Ahad, 4 Julai 2010

Biaqpila

Biaqpila


Duda ratah anak ditahan

Posted: 04 Jul 2010 03:00 AM PDT

KOTA KINABALU: Kelaparan menyebabkan seorang duda berusia 43 tahun yang disyaki merogol tiga anak kandungnya keluar dari tempat persembunyian di dalam hutan sebelum dicekup polis ketika mencari makanan di dapur rumahnya, di sini, kelmarin.

"Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota polis dan unit anjing pengesan mengepung rumah terbabit sebelum melakukan serbuan.


"Suspek berjaya ditahan di dalam rumahnya dipercayai akibat kelaparan selepas beberapa hari bersembunyi di dalam hutan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Terdahulu, Mohd Isa berkata, polis menerima maklumat awal mengenai kelibat suspek di rumahnya dari penduduk kampung kira-kira jam 3 petang hari sama tetapi disedari suspek apabila anjing peliharaannya menyalak lalu melarikan diri semula ke dalam hutan.


"Polis akhirnya mengambil keputusan untuk bersembunyi di sekitar rumah suspek dan tindakan ini tepat berikutan lelaki berkenaan kembali semula ke rumahnya beberapa jam selepas itu," katanya.

Menurut Mohd Isa, siasatan lanjut terhadap rumah suspek turut menemui 32 kelongsong peluru senapang patah bersama 10 bahan peledak. "Suspek dipercayai memiliki senjata api buatan sendiri dikenali sebagai 'bakakuk' tetapi polis gagal menemui senjata terbabit di rumahnya.


"Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960," katanya.


Harian Metro pada Khamis lalu melaporkan tiga beradik menjadi mangsa rogol ayah kandung mereka sebelum ia terbongkar selepas anak bongsunya berusia 11 tahun secara tidak sengaja menceritakan perkara itu kepada ibu saudaranya.


Ibu saudara mangsa yang terkejut mendengar pengakuan kanak-kanak itu menghubungi ibu mangsa sebelum membuat laporan polis.


Lelaki itu yang berpisah dengan isterinya sejak 2005 dipercayai tinggal bersama ketiga-tiga mangsa dan mula merogol semua mereka yang masing-masing berusia 11, 13 dan 14 tahun sejak awal Januari lalu.

HM

Pendirian Anwar dan PKR tentang Zionis

Posted: 04 Jul 2010 01:00 AM PDT

Jonson Chong, Pengarah Komunikasi


Nasib rakyat Palestin dan peranan kerajaan zionis Israel menjadi masalah antarabangsa dan kemanusiaan, dan bukan untuk ahli-ahli politik Malaysia mengambil peluang menawan hati para pengundi Melayu beragama Islam. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan sentiasa bersikap adil dan melayan semua rakyat dengan saksama serta rakyat di negara lain yang tertindas.

Empat pemimpin Umno telah menyuarakan pandangan mereka tentang pendirian Anwar Ibrahim berhubung sikap agresif Zionis, terutamanya mengenai artikel dalam The Washington Post yang disiarkan baru-baru ini. Pemimpin-pemimpin Umno ini — Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin — lekas mengambil kesempatan ini untuk memutar belit kenyataan penulis, yang menulis:

Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis", yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika sekiranya ia boleh mencetuskan banyak salah faham?" Beliau berkata, "saya perlu lebih berhati-hati."

Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno ini tidak dapat memahami Bahasa Inggeris yang mudah ini, maksudnya ialah Anwar kesal menggunakan istilah seperti yang digunakan oleh Presiden Iran kontroversial, iaitu Mahmoud Ahmadinejad, yang boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat antarabangsa. Anwar kemudian secara merendah diri mengakui beliau perlu lebih berhati-hati cara beliau mengkritik kerajaan Zionis Israel, khususnya dalam situasi di mana tuduhan anti-semitik sangat berleluasa.

Bagaimanapun, pendirian Anwar dan KEADILAN tentang tindakan agresif 'Zionis' terhadap rakyat Palestin sangat jelas. Kami mengutuk serangan ganas terhadap kapal flotila Gaza baru-baru ini, diskriminasi, penindasan dan keganasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin oleh kerajaan Israel, termasuk menyoal peranan Amerika Syarikat menyokong rejim 'Zionis'. Pada masa yang sama, kami menghormati semua hak orang Yahudi terhadap tanah air sendiri dan juga hidup secara aman bersama orang-orang Islam dan rakyat Palestin beragama Kristian. Malahan kami menolak diskriminasi, penindasan dan keganasan di Malaysia dan di luar negara.

Mengenai sindiran bahawa Anwar rapat dengan orang-orang Yahudi Amerika, beliau secara terbuka menjelaskan bahawa mereka adalah kenalan beliau ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Anwar memang menggunakan setiap peluang yang beliau perolehi untuk membangkitkan isu Palestin dan mendesak supaya pertikaian di Timur Tengah ditamatkan segera.

Apa yang kerajaan pimpinan Umno telah lakukan? Menteri Pertahanan Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan sulit dengan rakan sejawatnya dari Israel. Muhyiddin dan Khairy menyokong keputusan Perdana Menteri Najib Tun Razak melantik Apco (yang disyaki mempunyai hubungan dengan Zionis) pada kadar bayaran RM77 juta setahun. Dan lebih mengecewakan ialah tindakan Rais menggunakan kuasanya untuk memastikan media arus perdana mengikut rentak Umno-Barisan Nasional, yang kini menerima nasihat daripada Apco.

Jika kerajaan Umno-BN mahu menyampaikan maklumat terkini tentang nasib rakyat Palestin dan menunjukkan pendirian mereka tentang tindakan agresif 'Zionis', sila arahkan media arus perdana menterjemah dan menyiarkan artikel sepenuhnya dari The Washington Post dan mengatur satu majlis debat melalui siaran terus menerus di antara Anwar dan Najib. Biar semua rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang dibuat oleh Apco di Malaysia.

harakahdaily

Perdana Menteri Itali upah penari lucah dalam hotel

Posted: 03 Jul 2010 11:00 PM PDT

2010/07/04

BRASILIA: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, didakwa membayar upah lebih RM4,400 kepada sekumpulan wanita jelita untuk menghiburkannya ketika melakukan lawatan rasmi ke Brazil, lapor media semalam.

Lebih menarik, kumpulan itu diberitahu kononnya mereka dipilih menjalani uji bakat bagi program televisyen di Itali dan Berlusconi, 73, mahu melihatnya terlebih dulu.


Seorang daripada penari itu, Alexandra Valenca, 28, berkata mereka pergi ke Hotel Tivoli di Sao Paolo dan di situ ada disediakan hidangan mewah Itali.


"Kami cuma diberitahu mereka mahu mencari penari Brazil yang berbakat untuk program televisyen Itali dan akan akan mula disiarkan dua minggu lagi," katanya, semalam.


Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika Berlusconi mengetuai delegasi negaranya - termasuk sekumpulan ahli perniagaan - melawat Brazil.

Pada Isnin itu, mereka mempunyai jadual ketat, termasuk bertemu Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva. Kata Alexandra, Berlusconi seorang lelaki yang mempesonakan sesiapa yang melihatnya.


"Kami mengadakan persembahan selama 12 minit tetapi saya tidak menunggu di situ selepas majlis tamat.


"Rasanya, parti itu berlanjutan sepanjang malam," katanya.


Sementara itu, pejabat Berlusconi menafikan laporan itu dan berkata, pada hari kejadian, rombongan perdana menteri itu menghadiri majlis anjuran ahli perniagaan tempatan.


"Ia adalah satu daripada majlis dihadiri Berlusconi dan turut membabitkan persembahan tarian tradisional Brazil," kata kenyataan itu. - Agensi

kosmo


Jerman Belasah Argentina (Video Jaringan)

Posted: 03 Jul 2010 09:00 PM PDT

Lawak Ahad: Bola

Posted: 03 Jul 2010 07:00 PM PDT



Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30 minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Hingga hari ini tiada saintis sukan ataupun pemain-pemain veteran yang dapat memberikan jawapan yang tepat.

Hangpa nak tau sebab apa bolasepak dimainkan dalam 45 minit?

Sebabnya ialah:

Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah "bola pengadil..."

kah!kah!kah!


Serang Anwar Tapi Enggan Putus Hubungan Apco

Posted: 03 Jul 2010 05:00 PM PDT


Media arus perdana terus memainkan kunjungan Dato Seri Anwar Ibrahim ke Washington DC, dengan pemimpin BN berganding-bahu dengan media pro-Zionis untuk mengecam dan mencemar imej pemimpin Pakatan Rakyat itu.

Utusan Malaysia dan media pro-BN memetik laporan dan rencana asing untuk memaparkan Anwar tunduk kepada Washington DC selepas beliau dikritik hebat kerana kenyataan yang disifatkan anti-semitik oleh pertubuhan-pertubuhan pro-Israel.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar bagaimanapun berkata Anwar di Washington DC tempoh hari tidak sama-sekali memohon maaf kepada rejim Tel Aviv mahupun dan enggan menarik-balik kecamannya terhadap Rumah Putih dan mana-mana syarikat berkaitan Zionis.

Shamsul berkata demikian mengulas serangan media mutakhir ini yang mendakwa Anwar berlutut kepada komuniti Yahudi, yang berang dengan serangan Anwar terhadap persekongkolan Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan firma rundingan berkaitan Zionis, APCO Worldwide.

Najib sebelum ini dikecam hebat kerana melantik firma kontroversi itu untuk membantu kerajaan Umno. Najib juga dikritik kerana bersekutu dengan Presiden Barack Obama dalam menekan republik Islam Iran.

Disebalik serangan terbaru terhadap Ketua Pembangkang ini, Shamsul berkata Najib, dan jemaah menteri Umno masih enggan memutuskan hubungan mereka dengan firma berkaitan Zionis, Apco Worldwide.

"Apa yang kita lihat Utusan ,seolah-olah Utusan memainkan berita bahawa Anwar ini pula agen Yahudi, dan kemudian kita dedahkan kerajaan barisan nasional dibawah Dato' Najib melantik firma yang didokongi oleh orang-orang yang terlibat dalam tentera perisikan ini dan kita dedahkan dalam Parlimen dan kita dedahkan bukti bahawa barisan nasional sebenarnya kerajaan yang betul-betul menggunakan khidmat Israel dan zionism ini dengan bayaran RM77 juta, jadi ada bezanya antara BN yang menggunakan khidmat terus dengan Dato' Seri Anwar yang menerangkan apa yang berlaku di Malaysia ini," katanya.

Pemerhati politik menyifatkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak kini berlumba-lumba untuk membina imej di luar negara, terutamanya untuk bergambar bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Najib juga membuat kejutan dengan mengambil pendirian untuk bersekutu dengan Washington DC dalam menekan republik Islam Iran.

Shamsul menjelaskan kewibawaan dan ketrampilan Anwar di persada antarabangsa tidak dapat disangkal mana-mana pihak, bahkan Ketua Pembangkang itu tidak perlu menikam belakang mana-mana negara Islam atau melantik mana-mana firma berkaitan Zionis untuk menjalin kerjasama dengan dunia luar.


"Itu adalah satu jemputan Woodrow, satu pertubuhan yang meminta ,beliau untuk memberi ucaptama mengenai Islam and democracy in southeast asia,itu adalah satu isu yang terus menerus diperjuangkan oleh Dato' Seri Anwar,tokoh reformasi di rantau asia ini,mengungkapkan makna Islam dan demokrasi,dalam masa yang sama beliau mengambil kesempatan untuk bertemu dengan tokoh-tokoh penting di dalam negara Amerika,tidak timbul dia datang ke sana untuk memujuk,dan menagih simpati daripada mereka yang Yahudi dan jew dan sebagainya di Amerika," katanya.

Shamsul berkata Anwar mengambil peluang dari jemputan Woodrow itu untuk menjelaskan bahawa penentangan masyarakat Islam Malaysia adalah terhadap ideologi Zionis, dan rejim Israel yang menjajah bumi Palestin.

Bantahan kepada pencerobohan perisik Israel ke Bukit Aman serta perlantikan firma perunding berkaitan Zionis adalah manifestasi kemarahan rakyat Malaysia yang menolak ideologi gasar itu.

"Saya yakin,penegasan yang dibuat oleh Dato' Seri Anwar itu jelas Dato' Seri Anwar menerangkan apa yang dimaksudkan dengan Zionism dalam konteks masyarakat Islam di rantau asia khususnya di Malaysia bahawa Zionism itu satu perkara yang bersifat ganas, satu fahaman yang membawa kepada penjajahan,dan penjarahan,satu fahaman yang membawa kepada agression,kepada keganasan dan ini yang diterangkan oleh Dato' Seri Anwar," katanya.

tvs

Piala Dunia: Sepanyol tewaskan Paraguay

Posted: 03 Jul 2010 01:26 PM PDT



Keputusan Suku Akhir Piala Dunia 2010:

PARAGUAY 0 - 1 SEPANYOL

JOHANNESBURG: Sepanyol menewaskan Paraguay 1-0 dalam perlawanan terakhir peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 sebentar tadi.

Sepenyol akan bertemu Jerman yang terdahulu membelasah Argentina 4-0 pada 7 Julai ini.


Live Piala Dunia: Paraguay vs Sepanyol

Posted: 03 Jul 2010 11:25 AM PDT

Piala Dunia: Jerman Belasah Argentina

Posted: 03 Jul 2010 08:54 AM PDT



Keputusan Perlawanan Suku Akhir Piala Dunia 2010:

ARGENTINA 0 - 4 JERMAN

2010/07/03

CAPE TOWN: Jerman menewaskan Argentina 4-0 pada perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Green Point sebentar tadi.

Jerman mendahului menerusi jaringan Thomas Mueller pada minit ketiga.
Miroslav Klose menambah gol pada minit ke-68 dan Arne Friedrich pada minit ke-74.
Klose sekali lagi menemui gawang seminit sebelum tamat permainan.

Berikutan kemenangan itu, Jerman mara ke peringkat separuh akhir dan akan bertemu sama ada Sepanyol atau Paraguay yang akan berentap pagi ini.


Tiada ulasan: