Blog-list Malaysia |
- Editor: ‘Suara Keadilan tak akan mohon maaf, bayar satu sen pun’
- SPRM Terus Diperkudakan Umno
- Kalau Tak Bohong, Bukanlah Umno Namanya..
- Panggil Minum Teh Saje..
| Editor: ‘Suara Keadilan tak akan mohon maaf, bayar satu sen pun’ Posted: 02 Jul 2010 06:42 AM PDT Editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib menunjukkan edisi akhbar itu bertajuk "Felda Bangkrap" dan surat diterima daripada Kementerian Dalam Negeri hari ini. - Gambar oleh Choo Choy MayPada waktu yang sama, akhbar itu juga akan menemui Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam, Ahad ini untuk membolehkan terbitan tersebut dikeluarkan seperti biasa sementara menunggu kelulusan pembaharuan permit penerbitan kelak. "Saya akan menemui ketua setiausaha KDN untuk mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin, saya yakin isu ini dapat diselesaikan dengan sebaik yang mungkin... saya yakin," kata Editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini. Kata beliau, berdasarkan surat rasmi dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri hari ini, Suara Keadilan tidak boleh diterbitkan lagi sehingga permitnya diperbaharui. Ketika kementerian memutuskan demikian Suara Keadilan dalam proses menerbitkan edisi akan datang, yang dijadual berada di pasaran Selasa ini. Bagaimanapun penerbitan itu menjadi tanya tanya ekoran keputusan kementerian. Sehubungan itu kata beliau, sementara Kementerian Dalam Negeri mempertimbangkan penjelasan pihaknya penerbit akhbar tersebut berharap akan menerima kebenaran untuk dibolehkan ia diterbitkan seperti biasa. Akhbar mingguan itu mempunyai edaran kira-kira 100.000 naskhah dan diedarkan di seluruh negara. Suara Keadilan menerima permit penerbitan kali pertama pada 2008, selepas pilihan raya umum ke-12. Permit penerbitan tahunan akhbar mingguan Suara Keadilan luput kelmarin. Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk tidak memperbaharui permit Suara Keadilan sehingga mereka berpuas hati dengan penjelasan diberikan oleh pengurusan akhbar mingguan itu berhubung laporan mengenai Felda. Keputusan itu diambil oleh panel khas Kementerian Dalam Negeri semalam. Dalam satu kenyataan pagi tadi, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri Datuk Zaitun Ab. Samad berkata permohonan pembaharuan permit penerbitan Suara Keadilan yang tamat tempoh kelmarin akan hanya dipertimbangkan apabila penjelasan memuaskan diterima daripada pihak penerbitan akhbar itu. "Bermula dari 1 Julai (semalam), permit penerbitan bagi Suara Keadilan tidak lagi sah dan dengan demikian, penerbitan tersebut tidak boleh dicetak atau diterbitkan," kata beliau. Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, tiada seorang pun boleh mencetak, mengimport, menerbit, menjual, mengeliling atau mengedar atau menawar untuk menerbit, menjual, mengeliling atau mengedar apa-apa akhbar yang dicetak di Malaysia atau di Singapura melainkan jika permit di bawah perengan (a) atau (b) subseksyen (1) seksyen 6 telah diberikan oleh Menteri berkenaan akhbar itu. Dzulkarnain menerangkan secara teliti situasi Suara Keadilan pada masa ini. - Gambar oleh Choo Choy May "Satu surat akan dikeluarkan kepada pencetak berkenaan untuk memaklumkan agar tidak mencetak penerbitan ini sehingga satu keputusan mengenai permohonan pembaharuan permit tersebut dikeluarkan oleh kementerian ini," kata Zaitun. Panel Penilaian Permohonan Permit Penerbitan dan Lesen Mesin Cetak, Kementerian Dalam Negeri telah bersidang semalam dan ia tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh penerbitan Suara Keadilan berkaitan dengan surat teguran kementerian. Selain itu, panel tersebut juga tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Editor Suara Keadilan. Mengenai saman pengurusan Felda, Dzulkarnain berkata, sebagaimana dimaklumkan oleh Naib Presiden PKR R Sivarasa, pihaknya tidak akan membayar sebarang sen kepada agensi itu. "Malah kami juga mengambil pendirian tidak akan memohon maaf kepada Felda sebagaimana dituntut oleh Felda semalam," kata beliau. Dzulkarnain berkata, pihaknya merasakan mahkamah merupakan tempat yang sesuai untuk mencari kebenaran isu berkenaan. "Mahkamah akan merupakan tempat untuk memanggil semua pihak pengurusan Felda, pengerusi, menteri untuk memberi memberi keterangan," katanya. Sehubungan itu beliau mempertahankan bahawa apa yang dilaporkan adalah satu penerbitan yang adil berdasarkan fakta yang diperoleh daripada sumber-sumber berwibawa. "Kami tidak melihat adanya elemen-elemen fitnah, ia adalah satu komen yang adil... sepatutnya Felda yang menyediakan kenyataan jika mereka merasakan bahawa laporan kami ini tidak adil, kami sedia untuk menyiarkan... tetapi sekarang isu ini sudah sampai di tahap ini (tuntutan mahkamah)," katanya. Semalam, Felda mengemukakan notis menuntut ganti rugi RM200 juta serta permohonan maaf daripada PKR berhubung laporan Suara Keadilan, yang mendakwa Felda dikhuatiri akan bankrap. Selain akhbar milik PKR itu, notis tuntutan menerusi syarikat guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak, turut dihantar kepada penerbit akhbar itu, Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd serta pencetaknya, Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd. Tuntutan itu dibuat berdasarkan kerosakan reputasi kepada Felda disebabkan tuduhan ia dikhuatiri bankrap yang terkandung dalam Suara Keadilan bertarikh 22-29 Jun lalu. Suara Keadilan diberi masa tujuh hari untuk membayar ganti rugi berkenaan dan membuat permohonan maaf kepada Felda. Dalam pada itu, Ibrahim berkata beliau menyambut baik tindakan Kementerian Dalam Negeri menyiasat Suara Perkasa berhubung edisi sulungnya. "Itu tanggungjawab pihak berkuasa, jadi ia bukan satu isu bagi saya," kata beliau sambil menambah, pihaknya bersedia untuk menghadapi apa jua tindakan. "Mungkin selepas ini polis akan menyiasat... kalau mereka mendapati kami salah, sila ambil tindakan. Tetapi kami tidak melakukan apa-apa kesalahan," kata beliau. |
| Posted: 02 Jul 2010 05:21 AM PDT Kelab penyokong Pakatan Rakyat (PRBBC) menuduh BN menggunakan agensi dan jentera kerajaan bagi menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.Pengerusi PRBBC Azmin Ali berkata mereka mendapat maklumat bahawa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal dua ADUN Pakatan semalam "bermotifkan politik". "Umno menggunakan institusi seperti SPRM, polis dan pejabat Peguam Negara bagi menumbangkan kerajaan Pakatan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PRBBC pagi ini. Semasa pertemuan itu, dua ADUN yang disoal oleh SPRM semalam - Amirudin Shari (Batu Caves) dan Shuhaimie Shafie (Sri Muda) - menceritakan kepada rakan-rakan bagaimana suruhanjaya itu menyoal mereka berhubung isu pasir kerajaan Selangor. Azmin, yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata selain itu, mesyuarat berkenaan turut membincangkan kononnya berlaku pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Azmin menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai propaganda jentera Umno. Katanya, mesyuarat juga membincangkan situasi semasa Pakatan di Selangor tetapi enggan mengulas lanjut. |
| Kalau Tak Bohong, Bukanlah Umno Namanya.. Posted: 02 Jul 2010 03:32 AM PDT SPR: Nisbah pengundi baru 2:1, bukan 1:40Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan jumlah sebenar pendaftaran bagi pemilih baru antara Melayu dan bukan Melayu adalah dalam nisbah 2:1, bukannya 1:40 seperti yang didakwa seorang pemimpin Pemuda Umno baru-baru ini. Menurut pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) nisbah dua Melayu dan 1 bukan Melayu itu dikira berdasarkan lebih setengah juta pendaftaran baru sejak suku tahun pertama 2008 hinggalah suku tahun pertama pada tahun ini. "Tanyalah dia (Pemuda Umno) daripada mana dia dapat (nisbah 1:40)?" katanya kepada Malaysiakini hari ini. Isnin lalu, Berita Harian melaporkan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pergerakan itu mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu. Pengerusinya Hishamudin Yahya dilaporkan berkata kajian pihaknya itu merangkumi keseluruhan aspek termasuk umur dan jantina membabitkan golongan muda dan tua. Justeru, beliau dilaporkan berkata, senario ini seharusnya menyedarkan orang Melayu bahawa kuasa politik mereka boleh terhapus jika terus enggan mendaftar sebagai pengundi. Dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya hari ini, Abdul Aziz menjelaskan daripada keseluruhan 569, 137 pemilih baru, sebanyak 62 peratus atau 355,807 orang daripada kalangan orang Melayu, Cina sebanyak 23.03 peratus (131,047 orang) dan India 4.89 peratus (27,823 orang). Manakala bagi bumiputera Sabah pula sebanyak 3.67 peratus (20,871 orang), bumiputera Sarawak sebanyak 4.76 peratus (27.104 orang), Orang Asli 0.42 peratus (2,378) dan lain-lain sebanyak 0.72 peratus (4,109 orang). Statistik Mei berbeza Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz pendaftaran pada bulan lalu melalui parti politik menunjukkan golongan Melayu ketinggalan berbanding kaum bukan Melayu. "Mungkin dia petik (yang) itulah," katanya yang mendakwa memantau kadar tersebut setiap bulan. Ditanya adakah nisbah untuk bulan lalu itu boleh mencapai tahap 1:40, Abdul Aziz menjawab: "Kalau yang itu saya tak pasti. Tetapi kalau (nisbah) 1:40 itu, mana dia dapat tanya dialah. "Saya tidak mahu komen nisbah orang lain. (Kalau) satu (Melayu) dengan 40 (bukan Melayu), maknanya 1,000 (Melayu), (bersamaan) 40,000 (orang bukan Melayu)." Abdul Aziz berharap fenomena itu hanyalah bersifat sementara. Beliau juga mendedahkan, DAP merupakan parti politik paling aktif mendaftarkan pengundi baru buat masa ini. "(Buat masa) sekaranglah. Pada bulan Mei, kamu tengok dia (DAP daftar) 14,000 (orang), Umno (hanya) 7,000," katanya. |
| Posted: 02 Jul 2010 03:28 AM PDT KDN panggil Suara Perkasa berhubung edisi sulung Kementerian Dalam Negeri memanggil pengurusan Suara Perkasa bagi mendapatkan penjelasan berhubung kandungan sulung akhbar terbitan Perkasa, yang muka depannya menggesa agar Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong ditahan di bawah ISA. The Malaysian Insider dimaklumkan ketua pengarang Suara Perkasa telah dipanggil menghadap Kementerian Dalam Negeri pukul 5 petang ini. "Ya, Kementerian Dalam Negeri ada memanggil ketua pengarang Suara Perkasa hari ini.. pertemuan sedang berlangsung, mereka jumpa Ketua Setiausaha kementerian," kata sumber kepada The Malaysian Insider sebentar tadi. Perkasa menerbitkan edisi pertama Suara Perkasa semalam. |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan