. |
| Posted: 01 Jul 2010 08:57 AM PDT Ada Menteri Ubah Minit dan Tambah Nilai Tander? PAGI tadi saya cadang nak 'zoo negara', bukan zoo tetapi Parlimen. Malamnya sudah janji dengan sdr Kamal Amir Kamal Hijaz, bekas ahli jawatnkuasa Biro Antarabangsa Pemuda Umno dan pernah membantu Encik Ibrahim Ali dalam pilihan raya umum lalu di parlimen Pasir Mas. Kamal sanggup turun dari Kuala Lumpur semata-mata untuk berkempen menjamin kemenangan calon berkenaan. Bagaimana pun janji untuk jumpa Kamal Amir hari ini terbatal apabila ada hal lebih 'auliayat' iaini berjumpa dengan seorang kawan lama. Bukan itu saja kerana ada hajat beradat, maka saya terpaksa ke rumahnya bersama isteri. Kamal pula beriya hendak jumpa, mungkin nak bagi naskah percuma buku barunya - profile perjuangan Tengku Razaleigh Hamzah. Saya juga tidak sabar untuk membacanya. Apakah pemikiran dan isu yang menjadi fokus penulis kental dan tebal dengan jiwa Melayu ini menerusi buku itu. Jumpa kawan lama tadi hajatnya sekejap saja. Selepas menyampai segala hajat mahu minta diri dan akan cuba berlari ke Parlimen. Mudah-mudahan Kamal Amir sabar menunggu. Lagipun menjelang jam 11:00 pagi dalam telefon masuk satau SMS memberi tahu yang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan hendak mengadakan sidang akhbar di parlimen jam 3:00 petang. Disebut dalam SMS itu Ahmad Maslan akan mengumumkan mengenai hasrat Felda nak saman lidah rasmi parti PKR, Suara Keadilan ekoran akhbar berkenaan menuduh Felda bankrup. Berita mengenai pengumuman Ahmad itu telah pun keluar di beberapa portal dan blog, di mana menurut Ahmad, Felda saman Suara Keadilan dan menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM200 juta. Wau banyak tu... Mungkin bagi peneroka di Hulu Terengganu ataupun Hulu Pahang, atau Serting Negeri Sembilan merasa gembira mendengar kenyataan Ahmad Maslan itu. Betapa tidak dalam kepala mereka Felda secara atas angin akan menambahkan asetnya sebanyak RM200 juta. Sedikit sebanyak mungkin mereka mengira, wang itu nanti akan menimbus rizab tunai Felda yang dikatakan susut itu? Biasalah bila lama tak jumpa panjanglah sembang dengan kawan lama tadi. Sebenarnya perkara utama yang hendak dibincangkan tidak sampai pun 10 minit. Tetapi kerana perbualan lain-lain topik dan sub topik memakan masa lebih tiga jam. Kawan ini seorang ahli perniagaan yang aktif hingga ke peringkat antarabangsa. Dia juga sebagai seorang pemerhati politik. Dia berkawan dengan semua orang, khasnya tokoh-tokoh Umno termasuk beberapa menteri. Jadi banyaklah kepincangan dan penyelewengan yang diketahuinya yang sesetengahnya tidak sampai hati nak disebutkan. Dari hal mengenai kedudukan kewangan negara yang semakin susut dan menipis sampailah kepada perkara-perkara yang jelek untuk diceritakan. Menurut kawan ini disebabkan berleluasanya rasuah, penyalahgunakan kuasa, menyebabkan negara boleh bankrup. Nasib malang negara ini bukan kerana gimik atau sengaja nak menakut-nakutkan rakyat membolehkan kerajaan mengurangkan subsidi, tetapi menurutnya memang ia satu yang akan menjadi realiti. Malahan dari nada cakapnya dia optimis negara ini akan bankrup. Beliau lantas memberi contoh dengan apa yang berlaku dalam Felda yang menjadi isu hangat hari ini. Beliau yang juga bekas pegawai Felda tahu benar mengenai salah urus dan tadbir dalam Felda menyebabkan berlaku penyusutan rezeb tunai Felda. "Apa yang dibangkitkan oleh Suara Keadilan itu benar, duit Felda sudah habis," ujarnya. Kawan itu memberi satu dua contoh bagaimana dua projek Felda yang tidak menguntungkan tetapi dijalankan juga kerana untuk membantu kroni. Satu katanya pembinaan hotel di Bangi di mana bagi kepentingan Felda pembinaan ini langsung tidak ada apa-apa keuntungan. Untuk apa Felda membina hotel, soal beliau marah. Tetapi katanya kerana atas permintaan Pengerusi Felda, Yusuf Noor kerana inginkan bangunan tertinggi di Bangi berdekatan kediamannya maka pembinaan itu diluluskan. "Untuk apa hotel berkenaan. Pada saya lebih baik ia dibina sekolah Tahfiz Agama untuk anak-anak peneroka," katanya. Satu lagi projek yang menghabiskan wang institusi itu ialah pembelian ladang lembu di Australia bernilai RM600 juta. Peneroka mungkin seronok bila dibertahu Felda menceburi perniagaan di peringkat antarabangsa. Tetapi mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Mengenai projek ladang lembu ini katanya apa membingungkan Felda telah mengeluarkan wang sebanyak RM600 juta, tetapi saham pemilikkan ladan itu bagi Felda hanya 19 persen sahaja. Ini perniagaan bodoh katanya. Ke mana perginya 81 persen lagi walahualam. Katanya dia memilik dokumen berhubung permbelian ladang berkenaan. Tamat cerita Felda yang katanya masih banyak yang belum dibongkar, timbul pula cerita bagaiaman seorang menteri yang dipercayai amanah, mempunyai integriti tetapi ikut sama terpalut dalam penyelewengan dan penyalah gunaan kuasa. Apa yang diceritakan ini dialami sendiri kawan ini. Beliau telah menghantar satu proposal kepada menteri berkenaan untuk memajukan aset milik agensi dibawah pengawasannya. Menteri sebelum ini sudah pun mencadangkan supaya aset berkenaan dibangunkan dan proposal beliau itu diterima. Secara prinsipnya projek itu sudahpun dipersetujui. Kerana berlaku pertukaran jawatan maka ia perlu dirujukkan kepada menteri berkenaan. Malangnya bila ia dirujuk projek itu dibatalkan. Minit keluluasan asal telah diserahkan kepada menteri itu. Alasannya kerana mesyuarat pembangunan kementerian itu sebelum ini tidak meluluskan projek berkenaan. Ini berdasarkan kepada minit katanya. Para pegawai dalam satu mesyuarat dengan menteri berkenaan membangkitkan isu projek berkenaan. Mereka menunjukkan yang minit asal diluluskan. Menteri berkenaan katanya terkial-kial untuk menjawabnya dan mencari helah mudah dengan mengatakan setiausaha salah mencatat minit. Namun apabila setiausaha dipanggil barulah terdedah cerita sebenarnya, menteri berkenaan mengarahkan setiausaha mengubah minit berkenaan. Paling menyedihkan lagi katanya menteri itu sudah menerima prosal dari kroninya. Itu satu kejadian. Ada satu lagi kejadian melibatkan nilai tander satu projek di Kuala Lumpur. Satu kontraktor telah membuat tawaran dengan nilai RM72 juta. Tawaran itu telah diterima. Tetapi apabila sampai ke peringkat menandatangani kontrak berkenaan angka berkenaan didapati berubah menjadi RM92 juta. Kontraktor berkenaan terkejut melihatnya kerana harganya di make-up sebanyak RM20 juta. Kerana menyedari kekeliruan itu, kontraktor berkenaan bertanyakan kepada menteri berkenaan. Apa jawabnya, menteri berkenana suruh saja tanda tangani, dan memberi tahun RM20 juta adalah atas urusan. Menyedari bahawa apa yang berlaku itu satu penyelewengan kontraktor berkenaan akhirnya menarik diri kerana tidak mahu terlibat dengan rasuah. Segala apa yang dicerita kawan itu menggambarkan akan kebobrokan orang berkuasa di negara ini termasuk menteri. Dan paling mengejutkan ia bukan saja berlaku di kalangan menteri yang dikenali tidak berlatar belakangkan pendidikan agama yang mampan tetapi di kalangan mereka yang dianggap sebagai ustaz dan diberi tanggungjawab menjaga harta anak-anak yatim juga. Jadi kata kawan ini di Malaysia ini tidak ada siapa lagi yang boleh diharap dan dipercayai khasnya dalam bidang perdagangan. [wm.kl.12:00 t/malam 02/07/10] |
| Posted: 30 Jun 2010 11:29 PM PDT Zahid Jangan Tutup Tahi Dengan Telapak Tangan KATA Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menyiasat pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam Scorpene kerana pembeliannya mengikut prosuder biasa. Ia juga tidak perlu katanya sebab pembelian itu dilulus oleh Kementerian Kewangan. Apakah setiap yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan itu tidak terkecuali dari berlaku penyelewengan? Apakah Zahid tahu nilai apa yang beliau ungkapkan itu? Kalau beliau tahu nilainya dia tidak akan tergamak membuat saranan itu. Hanya orang yang cetek pemikiran saja ataupun kerana bimbang kepada sesutau yang membuat cadangan itu. Sebagai menteri yang berada di bawah kepimpinan yang telus, berintegriti, Zahid tidak perlu takut kepada SPRM untuk menjalani apa-apa siasatan ke atas apa-apa juga isu yang timbul. Kenapa Zahid perlu begitu takut dan bimbang kalau SPRM menyiasat pembelian itu. Sekiranya pembelian itu benar mengikut prosuder dan tidak ada elemen rasuah di sebaliknya, Zahid bukan 'halang', sebaliknya mengalu-alukan kalau ada pihak menyuruh SPRM menjalankan siasatan. Siasatan itu akan membersihkan pembelian berkenaan yang dianggap sebagai skandal rasuah oleh pihak pembangkang. Tanggapan buruk ke atas pembelian itu yang mencecah ratusan juta komisyen tidak akan lenyap dengan gesaan Zahid itu. Sebaliknya dengan 'halangan' Zahid itu menyebabkan semakin tebal rasa was-was orang ramai di sebalik pembelian berkenaan. Saya tidak tahu kenapa Zahid yang dikenali sebagai menteri yan mengerti hukum hakam dan dikenali seorang kuat beragama tiba-tiba boleh bersikap demikian. Apakah beliau menjadi galang ganti untuk menutup lubang-lubang luas dalam Kementerian Pertahanan yang wujud sebelum ini. Bahwa Zahid tidak mampu untuk berdepan dengan harus kemungkaran dalam parti dan kerajaan yang dianggotai? Secara peribadi saya suka kalau Zahid kekal di Jabatan Perdana Menteri menjaga urusan keagamaan. Sejak beliau menjadi menteri agama ada beberapa perubahan positif yang dilakukan untuk pembangunan ummah. Beberapa cadangan yang dibuat juga menarik dan dilihat satu cadangan progresif dan dinamik. Jawatan itu juga dirasakan serasi dan sesuai dengan jiwa Zahid dan latar belakangnya yang mendapat pendidikan agama diperingkat sekolah lagi. Jadi apabila Zauid alih-alih dipindah ke Kementerian Pertahanan di mana bosnya pernah berkhidmat di situ menyebabkan orang terfikir tentu ada muslihat dan strategi bila Zahid bercakap berkadas dengan nalusi rakyat. Makanya bila melihat beberapa kenyataan Zahid berhubung isu di kementerian berkenaan ia seperti dibuat untuk menutup lubang-lubang dalam dan curam yang wujud di kementerian berkenaan. Tidak menjadi kesalahan kalau kita melindungi keaiban seseorang. Begitu juga kalau bantu melindungi bos sendiri. Tetapi Zahid harus kena sedar dan insaf di sebalik tanggungjawab itu ia perlu lihat apakah ianya bertepatan dengan prinsip Islam atau sebaliknya. Misalnya haram kalau kita melakukan rasuah, melindungi musuh ataupun membela penjenayah? Saya berharap dan mendoakan tindakan Zahid dalam sesetengah kenyataan dan sikapnya di kementerian itu tidak sampai ke peringkat itu. Adalah malang sekali kalau tindakan Zaid itu umpama orang yang cuba menutup tahi dengan telapak tangan. Jangan pula tahi tidak terlindung dan tetap berbau tangan kita pula ikut berbau busuk. Kalau hendak jadi Pak Sanggup pun biar berpadah-padah sesuai dengan bidalan berbunyi; buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Berhubung cadangan agar pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam , biarlah kalau SPRM hendak menjalankan siasatan. Ia baik untuk Zaid dan Perdana Menteri dan juga kawan baik Perdana Menteri, Razak Baginda. Bila SPRM menjelaskan bahawa pembelian itu telus ia akan menutup segala cakap-cakap songsang mengenainya. Sebaliknya kalau SPRM dihalang untuk membuka kertas siasatan maka persepsi buruk dan busuk terhadap pembelian itu akan terus berlanjutan. Natijahnya orang akan beranggapan memang ada skandal rasuah di sebalik pembelian kapal berkenaan. [wm.kl. 2:30 pm 01/07/10] |
| You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan