BRIGED MP SEGAMBUT |
- SIAPA YANG BERBOHONG ANTARA HARUSSANI DAN HASSAN ALI?
- BAPA DURJANA:4 ISTERI MASIH ROGOL ANAK DAN RAKAM AKSI
- Tidak Mungkin Bekerjasama, Penyatuan Lagi Mustahil:umno pas
- EZAM:HANYA JIN CARI TUAN? KAH KAH KAH MALU BEB MALU:BACALAH!!1
- DURI DAN RACUN PENINGGALAN UMNO YG TERPAKSA KITA TELAN?
| SIAPA YANG BERBOHONG ANTARA HARUSSANI DAN HASSAN ALI? Posted: 24 Jul 2010 07:45 AM PDT Untuk berlaku adil, saya siarakan sepenuhnya kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang saya copy and paste dari liputan TV Selangor hari ini bertajuk "Dr Hassan Ali nafi bertemu Mufti Perak bincang perpaduan Umno-Pas": Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka.Sebelum itu, dalam berita bertajuk "Saya mufti, takkan saya berbohong - Harussani", Utusan Malaysia 21/7/10 melaporkan: Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai mufti yang menyeru umat Islam supaya sentiasa ke jalan Allah, takkan beliau sanggup berbohong bahawa dirinya pernah didatangi pemimpin Pas dan UMNO untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.Sekarang timbul tanda tanya besar. Dr Hassan kata, pertemuan beliau dengan Harussani diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Harussani pula berkata, beliau pernah didatangi pemimpin PAS dan Umno untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu. Siapa cakap benar? Harussani atau Dr Hassan? Siapa cakap bohong? Dr Hassan atau Harussani? Adakah kenyataan Dr Hassan di atas secara tersirat menyatakan Harussani berbohong? Sekarang zaman IT. Semua komunikasi dapat dilakukan dengan begitu pantas. Mengapa terlalu lambat penjelasan Dr Hassan? Adakah kenyataan itu merupakan idea terbaik beliau dan penyokong-penyokongnya setelah lama berfikir dan "retak kepala" atau memerah otak? Dr Hassan kata pertemuan tersebut adalah untuk meninjau ilmu dan pengalaman Harussani secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Katakan kita percaya kepada dakwaan pakar motivasi itu yang menghakis kepercayaan saya kepada puak-puak motivasi sejak beliau menyertai PAS dan mengetahui lebih banyak tentang dirinya. Katakan Dr Hassan cakap betul. Persoalannya, mengapa Harussani? Apa lebihnya Harussani berbanding Mufti Selangor? Adakah terlalu miskin ilmu dan pengalaman amali Mufti Selangor dalam soal mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu? Jika Dr Hassan benar-benar mahu meninjau ilmu dan pengalaman secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu, adakah beliau juga membuat tinjauan yang sama dari mufti-mufti lain? Tidak kira sebelum atau selepas beliau berjumpa Harussani. Jika Dr Hassan tidak membuat tinjauan yang sama dari mufti-mufti lain, mengapa tinjauan dari Harussani sahaja? Jika beliau meninjau dari Harussani sahaja, sebagai pemimpin PAS, mengapa Dr Hassan memilih Harussani? Adakah beliau terlalu jahil politik dan tidak tahu bahawa Harussani adalah orang yang tidak dialu-alukan oleh sebahagian besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS kerana perbuatannya yang menjadi pak yet terlampau Umno selepas pilihan raya 8/3/08 yang lalu? Banyak lagi yang boleh ditanya. Cukup la yang tu dulu. Cop, cop. Satu ja lagi. Soalan terakhir. Prasangka dan agenda jahat? Orang ja yang berprasangka jahat dan ada agenda jahat? Diri sendiri baik semuanya? Tanpa kaitan dengan cerita Dr Hassan di atas, saya teringat kisah seorang pemimpin yang tak henti-henti berbohong kepada pengikutnya kerana beliau sentiasa yakin bahawa para pengikutnya dan orang ramai juga bodoh dan bangang sepertinya. Dia tak tau orang tak bodoh.menyatukan pahaman disini sila klik sumber | ||
| BAPA DURJANA:4 ISTERI MASIH ROGOL ANAK DAN RAKAM AKSI Posted: 23 Jul 2010 10:19 PM PDT KUALA LIPIS: Dia sudah ada empat isteri, namun seorang kontraktor layak digelar 'bapa setan' apabila tergamak menjadikan anak kandung hasil perkahwinan dengan isteri keduanya sebagai tempat memuaskan nafsu apabila memperkosa mangsa sejak berusia sembilan tahun di Kerambit, dekat sini. Lebih keji, lelaki berusia 49 tahun itu turut merakamkan perbuatan terkutuknya merogol anak yang kini berusia 14 tahun di dalam bilik dengan telefon bimbitnya sebelum menyimpan rakaman berkenaan. Difahamkan, setiap kali melakukan perbuatan kejinya, lelaki terbabit mengugut akan memukul atau mencederakan mangsa jika membongkarkan rahsia selama enam tahun itu kepada ibunya atau sesiapa saja. Bagaimanapun, episod duka mangsa berakhir selepas remaja terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, menceritakan kejadian itu kepada seorang guru wanita di sekolahnya. Terkejut dengan pendedahan itu, guru wanita berkenaan menghantar mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kuala Lipis untuk membuat laporan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk pemeriksaan lanjut. Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, ketika dihubungi semalam, mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu. Menurutnya, hasil pemeriksaan di HKL mengesahkan mangsa dirogol dan sepasukan anggota polis menyerbu rumah suspek sebelum menahan lelaki itu ketika dia berehat di rumahnya, kira-kira jam 2.15 petang kelmarin. Katanya, polis turut merampas telefon bimbit lelaki terbabit yang digunakannya ketika merakamkan perbuatan terkutuk itu sebelum dibawa ke IPD Lipis untuk siasatan lanjut. Abdul Razak berkata, pelajar itu mendakwa kejadian terbaru dia dirogol bapanya berlaku Rabu lalu ketika ibu mangsa tiada di rumah dan perlakuan jijik itu turut dirakam menggunakan telefon bimbit. "Siasatan turut mendapati ibu mangsa mengesyaki sesuatu dan perubahan pada diri anaknya sebelum meminta mangsa menceritakan kejadian sebenar, tetapi dia enggan membongkar kejadian itu kerana bimbang dipukul atau dicederakan ayahnya. "Mangsa anak tunggal isteri kedua lelaki terbabit kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dekat sini, untuk mendapatkan hak penjagaan sehingga selesai menjalani pemeriksaan di HKL," katanya semalam. Menurutnya, pemeriksaan awal polis terhadap telefon bimbit suspek mendapati rakaman beberapa minit itu sama dengan suasana dalam sebuah bilik tidur di rumah lelaki terbabit, namun wajahnya tidak dapat dilihat jelas. Katanya, lelaki terbabit kini direman seminggu di IPD Lipis untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. | ||
| Tidak Mungkin Bekerjasama, Penyatuan Lagi Mustahil:umno pas Posted: 23 Jul 2010 08:42 PM PDT Namun, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib yakin hubungan itu tidak akan membawa kepada kerjasama politik, apatah lagi penyatuan parti. Beliau juga menganggap ia semata-mata gimik politik menjelang pilihan raya dan percaya pelawaan Umno kepada Pas itu, tidak ikhlas. Sejak Umno kalah banyak kerusi termasuk beberapa negeri pada pilihan raya umum lalu, ura-ura kerjasama Pas-Umno disebar intrumen media kawalan kerajaan. Namun, Umno sekalipun berhasrat demikian, tetap ego dan menunjukkan jaguh dengan menyerang Pas dalam beberapa isu berkaitan kepentingan Melayu. Ini termasuk dakwaan kononnya Pas, sebuah parti sesat. "Khilaf antara Umno dengan Pas adalah masalah dasar dan matlamat. Dasar Pas itu isu lain, matlamat dia nak menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang beramal dengan Islam, ini Umno tidak. "Jadi, perbalahan Umno-Pas itu boleh selesai apabila Umno menerima dasar Islam saja," katanya. Bercakap kepada TV Selangor, Harun Taib mengganggap kerjasama Pas-Umno adalah sebahagian permainan politik Umno ketika pilihan raya umum ke-13 mula diperkatakan. "Sekarang ini dekat pilihan raya, Umno sudah tiada dasar cuba bawa dasar 1Malaysia. Jadi tiada jalan lain. Bila dekat pilihan raya, isu ini selalu berlaku. "Tiap-tiap kali bila dekat pilihanraya Umno ajak Pas bersatu. Ini gimik politik yang dibicarakan ahli-ahli politik yang semakin hampir pilihan raya bukan betul-betul jujur dan ikhlas," katanya. Harun Taib juga menolak andaian Setiausaha BN Kelantan,Datul Md Alwi Che Ahmad yang mengaitkan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob sebagai individu yang memulakan usaha penyatuan. Tegas beliau, kerjasama Pas dengan mana-mana parti politik akan terjalin dengan sendiri jika mempraktikkan amalan berteraskan ajaran Islam. "Perpaduan Umno-Pas tidak bergantung kepada individu walaupun siapa yang mengutarakan, Sallahuddin atau siapa. Mesti mendapat persetujuan dari Pas," katanya. | ||
| EZAM:HANYA JIN CARI TUAN? KAH KAH KAH MALU BEB MALU:BACALAH!!1 Posted: 23 Jul 2010 05:08 PM PDT Selepas mengangkat sumpah sebagai senator pada 3 Mei lalu, bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor kini dilihat diberikan tanggungjawab lebih besar di barisan depan dalam kempen menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Dengan kelebihan sebagai bekas 'ayam tambatan' Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang dilihat masih mempunyai pengaruh dalam sayap Pemuda PKR - dan kemahiran pidatonya, Ezam dilihat lebih berkemampuan mengasak pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sehubungan itu, difahamkan, beliau kini diberikan kepercayaan oleh kepimpinan Umno pusat untuk dilantik sebagai senator, seterusnya diberikan lebih banyak tugas di Selangor - antara negeri terkaya di Malaysia. Tambahan lagi, usaha BN 'menyerang' negeri itu melalui perlbagai cara dan isu - termasuklah isu pembinaan ladang babi di Sepang, pengawalan jualan arak, hubungan PAS-DAP dan isu gambar intim exco Elizabeth Wong - sepanjang dua tahun ini belum mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Dalam masa yang sama 'persaingan' antara dua teraju Umno negeri - timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Seri Noh Omar dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo - dilihat membantutkan lagi usaha tersebut. Justeru, kemasukan Ezam dilihat sebagai penyelamat dan bakal menjadi 'pasukan ketiga' di antara kedua-dua pemimpin berpengaruh dalam Umno Selangor itu. Difahamkan Ezam dibawa masuk ke pentadbiran perhubungan Umno negeri pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Noh melalui penubuhan badan baru, dinamakan Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) baru-baru ini. Gandingan lama, MP bebas turut serta Kesemua program 'Selamatkan Selangor' dirancang dan dilaksanakan melalui sekretariat ini, di mana Ezam difahamkan diberikan peranan besar dalam merancang strategi ke arah usaha itu. Walaupun masih belum jelas jawatan sebenarnya, tetapi Ezam dilihat mempunyai pengaruh besar dalam sekretariat itu. Ini dibuktikan dengan penyertaan beberapa gandingan lamanya dalam PKR, iaitu Exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam, Zahid Mat Arip - kedua-duanya bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) - dalam kempen itu. Difahamkan juga sepanjang 19 siri ceramah kecil - dengan sasaran 500 orang - beberapa bekas ahli parlimen Pakatan yang melompat parti seperti Datuk Seri Zahrain Mohammed Hashim(Bayan Baru) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) akan terlibat. Bagaimanapun difahamkan Dr Mohd Khir tidak terlibat berceramah dalam program fasa pertama ini - tindakan yang memarakkan lagi desas-desus masalah 'persaingannya' dengan Noh. Bagaimanapun, beberapa pemimpun muda PKR terus menafikan kemampuan Ezam sebagai 'bos' lama mereka. "Kita lihat bagaimana hasilnya di Selangor. Beliau (Ezam) tiada kewibawaan di mata awam sama sekali, politiknya old school (gaya lama)," kata ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad sambil menggesa Ezam bertanding di dalam pilihan raya bagi membuktikan kemampuan sebenarnya. Malah, Nik Nazmi - yang mengaku pernah menjadi aktivis Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK), NGO yang ditubuhkan Ezam - berpendapat Najib merupakan pelindung sebenar bagi Ezam. "Ezam perlukan seseorang untuk lindunginya. Macam jin cari tuan. Kita kenal dia cukup lama. "Kalau dia berani, biarkan dia bertanding (dalam pilihan raya)," katanya kepada Malaysiakini | ||
| DURI DAN RACUN PENINGGALAN UMNO YG TERPAKSA KITA TELAN? Posted: 23 Jul 2010 10:05 AM PDT Selangor ambil alih projek terbengkalai Umno
|
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan