Rabu, 7 Julai 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Langkah bijak "pencuri" zaman moden

Posted: 07 Jul 2010 06:34 AM PDT

Oleh Luke Rintod

KOTA KINABALU: Keputusan Ketua Menteri Sabah Musa Aman untuk membeli semula sebahagian dari 60,000 hektar tanah subur di daerah Pitas dan Kota Marudu, di mana kerajaan negeri melepaskannya kepada sebuah syarikat dari Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu, menimbulkan tanda tanya.

Musa mengumumkan minggu ini bahawa pengambil-alihan dan pengagihan semula tanah itu kepada penduduk pribumi, di mana beberapa tahun lalu, mereka merayu supaya tidak menyerahkan tanah itu kepada syarikat berkenaan.

Menyifatkan keputusan Musa sebagai "pencurian di siang hari", Timbalan Presiden Kumpulan Hak Kepentingan Bersama Malaysia (CigMa), Daniel John Jambun berkata, "ini merupakan langkah bijak pencuri zaman moden".

Pengumuman Ketua Menteri seolah-olah Barisan Nasional sekarang ini mengakui kesilapan menyerahkan 60,000 hektar tanah tersebut.

"Tapi kenapa BN pada awalnya tidak mendengar keluhan dan rayuan daripada penduduk pribumi di 35 buah kampung yang terlibat?" soal beliau.

"Musa mendakwa langkah awal terdahulu adalah disebabkan keputusan yang dibuat oleh para pemimpin BN yang lalu. Saya cabar beliau menamakan para pemimpin BN supaya kebenaran terserlah."

Jumlah wang yang besar

Daniel, juga seorang pemimpin yang senior PKR Sabah berkata, pada kebiasaannya di Sabah di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) ialah apabila sesuatu keputusan menyentuh sejumlah wang rakyat yang besar dibuat, terdapat beberapa individu yang membuat wang yang banyak tanpa bersusah payah.

"Semuanya mengenai wang. Kali terakhir, para penduduk pribumi di Pitas dan Kota Marudu menentang secara habis-habisan. Tapi kali ini, kerajaan BN yang sama tidak mengendahkannya kerana wang.

Beli semula tanah libat wang rakyat

"Jika tidak kerana wang, para pemimpin BN akan mendengar cakap mereka. Sekarang ini, kerajaan negeri mahu mengambil-alih semula tanah itu dari syarikat tersebut. Ini bermaksa sekali lagi wang rakyat digunakan.

"Ini merupakan pencurian secara terang-terangan. Bukankah begitu?," katanya, menambah usaha pengambil-alihan semula tanah akan menelan belanja berjuta-juta ringgit dari wang perbendaharaan, walaupun melibatkan sebahagian kecil sahaja dari 60,000 hektar dari tanah tersebut.

"Dan seperti biasa, datang seorang yang rapat dengan pihak berkuasa, Tuhan tahu, akan membuat duit," kata Daniel kepada FMT hari ini.

"Oleh itu katanya, menjadi kesilapan rakyat di Kota Marudu dan Pitas jua, kerana mereka terus mengundi Umno-BN.

Dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang, mereka harus memikirkan dengan semasak-masaknya atau generasi mereka yang akan datang akan mengalami kerugian yang lebih banyak……" beliau memberi amaran kepada kaumnya sendiri, yang kebanyakannya terdiri daripada etnik Rungus, Kimaragang dan Dusun.

Daniel berkata, Musa nampak bermain politik untuk memujuk penyokong tradisi Maximus Ongkili, ahli parlimen Kota Marudu, yang tanpa segan silu mengakui bahawa beliau dan BN akan tewas pada PRU nanti.

Mereka akan kalah akibat dari skandal tanah, kemasukan pendatang tanpa izin yang tidak berkesudahan dan ketiadaan pengongsian kuasa secara saksama di kalangan parti-parti komponen BN.

Maximus membayangkan bahawa, kecuali tiga isu ini diselesaikan segera, kerajaan akan mengalami kerugian pada PRU akan datang.


Free Malaysia Today

Bala dakwa Razak Baginda tidak bersalah

Posted: 07 Jul 2010 06:17 AM PDT

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini mendakwa bahawa penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda tidak bersalah dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam membuat kesimpulan tersebut kerana beliau masih berkhidmat untuk Abdul Razak sehingga 26 Oktober 2006 untuk menghalang Altantuya daripada mengganggunya.

Altantuya hilang pada 19 Oktober 2006.

"Dia tidak ada kaitan dengan kes ini ... pada saya, orang ini tidak bersalah," kata Balasubramaniam dalam sidang akhbar di London hari ini.

Abdul Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat dengan dua anggota polis - cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar - dalam pembunuhan Altantuya pada 31 Oktober 2008. Azilah dan Sirul telah dijatuhi hukuman mati atas kesalahan tersebut.

Abdul Razak sebelum ini merupakan teman karib timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sidang akhbar hari ini, yang bermula pada jam 11 pagi (7 malam waktu Malaysia), pada awalnya dirancang untuk membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dalam wawancara dijadualkan antara Balasubramaniam dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Walaupun wawancara itu dibatalkan secara tiba-tiba oleh SPRM, tetapi Balasubramaniam dan para peguamnya meneruskan dengan sidang akhbar tersebut untuk menyatakan peranannya sebelum dan selepas kehilangan Altantuya.

Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa dia akan bertemu dengan pihak berkuasa Perancis pada 12 Julai, yang akan menyoalnya mengenai dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dari syarikat Perancis, DCN.

Bulan lalu, pihak berkuasa Perancis mula menyiasat DCN berhubung dakwaan pembayaran komisyen dalam beberapa urusniaga pembelian senjata, yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang Perancis.


Malaysiakini

Kapal Selam KD Altantuya rosak lagi....

Posted: 07 Jul 2010 01:25 AM PDT

Ini merupakan kerosakan kali kedua yang baru dikesan pada Kapal Selam pertama negara kita KD Tunku Abdul Rahman yang juga baru dibeli dan merupakan barang baru bukan second hand..

The Malay Mail melaporkan Kapal Selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman terpaksa berlabuh di pengkalan Tentera Laut Teluk Sepanggar, Sabah kerana menghadapai masaalah lagi.

Masaalah baru itu yang tidak dinyatakan itu dikesan setelah ianya selesai menjalani ujian laut tropika pada bulan lepas.

Sejak dari kapal selam tersebut berlabuh di pengkalan manakala masalah berkenaan belum dibaiki lagi.

Ianya akan memakan masa lebih lama untuk mengesahkan kapal selam tersebut boleh beroperasi sepenuhnya.

Anak kapal KD Tunku Abdul Rahman akan mengambil alih kapal selam kedua negara KD Tun Razak yang baru diterima. Ini adalah kerana jika anak kapal KD Tunku Abdul Rahman berada di darat dalam tempoh yang lama , mereka akan hilang taraf sebagai anak kapal .


'KD Tunku Abdul Rahman' moored as more problems crop up

MARHALIM ABAS

Wednesday, July 7th, 2010

PETALING JAYA: KD Tunku Abdul Rahman remains at the Teluk Sepanggar naval base in Sabah as problems have again resulted in the submarine being docked.

The Malay Mail was informed by defence industry sources that the unspecified problems were detected after the submarine completed its tropical water trials last month. A routine maintenance check later revealed the problems.

Since then, the submarine has remained at the naval base unfixed.

It is learnt although the vessel obtained its Initial Operational Capability (IOC), it may take longer to be declared fully operational.

However, the arrival of the second Perdana Menteri-class submarine, KD Tun Razak, on July 2, was a godsend for the crew of its sister ship, KD Tunku Abdul Rahman. The crew is expected to take over the second submarine during its mandatory tropical water trial.

Sources said this was necessary as the KD Tunku Abdul Rahman crew may lose their submariners rating if they remained on land.

In February, The Paper That Cares reported that KD Tunku Abdul Rahman suffered a technical defect that prevented it from diving for three months. The submarine started tropical water trials on Feb 20.

KD Tunku Abdul Rahman was commissioned early last year after undergoing a two-year trial period in France.

The Royal Malaysian Navy procured the two submarines for RM3.4 billion in 2002 from French/Spanish shipbuilders, DCNS and Navantia.


Malay Mail

Utusan dah start dah….

Posted: 07 Jul 2010 01:04 AM PDT

Usahlah kita kata Petra itu tidak boleh dipercayai, atau boleh percaya tetapi 40% sahaja. Sanggupkah Kerajaan mengadakan Siasatan Terbuka untuk menentukan betul atau salah Petra dan Bala ini?

By Dato Zaid Ibrahim

UMNO telah mula siar gambar saya. Lazimnya mereka takkan memberi apa-apa laporan tentang diri saya, apatah lagi nak masuk gambar. Bila mereka berbuat demikian ertinya; sudah sampai masa saya akan di pukul dan dibelasah. Kerja akhbar Gestapo. Lagi besar gambar itu maknanya lagi teruk mereka akan belasah saya, secara besar-besaran.

Hari ini ada gambar saya dengan Raja Petra dan mereka membuat kesimpulan bahawa kerana hubungan ini maka PKR-lah atau parti Keadilanlah yang sponsor atau bantu Raja Petra dari segi Kewangan.

Menteri Nazri kata dia ada bukti PKR beri wang kepada Raja Petra. Mengapa Utusan tak tunjuk bukti itu? Kita pun nak tahu kerana setahu saya parti saya ini tak ada duit, kais pagi makan pagi. Tak usah nak guna andaian untuk membuktikan sesuatu yang memang sudah ada bukti jelas dan kukuh. Lainlah kalau mereka tak ada bukti, lalu perlulah mereka membuat tohmahan dan dakwaan palsu.

Saya baru bertemu dan makan ais kacang dengan Petra dan Bala. Saya tanya mereka mengapa tidak mahu balik ke Malaysia. Mengapa mereka berada di luar negara. UMNO telah menuduh mereka buat kesalahan dan lari kerana takut kepada tindakan Mahkamah.

Mereka menjawab serentak. Mereka akan balik ka Malaysia kalau mereka tidak akan kena ISA. Siapa boleh beri jaminan? Mereka takut mereka kena tahan dan diseksa sampai mati. Mereka takut kena bom C4. Mereka adalah dua insan kerdil yang takut kepada kerajaan yang ada sekarang. Saya amat faham ketakutan mereka. Saya sendiri berasa takut, entah apa pula yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa. Tetapi apa yang rakyat mesti ingat ialah: kedua-duanya, Petra dan Bala, tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan.

Polis tidak pernah mengambil apa-apa tindakan untuk membawa mereka pulang. Jadi, jelas bagi saya mereka tidak bersalah. Jadi mengapa Utusan cuba mengelirukan Rakyat dan menimbulkan persoalan yang tidak relevan, mengenai hubungan saya dan mereka. Yang relevan dan perlu dipersoalkan ialah kenyataan mereka bahawa kes Altantuya itu ada kaitan dengan orang lain yang Maha Berkuasa dan perlu disiasat.

Jadi usahlah kita kata Petra itu tidak boleh dipercayai, atau boleh percaya tetapi 40% sahaja. Sanggupkah Kerajaan mengadakan Siasatan Terbuka untuk menentukan betul atau salah Petra dan Bala ini? Dan sanggupkah Kerajaan memberi jaminan keselamatan ke atas mereka supaya mereka dapat pulang? Inilah yang sepatutnya menjadi persoalan dan perbincangan. Bukan mengapa saya jumpa Petra dan mengapa saya makan ais kacang dengan beliau.

Lagipun PM Najib kena ingat, pilihan raya akan datang akan berkisar kepada soalan mengenai watak dan sifat pemimpin yang macam mana yang rakyat perlukan. Cara PM Najib cuba menutup Bala dan Petra tidak akan menguntungkan dia. Rakyat mahu pembangunan, itu betul. Rakyat mahu kemudahan asas, betul. Tetapi Rakyat juga mahu pemimpin yang tidak terlibat dengan kekejaman, yang tidak memperlihatkan ciri menyalahgunakan kuasa, dan yang tidak mentadbir negara ala gestapo.

Rakyat mahu Kerajaan dan pemimpin yang telus dan sederhana, dan yang tidak menakutkan mereka. Menteri Hishamuddin, cukuplah bermain wayang. Janganlah pula hendak menyalahkan Kerajaan Britain mengatakan ia tidak mahu bekerjasama. Di England ni, tangkapan hanya boleh dibuat kalau orang itu buat salah, bukan macam Malaysia. Kalau Britain tidak mahu extradite seperti yang Menteri kata, itu ertinya Raja Petra tidak melakukan apa-apa kesalahan. Janganlah pula kata Britain tidak memberi kerjasama.


Zaid Ibrahim

RM41 juta untuk memuaskan fantasi Mahathir?

Posted: 06 Jul 2010 11:14 PM PDT

RM41 Juta digunakan untuk membina Astaka Morocco dan Monumen Alaf Baru yang tidak ada fungsi dan dibina semata-mata untuk memuaskan fantasi bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad...

RM41 juta untuk projek 'gajah putih' Putrajaya

Aidila Razak




Ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong hari ini membidas kerajaan kerana membelanjakan terlau banyak wang rakyat bagi dua projek 'gajah putih' di Putrajaya.

"(Astaka Morocco dan Monumen Alaf Baru) tidak ada fungsi dan dibina semata-mata untuk memuaskan fantasi (bekas perdana menteri) Dr Mahathir (Mohamad)," katanya di lobi parlimen.

"Perangkaan...menunjukkan purata 20 pengunjung yang melawat Astaka Morocco setiap hari, jumlah itu terlalu kecil berbanding dengan jumlah wang yang dibelanjakan."

Menjawap soalan Liew di Dewan Rakyat, sebelum itu, Timbalan Menteri, Wilayah persekutuan, Datuk M Saravanan berkata Astaka Morocco dibina pada kos RM20 juta dan RM250,000 dipibelanjakan setiap tahun untuk penyelenggaraannnya.

Ini termasuk 'pembersihan khas' untuk kolam dan juga tulisan khas yang dipamerkan di dinding serta ukirannya di pintu. Tahun lalu, 8,500 melawat monumen berkenaan.

Saravanan berkata Monumen Alaf Baru yang dirasmikan pada 2003, pula menelan perbelanjaan RM21 juta untuk dibina dan kos penyelengaraannya pula adalah RM93,000 setiap tahun.

Bagaimanapun kementerian tidak mengetahui jumlah pengunjung ke monumen itu kerana ia terletak di kawasan yang terbuka.

Menurut Saravanan, kedua-dua monumen berkenaan dibina bagi menarik orang ramai mengunjungi Putrajaya manakala Monumen Alaf Baru dikatakan mempunyai nilai sejarah.

"Memandangkan kedua-dua monumen itu telah dibina, adalah lebih baik ia dijadikan tempat untuk rakyat. Sebagai contoh, artis boleh mempamerkan seni dan bakatnya di sini. Sekarang ini, tempat ini dibiarkan kosong," katanya.

Liew juga menggesa kerajaan supaya berunding semula dengan Putrajaya Holdings, yang sekarang ini menyaksikan kerajaan terpaksa membayar RM1 bilion setiap tahun untuk bayaran sewa premis berkenaan.

"Ini hampir 0.5 peratus daripada bajet tahunan yang digunakan hanya untuk sewa, tidak termasuk penyelenggaraan, hanya kerana bagi memenuhi fantasi seseorang," katanya.

Astaka Morocco, terletak di Taman Botani dan dibina bagi melambangkan keutuhan dipllomatik antara Malaysia dan Maghribi, khususnya berhubung rakyat dan kebudayaan kedua-dua negara.

Manakala Monumen Alaf Baru setinggi 68meter terletak di Precinct 2, Putrajaya. Rekabentuknya diambil daripada bunga raya dan melambangkan sejarah negara bermula daripada zaman kesultanan Melayu Melaka.


Malaysiakini

Pemimpin Umno-BN Dalang Aktiviti Curi Pasir di Selangor

Posted: 06 Jul 2010 10:58 PM PDT

ADUN Sri Muda, Suhaimi Shafiei memberi contoh di Shah Alam bagaimana seorang pemimpin politik Umno-BN telah menyalah gunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk memberi kebenaran kepada lori yang mencuri pasir melalui sebuah kampung kerana menerima sumbangan sebuah syarikat sekitar RM40,000 sebulan.


Pemimpin Umno-BN Dalangi Aktiviti Curi Pasir Sejak Lebih 20 Tahun Di Selangor

Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM 7 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Suhaimi Shafiei menyifatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah didalangi agenda politik Umno-Barisan Nasional yang semakin panas punggung ekoran usaha tegas kerajaan negeri membanteras aktiviti dan penyelewengan pengeluaran pasir oleh pihak terbabit sejak lebih 20 tahun dahulu.

Ketika di hubungi Suara Keadilan, Suhaimi berkata arahan siasatan SPRM terhadapnya dikeluarkan tidak sampai 48 jam selepas beliau membuat kenyataan media untuk menbongkar salah guna kuasa dan penyelewangan oleh beberapa individu yang memegang jawatan kanan dalam Umno-BN di Selangor berhubung permohonan tanah di sekitar Shah Alam.

"Perang saraf ini bertepatan dengan usaha propaganda awal yang mengatakan saya adalah salah seorang ADUN KEADILAN yang akan meletakkan jawatan dalam Dewan Undangan Selangor. Apa yang berlaku mengesahkan adanya arahan daripada pihak tertentu agar memberi tekanan kepada saya supaya terperangkap dengan permainan politik mereka, yang telah menetapkan sasaran agar dapat membeli tiga lagi ADUN KEADILAN sebelum penghujung tahun ini.

"Saya di panggil SPRM untuk mengambil keterangan saya atas fitnah oleh seseorang yang cuba mengaitkan saya dengan aktiviti mencuri pasir melibatkan sebuah syarikat bernama MNT Construction Enterprise yang saya sendiri tidak tahu mengenainya dan tidak kenal siapa mereka ini (dibelakang syarikat terbabit)," tegas beliau lagi.

Suhaimi menjelaskan telah menjadi prinsip beliau dan semua ADUN Pakatan Rakyat bahawa tiada seorang pun akan terlibat sama sekali dalam aktiviti haram, bahkan beliau menentang kuat aktiviti mencuri pasir yang amat berleluasa semasa pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Tambah beliau gejala ini semakin terkawal di bawah pengendalian dan pengawasan kerajaan negeri Pakatan Selangor, walaupun masih terdapat sedikit kelemahan.

"Cengkaman KEADILAN ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada mereka yang terlibat hingga terpaksa mencari alternatif dengan mendakwa kami pula yang terlibat dalam kegiatan haram ini.

"Penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah sebagai pemangkin kepada usaha mengurangkan kecurian pasir oleh mereka yang tamak. Aktiviti mencuri pasir juga amat berleluasa di Johor dan Negeri Sembilan, tetapi kegiatan itu tidak disiasat menyeluruh kerana negeri itu adalah di bawah cengkaman Umno-BN," jelas Suhaimi.

Menurut beliau lagi, aktiviti ini berleluasa di bawah kerajaan Umno-BN tetapi dilindungi oleh pimpinan mereka.

Beliau memberi contoh di Shah Alam bagaimana seorang pemimpin politik Umno-BN telah menyalah gunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk memberi kebenaran kepada lori yang mencuri pasir melalui sebuah kampung kerana menerima sumbangan sebuah syarikat sekitar RM40,000 sebulan.

Suhaimi juga menegaskan percubaan kali ini adalah kesinambungan serangan siri terbaru Umno-BN yang memperalatkan agensi seperti SPRM untuk mencemarkan maruah kerajaan negeri Selangor dan mencalar imej beliau sebagai seorang ADUN Pakatan Rakyat yang memegang teguh prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan.

"Ini adalah satu propaganda politik dan jelas mempunyai tujuan 'mala fide' atau berniat jahat untuk mencemar Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Kami akan menentang usaha jahat ini dengan mendedahkan lebih banyak pembohongan Umno-BN dan menelanjangkan siapa sebenarnya yang melindungi aktiviti pengeluaran pasir haram di sungai dan tanah kerajaan negeri satu ketika dahulu.

"Kita minta SPRM siasat mereka tanpa memilih bulu dan akhirnya, kebenaran pasti akan terbukti. Serangan ini tidak sama sekali akan melemahkan semangat saya dan rakan rakan untuk terus berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran," tambah beliau.

Beliau serta ADUN Batu Caves Amirudin Shari di panggil SPRM Khamis lalu untuk memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah. Suhaimi dipanggil semula ke SPRM Isnin lepas.


Suara Keadilan

Zul sudah dipecat dari PAS secara automatik tahun 2008

Posted: 06 Jul 2010 08:50 PM PDT

Kata Rakyat Marhaen : Almarhum Dato Fadzil Nor dulu kalau hang hadir mesyuarat JK Pusat...dia akan cuba elak hadir jadi Pengerusi dan tak masuk mesyuarat..Almarhum masa hayatnya tahu benar perangai hang....!!!

Apa yang aku dengarpun macam tu jugak.. ada juga yang kata bila Ceramah atau sebarang majlis yang diadakan jika Zulkifli Nordin ni hadir Almarhum juga akan cuba mengelak dari menghadirinya..


PAS pecat Zul automatik 2008 selepas sertai PKR

Oleh Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bukan lagi seorang ahli PAS sejak beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua tahun yang lalu, kata Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Mustafa memberitahu The Malaysian Insider, perlembagaan PAS memperuntukkan bahawa seseorang ahli akan hilang keahliannya secara automatik apabila mereka menyertai parti politik yang lain.

PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS.

"Menurut perlembagaan PAS, sebaik sahaja anda menyertai parti lain, anda hilang (taraf) keahlian," kata beliau.

Semalam, Zulkifli yang kini merupakan anggota Dewan Rakyat yang bebas mendakwa beliau masih merupakan seorang ahli PAS meskipun telah dipecat PKR Mac lalu atas kerana melanggar peraturan parti.

Katanya, PAS sekurang-kurangnya harus memberi makluman notis menunjukkan beliau bukan lagi ahli parti itu.

"Tidak perlu memaklumkan beliau, beliau secara automatik sudah dipecat," kata Mustafa ketika ditanya sama ada Zulkifli perlu dimaklumkan oleh parti itu.

Zulkifli berkata beliau menjadi ahli PAS sejak 1997.

Pada 2004, Zulkifli bertanding di Kuala Langat atas tiket PAS tetapi tewas di tangan wakil Barisan Nasional, Datuk Dr Shafie Salleh.

Dua tahun lalu Zulkifli menyertai PKR dan bertanding di Kulim-Bandar Baharu dengan menewaskan bekas ketua Pemuda Umno Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.



The Malaysian Insider

Nazri sedia dipanggil polis, Zul minta PAS bertindak terhadap golongan Anwarinas...

Posted: 06 Jul 2010 08:17 PM PDT

Oleh: ROSLAN BIAN



Kisah pertemuan Datuk Zaid Ibrahim dengan 'pelarian' Raja Petra Kamaruddin dan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam semakin menarik.

Ini kerana polis sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan adanya individu atau parti politik membiayai dan memberi perlindungan terutama kepada pengendali blog Malaysia Today itu.

Hal ini dimaklumkan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin dan kertas siasatan tersebut dibuat setelah menerima dua laporan polis berhubung dakwaan tersebut.

Katanya, siasatan mengenai dakwaan itu akan dijalankan di bawah Seksyen 212 Kanun Keseksaan iaitu melindungi pesalah selain memanggil beberapa individu termasuk ahli politik untuk membantu siasatan.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bersedia pada bila-bila masa untuk dipanggil polis memberi keterangan berhubung kenyataannya mempunyai bukti Raja Petra atau RPK dibiayai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau memberitahu demikian kepada Agendadaily di lobi Parlimen, Selasa.

"Saya ada bukti yang diserahkan Datuk (Seri) Zahrain (Mohd Hashim) selepas beliau dedahkan perkara itu minggu lalu," katanya.

Katanya, beliau bersedia jika dipanggil polis membantu siasatan kes itu.

Beberapa hari lalu, Nazri berkata, bukti-bukti menunjukkan PKR membiayai pengendali laman web Malaysia Today.

''Memang betul, saya ada bukti, duit dihantar (kepada Raja Petra). Saya ada bukti tunjuk hantar RM500,000, dia (Raja Petra) terima RM470,000. RM30,000 lagi habis ke mana saya tak tahu," katanya..

Diminta mengulas pertemuan dua pemimpin PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Dr Hatta Ramli dengan RPK dan Bala ketika pelancaran Friends of Pakatan di London, Nazri berkata, itu menunjukkan mereka ada rangkaian.

"Bila pemimpin PAS berada di luar negara, dengan Balasubramaniam, walaupun mereka pergi melawat ke, jumpa kawan lama, itu mereka punya link lah," ujarnya.

Katanya, begitu juga bila Zaid jumpa Raja Petra.

"Itu mereka punya link," kata beliau lagi.

Sementara itu ahli PAS yang pernah jadi pernah bertanding atas tiket PKR, Zulkifli Noordin ketika mengulas perkara sama, mahu PAS, mengambil tindakan terhadap mereka terbabit.

"Saya tak pergi (cakap) sampai PAS terlibat. Saya ahli PAS. Apa yang berlaku dalam parti itu adalah adanya golongan 'Anwarinas' yang 'menyembah' Anwar Ibrahim, Mereka yang rosakkan PAS," katanya ketika sidang media di Lobi Parlimen.

Menurut ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu itu, bagi golongan 'Anwarinas' ini, presiden PAS bukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi Anwar Ibrahim.

"Mereklah makhluk-makhluk perosak dalam PAS," katanya.

Beliau berpendapat PAS perlu mengambil tindakan terhadap golongan ini bagi mengembalikan kemantapan parti itu selain kepercayaan orang ramai kepada PAS yang dilihat masih memperjuangkan Islam.


Agenda Daily

Populariti Rosmah dijangka melonjak naik..

Posted: 06 Jul 2010 10:04 AM PDT

Wahhh.. seronoklah Rosmah kali ini ya.. popularitinya pasti melonjak naik mengalahkan Najib, mana taknya.. hari ini Balasubramaniam akan membuat sidang akhbar di London yang mengaitkan namanya.. popular seluruh dunialah dia kali ni..

Dan usul juga akan dibentangkan di Parlimen.. walaupun dijangka akan dibakul sampahkan oleh speaker...

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hortmanya, saya ingin memberi notis pemberitahuan di bawah P.18 mengemukakan usul yang berbunyi seperti berikut :-

Bahawa Americk Sidhu, peguam kepada P. Balasubramaniam, telah mengeluarkan satu kenyataan di laman blog "Malaysia Today" pada 30hb Jun 2010, iaitu segala kos sara hidup pelanggannya, P. Balasubramaniam di London adalah dibayar oleh Deepak Jaikishan, seorang peniaga karpet atas suruhan isteri YAB Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

P. Balasubramaniam sebagai salah seorang saksi dalam kes pembicaraan pembunuhan Altantuya telah lari ke London dengan sebab-sebab yang tidak diketahui dan masih dikehendaki oleh SPRM untuk soal-siasat. Manakala Raja Petra Kamarudin yang didakwa telah melanggar Akta Hasutan selepas mendedahkan artikel "Let's send the Altantuya murders to hell" turut lari ke san juga.

Artikel tersebut telah menghuraikan hubungan YAB Perdana Menteri dengan Altantuya sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal yang melibatkan YAB Perdana Menteri.



Kes Altantuya ini telah dijadikan satu isu yang hangat dibincangkan dan bahan kelakar di media dunia sehingga menjejaskan imej negara kita. Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya.

Lebih-lebih lagi pihak media luar negara seperti TVB, Hong Kong telah merancang dan akan menyiarkan satu cerita bersiri berkaitan kes pembunuhan Altantunya ini di seluruh saluran TV dunia yang turut memalukan kita.

Jadi, nama isteri YAB Perdana Menteri sebagai dalang dalam kes pelarian P. Balasubramaniam yang bersangkutan dengan kes Altantuya diungkitkan dalam kenyataan "Malaysia Today" ini akan dibaca di laman web seluruh dunia yang akan memberikan sesuatu impak yang negatif kepada imej negara nanti.

Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



Er Teck Hwa
Ahli Parlimen
Kawasan Bakri

Joke of the day..

Posted: 06 Jul 2010 09:36 AM PDT

Kalau takut nak hantar kakitangan SPRM menemui Bala di London pun janganlah buat macam ni.. kan dah jadi bahan ketawa..

SPRM hantar soalan kepada Bala dengan teksi London.....

Senarai soalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dijawap oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini di tangan peguamnya di London.

Senarai soalan SPRM itu dimuatkan dalam satu sampul dihantar dengan sebuah teksi kepada peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu di hotelnya di London.

Soalan berkenan dihantar untuk Balasubramaniam melalui perkhidmatan kurier selepas SPRM menarik balik janji mereka untuk menghantar pegawainya ke London untuk mencatatkan kenyataan penyiasat persendirian itu, yang dijadualkan semalam.

"Kami sahkan bahawa telah menerima soalan berkenaan dan sedang mengkajinya buat masa ini," kata Americk, yang tidak mahu mengulas lanjut.

Balasubramaniam dijangka menjawap soalan itu dalam bentuk afidavit.

SPRM sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa tokoh mememaksannya menarik balik pengakuan bersumpah yang dibuatnya berhubung pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Antara mereka yang didakwa itu termasuk adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Nazim dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Selepas kejadian itu, Balasubramaniam melarikan diri ke luar negara tetapi mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang mengejutkan terhadap Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga menuduh bekas pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar berada di lokasi kejadian apabila Altantuya diberkas oleh polis.

Meskipun SPRM telah membatalkan wawancara yang dijadualkan itu, Balasubramaniam dan peguamnya menunggu di tempat yang di jadualkan iaitu di Leinster Gardens, Holiday Villa.

Peguamnya yang hadir termasuk Americk dan Manjit Singh Dhillon dan mereka ditemani oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan bloger Raja Petra Kamarudin.

"Kami tunggu dari jam 10 pagi dan beredar selepas 1 petang," kata Americk.

Sementara menunggu, mereka menikmati ais kacang di sebuah restoran Malaysia di hotel berkenaan. Ketika itu, sampul yang membawa senarai soalan SPRM tiba melalui teksi.

Balasubramaniam akan mengadakan sidang media pada tempat yang sama pada 11 pagi Rabu ini (7 petang waktu Malaysia) dan dijangka akan membuat lagi pendedahan.


Malaysiakini

Tiada ulasan: