Blog-list Malaysia |
- KDN Serbu Salah Tempat
- BN Kedah Beli 50 Batang Pen Dengan Harga RM66,470
- Babi Tahu Baca Perlembagaan Ker??
- Mari kita bongkar penyelewengan BN Kedah, satu persatu
- Foto Hari Ini
| Posted: 06 Jul 2010 11:28 PM PDT KDN geledah kilang cetak Harakah, cari SK..ketakutan amat sangat UMNO pada SK..!! Beliau memberitahu, para pegawai terbabit membuat penggeledahan kecil tanpa waran di kilangnya, Seksyen 16, di sini untuk mencari akhbar tanpa permit 'Era Keadilan' milik PKR. "Suara Keadilan (SK) pun mereka tak cetak di sini, takkan kita nak cetak yang lain," ujar beliau sebagaimana yang diberitahu kepada pegawai terbabit. Katanya lagi, satu lagi kilang milik beliau di sini turut digeledah untuk mencari SK mahupun 'Era Keadilan'. Sebelum digeledah, katanya lagi, wujud pertikaman lidah antara seorang pegawai lelaki KDN dengan seorang pekerjanya. "Waran tak ada, nak geledah geledahlah tapi kalau ada yang hilang, CCTV ada untuk tangkap yang curi dalam kilang ini," ujar beliau lagi memetik amaran pekerjanya itu. Dalam perkembangan berkaitan, KDN turut diwar-warkan mahu menyerbu ibu pejabat PKR di Tropicana sebelum ini untuk memburu edisi terbaru 'Era Keadilan'. Inisiatif KDN itu ekoran iltizam PKR untuk terus menerbitkan akhbar yang menjadi lidah rasmi parti itu. Pada 2 Julai lalu, permit Suara Keadilan digantung ekoran tersiarnya laporan 'Felda Bankrap' yang dianggap mengancam sensitiviti politik pihak tertentu dalam kerajaan. Lanjutan itu, Felda bertindak menyaman Suara Keadilan sebanyak RM200 juta. Manakala, PKR pula menyifatkan tindakan KDN dengan tidak merujuk kes tersebut ke mahkamah terlebih dahulu sebagai langkah membunuh kebebasan media.- Warga Marhaen |
| BN Kedah Beli 50 Batang Pen Dengan Harga RM66,470 Posted: 06 Jul 2010 10:16 PM PDT Saya sebenarnya tidak berminat untuk menulis apa yang akan ditulis ini jika pihak pembangkang Kedah tidak memulakan serangan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat dengan fakta-fakta fitnah melalui risalah haram bertajuk 'Mai Kedah' yang disebarkan hampir ke setiap pintu masjid di negeri ini. Oleh kerana mereka menjual, tiada masalah kita membeli – tunai! Permodalan Kedah Berhad (PKB) diperbadankan pada 20 Januari 1994 di bawah Akta Syarikat 1965. PKB adalah subsidiari milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah. Kegiatan utama PKB ialah di bidang pegangan pelaburan dan pembangunan hartanah. Ia mempunyai lima syarikat subsidiari dan enam syarikat bersekutu. Antara operasinya ialah pembinaan, pembangunan, hartanah, pegangan pelaburan dan pengurusan dana tabung amanah. Di masa pemerintahan BN, elaun setiap orang Lembaga Pengarah PKB ialah sebanyak RM20-RM25 ribu setahun. Mereka yang kebanyakan terdiri dari pemimpin Umno juga menerima bonus raya RM3,000 seorang. Di antara Ahli Lembaga Pengarah PKB ialah Dato' Mahdzir Khalid, Dato' Abdul Rahman Ariffin, Datuk Yaakob Hj Mohamad, Dato' Ghazali Ibrahim, Dato' Ahmad Sudin, Dato' Bakri Hj Ali Mahamad, Dato' Mohd Akhir Shafie dan Dato' Arzmi Abdul Hamid. Kesemua mereka adalah pemimpin Umno. Keputusan memberi elaun RM20,000 seorang tercatat dalam minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 3/2006 bertarikh 10 Disember 2006. Ini bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 13 pada 30 Jun 2007 yang memutuskan tiada ganjaran pengarah dibayar bagi tahun berakhir 31 Disember 2006. Manakala pembayaran imbuhan raya bagi tahun 2007 tidak diputuskan pada mesyuarat Lembaga Pengarah. Penetapan ganjaran kepada Ahli Lembaga Pengarah hendaklah berasaskan kepada prestasi keuntungan yang diperolehi syarikat pada tahun kewangan tersebut, tapi mereka sudah tetapkan ganjaran pada tahun 2006 lagi, sebelum tahun kewangan berakhir. Pembinaan Sintok Sdn. Bhd. (PSSB) adalah anak syarikat PKB. Antara Ahli Lembaga Pengarah PSSB ialah Dato' Ahmad Sudin, Dato' Bakri Hj Ali Mahamad dan Dato' Halim Said. Syarikat itu diberi projek membina kompleks baru Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), auditorium dan Dewan Kenangan Sungai Petani berjumlah RM46 juta. Projek belum dimulakan, tetapi MPSP telah membayar PSSB sebanyak RM10 juta. PSSB mensubkan kerja tersebut kepada Najwa Bina sebuah syarikat 'silap mata' yang dilaporkan tidak tersenarai sebagai kontraktor kelas A untuk melakukan projek besar. Najwa Bina langsung tiada kemampuan untuk melakukan projek sebesar itu. PSSB membayar Najwa Bina sebanyak RM9.3 juta sebagai bayaran pendahuluan. Bayaran pula dibuat atas nama FBS Bina Sdn Bhd. Ia menjadi tandatanya. Transaksi berlaku pada 4 Mac 2008, sewaktu berlangsungnya pilihanraya umum ke 12. Maka di sini tanda tanya mungkin berakhir, ke mana perginya wang itu? Sehingga kini Najwa Bina hanya mampu menyiapkan permulaan projek yang dianggarkan bernilai RM2 juta. Ia menimbulkan tandatanya sama ada wang tersebut 'melencong ke tempat lain' untuk projek pilihanraya BN. Kini kontraktor yang tidak menyiapkan kerja itu terpaksa ditukar dan kerajaan negeri yang menanggung kerugian. PKB adalah syarikat perniagaan. Ia bukan badan kebajikan. Anehnya menjelang pilihanraya umum ke 12, PKB menjadi begitu pemurah berbelanja wang kononnya kepada fakir miskin, dalam program-program politik BN. PKB telah mengeluarkan wang tunai sejumlah RM300,000.00 pada 26 Februari 2008 dan RM200,000.00 pada 4 Mac 2008 untuk 'sumbangan politik' BN menghadapi pilihanraya umum. Bagaimana sebuah syarikat korporat yang besar boleh membuat pemberian tunai tanpa sebarang dokumen sokongan mengenai pengesahan penerimaan dan pembayaran? Sewaktu pilihanraya itu juga, dua buah syarikat iaitu Charok Indah Enterprise dan Gerbang Utara Enterprise telah diberi projek kononnya untuk kerja-kerja sosial, masing-masing sebanyak RM57,540.00 dan RM86,000.00. Projek yang dilaksanakan oleh kedua kontraktor tersebut tidak pernah diputuskan oleh mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah atau mesyuarat pengurusan PKB. Lagi penyelewengan dalam spesifikasi 'kerja-kerja sosial' itu ialah antaranya, membekalkan white board, peralatan alat tulis dan kayu ke peti undi BN dalam parlimen Kuala Kedah. Tidak dinafikan peranan wartawan bagi media-media tali barut BN amat penting dalam pilihanraya. Media tersebutlah yang melakukan propaganda untuk 'mencantikkan wajah hodoh BN' dan memburukkan imej lawan mereka. Maka wartawan perlu diberi penghargaan. Namun suatu tindakan yang tidak dapat diterima oleh oleh akal yang rasional ialah PKB telah membelanjakan sejumlah RM66,470.00 untuk memberi 50 batang pen bagi dijadikan hadiah oleh Menteri Besar kepada wartawan. 40 batang pen berharga berjenama Mont Blanc berharga RM1,190.00 setiap satu, 9 batang pen berharga RM1,840.00 setiap satu dan sebatang pen lagi berharga RM2,310.00! Seperti pembelian lainnya, ia tidak dilakukan melalui sebut harga atau tender, tetapi dibeli terus dari pembekal Ping Hang Trading, Bukit Kayu Hitam. Saya mencari-cari rakan wartawan yang memiliki pen hadiah dari bekas Menteri Besar Kedah itu, namun setakat ini belum menjumpainya. Banyak lagi penyelewengan dalam GLC di zaman BN. Bagaimanapun saya menunggu dulu, kalau ada serangan baru dari pembangkang di Kedah. Baru kita balas dengan 'bom berangkai' pula. Oleh: ZUKIFLI YAHAYA |
| Babi Tahu Baca Perlembagaan Ker?? Posted: 06 Jul 2010 07:25 PM PDT KUALA LUMPUR, July 6 — In a bizarre revelation today, independent MP Zulkifli Noordin claimed he is still a PAS member despite having been sacked from PKR earlier this year for breaking party discipline. "I have neither left the party nor retracted my membership," said the lawyer who stood on the PKR ticket for the Kulim-Bandar Baharu seat which he won in Election 2008. He added that PAS should at least provide him with an official notification letter to indicate that his membership had been revoked. "I have not received any official notification from the party either," he told The Malaysian Insider in Parliament today. Baca di sini KUALA LUMPUR, July 7 — Kulim-Bandar Baharu MP Zulkifli Noordin stopped being a PAS member when he joined PKR in 2008, said PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali today. Mustafa told The Malaysian Insider the Islamist party's constitution provides for automatic dismissal when a member joins another political party. "According to the PAS constitution, once you join another party, you lose the membership," he said. Zulkifli claimed yesterday that he was still a PAS member despite having been sacked from PKR in March for breaching party discipline. He added that PAS should at least provide him with an official notification letter to indicate that his membership had been revoked. "There is no need to inform him, he was automatically sacked," said Mustafa when asked if Zulkifli has been informed. Zulkifli claimed he has been in PAS since 1997. Baca di sini |
| Mari kita bongkar penyelewengan BN Kedah, satu persatu Posted: 06 Jul 2010 06:47 PM PDT Pihak pembangkang telah menyebarkan secara meluas sebuah risalah bertajuk 'Maila Kedah'. Secara umumnya risalah tersebut 'membongkar penyelewengan' kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, khususnya anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Setelah beberapa kali pembangkang Kedah diperlecehkan akibat kegagalan mereka berfungsi sebagai pembangkang, maka kali ini nampaknya mereka lebih serius dan bersungguh. Walaupun banyak fakta yang terkandung dalam risalah itu bohong, fitnah dan merapu, tetapi wajar mereka diberi penghargaan kerana mencuba untuk menjadi pembangkang. Bukan mudah untuk menyelami perwatakan sebagai pembangkang setelah separuh abad memerintah negeri. Secara peribadi saya sudah lama menunggu saat seperti ini, bagi memberi peluang kita mendedahkan pula habis-habisan segala penyelewengan yang BN lakukan sewaktu berkuasa dahulu. Tanpa serangan mula yang agresif dari pihak pembangkang, maka melakukan serangan bertubi-tubi terhadap pembangkang hanya menjadikan parti yang berkuasa di negeri ini macam kaki buli pula. Di antara tuduhan liar yang dibuat terhadap kerajaan Pakatan ialah kononnya Yiked Holdings telah memberikan kepada PAS sebanyak RM11.5 juta. Bayangkan wang sebanyak itu jika diagihkan kepada 15 kawasan PAS di Kedah, satu kawasan akan peroleh RM766 ribu. Oleh kerana orang PAS tak makan duit, maka semuanya akan dibelanja untuk program parti, maka dengan belanja sebesar itu Umno akan pupus terus di Kedah tak tinggal benih lagi. Itu logiknya. Baki wang yang ditinggalkan pada Mac 2008 pun hanya tinggal kira-kira RM4 juta. Terdapat 29 buah anak syarikat diwujudkan di zaman BN di bawah Yiked Holdings walhal tidak berfungsi apa-apa pun. Kini sebahagian besarnya ditutup, cuma tinggal lima. Jika hari ini pembangkang kononnya kerajaan Pakatan wujudkan banyak syarikat baru tanpa operasi, maka ia tidak lebih dari usaha menutup tindakan mereka dulu. Macam pencuri jeritkan 'pencuri' pada orang lain, supaya orang tidak sangka yang jerit itu pencuri. Memang pestasi Yiked Holdings lebih baik kini berbanding masa BN, tetapi untuk menjana keuntungan terkumpul melebihi RM11.5 juta untuk disumbangkan kepada mana-mana pihak sekalipun, amatlah tidak masuk akal. Oleh kerana tuduhan penyelewengan RM11.5 juta itu adalah fitnah yang dicipta sesuka hati maka kita tidak perlu menjawabnya dengan serius. Fitnah mudah dibuat, kerana ia tidak perlukan bukti. Biarkan rakyat menilai kerendahan moral mereka dalam menabur fitnah. Lagi banyak mereka menfitnah lagi luas lubang kubur yang mereka gali untuk terjun dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Sebaliknya, isu penyelewengan wang GLC untuk BN di zaman mereka berkuasa dahulu bukan satu fitnah. Ia boleh dibuktikan. Seri Temin Development Corporation (STDC) telah menyalahgunakan wang GLC tersebut untuk digunakan oleh parti politik BN. Menurut cabutan minit mesyuarat pengurusan STDC ke-2/2008 yang diadakan pada hari Ahad, 10hb Februari 2008 jam 10:20 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat STDC, pihak pengurusan telah bersetuju untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak RM1.7 juta bagi tujuan program "Pemimpin Bersama Rakyat" disetiap kawasan Parlimen di negeri Kedah Darul Aman. Ia adalah program politik; majlis berkempen untuk memenangkan BN dalam pilihanraya. Cabutan minit ini telah ditandatangani oleh YB Dato' Arifin Man (bekas ADUN- Bukit Lada) sebagai Timbalan Pengerusi STDC dan Datuk Syed Sobri Syed Hashim (belum YB lagi ketika itu) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif STDC. Berikut adalah agihan wang yang telah dipersetujui: 1) Padang Terap 130,000.00 2) Kulim/Bandar Baharu, Sungai Petani, Langkawi – RM120,000.00 setiap bahagian 3) Pokok Sena, Jerlun, Baling, Alor Setar, Kuala Kedah, Sik, Jerai, Sungai Petani, Merbok, Padang Serai, Kubang Pasu dan Pendang – masing-masing mendapat RM110,000.00. Jumlah 1,700,000.00 sumbangan ini diluluskan di dalam mesyuarat pengurusan STDC dan kemudiannya dipanjangkan kepada Lembaga Pengarah STDC untuk diluluskan. Perkara ini telah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah STDC melalui resolusi beredar ("circular resolution"). Resolusi beredar ini bertajuk "Resolusi Lembaga Pengarah Beredar Yang Dibuat Menurut Artikel No. 91 Tataurusan Syarikat". Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Pengarah STDC yang menandatangani resolusi tersebut: Dato' Seri Mahdzir bin Khalid, Dato' Ariffin Man, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, Encik Zubir Zabidi, Encik Mohamad Radzi Ayob, Encik Mustafar Ahmad, Puan Marlia Abd. Latiff dan Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail. Semua mereka adalah pemimpin Umno. Sekarang, STDC menerima taksiran cukai bagi tahun sebelum 2008 (di masa BN) sebanyak RM11 juta. GLC kini terpaksa menanggung beban yang ditinggalkan. Oleh kerana fitnah yang terkandung dalam risalah pembangkang itu menyebut Yiked Holdings, maka elok kalau rakyat tahu bahawa penggunaan wang secara tidak wajar berlaku dalam anak Syarikat Yiked Holdings di zaman BN, iaitu Yiked Kuari Sdn Bhd (YKSB). Semakan oleh sebuah badan audit mendapati pada tahun 2007 dan 2008 mereka telah membelanjakan sejumlah RM85,375 untuk membiayai kos hari keluarga yang diadakan di Hong Kong dan New Zealand. Kelulusan bagi kelulusan ini dibuat oleh Lembaga Pengarah dan tidak mendapat kebenaran atau pengesahan dalam mesyuarat agung. Menurut Seksyen 132(2) Akta Syarikat 1965, pengarah syarikat tidak boleh menggunakan kedudukannya sebagai pengarah untuk mendapat manfaat bagi dirinya tanpa kebenaran atau pengesahan mesyuarat agung. Di antara ahli lembaga pengarah YKSB ialah Dato' Haji Arzmi Hamid (bekas ADUN BN Tanjung Dawai) dan Dato' Haji Mohd Hadzir Ismail (Bekas ADUN BN Kuala Ketil). Antara tuduhan yang dilemparkan dalam risalah haram pembangkang itu ialah kononnya PAS berkonspirasi untuk menjatuhkan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Dato' Wira Rasli Basir. Rasli dilantik di zaman PAS memerintah. Pelantikan sebagai SUK dibuat oleh Tuanku Sultan melalui nama yang dicadangkan oleh Menteri Besar. ADUN pembangkang tiada hak untuk mencadang. Bila Menteri Besar (dari Pakatan Rakyat) yang mencadang, maknanya beliaulah yang mahukan Rasli jadi SUK. Logikkah Kerajaan Pakatan buat konspirasi untuk jatuhkan SUK yang mereka sendiri naikkan? Sebab itu jangan marah kalau saya katakan penulis risalah haram pembangkang itu banyak menggunakan kepala lutut dari kepala otak untuk berfikir. (Nota: Lagi penyelewengan BN akan menyusul selepas ini) Oleh: ZULKIFLI YAHAYA |
| Posted: 06 Jul 2010 06:16 AM PDT |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan