Sabtu, 24 Julai 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


UMNO Yang untung disebalik 'Perpaduan Melayu'

Posted: 24 Jul 2010 07:06 AM PDT

PAS tewas di Terengganu dan Perlis sebab negeri itu negeri Melayu dan PAS tidak boleh bersaing dengan Umno. Ertinya Umno menggunakan PAS untuk memecahkan Pakatan Rakyat kerana PR bergantung kepada PAS. Ini mekanisma yang Umno lihat

Oleh Fazy Sahir

PETALING JAYA: Semuanya bermula dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang menyatakan kesediaan Umno bekerjasama dengan PAS, sehingga membawa polemik politik ini berterusan dicanang di media-media massa.

Umno membuka 'dasar buka pintu', namun sehingga kini tiada nada positif diberi malah pemimpin tertingginya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat awal-awal lagi sudah menutup pintu tersebut.

Menurut ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari, 'pelawaan' Umno itu hanya untuk memecahkan PAS daripada rakan seangkatan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Tidak syak lagi ini adalah helah politik Umno. Mereka tahu jika PAS termakan pujukan, PAS akan maut kerana kerusi yang dimenangi dengan sokongan bukan Melayu. Begitu juga negeri seperti di Kedah.

"PAS tewas di Terengganu dan Perlis sebab negeri itu negeri Melayu dan PAS tidak boleh bersaing dengan Umno. Ertinya Umno menggunakan PAS untuk memecahkan Pakatan Rakyat kerana PR bergantung kepada PAS. Ini mekanisma yang Umno lihat," katanya kepada Free Malaysia Today.

Menurut beliau, Umno sentiasa mendapat keuntungan daripada polemik politik ini, sedangkan PAS masih terkial-kial kerana mempunyai 'musuh dalam selimut'.

Umno dilihat bijak dengan memainkan isu tersebut agar dapat memesongkan perhatian rakyat daripada isu ekonomi, rasuah yang sentiasa dibangkitkan Pakatan.

Prof Aziz Bari "Kerjasama ini sukar terjadi kerana tokoh utama iaitu Nik Aziz menentang keras. Dari perspektif Umno isu ini menguntungkan mereka kerana sekali lagi mereka dapat mengganggu permainan dengan isu yang tidak relevan ini.

"Isu ini dapat memesongkan perhatian rakyat dari isu lain seperti ekonomi,rasuah dan lain-lain yang penting buat Pakatan. Sebab itu yang untung – baik ia menjadi atau sebaliknya – ialah Umno.

Apa pun kesudahannya Umno sudah untung; PAS terkial-kial kerana di dalam kelambunya ada musuh dalam selimut," katanya yang juga pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa.

Setuju dengan Khalid

Malah beliau turut bersetuju dengan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad agar pemimpin yang menemui Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dipecat dalam parti.

"Saya fikir adalah bodoh kalau PAS ikut cakap Umno dan saya setuju dengan Khalid Samad yang mahukan pemimpin menemui Mufti Harussani ini dipecat.

"Pemimpin berkenaan jelas membelakangkan parti dan mementingkan diri sendiri. Kita lihat mereka yang dikaitkan dengan kerajaan perpaduan agak resah, mungkin mereka yang makan cili," katanya.

Harussani yang menawarkan diri sebagai pengantara baru-baru ini mendedahkan terdapat pemimpin PAS dan Umno menemuinya bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti bermusuh itu.

Namun masih tiada penjelasan lanjut diberi Harussani menyebabkan timbul banyak spekulasi di dalam kem PAS sendiri.

'Kerjasama dapat kurangkan perbezaan dua parti'

Umno-PAS 1Sementara itu, menurut Presiden Transparency International (Malaysia), Tan Sri Ramon Navaratnam setuju sekiranya tujuan kerjasama itu adalah untuk memperbaiki perpaduan masyarakat di negara ini.

Sambil merujuk kepada PAS-Umno, menurutnya melalui kerjasama yang akan terjalin itu dapat mengurangkan jurang perbezaan antara dua parti terbabit.

"Semua kerjasama antara parti politik adalah sesuatu yang baik, tetapi ia mesti bertujuan untuk meningkatkan perpaduan sedia ada. Harap ia bukan helah politik.

"Jika semua berminat masyarakat tanpa kira agama dan bangsa turut bersetuju kerana ia mengingatkan tentang Malaysia. Ini sekaligus dapat mengurangkan jurang perbezaan antara dua parti yang bertelagah," katanya.

Namun beliau memberi peringatan agar kerjasama itu bukanlah berkisarkan Melayu dan Islam semata-mata kerana ia bakal memberi implikasi kepada parti lain serta konsep Barisan Nasional.

"Mereka tidak boleh bersatu…ini Umno perlu jaga, jika berkongsi pendapat tidak mengapa. Tetapi bukan bersatu.

"Jika penyatuan ini berlaku, parti komponen lain seperti MIC,MCA, serta parti di Sabah dan Sarawak turut melakukan perkara yang sama.

Maka konsep BN akan hilang….," katanya memberi nasihat.


Free Malaysia Today

UMNO/BN Serang PR Selangor bila gagal terus rompak harta negeri.

Posted: 24 Jul 2010 03:51 AM PDT

"Yang menghairankan ialah kenapa tiada seorangpun pemimpin Umno yang berani mengkritik pengurusan kerajaan Umno-BN Johor pimpinan Datuk Abdul Ghani Othman di mana kes perlombongan pasir haram adalah yang paling teruk pernah dilaporkan, walaupun selepas isu ini telah dihebohkan oleh pihak media tidak lama dahulu,"


Pemimpin, Kroni Umno-BN Serang Pakatan Rakyat Selangor Bila Gagal Terus Rompak Harta Negeri

Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM 24 Julai - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata ketelusan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor telah menyebabkan barisan pimpinan Umno dan kroni mereka bagai cacing kepanasan yang kini telah hilang sumber kekayaan yang diperolehi hasil daripada merompak hasil mahsul negeri sejak lebih 50 tahun.

Akibatnya kini wujud dua kem politik dalam Umno Selangor di antara bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Ummo Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang berlumba-lumba menggunakan isu pasir dan air sebagai senjata politik untuk muncul sebagai jaguh.

Sambil mempersoalkan motif sebenar Umno-Barisan Nasional di Selangor menimbulkan isu tersebut apabila iannya tidak langsung menjadi masalah di Selangor, Tony berkata Umno sepatutnya melihat gejala kecurian pasir yang berlaku dalam skala besar di Johor.

"Jelas sekali ketelusan pentadbiran kerajaan Pakatan Selangor mengakibatkan poket kroni Umno-BN semakin kering kerana mereka tidak dapat mengaut keuntungan secara haram seperti yang diberi oleh Barisan Nasional kepada kroninya pada masa lalu.,

"Yang menghairankan ialah kenapa tiada seorangpun pemimpin Umno yang berani mengkritik pengurusan kerajaan Umno-BN Johor pimpinan Datuk Abdul Ghani Othman di mana kes perlombongan pasir haram adalah yang paling teruk pernah dilaporkan, walaupun selepas isu ini telah dihebohkan oleh pihak media tidak lama dahulu," kata Tony dalam kenyataan beliau semalam.

Anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd kini menguruskan pemberian permit perlombongan pasir di Selangor, di mana setiap operator lombong pasir mendapatkan permit melalui tender terbuka atau permintaan sebut harga kerana rundingan terus tidak lagi dilayan.

Justeru itu, operator ala 'Ali Baba' yang mendapatkan permit melalui cara melobi dan melantik kontraktor lain untuk menjalankan aktiviti perlombongan agar mendapat keuntungan besar dan cepat tidak dapat lagi dilakukan kerana dalam tender terbuka, kroni Umno-BN kotor ini jelas gagal kepada operator perlombongan yang jujur dan telus.

"Sistem KSSB yang telus ini telah menyebabkan ramai operator yang gagal untuk mencemuh pengurusan KSSB yang jelas telus dan memberikan peluang persaingan yang setara kepada semua.

"Jika dibandingkan dengan pengurusan Umno-BN dahulu, KSSB telah berjaya mengutip RM8.17 juta untuk sembilan bulan pertama dibandingkan dengan RM4.39 juta untuk keseluruhan tahun 2007 dibawah Umno-BN, peningkatan sebanyak 86.1 peratus. Untuk keseluruhan 2009, KSSB berjaya mengutip RM13.76 juta, peningkatan sebanyak 213 peratus.

"Dalam separuh tahun pertama 2010, KSSB mencatat kutipan RM15.3 juta, selaras dengan sasaran 500 peratus peningkatan untuk tahun 2010. Jumlah ini membuktikan betapa efisyen, telus dan cekap pengurusan KSSB.

"Rakyat juga perlu tahu, semua keuntungan ini digunakan oleh kerajaan Pakatan Selangor untuk membiayai skim kebajikan untuk rakyat," jelas Tony lagi.

Menyentuh mengenai isu air, Tony berkata keazaman Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengekalkan tarif air dan memperbaiki kualiti perkhidmatan bekalan air menyebabkan percanggahan dengan Syarikat Bekalan Air Bhd, sebuah anak syarikat kroni Umno, Puncak Niaga Holdings Bhd.

Malah Timbalan Perdana Menteri mencemuh pengurusan air di Selangor tetapi lupa negeri yang pernah ditadbirnya selaku Menteri Besar satu ketika dahulu mempunyai tarif air paling tinggi di negara ini

Tambah Tony lagi, Abdul Khalid bertegas tidak berganjak daripada keputusannya untuk membantu rakyat jelas walaupun berdepan dengan taktik kotor dan jijik yang digunakan oleh kroni Umno-BN, Puncak Niaga dan disokong pula oleh Kerajaan Pusat.

"Puncak Niaga mahu membebankan rakyat Selangor dengan meningkatkan tarif air 37 peratus lagi, dan sehingga kini tidak mahu menerima cadangan kerajaan negeri Selangor untuk memperbadankan industri air Selangor yang mana bukan hanya dapat mengurangkan lagi tarif semasa, tetapi juga dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air.

"Sebaliknya, mereka bertindak mengutuk usaha kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu yang bertujuan membantu warga yang miskin dan tidak berkeupayaan membayar bil yang tinggi.

"Muhyiddin patut memberitahu kroninya supaya jangan harapkan wang mudah masuk poket seperti dahulu dan buang sikap 'mentaliti subsidi' mengharapkan kerajaan Umno-BN melontarkan habuan. Kalau mereka mahu rakyat menerima potongan subsidi yang tidak munasabah, maka sudah pasti kroni Umno-BN yang telah mendapat habuan besar sebelum ini boleh mula belajar mencari wang halal," tegas Tony lagi.

200 Orang saja? Nak Rampas Selangor macam mana ni?

Posted: 23 Jul 2010 07:30 PM PDT

Dan Ezam yang diwar-warkan oleh beberapa pihak akan dinobatkan sebagai MB Selangor jika UMNO/BN berjaya merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat dikatakan menyampaikan ucapan hanya berlegar mengenai Anwar saja.. macam biasalah.. dia ni mana ada isu, bagi dia Politik dia hanya berkisar tentang Anwar sahaja..


Umno lancar kempen tawan Selangor, Anwar turut dikecam
Oleh Adib Zalkapli



SHAH ALAM, 24 Julai - Umno Selangor memulakan kempennya secara rasmi malam tadi untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat dengan mengadakan perhimpunan awam di Shah Alam, kawasan yang majoritinya pengundi Melayu.

Perhimpunan awal ini menarik kehadiran sekitar 200 penyokong dan penduduk tempatan.

Ia sebahagian daripada kempen Umno-BN untuk mendedahkan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam industri perlombongan pasir di Selangor dan kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji-janji pilihan raya.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar merupakan penceramah utama malam tadi, mendakwa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat milik kerajaan yang bertanggungjawab untuk menguruskan aktiviti perlombongan di negeri itu, telah disalahgunakan untuk membiayai jentera pilihan raya Pakatan Rakyat.

"Mereka telah mula untuk mengumpul dana sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang." kata Noh kepada penyokong-penyokongnya.

"Saya pasti bahawa kroni mereka akan memainkan peranan dalam kempen pilihan raya," katanya.

Barisan Nasional kehilangan kuasa kerajaan negeri pada pilihan raya umum 2008.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mendakwa beberapa syarikat perlombongan pasir telah diberikan layanan istimewa oleh Kumpulan Semesta, antara diskaun besar dan kemudahan kredit yang membolehkan mereka melombong tanpa membuat bayaran deposit.

Kerajaan negeri telah menafikan wujudnya penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan memandangkan permit perlombongan pasir hanya boleh diperoleh menerusi tender terbuka, yang membawa kepada kutipan royalti.

Data kerajaan negeri menunjukkan royalti dan keuntungan sebelum cukai yang diperoleh kerajaan negeri dan Kumpulan Semesta telah meningkat 86.1 peratus atau RM8.17 juta pada 2008 berbanding RM4.38 juta pada 2007.

Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Selangor sejak Mac 2008.

Ia terus meningkat kepada RM13.76 juta atau naik 213 peratus tahun lalu dan ia mengumpul RM15.3 juta sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Dalam pada itu, Senator Ezam Mohd Nor pula dalam ceramahnya memberi amaran kepada penyokong parti tentang bahaya Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal pentadbiran negeri itu.

"Isu sekarang menjangkaui soal pasir di Selangor, ini berkaitan dengan maruah kita," kata bekas ketua sayap pemuda PKR yang menyertai Umno pertengahan 2008.

"Jika kita masih ada maruah lagi, kita tidak harus membenarkan orang ini (Anwar) daripada melangkah ke Selangor. Tetapi, sekarang beliau bukan sahaja berada di sini, beliau juga penasihat ekonomi kepada Selangor dan boleh ke mana-mana pejabat kerajaan negeri," kata Ezam dengan mendakwa Anwar adalah boneka Amerika Syarikat.

Ezam merupakan bekas setiausaha politik Anwar.

Kelmarin Noh berkata Umno Selangor akan menganjurkan 19 program ceramah sempena program jelajah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) sehingga 8 Ogos ini.

Kata Noh lagi, program ceramah itu merangkumi 19 bahagian Umno di negeri itu yang bermula dengan bahagian Shah Alam.

Noh berkata program SSDE fasa satu itu akan memberikan gambaran lebih jelas kepada rakyat Selangor mengenai isu-isu kontroversi termasuk membabitkan dakwaan penyelewengan anggota pentadbiran, tadbir urus anak syarikat yang buruk dan isu peribadi serta moral pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat.


The Malaysian Insider

RM1000 kepada anak yang menjaga Ibu Bapanya di P.Pinang

Posted: 23 Jul 2010 08:53 AM PDT

UMNO yang ditunggangi oleh MCA dan Gerakan dalam memerintah Pulau Pinang selama 50 tahun, tidak pernah atau gagal memikirkan apakah bantuan sebagai kerajaan yang mereka boleh hulurkan kepada warga Pulau Pinang.

Biarpun dikalangan mereka itu terdapat ramai cerdik pandai yang berkebolehan samada bijak melakukan pentadbiran mahupun bijak dalam memikirkan bagaimana mereka boleh membina harta dari kuasa dan pangkat yang ada.

Ramai juga pemimpin UMNO yang kini menjadi pembangkang di Pulau Pinang berkemampuan dalam menjadikan Melayu Pulau Pinang merempat di Tanah Air sendiri dengan cara membeli tanah-tanah mereka dan menjualkannya pula kepada pemaju-pemaju yang hendak memajukan kawasan tersebut.

Atas nama kemajuan Melayu Pulau Pinang terpaksa berkorban atau terkorban.

Kini Pulau Pinang dikuasai oleh Pakatan Rakyat ryang diterajui oleh DAP, dalam usia yang masih mentah mereka berusaha sedaya upaya untuk membantu rakyat biarpun terdapat kekangan kewangan dan waktu (pinjam ayat DSAI).

Bermula pada Mac lalu kerajaan negeri telah menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan buat semua warga emas melebihi 60 tahun yang bermastautin di Pulau Pinang dengan memberi saguhati sebanyak RM100.

Biarpun kelihatan sedikit, ini lebih baik dari tidak dihargai langsung semasa UMNO ditunggangi oleh MCA dan Gerakan semasa memerintah Pulau Pinang.

Yang menarik disini ialah bila pendaftaran permulaan dijalankan ramai Warga Emas yang merupakan Penyokong Tegar UMNO enggan mendaftar kerana tidak yakin dengan janji kerajaan PR itu.. ya lah.. mereka kan biasanya mendapat habuan dari pemimpin UMNO bila pilihanraya menjelang tiba sahaja..

Dan apabila pembayaran dilaksanakan, sessi pendaftaran kedua dijalankan yang menyaksikan hampir 70% yang mendaftar itu merupakan penyokong UMNO.

Biarpun sedikit.. ada hati yang terusik dan mula sedar betapa mereka tidak dihargai langsung oleh UMNO biarpun mereka menyokong UMNO.

Insentif baru yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi menggalakkan anak-anak menjaga ibu bapa mereka yang telah berusia 60 tahun keatas atau berstatus warga emas ialah, Apabila berlaku kematian yang melibatkan Ibu ataupun bapa yang dipelihara oleh waris atau anak-anak mereka, kerajaan negeri akan memberikan RM1,000 kepada waris atau anak-anak yang menjaga mereka.

Pemberian bagi mengurangkan beban menguruskan jenazah dan sebagai penghargaan dari kerajaan negeri buat waris.

Itu antara dua langkah membantu warga Pulau Pinang oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, berikut adalah keseluruhan langkah yang telah dan akan diambil:


10 Agenda Perkayakan Rakyat

1. Negeri pertama di Malaysia yang berjaya membasmi miskin tegar dalam masa setahun dan memastikan setiap keluarga memperolehi bantuan RM500 sebulan melalui program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) .

2. Memberi pengiktirafan dan penghargaan RM100 setahun kepada semua warga emas melebihi 60 tahun yang bermastautin di Pulau Pinang, bermula pada 20 Mac 2010.

3. Memberi RM1,000 kepada waris warga emas yang menjaga orang tua mereka, bermula pada pertengahan tahun 2010.

4. Memperuntukkan RM3 juta bagi pinjaman mikro kredit tanpa faedah sehingga jumlah maksimum sebanyak RM5,000 untuk rakyat miskin, terutamanya ibu-ibu tunggal.

5. Dalam tahun 2008-2009, memberi rebet bekalan air sebanyak RM100 sekeluarga untuk 170,000 buah keluarga susah yang berpendapatan sederhana dan rendah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM17 juta.

6. Rebet bekalan air sebanyak 50% bagi semua tempat tempat ibadat di Pulau Pinang.

7. Memperuntukkan RM10 juta untuk mengadakan Pusat Latihan dan Bantuan Kerjaya (CAT) bagi membantu mereka yang telah dibuang kerja atau mencari kerja.

8. Membatalkan semua saman dan kompaun meletak kereta dan lesen penjaja yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) sebelum 8 Mac 2008.

9. Diskaun bayaran lesen sebanyak 50% kepada semua penjaja dan nelayan di Pulau Pinang mulai 2010 dan

10. Menghulurkan bantuan kebajikan kepada mangsa kebakaran, banjir dan bencana alam dalam tempoh 24 jam.

Keseluruhan dasar sila download dari SINI

Tiada ulasan: