DIALOG RAKYAT |
- Bolehkah Umno Selangor “think opposition”?
- KeADILan tidak akan lumpuh sekalipun Anwar di penjara
- Menggigit, tergigit dan digigit
- Sesat: Presiden PAS ajak ulama Umno muzakarah
- Anwar agen CIA: Umno makin gila, kata PKR
- PAS jadi orang tengah di Pokok Asam
- Kementerian Pelajaran Sekat Pakatan Rakyat Tapi Benar Umno Guna Premis Sekolah
- Utusan Jangan Jadi Pandir Ambil Sumber Yang Juga Pandir
- “Tiada cita-cita masuk UMNO”
- Badrul Muhayat bayar kompaun, bebas tuduhan cedera isteri
- Menteri Kesal Kerajaan Selangor Abai Kebajikan Belia
- Kelantan Masih Yakin Mampu Bayar Gaji Kakitangan
- Latifah Omar Berehat Di Rumah
- AWASI JENAYAH SIBER
- Mansuhkan Permit Penerbitan Akhbar
- Idea Perkasa Cina: Donald Lim terbukti ekstremis, kata Ibrahim Ali
- Jangkitan di Lubuk Yu bukan wabak - Tiong Lai
- Tidak serik makan durian
- Perlu wakil media Malaysia di Gaza untuk maklumat lebih tepat
- PKR terbit edisi baru Keadilan
- Sepanyol juara Piala Dunia
- Utusan Didakwa Tangkap Muat Tuduh Anwar Agen CIA
- Dr Tan : Tidak Gentar Disaman
Bolehkah Umno Selangor “think opposition”? Posted: 12 Jul 2010 12:47 AM PDT
| ||||
KeADILan tidak akan lumpuh sekalipun Anwar di penjara Posted: 12 Jul 2010 12:45 AM PDT
| ||||
Menggigit, tergigit dan digigit Posted: 12 Jul 2010 12:39 AM PDT
| ||||
Sesat: Presiden PAS ajak ulama Umno muzakarah Posted: 12 Jul 2010 12:37 AM PDT
| ||||
Anwar agen CIA: Umno makin gila, kata PKR Posted: 12 Jul 2010 12:36 AM PDT
| ||||
PAS jadi orang tengah di Pokok Asam Posted: 12 Jul 2010 12:33 AM PDT
| ||||
Kementerian Pelajaran Sekat Pakatan Rakyat Tapi Benar Umno Guna Premis Sekolah Posted: 12 Jul 2010 12:04 AM PDT Oleh Fazli Othman SHAH ALAM - Kementerian Pelajaran dibidas kerana mengamalkan sikap hipokrit dengan membenarkan Umno menggunakan premis dan kemudahan sekolah untuk tujuan perjumpaan politik walaupun telah dikeluarkan larangan bertulis daripada kementerian. Insiden terbaru membabitkan Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Rahimah (Samtar), Sg Manggis di mana Umno menggunakan dewan sekolah tersebut untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan Pemuda dan Wanita Umno Bahagian pada 3 dan 4 Julai lalu. Menurut Setiausaha PAS Kawasan Kuala Langat, Hasnul Baharuddin pihaknya telah menyuarakan bantahan terhadap tindak tersebut walaupun Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan arahan bertulis dan lisan melarang kawasan dan bangunan sekolah digunakan untuk menganjurkan dan terlibat dengan aktiviti berunsurkan politik, terutamanya kepada Pakatan Rakyat. "Pakatan Rakyat Kuala Langat membantah keras kebiadapan Umno menggunakan sekolah untuk bermesyuarat agung. Kita telah menghantar bantahan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor untuk memohon penjelasan bagaimana ini boleh dibenarkan dan dan tindakan susulan diambil. "Namun, kerana tekanan politik Umno Bahagian Kuala Langat, Pengetua Samtar telah membenarkan mesyuarat Umno diteruskan, sedangkan pada masa yang sama sepatutnya mengadakan bengkel Matematik untuk pelajar Tingkatan Lima di dewan berkenaan," tegas Hasnul yang juga Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Kuala Langat pada sidang media baru-baru ini. Ketika dihubungi Suara Keadilan, beliau menegaskan walaupun jika pihak berkuasa seperti Pejabat Pelajaran Daerah dan JPN tidak mengambil tindakan, tetapi dengan bantahan ini Umno akan lebih berhati-hati dimasa hadapan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. "Pengetua tahu, pihak sekolah juga tahu tetapi atas desakan ahli PIBG yang dipercayai ahli Umno, mereka mengadakan juga mesyuarat mengengkari arahan lisan dan bertulis yang telah diberikan kepada sekolah untuk tidak membenarkan apa-apa aktiviti berunsurkan politik," kata Hasnul. Jelas beliau, pihak PPD Kuala Langat juga tidak berani bertindak dan sikap ini dilihat sebagai mengamalkan dwi kepentingan terhadap isu ini. "PPD sering menghalang aktiviti yang baik untuk pelajar sekiranya ianya dianjurkan oleh pihak yang diketahui atau disyaki berpihak kepada kerajaan Pakatan Selangor. Contohnya program 'Jom Masuk Universiti' oleh Majlis Daerah Kuala Langat baru-baru ini," tambah Hasnul lagi. | ||||
Utusan Jangan Jadi Pandir Ambil Sumber Yang Juga Pandir Posted: 11 Jul 2010 11:58 PM PDT Oleh Mak Bonda Putarbelit dan fitnah tanpa malu Utusan bukan kes kali pertama. Dah jadi budaya nampaknya bagi Utusan untuk terus merudumkan imejnya untuk dilihat sebagai balaci Umno-BN. Usaha melaga-lagakan PAS, KEADILAN dan DAP juga sudah mangli bagi kita. Begitu juga usaha membunuh suara Pakatan Rakyat melalui KDN dengan menzalimi organ parti iaitu Suara Keadilan, Harakah dan Roket jelas terserlah kebobrokan 1Malaysia. Bebas sebebasnya!! Siapakah malaun Elaine Meinel Supkis yang kononnya mengetahui Anwar adalah agen CIA berasaskan senarai kawan-kawannya di Amerika Syarikat? Kemungkinan besarnya, ini juga agen Zionis Apco yang dibayar Najib untuk survival Umno-BN. menyiarkannya pada muka depan Utusan tanpa sebarang siasatan atas kesahihannya . Begitu juga dengan dakwan bahawa Anwar telah membayar syarikat berita terkemuka CNN untuk ditemuramah oleh stesen televisyen itu baru-baru bagi mencemuh kepimpinan Malaysia. Mana bukti? Seperti mana soalan Pengarah Strategik KEADILAN, Tian Chua bagaimana seorang yang dikatakan sebagai 'alat' kepada CIA terpaksa membuat bayaran kepada Cable News Network atau CNN hanya semata-mata untuk ditemubual oleh media itu? Memang tidak masuk akal bukan? Lawak antarabangsa daripada Utusan! Anwar yang difitnah sebagai seorang mempunyai hubungan baik dengan risikan Amerika Syarikat terpaksa pula membuat bayaran kepada stesen tevisyen berkenaan! Diakhir kalam, diharap Utusan bawa bertaubat, dan ingatlah juga soal dosa dan balasan Allah pada dosa-dosa fitnah dan perbuatan bersubahat menutup kebenaran serta mempertahankan kezaliman di Mahkamah Allah kelak. | ||||
Posted: 11 Jul 2010 11:57 PM PDT SINAR HARIAN Berucap di Majlis Wacana Perdana Bolehkah Melayu Bersatu di Kota Bharu semalam, Dr Mohd Asri yang sebelum ini dilanda pelbagai spekulasi menyatakan beliau tidak pernah membuat kenyataan dia berminat menyertai UMNO. "Saya tak pernah kata nak masuk (UMNO) orang yang kata dan sehingga saat ini saya tidak bercita-cita nak masuk UMNO," katanya ketika menjawab soalan yang dilontarkan Moderator Majlis, Profesor Madya Mohammad Agus Yusof. Selain Dr Mohd Asri, wacana yang diselangi perdebatan itu disertai oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Pengerusi Biro agama Pemuda UMNO, Afandi Yusoff dan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Agama Islam (Jasa), Lokman Nor Adam. Sebelum ini, Dr Mohd Asri adalah antara nama yang dikaitkan bersama 40 ulama muda yang menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli UMNO dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam pada itu ketika ditemui selepas majlis tersebut, Dr Mohd Asri berkata buat masa ini beliau tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik, namun tidak mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan. Ditanya adakah beliau lebih terdorong untuk bersama Pas, bekas mufti itu mengakui beliau mempunyai hubungan rapat dengan bekas Presiden Pas, Almarhum Fadzil Noor namun masih belum berminat menyertai parti itu. "Kita tak tahu masa depan, dengan apa yang saya faham, saya tidak menyertai mana-mana parti termasuk UMNO, memandai saya berbaik dengan pemimpin Pas dan UMNO, cukup ahli parti yang ada, saya masuk jadi serabut saja," katanya. Terdahulu dalam ucapan nya, Dr Mohd Asri yang mengulas mengenai konsep perpaduan politik Melayu berkata, adalah lebih penting untuk memperkembangkan prinsip perpaduan Islam dengan tidak mengira bangsa dan keturunan. Dalam masa yang sama katanya, masyarakat perlu mengakui bahawa konsep kenegaraan memerlukan parti politik selain membuat perimbangan bahawa konsep perpaduan bukan saja untuk mendapatkan kerajaan semata-mata. "Semasa membuat perjumpaan di London bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sendiri menyebut perlu wujudnya Pas, kalau tidak rosak UMNO. "Kita mesti ada imbangan, mungkin ada yang tidak berpolitik, saya tak gemar bercakap soal perpaduan politik degan mengutamakan kerajaan federalisma, bila kuatnya UMNO bererti Melayu kuat dan bila Pas kuatnya Melayu itu kuat," katanya. | ||||
Badrul Muhayat bayar kompaun, bebas tuduhan cedera isteri Posted: 11 Jul 2010 11:54 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani dibebaskan Mahkamah Majistret Ampang, hari ini, atas tuduhan mencederakan isterinya Julia Daud selepas membayar kompaun RM1,000 kepadanya. Bekas model itu yang nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 42, juga memohon maaf kepada Julia, 29. Sebelum ini, beliau mengaku tidak bersalah menumbuk Julia di muka, menendang di perut dan memukulnya dengan menggunakan batang penyapu di punggung dan kaki di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, pada 7 pagi 24 Mac lepas. Bapa kepada dua orang anak itu membayar kompaun tersebut selepas Majistret Wan Karimah Wan Abdul Ghani mengarahkan Badrul Muhayat berbuat demikian di hadapannya. Wan Karimah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan dan pembelaan telah mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan secara penyelesaian bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah. "Memandangkan kedua-dua pihak bersetuju kesalahan ini diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah, mahkamah dengan ini bersetuju dan membenarkan kompaun RM1,000 dibayar kepada pengadu (Julia) dan mahkamah membebaskan orang kena saman (Badrul Muhayat) daripada tuduhan tersebut," katanya. Wan Karimah berkata, walaupun tertuduh awalnya didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tetapi seksyen itu juga membenarkan kes tersebut diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan secara bersama. Terdahulu, Wan Karimah bertanyakan Julia sama ada dia bersetuju kesalahan suaminya di kompaun sebanyak RM1,000. Julia, yang ditemani anggota keluarganya, menjawab: "Saya setuju dan saya mahu suami membayar wang tersebut di hadapan mahkamah." | ||||
Menteri Kesal Kerajaan Selangor Abai Kebajikan Belia Posted: 11 Jul 2010 11:51 PM PDT MSTAR ONLINE KUALA SELANGOR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek kesal dengan sikap kerajaan Selangor yang dikatakan tidak memberi sokongan kepada persatuan dan pertubuhan belia di negeri itu melaksanakan aktiviti mereka. Beliau berkata, pihaknya mendapat banyak aduan daripada persatuan belia bahawa mereka mengalami kesukaran untuk menyewa kemudahan seperti bangunan dan dewan dan turut dikenakan sewa yang lebih tinggi berbanding ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah negeri itu. "Mereka (kerajaan negeri) tidak boleh diskriminasi kerana bukan mereka yangbina kemudahan itu...sekarang dia rasa dia ada kuasa dan tidak memberi kemudahankepada persatuan belia dengan mengenakan caj lebih mahal. "Kerajaan Persekutuan dah buat stadium baru, padang baru tetapi kita tidaknampak mereka buat perkara yang sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Hari Belia Selangor dan melancarkan Kempen 1Belia 1Malaysia di sini malam Ahad. Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Sehubungan itu, Ahmad Shabery berkata, kementerian akan mengumpul maklumat untuk mencari aternatif lain bagi membolehkan persatuan belia di negeri itu menjalankan program mereka tanpa kekangan daripada kerajaan Selangor. Noh ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, pertubuhan beliaseperti Majlis Belia Selangor (MBS) ditubuhkan semasa BN memerintah dan padamasa itu MBS diberi peruntukan RM1 juta untuk melaksanakan aktiviti belia sertadiberi kebenaran menggunakan kemudahan secara percuma. "Sekarang ini, saya difahamkan MBS terpaksa bayar sewa di bangunan kompleks belia sebanyak RM4,000 sebulan dan setakat ini kerajaan negeri tidak beri apa-apa peruntukan pun kepada MBS," katanya. Terdahulu ketika berucap merasmikan perhimpunan itu, Ahmad Shabery berkata,kementerian merancang mengadakan sambutan hari belia tahun depan lebih awal bagimembolehkan setiap negeri mengadakan sambutan hari belia masing-masing sebelumkemuncak sambutan peringkat kebangsaan diadakan. "Perancangan ini bagi membolehkan kita mengumpul seramai satu juta belia untuk meraikan sambutan hari belia peringkat kebangsaan di Putrajaya tahun depan. "Kita nak golongan belia faham bahawa ada satu tempat yang begitu tepat untuk mereka berkumpul dan melakukan aktiviti," katanya. | ||||
Kelantan Masih Yakin Mampu Bayar Gaji Kakitangan Posted: 11 Jul 2010 11:50 PM PDT BERNAMA RANTAU PANJANG: Kerajaan PAS Kelantan mampu membayar gaji kakitangannya tanpa berhutang daripada mana-mana pihak, kata Timbalan Pengerusi Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun. Menurutnya, dakwaan kononnya kerajaan negeri tidak mampu membiayai gaji kakitangannya jika dapat memerintah negeri ini adalah tidak benar. "Kita (kerajaan negeri) masih mampu membayar gaji kakitangan walaupun mentadbir negeri ini dalam tempoh 20 tahun ini, tanpa perlu berhutang daripada mana-mana pihak termasuk Kerajaan Pusat," katanya di sini. Katanya, perbelanjaan mengurus atau emolumen kerajaan negeri masih mencukupi untuk menampung membiayai gaji kakitangan walaupun mengalami perbelanjaan defisit setiap tahun. "Cuma kerajaan negeri menghadapi masalah perbelanjaan pembangunan yang memerlukan peruntukan daripada kerajaan pusat," katanya. Beliau berkata, dakwaan pemimpin parti politik pembangkang sebelum pilihan raya 1990 kononnya kerajaan negeri hanya mampu membayar gaji kakitangannya dalam tempoh tiga bulan adalah tidak benar. Abdul Fatah yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan berkata, kerajaan boleh menggunakan peruntukan daripada mana-mana wang yang disatukan jika menghadapi masalah sumber kewangan untuk menampung pembiayaan gaji kakitangan. "Jadi setakat ini tidak timbul soal kerajaan negeri tidak mampu membayar gaji kakitangan dalam tempoh tertentu seperti dakwaan sesetengah pemimpin parti politik," katanya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku berkata, kerajaan negeri | ||||
Posted: 11 Jul 2010 11:41 PM PDT MSTAR ONLINE PETALING JAYA: Keadaan kesihatan primadona filem Melayu, Latifah Omar,72, berada dalam keadaan baik selepas mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, Jumaat lalu. Timbalan Presiden Seniman, Shahriza Mahmud berkata, pelakon itu sedang berehat di rumah anaknya yang terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, dekat sini. "Selepas keluar hospital, dia berehat sahaja di rumah dan buat masa ini dia tidak mahu diganggu," katanya ketika dihubungi Isnin. Jumaat lalu Latifah atau nama sebenarnya Fatimah Omar yang popular menerusi filem bawang Putih Bawang Merah dimasukkan ke hospital kerana dipercayai mengalami cirit birit dan muntah-muntah. Bagaimanapun dia hanya berada di hospital itu beberapa jam sahaja sebelum dibenarkan keluar. Kata Shahriza, sebelum ini Persatuan Seniman pernah membantu pelakon itu yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Kampung Baru selepas terjatuh di rumah anaknya. Bagaimanapun pelakon itu enggan menerima kunjungan peminat ataupun artis-artis lain yang mahu melawatnya kerana mahu berehat. | ||||
Posted: 11 Jul 2010 11:40 PM PDT KENINGAU KINI KUALA LUMPUR: Pengguna Intenet, AWAS! Jangan memuat turun perisian dan aplikasi yang tidak diketahui, dan jangan sesekali membuka lampiran daripada penghantar yang tidak dikendali. Juga berhati-hati semasa melakukan transaksi dalam talian.Yang penting, dalam era teknologi baharu, dengan jumlah transaksi dalam talian semakin meningkat dalam ruang siber, pengguna Internet perlu terus berada di hadapan berbanding penjenayah siber. Nasihat ini diberikan oleh Anthony Ung, pengurus negara Asia Tenggara bagi rangkaian antivirus dan pakar keselamatan kandungan Trend Micro Incorporated. "Memandangkan sumber Internet tidak diketahui, sesiapa sahaja boleh melakukan apa sahaja dalam talian, daripada membeli-belah sehinggalah membayar bil, berhubung dengan rakan dan keluarga, malah melakukan transaksi perniagaan. "Anda tidak perlu membuktikan siapa anda selagi anda mempunyai nombor kad kredit, nombor pengenalan dan kata laluan, anda boleh membeli dan memuat turun apa sahaja," katanya kepada Bernama pada temu bual baru-baru ini. Ung berkata pencuri identiti atau "phishing" dan isu keselamatan komputer yang lain yang boleh menjejaskan reputasi anda, perlu diawasi. Mencuri identiti sebagai contoh, memain peranan penting dalam penipuan cukai dengan mangsa ditipu untuk mendedahkan maklumat pribadi, yang kemudiannya digunakan untuk mencuri akaun bank, membuat pembayaran menggunakan kad kredit serta memohon pinjaman menggunakan nama mangsa, katanya. "Penjenayah siber ini mewujudkan laman web palsu seiras laman web asli. Sebagai contoh, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Berbanding alamat e-mel sebenar, irb.com, penjenayah siber menggunakan 1rb.com. Ini berlaku terutama apabila tarikh akhir mengemukakan cukai pendapatan semakin dekat. "Apabila anda tergesa-gesa mengemukakan cukai pendapatan, anda tidak menyedari "i" telah ditukar kepada "l", anda hanya klik, masukan kata laluan dan nombor pengenalan dan mengisi maklumat lalu menghantarnya. Anda menyangkakan fail anda sudah dihantar, namun sebenarnya ia dihantar ke laman web lain. Kami memanggilnya "serangan bersepadu," katanya. Ung berkata kebanyakan orang masih tidak menyedari penjenayah siber menggunakan e-mel dan laman web palsu untuk mencuri wang dan identiti. Beliau berkata laman rangkaian sosial sangat popular di kalangan penjenayah siber untuk menipu orang ramai supaya memdedahkan maklumat atau memuat turun perisian ke dalam komputer mereka. "Sebagai contoh, Facebook, google atau e-mel yahoo. Setiap kali anda menaip kata laluan dan pengenalan, penjenayah siber turut masuk dan apabila komputer tidak digunakan atau tidak sibuk, mereka memasuki akaun anda dan melihat maklumat yang ada dan menggunakannya untuk tujuan lain dan berpura-pura menjadi anda. Penipuan e-mel juga berlaku. Anda mungkin menerima e-mel yang menyatakan anda menang loteri atau anda dipilih secara rawak memenangi hadiah. Mereka mahu anda membayar pendahuluan bagi memenangi hadiah itu dan yang pastinya, anda tidak akan menerima hadiah yang kononnya anda menangi itu," katanya. Bagi membendung penipuan dalam talian, Ung berkata pengguna Internet dinasihatkan supaya menukar nombor pengenalan dan kata laluan setiap bulan, berhenti daripada membaca mel yang tidak diundang (scam) yang cuba menembusi dinding pelindung dengan menghantar imej dan bukan sekadar teks, dan pertahankan maklumat peribadi menggunakan teknologi anti-spyware. Di Trend Micro, katanya syarikat itu memperkenalkan penyelesaian yang dikenali sebagai Micro Internet Security Pro 2010, untuk perlindungan menyeluruh terhadap virus, cacing, Trojan dan pengodam. Ia juga mengesan dan memusnahkan spyware dan menyekat spam. Perisian itu juga termasuk versi dinding pelindung, sistem penala, kunci remote dan perlindungan telefon pintar. Keseluruhannya perisian ini mudah dipasang dan diguna dan menawarkan perlindungan yang baik semasa melayari Internet. Trend Micro ialah pemimpin global dengan kepakaran lebih dua dekad dalam keselamatan pemesejan dan web. Menerusi operasi di lebih 50 negara, syarikat itu memberi tumpuan terhadap menghasilkan penyelesaian keselamatan pintar yang melindungi pelbagai ancaman dan serangan termasuk virus, spam, mencuri maklumat, spyware, botnet, dan serangan Web yang lain, termasuk malware mencuri data. Pada 2009, Malaysia mencatatkan jualan melebihi US$7 juta bagi operasi Trend Micro Asia Tenggara, kira-kira 20-30 peratus daripada jumlah jualan di rantau ini. | ||||
Mansuhkan Permit Penerbitan Akhbar Posted: 11 Jul 2010 04:41 PM PDT
Angkatan Muda Keadilan Selangor menggesa kerajaan memansuhkan permit penerbitan akhbar yang tidak lagi relevan. Permit penerbitan akhbar menghalang kebebasan media dan kebebasan maklumat di negara ini. Dalam era globalisasi, permit mengekang hak rakyat mendapatkan maklumat sudah ketinggalan zaman tatkala dunia media sudah berubah. Kewujudan undang-undang sedia ada masa kini sudah cukup untuk mengenakan tindakan perundangan kepada media-media cetak jika membawa berita berunsur fitnah dan mengancam keselamatan negara. Justeru permit penerbitan akhbar hanya akan mengekang perkembangan budaya fikir dan kritis rakyat. Tatkala peranan media cetak menjadi jurubicara rakyat dan pengimbang kepada pihak pemerintah. | ||||
Idea Perkasa Cina: Donald Lim terbukti ekstremis, kata Ibrahim Ali Posted: 11 Jul 2010 04:36 PM PDT KUALA LUMPUR — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa idea agar ditubuhkan 'Perkasa ala Cina' adalah satu bentuk tindakan "ektremis" yang tidak sesuai kerana ia akan membawa kepada perjuangan yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan. Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas ini membidas kenyataan Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim baru-baru ini yang meminta agar ditubuhkan "Perkasa Cina" untuk menangani pengaruh Perkasa — pertubuhan bukan kerajaan bukan Melayu, yang semakin berakar umbi. "Ini adalah kenyataan ekstremis... ia tidak wajar. Perkasa bukan rasis. Perjuangan kami, rangka perjuangan kami tertaklub kepada rangka Perlembagaan Persekutuan. "Kami berjuang bagi memastikan peruntukan Perkara 153 Perkembagaan Persekutuan diamalkan dan dihormati," kata Ibrahim selepas mesyuarat Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini hari ini. Perkasa salah satu anggota gabungan MPM yang dilancarkan Mac lalu. Wakil rakyat ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin seperti Lim, Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan juga Presiden mereka Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menggambarkan parti Cina itu kelihatan buruk. "Tetapi ada juga pemimpin MCA yang baik, hanya beberapa pemimpin yang menggambarkan parti itu buruk... bukannya parti, tetapi pemimpin mereka," kata Ibrahim. Ibrahim berkata kenyataan Lim membuktikan pada parti-parti politik Cina menggunakan ruang politik untuk menjadi hero masyarakat Cina. "Bagaimana anda mahu menerajui negara pelbagai kaum macam ini?" kata Ibrahim lagi. Lim dalam cadangannya berkata badan yang sesuai untuk memainkan peranan Perkasa Cina ialah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor. Bagaimanapun menurut Ibrahim, MCA kini terperangkap dengan agenda politik DAP. | ||||
Jangkitan di Lubuk Yu bukan wabak - Tiong Lai Posted: 11 Jul 2010 04:35 PM PDT UTUSAN ONLINE KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengesahkan kes enam kematian akibat jangkitan bakteria di Hutan Lipur Lubuk Yu, Pahang bukan satu wabak baru dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kematian enam mangsa tersebut disahkan berpunca daripada jangkitan bakteria punca penyakit melioidosis dan leptospirosis yang boleh dirawat dengan mudah menggunakan antibiotik. "Orang ramai tidak perlu bimbang kerana ini bukan wabak dan jangkitan bakteria itu boleh dirawat menggunakan antibiotik berbanding jangkitan virus seperti influenza A (H1N1) yang lebih sukar dirawat. "Namun, penduduk berhampiran kawasan itu dinasihatkan segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan jika menghidap gejala seperti demam panas. "Pasukan bantuan juga dihantar ke klinik-klinik desa di sekitar kawasan berkenaan untuk memantau dan membantu tetapi yang paling penting orang ramai mendapatkan rawatan segera jika terdapat gejala jangkitan," katanya. Beliau ditemui selepas merasmikan seminar gabungan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di sini hari ini. Enam mangsa yang meninggal dunia antara 3 hingga 8 Julai lalu merupakan sebahagian daripada 83 orang sukarelawan yang menyertai operasi menyelamat mangsa lemas di Hutan Lipur Lubuk Yu pada penghujung Jun lalu. Lima daripadanya disahkan meninggal dunia akibat jangkitan bakteria Burkholderia pseudomallei (Melioidosis) yang biasanya terdapat di dalam air dan tanah. Seorang lagi mangsa yang maut telah dijangkiti bakteria jenis leptospira (leptospirosis) yang jarang menjangkiti manusia tetapi mudah disebarkan melalui air kencing haiwan seperti tikus. Ekoran itu, pusat perkelahan yang terkenal di Maran itu telah diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan serta merta semalam. Dalam pada itu, Tiong Lai mengingatkan orang ramai bahawa jangkitan kedua-dua jenis bakteria itu boleh membawa maut jika lewat menerima rawatan. | ||||
Posted: 11 Jul 2010 04:28 PM PDT UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR - ''Saya tidak serik, saya tetap akan makan durian.'' Demikian kata Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang yang dibenarkan pulang hari ini selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat sesak nafas, Rabu lalu. Menurutnya, kejadian itu tidak akan menyebabkannya berhenti memakan durian kerana teruja dengan keenakan raja buah tersebut. "Mungkin saya akan berhenti makan durian selama satu hingga dua bulan kerana rasa trauma sedikit. "Keenakan memakan durian terutamanya daripada jenis Musang King memang tidak dapat digambarkan," katanya kepada pemberita di pekarangan HKL. Turut menemani beliau ialah isterinya, Dayang Lily Datuk Abg. Indeh, anaknya, Amelia, anak saudaranya, Dr. Roslan Mohd. dan pembantu peribadinya, Mansor Mahdar. Ahmad Lai dikejarkan ke hospital berkenaan akibat sesak nafas selepas menikmati durian di Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Serbaguna Parlimen, Rabu lalu. ''Doktor telah membuat pemeriksaan dengan teliti dan mendapati sakit yang saya hadapi tiada kaitan dengan serangan jantung, strok ataupun tekanan darah tinggi. "Saya telah pulih dengan sepenuhnya malah sepatutnya keluar hospital dua hari lepas," katanya. | ||||
Perlu wakil media Malaysia di Gaza untuk maklumat lebih tepat Posted: 11 Jul 2010 04:19 PM PDT UTUSAN ONLINE KUALA LUMPUR - Wakil media Malaysia perlu ditempatkan di Gaza, Palestin bagi membolehkan segala maklumat yang diterima mengenai keganasan dan penderitaan penduduk di sana tepat dan tiada penyelewengan. Wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail , 26, berkata, Malaysia tidak perlu terlalu bergantung kepada media asing kerana kebanyakannya dikawal Israel dan sekutu kuat rejim tersebut, Amerika Syarikat (AS). "Sehubungan itu, perlu ada wakil media dari negara ini yang ditempatkan di Gaza untuk mengetahui keadaan sebenar di negara tersebut seterusnya melaporkan apa yang berlaku untuk pengetahuan rakyat Malaysia," katanya. Beliau berkata demikian pada sesi bertajuk Kebebasan Flotila-Pengalaman sempena persidangan Memecahkan Sekatan: Semangat Rachel Corrie dan Mavi Marmara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Ashwad dan seorang lagi krew Astro Awani, Shamsulkamal Abdul Latip, 43, berlepas dari Kuala Lumpur ke Istanbul, Turki pada 23 Mei lalu sebelum ke Pelabuhan Antalya dengan menaiki kapal Mavi Marmara untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Bagaimanapun, kapal misi bantuan kemanusiaan itu diserang komando Israel sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 19 aktivis terkorban dan 30 lagi cedera. Ashwad berkata, media negara ini juga boleh berperanan membongkarkan kekejaman sebenar Israel sekiranya berada di Gaza. "Apa yang dilakukan itu merupakan usaha memberi kesedaran kepada dunia tentang kekejaman sebenar rejim zionis terhadap rakyat Palestin seterusnya membangkitkan semangat untuk menentang," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, sekiranya ada misi seterusnya ke Gaza, pihak penganjur perlu menyediakan sistem telekomunikasi satelit yang membolehkan rakaman secara langsung dibuat pada bila-bila masa. "Jadi, masyarakat dunia boleh menyaksikan secara langsung sekiranya kapal dalam perjalanan ke Gaza itu diserang oleh tentera Israel," katanya. | ||||
PKR terbit edisi baru Keadilan Posted: 11 Jul 2010 04:17 PM PDT
Timbalan presiden parti itu Senator Syed Husin Ali berkata, beliau telahpun melihat edisi baru tabloid mingguan itu. Menulis dalam Twitter malam tadi, Syed Husin juga berkata beliau mahu melihat apakah tindakan KDN ekoran penerbitan Keadilan. Menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini memberi amaran bahawa tindakan akan diambil sekiranya Suara Keadilan terus diterbitkan tanpa permit. Suara Keadilan juga sebelum ini diancam tindakan undang-undang oleh Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda)berikutan dalam edisi sebelumnya menyiarkan laporan bertajuk "Felda Bankrap." Ketika dihubungi lewat hari ini, ketua pengarang Dzulkarnain Taib berkata, Keadilan diterbitkan secara tidak berkala memandangkan permit bagi Suara Keadilan masih belum diperbaharui. | ||||
Posted: 11 Jul 2010 04:13 PM PDT
Sepanyol menang dengan menewaskan skuad The Oranje, dengan jaringan tipis itu dalam perlawanan yang berlanjutan sehingga masa tambahan yang penuh dramatik dengan aksi-aksi kasar dari kedua-dua pasukan. Pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan bermain dengan corak berhati-hati. Bagi sepuluh minit pertama, pada separuh masa pertama, Sepanyol menguasai perlawanan dengan membuat tiga percubaan ke arah pintu gol Belanda. Pada minit ke-4, sepakan sudut dihadiahkan kepada Sepanyol diambil oleh Xavi yang kemudiannya ditanduk oleh Sergio Ramos tetapi berjaya ditepis oleh penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg. Selepas itu tiba giliran, David Villa pada minit ke-8, mendapat umpanan 'chip' daripada rakannya. Bagaimanapun bola tersebut jauh dari kakinya walaupun beliau sudah melepasi perangkap offside. Sergio Ramos sekali lagi, pada minit ke-10, menerima umpanan dari sebelah kiri, berjaya menggelecek seorang pemain pertahanan Belanda. Perlawanan menarik Bagaimanapun, sepakan lintangnya berjaya disepak keluar oleh permain pertahanan Belanda John Heitinga. Tetapi bola hantaran itu gagal disempurnakan dengan baik. Ayam tambatan Pada minit ke-76, Sergio Ramos sekali lagi mendapat peluang apabila tandukannya melepasi palang gol walaupun dia tidak dicabar oleh mana-mana pemain. Iniesta juga turut terlepas peluang pada minit ke-98 apabila enggan menolak kepada David Villa, dan ingin bergerak sendiri telah terlepas bola dari kawalannya. Seorang lagi pemain gantian Jesus Navas turut mendapat peluang pada minit ke-110, apabila sepakannya di sebelah kiri gol, dapat diselamatkan oleh pertahanan lawan. Namun pada separuh kedua masa tambahan, gerakan hasil gandingan Xavi-Iniesta - Torres berjaya memecah kebuntuan, apabila Iniesta yang mendapat umpanan terus sahaja melepas satu sepakan deras dan bola tersebut menerjah jaring Belanda. Beliau yang tidak berada dalam posisi offside, mendapat lambungan bola ke dalam kotak penalti terus meluru dan merembat bola tersebut pada minit ke-116. Lebih 0 kad kuning dilayangkan dan satu kad merah dilayangkan kepada Heitinge kerana dikatakan menarik Iniesta daripada belakang. Dengan kemenangan itu, Sepanyol merangkul kejuaraan piala dunia buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu. Malah ramalan Paul, si sotong kurita itu juga menjadi benar belaka. | ||||
Utusan Didakwa Tangkap Muat Tuduh Anwar Agen CIA Posted: 11 Jul 2010 04:07 PM PDT TV SELANGOR Tahap kewartawanan akhbar arus perdana dikhuatiri merosot ke paras baru apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan muka depan, kali ini menggambarkan Anwar Ibrahim sebagai agen perisik CIA Amerika Syarikat. Akhbar kawalan Umno itu juga mendakwa Anwar telah membayar syarikat berita terkemuka CNN untuk ditemuramah oleh stesen televisyen itu baru-baru bagi mencemuh kepimpinan Malaysia. Dua dakwaan itu dilihat sebagai kemuncak agenda fitnah Umno-Utusan Malaysia dalam usaha menjatuhkan kredibiliti anwar sebagai Ketua Pembangkang dan antara pemimpin utama Pakatan Rakyat. Pengarah Strategik PKR, Tian Chua melahirkan rasa hairan bagaimana seorang yang dikatakan sebagai 'alat' kepada CIA terpaksa membuat bayaran kepada Cable News Network atau CNN hanya semata-mata untuk ditemubual oleh media itu. Beliau berkata laporan Utusan Malaysia tidak masuk akal kerana ia memaparkan Anwar sebagai seorang yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengan risikan Amerika Syarikat namun terpaksa membuat bayaran kepada stesen tevisyen berkenaan. Pada hari ini Utusan melaporkan, penulis blog dari Amerika Syarikat, Elaine Meinel Supkis kononnya mengetahui Anwar adalah agen CIA berasaskan senarai kawan-kawannya di Amerika Syarikat. Dakwaan blogger itu cetek dan tanpa bukti, namun laporan itu disiarkan pada muka depan utusan tanpa sebarang siasatan atas kesahihannya oleh Utusan yang kerap menggelar dirinya sebagai akhbar bertanggungjawab. Sayurgia diingatkan penulis-penulis blog seperti Supkis begitu ramai di Amerika dan Utusan tidak memberikan sebarang maklumat mengenai kredibliti beliau. " Saya terkejut sebab 'agen' CIA pun kena bayar kepada CNN" ujar Tian kepada Tv Selangor. " Itu lah yang menunjukkan Utusan ini mengeluarkan cerita yang terdesak. Kalau semalam dia kata Anwar bayar kepada CNN, hari ini Anwar adalah agen CIA, dan secara logiknya kita nampak Anwar ini merupakan agen CIA pertama terpaksa bayar CNN untuk dapat liputan" tambahnya lagi. Malah tambah Tian, selain digelar sebagai agen CIA, Anwar turut dituduh sebagai agen Yahudi sebelum ini. Namun ironinya, tidak lama kemudian Perdana Menteri, Najib Razak dengan bantuan APCO Worlwide cuba mempengaruhi dunia kononnya Anwar seorang yang bersifat perkauman dan anti Yahudi apabila Anwar mendedahkan kerajaan telah membayar lebih RM70 juta kepada firma berkaitan Zionis itu. Semalam, Utusan memetik dari web konservatif haluan kanan dan penulisnya, Joshua Trevino mendakwa kononnya Anwar terpaksa membiayai program tembual bersama CNN dalam usaha Anwar memulihkan kembali hubungan dengan kelompok Yahudi. Namun apabila diperinci rencana Trevino ini, jelas beliau tidak menuduh Anwar membiayai program temu bual itu tetapi sekadar berkata temu bual itu tidak membabitkan soalan-soalan yang keras untuk Anwar. Dalam keghairahan untuk memusnahkan reputasi Anwar, Utusan nampaknya sanggup menerbitkan semula apa sahaja yang ditulis di alam blogger Amerika Syarikat walaupun ia bercanggah antara satu sama lain. "Sekarang ini dalam masa yang singkat, Utusan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang bercanggah sesama sendiri". " Nampaknya mereka makin terdesak. Mereka pakai lempar sahaja apa-apa yang boleh dengan tujuan untuk mencemarkan imej Anwar sama ada ini boleh dipercayai atau tidak, asalkan mereka serang secara peribadi dengan pelbagai tohmahan dan fitnah" ujar Tian lagi. Tian juga tidak menolak kemungkinan Anwar dikecam hebat oleh Umno dan media kawalannya sebagai taktik menutup dakwaan akhbar New York Times dibayar hampir RM10 juta untuk memuatkan dua iklan memuji isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor ketika lawatan beliau ke Amerika Syarikat sebelum ini. " Kita nampak isu bayar CNN ini seolah-olah cuba untuk menutup cerita Rosmah bayar New York Times RM10 juta untuk untuk mendapatkan iklan memuji dia sebagai wanita pertama Malaysia" ulas Tian. | ||||
Posted: 11 Jul 2010 04:06 PM PDT TV SELANGOR Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong langsung tidak gusar apabila namanya diumumkan antara tiga lagi individu yang bakal disaman. Bercakap kepada Tv Selangor, menurut Dr Tan, sekiranya kes sampai ke mahkamah, maka semakin banyak perkara yang akan terbongkar. " Sila lah. Saya pun sudah cakap banyak bagaimana Najib aturkan satu mesyuarat sulit di pejabat, pada waktu itu sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada masa itu Pengerusi Felda pun tidak tahu, ketua pengarah pun tidak tahu. Kalau betul-betul melalui cara biasa, sesuatu perubahan plan, mesti mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah bukan? ujarnya kepada Tv Selangor. Semalam, media melaporkan Felda bakal menyaman tiga lagi individu dari Parti Keadilan Rakyat berhubung kes penyiaran artikel dari Suara Keadilan berjudul "Felda Bankrap". Mereka ialah Dr Tan, Anggota Majlis Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi Biro Felda PKR, Suhaimi Said. Pada 1 Julai lalu, Felda bertindak menyaman lidah rasmi PKR itu sebanyak RM 200 juta. Dalam pada itu, Dr Tan terus mempersoalkan tindakan kerajaan melabur ratusan ribu ringgit dengan sebuah syarikat di Amerika Syarikat yang menggelarkan diri mereka pakar bio-diesel seperti yang didedahkannya sebelum ini. " Apa kepakaran syarikat Amerika Syarikat dalam bio-diesel yang ada yang kita tidak ada?". " Dari hari pertama sampai sekarang sudah tiga tahun, rugi, rugi, rugi" tambahnya lagi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan