Biaqpila |
- Ambil wang rakyat untuk bayar APCO - Anwar
- Keputusan TM Liga Perdana 16/07/10
- Protes rancang turun ke jalan raya
- Anak dakwa Osama masih hidup
- Rakyat bukan berfikir dengan kepala lutut
- Kereta 'Sultan' di sita
- Rogol gadis bawah umur
- Nenek dicabul lelaki 50an
- Harga Minyak Akan Turun
- Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat
- 5 naik serentak, rakyat tanggung beban
| Ambil wang rakyat untuk bayar APCO - Anwar Posted: 16 Jul 2010 03:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 16 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan tindakan menaikkan harga barangan termasuk petrol seolah-olah Perdana Menteri sanggup mengambil wang rakyat untuk membayar bil APCO bagi memulihkan imej beliau. "Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Anwar. Beliau mengulas kenaikan pelbagai jenis barangan mulai hari ini berikutan penarikan balik subsidi untuk rakyat oleh kerajaan. Anwar mengecam tindakan itu kerana walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, namun pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia. Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam kenyataan bertulis yang dikeluarnya hari ini. Bagi beliau, tindakan ini dibuat kerana Datuk Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya. Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat, katanya. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan. Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan. Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional. Bagi Anwar, bekas Menteri Kewangan itu, sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional. Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri. Malah, katanya, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta. "Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera," tegas beliau. "Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan. Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga,tambah Anwar. "Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat. "Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat," katanya. Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat. Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku. "Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata," katanya. Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam. Sehubungan itu Anwar menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi: 1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat; 2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat; 3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting 4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara. Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara. Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni, tegasnya. Harakahdaily | |||
| Keputusan TM Liga Perdana 16/07/10 Posted: 16 Jul 2010 10:05 AM PDT
| |||
| Protes rancang turun ke jalan raya Posted: 16 Jul 2010 09:00 AM PDT Dzulfikar Mashoor & Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, 16 Julai: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) tidak menolak kemungkinan akan mengajak rakyat ke turun ke jalan raya ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) mulai tengah malam tadi. Penyelaras Protes, Dr. Mohd Hatta Ramli ketika memberitahu perkara itu berkata, tindakan itu bagaimanapun hanya akan diputuskan pada meyuarat Protes yang dijadualkan Ahad ini. "Kita tidak menolak kemungkinan turun ke jalan raya dalam masa terdekat. Pengalaman kita yang lepas bila rakyat tunjukkan kemarahan, baru kerajaan sedar dan akur dengan kesusahan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai ketika dihubungi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen manakala RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik. Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram. Menurut Najib, dengan kenaikan yang didakwa sebagai 'penyelarasan harga' tersebut, kerajaan dijangka dapat menjimatkan RM750 juta perbelanjaan negara tahun ini. Namun bagi Protes, strategi kerajaan itu akan terus membebankan rakyat biarpun kerajaan mendakwa kenaikan itu kecil dan tidak membebankan. Menurut Hatta lagi, kenaikan tersebut mencerminkan bahawa senario ekonomi negara gagal dipulihkan seperti yang dicanangkan Najib melalui Dasar Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) sebelum ini. "Kononnya akan tumbuh 6 peratus, tetapi kenaikan ini tentunya memberi jawapan sebaliknya," ujar beliau yang juga Bendahari PAS Pusat. Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara dengan tidak mengutamakan kepentingan rakyat. "RM570 juta (subsidi) mahu diselamatkan, sedangkan kerajaan sanggup berpelanja lebih 800 juta untuk buat istana negara yang baru," ujarnya lagi sambil menganggap bahawa fizikal istana negara yang sedia ada masih dalam keadaan baik. Sehubungan itu, katanya lagi, tindakan yang dianggap bijak oleh Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I itu bakal meninggalkan kesan berantai pada rakyat. "Najib mungkin anggap langkah itu bijak dan menguntungkan kerajaan, sedangkan kenaikan harga barang-barang ini sudah tentu memberi kesan berantai (seperti) inflasi dan kos hidup melambong naik," tegasnya lagi. Mengulas dakwaan kerajaan bahawa pemotongan subsidi ini bagi menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia, Hatta berkata ianya sangat tidak wajar kerana Klinik 1Malaysia bersifat program politik Umno BN. Semalam, Najib di depan perwakilan Umno Kedah menegaskan bahawa kenaikan harga barang-barang keperluan rakyat itu sebagai langkah mengurangkan subsidi yang selama ini ditanggung kerajaan. Namun, beliau tidak pula menjelaskan langkah proaktif kerajaan dalam menangani isu rasuah, ketirisan serta pembaziran dalam urus tadbir kewangan negara yang sebelum ini dipercayai umum lebih besar dari angka RM570 juta subsidi yang telahpun dirampas balik daripada rakyat. harakahdaily | |||
| Posted: 16 Jul 2010 07:00 AM PDT ![]() OMAR dan isterinya, Zaina semasa mereka belum berpisah. LONDON - Omar bin Laden yang merupakan anak pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden menyatakan bapanya masih hidup, lapor sebuah akhbar semalam. "Bapa saya berada di bumi tetapi saya tidak mengetahui di mana dia berada. Dia masih hidup. Jika orang seperti itu (Osama) meninggal dunia, anda tidak boleh merahsiakannya. Dunia akan berubah jika dia meninggal dunia," lapor akhbar The Sun. Omar, 29, bersetuju untuk diwawancara oleh akhbar itu bagi menceritakan kehidupannya selepas dia berpisah dengan isterinya, Jane Felix-Browne berumur 53 tahun yang merupakan seorang rakyat Britain. Jane yang memeluk agama Islam selepas mereka mendirikan rumah tangga pada September 2006 di Mesir mengumumkan perpisahan dengan Omar pada awal bulan ini. Wanita itu yang menggunakan nama Zaina selepas memeluk Islam menyatakan Omar menghidap penyakit skizofrenia dan kerap mendengar suara Osama di dalam kepalanya sebagai alasan perpisahan mereka. Menyentuh mengenai bapanya, Omar berkata: "Saya masih meyaya- nginya, pastinya saya sayang pada- nya. Dia adalah bapa saya. "Saya merinduinya sebagai bapa tetapi kami saling berlainan. Saya mahukan keamanan." Tempat persembunyian Osama tidak diketahui dengan tepat sehingga kini menyebabkan terdapat dakwaan bahawa dia telah meninggal dunia. Namun, Osama kerap dikatakan bersembunyi di kawasan pergunungan di Afghanistan dan Pakistan. Omar turut menyatakan bahawa dia mahu memberi nama Osama kepada bayi yang dikandung oleh se- orang ibu tumpang dari Britain sempena nama bapanya. "Jika bayi itu seorang lelaki, saya akan memanggilnya Osama. Namun, saya berharap dia (anaknya) akan mempunyai sikap pentingkan ke- amanan. "Adalah sesuatu yang tradisi untuk menamakan anak dengan nama datuk," katanya. Namun, Zaina yang tidak boleh melahirkan anak mahu memberikan nama Elizabeth jika ibu tumpang ter- sebut melahirkan anak perempuan sempena nama pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II. Wanita itu juga mahu memberi nama William jika anak yang dilahirkan itu lelaki. Menurut Omar, dia akan menjaga anaknya itu dengan baik termasuk wanita yang bersetuju menjadi ibu tumpang untuk anak mereka, Louise Pollard dari Britain.
Pollard hamil dengan menggunakan teknik persenyawaan tabung uji. Menyentuh mengenai perpisahannya dengan isterinya, dia berkata: "Saya telah berkahwin selama empat tahun dan kami amat gembira. "Namun, saya memberi- tahu dia (isterinya) saya tidak boleh meneruskan lagi. Saya mahu berpisah, saya tidak mahu kembali semula ke alam perkahwi- nan." Omar melarikan diri dari Afghanistan pada April 2001 sebelum bapanya menjadi lelaki yang paling dikehendaki di dunia kerana didakwa menaja keganasan. Pada Mei 1996, Osama meninggal- kan kawasan pergunungan Tora Bora di Afghanistan dan memilih Omar untuk menemaninya dan mewujudkan kem latihan pengganas. Omar menjadi tukang pembuat teh peri- badi bapanya dan tinggal dalam pondok yang sejuk. Semasa itu, dia yang masih remaja diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan raifal Kalashnikov dan belajar memandu kereta kebal Rusia. Omar dilahirkan di Arab Saudi oleh isteri pertama Osama, Najwa. Dalam wawancara itu, Omar menyatakan bahawa dia meminati penyanyi Madonna dan pemain bola sepak Piala Dunia Argentina, Lionel Messi. Omar menyatakan impiannya untuk keluar bersama pelakon terkenal Hollywood, Drew Barrymore. "Saya bujang sekarang dan dia (Barrymore) merupakan wanita paling cantik di Holly- wood," katanya. - Agensi kosmo | |||
| Rakyat bukan berfikir dengan kepala lutut Posted: 16 Jul 2010 05:00 AM PDT ![]() Gambar: Subsidi yang tidak menepati sasaran.Pemuda ini mengalami defisit fiskal kerana kerajaan tidak menaikkan kadar minima derma dn sedekah sebagaimana kekerapan kenaikan harga petrol. BERITA SEMALAM: Kerajaan akan menambah 15 peratus lagi bekalan gula kepada pemborong dan peruncit di seluruh negara mulai Khamis ini sehingga September, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, penambahan stok bekalan itu bagi menghadapi permintaan yang tinggi dan menampung keperluan di musim perayaan. BERITA HARI INI: PM kita kata: Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat. DEY MACHA!!! SEDAP GIGI JE HANG PA NI BAGI ALASAN.SORANG SURUH KENCING MANIS,SORANG SURUH ELAK KENCING MANIS.LAST-LAST RAKYAT YANG KENA KENCING.KAH!KAH!KAH! WAKA!WAKA!EH!EH! P/s: Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk membeli sebijik lagi kapal selam tahun ini....kah!kah!kah!!!! | |||
| Posted: 16 Jul 2010 03:00 AM PDT ![]() BUKTI ...Abd Razak (kanan) menunjukkan kereta mewah dan plat kuning pada kereta Rolls-Royce, semalam. Umpan Rolls-Royce SERDANG: Umpan digunakan sebuah syarikat pelaburan bukan calang-calang kerana dikatakan sanggup mengeluarkan modal menyewa sebuah kereta mewah model Rolls-Royce bernilai RM2.85 juta untuk meyakinkan pelabur asing. Selain itu, kereta mewah terbabit turut menggunakan plat kuning tertera nama DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al Marhum YAM Raja Tuah Shah, Raja Kesultanan Melaka Darul Islam diletakkan ketika satu majlis pelancaran sebuah bangunan di Bandar Puteri, Puchong kira-kira jam 1.30 tengah hari, semalam. Bagaimanapun, gimik pihak terbabit berakhir apabila polis merampas kereta mewah berkenaan dan menahan seorang lelaki selepas curiga dengan nombor pendaftaran digunakan. Ketua Polis Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, hasil siasatan mendapati kereta mewah terbabit sengaja dipamerkan pihak penganjur bertujuan meyakinkan pelabur asing yang hadir dalam majlis pelancaran berkenaan. "Sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan di sekitar kawasan berkenaan, mendapati kenderaan mewah dipamerkan itu menjadi tumpuan terutama kira-kira 150 pelabur asing dari Hong Kong, China dan Vietnam. "Curiga keadaan itu anggota polis menghampiri kereta mewah itu," katanya. Menurutnya, ketika itu ada tiga lelaki berusia antara 20 hingga 35 tahun yang mendakwa sebagai pemandu dan juga penganjur majlis berada di situ sebelum polis menjalankan pemeriksaan. "Pemeriksaan mendapati pemandu kereta positif dadah jenis ketamin dan kini ditahan untuk siasatan lanjut. "Dua lagi lelaki dibebaskan dan polis masih menjalankan siasatan dan kemungkinan beberapa individu lain ditahan," katanya. Menurutnya, siasatan mendapati, kenderaan mewah itu milik syarikat sebuah jualan kereta terpakai dan disewa menggunakan nama Sultan Melaka untuk menarik kepercayaan pelabur asing. Abd Razak berkata, pihaknya akan mendapatkan keterangan Raja Noor Jan sama ada mengetahui namanya digunakan syarikat pelaburan berkenaan. "Kita akan merujuk kes kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lelaki ditahan itu disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya," katanya. HM | |||
| Posted: 16 Jul 2010 01:00 AM PDT ![]() KOTA BHARU – Mahkamah Sesyen di sini semalam menyaksikan seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan dikenakan 14 sebatan setelah didapati bersalah merogol seorang gadis bawah umur. Hakim Rofiah Mohamad menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan tujuh sebatan bagi pertuduhan pertama serta hukuman 14 tahun penjara dan tujuh sebatan bagi pertuduhan kedua terhadap Mohd Zain Deraman, 42, dari Kampung Limbat, Kubang Kerian. Rofiah turut mengarahkan hukuman penjara untuk tempoh berkenaan berjalan secara serentak berkuat kuasa dari tarikh hukuman dijatuhkan iaitu semalam. Berdasarkan pertuduhan pertama yang dihadapi, Mohd Zain didakwa merogol seorang perempuan Melayu berusia 12 tahun tujuh bulan pada 20 September 2003. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Likong, Limbat dekat Kubang Kerian kira-kira jam 12 tengah hari. Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd Zain didakwa merogol mangsa yang sama di rumah yang sama pada awal bulan Disember 2003 kira-kira jam 10 malam. Atas kesalahan itu, dia didapati melakukan dua kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat. Dalam prosiding semalam, Mohd Zain diwakili peguam Mohd Yusoff Yaacob sementara pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin. SH | |||
| Posted: 15 Jul 2010 11:00 PM PDT KUALA PILAH - Seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an bertindak gila apabila nafsu menguasai pemikirannya sehingga tergamak menjadikan wanita bergelar nenek yang menoreh getah sebagai sasaran melepaskan nafsu serakahnya, di sini. Lelaki terbabit secara tiba-tiba mendekati mangsa yang ketika itu berseorangan, sebelum menolaknya sehingga terjatuh. Menurut sumber, sebaik sahaja nenek berumur 68 tahun terjatuh, lelaki itu menindih badan wanita malang itu yang ketakutan dan tidak berani melawan. Kemudian, lelaki terbabit bertindak ganas membuka pakaian mangsa tetapi nenek berkenaan berusaha menolak keinginan lelaki itu yang mahu melakukan hubungan seks bersamanya. Lelaki yang dikatakan mempunyai beberapa anak itu tidak berputus asa walaupun hasratnya ditolak. Selang beberapa minit mencabul mangsa, suspek akhirnya mengalah dan meninggalkan wanita itu di ladang getah terbabit. Wanita yang terkejut dengan perbuatan suspek bergegas pulang ke rumah kerana takut diperlakukan seperti itu lagi dan membuat laporan polis tidak lama kemudian. Difahamkan, sepasukan polis yang menerima maklumat melakukan siasatan lanjut sebelum memberkas suspek di sekitar lokasi kejadian sehari selepas laporan diterima. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Suprintendan Jaafaf Baba mengesahkan kejadian jam 7.30 pagi, Sabtu lalu dan siasatan masih dijalankan. "Suspek sudah ditahan dan direman bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul kehormatan. "Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 06-484 2222," katanya. SH | |||
| Posted: 15 Jul 2010 09:00 PM PDT Sekali lagi kita dihadiahkan dengan berita kenaikan harga minyak dan barang runcit. Tetapi kali ini lebih istimewa kerana pakej 5 dalam 1 merupakan hadiah dari Kerajaan 1Malaysia setelah berbulan-bulan menunggu masa dan waktu untuk menaikkan harga. Ditambah pula dengan pengumuman setelah sessi Dewan Rakyat tamat. Ini menunjukkan Kerajaan kita betul-betul "berjiwa rakyat!" Adakah masih ada harapan harga minyak akan diturunkan. Ya! Harga minyak akan diturunkan semula menjelang Pilihanraya Umum ke-13. Harga minyak Malaysia dinaikkan secara mengejut, walhal harga minyak dunia diramalkan menurun lagi. Harga minyak dikatakan menurun sebanyak 6 kali berturut-turut sejak 9 Jun. Oil Prices Headed Lower. ![]() Graf diatas adalah graf kaitan antara Pilihanraya Kongress di Amerika dan harga minyak pada tahun 2006. Menjelang Pilihanraya Kongress pada 7 November 2006, harga minyak diturunkan 60 hari sebelum pilihanraya diadakan. Baca lebih lanjut disini. Yang menariknya, taktik yang serupa diguna pakai menjelang Pilihanraya Parlimen Permatang Pauh dimana kerajaan pada awalnya berkata harga minyak tidak akan turun sebelum 1 Sept tetapi pada 22 Ogos, harga minyak diturunkan sebanyak 15 sen. Baca lebih lanjut di sini dan sini. Harga minyak memang akan turun. Persoalannya bila? Bila harga minyak diturunkan, rakyat sekali lagi akan terpedaya dan terpesona serta lunak dengan sikap kerajaan dan sekali lagi akan memangkah UMNO/BN pada Pilihanraya Umum akan datang. Kerajaan dengan bangganya mengaku ekonomi negara sangat kukuh dan meningkat. Jika meningkat mengapa semuanya harus dinaikkan? Memang kerajaan tidak ada wang. Sebab itulah, judi mahu dihalakan, saman ekor, kenaikan harga runcit secara tiba-tiba. Semua ini untuk mengumpul dana bagi menghadapi Pilihanraya akan datang. Bukan mudah untuk merampas 5 buah negeri Pakatan Rakyat. Belanja mesti besar! Kita disuruh berjimat, tetapi kerajaan membelanjakan wang rakyat sewenang-wenangnya. Adakah kali ini kita akan tertipu lagi? harga petrol semasa malaysia-post | |||
| Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat Posted: 15 Jul 2010 07:00 PM PDT ![]() Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)." Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT. Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya. Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW. Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia azhariasmah | |||
| 5 naik serentak, rakyat tanggung beban Posted: 15 Jul 2010 05:00 PM PDT Oleh Dr Azman Ibrahim Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah m Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram. Perdana Menteri ketika mengumumkan kenaikan memberikan alasan. Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah. Persoalannya, walaupun dikatakan kenaikan ini adalah demi mengelakkan pengaliran subsidi kepada sasaran yang salah, tetapi akhirnya beban akan ditanggung oleh rakyat berpendapatan rendah. Kerajaan perlu menjelaskan secara tepat bagaimana penjimatan dari subsidi ini akan dibelanjakan untuk faedah golongan berpendapatan rendah. Masih kita ingat ketika kenaikan harga petrol dan diesel secara besar-besaran beberapa tahun dahulu, dijanjikan wang penjimatan akan digunakan untuk memajukan perngangkutan awam tapi janji tinggal janji. Kini dijanjikan pula penjimatan subsidi akan diagihkan kepada bidang pelajaran dan kesihatan. Umum sedia maklum kos pendidikan di Malaysia dan belanja untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan adalah di antara dilema bagi rakyat berpendapatan rendah. Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini. Kalau benar bagai dikata, jelas rakyat bawahan telah terpaksa memikul beban ekoran ketidak mampuan pihak keselamatan menguatkuasakan undang-undang dan menjaga kedaulatan sempadan negara. Apa jaminan selepas kenaikan ini penyeludupan tidak akan berlaku lagi? Kalau penyeludupan masih berlaku, apakah harga akan dinaikkan lagi? Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat. Benarkah harga bahan bakar di Malaysia terlalu murah sehingga dibazirkan sewenangnya oleh rakyat? Selalu kita dengar kempen jimatkan elektrik dan air tapi tidak pernah kita dengar ada kempen jimatkan penggunaan petrol dan gas. Petrol dan diesel yang diisi ke dalam kenderaan adalah berdasarkan keperluan dan perjalanan juga berdasarkan keperluan. Amat jarang dan hampir tidak pernah terdengar rakyat yang secara suka-suka membazirkan petrol dan gas. Hujah yang mendakwa gejala berat badan berlebihan dan diabetes mempunyai kaitan dengan harga gula perlu diperkemaskan dengan kajian saintifik dan disokong dengan fakta ilmiah. Saya berpendapat fakta ini terlalu umum dan sangat lemah untuk dipertahankan. Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu, Terengganu. DD |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan