Jumaat, 9 Julai 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Chegubard di Tahan Polis lagi!!

Posted: 09 Jul 2010 08:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharani atau dikenali sebagai "Chegubard" ditahan polis ketika hendak mempengerusikan mesyuarat PKR bahagian itu malam ini.

The Malaysian Insider difahamkan beliau ditahan kira-kira 15 anggota polis di Rembau.

Sebab beliau ditahan belum diketahui.

"Badrul ditahan semasa hendak mempengerusikan mesyuarat bahagian (PKR) dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban," kata seorang pegawai PKR bahagian itu kepada The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR Tian Chua juga mengesahkan perkara menerusi twitternya.

"Baru nak mempengerusikan mesyuarat cabang Rembau sekumpulan 15 orang polis serbu dan ambil Chegubard, kini ditahan dan dibawa ke IPD Seremban," katanya.


The Malaysian Insider

Benar separuh tapi Raja Petra dipercayai, mengapa?

Posted: 09 Jul 2010 06:52 AM PDT

Oleh : Dr. G. Manimaran

Sejak gerakan reformasi bermula 12 tahun lalu Raja Petra Kamarudin bukan satu personaliti yang asing dalam arena politik tempatan. Dengan pembabitannya, anggota kerabat diraja Selangor ini sudah pun dikenali sebahagian besar rakyat negara ini ketika itu.

Ketika itu, yang mengenali beliau sebahagiannya berada dalam lingkungan pendukung gerakan reformasi. Oleh itu "popularity" Raja Petra terhad di kalangan mereka.

Populariti Raja Petra meningkat sedikit selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) buat kali pertama pada April 2001 bersama 11 yang lain. Ketika itu namanya sudah mula muncul dalam akhbar-akhbar perdana negara ini.

Raja Petra terus mencipta nama menerusi tulisan-tulisan bahasa Inggeris.

Beberapa minggu sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan liwat yang pertama, Raja Petra memulakan portal Malaysia Today dan menjadi perhatian apabila menyiarkan satu tulisan "panas" — meramalkan Anwar akan dibebaskan, kandungannya memihak ketua umum Pakatan Rakyat itu, yang merayu keputusan mahkamah terdahulu.

Sekali lagi penulisannya menjadi perhatian pada penghujung tahun 2005 — kali ini mengenai Khairy Jamaluddin, yang kini merupakan Ketua Pemuda Umno. Ketika tulisan itu dihasilkan Khairy merupakan orang kuat Pejabat Perdana Menteri atau tingkat empat Putrajaya.

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad dan pengikutnya melancarkan serangan hebat terhadap pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2006 sehingga selepas pilihan raya umum ke-12, Raja Petra menjadikan Malaysia Today platform untuk melancarkan serangan-serangan itu.

Laman web itu juga pernah menyiarkan secara langsung ceramah Dr Mahathir yang mengecam keras Abdullah dan Khairy.

Raja Petra terus menyiarkan tulisan-tulisan yang mencuri perhatian dan fokus ramai.

Dua hari sebelum hari pengundian pilihan raya umum ke-12, Raja Petra sekali lagi menjadi perhatian apabila mengeluarkan pendapat bahawa lima negeri diterajui Barisan Nasional (BN) akan jatuh pada 8 Mac 2008. Bukan semua negeri yang disenaraikan menepati jangkaan, tetapi "kedudukan" mereka diganti oleh dua negeri yang lain. Bermakna hamper 60 peratus maklumat terbitan Raja Petra tepat.

Tulisan itu bukan yang terakhir dihasilkan menerusi Malaysia Today. Beliau terus menulis sehingga kini.

Memandangkan tulisannya yang pedas, keras, menyakitkan dan menyinggung sesetengah pihak, Raja Petra berhadapan dengan "hukuman" secara langsung dan tidak langsung sejak itu. Portal telah digodam beberapa kali, tetapi ia terus muncul dengan artikel-artikel yang diminati kumpulan sasarannya.

Raja Petra ditahan di bawah ISA sekali lagi pada 2008.

Banyak pihak yang menjadi sasaran tulisan beliau. Pemimpin-pemimpin politik utama dikecam, dibidas dan dikritik Raja Petra — mereka termasuklah Datuk Seri Najib Razak, Dr Mahathir, Abdullah dan juga Anwar sendiri walaupun awalnya Raja Perta didakwa menyokong kuat bekas timbalan perdana menteri.

Raja Petra pernah melabelkan Anwar tidak layak memimpin selepas pelan 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan. Tulisan ini menyebabkan pengikut Anwar kecewa dengan Raja Petra.

Ini realiti dunia! Semua orang mahukan penulisan yang cantik dan model! Raja Petra tidak terkecuali daripada reaksi balas.

Raja Petra pernah menulis awal tahun lalu. Oleh kerana tidak disukai ramai khususnya dalam lingkungan kerabat diraja, maka akan berada dalam buangan sementara waktu sebagaimana pernah disaksikan satu ketika dulu.

Realiti dialami Raja Petra ini berterusan sehingga ke hari ini. Isnin lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan hanya separuh daripada kandungan rencana tulisan Raja Petra adalah berdasarkan fakta manakala selebihnya sengaja ditokok tambah.

Menurut Mukhriz, Raja Petra mengakui perkara itu dalam satu perjumpaan mereka beberapa tahun lepas.

"Saya tanya dari mana anda dapat fakta berkenaan dan berkata secara selamba bahawa rencana tulisannya hanya mengandungi 40 peratus fakta dan selebihnya beliau tokok tambah," kata Mukhriz, anak Dr Mahathir.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir di mahkamah tahun lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri melalui portal berita Malaysia Today.

Pandangan Mukhriz itu mengekori kenyataan Najib sehari sebelum itu bahawa rakyat tidak wajar menerima bulat-bulat apa saja dakwaan dibuat Raja Petra.

"Kalau Raja Petra ditaja pembangkang, bererti apa yang didakwa adalah berbaur politik... jadi kita mesti mengkajinya dan jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa menerusi blognya," katanya.

Raja Petra menjawab dari London. Sekiranya kewibawaan beliau dipertikaikan bagaimana dengan maklumat media perdana dikuasai dan dimiliki parti-parti politik macam Umno-BN.

Mengambil kira pandangan Mukhriz bahawa apa yang diperkatakan dan dilaporkan Raja Petra hanya separuh sahaja yang benar, tetapi dalam realiti semasa maklumat-maklumat yang disajikan beliau nampaknya sudah cukup untuk khalayak yang mahukan perkembangan dan maklumat semasa.

Perkembangan negara sepanjang satu dekad lalu banyak berkisar kepada senario politik. Kumpulan yang meminati politik secara langsung sebahagian besar merupakan golongan yang berpendidikan tinggi dan mempunyai akses luas kepada kemudahan ICT.

Golongan berpendidikan ini merupakan mereka mempunyai akses kepada kemudahan ICT untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan dengan bebaskan. Malah, golongan ini juga merupakan mereka yang sudah mengetepikan maklumat yang disampaikan oleh media arus perdana tradisional.

Malah golongan ini juga memainkan peranan penting dalam mencorakkan keputusan pilihan raya umum lalu.

Mengapa mereka mengetepikan sumber maklumat yang menjadi harapan mereka selama ini? Mengapa mereka membuat pilihan baru?

Selain penulis sendiri yang perlu menentukan maklumat yang disandarkan itu benar-benar berwibawa, satu lagi pihak yang menentukan aspek kewibawaan ialah khalayak mereka sendiri.

Setiap individu harus mempunyai keupayaan untuk menentukan sahih atau tidak maklumat-maklumat diterima sebelum mereka membuat penilaian dan kemudian membentuk persepsi mereka.

Dalam dunia maklumat semasa, kita seringkali mengakui bahawa rakyat khususnya pengundi sebenarnya bijak dalam membuat keputusan. Tidak siapa yang boleh memaksa seseorang menerima maklumat disampaikan oleh seseorang.

Khalayak akan mencari sumber lain sekiranya sumber semasa sudah tidak lagi kredibel, tidak boleh dipercayai dan tidak meyakinkan minda mereka.

Raja Petra berada dalam kedudukan ini. Ini kerana sebahagian besar tulisannya gagal dibalas dengan empirikal kecuali Raja Petra dikritik semata-mata.

Mengapa ramai khususnya generasi muda tertarik dengan tulisannya dan mengapa mereka terus mempercayainya?

Sama ada disukai atau tidak, penulisan Raja Petra diikuti sebahagian besar mereka yang meminati politik tanah air — tidak kisah mereka ini penyokong BN ataupun Pakatan Rakyat. Blog Malaysia Today menjadi "hidangan" sebahagian besar pengunjung blog-blog domestik.

Komen dan kritikan terhadap Raja Petra juga meletakkan beliau sebagai seorang penulis yang masih relevan walaupun kita berkeras bahawa hanya hampir separuh daripada maklumatnya benar dan sahih. Raja Petra juga mendapat publisiti percuma sejak sedekad lalu sehingga seolah-olah dijadikan ikon politik tanah air sejak kebelakangan ini. Bermakna walaupun separuh sahaja fakta tulisan beliau betul, tetapi nampaknya tulisan Raja Petra terus diterima pengundi sebagai bahan alternatif.

Ini realiti persepsi politik yang tidak boleh dinafikan. Selagi pihak-pihak yang menjadi sasaran penulis blog ini gagal membalas tulisan Raja Petra dengan fakta dan jawapan yang meyakinkan, selagi itu Raja Petra akan terus menjadi idaman pengikut maklumat dan media alternatif.


The Malaysian Insider

Kenapa tidak boleh berkawan dengan RPK?.. dari perspektif Ahli UMNO.

Posted: 09 Jul 2010 02:12 AM PDT

Artikel ini dipetik dari sebuah blog penyokong UMNO iaitu blog ASPAN ALIAS, ini adalah pandangan beliau dalam isu Raja Petra..

Pandangannya lebih rasional dari pemimpin-pemimpin UMNO yang memegang jawatan Menteri, rasanya kalau pemimpin-pemimpin UMNO berpandangan sebegini, Raja Petra mungkin tidak akan melarikan diri ke London..


*******************************************

Diantara banyak-banyak isu yang menjadi polimik besar diMalaysia ialah isu berhubung dengan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang kini menetap diLondon. Ada pihak yang mempersoalkan bagaimana RPK boleh tinggal diLondon sedangkan beliau bukan orang kaya.

Pihak tertentu telah menuduh RPK dibiayai oleh PKR hidup diKota Raya Kosmopolitan London dan mereka meminta pihak berkuasa menyiasat apa-apa perhubungan diantara RPK dan PKR.

Pihak yang berpolitik dangkal meminta RPK dipastikan tidak mendapat pembiayaan dari PKR dan mereka menjadikan isu ini sebagai isu yang sangat besar, sedangkan banyak isu yang lain yang perlu diambil berat, bukannya isu Raja Petra.
Jika pun benar PKR membiayai perbelanjaan penghidupan RPK diLondon dan Manchester, diUnited Kindom, dimana kah letak kesalahannya dan apa pula dosa yang dilakukan oleh PKR?

Bagi saya parti PKR boleh membelanjakan dana mereka mengikut kehendak dan keperluan parti itu. Dana yang ada dalam PKR itu adalah dana mereka, kenapa pula kita yang sibuk mempersoalkan cara mereka berbelanja?

Seperti kita membelanjakan RM 78 juta untuk membiayai APCO dalam usaha menaikkan imej negara dimata dunia dan seluruh masyarakat antarabangsa pihak kita tidak perlu mengambil tahu bagaimana parti itu membelanjakan sumber kewangannya dan kepada siapa parti itu membelanjakannya.

Balasubramanium pernah mengaku dan menunjukkan bukti yang beliau pernah mendapat pembiayaan hidup diluar negara denagn menunjukkan salinan document yang menunjukkan penerimaan sebanyaj RM750 ribu dari keluarga PM sendiri. Kenapa kita tidak menjadikan isu itu sebagai isu dikalangan kita?

PKR adalah sebuah parti halal dan RPK pun seorang manusia seperti kita: bezanya RPK tidak mudah terpengaruh dengan segala isu yang kita sendiri menghadapi dengan begitu parah sekali.

DAN satu lagi yang kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri; wajarkah kita menuduh RPK adalah orang yang tidak mungkin mampu hidup diUK kerana negara itu sangat mahal kos penghidupan?

Siapa pula yang menyiasat kekuatan ekonominya dan apa yang menyebabkan pihak kita berfikir yang RPK tidak layak tinggal disana? RPK bukan hidup kesaorangan dalam dunia ini kerana RPK masih ada ahli-ahli keluarga yang besar.

Beliau bukan seorang yang melarat dan perlukan bantuan pihak lain. Tetapi seperti yang saya katakan awal tadi jika pun PKR mampu dan bersetuju untuk membiayai beliau saya sedikitpun tidak nampak kesalahannya.

Jika RPK itu memberikan sokongan kepada PKR dan rakan-rakan mereka dalam PKR itu merupakan pilihan beliau. Beliau berhak untuk menyokong sesiapa yang beliau sokong.

Saya sendiri bersahabat baik denga beliau dan jika saya ada kesempatan keLondon saya sendiri akan berusaha untuk mencari beliau untuk berjumpa bagi mendengar khabar sebagai seorang sahabat.

Saya ahli UMNO beliau mungkin ahli kepada parti lain tetapi itu tidak sedikit pun akan menjadi isu untuk kami berpecah dan saya sememangnya menunjukkan rasa hormat saya kepada beliau. Kami sudah lama berkawan dan saya tidak buang kawan semata-mata kerana pemikiran sempit politik kita.

Jika saya berkesempatan saya ingin menemui ahli keluarga beliau terutamanya menemui Marina isteri beliau yang juga sahabat rapat kepada saya.

Jika kita berterusan utuk menjadikan isu ini berpanjangan, maka rakyat akan menganggap pemimpin kita merupakan pemimpin yang mempunyai pemikiran sempit yang hanya memikirkan isu politik semata-mata.

Hendak berkawan sesiapa pun terpaksa bertanya dahulu kepada UMNO dan pemimpin kita. Dengan orang itu boleh, dengan orang ini tak boleh.

Sekarang kita hidup dizaman dalam mana manusi sudah mampu berfikir; hanya pemikiran pemimpin kita sahaja yang tidak selari dengan pembangunan pemikiran manusia sejagat pada hari ini.

Kita masih menyimpan prasangka terhadap sesiapa yang berkawan dan berhubungan dengan pihak yang kita tidak gemar.

Dengan menjadikan RPK sebagai isu dipihak kita maka secara langsung kita mengakui yang RPK mempunyai pengaruh yang mempunyai 'consequence' yang besar dalam arena politik tanahair kita yang memungkin kita akan jatuh tersungkur dalam PR13 nanti.

Mahu tidak mahu kita terpaksa terima hakikat itu. Saya tidak mahu terlibat untuk memanjangkan isu ini kerana ianya akan menjejaskan kredilibiliti pihak kita sendiri.

RPK berhak tinggal dimana sahaja dan sesiapa juga tidak melakukan kesalahan jika membantu beliau tinggal diLondon jika ada pihak yang jujur untuk membantu beliau dan beliau perlukan bantuan.

Tetapi saya tidak percaya yang beliau memerlukan tanggungan pihak lain untuk tinggal dimana-mana kerana beliau adalah dari keluarga yang baik, lebih baik dari ramai diantara kita disini.


Aspan Alias

I cry for Malaysia — An open letter to Goverment of Malaysia

Posted: 09 Jul 2010 02:00 AM PDT

To The Prime Minister of Malaysia and the Cabinet,

One month ago, on a Sunday morning after Church, I was driving near Jalan Duta. I was so overcome with emotion that I pulled by the side of the road and wept silently for about three minutes.

What has happened to this beautiful country of Malaysia? How come there are now so many racial and religious problems facing our country?

In addition to the outright looting and plundering of our country's resources and wealth, there seems to be a group of evil people who want to disrupt the peace and harmony that we cherish and have enjoyed so far.

South Africa

What a shining example of progress! We are told that 18 years ago, they ended the terrible practice of Apartheid. Look at South Africa today. They are hosting the football World Cup Finals, and this Sunday, all sports fans across the world will watch them host the final of the World Cup.

In 18 short years, they have erased the practices of Apartheid and made tremendous progress.

Czech Republic

I had a chance to visit Prague in the Czech Republic three years ago. It was a very enjoyable experience. What really amazed me was how they transformed from a Communist set-up and thinking to a very robust Western-style capitalistic economy in 20 years. A very short time indeed.

The US

In the 60s, Martin Luther King was singing "We shall overcome, we shall overcome some day." Not much later, they had leaders the likes of Colin Powell, Condoleeza Rice, etc.

Today, the US has Barack Obama as president, a person of Negro-African parentage.

What about Malaysia?

After 54 years of Independence, we still have the likes of Datuk Ibrahim Ali, who continue to harp on raw racial issues. Also the former PA of the present PM who in a 1 Malaysia talk in Melaka called Indians "beggars" and said Chinese women like to "sell their bodies".

To say we are insulted is an understatement, we are incensed! With such racial bigots around, how do we expect Malaysia to progress like the three countries mentioned above?

Allah issue

An Umno friend remarked recently "Why is your Catholic Church so bad that it took the Government to court over this issue?" I asked him to check the facts and background of the issue.

There was no issue until Tan Sri Syed Hamid Albar, the former home minister made it an issue. The truth is that The Herald has been using the word Allah in their Bahasa Malysia version since 1982.

This is because many Catholics in Sabah and Sarawak are more conversant in BM. The Editor of the Catholic Herald was warned many times in writing about the use of the word Allah.

To protect their rights, they took the Government to court and won. Then the real problems started.

We remember the call by Datuk Seri Najib Razak and Datuk Seri Hishammuddin Hussein in encouraging Muslims to come out in big numbers after prayers on a Friday to show displeasure about the use of the word Allah.

I want to ask Najib and Hishamudin, since when in this country have demonstrations been allowed?
Also the leaders of the government in waiting, such as Lim Guan Eng, Datuk Seri Hadi Awang and Datuk Seri Anwar Ibrahim signed a joint statement that they have checked the historical records of the Middle East, Egypt, etc.

They said there were no problems with non-Muslims using the word Allah. So Umno was checkmated again!

In the recent Sibu by-election, the head of SUPP George Chan, called us gangster West Malaysian politicians.

He said "Allah has never been a problem in Sarawak, do not stir up religious emotions here".

Our reply to him was: "Brother, we did not create this problem, your BN Syed Hamid started it"

Burning of houses of worship in January 2010

This was a black mark in our nation's history. It started with the Metro Tabernacle Church at Desa Melawati. Today, three Malay youths have been charged for this attack.

What many people are not aware of is that God intervened to avoid a near-disaster from happening. One hour before the church was fire-bombed, the Senior Pastor was at the entrance of the church. He had some urgent work and just used his slash card to open the door.

However, God prevented his possible death. Out of the blue, he developed severe stomach cramps, so he returned to his house to ease himself.

I quote from the DPP's Azlina Radzi statement: "We are not interested in the motives of the accused, but in whether they committed the offence of attacking the Church."

What a ridiculous remark. How can there be an attack if there is no motive? Unless one can prove that they are insane and fit for Tanjong Rambutan!


In conclusion

Why, after 54 years of Independence, do we still have still so many race and religious problems remaining? Why do we allow a small group of religious and racial bigots to dictate terms and try to destroy the unity, peace and harmony that we enjoy and cherish?


Dr Tan Kee Kwong

UMNO oh UMNO!

Posted: 09 Jul 2010 01:30 AM PDT

Berikut adalah berita yang dipetik dari laman web umno online di http://umno-online.com/?p=13074 :

Wakil rakyat bebas antara penceramah yang diundang oleh UMNO Selangor bagi memjelaskan perkembangan terkini senario politik tanah air.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abd Shukor Idrus berkata, kehadiran wakil rakyat terbabit dapat memberi penerangan jelas kepada rakyat berhubung apa yang berlaku terutama membabitkan isu politik di Selangor.

"Hanya mereka sahaja yang tahu apa yang berlaku, mereka ini pernah berada dalam parti terbabit seperti Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain dan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin.

"Melalui program ini, kita dapat memberi penjelasan terutama membabitkan pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin pakatan pembangkang Selangor supaya rakyat tidak terus ditiipu dengan permainan mereka," katanya

Atas keghairahan kononnya mahu menakluk negeri Selangor, Umno Selangor dikatakan akan menganjurkan program jelajah seluruh negeri Selangor bagi mendedahkan "pembohongan" kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sebagaimana laporan di atas (yang dikeluarkan oleh sumber Umno sendiri) akan diseretlah dua orang ahli parlimen yang telah melompat keluar PKR iaitu Zahrain dan Zul Nordin untuk menjadi bintang utama pentas jelaja Umno itu.

Kita menunggu-nunggu juga penganjuran majlis seumpama itu. Saya yakin rakyat Selangor akan makin menebal bencinya pada Umno, kiranya dua orang yang disebutkan itu muncul di pentas Umno.

Jangankan orang Melayu, tiada bangsa dalam negara ini rasa saya yang mahu meraikan apalagi menghormati seorang pemimpin yang sanggup menggadaikan amanah yang diberikan oleh rakyat kepadanya.

Tiba-tiba dalam Utusan hari ini kedua-dua ahli parlimen itu menafikan akan sertai program Umno Selangor itu. Menurut laporan, mereka berkata mereka memilih untuk menjadi ahli parlimen Bebas oleh itu mereka akan terus bergerak secara "neutral" tanpa berpihak ke mana-mana.

Tidakkah memalukan jika demikian. Bagaimana Ketua Penerangan Umno Selangor boleh mengumumkan nama-nama mereka sedangkan tuan punya badan sendiri tidak sudi.

Mahu menguruskan program pun Umno Selangor bercelaru, bagaimana mahu menawan hati rakyat untuk kembali menyokong mereka?!

Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, yang laporakan Umno online yang nafikan Utusan Malaysia, dua-dua Umno belaka…….. panjanglah umur PR Selangor nampaknya.


http://n32.blogspot.com/

Ceh!! 1Malaysia tidak popular rupanya....

Posted: 08 Jul 2010 11:43 PM PDT

Punyalah hebat pentadbiran Najib mempromosikan '1Malaysia'nya.. hinggakan setiap hari pasti kita akan melihatnya dimana-mana bahkan ucapan salam pun di sebut dengan 'salam 1Malaysia' sampai naik meluat dah aku tengoknya.. rupa-rupanya tidak popular juga..

Ianya tidak popular dikalangan bukan Bumiputera dan mereka menganggap ia hanya satu usaha Barisan Nasional (BN) mahu memikat sokongan bukan Melayu..

Nampaknya masyarakat bukan Melayu lebih bijak menilai apa yang tersirat disebalik yang tersurat dari sesetengah kelompok masyarakat Melayu sendiri.. yang masih menyokong UMNO/BN..

Nampak gayanya lambat lagilah PRU13..


Merdeka Center: 1Malaysia tidak popular kalangan bukan Bumiputera

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Konsep 1Malaysia yang disandarkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak popular di kalangan bukan Bumiputera sambil mereka menganggap ia hanya satu usaha Barisan Nasional (BN) mahu memikat sokongan bukan Melayu.

Penemuan terbaru firma kajian pendapat umum, Merdeka Center menunjukkan hanya 39 peratus masyarakat bukan Bumiputera menerima konsep 1Malaysia walaupun sudah lebih setahun diperkenalkan.

"Sementara 46 peratus mendapati ia (konsep 1Malaysia) hanya satu taktik untuk memenangi sokongan politik bukan Melayu manakala 16 peratus mengatakan mereka tidak mengetahuinya atau enggan menjawab soalan ini," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh Najib sebagai gagasan pentadbirannya 15 bulan yang lalu.

Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam awal April 2009.

Kajian ini dikendalikan antara 21 Jan dan 26 April lalu untuk mendapatkan pandangan rakyat mengenai soal perpaduan nasional, integriti, penyertaan demokratik dan tindakan afirmatif.

Berhubung pandangan mengenai arah tuju perpaduan nasional, Ibrahim berkata, rakyat Malaysia melahirkan pandangan berbelah bahagi.

Seramai 48 peratus responden yang ditermui berpendapat bahawa negara menjadi semakin bersatu manakala 43 peratus berpandangan Malaysia berada dalam kedudukan sebaliknya.

Kajian itu juga menunjukkan pertelingkahan keterlaluan di kalangan ahli-ahli politik dan parti-parti politik merupakan antara sebab utama hubungan antara kaum semakin buruk.

Pandangan itu dipersetujui oleh kira-kira 13 peratus responden manakala sembilan peratus mengatakan ia berpunca daripada kurangnya persefahaman dan sikap hormat-menghormati kaum lain.


The Malaysian Insider

PRU-13: Calon Melayu perlukan berbilion ringgit?

Posted: 08 Jul 2010 09:45 PM PDT

"Kalau seorang ekonomis seperti Husam mensasarkan jumlah RM200 juta untuk bawa PAS ke Putrajaya, bagaimana pula puluhan 'ekonomis' dalam Umno?" kata Syed Azidi yang pernah dilabel sebagai orang kuat Husam ketika berkhidmat di Kelantan sehingga akhir tahun lalu.

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Blogger Kickdefella, yang kini dikaitkan dengan isu perpaduan Melayu selepas meninggalkan Kelantan akhir tahun lalu, melahirkan tanda tanya sama ada berbilion ringgit akan dihabiskan oleh calon-calon Melayu untuk bersaing sesama sendiri ketika pilihan raya umum ke-13.

Dalam tulisan terbarunya, Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata, bayangkan betapa banyak wang, masa dan tenaga orang-orang Melayu yang akan dihabiskan untuk tujuan "berperang sesama Melayu."

"YB Husam Musa berkata dalam ceramah terbukanya di Taman Guru tidak lama dulu bahawa dia akan cari RM20 juta untuk memerangi Umno supaya parti itu tumbang.

"Saya sendiri pernah menulis bahawa Husam memberitahu saya dia perlu dapatkan RM200 juta untuk bawa PAS ke Putrajaya.

"Kalau seorang ekonomis seperti Husam mensasarkan jumlah itu, bagaimana pula puluhan 'ekonomis' dalam Umno?" kata Syed Azidi yang pernah dilabel sebagai orang kuat Husam ketika berkhidmat di Kelantan sehingga akhir tahun lalu.

"Berapa bilionkah yang akan dihabiskan supaya calon Melayu boleh lawan calon Melayu dan tewaskan calon Melayu?" katanya lagi.

Mengulas laporan The Malaysian Insider dalam blognya, Syed Azidi menambah, sudah tiba masanya beliau bercakap soal Perpaduan Melayu.

Dalam laporan itu, Syed Azidi menegaskan, pandangan agar beliau menggerakkan kempen "Kickdefellanikaziz", yang merujuk kepada usaha menyingkirkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai "idea nakal Utusan" semata-mata kerana perpaduan Melayu tidak boleh dicapai hanya dengan menyisihkan Mursyidul Am PAS itu.

Sambil menolak tanggapan bahawa wujudnya gerakan "Kickdefellanikaziz" yang ditujukan kepada usaha menggulingkan Nik Aziz, Syed Azidi berkata, usaha ke arah perpaduan orang Melayu tidak seharusnya membawa kepada perpecahan susulan hanya kerana mengetepikan peranan individu atau golongan tertentu.

"Itu (Kickdefellanikaziz) idea nakal Utusan Malaysia kerana... bagi saya itu satu idea yang nakal, bukan idea jahat tetapi idea yang nakal.

"Falsafah saya, ketika kita bercakap mengenai perpaduan dan penyatuan ke depan orang Melayu, kita bukannya mahu memecahkan lagi orang-orang Melayu," kata beliau.

Bagaimanapun dalam tulisannya kata Syed Azidi, beliau tidak mahu bercakap soal menyelamatkan Umno.

"Tidak! Saya tidak mahu bercakap soal menyelamatkan Umno atau satu dua pemimpin yang ditolak massa.

"Dulu kita sebenarnya tidak bercakap soal perpaduan Melayu, sebab agenda sebenarnya ialah untuk menyelamatkan kedudukan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Umno.

"Kemudian kita bercakap soal kerajaan perpaduan, kerajaan tanpa pembangkang. Itu bukan agenda Melayu.

"Itu adalah agenda mengekalkan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri setelah beliau 'dipaksa' berundur sebagai Presiden Umno," katanya lagi.

Sehubungan itu kata beliau, bagaimana agenda mempertahankan Abdullah boleh dianggap agenda perpaduan Melayu.

"Bagaimana agenda yang hanya memanfaatkan Kamaluddin Abdullah dan YB Khairy Jamaluddin boleh di anggap membela Melayu?" katanya.

Bertolak daripada itu, kata bekas pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan ini, agenda Melayu hendaklah dilihat dari sudut-sudut lain.

Katanya, daripada 222 anggota di Dewan Rakyat yang dipilih dalam pilihan raya umum ke-12, komposisi Melayu dan Islam yang berada dalam kerajaan pusat hanyalah 39 peratus.

"Sedangkan jumlah keseluruhan ahli Dewan Rakyat dari keturunan Melayu dan yang beragama Islam ialah 58 peratus dari keseluruhan ahli dewan.

"Ini bererti hampir 19 peratus ahli Dewan Rakyat Melayu dan lain-lain Bumiputera Islam berada di luar kerajaan bersama 17 peratus ahli Dewan Rakyat bukan Melayu, bukan Bumiputera dan bukan Islam membentuk sebuah Pakatan (Rakyat) yang akhirnya menambah sukarnya agenda Melayu dilaksanakan.

"Dari segi matematik, Tuan Guru Nik Abdul Aziz diyakinkan bahawa, paling banyak DAP dan PKR boleh menambah kerusi Dewan Rakyat dalam PRU akan datang ialah 20 sahaja iaitu 15 kerusi dari MCA, tiga kerusi dari MIC dan dua kerusi dari Gerakan," katanya.

Ini kerana DAP sudah merampas 26 kerusi majoriti pengundi bukan Melayu di Semenanjung Malaysia dan calon bukan Melayu PKR pula sudah merampas 10 kerusi campuran.

PAS sekarang memiliki 23 kerusi di Dewan Rakyat manakala Umno pula memiliki 65 buah kerusi Dewan Rakyat yang dimenanginya di Semenanjung.

"Jadi PAS ada peluang untuk bertanding lebih banyak kerusi dan ada kemungkinan untuk menang lebih besar dari DAP dan PKR. Tetapi itu adalah hanya kemungkinan," katanya.

Syed Azidi menambah, untuk memperolehi kerusi lebih banyak, PAS perlu menyandarkan nasibnya pada pemilih bukan Melayu dan bukan Islam serta pada waktu yang sama berusaha menyedapkan hati orang-orang Islam dengan menjemput beberapa kerat orang Cina dan India untuk membaca sepatah dua al-Quran kepada orang-orang Islam.

"Serta beberapa kerat ini menyelitkan pula satu dua nama pemimpin besar Islam dalam penjelasan polisi mereka.

"Tetapi yakinkah PAS bahawa pemilih-pemilih bukan Melayu akan membiarkan PAS menunggangi mereka untuk menjadikan Parti Islam Se-Malaysia sebagai parti tunjang Pakatan Rakyat?" katanya lagi.

Selain 65 buah kerusi Dewan Rakyat yang dimenangi Umno dan 23 yang dimenangi PAS, katanya, PKR pada suatu ketika memiliki 20 kerusi yang dimenangi oleh calon Melayu Islamnya dan Bebas satu kerusi, yang dimenangi oleh Datuk Ibrahim Ali atas nama PAS.

"Ini beerti terdapat 109 buah kerusi yang akan menjadi perebutan orang-orang Melayu Islam di Semenanjung Malaysia," kata beliau.

Ibrahim kini merupakan wakil rakyat Bebas.


The Malaysian Insider

Khairy macam budak sekolah - Brahim Ali

Posted: 08 Jul 2010 07:51 PM PDT

Kah.. kah.. kah.. tak habis lagi perang depa ni rupanya.. kalau semalam Khairy melabel Wee Chee Keong sebagai Ibrahim Ali versi Cina.. Hari ini pula Brahim Ali yang meradang kerana tingkah laku Wee Chee Keong itu dikaitkan dengan namanya oleh Khairy pula telah melabel cara pemikiran Khairy seperti budak sekolah.

Laaa... Khairy berfikir macam budak sekolah rupanya.. patutlah Pemuda UMNO tak kemana.. Ketua mereka lulusan Oxford tapi cara berfikir macam budak sekolah..


Ibrahim Ali: 'Otak Khairy macam budak sekolah'
Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Presiden Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin membawa "pemikiran seperti budak sekolah" kerana menyerangnya tidak tentu pasal sejak kebelakangan ini.

"Saya tidak mahu buang masa dengan budak Khairy ni, melatah tidak tentu pasal.

"Saya tidak tahu kenapa dia serang dan kaitkan saya macam-macam, terbaru (semalam) dia kaitkan Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju) dengan saya pula," kata beliau selepas menghadiri Forum Rancangan Malaysia Ke-10 bersama RTM malam tadi.

Semalam, Khairy menyifatkan Choo Keong sebagai wakil rakyat "substandard" dan mirip Ibrahim versi Cina.

Dalam ruangan twitter ketika Choo Keong sedang menyoal Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong ketika membahaskan Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat hari ini, Khairy berkata:

"Kualiti Wee Chee Keong mencela sangat teruk. Saya merasakan beliau seorang wakil rakyat substandard."

Khairy berkongsi pandangannya itu ketika berbual menerusi twitter dengan rakan sejawatannya dari MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.

"Saya merasakan beliau versi Ib Ali (Ibrahim Ali) Cina," kata Ketua Pemuda Umno itu.

Choo Keong merupakan wakil rakyat terbaru keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ibrahim berkata sikap yang ditunjuk Khairy itu langsung tidak menggambarkannya sebagai seorang pemimpin muda yang bijak.

"Dia (Khairy) banding dan tuduh saya macam cakap saya berfikiran cetek seolah-olah dia mempunyai pemikiran global.

"Adakah ini sikap sebagai seorang pemimpin muda? Dia tidak sesuai untuk jadi ketua dengan otak budak sekolah itu," katanya.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata dia sedia mengetahui segala rahsia Khairy.

"Tindak-tanduk dia saya tahu, kalau nak cakap soal peribadi dia pun saya tahu. Nak saya bongkar?

"Khairy ini siapa? Kalau setakat jadi Ketua Pemuda Umno sebab bapa mertua buat apa? Sejak dia jadi ketua pun Pemuda Umno nampak lesu, jadi lebih baik dila letak jawatan gantikan dengan orang lain," tegasnya.

Ibrahim juga baru-baru ini terlibat dalam dalam pertikaman lidah dengan Khairy dan Ka Siong berhubung isi hak keistimewaan orang Melayu khususnya biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dan Mara.

Perkasa mendesak Khairy meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau.

Sambil menyifatkan Ibrahim tiada ada untuk mengatakan demikian, Khairy juga melabelkan wakil rakyat itu sebagai "gedebe politik."

Ibrahim pula berkata beliau bangga kerana Khairy melabelkannya dirinya sebagai "jaguh kampung yang berani" dan gedebe politik.


The Malaysian Insider

Ketua UMNO bebas dari tuduhan pengubahan RM138,210 wang haram..

Posted: 08 Jul 2010 07:41 PM PDT

KOTA BHARU - Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Mohd Fauzi Ismail dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM138,210 pada 2005.:

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Mohd Azman Husin memutuskan demikian setelah menolak rayuan pihak pendakwaan selepas meneliti mitigasi kedua pihak pendakwaan dan pembelaan.

Mohd Azman semasa membacakan keputusan penghakimannya memberitahu, saksi pendakwaan (SP17) adalah rakan sejenayah dan keterangan yang diberikannya dan SP10 adalah tidak kredibal.

"Pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti bahawa responden mempunyai pengetahuan yang sah mengenai tindak tanduk SP17.

"Mahkamah Tinggi tidak boleh mengganggu dapatan fakta yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen dan dengan ini rayuan perayu di tolak," katanya.

Mohd Fauzi diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed sementara pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Asnawi Abu Hanipah.

Berdasarkan pertuduhan pertama yang dihadapi, Mohd Fauzi didakwa menerima wang hasil aktiviti haram RM91,650 daripada Mohd Syahbuddin Hashim, 26, di hadapan Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, di sini antara jam 12.30 tengah hari dan 7 malam pada 6 Januari 2005.

Bagi pertuduhan kedua pula, beliau didakwa menerima RM46,560 hasil aktiviti haram daripada Wan Ibrahim Wan Setapa, 43, di Pejabat Umno Bahagian Kubang Kerian, dekat sini, antara jam 1 tengah hari dan 2 petang, 10 Januari 2005.

Mohd Fauzi dituduh melakukan dua kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Pada 22 Januari 2008, Hakim Mahkamah Sesyen, di sini, memutuskan Mohd Fauzi tidak perlu membela diri berikutan kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadapnya bagi dua pertuduhan itu.

Namun, pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, memfailkan rayuan ke mahkamah tinggi dan kes itu didengar semula sehingga Hakim Mohd Azman semalam memutuskan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen sebelum ini dikekalkan.:

Mohd Fauzi ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah semalam bersyukur atas keputusan itu.


Sinar Harian

Isu Penan : Shahrizat akan mengkaji lagi...

Posted: 08 Jul 2010 09:03 AM PDT

Membaca tentang isu Kaum Penan di Sarawak membawa ingatan aku terhadap filem-filem tamil yang sering dipaparkan di TV2,dimana bagi kebanyakkan kisah tentang masyarakat mereka pasti akan dipaparkan tentang betapa peritnya golongan yang miskin dalam mendapat pembelaan dari pihak berkuasa, yang miskin dipaparkan hidup dalam penindasan pihak yang kaya.


Muramnya suasana...

Jelas tiada bezanya dengan apa yang dialami oleh Kaum Penan di Sarawak, Malaysia. Mereka hidup dalam kemiskinan biarpun Ketua Menteri mereka kaya-raya.

Faktor kemiskinan ini telah menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada kenderaan syarikat pembalakan untuk keluar kebandar bagi mendapatkan bekalan keperluan harian dan juga untuk ke sekolah kerana tempat tinggal mereka yang terlalu jauh di pedalaman dan ditambah pula tiada kenderaan lain yang boleh digunakan.

Bagi rakyat Malaysia yang mengikuti kes perkosaan dan penderaan seks terhadap wanita Penan oleh pembalak pasti tahu bawaha kes ini bukanlah sesuatu yang baru.

Dalam siasatan yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap Wanita Kaum Penan di Sarawak pada bulan October 2008, Jawatankuasa tersebut telah mengesahkan dalam laporan mereka bahawa memang ujud kes-kes rogol dan penderaan seksual keatas kanak-kanak dan juga wanita Penan di Sarawak oleh pembalak – pembalak.

Pengesahan tersebut telah dibuat setelah hampir setahun siasatan berkenaan isu itu dijalankan oleh Jawatankuasa tersebut.

laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap wanita kaum Penan di Sarawak itu telah disimpan oleh Shahrizat.

Dalam usaha untuk mendapatkan laporan tersebut Ketua Wanita KeAdilan YB Hajjah Zuraidah Kamaruddin dan pasukannya yang telah mengadakan demontrasi dihadapan bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – sepenuhnya sila baca di SINI.

Hari ini pula Shahrizat berkata pihaknya telah memperolehi laporan tersebut dari Kumpulan Sokongan Penan (PSG) dan akan merujuknya kepada pasukan petugas nasional - yang ditubuhkan tahun lalu - untuk mengkajinya.

"Kementerian, melalui Jabatan Pembangunan Wanita, sedang mengkaji laporan itu, dan sedang meneliti khususnya tujuh kes baru didokumentasikan dalam laporan tersebut.

Jika laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan yang ditubuhkan oleh kerajaan sendiri telah diperap begitu sahaja oleh Shahrizat adakah kita yakin yang Laporan dari Kumpulan Sokongan Penan (PSG) akan dipandang serius oleh Shahrizat?

Jadi apabezanya antara kisah-kisah yang dipaparkan dalam filem-filem Tamil itu dengan kisah Kaum Penan ini?

Kerana kemiskinan masaalah mereka dipandang sepi…

Laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan download di SINI


Kementerian Wanita akan kaji 'laporan Penan'


Kerajaan akan mengkaji laporan Penan yang baru dikeluarkan, yang mendedahkan bukti baru yang menunjukkan berlaku perkosaan dan penderaan seks terhadap wanita Penan oleh pembalak.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pihaknya telah memperolehi laporan tersebut dari Kumpulan Sokongan Penan (PSG) dan akan merujuknya kepada pasukan petugas nasional - yang ditubuhkan tahun lalu - untuk mengkajinya.

"Kementerian, melalui Jabatan Pembangunan Wanita, sedang mengkaji laporan itu, dan sedang meneliti khususnya tujuh kes barudidokumentasikan dalam laporan tersebut.

"Kes-kes tersebut akan diserahkan kepada pasukan petugas nasional yang turut dianggota pihak polis," kata menteri berkenaan, Datuk Shahrizat Abdul Jalil dalam wawancara emel dengan Malaysiakini.

Pada masa yang sama, beliau mempertahankan pihak polis, yang telah menutup kes itu akhir tahun lalu, atas alasan tidak cukup bukti dan kurang kerjasama dari pihak mangsa.

Beliau juga berkata, pihak polis komited dalam menjalankan siasatan terhadap dakwaan dalam laporan tersebut.

Shahrizat berkata kementeriannya memandang serius isu tersebut dan semua tuduhan perlu disiasat segera dan secara menyeluruh oleh pihak polis.

Kementerian itu juga turut mempertahankan laporan pasukan petugasnya yang siap Oktober lalu, yang mengesahkan berlaku keganasan seks terhadap wanita Penan, dan bahawa mereka akan meneruskan usaha mendidik masyarakat berkenaan mengenai hak mereka.


Sumber berita : Malaysiakini

Tiada ulasan: