Isnin, 5 Julai 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


ANWAR AKUI NURUL IZZAH PEWARISNYA

Posted: 05 Jul 2010 01:53 AM PDT

Jenaka bakal mengundang malapetaka?  Demikianlah keadaan yang menimpa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim apabila beliau secara bergurau mendakwa anak perempuan sulungnya, Nurul Izzah sebagai pewaris dirinya, ketika menjawab soalan sama ada Zaid Ibrahim bakal pewarisnya.
Anwar Ibrahim yang diasak dengan soalan sama ada Zaid Ibrahim "anak emas", malah "bakal pewaris kepada Dato Seri (Anwar Ibrahim)" dalam satu sidang media di parlimen pada 29 Jun 2010, secara bergurau membalas, "Pewaris saya?  Pewaris saya Nurul Izzah."  Jawapannya mencungkil gelak daripada pemimpin dan wartawan lain yang turut hadir dalam sidang media tersebut.
Bagaimanapun, "jenaka" sedemikian tidak ditampilkan sebagai "jenaka" dalam laporan Sinchew Daily, akhbar bahasa Cina yang terlaris di Malaysia pada keesokannya (30 Jun 2010).  Pada muka surat ketujuh, laporan berita ini dibubuhkan tajuk, Anwar Nafi serah tampuk kepada Zaid "Nurul Izzah pewaris saya".
Penampilan sedemikian mungkin memberi persepsi amalan "nepotisme" dalam PKR, lebih-lebih lagi apabila kandungan laporan tersebut tidak menyebut bahawa kenyataan Anwar "Pewaris saya Nurul Izzah" itu diungkapkan dalam konteks "berjenaka".
Persepsi ini diperkukuhkan, apabila Chief Leader Writer Sinchew Daily, Lo Jeng Wung melontarkan kritikan terhadap PKR dan Anwar Ibrahim, berdasarkan laporan tersebut.
"Penasihat PKR Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau akan mewariskan kuasanya kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan, Zaid Ibrahim, malah menyatakan bahawa anak perempuan sulungnya, Nurul Izzah adalah pewarisnya.  Ini menunjukkan pergelutan kuasa parti ini telah sampai ke tahap di mana pemimpinnya perlu menyatakan apa yang terpendam dalam hati secara terus."
Lo Jeng Wung bertambah, "Akhirnya, kayu ukur antara baik dengan jahat dalam parti ditentukan mengikut kesukaan seseorang, atau kepatuhan seseorang terhadapnya.  Demokrasi dalam PKR semakin menyusut, semakin menyerupai 'Kelab Sahabat Anwar'."
Analisa Lo Jeng Wung tentang pergelutan kuasa PKR ini disiarkan dalam ruang kolumnya pada hari ini, mengulas apa yang tersirat di sebalik perkembangan baru-baru ini dari kaca matanya.
Pada bulan Jun lalu, PKR telah melakukan rombakan yang memperlihatkan bagaimana Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dilucutkan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor, dan digantikan oleh Azmin Ali.  Di samping itu, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim pula dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

HARUSSANI:TANGGALKAN BAJU MUFTI TERJUNLAH POLITIK

Posted: 04 Jul 2010 10:20 PM PDT

IPOH, 5 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak amat kesal dengan tindakan Mufti kerajaan negeri, Tan Sri Harussani Zakaria yang dilihat lebih cenderung berpolitik kepartian dan menggalakkan pergaduhan.
Setiausahanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, pihaknya mendapat aduan yang amat serius bahawa kuliah khas yang disampaikan mufti itu bertajuk "Perpecahan Ummah dan Peranan Kita" pada perjumpaan dengan pelajar Melayu Malaysia di Islamic Dakwah Centre of South Australia pada 9 Jun lalu jelas mengadu-domba.
Katanya, bagi Pemuda PAS negeri, ia tidak sepatutnya berlaku yang mana seluruh rakyat menghormati tinggi peranan sebagai seorang mufti tetapi sebaliknya.
Beliau menyatakan demikian di dalam surat bertarikh hari ini kepada Harussani berhubung perkara itu.
Berikut ialah kandungan surat berkenaan.
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berasa amat kesal terhadap tindakan Y.Bhg. Tan Sri yang dilihat lebih cenderung berpolitik kepartian dan menggalakkan pergaduhan yang bersifat perkauman.
Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri, pihak kami mendapat aduan yang amat serius kuliah khas Y.Bhg. Tan Sri di sana (Australia) yang bertajuk "Perpecahan Ummah dan peranan kita" jelas mengadu-domba dan tidak sepatutnya berlaku yang mana seluruh rakyat menghormati tinggi peranan sebagai seorang Mufti tetapi sebaliknya.
Di dalam penjelasan isu krisis Negeri Perak juga di lihat Y.Bhg. Tan Sri telah berbohong dengan fakta-fakta yang mengelirukan. Usaha Y.Bhg. Tan Sri kononnya untuk menyatupadukan bangsa Melayu bukannya tiket untuk Y.Bhg. Tan Sri menghukum bangsa lain daripada umat Islam. Sepatutnya sebagai seorang Mufti, peranan besar Y.Bhg. Tan Sri adalah menjelaskan kedudukan sebenar Agama Islam kepada bukan Islam tetapi sebaliknya berlaku.
Kami ingin menasihatkan agar Y.Bhg. Tan Sri agar menghormati seluruh rakyat yang ada di dalam Negara kita sepertimana termaktud di dalam Perlembagaan Negara. Jika Perlembagaan Negara pun Y.Bhg. Tan Sri tidak dapat menerimanya, bagaimana pula dengan perintah yang telah Al-Quran nyatakan. Usaha Y.Bhg. Tan Sri bukan membaiki hubungan dengan semua pihak tetapi merobohkan hubungan yang telah lama terjalin selama ini.
Dengan laporan dan rakaman yang kami perolehi jelas, Y.Bhg.Tan Sri cuba bermain politik sempit ala perkauman dan terpesong jauh dari amanah oleh Tuanku Sultan Perak dalam menyampaikan ilmu dan penerangan akan kebaikan Islam itu sendiri. Sebagai yang diamanahkan juga, kami berharap Y.Bhg. Tan Sri memohon maaf kepada rakyat Perak atas keterlajuran Y.Bhg.Tan Sri dalam isu ini. Kami juga mengalu-alukan Y.Bhg. Tan Sri untuk bersama-sama duduk dalam pentas politik sekiranya Y.Bhg. Tan Sri benar-benar ingin bermain politik.
Adalah menjadi harapan kami agar Y.Bhg. Tan Sri sedar akan kesilapan yang telah Y.Bhg. Tan Sri nyatakan. Kami juga bersedia bertemu sekali lagi dengan Y.Bhg. Tan Sri bagi menjelaskan kedudukan sebenar akan apa perkara yang telah dibangkitkan oleh Y.Bhg. Tan Sri selama ini dan kami melihat banyak fakta yang dikemukan oleh Y.Bhg. Tan Sri tidak tepat.

GAMBAR ZAID DAN RAJA PETRA KAMARUDDIN YG JADI ISU:TENGOKLAH

Posted: 04 Jul 2010 04:30 PM PDT

BUKAN TANGGUNG JAWAB TAPI BUDI MEH TENGOK!!!?

Posted: 04 Jul 2010 11:24 AM PDT

Semua Kementerian Perlu Jelaskan Kepada Rakyat Nilai Subsidi Kerajaan
PULAU PINANG: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mencadangkan semua kementerian memberi penerangan yang jelas kepada orang ramai berhubung nilai subsidi dan kemudahan yangdisediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui kementerian terbabit kepada rakyat.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, tindakan itu bagi menyedarkanrakyat bahawa kerajaan BN prihatin dan telah membelanjakan begitu banyak wanguntuk kesejahteraan rakyat.
"Jika rakyat tidak sedar tentang subsidi yang kerajaan sediakan akan jadilah seperti di Pulau Pinang di mana apabila kerajaan negeri hanya memberi RM100 setahun kepada warga emas, perkara itu disentiasa disebut-sebut oleh rakyat.
"Tetapi apa yang diberi oleh kerajaan pusat tidak disedari dan dihargai rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Balik Pulau di sini, hari ini.
Katanya, jika dihitung, pemberian subsidi dan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada setiap individu bernilai beribu-ribu ringgit setahun.
Bagaimanapun, katanya, terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak berterima kasih dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan. - BERNAMA

Pemuda MCA buat laporan polis terhadap Perkasa

Posted: 04 Jul 2010 10:22 AM PDT


July 04, 2010
KUALA LUMPUR, 4 Julai – Pergerakan Pemuda MCA hari ini membuat laporan polis berhubung penyiaran berita muka depan akhbar terbitan Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Suara Perkasa yang mahu kerajaan menahan Ketua Pemuda MCA Dr Wee Ka Siong di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Laporan polis itu dibuat oleh kira-kira 22 Pemuda MCA Wilayah Persekutuan dan Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD) di sini kira-kira pukul 3 petang tadi.
Ketua Pemuda MCA Selangor Dr Kow Cheong Wei mendakwa isi kandungan akhbar yang disiarkan pada Khamis lepas itu adakah satu pernyataan serta kritikan  yang keterlaluan.
"Kami harap Kementerian Dalam Negeri menarik balik lesen penerbitan Perkasa," katanya kepada pemberita di IPD berkenaan. – Bernama

Najib: tsunami politik kedua

Posted: 04 Jul 2010 09:19 AM PDT

PEKAN, 4 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggariskan empat faktor penting yang mempengaruhi sikap dan keperluan rakyat terhadap parti Umno sebagai parti yang boleh membela nasib mereka.
Beliau berkata, faktor pertama adalah sama ada rakyat berpuas hati dengan kepimpinan di peringkat nasional, negeri, bahagian dan cawangan tentang sesuatu program yang dilakukan.
Najib, yang juga Presiden Umno berkata pelaksanaan dasar dan sesuatu keputusan yang diambil itu akan dilihat oleh rakyat sebagai ukuran bagi meningkatkan khidmat kepada masyarakat.
"Faktor kedua pula adalah bagaimana kepimpinan negeri menguruskan soal permohonan tanah, sama ada tanah yang mahu diterokai, soal perumahan dan perkara tertentu," kata beliau dipetik Bernama merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan di sini hari ini.
Najib berkata faktor ketiga pula melibatkan penilaian masyarakat terhadap pengurusan kepimpinan peringkat akar umbi, cawangan dan bahagian dan rakyat mendapat kepuasan seperti mana penilaian yang dibuat di peringkat nasional.
"Faktor terakhir adalah peranan wakil rakyat yang dipilih melalui pengundian pada pilihan raya umum lalu sama ada mereka disenangi pengundi itu sendiri atau sebaliknya," katanya.
Menurutnya tsunami politik akan berlaku sekiranya faktor-faktor berkenaan menjadi faktor negatif di mana rakyat tidak menyenangi dengan kepimpinan di peringkat nasional, negeri, parti dan wakil rakyat itu sendiri.
"Justeru, saya menyeru semua pemimpin parti tidak kira di peringkat akar umbi mahupun bahagian harus melaksanakan tanggungjawab mereka demi kepentingan rakyat," katanya.
Beliau juga meminta semua cawangan dan bahagian mempermudahkan urusan pendaftaran ahli baru yang ingin menyertai Umno bagi menunjukkan peranan parti yang sedia membantu dan bersikap terbuka dalam apa jua perkara melibatkan soal rakyat.
Katanya soal pendaftaran ahli tidak boleh dibuat secara bermusim sebaliknya ia perlu dilakukan secara berterusan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh menarik minat untuk menyertai parti itu.
Dalam pada itu, mesyuarat itu juga mengusulkan usul tergempar apabila menyokong kepimpinan Perdana Menteri yang membuat keputusan tidak meluluskan lesen pertaruhan sukan sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia.
Usul yang dibawa oleh Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Pekan, Mohd Arippin Daud itu menyatakan mereka tetap mempertahankan keputusan Perdana Menteri walaupun terdapat pihak tertentu yang mendesak supaya meluluskan lesen tersebut

50 AHLI MIC KECOH DI HIMPUNAN GAS?

Posted: 04 Jul 2010 07:58 AM PDT

Kira-kira 600 orang menyertai perhimpunan kedua anjuran Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) di Dewan Hamza di Klang dalam kempen mendesak presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu S meletak jawatan.
Bagaimanapun, kira-kira 50 ahli MIC Klang turut hadir. Dan seperti yang diduga berlaku jerit menjerit antara mereka dengan penyokong GAS, setengah jam selepas perhimpunan itu bermula pada jam 2 petang.
Semalam, seorang pemimpin MIC berkata satu protes yang akan disertai 5,000 penyokong MIC, akan diadakan untuk melawan perhimpunan GAS itu.
Ketika para pegawai polis memujuk penyokong MIC itu beredar, kira-kira 30 anggota polis menutup semua pintu masuk ke dewan tersebut.
Pada mulanya, penyokong MIC itu enggan beredar, sambil berkata: "Jika kami beredar, semua orang mesti pergi!".
Mereka juga tidak mahu sesiapapun berucap mengkritik Samy Vellu.
Ketika ketegangan semakin meningkat, dan penyokong GAS pula melaung kepada polis supaya menghalau atau menangkap penyokong MIC, kelihatan anggota polis mengiringi beberapa penyokong dan pemimpin mereka keluar dari dewan.
Bagaimanapun, ada juga antara mereka yang masih berada di situ untuk memerhati perjalanan perhimpunan tersebut.
Sementara itu, dalam ucapannya, bekas pemimpin MIC Petaling Jaya, V Subramaniam - atau lebih popular dengan panggilan Bharat Maniam -mengucap terima kasih kepada pihak polis kerana melindungi peserta perhimpunan tersebut.
Pemimpin GAS lain yang turut berucap ialah KP Samy, V Mugan yang mengetuai hadiran melaung mendesak Samy Vellu berundur, bekas pemimpin Hindraf yang kini menyertai PKR V Ganabatirau dan ahli perniagaan OMS Thiagarajan.

DASAR BINAL:ARIEL LUNA MAYA BERPELUKAN LAGI

Posted: 03 Jul 2010 10:50 PM PDT

Gambar
Ariel & Luna (dok.detikhot)
Baru-baru ini beredar foto saat Luna Maya Jakarta Baru-baru ini beredar foto saat Luna Maya menjenguk Ariel di Bareskrim, Mabes Polri, Jalan Trunojoyo, Jakarta. Melepas rindu, pasangan itu pun terlihat bermesraan.

Foto tersebut diduga diambil pada Senin (28/6/2010). Saat itu, Luna menemui Ariel setelah enam hari berpisah.

Di foto tersebut, Ariel yang mengenakan kaus lengan panjang hitam, terlihat memangku sang kekasih dan memeluknya. Sambil merangkul Ariel, Luna yang mengenakan pasmina merah tampak memperlihatkan sesuatu di telepon genggamnya.

Pada pemberitaan sebelumnya, Capung, produser album Peterpan, mengakui kalau Luna memang bertemu Ariel. Di akun Twitter pribadinya, Capung mengungkapkan kalau pasangan itu memang berpelukan saat berada di Bareskrim.

"Oh ya, mereka berpelukan di dalam, :) sangat menyenangkan melihatnya," tulisnya.

Sampai saat ini belum bisa dipastikan keaslian foto tersebut? Namun, di hari yang sama, Luna memang terlihat mengenakan pasmina merah saat keluar dari Bareskrim.(hkm/hkm)

Tiada ulasan: