Jumaat, 9 Julai 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


BONGKAR PENYELEWENGAN PEMIMPIN UMNO:ADUN SRI MUDA DISIASAT SPRM?

Posted: 09 Jul 2010 12:04 AM PDT

SHAH ALAM 7 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Suhaimi Shafiei menyifatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah didalangi agenda politik Umno-Barisan Nasional yang semakin panas punggung ekoran usaha tegas kerajaan negeri membanteras aktiviti dan penyelewengan pengeluaran pasir oleh pihak terbabit sejak lebih 20 tahun dahulu.
Ketika di hubungi Suara Keadilan, Suhaimi berkata arahan siasatan SPRM terhadapnya dikeluarkan tidak sampai 48 jam selepas beliau membuat kenyataan media untuk menbongkar salah guna kuasa dan penyelewangan oleh beberapa individu yang memegang jawatan kanan dalam Umno-BN di Selangor berhubung permohonan tanah di sekitar Shah Alam.
"Perang saraf ini bertepatan dengan usaha propaganda awal yang mengatakan saya adalah salah seorang ADUN KEADILAN yang akan meletakkan jawatan dalam Dewan Undangan Selangor. Apa yang berlaku mengesahkan adanya arahan daripada pihak tertentu agar memberi tekanan kepada saya supaya terperangkap dengan permainan politik mereka, yang telah menetapkan sasaran agar dapat membeli tiga lagi ADUN KEADILAN sebelum penghujung tahun ini.
baca lanjut disini

Video Lucah : Luna Maya & Cut Tari Mohon Maaf

Posted: 08 Jul 2010 06:48 PM PDT

Video Lucah : Luna Maya & Cut Tari Mohon Maaf
DUA aktres yang disyaki terlibat dengan video lucah Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham iaitu Luna Maya dan Cut Tari akhirnya memohon maaf.
Namun mereka masih belum mengaku bahawa terlibat melakukan adegan biadab itu.
Sambil tersenyum, Luna tampil memberi pernyataan maaf dengan nada suara yang tersekat-sekat setelah tidak selesa dengan berita ke atas dirinya selama ini.
"Saya juga ingin minta maaf pada keluarga saya yang mungkin...emh...ya intinya (kandungannya) saya benar-benar minta maaf pada semua...Jadi...emmm mudah-mudahan...," kata Luna tanpa menjelaskan secara terus maksud kata-katanya itu.
Luna tidak mengiya mahupun menafikan bahawa dirinya merupakan bintang video porno tersebut.
Sementara Cut Tari juga mengaku resah dengan berita yang dilaporkan tentang dirinya lantas memohon maaf. Bekas pengacara Insert itu bercakap sambil mengalirkan air mata.
"Assalamualaikum kepada Presiden Indonesia, Ketua Polis Indonesia, tokoh agama dan masyarakat, atas nama sendiri dan keluarga saya mohon berbanyak maaf atas pemberitaan baru-baru ini yang menimbulkan keresahan," kata Cut Tari disamping suaminya, Johanes Yusuf Subrata.
Sama seperti Luna, Cut Tari tidak membuat pengakuan berhubung wanita yang berada dalam video itu. Peguam Cut Tari iaitu Hotman Paris Hutapea juga menegaskan anak guamnya tidak terlibat dalam video tersebut.
"Saya ingin menegaskan bahawa pernyataan maaf tersebut bukan berkait dengan penyebaran video dan dia (Cut Tari) tidak tahu tentang video tersebut," kata Hotman.

exco pahang:Mengapa RM300,000 Tidak Disimpan Di Bank?

Posted: 08 Jul 2010 05:47 PM PDT

Bagaimana, mengapa dan untuk apa? Itu persoalan Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan berhubung penemuan RM300,000 di rumah Exco Pahang yang ditemui sekumpulan perompak 5 Julai lalu.

Azan Ismail mempersoalkan bagaimana seorang exco BN mampu mengumpulkan wang sebegitu banyak, untuk apa wang itu akan digunakan dan mengapa ia tidak disimpan dalam peti simpanan bank.

Akhbar The Star 6 Julai lalu melaporkan tindakan pantas polis menembak mati empat penjenayah yang memecah masuk rumah Datuk Wan Adnan Wan Mamat di Jalan Teluk Sisek, Kuantan.

"Saya hendak rujuk pada satu laporan akhbar The Star pada 6 Julai 2010 di mana melaporkan tindakan pantas pihak polis berjaya menembak suspek atau pun yang diklasifikasikan sebagai perompak di dalam satu kejadian pecah rumah di Kuantan yang melibatkan salah seorang Exco kerajaan negeri di dalam bidang sukan dan belia.

"Tetapi dalam berita ini menyiarkan bahawa perompak telah melarikan RM300 ribu wang tunai daripada kediaman beliau dan perkara ini telah menimbulkan banyak persoalan bagaimana Exco seorang kerajaan negeri boleh menyimpan begitu banyak tunai di dalam simpanan," katanya.

Beliau berkata adalah menjadi perkara luar jangkaan apabila seorang Exco berani menyimpan wang yang begitu banyak di kediamannya memandangkan ia boleh menimbulkan pelbagai sangkaan.

"Hari ini begitu banyak berita berkenaan simpanan tunai yang berkaitan kerajaan beberapa isu kita dengar di Pulau Pinang dan sebagainya yang melibatkan kakitangan kerajaan ataupun orang yang diberi amanah oleh kerajaan sebagai pentadbir termasuk Exco.

"Kita minta pihak berkuasa menyiasat adakah kebenaran laporan akhbar ini bagaimana seorang Exco kerajaan negeri boleh menyimpan begitu banyak tunai di dalam kediamannya yang menjadikan kes ini kes rompakan dengan kesudahan empat orang ditembak mati oleh pihak polis yang juga menimbulkan banyak isu yang mana lima tahun kebelakangan ini banyak kes-kes tembakan yang menyebabkan berlaku kematian kepada suspek atau juga orang-orang yang di anggap penjenayah," katanya

PKR PARTI PEMBOHONG?

Posted: 07 Jul 2010 11:46 PM PDT

Sebelum ini dah banyak cerita pembohongan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah kerana itu juga Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim menggelar Ketua Pembangkang itu sebagai 'Ketua Pembohong'.
Peliknya, bukan sahaja Anwar mereka-reka cerita bohong terutama pasal Pelan 16 September tetapi orang lain yang rapat dengannya juga diminta berbohong.
Semuanya gara-gara ingin menumbangkan kerajaan serta memalukan pemimpin Barisan Nasional (BN);
Hal ini diakui sendiri Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Noordin ketika beliau membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat, Rabu.
Bekas pemimpin PKR itu mendakwa bahawa beliau disuruh melakukan bermacam pembohongan ketika bersama pembangkang dalam strategi menumbangkan kerajaan BN.
"Saya terpaksa akui sememangnya itu strategi, dan saya sendiri pernah terlibat," katanya menjawab pertanyaan ahli parlimen BN Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan sama ada tindakan pembangkang menyerang kehakiman, polis, istana dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan merupakan strategi pembangkang bagi melumpuhkan kerajaan BN.
"Memang mana-mana pembangkang pun tugasnya nak jatuhkan kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Cara itu yang tak kena, yang kita persoal ialah etika. Takkan sampai kita hancurkan nama orang, rosakkan peribadi orang.
"Saya akui memang itu disuruh tetapi akhirnya kita sedar, benda ini tak betul dan perlu diperbetulkan sebab yang nak jawab depan Allah. Saya akui memang itu strategi sebenarnya," tambahnya.
Zulkifli sebelum itu berkata, beliau disuruh menggunakan strategi tersebut sejak zaman reformasi pada tahun 1998.
"Contoh, saya buat cerita mengenai kena racun arsenik. Saya antara orang terdepan yang bawa isu arsenik," katanya merujuk kepada dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi racun tersebut semasa dalam tahanan ketika itu.
Menyentuh mengenai pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah, Zulkifli menegaskan tidak guna parlimen membentang atau meluluskan rang undang-undang sekiranya pihak mahkamah sendiri tidak mempertahankan integritinya.
Katanya, institusi berkenaan kena mempertahankan kewibawaan masing-masing sama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis dan sebagainya.
"Kita di Parlimen beri kuasa kepada banyak badan berkenaan tetapi ada kes setiausaha politik kepada menteri yang ditahan kerana kes rasuah ada 48 peti besi tetapi tiada tindakan. Ini menimbulkan persepsi kepada rakyat ada 'double standard' dalam sesuatu tindakan dan integriti badan berkenaan akan dipertikai," katanya.
Menurut Zulkifli, parlimen boleh beri sebanyak mana kuasa kepada badan-badan tertentu tetapi jika pihak berkenaan gagal mempertahan integriti mereka sendri, pindaan rang undang-undang tidak membawa makna.
"Badan-badan yang diberikan kuasa dan mandat ini perlu menjaga integitri disamping melaksanakan kuasa diberikan secara adil telus dan bebas," katanya.
Katanya, tindakan perlu diambil tanpa mengira siapa terlibat bagi mengelak persepsi kepada rakyat kononnya ada pilih kasih dalam kes-kes tertentu.
Beliau turut menyentuh prosiding penggunaan bahasa Malaysia di mahkamah yang tidak diberikan penegasan jelas sedangkan dalam Perlembagaan jelas mengenai keutamaan bahasa Malaysia sebagai bahsa kebangsaan.- 7/7/2010

MAKWEKU SADIS DAN KEJAM

Posted: 07 Jul 2010 08:45 PM PDT

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang lelaki memutuskan hubungan dengan kekasih kerana mahu berkahwin dengan gadis lain mengundang padah apabila dia dibelasah bekas teman wanitanya sehingga cedera parah dan patah kaki kanan.
Difahamkan, wanita berusia 40-an itu membuat perancangan rapi untuk membelasah lelaki terbabit dengan berpura-pura mengajaknya ke rumahnya di sebuah pangsapuri di Jalan Masjid India di sini, kononnya bagi berbincang dan pada masa sama membayar hutang mangsa.

Sumber Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam Isnin lalu, mangsa ke rumah bekas teman wanitanya itu selepas menerima panggilan telefon daripada wanita berkenaan.

Menurutnya, wanita terbabit yang tidak bekerja memberi alasan mahu memulangkan semua hutang yang dipinjamnya daripada bekas teman lelakinya yang berusia 38 tahun sejak mereka mula berkenalan lapan tahun lalu.
"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa berjanji datang ke rumah wanita terbabit selepas waktu kerja.

"Sebaik masuk ke rumah, lelaki itu tergamam apabila wanita berkenaan mengajukan pelbagai soalan mengapa dia sudah lama tidak menghubunginya," katanya.

Menurutnya, mangsa yang tidak dapat menjawab soalan itu berjanji akan menghubungi wanita terbabit lebih kerap selepas ini
Namun, secara tiba-tiba, wanita terbabit mengambil dua batang kayu panjang yang disembunyikan di bawah katil dalam biliknya sebelum memukul tubuh, tangan dan kedua-dua kaki lelaki itu sekuat hati. Wanita itu kemudian merampas telefon bimbit, wang tunai RM450 dan jam tangan yang dipakai mangsa sebelum melarikan diri.

"Mangsa cuba menghalang, namun gagal akibat kakinya patah dan tidak dapat bergerak. Bagaimanapun, mangsa akhirnya dapat menghubungi rakannya untuk meminta bantuan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh, untuk rawatan

"Mangsa disahkan patah kaki kanan selain lebam di kaki kiri, lengan dan muka akibat dipukul dengan kayu. Pada masa sama, mangsa turut membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Dang Wangi," katanya.

Katanya, mangsa berkenalan dengan wanita terbabit sejak 2003 sebelum kekasihnya itu meminjam wang daripada mangsa membabitkan jumlah keseluruhan RM25,000.

"Malah mangsa yang bekerja di sebuah kedai emas pernah menggadaikan barang berharga dimiliki semata-mata untuk diberikan kepada wanita berkenaan.

"Bagaimanapun, mangsa akhirnya menyedari sikap buruk teman wanitanya itu yang hanya berniat mengikis wang dan harta miliknya sebelum mengambil keputusan memutuskan hubungan cinta mereka. Malah mangsa dikatakan tidak tahan apabila pergerakannya turut dikawal dan dikongkong wanita terbabit," katanya.

Menurutnya, mangsa tidak lama kemudian bertemu gadis lain yang dianggap lebih baik sebelum mengambil keputusan berkahwin pada Mei lalu.

"Polis sedang memburu wanita tempatan berkenaan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan cedera parah dengan senjata," katanya.

Tiada ulasan: