Selasa, 13 Julai 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Rocket pula diberi surat tunjuk sebab

Posted: 13 Jul 2010 03:52 AM PDT

Akhbar DAP The Rocket menjadi mangsa terbaru Kementerian Dalam Negeri yang memantau ketat penerbitan parti-parti pembangkang.

Petang tadi, dua pegawai KDN melawat ibupejabat DAP di Petaling Jaya dan menyerahkan surat tunjuk sebab kepada editor Rocket - versi bahasa Cina.

Surat itu menuntut penjelasan mengapa parti itu meneruskan penerbitannya meskipun tempoh permitnya telah berakhir.

Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak memuaskan, Rocket besar kemungkinan juga menghadapi tindakan digantung.

Malaysiakini juga difahamkan akhbar DAP versi Inggeris berakhir bulan lalu manakala lesen untuk edisi versi Melayu dan Cina, masing-masing berakhir pada September dan November, tahun lalu.
Sabtu lalu, setiausaha publisiti DAP Tony Pua ketika dihubungi berkata permohonan untuk memperbaharui permit berkenaan telahpun dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Namun, katanya KDN biasanya lambat memberikan jawapan sehingga memaksa mereka mencetak nombor permit lama pada keluaran baru Roket.

Laporan 'Anwar bayar CNN' palsu

Posted: 13 Jul 2010 03:28 AM PDT

CNN menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat bayaran agar beliau diwawancara oleh stesen televisyen berita angtarabangsa itu, awal bulan ini.

"Berita CNN menerima bayaran daripada seseorang supaya Anwar muncul di 'Connect the World' adalah palsu dan direka-reka," kata seorang jurucakap CNN yang berpangkalan di Hong Kong di mana ibu pejabat Asia stesen itu beroperasi.

"Adalah membimbangkan kerana tiada usaha dilakukan untuk menghubungi kami dan secara berkecuali mengesahkan dakwaan yang tidak berasas itu sebelum melaporkannya sebagai fakta."

Akhbar harian Utusan Malaysia pada Jumaat lalu mencetuskan kontroversi dengan laporan 9 Julai yang bertajuk "Anwar didakwa bayar CNN'.

Laporan itu merujuk kepada tulisan presiden Trevino Strategies and Media Inc, Joshua Trevino, yang menulis di portal Amerika - The New Ledger yang Anwar mengupah kenalan medianya, khususnya CNN, bagi menyakin para pelobi Yahudi bahawa beliau bukan anti-Israel.

Trevino mendakwa wawancara CNN menerusi 'Connector of the Day' pada 2 Julai lalu adalah 'jinak' berhubung Anwar disoal berhubung retorik anti-Zionis ketua pembangkang itu.

Berikut laporan itu, beberapa pemimpin tertinggi Umno membidas Anwar yang didakwa 'membayar' untuk diwawancara.

"Jika benar Anwar membiayai temu bualnya dengan CNN itu, ia menunjukkan beliau tunduk kepada Amerika Syarikat dan Yahudi...dia akan lakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri," kata naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehari selepas Utusan menyiarkan laporan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno berkata laporan itu menunjukkan Anwar adalah terdesak.

Rais Dikecam Gagal Selidik Fakta Sebelum Dakwa Anwar Agen Amerika

Posted: 12 Jul 2010 10:09 PM PDT

Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John R Malott mendesak Menteri Penerangan, Komunikasa dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, rakyat Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat kerana membuat tuduhan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen agensi perisikan CIA.

Malott yang menjadi Duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur selama tiga tahun darim 1995 hingga 1998 berkata Anwar bukan dan tidak pernah menjadi agen Amerika.

"Saya tegaskan sekali lagi apa yang saya katakan kepada Menteri Luar ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi pada 1998," Jika anda mendakwa Anwar

adalah agen Amerika, anda juga membuat rumusan,
secara salah, bahawa Amerika juga masuk campur
dalam hal ehwal politik dalaman Malaysia, dan ini adalah tidak benar.

"Saya pernah menyentuh mengenai perkara ini 10 tahun dahulu ketika saya menulis satu artikel untuk Malaysiakini ('Anwar was never an American spy', Sept 2, 2000) di mana saya menafikan secara khusus bahawa Anwar buka dan tidak pernah menjadi agen kepada Amerika.

"Seperti yang saa tulis dalam artikel tersebut saya memberitahu Abdullah bahawa Anwar bukan agen Amerika. Sekiranya kerajaan Malaysia menangkap Anwar dan mendakwa beliau agen Amerika, kita akan mengeluarkan kenyataan serta merta untuk menafikan sekeras-kerasnya dan akan mencabar kerajaan Malaysia untuk menyediakan bukti.

"Saya juga secara jelas memberitahu Abdullah bahawa kerajaan Malaysia akan dimalukan kerana mereka tidak mampu memberikan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut kerana dakwaan ini hanya khayalan yang tidak wujud sama sekali,
" kata belas duta itu dalam satu kenyataan beiau hari ini.

Beliau membidas Rais sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai penerangan dan informasi kerana gagal memeriksa fajta yang maklumat yang betul ketika membuat tuduhan yang melulu tersebut.

"Sudah tentunya rakyat mengharapkan beliau melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Dalam keadaan ini Rais sepatutnya memastikan berita yang beliau terima adalah benar tetapi sebaliknya berlaku.

"Rais gagal menyelidik latarbelakang blogger yang tulisan mengenai Anwar dipetik oleh Utusan Malaysia. Malah tidak siapa pernah mendengar blog ini apatah lagi mengatakan ianya 'terkenal'. Saya yakin Rais juga tidak membaca blog tersebut sebelum beliau membuka mulut. Sebaliknya beliau terus percaya dengan laporan Utusan itu
," jelas beliau.

Malott menambah sekiranya Rais mengambil masa 15 saat untuk melayari google beliau akan ketahui bahawa blogger yang dilabelkan sebagai 'pakar' oleh Utusan sebenarnya berkata beliau pernah disambar petir sebanyak 10 kali ketika berada di dalam rumah beliau dan menuduh Ratu Elizabeth terlibat dalam sindiket wang haram.

"Blogger ini juga berkata beliau tinggal di atas gunung di New York bersama kuda, kucing, anjing dan ayamnya. Bagaiman orang seperti ini tahu mengenai Malaysia dan siapa sebenarnya agen CIA?

"Sebelum Rais menyebarkan berita palsu daripada orang seperti ini, elok beliau periksa fakta dan elakkan dirinya daripapda mendapat malu. Mengapa Rais tidak buat kerjanya dengan betul dan bersungguh-sungguh?

"Ini bukan sahaja mengenai Rais dan Utusan malah saya amat terkejut kerana masih ada golongan di Malaysia yang terus menerus menyebarkan isu karut ini mengatakan Anwar agen Amerika demi kepentingan agenda politik mereka,
" tegas beliau lagi.

Malott menyoal sekiranya beliau berbohong mengenai Anwar 10 tahun dahulu mengapa Dr Mahathir yang menguasai Cawangan Khas (Special Branch) selama 22 tahun tidak menafikannya.

"Mengapa tidak seorang pun tampil untuk membuktikan Anwar agen Amerika tujuh tahun selepas persaraan Dr Mahathir? Mengapa mereka tidak mampu membuktikan sehingga hari ini? Mengapa mengambil coretan dblogger yang membebel yang bukan-bukan yang tinggal di atas gunung di New York? Kenapa Anwar tidak ditangkap atas tuduhan pengintipan?

"Kerajaan Malaysia mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Anwar tetapi jika ia membuat dakwaan palsu terhadap Amerika Syarikat khususnya menuduh kita mencapuri urusan dalaman Malaysia, kita akan mendedahkan segala dakwaan palsu itu.

"Malah selepas 12 tahun saya bertemu Abdullah, Malaysia gagal memberikan walaupun sekelumit bukti bahawa Anwar adalah agen Amerika,
" kata Malott lagi.

Beliau berkata Rais juga wajib memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana dakwaan beliau tersebut dilihat cuba merosakkan usaha beliau untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat

"Mengapa anda (Rais) melemahka usaha Perdana Menteri anda dan mengatakan Amerika Syarikat masuk campur dalam urusan dalaman Malaysia dan menyokong pembangkang?

"Sekiranya Amerika gembira dengan usaha uusaha Najib di mana pula letaknya logik kita menyokong Anwar dan pembangkang?
" tanya Malott kepada Rais.


Oleh Dzulkarnain Taib

OK untuk lompat ke Pakatan

Posted: 12 Jul 2010 09:38 PM PDT

Bekas ketua Umno Jelutong Datuk Abdul Rashid Ismail berkata parti Melayu itu tidak mungkin dapat terus berkuasa jika ia gagal menangani masalah-masalahnya. Beliau juga menasihatkan ahli-ahli bahagian bahawa tidak salah bagi melompat ke parti lain jika tidak berpuas hati.

Bahagian Umno Jelutong yang tercalar akibat pergeseran dalaman mengadakan mesyuarat agung tahunannya di Pulau Pinang, malam semalam dan tanpa menyangka mendapat sokongan daripada bekas pengerusinya yang kini adalah ahli seumumr hidup Umno dan terbabit dengan kerja-kerja NGO sejak persaraanya.

Abdul Rashid adalah ketua bahagian sebelum 2004 dan secara kontroversial digantung atas dakwaan politik wang tetapi menafikan perkara itu yang dikatakannya tidak berasas.

Sesudah digantung, beliau menjalani zaman yang mencabar apabila isterinya, Khatijah Zainuddin dibunuh di Jelutong pada April 2000.


Malam semalam, Abdul Rashid membuat pendedahan bahawa dia sanggup menyokong ahli-ahli seperjuangannya dari belakang.

"Apabila saya mendengar cerita sedih berhubung kepimpinan negeri yang membelakangkan perlembagaan (dengan menutup 17 cawangan Umno Jelutong), saya fikir saya perlu terbabit semula," katanya.

Bagaimanapun, beliau menolak cadangan yang beliau akan memegang jawatan kanan parti itu.

Abdul Rashid menggesa ahli-ahli yang tidak berpuas hati supaya terus memprotes dan berani memperjuangkan hak bagi memastikan cawangan mereka dihidupkan semula.

"Jangan rasa bersalah. Pilihan lain, anda boleh lompat ke parti lain seperti PKR atau PAS - masih ada Pakatan Rakyat. Ia masih boleh diterima kerana anda bukan melompat ke agama lain," katanya kepada kira-kira 60 anggota yang hadir.

Sasaran 60 kerusi Parlimen cerah

Posted: 12 Jul 2010 09:27 PM PDT

Sasaran PAS adalah merampas 37 kerusi Parlimen daripada Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), selain mempertahankan 23 kerusi yang sedia dikuasai oleh PAS, tegas Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Menurut beliau, usul 'menguasai 60 Parlimen' itu telahpun dipersetujui dalam Muktamar PAS kali ke-56 pada 12 Jun lalu demi memastikan PAS bersama-sama Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan dari Umno BN tidak lama lagi.

Sehubungan itu, beliau mewakili jentera pilihan raya pemuda menolak pelawaan Umno untuk kerjasama demi kepentingan parti perkauman itu.

"Sasaran kita yang sebenar adalah 60 Parlimen ke Putrajaya, janganlah main isu lain," tegas beliau petang tadi di Lobi Parlimen.

Baginya, PAS mempunyai harapan yang cerah untuk menguasai kesemua Parlimen sasaran tersebut jika berdasarkan demografi pengundian rakyat pada PRU12 lalu.

"Saya ingat cerah, kalau jentera lebih berkerja keras dari apa yang sedia ada," ujar beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat.

Ini kerana, beliau berkata, sebanyak 16 kerusi Parlimen menyaksikan PAS kalah kurang dari 5 ribu undi.

Manakala, katanya lagi, lapan kerusi parlimen sasaran yang lain menyaksikan PAS kalah kurang dari 10 ribu undi.

13 kerusi berbaki, menurut beliau lagi, menyaksikan PAS kalah 13 ribu undi sahaja.

"Kita kena gandakan fokus dan kerja, kalau nak pujuk rakyat tolak politik zalim dalam pilihanraya depan," tegasnya lagi.

Ditambah dengan mood rakyat yang kian sedar ekoran melihat isu penyerahan tanah KTM di Tanjong Pagar pada Singapura; gadai dua telaga minyak (Blok L dan Blok M) pada Brunei; kes pembunuhan Altantuya; skandal kapal selam Scropene; serta perlantikan Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) yang dikatakan pro Yahudi sebagai syarikat komunikasi kerajaan, beliau berkata, sudah tentu memberi kelebihan pada PAS dan Pakatan Rakyat.

Penegasan '60 Kerusi Parlimen' itu sekaligus menjawab pelawaan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas, Lokman Nor Adam kononnya PAS lebih mudah melaksanakan Islam sekiranya bekerjasama dengan Umno adalah sandiwara Umno semata-mata.

Menurut beliau, tujuan pelawaan itu demi kepentingan Umno semata-mata, bukannya Islam.

"Kalau Umno ikhlas nak laksana Islam, mereka boleh buktikan sekarang, tak perlu 'main wayang' dengan PAS," ujar beliau sambil menyifatkan kenyataan Lokman itu bertujuan memecahbelah muafakat Pakatan Rakyat.

"Saya tak mahu Negara Islam versi Umno sebab negara kekal dalam kezaliman ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), mahkamah tidak bebas, rasuah sana sini, sokong judi bola, amalkan politik membenci kaum-kaum lain yang tidak sokong Umno dan banyak lagi sebenarnya."

Sebaliknya, beliau berkata, pendirian PAS bersama-sama DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat demi memujuk rakyat menolak kezaliman Umno BN; sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

"Dalam Perjanjian Fudhul Hudaybiah, sebelum Perang Badar dan waktu memeterai Perjanjian Madinah pun, Nabi sendiri bersama-sama orang Islam dan yang bukan Islam untuk lawan kezaliman, apa masalahnya dengan DAP dan PKR," soal beliau.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Lokman turut mendakwa DAP anti Islam, manakala PKR pula adalah parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpin utamnya.

Lokman turut mengumpan PAS kononnya boleh melaksanakan Hudud sekiranya parti itu bersedia bekerjasama dengan Umno dalam masa terdekat ini.

Difahamkan, pujukan Lokman itu demi memulihkan semula sokongan masyarakat Melayu pada Umno yang belakangan ini dilihat kian pudar sejak parti perkauman itu menggadai kepentingan agama, negara dan bangsa.

Tiada ulasan: