Anak Cucu Nabi Adam |
- SayFool Ada Skandal
- Lim Saman Utusan Isu KM-SDO
- Lim Akan Saman Utusan
- Kejatuhan mendadak FDI hilangkan kelayakan PM
- Minuman 3 in 1 Bahayakan Kesihatan
- Siapa Kepanasan Sebenarnya, Mat Khir ke Khalid?
- Zunar cipta dua rekod 'jenaka Malaysia'
- Upacara pasang lilin anti-ISA 1 Ogos
- Kempen Mansuh ISA, Bukan Pinda
- Umno terus usaha perpaduan dengan PAS
- Anak Jumpa KuLi
- Tak perlu saman Harussani
- Zunar dan Malaysiakini fail saman terhadap KDN
- Hikayat Satu Kosong Kosong Satu
- SPRM Jangan Pilih Kes Tertentu Sahaja
- Saman Harussani Mufti Pembohong
- Mana Janji BN Nak Bina Jambatan?
- Rakyat muntah hijau dengar cerita politik BN
- Khir Toyo Baik Hang Diam Sajalah
| Posted: 26 Jul 2010 03:42 AM PDT Pasukan pendakwa kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bercempera ekoran dakwaan blogger Raja Petra Kamarudin, salah seorang anggota perempuannya mempunyai hubungan intim dengan saksi utama dan pihak yang mendakwa, Mohd Saiful Bukhari.Ketua pasukan pendakwa itu, Solicitor-General 2 Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bagaimanapun belum dapat mengesahkan samada ada timbalan pendakwaraya wanita itu akan digugurkan atau tidak dari pasukan itu. "Saya tidak boleh beritahu apa-apa sekarang, saya akan bincang dengan pasukan saya dan lihatlah nanti pada 2 Ogos sama ada dia masih dalam pasukan ini atau tidak," kata Mohd Yusof sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah laman web. Sementara itu, peguam Anwar, Sankaran Nair berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan Raja Petra itu. "Kita akan hantar surat kepada pejabat AG hari ini, petang nanti mereka akan dapatlah surat itu," kata Sankaran. Pihaknya akan menunggu jawapan rasmi dari pejabat Peguam Negara sebelum membuat apa-apa tindakan yang sesuai. Bagi beliau, jika benar dakwaan Raja Petra ini, ia merupakan satu yang sangat buruk dan ia akan menjadi lagi buruk kalau ia dibiarkan tanpa penjelasan yang wajar. "Ini akan memberikan implikasi yang serius terhadap perbicaraan ini. Kami mahu Peguam Negara mengesahkan atau menafikan dakwaan ini. Kamar Peguam Negara perlu tidak berpihak dalam hal ini kerana Saiful adalah pihak yang membuat aduan dan saksi utama pendakwa," kata Sankara. Raja Petra dalam blognya mendakwa Saiful mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang anggota wanita pasukan pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pemimpin kanan PKR, Peguam Sivarasa Rasiah mendakwa, beliau ada maklumat mengenai tuduhan ini. Saiful sebelum ini membuat laporan polis diliwat oleh Anwar dan ekoran itu Anwar didakwa oleh pasukan pendakwa yang diketuai Yusof di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Mohd Yusof mendakwa peranan timbalan pendakwaraya wanita itu hanya minima sahaja kerana dia tidak termasuk secara rasmi dalam pasukan pendakwaan beliau. Wanita itu hanya dibawa masuk untuk membantu mengumpulkan data dan mengambil nota semasa perbicaraan kerana salah seorang anggota pendakwaan telah meninggalkan pasukan itu. "Jadi, saya tidak boleh kata dia digugurkan dari pasukan ini, kerana dia bukan anggota pasukan ini sebenarnya, bukan macam (DPP) Noorin (Badaruddin), atau Wong (Chiang Kiat), atau saya. Dia dibawa untuk membantu tetapi sekarang kita sekurang-kurangnya ada tiga peguam yang boleh menyusun, dan kadang-kadang Noorin juga mengambil nota. "Selin itu, dia (wanita yang dikaitkan) juga adalah pendakwaraya, peguam. Dia juga ada kes yang kena kendali. Jika kita putuskan tidak masukkan dia dalam pasukan kita bulan depan, ini kerana kita boleh kendalikan kes ini tanpa dia...juga kerana dia ada kes lain yang perlu diuruskan," kata Mohd Yusof. ~harakah~ |
| Posted: 26 Jul 2010 03:41 AM PDT Lim Guan Eng akan memfailkan saman malu terhadap Utusan Malaysia atas laporan berhubung pertikaian di antara ketua menteri Pulau Pinang itu dengan pegawai kemajuan negerinya Nik Ali Mat Yunus. Sehubungan iti, Lim melantik Karpal Singh yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor untuk mewakilinya dalam tindakan saman malu bagi dua laporan yang disiarkan Utusan Malaysia pada 23 dan 24 Julai lalu. Karpal dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan laporan tersebut sebagai satu "kenyataan palsu dan pembohongan." Berhubung aduan yang Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk sewaktu satu majlis rasmi di Pulau Pinang pada Oktober 2009, Utusan Malaysia dalam laporan tersebut menggambarkan ketua menteri itu berbohong - dengan menyiarkan satu foto yang menunjukkan Lim duduk di sebelah menteri di jabatan perdana menteri Datuk Nor Mohamed Yakcop di kerusi kenamaan di majlis tersebut. Namun, Karpal berkata dakwaan bahawa Lim telah menggunakan perkataan "lidah biawak" dalam itu juga merupakan satu penipuan kerana isu berkaitan penyediaan kerusi itu tidak disebut oleh Lim, tetapi sengaja ditimbulkan oleh Nik Ali "(Laporan itu) menyatakan bahawa Lim telah menggelarkan pegawai kemajuan negeri (SDO) Nik Ali Mat Yunus dengan panggilan biadap kerana mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa Majlis Naik Taraf Perkhidmatan Bukit Benderea pada 20 Oktober 2009. "Perkara tidak dapat tempat duduk ini tidak dibangkitkan oleh Lim. Sebaliknya ia dibangkitkan sendiri oleh Nik Ali, semata-mata untuk mengalihkan perhatian orang ramai tentang kegagalan Nik Ali menjalankan tugas dengan cekap dan professional," kata Karpal. Jelasnya, isu yang cuba dielakkan oleh Nik Ali ialah berkaitan "kehilangan RM150,000" berpunca daripada pembinaan satu pintu gerbang di Taman Kebun Bunga yang akhirnya dirobohkan. Karpal berkata, Nik Ali juga ingin mengalihkan perhatian daripada isu kecurian pasir di Politeknik Balik Pulau dengan menimbulkan isu penyediaan kerusi. "Isu kerurian pasir di Politeknik Balik Pulau adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan kerana tapak tersebut merupakan tanah milikannya dan tiada tindakan pencegahan diambil sungguhpun kecurian bermula sejak tahun 2002. Katanya lagi, Nik Ali juga bertindak tanpa menghormati kerajaan negeri apabila menjalankan projek kerajaan persekutuan tanpa memohon kebenaran daripada majlis kerajaan tempatan. "Oleh kerana kegagalan menangani ketiga-tiga isu tersebut, Lim telah menyelar Nik Ali sebagai 'little napoleon' dan kesal (apabila) ketua setiausaha negara bersedia menyokong Nik Ali (dengan) menggunakan perkataan kesat seperti 'biadap' dan 'dayus' terhadap ketua menteri dalam sidang akhbar yang dianjurkan ADUN Umno," katanya lagi. Karpal turut memberi ingatan kepada Nik Ali yang menikmati kadar sewa bagi banglo kerajaan negeri sebagai kediaman peribadinya dengan kadar serendah 10 peratus daripada kadar pasaran. Namun, Karpal tidak menjelaskan sama ada kemudahan tersebut akan ditarik balik. ~MK~ |
| Posted: 26 Jul 2010 03:40 AM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa, isu tiada tempat duduk satu majlis tidak pernah berbangkit dan itu hanya kenyataan palsu Utusan Melaysia.Ekoran itu, beliau telah melantik Ahli Parlimen Bukit Glugor dan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh untuk saman malu Utusan Malaysia (UM) atas lapuran palsu yang disiarkan oleh UM pada 23 Julai dan diulangi pada 24 Julai. Menurut Setiuasaha Agung DAP itu, UM dengan jahatnya menyatakan bahawa beliau marah dengan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Nik Ali Mat Yunus kerana mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa Majlis Naik Taraf Perkhidmatan Bukit Bendera pada 20 Oktober 2009. "Ini adalah satu kenyataan palsu dan pembohongan oleh UM. Perkara tidak dapat tempat duduk ini tidak dibangkitkan oleh saya semasa mengkritik Nik Ali minggu lepas," katanya. Sebaliknya, kata Lim Guan Eng, ia dibangkitkan sendiri oleh Nik Ali semata-mata untuk mengalihkan perhatian orang ramai tentang kegagalan Nik Ali menjalankan tugas dengan cekap dan profesyenal dalam tiga isu berikut:- 1) Keengganan Nik Ali menghormati prinsip akauntabiliti dengan menjawab kehilangan RM150,000 daripada pembinaan pintu gerbang condong di Taman Kebun Bunga (Penang Botanical Garden) yang kemudiannya terpaksa dirobohkan. 2) Menjawab isu kecurian pasir di Politeknik Balik Pulau adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kerana tapak tersebut merupakan tanah milikannya dan tiada tindakan pencegahan diambil sungguhpun kecurian bermula sejak tahun 2002. 3) Tidak menghormati kerajaan negeri dengan projek-projek Kerajaan Persekutuan dijalankan tanpa memohon kebenaran daripada Majlis Kerajaan Tempatan. Aduan awam tentang impak negatif kerja pembinaan tidak diambil peduli langsung. "Oleh kerana kegagalan menangani ketiga isu, saya terpaksa membongkarkan sikap Nik Ali sebagai "Little Napoleon"," katanya. Sehubungan itu, Lim Guan Rng kesal apabila Tan Sri Ketua Setiausaha Negara bersedia untuk menyokong Nik Ali menggunakan perkataan kesat seperti 'biadap' dan 'dayus' terhadap Ketua Menteri dalam sidang akhbar yang dianjurkan ADUN-ADUN UMNO. "Sebelum ini saya telah cuba membuat temujanji dengan Tan Sri KSN di pejabatnya di Putra Jaya, malangnya Tan Sri KSN telah membatalkannya pada saat terakhir sungguhpun saya sudah berada di Kuala Lumpur. Tan Sri KSN tidak memberikan sebab pembatalannya pada saat terakhir atau menetapkan tarikh baru untuk berjumpa. "Jelas sekali Tan Sri KSN telah makan fitnah Nik Ali bahawa saya marah Nik Ali kerana tidak diberikan tempat duduk sungguhpun ia tidak dibangkitkan oleh saya," katanya. Beliau juga kesal MCA dan Gerakan kini kuat membantu UMNO membela Little Napoleon dan mengecam beliau tanpa mengambilkira pandangan rakyat Malaysia yang tolak budaya Little Napoleon yang tidak sihat ini. Naib Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi bercakap benar bila menyatakan MCA dan Gerakan hanya tumpang dekat UMNO semata-mata untuk memegang jawatan kerajaan tinggi, katanya. "MCA dan Gerakan tidak berani meminta Datuk Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kenyataannya tetapi berani mengecam saya dan membela Little Napoleon. Terpulang kepada rakyat untuk menilai siapa yang betul berdasarkan fakta dan kebenaran," ujar beliau lagi. ~harakah~ |
| Kejatuhan mendadak FDI hilangkan kelayakan PM Posted: 26 Jul 2010 03:39 AM PDT Kejatuhan mendadak pelaburan langsung asing (FDI) dengan sendirinya menghilangkan kelayakan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "Najib seharusnya berundur secara terhormat demi untuk menyelamatkan (gagasan) Satu Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan," katanya. Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan jumlah FDI ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak sebabnyak RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion* yang diterima pada tahun 2008 Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005. Dalam satu kenyataan lewat malam tadi, Mahfuz berkata beliau tidak sangka laporan tersebut menggambarkan petunjuk Prestasi Utama (KPI) "begitu buruk sekali". "Dalam sektor korporat perkembangan begini adalah gambaran gagalnya seorang CEO (ketua pegawai eksekutif). "CEO seperti ini akan dipecat kerana tidak produktif dan gagal membawa pulangan keuntungan kepada syarikat," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena. Mahfuz berkata gambaran tersebut menggambarkan Malaysia mengalami krisis kepercayaan masyarakat antarabangsa, akibat daripada gejala rasuah dan kepincangan sistem perundangan negara. "Di Malaysia, Umno mengamalkan konsep who you know (siapa anda kenal) bukan what you know (apa anda tahu)," katanya. Mahfuz berkata, ini dibuktikan melalui pelbagai "kepincangan pengurusan" dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang memberikan tanggapan bahawa tiada budaya ketelusan dan kebertanggungjawaban. "Ingin saya lontarkan soalan adakah Najib bersedia mengambil tindakan untuk melepaskan jawatan? Tentu tidak. Najib akan kata 'business as usual' (bekerja seperti biasa). "Inilah budaya 'tidak apa' (dalam) Umno yang merosakkan negara," katanya lagi. ~MK~ |
| Minuman 3 in 1 Bahayakan Kesihatan Posted: 26 Jul 2010 03:39 AM PDT Penggunaan produk minuman '3-in-1' yang kini menjadi pilihan kebanyakan masyarakat perlu dikawal pengambilannya kerana ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan. Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Roslee Rajikan berkata pengguna perlu bijak membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat makanan pada produk berkenaan. "Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah. Tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin boleh timbul masalah," katanya semasa ditemubual Zulkifli Bujang dalam program Kerusi Panas di Radio 24. Dr Roslee berkata pengguna tidak boleh mengawal pengambilan gula dengan pengambilan minuman 3-in-1, berbanding jika menyediakan sendiri minuman. Menurut kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), rakyat negara ini mengambil secara purata 26 sudu teh gula setiap hari, iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dr Roslee berkata untuk mendidik masyarakat mengurangkan pengambilan gula bukan satu perkara mudah meskipun pelbagai kempen diadakan untuk menyedarkan masyarakat. "Tetapi ramai juga orang yang telah mempunyai kesedaran telah beralih kepada corak pengambilan yang lebih baik. Dulu tidak pernah dengar teh tarik kurang manis dan teh O kurang manis. Tetapi sekarang sudah jadi perkara biasa," katanya. Dr Roslee berkata meskipun kerajaan menambah bekalan gula sebanyak 15 peratus daripada biasa sebagai persediaan menyambut perayaan, orang ramai perlu bijak mengawal penggunaannya. Beliau juga menasihatkan individu yang mempunyai ibu bapa atau keluarga yang menghidap diabetis supaya mengawal pengambilan gula dan mengamalkan pemakanan sihat bagi mengurangkan risiko menghidap penyakit yang sama. "Memang ada sedikit pengaruh genetik kepada perkembangan penyakit ini. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa (yang menghidap diabetis) sedangkan kita mempunyai keupayaan untuk mengubah cara hidup terutama pengambilan makanan yang sihat serta bersenam," katanya. ~Bernama~ |
| Siapa Kepanasan Sebenarnya, Mat Khir ke Khalid? Posted: 26 Jul 2010 03:37 AM PDT Umno menyifatkan tindakan kerajaan Selangor memperuntukkan RM15 juta untuk program penerangan, menunjukkan ianya seperti 'cacing kepanasan' ekoran kempen 'Selamatkan Selangor' yang digerakkan Umno negeri sekarang. Ketua penerangan Umno negeri, Abdul Shukor Idrus berkata, kempen tersebut mula menampakkan kesan sehingga kerajaan negeri itu sanggup menggunakan duit rakyat untuk program penyampaian maklumatnya. Kempen 'Selamatkan Selangor' yang dilancarkan oleh Umno negeri Jumaat lalu dan turut menurunkan bekas pemimpin PKR Ezam Mohd Nor, akan berlangsung selama tiga minggu sehingga 8 Ogos depan. Abdul Shukor berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor memperuntukkan RM15 juta oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu untuk melawan propaganda BN dan laporan media arus perdana yang didakwa memihak. Dalam satu majlis dialog hari ini, menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, peruntukan tersebut bersamaan dengan RM3 untuk setiap 5.2 juta rakyat Selangor. Dana itu, kata Khalid, akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portal TVSelangor, Selangor Kini dan juga akhbarnya. Mengulas usaha tersebut, Abdul Shukor berkata kerajaan negeri tidak perlu mengambil tindakan seperti itu semata-mata untuk menonjolkan kesan pentadbiran mereka. "Kalau mereka rasa hendak berlawan dengan kita, mereka tidak perlu guna duit rakyat? Gunakanlah duit parti mereka sendiri. "Buat apa (kerajaan negeri) hendak membazirkan duit rakyat lagi semata-mata untuk tujuan politik mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Tambahnya, jumlah RM15 juta itu sepatutnya boleh disalurkan untuk membantu masyarakat kurang berkemampuan dan juga golongan yang tidak bernasib baik seperti warga tua. "Kalau mereka tepati janji kepada rakyat, tidak perlu disebarkan (keberkesanan pentadbiran), mereka boleh rasakan sendiri," tambahnya yang juga ADUN Kuang. Mengulas mengenai usaha menampilkan Ezam dalam program 'Selamatkan Selangor', Abdul Shukor berkata, Ezam merupakan individu paling layak untuk mendedahkan "kepincangan" dalam Pakatan Rakyat, mahupun dalam parti PKR. Katanya, ia kerana Ezam antara orang yang mengasaskan parti itu dan orang yang paling tepat untuk menceritakan kepincangan dalam parti mereka. "Tiada siapa yang boleh nafikan apa yang Ezam cakap (dalam program 'Selamatkan Selangor') sebab Ezam adalah (bekas) orang kanan dalam parti itu. Beliau lebih tahu apa yang berlaku. "Apa yang Ezam cakap akan menggusarkan mereka, sebab itu mereka kelam kabut dan begitu tertekan sekarang hingga sanggup gunakan duit rakyat untuk jelaskan pendirian mereka," katanya lagi. ~MK~ |
| Zunar cipta dua rekod 'jenaka Malaysia' Posted: 26 Jul 2010 03:36 AM PDT Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque petang tadi bertindak menyaman Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mengharamkan dua karya satiranya, '1Funny Malaysia' dan 'Perak Darul Kartun'. Baginya, tindakan tersebut menjadi dua rekod sejarah pada dirinya dan dunia kartunisme negara. "Hari ini, saya mencipta dua rekod, pertama, dua buku saya, 1Funny Malaysia dan Perak Daruk Kartun telah diharamkan. "Kedua, sayalah merupakan kartunis pertama di Malaysia yang mencabar tindakan Kementerian Dalam Negeri," ujarnya di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Difahamkan arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusof mengarahkan kementerian merampas karya-karya Zunar menggunakan Seksyen 7, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, 1984. Bagaimanapun, Zunar berkata, tindakan Abu Seman itu sebagai pencubaan kerajaan untuk mengekang kebebasan bersuara dan berfikir sebagaimana dijamin oleh Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Beliau turut menganggap tindakan itu sebagai ultra virus (tidak terdapat dalam skop) jika dirujuk pada akta berwajib. Selain memfailkan saman di mahkamah, beliau turut mendesak pihak berwajib supaya membatalkan arahan pengharaman karya-karya satiranya itu. Turut memfailkan saman berlainan di sini adalah Ketua Pengurus Eksekutif Malaysiakini.com, Premesh Chandran. Difahamkan, karya 1Funny Malaysia yang turut dikomersialkan dalam kubik kartunkini, Malaysiakini mendorong beliau berbuat demikian. Dalam perkembangan berkaitan, beberapa kartunis berkumpulan Zunar turut menyertai aksi bantahan di lobi mahkamah. ~harakah~ |
| Upacara pasang lilin anti-ISA 1 Ogos Posted: 26 Jul 2010 03:35 AM PDT Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan upacara memasang lilin secara serentak di seluruh negara untuk mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang genap 50 tahun usianya pada 1 Ogos ini.Sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat, upacara memasang lilin itu akan diadakan di semua ibu negeri pada tarikh tersebut. "Tidak akan ada sebarang tindakan agresif di pihak GMI tahun ini kerana kami sedang cuba meningkatkan lagi kesedaran di kalangan masyarakat. "Perhimpunan mendesak pemansuhan ISA yang diadakan pada 1 Ogos tahun lalu telah menghasilkan impak yang besar," kata pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh. Bercakap dalam satu sidang media di ibunegara hari ini, beliau berkata, pihaknya mahu impak kali ini lebih besar lagi dan berpanjang selama lebih dari satu tahun. Menurutnya, kira-kira 100,000 risalah mengandungi maklummat mengenai akta tersebut, akan diedarkan di seluruh negara pada pada hari yang sama. Syed Ibrahim berkata, pihaknya juga akan menemui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi mendapat kebenaran untuk memasang papan tanda dan mengenai ISA. ~MK~ |
| Kempen Mansuh ISA, Bukan Pinda Posted: 26 Jul 2010 03:34 AM PDT Menjelang genapnya 50 tahun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan di negara ini, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) meneruskan siri kempen mengajak rakyat mendesak kerajaan memansuhkan akta zalim itu. Berpendirian ISA mesti dimansuhkan, bukan dipinda, GMI akan mengadakan beberapa siri program di seluruh negara bagi mengingatkan kembali kepada rakyat bahawa ISA masih digunakan di negara ini dan belum ada sebarang pindaan dibuat terhadap akta itu. Bercakap pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor pagi tadi, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh memberitahu, antara program yang akan diadakan adalah edaran risalah di tempat-tempat awam pada 1 Ogos ini serentak di sekitar ibu negeri di seluruh negara. Manakala pada malamnya pula, akan diadakan candle light vigil pada jam lapan malam juga serentak di seluruh negara. Di ibu negara, ianya akan diadakan di Petaling Jaya bagaimanapun tempat khususnya akan dimaklumkan kemudian. "GMI akan meneruskan kempen untuk mengemblengkan rakyat untuk menentang ISA. Sempena 50 tahun ISA GMI akan mengadakan beberapa siri program. "Pengedaran risalah ini adalah satu usaha kita untuk memberi kesedaran kepada rakyat. Mungkin rakyat sudah sedar tapi kita nak berterusan menyedarkan rakyat. "Kita akan meminta bantuan daripada semua NGO di bawah GMI, parti-parti politik untuk bersama dalam usaha kita mengedarkan risalah di semua tempat awam," katanya yang juga Timbalan Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM). Selain itu, GMI sedang merancang untuk bertemu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bagi mendapatkan sokongan beliau supaya kerajaan negeri memasang billboard di seluruh negeri sepanjang bulan Ogos untuk menunjukkan kerajaan negeri menentang ISA. "Dewan Undangan Negeri Selangor telah meluluskan usul mendesak kerajaan memansuhkan ISA pada tahun lepas. Jadi pemasangan billboard ini selari dengan usul yang diluluskan itu," katanya. Dalam pada itu, Syed Ibrahim turut mencabar kerajaan membuktikan bahawa pindaan yang didakwa akan dilakukan itu dapat menyelesaikan segala masalah ketidakadilan dan kekejaman di bawah ISA. "Hari ini saya mencabar kerajaan Malaysia untuk membuktikan bahawa pindaan ini akan menyelesaikan semua masalah penyelewengan, salah guna kuasa, ketidak adilan di bawah ISA. Kalau benar pindaan ini pindaan yang baik buktikan dan laksanakan sesegera mungkin. Kalau tidak hentikan segala penjualan idea pindaan ini," tegasnya. Tambahnya lagi, adalah wajar rakyat mempersoal kesungguhan kerajaan untuk meminda akta itu memandangkan ianya sudah tertanguh sejak sekian lama dengan alasan untuk mendapat pandangan semua pihak. "Kita perlu mempersoalkan adakah kerajaan serius dalam mendengar permintaan rakyat. Kalau betul perubahan ingin dilakukan, saya yakin tidak ada lagi undang-undang seperti ISA. "Kita percaya idea meminda ISA ini, bukan memansuhkan merupakan idea untuk menangguhkan dan menunjukkan kepada rakyat bahawa sebenarnya kerajaan telah berubah. Tapi hakikatnya tidak ada langsung pindaan dibuat. Ia sepatutnya dibentang di Dewan Rakyat tahun lepas tapi tertangguh sehingga kini," katanya. Katanya juga, GMI mewakili rakyat akan terus menuntut beberapa perkara berkaitan ISA termasuk membebaskan ataiu mendakwa kesemua tahanan yang ditahan tanpa bicara di mahkamah yangbebas dan terbuka. Kerajaan juga tegasnya, harus memohon maaf kepada semua tahanan dan memperuntukkan pampasan bagi kesengsaraan, penderitaan dan ketidakadilan ke atas mereka. ~harakah~ |
| Umno terus usaha perpaduan dengan PAS Posted: 26 Jul 2010 03:33 AM PDT Usaha Umno untuk menjalinkan perpaduan bersama PAS tidak akan dihentikan meskipun mendapat tentangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ketua Penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata ini kerana Umno yakin masih terdapat kumpulan tertentu dalam PAS yang menyokong usaha berkenaan. "Nik Abdul Aziz boleh cakap apa saja tapi dalam PAS itu ada juga kumpulan-kumpulan tertentu. Sebagaimana orang maklum, PAS ini bukannya semua berkisar pada Nik Abdul Aziz saja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pengurus Felda 2010 di Dewan Perdana Felda, di Kuala Lumpur hari ini. Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata PAS tidak bergantung kepada kepimpinan Nik Abdul Aziz semata-mata kerana masih ada pemimpin lain termasuk presiden, timbalan presiden dan jawatankuasa tertinggi parti. "...tentunya mereka mempunyai pandangan tertentu yang saya kira mungkin menyokong cadangan kita," katanya ketika mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang sekali lagi menolak cadangan tersebut. Malah menteri besar Kelantan itu juga dilapor berkata sekiranya perlu kepada perbincangan hanya beliau sahaja akan mewakili PAS. Ahmad berkata pemimpin utama Umno sentiasa positif mengenai tujuan usaha itu kerana mereka meletakkan kebajikan umat Islam sebagai keutamaan. Beliau bagaimanapun bersetuju dengan kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa tidak perlu orang tengah dan sebarang syarat sekiranya pertemuan tersebut diadakan "Daripada segi perjumpaan memang saya kira tak perlu ada syarat dan tak perlu ada orang tengah. Kalau perjumpaan antara pucuk pimpinan itu tak perlu kepada keduanya. Nak bincang apa sekalipun terpulanglah," katanya. ~Bernama~ |
| Posted: 26 Jul 2010 03:32 AM PDT Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), minggu lalu telahpun mengadakan pertemuan dengan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah. Pertemuan itu sebagai usaha berterusan mereka mengangkat isu salahurus Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sehingga mahu kepada penubuhan kaukus khas membawa isu Felda ke Parlimen. Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, pertemuan hampir sejam di kediaman Ahli Parlimen Guang Musang di ibu negara itu antara lain memperlihatkan respons positif Tengku Razaleigh untuk bersama memperjuangkan dan mengangkat isu tersebut. "Respons sangat positif. Dia (Tengku Razaleigh) bersetuju bahawa, Felda sudah tersasar dari matlamat asal dan bersedia menyuarakan isu tersebut ke Parlimen," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Menurutnya, Tengku Razaleigh juga mahu melihat Felda dipacu mengikut hasrat asal penubuhannya dengan memberikan hak sepatutnya kepada peneroka. Ianya termasuk isu hak milik, pemberian pendapatan dan beberapa perjanjian antara agensi kerajaan itu dengan peneroka yang dilihat selama ini seperti menekan warga peneroka. Selain itu, Tengku Razaleigh juga membangkitkan isu pelaburan yang dibuat Felda tanpa pengetahuan peneroka yang sepatutnya tidak berlaku sedemikian. Veteran Umno itu juga didakwa bersetuju bahawa Akta Penempatan Kawasan Berkelompok (GSA) 1960 perlu dipinda dalam usaha memberi hak tanah kepada peneroka. Dalam pertemuan itu juga menurut Mazlan, Tengku Razaleigh turut melahirkan kebimbangan terhadap nasib peneroka jika kerajaan tidak dapat menangani isu tersebut dengan baik. "Menurutnya, jika kerajaan tidak dapat tangani isu ini dengan baik, ia bukan sahaja memberi kesan kepada orang Melayu di Felda, malah masyarakat Felda itu sendiri," katanya yang juga AJK PAS Pusat. Menurut Mazlan, pertemuan peringkat kedua dengan Ahli Parlimen Gua Musang itu akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri nanti untuk membincangkan perkara-perkara yang perlu diberi keutamaan dalam mengenengahkan isu Felda tersebut. Anak sebelum ini mengumumkan mahu berbincang dengan Tengku Razaleigh ke arah pembentukan kaukus khas di Parlimen berhubung isu Felda. Mazlan juga sebelum ini telah membuat laporan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam urus tadbir Felda sehingga menyebabkan kemerosotan rizab tunai agensi kerajaan itu. ~harakah~ |
| Posted: 26 Jul 2010 03:30 AM PDT PAS Selangor berpendapat pihaknya tidak perlu menyaman mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu kerjasama PAS-Umno, kata ketua penerangannya.Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, kontroversi pertemuan pesuruhjayanya Datuk Hasan Ali dengan Harussani tidak pernah menjadi isu bagi PAS dan gabungan pembangkang di negeri itu. "Penjelasan Datuk Hassan itu dengan sendirinya membersihkan namanya. Saya rasa isu saman ini tidak relevan," katanya. Semalam Hasan diminta mengambil tindakan undang-undang terhadap Harussani ekoran dakwaannya bahawa pemimpin PAS itu telah menemuinya untuk membincangkan kerjasama politik PAS-Umno. Perkara itu timbul dalam majlis munaqasah (perbincangan) PAS negeri itu di dewan auditorium MBSA di Shah Alam semalam, demikian menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud dilapor mengemukakan cadangan tersebut ekoran implikasi serius dakwaan tersebut terhadap perpaduan parti. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Roslan mengesahkan isu pertemuan itu dibangkitkan dalam munaqashah parti itu semalam. Bagaimanapun, tambahnya, program itu tidak dikhususnya bagi membincangkan perkara itu, sebaliknya membahaskan ucapan dasar presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar lalu. Harussani terus dituduh berbohong "(Cadangan saman) itu (hanya) pendapat Dr Mariahlah," katanya yang juga bekas setiausaha politik kepada Abdul Hadi itu. Setelah pelbagai spekulasi dibuat, Hasan kelmarin mengakui bertemu dengan Harussani Zakaria kira-kira dua bulan lalu, tetapi tanpa agenda sulit. Katanya, pertemuan yang diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu bertujuan bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat. Beliau juga dilaporkan menegaskan tidak ada agenda khusus membincangkan soal politik perpaduan kerana tidak pernah diberi mandat PAS untuk tujuan itu. Ekoran pengakuan itu, naib presidennya Datuk Mahfuz Omar terus menuduh Harussani berbohong dan memintanya memohon maaf secara terbuka pada PAS dan seluruh orang Melayu-Islam "Datuk Harussani sepatutnya meletakan jawatan mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan sebagai mufti beliau tidak berbohong, sedangkan pendedahan Hassan Ali menjelaskan pembohongan Harussani," katanya. Usaha Malaysiakini mendapatkan ulasan mufti tersebut setakat ini belum berhasil. ~MK~ |
| Zunar dan Malaysiakini fail saman terhadap KDN Posted: 26 Jul 2010 03:21 AM PDT Kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaq atau Zunar serta Malaysiakini memfailkan tindakan mahkamah terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) ekoran tindakan mengharamkan buku kartun tulisan Zunar dan rakan-rakannya.Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini dengan diwakili oleh enam peguam, kata Zunar dan Premesh Chandran bagi pihak Malaysiakini. Alasan yang mereka berikan adalah mereka tidak dapat memahami bagaimana kartun-kartun politik yang secara satira memberi komen mengenai politik serta ahli-ahli politik Malaysia boleh mengancam ketenteraman awam. Mereka juga mendakwa, tidak ada bukti bahawa terancamnya ketenteraman awam yang ditunjukkan kepada mereka oleh pihak kerajaan dan mereka tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan sebelum pengharaman tersebut dibuat. Enam peguam yang mewakili mereka adalah Edmund Bon Tai Soon, Amer Hamzah Arshad, Edward Saw, K Shanmuga, Aston Paiva dan Fahri Azzat. Zunar dan Malaysiakini memfail dua permohonan berasingan kepada mahkamah untuk mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri yang menharamkan dua buku, "1 Funny Malaysia" and "Perak Darul Kartun" yang mana kedua-duanya menampilkan kartun-kartun politik karya Zunar. Pengharaman tersebut adalah di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan penerbitan tidak sesuai) (No.5) Order 2010 [P.U.(A) 208 / 2010] yang digazetkan pada 17 Jun 2010. Pengharaman ini dilakukan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman bin Yusop "bagi pihak dan atas nama Kementerian Dalam Negeri." Satu-satunya alasan pengharaman tersebut dinyatakan dalam arahan itu sendiri, iaitu kedua-dua buku dikatakan "boleh mengancam ketenteraman awam". Arahan tersebut dikatakan dibuat mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. 1Funny Malaysia adalah koleksi karya-karya pilihan kartun Zunar yang tersiar dalam ruangan Cartoonkini dalam portal web Malaysiakini dari tahun 2005 hingga 2009. Perak Darul Kartun buku terbitan syarikat yang dimiliki Zunar sendiri, Sepakat Efektif Sdn Bhd menampilkan karya-karya Zunar bersama beberapa kartunis dan penulis tempatan. Oleh kerana kedua-dua buku tersebut adalah berbeza dan diterbitkan oleh dua syarikat yang berbeza, kami dinasihatkan untuk memfail dua semakan kehakiman yang berasingan. ALASAN CABARAN Kedua-dua Malaysiakini dan Zunar berpendapat pengharaman tersebut adalah percubaan kerajaan untuk mengekang hak kebebasan bersuara dan menghalang hak kebebasan untuk bertukar-tukar pendapat serta idea diantara rakyat Malaysia. Kerana kedua-dua hak ini dijamin dalam Artikel 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan, mereka berpendapat pengharaman ini adalah tidak wajar dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. "Kami juga berpendapat pengharaman ini adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan untuk membisukan kritikan terhadap polisi kerajaan dan Perdana Menteri sekarang," kata kenyataan bersama mereka berdua. Mereka juga tidak diberitahu sebarang alasan mengenai pengharaman tersebut melainkan melalui kenyataan media bahawa buku-buku itu mengancam ketenteraman awam. Bagi mereka, tindakan kerajaan mengharamkan buku-buku ini tidak konsisten dengan representasi yang dibuat kepada dunia mengenai hak asasi. Tambah mengecewakan Malaysia adalah ahli The United Nation's Human Rights Council bagi penggal 2010 hingga 2013, kata mereka. TUNTUTAN Mereka mencabar pengharaman ini atas alasan berikut: a. Pengharaman ini tidak sah, kerana ia bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. b. Pengharaman ini tidak sah kerana ia bersifat ultra vires (tidak terdapat dalam skop) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 memandang buku-buku tersebut tidak mengancam ketenteraman awam. c. Pengharaman ini melanggar undang-undang sejagat dan tidak dilakukan dengan adil kerana kami tidak diberi peluang memberi penjelasan sebelum pengharaman ini dibuat dan tidak diberitahu mengenai alasan pengharaman. d. Pengharaman ini adalah satu bentuk tindak balas yang tidak wajar terhadap buku-buku kami. Sehubungan itu, mereka memohon arahan mahkamah seperti berikut: 1. Arahan untuk membatalkan pengharaman ke atas kedua-dua buku tersebut. 2. Pengistiharan bahawa pengharaman tersebut adalah tidak boleh diterima pakai dan tidak sah serta tidak boleh dikuatkuasa kerana ia bersifat ultra vires bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan bertentangan dengan hak kami yang dijamin dalam Artikel 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan. 3. Kos kerugian dan kerosakan kerana tidak dapat menjual buku-buku tersebut. ~harakah~ |
| Hikayat Satu Kosong Kosong Satu Posted: 25 Jul 2010 03:44 PM PDT Berbicara tentang perpaduan Melayu (Islam..?) memang membosankan. Sudah berkali-kali diajar masih tidak mengerti. Burung kakak tua sekalipun mungkin sudah boleh menghafali apa yang diajar tuannya. Tapi adat bercakap dengan Orang Kuat Umno, IQnya barang kali bawah 80. Jika di US, dengan tahap pemikiran begini nak masuk sekolah rendah pun tak layak. Kena masuk sekolah khas. Tidak ada apa-apa istimewanya dengan Melayu. Yang memperkuatkannya hanyalah Islam. Kerajaan Melayu Melaka pun kuat bukan kerana bangsanya. Setelah bergaul dengan pedagang2 Muslim dari Arab dan India, dan selepas rajanya memeluk Islam, barulah tersirna kehebatan kuasa Melayu sebagai sebuah Empayar. Apalah sangat jika kita meniru apa yang telah diucapkan oleh Amir Faisal seperti di atas. Atas nama nasionalisme Arab, bapanya, Sarif Hussein , telah membayar harga yang cukup tinggi untuk dibayar oleh umat Islam seluruh dunia hingga kini -kejatuhan Empayar Islam Turki. Itu pun bukan kerana kebijaksanaannya mempelopori idea baru. Sebenarnya, kata-kata ini pernah diulang hampir 80 tahun sebelumnya di Eropah menjelang Revolusi 1948. Lajos Kossuth misalnya, ahli politik juga seorang peguam mengutarakan kesatuan bangsa Magyar untuk membebaskan Hungary dari Austria. Dalam masa yang hampir sama, apabila Frantisek Palacky, nasionalis Chezc yang berjuang untuk kebangsaan Slav di Bohemia dan Moravia gagal mencapai cita-citanya, tiba-tiba nadanya bertukar menjadi pemuja yang lebih Austrian dari Austria. Begitu mudahnya seorang pejuang bangsa bertukar watak. Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu. Sengaja saya selang selikan dengan tulisan yang dihitamkan supaya tidak berpinar mata dek panjangnya senarai ini: 1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999? 2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama? 3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan? 4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan? 5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997? 6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji? 7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB? 8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000. 9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi? 10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT? 11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu? 12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen? 13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an? 14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu? 15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999? 16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa? 17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%? 18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2? 19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar? 20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2? 21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter? 22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA? 23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang? 24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2? 25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist? 26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu? 27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu? 28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan? 29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini? 30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)? Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen. Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila. Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi GILA BABI!!! Sorong papan tarik papan Buah keranji dalam perahu Belajar sejarah Umno beri alasan Belajar kitab pun Umno tak mahu ~TPU~ |
| SPRM Jangan Pilih Kes Tertentu Sahaja Posted: 25 Jul 2010 03:44 PM PDT Datuk Abu Kassim Mohamed, yang mulai mengemudi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia enam bulan lepas, percaya keyakinan masyarakat terhadap SPRM akan datang dengan sendiri selari dengan usaha agensi itu memerangi rasuah. Bagi beliau, keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti suruhanjaya itu menjadi teras kejayaan SPRM dan ia akan melipatgandakan usaha menjejaki pesalah rasuah. "Memang tidak dinafikan bahawa masih ada yang mempertikaikan kredibiliti SPRM, namun kini kita dapati kritikan negatif daripada orang ramai telah berkurangan malah mereka kini mula percaya pada suruhanjaya ini," katanya kepada Bernama. Mengenai dakwaan kononnya SPRM tidak serius menangani rasuah dan hanya mengaitkan ikan bilis dan bukan jerung, Abu Kassim berkata SPRM tidak pernah menutup sebelah mata. "Siapapun yang buat, rasuah tetap rasuah. Mereka adalah musuh nombor satu negara dan kita sentiasa memburu dan menahan jerung selain konco mereka," katanya. Abu Kassim berkata orang ramai boleh merujuk kepada pangkalan data di laman web SPRM yang menyenaraikan pesalah rasuah. Selain memburu mereka yang menerima rasuah, SPRM juga menahan 194 individu yang menyogok penjawat awam dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Beliau berkata terdapat petanda penjawat awam kini lebih tegas dan berani menolak pujukan serta godaan pemberi rasuah hasil daripada peningkatan tahap integriti. Dalam tempoh yang sama, hanya 140 penjawat awam ditahan kerana kesalahan rasuah dan salah guna kuasa. "Orang awam yang menawarkan rasuah kini lebih ramai ditahan daripada penjawat awam yang menerima rasuah, kemungkinan kerana peningkatan integriti dan kesedaran menjauhi rasuah," katanya. Ditanya sama ada SPRM terasa tertekan kerana dikehendaki mempercepatkan penyelesaian kes dalam tempoh setahun, Abu Kassim berkata SPRM akan menyahut cabaran itu dengan meningkatkan ilmu integriti dan kesiapsiagaan dalam menuju matlamat rasuah sifar. Berdasarkan temubual dengan beberapa orang awam, terdapat kesimpulan bahawa usaha menghakis persepsi negatif dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap SPRM bukan terletak pada suruhanjaya itu sahaja. Pemandu teksi, Norazuan Azizi, 32, yang ditemui ketika menunggu penumpang di Sentul, berkata beliau sukar untuk mempercayai badan-badan penguatkuasa kerana laporan akhbar menyebut ada anggota penguatkuasa seperti polis sendiri melakukan rasuah. "Sepatutnya mereka bagi contoh yang baik kepada masyarakat. Rakyat pun mungkin tawar hati untuk percaya mereka," katanya. Beliau mencadangkan agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap anggota penguatkuasa sama ada SPRM atau polis dan yang lain sekiranya terbukti mereka melakukan rasuah untuk dijadikan pengajaran kepada anggota lain. Mohammad Zulfakar Mahadi, 24, seorang juruteknik di Petaling Jaya, berkata kredibiliti SPRM akan dipandang tinggi dan telus sekiranya suruhanjaya itu mengambil tindakan terhadap perasuah tanpa mengira status termasuk pegawai, orang kenamaan atau mahupun ahli politik. "Jangan hanya tangkap ikan bilis yang hanya buat rasuah dengan jumlah yang kecil tetapi banyakkanlah siasatan dan tangkapan ke atas mereka yang berjawatan tinggi, yang ada potensi lakukan rasuah contohnya dari kalangan yang berpangkat 'Datuk' atau pegawai-pegawai atasan," katanya. Annas Hakime Zakaria, 29, mahu melihat SPRM mengambil tindakan terhadap semua pihak, sama ada yang menyokong kerajaan atau pembangkang. "Dengan cara ini tidak akan timbullah persepsi masyarakat bahawa SPRM hanya tangkap mereka yang datang dari parti pembangkang dan sembunyikan kesalahan parti lain, barulah ini dikatakan telus," kata Annas, kontraktor dari Shah Alam. Beliau mencadangkan agar SPRM dipantau oleh satu badan bebas yang tidak mewakili mana-mana parti. ~bernama~ |
| Saman Harussani Mufti Pembohong Posted: 25 Jul 2010 03:42 PM PDT Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali diminta mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran dakwaannya bahawa pemimpin PAS itu telah menemuinya untuk membincangkan kerjasama politik PAS-Umno. Perkara itu timbul dalam majlis munaqasah PAS negeri itu di dewan auditorium MBSA di Shah Alam awal hari ini, demikian menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Kamaruddin dilapor mengemukakan cadangan tersebut ekoran implikasi serius dakwaan tersebut terhadap perpaduan parti. Bagaimanapun, ketika dihubungi selepas mesyuarat tersebut, Siti Mariah enggan mengulas mengenainya. Sebelum ini, pemimpin PAS, termasuk naib presidennya Mahfuz Omar menuntut Harussani memohon maaf selepas Hasan Ali menafikan bahawa pertemuannya dengan mufti Perak itu membincangkan kerjasama PAS-Umno. Versi online akhbar rasmi PAS - Harakah - hari ini melaporkan tuntutan Mahfuz itu di mana beliau berkata Harussani juga harus meletak jawatan sebagai mufti Perak kerana beliau pernah berkata bahawa sebagai mufti, beliau tidak akan membuat kenyataan yang bertentangan, sedangkan dakwaannya yang dibuatnya mengenai Hasan adalah palsu. Khalid Samad memberitahu Malaysiakini bahawa Hasan telah menjelaskan dalam majlis munaqasah hari ini mengenai pertemuannya dengan mufti Perak itu, serta mengulangi penafiannya berhubung perkara tersebut. "Beliau berkata beliau menemui Harussani hanya untuk belajar dari mufti Perak yang telah menjadi mufti selama 30 tahun. Dia menyangkal bercakap tentang isu kerajaan perpaduan. Pada dasarnya, beliau berkara Harussani pembohong. Itu adalah intipatinya," kata. Khalid. Hasan yang terlihat untuk cenderung bekerjasama dengan Umno, menjadi sasaran kecaman hebat berhubung pertemuannya dengan mufti Perak itu. Harussani sebelum ini menawarkan dirinya untuk menjadi orang tengah dalam usaha "menyatukan umat Islam kdan orang Melayu" di negeri ini. Menurut mufti Perak, pemimpin dari PAS dan Umno telah menemuinya baru-baru ini untuk membincang dan mendapatkan pandangannya bagi menyatukan dua parti politik terbesar orang Melayu di negara ini. ~MK~ |
| Mana Janji BN Nak Bina Jambatan? Posted: 25 Jul 2010 03:41 PM PDT Cadangan untuk membina jambatan dari Wilayah Persekutuan Labuan ke tanah besar Sabah di Menumbuk, barat daya Sabah telah lama diuar-uarkan baik di peringkat negeri mau pun Persekutuan. Apa yang kita tahu cadangan itu telah disuarakan sejak tahun 1997, dan kajian demi kajian telah dijalankan di mana pihak UMS cawangan WP Labuan telah diamanahkan untuk membuat kajian dengan kos RM5 juta. Terakhir sekali semasa lawatan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik telah memaklumkan bahawa hasil kajian akan dapat diketahui selewat-lewatnya pada penghujung tahun 2009. Saya percaya yang hasil kajian telah diperolehi tetapi mungkin belum sampai ke pengetahuan Perdana Menteri. Rakyat di Labuan dan di tanah besar Sabah khususnya mengharapkan agar keputusannya dapat diketahui menjelang pembentangan bajet rancangan Malaysia kesepuluh,tapi malangnya sedikit pun tentang perkara tersebut tidak dirumuskan sehingga hari ini. Namun apa yang paling memeranjatkan dan mengecewakan kami adalah bila mana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan dalam akhbar tempatan Daily Mail keluaran Jumaat 23 Julai 2010 yang mengatakan jangan mengharap bulan jatuh ke riba bagi projek tersebut dan menambah bahawa kos pembinaan yang dianggar menelan belanja RM2 hingga RM3 bilion adalah tidak berbaloi. Persoalannya kini, di mana sudah perginya keperihatinan kerjaan pusat terhadap kami di Malaysia Timur yang telah menyumbang kemenangan besar kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu? Di manakah slogan dan laungan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Adakah kerajaan pusat hanya akan mengumumkan kelulusan projek tersebut dalam kempen pilihanraya umum ke 13 akan datang bagi mengambil hati rakyat? Jika Pulau Pinang boleh mendapatkan kelulusan bagi jambatan kedua dalam tempoh yang singkat, saya tidak nampak rasionalnya mengapa di sini diibaratkan sebagai anak tiri? Kami juga dapat merasakan yang Ahli Parlimen Labuan tidak begitu serius dalam memberi hujah mengenai keperluan rakyat di sini. Adalah lebih baik letak jawatan saja. Perkhidmatan feri yang ada sekarang sangat sangat tidak efisyen ekoran keadaannya yang sudah terlalu tua, yang hanya layak untuk dilupuskan sebagai besi buruk. Tidak dinafikan selama lebih 10 tahun feri Wawasan Perdana beroperasi secara solo dan memonopoli di bawah Labuan Ferry Corporation (LFC). Feri ini sering kali mengalami kerosakan di mana pada suatu ketika, tahun lepas hanya boleh beroperasi dengan cara ditarik oleh bot tunda. Alasan untuk mengganti atau menambah perkhidmatan dari syarikat lain telah lama disebarkan, namun hasilnya sama juga. Pernah pada suatu ketika ada perkhidmatan feri penumpang yang beroperasi tetapi mendapat tentangan dari pihak LFC di mana perkhidmatan tersebut terpaksa dihentikan dek kerana sikap tamak LFC yang mahu memonopoli. Kami memikirkan secara lojiknya bahawa dengan adanya jambatan, maka pergerakan kami untuk menyeberang sama ada dari Labuan ke tanah besar dan sebaliknya akan lebih memudahkan sama ada dari segi masa dan perbelanjaan, dan lebih lebih lagi pada masa masa kecemasan di waktu malam bila mana feri bersandar di jeti. Tidakkah Tan Sri Muhyiddin Yassin menimbangkan hali ini? Cuba dan rasakan sendiri betapa rumit dan membosankan perjalanan hampir 2 jam menaiki feri wawsan perdana yang bukan saja perlahan tetapi sering kali lewat dari jadual. Menyentuh tentang perjalanan melalui udara, hanya orang orang yang mampu saja boleh naik kapal terbang dengan kadar tambang melebihi seratus ringgit berbanding beberapa tahun lalu hanya di bawah seratus ringgit. Ambil satu contoh, bagaimana jika berlaku kecemasan, ada pesakit yang perlu dan harus dibawa dari Labuan dengan ambulan untuk ke hospital besar di Kota Kinabalu pada masa selepas tiada perkhidmatan feri di sebelah malam? Adakah kita kena tunggu sehingga esok? Saya rasa pesakit akan mati sebelum sempat dibawa. Maka fikir-fikirkanlah. Kerajan jangan hanya memikirkan akan keuntungan saja di samping pembinaan jambatan, kenalah berkorban demi rakyat, barulah rakyat sejahtera. Jika kerajaan tidak mampu menanggung kos pembinaan, saya rasa ada pihak konsortium yang berminat untuk membina. Bukan tak biasa, contohnya PLUS yang telah membina jalanraya di Semenanjung. Lebuhraya di Sabah layak dipanggil jalan kampung jika dibandingkan dengan Semenanjung. Yang paling menyulitkan adalah bila tiba musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas dan musim cuti persekolahan. Amat sukar untuk pergi ke tanah besar Sabah dari Labuan dan sebaliknya, sebab kita kena buat tempahan jauh lebih awal iaitu seawal satu atau dua bulan untuk mendapatkan tempat dalam feri wawasan perdana untuk mereka yang berhasrat membawa kenderaan, sebab feri tersebut hanya mampu membawa dalam lingkungan 50 hingga 60 buah kenderaan sahaja dalam satu satu masa, lebih-lebih lagi jika banyak kenderaan besar seperti lori tangki, maka bilangan kenderaan kecil tidak dapat dimuat banyak. Ini satu lagi ketidakpuasan yang dihadapi pengguna, walaupun perkhidmatan ditambah dari 2 ke 3 kali sehari. Tentunya banyak masa terbuang. Kadang kala ada juga yang hampa jika tiada tempat langsung. Tetapi kalau ada jambatan, orang boleh pergi dan balik pada bila-bila masa dalam 24jam. Kecuali jika ada banyak feri yang boleh membawa kenderaan dan beroperasi siang malam tanpa henti. Adalah dianggarkan lebih 300 ke 400 kenderaan menggunakan perkhidmatan feri tersebut setiap hari, dan akan meningkat di musim perayaan. Saya percaya dengan adanya jambatan mungkin bilangan kenderaan yang berulang alik akan bertambah, lebih-lebih lagi sekarang ramai rakyat dari negara jiran Brunei Darusalam datang ke Sabah setiap hari dengan kenderaan, begitu juga dari negeri jiran Sarawak. Luahan saya ini tidak bermaksud menghina atau mengaibkan sesiapa, tetapi lahir dari hati naluri yang amat kecewa, dan saya meluahkan ini demi generasi akan datang dan untuk semua. Nasihat saya pada yang berkenaan, berpijaklah di bumi nyata. Bandar Iskandarmu kini megah dan mengkagumkan, kami juga dahagakan pembaharuan baik dari segi infrustruktur dan kemudahan awam. Kami bukan lagi rakyat yang sanggup jadi pak turut tetapi kami adalah penentu masa depan siapa yang harus memegang tampuk kerajaan dalam PRU akan datang. ~Yang kecewa~ |
| Rakyat muntah hijau dengar cerita politik BN Posted: 25 Jul 2010 03:40 PM PDT Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali (gambar) menegaskan, rakyat negeri ini sudah muak dengan cerita politik lama Umno BN sebaliknya mereka ingin mengetahui bagaimana cerita politik baharu Pakatan Rakyat. Menurutnya, rakyat tidak mahu lagi mendengar cerita lama Umno BN yang penuh dengan rasuah, salah kuasa dan skandal sebab itu majlis penerangan Umno kelihatan muram sahaja meskipun membariskan enam pemimpin mereka dalam satu ceramah. Dr Hasan berkata demikian ketika berucap merasmikan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Muktamar PAS ke-56, yang diadakan di Wisma MBSA pagi tadi dengan pembentangan kertas bertajuk Islam Adil Untuk Semua oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Mengulas sambutan rakyat terhadap program siri penerangan Umno Selangor, Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan yang bermula pada 23 Julai lalu hingga 7 Ogos di 19 tempat, Dr Hasan menyifatkan sebagai muram. Portal Malaysiakini melaporkan sambutan lembab terhadap majlis itu yang hanya hadir seramai 250 sahaja di Seksyen 17 dekat sini pada malam pertama sedangkan Selangor mempunyai 5 juta rakyat. "Sebab itulah kita yakin kemenangan lebih besar akan dapat dicapai dengan kesungguhan kerja kita secara bersama kerana kita telah membuktikan sepanjang dua tahun setengah ini, PAS dapat ketengahkan syiar dan syariat Islam di negeri ini. "Sejak Pakatan Rakyat mengambilalih tampuk pemerintahan Negeri Selangor, PAS tetap setia dalam PR; sama melangkah, sama berlari, sama berpenat dan sama-sama lelah demi memastikan negeri ini bertukar wajah ke arah lebih baik. "Hubungan antara PKR, DAP dan PAS paling mantap dalam PR, ketua parti sering bertemu paling lama dua minggu sekali termasuk rundingan meja bundar dalam usaha meneguhkan kekuatan dalam pentadbiran," tegasnya. Selangor kini khususnya menjadi tumpuan Umno BN untuk dirampas kembali dalam pilihan raya depan, kerana itu, jelasnya, semua pendepan-pendepan parti dalam PR mesti pertingkatkan usaha pertahankan kemenangan. Bercakap lebih lanjut kepada semua pimpinan PAS seluruh kawasan, Pesuruhjaya PAS Selangor berharap, seluruh jentera parti terutamanya penerangan akan menggunakan berbagai jenis media sebagai sesungut parti secara lebih tersusun. "Kini kehadiran kita bukan sahaja dirasai oleh semua lapisan rakyat dari Sabak Bernam ke Sepang, dari Pelabuhan Klang ke Gombak, tetapi dihayati oleh semua pihak. "Paling utama untuk masa kini adalah synchronism, keutuhan dan kesatuan dalam parti menjadi amat utama, mari kita lupakan yang lepas-lepas kerana dasar kita sama cuma pandangan sahaja berbeza disebabkan kelainan diversiti kehidupan," tegasnya. Lima minit terakhir digunakan beliau untuk menjelaskan isu pertemuannya dengan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dua bulan lalu yang menjadi heboh seminggu ini. Jelasnya, beliau berjumpa atas sikap sebagai Exco Kerajaan Selangor yang menjaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu untuk mendapatkan pandangan sejauh mana tahap perjalanan Mesyuarat Hal Ehwal Islam Kebangsaan yang akan dihadiri keesokan harinya. Pengalaman mufti itu selama 30 tahun bertugas dalam bidang berkenaan dirasakan perlu didengari, cuma itu, tegasnya, tiada sebarang rundingan ke arah perpaduan Melayu anjuran Umno seperti didakwa mufti berkenaan. ~harakah~ |
| Khir Toyo Baik Hang Diam Sajalah Posted: 25 Jul 2010 03:39 PM PDT Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sewajarnya menutup mulut mengenai isu pasir kerana semakin besar beliau bercakap semakin teruk bau busuk yang dikeluarkan. Timbalan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Suhaimi Shafie berkata, sewajarnya pemimpin Umno itu bergabung tenaga dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi sama-sama berusaha membanteras isu pasir yang telah lama berlaku di negeri itu. Sebaliknya, tegas beliau, dengan isu pasir ini pula terdedah pergolakan yang sedang berlaku dalam Umno Selangor khususnya antara Khir dan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar ekoran wujud dua agenda berbeza meskipun isunya adalah sama iaitu pasir. Bagaimana hendak sembunyikan pertelingkahan sesama mereka kerana masing-masing dengan pendekatan berbeza bercakap tentang isu serupa iaitu pasir dengan seorang gemar melawat tapak lombong pasir dan seorang lagi menggunakan helikopter meninjau keadaan, sinisnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan di dalam sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam selepas lawatan ke tapak lombong di Mukim 12, Kuala Langat yang disertai sekitar 40 wakil pelbagai media di negara ini yang dibawakan oleh syarikat milik Kerajaan Selangor bagi menguruskan pengeluaran pasir, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Suhaimi yang juga Adun Seri Muda baharu sahaja dua bulan dilantik sebagai salah seorang pengarah dalam KSSB menegaskan, beliau akan mengeluarkan semua salahlaku Khir dan rakan-rakannya secara bersiri jika pemimpin Umno Selangor itu masih lagi dengan sikapnya yang menjadikan Kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri sebagai kambing hitam. "Jika Khir masih terus bersuara dan terus menolak kami sehingga ke dinding, kami akan dedahkan satu persatu salahlaku mereka yang sebenarnya kami tidak mahu berbuat demikian tetapi jika keadaan memaksa, kami akan melakukannya. "Kenapa pula hendak jadikan Kerajaan Selangor di bawah PR ini sebagai kambing hitam di dalam usaha mereka bertembung sesama mereka, sedangkan isu berkaitan pasir ini sudah berpuluh tahun berlaku, di mana mereka selama ini? "Isu pasir ini telah dipolitikkan. Mereka cuba mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka selama ini kepada membesarkan isu pasir ini namun apa yang kelihatannya pergaduhan sesama mereka masih tidak dapat disembunyikan lagi," tegasnya. Suhaimi juga mempersoalkan sikap Khir yang beria-ia sangat bercakap tentang isu pasir sedangkan perkara sama tidak dapat diselesaikan ketika beliau menjadi menteri besar sebelum tsunami politik melanda negara pada 8 Mac 2008 sedangkan PR dapat melakukannya dengan baik sepanjang dua tahun mentadbir. Tegasnya, jika mereka masih tidak berhenti mempolitikkan isu pasir ini kononnya kerajaan negeri sekarang menyebabkan Selangor menjadi 'lubang', wartawan media akan dibawa ke Bestari Jaya, Kuala Langat yang lebih teruk untuk pendedahan kepada rakyat seluruhnya. ~harakah~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan