mempengaruhi pemikiran rakyat, berbanding beliau yang mempunyai berbagai prasarana yang hebat untuk mempengaruhi dan mengongkong fikiran rakyat 24 jam melalui berbagai saluran dan media yang dimilikinya.

Persepsi rakyat sekarang ialah pentadbiran Najib diresapi oleh ideologi Mahathirisme kerana tindak-tinduk Najib kebalakangan ini persis di era pentadbiran Mahathir yang sangat anti kebebasan bersuara.

Mahathir mengongkong dan mengekang kebebasan media dan menutup percambahan fikiran melalui ceramah, dialog dan sebagainya, kecuali program yang memuji dan memuja pentadbirannya. Akhirnya, Mahathir sendiri mengalami berbagai kekangan untuk bercakap dan berkarya di era Abdullah Ahmad Badawi memerintah.

Berbalik kepada isu kenaikkan harga barangan tadi, alasan yang diberi oleh Najib ialah kenaikkan harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula adalah sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. Kata beliau penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Alasan yang diberi oleh Najib tidak boleh diterima pakai kerana di era Abdullah memerintah dulu pun minyak dinaikkan terlampau tinggi, harga petrol di pasaran ketika itu dinaikkan dari RM1.92 kepada RM2.70 seliter manakala diesel dari RM1.58 ke RM2.58 seliter (kemudian diturun akibat tentangan rakyat).

Abdullah kata ia telah menjimatkan sekitar RM14 bilion hasil pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi. Sebanyak RM4.5 billon akan disalurkan untuk mempertingkatkan kemudahan pengangkutan awam dan rakyat diberi bayaran rebet kenderaan sebanyak RM625.00 setahun.

Penjimatan sebanyak RM4.5 bilion itu langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat. Tidak ada peningkatan dalam perkhidmatan pengangkutan awam, tetapi yang ada adalah peningkatan kos pengangkutan. Maka, penjimatan kali akan diagihkan kepada sektor mana pula?

Sebenarnya Najib tidak mengotakan janjinya: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Najib tidak prihatin terhadap kehidupan rakyat berpendapatan rendah dan sederhaana, petani, penternak dan nelayan.

Saya amat bersetuju dengan pandangan Dr Mohd Asri Zainul Abidin Negara di bawah pentadbiran Najib banyak membazirkan wang rakyat berlaku. Contohnya, perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri sahaja telah mencecah RM3.8 bilion pada 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi 2010.

Ini termasuklah perbelanjaan sekretariat mantan perdana menteri dan sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Najib, Rosmah Mansor. Kenaikan barangan ini akan diikuti dengan kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran. Ini sudah tentu menjejaskan kehidupan rakyat biasa.

Sebenarnya, Najib tidak perlu menaikkan harga barangan tersebut bagi tujuan penambah pendapatan negara, tetapi beliau perlu urus- tadbir negara secara berhemah dan tidak membazir, tidak rasuah dan tidak untuk berkepentingan politik. Lihat pembayaran terhadap perkhidmatan APCO sahaja mencecah RM77 juta.

Sime Darby yang mengalami kerugian sebanyak RM946 juta diselamatkan dengan memberi pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta. Skandal PERWAJA, duit rakyat lesap RM10 billion, skandal PKFZ bernilai RM13 billion dan macam-macam skandal lagi.

Duit FELDA pula dibelanjakan untuk projek bukan bidang FELDA seperti melabur dalam ternakan lembu, hangus RM688 juta, melabur dalam bio-diesel, lesap RM3 billion, pembinaan pejabat FELDA RM662 juta. KTMB mengalami kerugian RM500 juta kerana pembelian 38 gerabak Gandaan Elektri dari Syarikat Zhu Zhou Elektrik Locomotive Co.Ltd daripada China dan terbaru Khazanah Nasional yang diterajui oleh Najib bersetuju membeli rangkaian hotel mewah dan popular, Awan Resort dan DLF yang bernilai RM1.225 billion.

Kesimpulannya, tindakan Najib itu dilihat sebagai jalan mudah bagi beliau untuk meningkatkan pendapatan negara dengan memeras keringat rakyat yang mudah diperlembupawahkan ikut suka hatinya sahaja tanpa mengambil kira pembaziran dan menyalahgunaan wang rakyat yang diamanahkan kepada beliau untuk menguruskannya.


Oleh Tun Telanai

Tiada ulasan: