Isnin, 5 Julai 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kenyataan Karpal Bukan Dasar Pakatan Rakyat - DAP

Posted: 04 Jul 2010 06:16 AM PDT

PAS dinasihatkan supaya tidak cepat melatah dengan mengambil kira pendirian pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat yang pada hakikatnya bukan menjadi dasar pakatan pembangkang itu.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, isu yang mengatakan DAP tidak menghormati konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS hanyalah salah faham dan tidak berbangkit.

"Bagi saya perkara ini tidak timbul, pakatan bererti kami berpakat dalam isu-isu dan nilai-nilai yang sama seperti memerangi rasuah, membasmi kemiskinan dan memandang isu dari segi masyarakat majmuk bukan perkauman.

"Soal pendapat seseorang bukan dasar Pakatan Rakyat," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi yang dipetik sebagai berkata, partinya sedia mengkaji semula hubungannya dengan DAP jika pemimpin parti tersebut berterusan mempertikaikan konsep negara Islam.

Ia merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS, sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Bagi Karpal, Malaysia merupakan sebuah negara sekular berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan adalah mustahil bagi DAP mengubahnya menjadi sebuah negara Islam.

Selain itu ditanya sama ada amaran PAS itu akan menjejaskan kerjasama mereka bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat, Tan berkata beliau yakin kerjasama mereka akan kekal memandangkan mereka mempunyai prinsip dan matlamat politik yang sama.

"Pakatan (akan) terus kekal berteraskan kepada prinsip bahawa kami mempunyai pelbagai isu dan nilai yang sama," katanya yang juga Ahli Parlimen Kepong.

Katanya lagi isu bantahan terhadap konsep negara Islam telah dibangkitkan oleh individu tertentu bukan sesuatu yang baru namun ia ternyata tidak menggugat hubungan ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat itu.

"Isu yang disebutkan itu berulang (kali) dibangkit secara perseorangan selama bertahun-tahun... (namun) ia bukan kekangan untuk Pakatan Rakyat," katanya.

Melayu Bodoh

Posted: 04 Jul 2010 05:15 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar sikap segelintir orang Melayu yang sanggup mempertikai dasar kerajaan termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan usaha meningkatkan penguasaan orang Melayu dalam bidang ekonomi.

Sambil menyifatkan sikap itu sebagai satu ancaman berkekalan bagi perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno, beliau mengingatkan sikap sebegitu boleh mengundang bencana besar kepada negara.

"Orang Melayu sepatutnya bersatu di bawah satu payung untuk menentukan agenda membangunkan bangsa Melayu tercapai.

"Matlamat ini tidak akan tercapai jika kita terus berpecah belah," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Parit Sulong di sini hari ini.Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, golongan Melayu tersebut menyokong pembangkang khususnya DAP pimpinan Lim Kit Siang.


"DAP menganggap tindakan saya membela orang Melayu sebagai seorang ultra Melayu, sedangkan Lim Kit Siang lebih bersifat perkauman," katanya.

Kata beliau, dalam situasi yang amat mencabar ini, orang Melayu khasnya Umno perlu melipatgandakan usaha bukan sahaja untuk memperkukuh kedudukan parti tetapi berusaha melaksanakan tranformasi sejajar yang diputuskan di peringkat pusat supaya Umno dapat diterima oleh rakyat.

Beliau kesal kerana usaha tranformasi untuk mengukuhkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 di peringkat bahagian-bahagian berjalan perlahan, tidak sebagaimana diharapkan.

Menurut beliau, usaha menambah baik parti itu perlu dilakukan segera supaya parti dilihat masih relevan oleh bukan sahaja orang Melayu tetapi terus diterima rakyat keseluruhannya.

Muhyiddin menegaskan, sebagai pemimpin nombor dua, beliau sentiasa membantu usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengariskan gagasan 1Malaysia dan lain-lain dasar penambaikan pentadbiran negara untuk ditranformasikan di peringkat Umno di semua peringkat.

Usaha itu, katanya, penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN dan seterusnya memenangi semula kerusi yang terlepas kepada pembangkang dalam pilihan raya umum lalu pada pilihan raya umum akan datang. – Bernama

PRU 13 : Oren Berpotensi Menang

Posted: 04 Jul 2010 02:28 AM PDT


1. Malam ini saya tidak berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan menarik antara Brazil vs Belanda kecuali sebahagian aksi sejurus selesai menyampaikan ceramah di Masjid Kota Damansara .

2. Keputusan perlawanan sangat berbeza dengan analisa awal para pengkritik sukan dan media yang meletakkan Brazil sebagai pemegang ranking no 1 dunia akan menang selesa ke atas Belanda yang hanya berada di tempat ke 4 ranking dunia .

3. Brazil dengan formula sambanya sangat digeruni lawan apabila beraksi di pentas antarabangsa. Skil individu dan corak gerakan mengawal bola sememangnya sukar ditandingi. Namun Brazil tidak berupaya mengekalkan prestasi cemerlang mereka apabila bertemu skuad oren yang dilihat hadhir dengan dendam membara untuk mengalahkan Brazil yang pernah menghancurkan harapan mereka untuk bergelar juara pada tahun 1998 yang lalu .


4. Ternyata semangat kental skuad oren [ Belanda ] mampu merobohkan keegoan Brazil yang bergelar juara dunia sebanyak 5 kali . Reputasi Brazil selaku pasukan pilihan tercalar dan mereka akhir ditunjuk jalan keluar oleh Belanda . Hampir tiada penganalisis meletakkan Brazil akan tewas di tangan Belanda namun keputusan muktamad adalah sebaliknya .

5. Setakat 30 minit aksi perlawanan antara kedua - dua pasukan ini [ oren vs biru ] , saya melihat kesungguhan dan kegigihan berjuang skuad oren mampu mengekang penguasaan skuad biru biarpun mereka turun ke gelanggang membawa gelaran sebagai pasukan juara dunia 5 kali . Malah semangat itu membuatkan mereka bingkas bangun mendakap gelaran sekalipun mereka telah ketinggalan satu goal .

6. Tiada putus asa , yakin menang , gigih berusaha , stamina yang konsisten , kerja berpasukan yang kemas dan teratur menjadi formula asas skuad oren menumpaskan skuad biru . Skuad oren kelihatan bijak menghidu kelemahan skuad biru untuk dihukum atas setiap kelalaian dan kealpaan mereka dan ternyata ianya berhasil.

7. Menariknya , PRU 13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi , turut menyaksikan pertarungan sengit antara skuad oren dan skuad biru . Skuad biru kelak akan turun gelanggang dengan dengan status penyandang atau juara bertahan . Mereka memilik segala keupayaan kuasa dan daya teknologi untuk mempertahankan kuasa dan pengaruh politik mereka .

8. Skuad biru [ Barisan Nasional ] mempunyai kekuatan asas yang kukuh seperti jumlah ahli dan dana yang mencukupi sementara skuad oren tidak miliki keupayaan setanding . Namun skuad oren [ Pakatan Rakyat ] masih berpotensi untuk mencapai kemenangan jika mereka mengekalkan tahap kesungguhan dan kegigihan berjuang yang hebat untuk mengalahkan skuad biru .

9. Fokus , tidak cepat mengalah , berjuang dalam pasukan yang mantap , gigih membawa risalah atau mesej perjuangan kepada masyarakat , disiplin yang tinggi dan mengekalkan tempo perjuangan tanpa culas akan menjadi formula skuad oren memburu kemenangan biarpun terpaksa berdepan dengan keupayaan lawan .

10. Atas kertas , rata - rata penganalisa politik mengatakan skuad biru adalah pasukan pilihan untuk mengekalkan kemenangan dan kuasa mereka , namun di dalam gelanggang sifirnya tidak sama seperti diatas kertas . Skil berpolitik , stamina perjuangan , kesungguhan dalam gerakkerja dan kerja berpasukan menjadi advantage untuk menguasai gelanggang dan seterusnya muncul sebagai pemenang . Tiada siapa sangka Brazil boleh kalah sebagaimana ramai menyangka Barisan Nasional akan menang ...... realiti digelanggang akan memaparkan keputusan sebenar . - Kedahlanie

Penyokong MIC Bergaduh

Posted: 04 Jul 2010 02:22 AM PDT


Perhimpunan kedua Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) di sini petang ini berhadapan dengan kekecohan apabila sekumulan 30 pemimpin MIC, yang merupakan penyokong kepimpinan Datuk Seri S. Samy Vellu menyerbu dan mengganggu perjalanan kempen itu.

Kumpulan itu muncul kira-kira 1 tengah hari sebelum perhimpunan GAS bermula dengan memaksa orang ramai daripada memasuki Dewan Dato Hamzah - lokasi program itu dianjurkan.

Ini program GAS yang kedua selepas yang pertama awal bulan lepas diadakan di Mines Resort City Seri Kembangan bagi mengecam kepimpinan Samy Vellu.

Pagi ini Samy Vellu merasmikan perhimpunan tahunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri di ibu negara. Perhimpunan itu berlangsung sehingga petang ini.

Sekitar pukul 2 petang kumpulan itu dan penganjur berhadapan dengan 'perang mulut', sekali gus menyebabkan pergelutan di kalangan mereka.


Kumpulan itu yang dipercayai diketuai oleh tiga lelaki iaitu Ketua Penerangan MIC Selangor L. Siva Subramaniam dan dua ketua cawangan dengan salah seorang dikenali sebagai "Taman Maznah" Chandran dan Dharmalingam, bekas MIC Bahagian Klang, turut menolak dan menghalang orang ramai yang mula memasuki Dewan Dato Hamzah.

Dharmalingam juga merupakan pengarah Lembaga Pelabuhan Klang yang pelantikannya dibuat atas syor Presiden MIC.

"Jangan anda berani bercakap mengenai MIC. Jangan mencemarkan nama Samy Vellu. Keluar dari dewan, hentikan perhimpunan ini," jerit anggota kumpulan penyokong Samy Vellu ini dengan menuju ke arah pentas.

Pergelutann dan pertikaman lidah turut terceuts di dalam Dewan Dato Hamzah.

Keadaan ini menyebabkan penyokong-penyokong GAS yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin yang dipecat V. Mugilan, K. P. Samy dan G. Kumar Aamaan juga menjerit ke arah penyokong Samy Vellu itu.

Pada satu ketika, Samy bersama Kumar Aamaan memegang buku berjudul The Life of Mahatma Ghandi dengan melaungkan "Ahimsa" membawa maksud pendekatan kepimpinan yang aman bagi menghalang kumpulan itu daripada terus mencetuskan kekecohan.

Suasana menjadi semakin tegang apabila dewan mula dibanjiri dengan lebih ramai penyokong GAS, ketika itu dianggarkan kira-kira 1,000 orang.

Kira-kira pukul 2.15 petang sekumpulan anggota polis memasuki dewan selepas dimaklumkan ada percubaan untuk mengganggu perjalanan program GAS.

"Kami berada di sini bukan untuk mencetuskan masalah. Ini adalah pertemuan aman tetapi ini adalah pendekatan Samy Vellu... dia menghantar kumpulan samseng dia (ke sini)," kata Samy, yang merupakan bekas ahli jawatankuasa kerja pusat MIC.

Mugilan merupakan bekas timbalan ketua Pemuda MIC.

Polis bercakap dengan kumpulan penyokong Samy Vellu beberapa minit sebelum memaklumkan penganjur GAS bahawa mereka boleh meneruskan program mereka.

Bagaimanapun kumpulan itu dibolehkan berada di dewan sementara mereka enggan keluar dari premis itu.

Raja Petra Pengganas Ke?

Posted: 03 Jul 2010 05:45 PM PDT

Salah ker kalau ada yang nak beri wang kepada Raja Petra. Undang-undang apa dan peraturan mana yang melarang seseorang atau pertubuhan daripada memberi wang atau sumbangan kepada seseorang individu yang lain? Lain lah kalau Raja Petra itu telah dikenalpasti sebagai seorang pengganas yang telah membunuh 40 orang ulama muda ker.. Atau seorang seorang pelampau agama yang terlibat dengan JI dan wahabi.. Lu fikirlah sendiri..

Ada bukti PKR biayai Raja Petra

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
pengarang@utusan.com.my

PADANG RENGAS 3 Julai – Kerajaan mempunyai bukti mengatakan Raja Petra Kamaruddin dibiayai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata, bukti-bukti menunjukkan PKR membiayai pengendali laman web Malaysia Today tersebut kini sedang disiasat selanjutnya.


''Memang betul, saya ada bukti, duit dihantar (kepada Raja Petra). Saya ada bukti tunjuk hantar RM500,000, dia (Raja Petra) terima RM470,000. RM30,000 lagi habis ke mana saya tak tahu," katanya selepas merasmikan program Kempen Kesihatan Gaya Hidup Sihat sempena ulang tahun ke-10 Kelab Senaman Klinik Kesihatan di sini hari ini.

Ditanya apakah kerajaan akan bertindak terhadap PKR, Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata: ''Kita kena tengok dulu (siasat) apa kesalahan dilakukan tetapi kita memang ada bukti menunjukkan dia hantar duit kepada Raja Petra."

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan bersedia memberi jaminan terhadap keselamatan Raja Petra jika pengendali portal itu benar-benar takut untuk pulang ke tanah air bagi memberi keterangan.

Tiada ulasan: