Selasa, 20 Julai 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Khas Buat Pemimpin UMNO/BN..

Posted: 20 Jul 2010 09:22 AM PDT



Menangisi Kenaikan Harga Barang

..Menangisi kedukaan rakyat atas kenaikan 5 harga barang yang terbaru, maka di sini dibawa semula artikel lama Dr. Mohd Asri Zainul Abidin AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN yang ditulis dan disiarkan di media utama semasa kenaikan harga minyak di zaman Pak Lah..

Aduhai malangnya, ketika kerajaan sedang membina istana negara yang berharga 811 juta yang hanya ekslusif untuk segolongan manusia sahaja, serta di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas..

Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibubapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.. mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah..

Ketika golongan bangsawan dan pembesar itu bersenang lenang dengan segala kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat, orang miskin menangis suapan mereka yang makin meninggi harganya, yang meratah tenaga jasad dan kekayaan negara mereka..


* Dr. Mohd Asri Zainul Abidin *

Videoclip : UTK Menyerbu Konvoi Sultan Kelantan.

Posted: 20 Jul 2010 02:54 AM PDT

Berikut adalah Videoclip yang memaparkan kejadian dimana konvoi Sultan Kelantan di serbu oleh pasukan Unit Tindakan Khas PDRM..

Adakah perkara begini akan berlaku andaikata Mahathir dan UMNO pada tahun 1992 tidak berusaha untuk menarik kekebalan raja-raja Melayu dengan meminda perlembagaan?

Bahagian Perlembagaan yang dipinda adalah Perkara 181(1) yang menyebutkan bahawa "Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja."

Sungguhpun tindakan polis ini agak bertentangan dengan adab dan budaya masyarakat Melayu, tugas mereka tidak akan begini jika Mahathir tidak menganggu-gugat kekebalan Raja-Raja Melayu dengan meminda perlembagaan..

Yang nyata sekarang kekebalan ini telah berpindah dari Raja-raja Melayu kepada Pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional..

Saksikan.. dan nilaikan siapakah penderhaka Anggota Polis yang menjalankan tugas ini atau Mahathir dan UMNO yang telah meminda perlembagaan agar polis boleh bertindak sebegini.




Berita berkaitan sila lihat di SINI

Rosmah Terkangkang di Sabah : Cepatnya Balasan Allah..

Posted: 19 Jul 2010 11:53 PM PDT

Kalau tadi aku dah post satu entry berkenaan tingkah laku biadap atau kurang ajar Rosmah terhadap Najib yang dipamirkan dikhalayak ramai.. korang tengok lah kat SINI.

Sebagai seorang isteri Rosmah sepatutnya mengekori dibelakang suaminya, bukan mendahalui suaminya Najib dalam majlis rasmi yang punya protocol itu..

Dan berita dibawah pula adalah kesinambungan dari peristiwa di Kota Kinabalu International Airport itu..

Mungkin Allah memberikan peringatan buat Rosmah ataupun Allah membalas perbuatan Rosmah yang menunjukkan sikap tidak tahu menghormati suaminya itu dengan mengelincirkan lalu menjatuhkan Rosmah dikhalayak ramai selepas beliau memberikan ucapannya sebagai Presiden Bakti.

Untuk menyembunyikan rasa malunya atau 'cover malu' Rosmah telah menunjukkan marahnya kepada pengawal peribadinya yang gagal menangkap tangannya ketika dia tergelincir. Dihadapan hadirin yang memenuhi dewan Rosmah bangun dan menepis bantuan yang cuba diberikan oleh pengawal peribadinya itu..



Rosmah slipped

Earlier, the Prime Minister's wife Rosmah Mansor caused a slight commotion when she slipped and fell on while descending from the stage after delivering her speech as the President of Bakti (Welfare Body for Wives of Federal Ministers and Deputy Ministers and Barisan Nasional MP).

She had just delivered a speech that lasted more than 40 minutes at the closing ceremony of the wives of BN elected representatives annual programme when she fell that drew a loud scream and gasps from those gathered.

Rosmah did not hide her anger to her bodyguard who failed to catch her hand as she was slipping. In front of the packed ballroom in a major resort and spa here, once she picked herself up, pulled away from her bodyguard and refused to be guided by the back to her seat.

She also waved her finger crossly at her female bodyguard as though rebuking and blaming her for letting her fall.

Musa, who was about to deliver his speech after Rosmah, stopped for about five minutes as Najib, Musa and other dignitaries at the VVIP tables checked on Rosmah. Other wives of the elected representatives sitting near the main table also went to see her.

After indicating that she was fine with a smile, Musa made his way to the rostrum but stopped at the place where Rosmah had fallen and scratched the surface of the staircase with his shoe.

"True it is very slippery," he said before proceeding with his speech.

However, her husband Najib did not touch on the matter when he went to deliver his speech to close the annual programme.

Najib took just over 15 minutes to deliver his closing speech as he said "my wife has said all that I wanted to say".


Free Malaysia Today

Siapa Perdana Menteri ni?? Rosmah atau Najib

Posted: 19 Jul 2010 09:57 PM PDT

Cuba perhatikan gambar dalam keratan akhbar dibawah, gambar yang dirakamkan ketika Najib dan Rosmah tiba di Kota Kinabalu International Airport.

Gambar yang jelas menunjukkan siapa sebenarnya Boss atau Perdana Menteri Malaysia.

Sudah tentulah Rosmah, dimana lagi didunia ini, isteri seorang Perdana Menteri berjalan mendahului Perdana Menteri sendiri dan seluruh kabinet.

Cuba bayangkan bagaimana agaknya jika isteri President US atau isteri PM England tiba disini dan berjalan dihadapan rombongan atau delegasi mereka..

Pernahkah anda melihat kejadian seperti ini iaitu isteri Perdana Menteri mendahului Perdana Menteri dalam majlis rasmi semasa pemerintahan Mahathir?

Pernahkah anda melihat Isteri Pak Lah sekarang Jeanne Abdullah berjalan mendahului beliau dalam sebarang majlis rasmi?

Tentu tidak.. inilah Rosmah isteri Najib yang jelas tidak tahu apa itu protocol dan tak tahu MALU…


UMNO Selangor nak tunjuk handal kepada Najib?

Posted: 19 Jul 2010 08:22 PM PDT

Ahli-ahli Umno di peringkat Umno Selangor Umno berpecah kepada aliran Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd. Khir Toyo,Kedua-dua pemimpin ini bergerak bersendirian untuk menggerakkan usaha memperlekeh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat bagi menarik perhatian Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.


Umno Selangor dilanda 'perang tonjol' pengaruh?

Oleh Neville Spykerman

KUALA LUMPUR, 20 Julai — Selepas tewas teruk dalam pilihan raya umum 2008 tanpa diduga, puak-puak dalam Umno Selangor kini bekerja keras untuk menonjolkan pengaruh dan kekuatan masing-masing di kaca mata kepimpinan pusat.

Ahli-ahli Umno di peringkat Umno Selangor Umno berpecah kepada aliran Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd. Khir Toyo yang kini merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri.

Kedua-dua pemimpin ini bergerak bersendirian untuk menggerakkan usaha memperlekeh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat bagi menarik perhatian Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

Ia terbukti dalam isu pasir yang menjadi perhatian sejak awal minggu lalu.

Khir yang sebelum ini dipersalahkan atas kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional (BN) dua tahun lalu dan Noh pula kini anggota Kabinet persekutuan, dikatakan cuba memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai bakal menteri besar jika BN kembali berkuasa di Selangor.

"Kelihatan kedua-dua bersaing satu sama lain untuk mendapatkan perhatian berbanding bekerjasama demi memperkukuh kekuatan Umno Selangor," kata seorang wakil rakyat peringkat negeri yang enggan namanya didedahkan.

Pemerhati pula berpendapat situasi yang pernah disaksikan di Kelantan selepas ia jatuh ke tangan PAS pada 1990 mula wujud di Selangor sekarang.

Kedua-dua pemimpin itu mencabar pentadbiran kerajaan negeri dengan mendakwa wujudnya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam aktiviti perlombongan pasir di Selangor.

Khir dan Noh mendedahkan perkara itu dengan mengadakan sidang media berasingan baru-baru ini.

Bekas menteri besar membawa pemberita ke Kampung Bukit Changgang di Dengkil pada 11 Julai untuk mendedahkan perlombongan pasir haram, yang menurutnya menjejaskan Paya Indah Wetlands.

Bagaimanapun anak syarikat pasir kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd menafikan dakwaan itu.

Dua hari kemudian Noh pula menyewa sebuah helikopter untuk melihat sendiri kawasan perlombongan pasir di kawasan Kuala Langat dan Batang Berjuntai dari udara.

Kedua-dua pemimpin itu menafikan wujudnya keretakan dalam hubungan mereka.

Ketua Penerangan Umno Selangor Umno, Abdul Shukor Idrus juga menafikan wujudnya masalah di antara Noh dan Khir.

"Kedua-dua mereka masih kawan dan tiada sebarang masalah," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kuang ini kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Noh dan Khir bertungkus lumus untuk membuktikan bahawa mereka masih relevan di arena politik domestik, khususnya di kaca mata Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN.

Noh, yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, juga memperoleh sokongan yang dinikmati Khir di kalangan wakil rakyat Umno di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Barisan 19 wakil rakyat itu dikatakan berpecah dua masing-masing kepada Khir dan Noh.

Sementara waki rakyat lama memihak kepada Khir atas alasan menikmati sokongan daripada pentadbirannya sebelum ini, yang baki menunggu pengesahan Najib dalam menentukan bakal kepimpinan negeri Umno-BN.

Mereka melihat Noh akan mengetuai negeri jika BN kembali bertapak di Selangor.

Di sebalik persaingan itu, Umno Selangor juga berhadapan dengan krisis baru ekoran ada usaha meminta bekas menteri Tan Sri Muhammad Muhd Taib, dari 1986 hingga 1997, agar mengosongkan jawatan ketua Umno Kelana Jaya.

Bekas naib presiden Umno ini yang mesra dikenali sebagai "Mat Tyson" masih memiliki pengaruhnya dan ia telah diperlihatkan ketika pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor April lalu.

Bagaimanapun Abdul Shukor mengetepikan tekanan dan teguran beberapa pihak mengenai kedudukan Muhammad dengan berkata, beliau kini dalam peringkat "separa persaraan", cuma belum lagi membuat pengumuman rasmi.

"Beliau telah pun menurunkan tanggungjawab peringkat bahagian itu kepada timbalannya Datuk Yahya Bujang," katanya.

Turut mendapat perhatian ramai ialah kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri empat penggal, Datuk Mohamad Satim Diman.

Muncul spekulasi bulan lalu yang mengatakan wakil rakyat Sri Serdang itu akan melepaskan kesemua jawatan politik.

Ketidakhadiran Setiausaha Perhubungan Selangor juga menimbulkan spekulasi dengan sesetengah blog mendakwa beliau sudah tidak berupaya untuk memberi khidmat sebagai pemimpin Umno dan wakil rakyat.

Bagaimanapun minggu lalu, Satim menafikan yang beliau akan melepaskan kesemua jawatannya.
Pun begitu, masih wujud rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai mengenai peranan ahli politik veteran ini, yang mempertahankan kerusinya dengan majoriti 45 undi pada 8 Mac 2008.

"Sebagai ketua BN Puchong beliau tidak pernah memanggil mesyuarat sejak 2008 dan beliau tidak kelihatan di kawasan," kata Ketua MIC Puchong Awtar Singh.

Awtar, yang satu ketika dulu pembantu khas Satim menambah, ahli politik itu telah gagal dalam tanggungjawab sebagai wakil rakyat pembangkang.

"Beliau telah gagal dalam menyuarakan kelemahan kerajaan Pakatan," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Umno Puchong Datuk Radin Mokthar sebelum ini telah menafikan wujudnya masalah dengan kepimpinan Satim, sebaliknya mengendalikan urusan parti seperti biasa.


The Malaysian Insider

Dasar Tamak UMNO/BN, dah ada RM10B potong subsidi pula..

Posted: 19 Jul 2010 08:09 PM PDT

Perbendaharaan telah mengaku mempunyai lebihan pendapatan RM10 bilion tanpa subsidi diselaras dan jika ini benar mengapa perlu kerajaan memotong subsidi untuk menjimatkan RM750Juta?

Selain itu jika benar kerajaan ada lebihan pendapatan RM10 bilion mengapa dikatakan belanjawan negara defisit selama ini.

Kalau lebihan RM10Billion itu benar.. Tamak sungguh pentadbiran Najib ni..


Mahfuz: Jika ada RM10b, mengapa potong subsidi

KUALA LUMPUR, 20 Julai — Pentadbiran Najib tidak sewajarnya merampas subsidi rakyat, yang dikatakan hanya mampu menjimatkan RM750 juta tahun ini memandangkan Perbendaharaan mengaku mempunyai lebihan pendapatan RM10 bilion tanpa subsidi diselaras.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, mengikut Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah selaku Menteri Kewangan II sendiri, kewangan kerajaan masih kukuh dengan mempunyai RM10 bilion walaupun tanpa langkah mengurangkan subsidi tersebut.

Oleh itu kata beliau, apa tujuan kerajaan hendak mengurangkan subsidi barang-barang yang merupakan kegunaan utama rakyat.

"Kalau betul-betul kerajaan hendak mengurangkan dan menjimatkan RM750 juta, apa gunanya potong subsidi ini sedangkan kerajaan ada lebihan pendapatan RM10 bilion tanpa diselaras subsidi... apa perlunya pelarasan subsidi ini," kata beliau.

Selain itu soal beliau, jika benar kerajaan ada lebihan pendapatan RM10 bilion mengapa dikatakan belanjawan negara defisit selama ini.

"Saya tidak tahu mana yang betul... kenyataan yang mengelirukan," kata beliau lagi.

Kelmarin, Husni menafikan dakwaan sesetengah pihak penyelarasan subsidi dilakukan bagi menampung pendapatan negara yang berkurangan akibat boros berbelanja.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan masih mempunyai lebihan pendapatan RM10 bilion pada tahun ini sekalipun tanpa penyelarasan subsidi itu.

"Hasil pungutan cukai terancang Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri kerajaan memperoleh pendapatan RM158 bilion tahun ini berbanding RM148 bilion ketika pembentangan belanjawan tahun lepas.

"Kerajaan mampu untuk berbelanja. Pelarasan subsidi merupakan satu inisiatif yang amat penting yang memerlukan belanjawan tambahan, jadi ia bukan isu boros," katanya.

Husni berkata pengurangan subsidi bertujuan menjadikan ekonomi lebih efisien khususnya bagi mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi.

Dalam perkembangan yang sama, Mahfuz turut mempertikai tindakan kerajaan membayar RM18.9 bilion setiap tahun kepada beberapa syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) yang nyata menguntungan beberapa individu tertentu sahaja.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya tidak terus membodohkan rakyat kononnya langkah menaikan harga beberapa barangan tersebut demi menjimatkan perbelanjaan negara.

Mahfuz berkata harga minyak dan barangan keperluan lain dipercayai akan terus naik enam bulan lagi sekiranya dirujuk pada jadual rasmi makmal rasionalisasi subsidi.

"Apakah ini satu permulaan yang mahu dilaksanakan oleh Najib (dan) makmal rasionalisasi subsidi ini.

"Sebab itu, saya tanya apakah motif kerajaan mahu menaikkan harga barang-barang ini," kata beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS.

Menurut beliau, kenaikan harga minyak dan diesel sebanyak lima sen berkuat kuasa Jumaat lalu adalah mengikut jadual tersebut.

Katanya lagi, jadual tersebut turut merancang kenaikan harga gula dan gas masak serta beberapa komoditi lain yang menjadi keperluan asasi rakyat.

Melihat pada rancangan menaikkan harga beberapa barangan tersebut sehingga 2014 kelak, beliau mendesak pentadbiran Najib supaya bersikap jujur dengan rakyat.

Kata beliau, jika jadual pelarasan itu dilaksanakan, ia tidak akan membantu menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi, tetapi "rakyat berbelanja tinggi."


The Malaysian Insider

Anwar akan terus dihumban ke penjara?

Posted: 19 Jul 2010 07:59 PM PDT

Sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat, adakah beliau akan dinafikan peluang ikat jamin dan terus dihumban ke penjara?
Senario itu dikemukakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal - akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika, semalam.

"Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti," tulis Malott.

"Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara."

Menurut Malott pengalamannya berkhidmat di Kuala Lumpur antara 1995 hingga 1998 menyakinkannya bahawa perbicaraan liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu adalah bermotifkan politik.

"Segala yang saya ketahui ketika itu dan sekarang ini, membawa kepada rumusan bahawa perbicaraan ini adalah untuk mengketepikan beliau dari politik," katanya.

Merujuk kepada kejayaan Anwar pada pilihan raya umum 2008, Malot berhujah perbicaraan liwat sekarang bertujuan melemahkan pakatan pembangkang yang semakin bersemangat.

"Rancangan politik kerajaan adalah untuk menghumban Anwar ke penjara supaya pembangkang menjadi kucar-kacir dan tidak bersedia. Kemudiannya, pilihan raya mengejut diumumkan dan mereka akan menang dengan mudah," katanya.

Menurut Malott adalah mustahil bagi Anwar bagi menang pada perbicaraan itu, lebuh-lebih lagi apabila bukti-bukti penting kes itu dinafikankepada peguamnya. Malah, media-media yang dikuasai kerajaan telah juga menghukumnya dengan mendapati beliau 'bersalah' dalam laporan mereka.

"Malaysia tidak mempunyai sistem juri. Keputusan ditentukan oleh seorang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang sama yang mahu Anwar dikeluarkan dari politik," katanya.

Dalam artikelnya itu juga, Malott mendakwa kerajaan BN sekarang dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mereka bertekad untuk mengurung Anwar agar segala kepincangan itu tidak dihebohkan.

Katanya, ekonomi Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan terdapat kadar pertumbuhan, namun perangkaaan itu disokong oleh perbelanjaan kerajaan.Tindakan itu menyaksikan hutang negara semakin membesar manakala pelaburan terus asing (FDI) cukup kecil.


Malaysiakini

Jawablah Khairy.. Kenapa Diam?

Posted: 19 Jul 2010 10:41 AM PDT

Dalam serangan yang telah memasuki fasa atau pusingan ke empat terhadap Khairy Jamaluddin, Raja Petra telah mendedahkan beberapa dokumen yang telah menunjukkan hamper RM20 Juta telah dipindahkan dari Libya ke Malaysia bagi membiayai pengeluaran 'Nuclear Centrifuge' oleh Scomi.

Dan sehingga ke hari ini Khairy masih tetap membisu.. adakah lidah beliau telah kelu?











More document HERE

REALPOLITIK DI KEMAS KINI

Posted: 19 Jul 2010 10:05 AM PDT

Hishamuddin Rais

Ada tiga pekara yang wajib dilakukan oleh kerajaan Najib Rosmah. Tiga pekara ini wajib dilakukan untuk menyelamat harta kekayaan dan kuasa mereka dari di rampas kembali oleh kuasa orang ramai.

Tiga pekara ini bukan terlalu susah untuk difikirkan. Malah ianya tidak memerlukan batuan penasehat zionis APCO untuk memunculkan perancangan. Kita sendiri boleh memikirkan tiga pekara ini tanpa memerlukan ijazah PPE dari Oxford. Tahap jaguh kampong dan gedebe politik seperti Ibrahim Ali pun sedar hal ini.

Tiga pekara ini ialah :

1 - Anwar Ibrahim mesti di ketepikan

2 - Parti Pas wajib dipisahkan dari Pakatan Rakyat

3 - Propaganda untuk menghuru harakan Parti Keadilan Rakyat wajib diperbesarkan

Ketiga-tiga pekara ini wajib berjalan sarentak. Untuk kerajaan Najib Rosmah tiga pekara ini lebih penting dari dasar ekonomi baru atau model ekonomi baru. Lebih penting dari dasar luar negara. Lebih penting dari Rancangan Malaysia ke 10. Kerana rancangan ini bagitu penting sekali maka kerajaan Najib Rosmah akan menjanjikan apa saja untuk memastikan tiga pekara ini dapat direalisasikan.

Kerajaan Najib Rosmah tahu, sedar dan merasakan bahawa susuk Anwar Ibrahim memainkan peranan yang amat penting dalam ikatan setiakawan Pakatan Rakyat. Dengan adanya susuk Anwar maka Pakatan Rakyat dapat berdiri teguh. Mengikut pandangan Najib Rosmah jika Anwar 'diketepikan' maka Pakatan rakyat akan londeh terbarai. Sama ada ini hakikat atau sebaliknya bukan penting. Yang penting inilah persepsi politik mereka. Politik bukan kebenaran – politik ialah persepsi.

Apa yang kita lihat hari ini - apa yang sedang berlaku di lanskap politik negara ialah gerak kerja jentera dan aparacik politik Najib Rosmah sedang menjalankan tugas untuk meminggirkan Anwar.

Dalam strateji politik langkah pertama sebelum musuh diserang ialah melahirkan satu imej buruk musuh. Ini penting untuk mengolah persetujuan orang ramai. Ketika perang dunia kedua dahulu, tentera Jepun digambarkan bermata sepet , bergigi jongang membawa pedang samurai. Sesudah perang tamat Jepun dilihat sebagai kawan dan rakan berniaga yang baik. Memunculkan imej hodoh ini amat penting. Jika imej telah buruk maka apa sahaja yang diperkatakan terhadap Anwar akan di yakini umum.

Langkah pertama ialah mengkaitkan Anwar dengan lubang berak Saiful. Ini juga bukanlah satu langkah yang bijak bergeliga. Menggunakan lubang berak Saiful telah di tujah dan diteroka lebih awal lagi oleh Mahathir Muhamad pada tahun 1998 dahulu melalui lubang berak Azizan.

Apabila Saiful diberitakan tidak terberak selama dua hari kerana menyimpam bahan bukti didalam juburnya maka tahap jenaka dan genre lawak Melayu telah melonjak tinggi. Rating Lebai Malang dan Pak Pandir berkemungkinan jatuh. Apek Ganja telah menjadi lawak basi. Lubang Saiful naik ke mercu kegemilangan.

Seluruh Malaysia telah senyum puas. Kemudian dengan tetiba warga se Tanah Melayu menjadi hairan dan tertanya-tanya siapakah agaknya yang menuliskan kata bual yang bagitu bodoh untuk si Saiful ini.

Seperti kes lubang berak Azizan , kes lubang Saiful ini juga telah tergelincir. Kelihatan propaganda berbentuk ini telah menjelak dan menjelikkan orang ramai. Ini mula disedari oleh Najib Rosmah. Propaganda lubang berak Saiful yang dirancang untuk memburukan Anwar telah menjadi lawak bodoh dan sedang melawan tuan.

Dengan cepat para aparacik dan jentera Najib Rosmah bergerak. Kali ini wajib dimunculkan satu lagi strateji baru – ajen asing.

Harus di sedari bahawa surah – ajen asing – ini juga telah mula muncul pada tahun 1998 dahulu. Ketika itu duta Amerika ke Malaysia ialah John R Malot. Dalam kes pertama tahun 1998 dahulu memang telah disebarkan surah bahawa Anwar Ibrahim ini adalah ajen CIA. Apabila berita ini tersebar kerajaan Amerika telah mengambil langkah yang tepat.

Menurut Pak Duta John R Malot – kerajaan Malaysia telah diberi amaran bahawa : sila jangan campur adukkan kerajaan Amerika dengan krisis dalaman politik Malaysia. Bila amaran ini sampai maka surah Anwar ajen Amerika pun mati tak berasap.

Pasti pekara yang sama juga telah terjadi sekali lagi kerana dengan tetiba sahaja media gerombolan hari ini tidak lagi melaung-laungkan surah ajen asing ini. Pentabiran di Rumah Puteh melihat apa yang berlaku sekarang ini sebagai krisis dalaman – tidak ada sangkut paut dengan jabatan risikan mereka. Justeru apabila dikaitkan Anwar dengan CIA maka pasti pentabiran Obama ini , seperti tahun 1998 dahulu telah mengambil pendirian yang sama.

Langkah kedua yang sedang di jalankan oleh aparacik dan jentera Najib Rosmah ialah memastikan parti Pas akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Ini adaklah langkah yang amat stratejik dan penting. Kerajaan Najib Rosmah membaca jika Pas dapat dipisahkan dari Pakatan maka dengan segera Pakatan rakyat akan luntur dan pecah.

Kita harus menyedari bahawa walau pun Pas mengakui parti Islam – ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki dalam politik. Kita semua boleh mengakui bermacam macam. Dalam politik yang di rebutkan bukan Allah, Yahwe atau Siddarttha. Politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Kuasa diperlukan untuk memastikan lubuk kekayaan dimiliki. Apabila lubuk kekayaan telah dimiliki maka disinilah akan diuji sama ada parti itu bermazhab Sosialis atau Kapitalis.

Dalam dunia hanya ada dua sistem ekonomi – kapitalis atau sosialis. Dua sistem ini adalah sistem induk. Selainnya – yang mengakui sistem ini dan sistem itu - hanya pecah-pecahan dari dua sistem ekonomi ini. Seperti kueh bahulu – asasnya adalah tepung, gula dan telor. Warna, corak, reka bentuk hanya tokok tambah untuk mengolah keinginan orang ramai.

Dalam sistem ekonomi kapitalis ini ada pemimpin Pas yang akan , yang telah dan yang sedang tewas dengan kuasa dan harta kekayaan. Contohnya kes cerai berai bekas Adun Pas dengan isteri keduanya. Sang isteri sedang menuntut berjuta-juta ringgit. Ini kerana sang isteri tahu – ketika bergomol mesra - bahawa sang suami ketika berkuasa dahulu pasti ada tanah disana dan tanah disini - ada saham ini dan saham itu. Ini realpolitik. Ianya tidak pula bermakna kita merendahkan keyakinan mereka terhadap Yang Maha Esa.

United Malays National Organisation sedar hal ini. Pas bukan mengajukan sistem ekonomi alternatif kepada kapitalisma. Pas seperti PKR dan DAP hanya berjanji untuk menguruskan kapitalisma dengan lebih baik. Asas sistemnya masih kapitalisma. Ini hakikat. Ini realpolitik.

United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar dalam Pas. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh di 'makan' di dalam Pas. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam – pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib Rosmah.

Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari.

United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk 'berunding' dengan Pas. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan Pas menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik yang dicita-citakan ialah kuasa. Dengan kuasa manusia berpelung menobatkan dirinya dan mengumpul harta.

Waspada ! Percubaan dan langkah-langkah yang diambil oleh Najib Rosmah untuk berunding dengan Pas ini tidak ada sangkut paut dengan Najib sebagai anak Razak. Kerana Razak dahulu berunding dengan Pas maka Najib sang anak juga akan berunding dengan Pas. Ini bukan bacaan politik. Ini sembang di warong Mek Jah. Dalam realpolitik yang hakiki ialah kuasa.

Keinginan berunding dengan Pas ini adalah perhitungan realpolitik. Ini kerana sesudah pilihanraya yang lalu United Malays National Organisation telah dilihat sedang menuju ke hari hari akhir. Justeru untuk menyelamatkan harta kekayaan - perpaduan Pakatan rakyat yang kompak wajib di lemahkan. Kota yang kukuh wajib di bocorkan. Setiakawan Pakatan Rakyat yang mekar wajib dikacau bilaukan. Pas wajib dipisahkan dari Pakatan. Kalau tidak semua – sebahagian. Ini perhitungan politik untuk menyelamatkan harta dan kuasa.

Lalu kita smapai ke strateji ke ketiga : mengharu birukan kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan Kelantan tidak perlu diganggu gugat kerana slogan – 'kita semua Melayu dan kita semua Islam.' Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang boleh digugat tetapi 'slow sikit' kerana Dap ini lebih senang dikawal kerana Kecinaan mereka. Ahli gerombolan yang meninggalkan parti tidak mungkin akan menjadi ahli Dap. Malah Dap ini juga boleh dibawa berunding jika hari baik dan bulan baik – jika masa dan ketikanya telah ranum.

Justeru musuh utama ialah Parti Keadilan Rakyat dan Anwar Ibrahim. Lalu semua akan dilakukan untuk menggangu gugat kerajaan Pakatan di Selangor. Lembu, kambing, pasir, tayar kereta, surau , masjid, kuil , sekolah, kasut, punggung, jubur – malah apa sahaja yang bersangkutan dengan kerjaaan Selangor akan digunakan untuk menunjukkan kepada warga Selangor bahawa kerajaan Pakatan ini tidak perlu disokong.

Aparacik dan jentera kerajaan federal sedang digunakan oleh Najib Rosmah untuk melemahkan kerajaan Selangor. Kes demi kes telah dibuka oleh SPRM terhadap pimpinan kerajaan Selangor. Semua dilakukan untuk menekan agar ada Adun PKR yang akan berpaling tadah.

Media gerombolan telah digunakan hingga ke tahap maksimum untuk mengolah persetujuan orang ramai. Seluruh Malaysia cuba diberi tahu bahawa krisis yang amat besar sedang melanda kepimpinan kerjaan Selangor. Kerajaan Selangor ini akan runtuh bila-bila masa sahaja dan Khir Toyo boleh kembali berpesta ke Disneyland tanpa soal jawab.

Dimana akhirnya semua ini ? Dalam merancang realpolitik Anwar Ibrahim pasti akan diketepikan. Ini stratiji utama. Susuk ini tidak akan diberi peluang untuk bebas bergerak. Jika diikutkan hati nafsu Najib Rosmah susuk Anwar ini akan diketepikan sebelum piliharaya Serawak. Tetapi bagaimana nanti reaksi kawan-kawan Yahudi Anwar yang selalu diperkatakan itu? Dan bagaimana pula agen-agen CIA yang lain? – apakah mereka juga akan datang untuk membantu Anwar? Kini seperti lubang berak Saiful – senjata dan propaganda akan memakan tuanya.

Dalam realpolitik ada yang lebih real. Yang lebih real ialah kuasa rakyat. Kerajaan Selangor mungkin goyang tetapi tidak akan runtuh kerana akarnya semakin kukuh. Kuasa rakyat ini jugalah yang akan menentukan apa yang akan terjadi kepada Anwar Ibrahim.

Justeru United Malays National Organisation hanya ada satu pilihan : mengajak Pas datang berunding. Najib dalam keadaan ini akan menjanjikan apa sahaja. Kalau Pas meminta Najib melempang Muhyiddin – pasti Munyiddin akan kena satu pelempang. Kalau Pas meminta Najib menampar Khairy Jamaluddin – pasti Khairy akan di tampar. Seperti Sultan Mahmud meminang Puteri Gunung Ledang , Najib akan melakukan apa sahaja keculi Pas tidak akan dibenarkan bertanya berapa orang sebenarnya anak Rosmah Mansor.

Tiada ulasan: