Anak Cucu Nabi Adam |
- Topiaries Montreal Gardens Part 2
- 5 Makanan Sihat Yang Kurang Popular
- Isteri cemburu dengan Bidadari di Syurga
- Bersyukur Dengan Suami Anda
- UMNO Parti Perpaduan Asobiyah
- UMNO Kedah Haram Jadah Banyak Seleweng
- Mangkuk Ni Sepatutnya Neutral
- Ceramah UMNO 'Kedai Kopi'
- Editor The Star Buat Leceh
- Lim Lebih Profesional
- KSN macam hampeh
- Selamatkan KRONI ex-MB Selangor hentam Anwar
- Badut UMNO Nak 'Selamatkan Selangor'
- UMNO Cemburu Pakatan Di Selangor
- Selangor ambil alih projek terbengkalai Umno
| Topiaries Montreal Gardens Part 2 Posted: 24 Jul 2010 12:18 AM PDT |
| 5 Makanan Sihat Yang Kurang Popular Posted: 24 Jul 2010 12:09 AM PDT Berikut lima jenis makanan yang tergolong tidak popular namun mengandungi manfaat yang baik untuk kesihatan: 1. Buah Plum Kering Buah ini merupakan salah satu buah yang paling tidak populor untuk dimakan. Tetapi plum kering sesungguhnya mengandungi potassium dua kali lebih banyak dibandingkan pisang dan memiliki kandungan antioksidan 38% lebih banyak dibandingkan blueberry. Buah ini juga memiliki nilai tinggi kerana mengandungi serat yang larut dan tidak larut, termasuk pectin iaitu sejenis serat larut yang boleh menurunkan tahap kolestrol. Bagi mereka yang ingin berdiet, buah plum boleh dimakan sahaja atau ditambahkan dalam bekalan. 2. Bit Bit mengandungi serat, zat besi, vitamin C, serta mengandungi betacyanin iaitu zat kuat yang boleh melawan kanser usus. Masih tidak yakin? Bit juga mengandung antioksidan yang telah dibuktikan boleh menurunkan tahap kolestrol dan meningkatkan HDL atau kolestrol baik dalam tubuh badan. 3. Labu Sepotong hidangan labu memiliki sekitar 3 gram serat ditambah dengan beta karoten iaitu antioksidan yang membantu untuk meningkatkan fungsi imun dan mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung. Labu boleh ditambah pada perbagai jenis masakan dan dibuat kuih labu. 4. Terung Terung yang mudah didapati ini banyak mengandungi serat dan juga vitamin B1, B3, dan B6. Selain itu terung juga mengandungi asam chlorogenic iaitu salah satu sayuran yang bebas dari hama serangga yang biasanya terdapat pada sayuran, dan nasunin iaitu antioksidan yang telah dibuktikan dapat melindungi dan mencegah kerusakan sel-sel otak akibat penggunaan telefon bimbit yang boleh menyebabkan tumbuhnya sel kanser. 5. Kacang Kacang adalah makanan yang tak popular. Tetapi telah dibuktikan bahawa kacang memiliki banyak manfaat bagi kesihatan. Kacang boleh mencegah kanser dan penyakit jantung hingga kepada tekanan gula darah. Kacang juga kaya akan antioksidan, protein, dan fiber. Mulai sekarang jangan abaikan lagi makanan-makanan tersebut. Sebab makanan yang seperti di atas ternyata boleh memberikan manfaat yang lebih baik bagi kesihatan kita. Alangkah lebih baik kita makan makanan yang sihat daripada membeli CEKEDIS. Hampeh tul |
| Isteri cemburu dengan Bidadari di Syurga Posted: 23 Jul 2010 11:53 PM PDT Gambaran suasana di syurga kelak…wallahu'alam "Bahagialah kamu wahai wanita muslimah yang taqwa & taat suaminya….." Wanita2 jangan cemburu dengan Bidadari di Syurga yer "Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?" Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an. Jawapannya nanti dulu.. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha.. Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu. Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan. Apa puncanya sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu. Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain. Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh. Ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut: "Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.." Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat. Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita. Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho... Mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an. Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke? Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi. "Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat. Hmm. Kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai*ketua bidadari*. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya. Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan? Tidak juga. Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang? Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya. Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab. Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi *`uruban atraaba*, yang apabila diterjemahkan bermaksud: "sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka". Di dalam bahasa Arab, kalimah *`uruban* juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu). Tentang pengertian kalimah *atraaba* pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..*for guys only*. ;-j Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'. Betul? Tapi adakah anda pasti? Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga; Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal. Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas. "Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita. Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal) Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun? Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata. "Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!" Mungkin ada wanita yang berfikir begini. Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi *shopping* ke?" ; ) "Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?" Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil. Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk. Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya. Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik? Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka. Ibarat anda dah dapat semua *file/software* yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya. Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...' latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu. Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta- juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu. Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita. "Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?" Cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya macam ni? Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. "Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi". belum habis lagi ada sambungan hadith ni; "Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi." Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj. Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya. Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya. Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas. Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur? Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur. Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas! Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga...termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu. Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je. Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit). Hm..Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu. Janganlah lupa pula para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka? Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu. Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara. Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya). Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali! Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga. Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-) ..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya. ..atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j Dah la. Tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. *Qaalu salaaman-salaama~ * Lelaki dan wanita saudaraku sekalian. MARILAH MENUJU KEJAYAAN |
| Posted: 23 Jul 2010 11:46 PM PDT SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMISUATU PERJALANAN "Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang. "Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak. Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna. KESILAPAN ISTERI Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud: "Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka"Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami." Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci. YANG LEBIH, YANG KURANG "Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa," luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata. "Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap," jawab saya supaya dia buka mata. Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali 'memandang tinggi' kehadiran seorang suami. ENGKAU TERBAIK UNTUKKU "Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi." Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, "Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." |
| Posted: 23 Jul 2010 11:38 PM PDT ~Mohd Rashidi Hasan~ Sebagai sebuah parti Islam, PAS mengasaskan perjuangannya untuk memupuk dan memperkuatkan ukhuwwah Islamiah serta menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat dalam segenap aspek. PAS mengasaskan perpaduan di atas prinsip Islam, memperkenalkan nilai-nilai Islam dalam usaha menegakkan keadilan dalam bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Pada pendapat PAS, perpaduan mestilah dipaksikan dengan ketakwaan kepada Allah SWT. Prinsip-prinsip ini digariskan dengan jelas menerusi firman Allah (mafhumnya): "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Surah al-Imraan, ayat 102-104) Adapun sejak akhir-akhir ini Umno mula memainkan kembali 'jarum' perpaduan, kononnya masa depan Islam dan Melayu akan musnah jika PAS dan Umno tidak bersatu. Kita mengajak kepimpinan Umno dan ulama-ulama yang sewaktu dengan mereka, untuk menghayati dan memperhalusi ayat-ayat Allah yang dipaparkan di atas. Sebelum ulama-ulama upahan ini menjadi orang tengah untuk menyatupadukan PAS-Umno di atas dasar Islam dan Melayu, mereka harus mengkaji dan menilai kembali, pada aspek mana perjuangan Umno dan pelaksanaan pemerintahannya selama lebih 50 tahun ini, menepati ayat-ayat di atas? Umno yang mendakwa dirinya parti Melayu-Islam tidak pernah mengasaskan tunjang pemerintahan di atas dasar takwa kerana asas perjuangan mereka adalah nasionalisme atau asabiyah. Asabiyah yang dianuti Umno merosakkan mereka. Umno adalah Melayu, PAS juga Melayu. Tetapi mengapa mereka memusuhi PAS sekian lama, menindas dan mendiskriminasi pemimpin, ahli dan penyokong PAS? Mereka juga meminggirkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS. Selain daripada itu Umno juga menghalang pelaksanaan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Umno juga menyekat, melarang dan menangkap pemimpin-pemimpin PAS yang menyampaikan kuliah di masjid-masjid dan surau-surau. Ini belum termasuk dasar-dasar kerajaan yang menghancurkan masa depan Melayu seperti PPSMI, dasar bahasa dan sebagainya. Hakikatnya, perjuangan Melayu-Islam untuk sudah jauh tersasar. Mereka terlalu rasis sehingga meminggirkan bangsa Melayu sendiri. Yang dipimpin, dibela, diberi biasiswa, dibantu hanyalah Melayu Umno. Umno tidak layak menjadi parti harapan orang Melayu lagi. Umno harus dibubarkan kerana ia sudah gagal. Ia adalah parti yang memperjuangkan asabiyah sempit, parti kroni dan juak-juak. Dalam keadaan Umno yang semakin di penghujung hayat, mereka cuba bergayut di dahan PAS dengan mengumpan agenda perpaduan. Hakikatnya Melayu tiada pilihan lain selain bersatu di bawah payung PAS. Selepas perjuangan Melayu gagal membela Melayu, kali ini beri peluang kepada parti Islam, perjuangan Islam untuk memelihara martabat Melayu. |
| UMNO Kedah Haram Jadah Banyak Seleweng Posted: 23 Jul 2010 11:36 PM PDT ~ZULKIFLI YAHAYA~ Masih mengenai Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) sebuah syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Kedah. Terlalu panjang senarai penyelewengan kewangan di zaman BN menjadi peneraju kerajaan. Hari ini penulis upahan Umno mendakwa kononnya duit STDC telah susut dari RM4 juta pada Mac 2008 hingga berbaki RM300 ribu pada Mac 2010. Setelah perkara ini dirujukkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah STDC, fakta tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata. Ini kerana mengikut laporan kewangan tahunan STDC, baki atau untung terkumpul pada 31 Disember 2007 ialah RM4,779,743. Daripada tarikh 1 Januari 2008 hingga waktu pilihanraya umum ke 12, wang tersebut telah dibelanjakan sebanyak RM1,999,778.60. Kebanyakannya untuk program politik BN. Untung terkumpul atau nilai reserve sama sekali tidak boleh dilihat pada bulan 31 Mac 2008, kerana pengauditan hanya dilakukan pada 31 Disember 2008. Begitu juga nilai reserve tidak boleh dilihat pada 31 Mac 2010. Untung terkumpul pada 31 Disember 2008 ialah RM4.324 juta. Umumnya ia jauh lebih baik dari 2007 kerana ia berlaku selepas STDC terpaksa membayar hutang-hutang yang banyak yang ditinggalkan oleh ahli lembaga pengarah yang lalu di samping hampir RM2 juta dilaburkan untuk kepentingan politik BN. Untuk melihat untung terkumpul bagi tahun kewangan 2010 pula, mestilah selepas pengauditan dibuat bagi tempoh berakhir pada 31 Disember 2010. Tidak betul sama sekali dengan melihat baki tunai dalam bank pada hari tertentu dalam bulan Mac maka penilaian dan 'penghakiman' prestasi syarikat pun dibuat. Sebenarnya saya tidak perlu menghuraikan jawapan berdasarkan fakta dan angka terhadap sebuah tuduhan palsu. Namun dalam dunia yang bilangan orang cerdiknya sangat ramai, maka memberi jawapan yang tepat lagi jujur seperti ini, tentulah dapat mengesahkan bahawa pihak yang membuat tuduhan itu jahat dan kurang cerdik. Mereka menuduh wang STDC difaraidkan untuk kroni PAS yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, walhal semua ahli lembaga pengarah kini hanya menerima elaun menghadiri mesyuarat iaitu RM750 setiap kali mesyuarat. Dalam setahun biasanya hanya tiga kali mesyuarat, bermakna elaun setiap ahli lembaga pengarah hanya RM187.50 sebulan! Di zaman BN, setiap ahli lembaga pengarah menerima elaun tetap RM2,000 sebulan di samping RM1,000 setiap kali menghadiri mesyuarat. Mereka ialah Dato' Seri Mahdzir Khalid, Dato' Ariffin Man, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, Encik Zubir Zabidi, Encik Mohamad Radzi Ayob, Puan Marlia Abd. Latiff dan Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail. Semuanya pemimpin politik Umno, sedangkan kini lantikan ahli lembaga pengarah adalah berdasarkan professionalisme mereka bukan kerana kroni. Episod penyalahgunaan wang GLC di zaman BN, khususnya STDC, sangatlah panjang catatannya. Buat sementara biarlah kita fokuskan kepada penyelewengan sewaktu berlangsungnya pilihanraya umum ke 12. Banyak penyelewengan STDC saya huraikan dalam dua keluaran lalu. Terdapat satu lagi fakta yang mengejutkan ialah dalam dua bulan pertama tahun 2008 (menjelang pilihanraya umum) STDC telah membiayai lapan kali mesyuarat dengan kos mengadakan mesyuarat tersebut keseluruhannya ialah RM78,270. Sebahagian besar perbelanjaan tersebut adalah untuk makan. Secara puratanya (jika mesyuarat tersebut adalah mesyuarat ahli lembaga pengarah) maka setiap kepala dijamu makanan bernilai RM815.00 setiap kali mesyuarat. Apa jenis makanan agaknya begitu mahal sekali? Secara terperinci berikut adalah maklumat perbelanjaan STDC pada bulan Januari dan Februari 2008, khusus di bawah perkara 'Mesyuarat di Naka': 1/1/2008 – RM5,810.00, 1/1/2008 – RM26,150.00, 1/1/2008 – RM10,000.00. (Satu hari tiga kali mesyuarat?) 13/2/2008 – RM10,000.00, 13/2/2008 – RM7,905.90, 13/2/2008 – RM4,610.00, 13/2/2008 – RM11,700.00, 13/2.2008 – RM10,000.00 (Satu hari lima kali mesyuarat?) Berdasarkan tarikh, tempat dan perbelanjaan, tidak lojik ia adalah mesyuarat ahli lembaga pengarah. Ada baiknya juga kita membuat persepsi yang rambang kononnya itu adalah mesyuarat lembaga pengarah yang diadakan sebanyak lapan kali, supaya nanti pihak yang terbabit akan menafikannya. Jawapan yang mungkin diberikan begini, "Itu adalah tarikh pembayaran di buat, bukan tarikh mesyuarat dan bukan pula mesyuarat lembaga pengarah." Jika melihat kepada semua perbelanjaan itu berada di bawah satu tajuk iaitu 'Mesyuarat di Naka', bermakna bukan lapan kali bermesyuarat tetapi hanya sekali. Tentu ia lebih menjolok mata apabila kos untuk hanya sekali bermesyuarat ialah RM78,270.00! Jika pun ia mesyuarat sebuah parti politik maka kos tersebut adalah terlalu tinggi bagi sebuah mesyuarat yang diadakan di Daerah Padang Terap. Persoalannya, adakah wang STDC telah disalahgunakan untuk menguruskan mesyuarat sebuah parti politik? Mereka berdegar-degar menuduh PAS menyalahgunakan wang GLC untuk membiayai aktiviti parti, sekarang biar mereka pula menjelaskan tuduhan bahawa merekalah penyeleweng duit GLC untuk membiayai program politik. Sila jawab, jangan tak jawab. Timbul lagi persoalan mengapa pihak-pihak tertentu tidak buat laporan polis atau SPRM terhadap para penyeleweng itu. Sejak mengambil-alih pentadbiran pada Mac 2008 hingga ke saat ini, belum ada satu pun laporan polis yang dibuat oleh pihak Pakatan Rakyat terhadap mereka. Sebenarnya ada 'muslihat besar' mengapa laporan belum dibuat dan seluruh rakyat akan tahu jawapannya nanti. Alang-alang pembangkang di Kedah sudah mula membuat serangan meriam buluh bertubi-tubi, mereka kena bersedialah pula terima serangan balas. Pendedahan bertulis ini sebenarnya belum berakhir. Banyak lagi penyelewengan dalam GLC yang akan dilondeh. Butirannya sangat banyak. Lebih dari enam kotak. |
| Posted: 23 Jul 2010 11:31 PM PDT Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang Nik Ali Mat Yunus digesa untuk tidak bersekongkol dengan Umno-BN mensabotaj urustadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Adun Pantai Jerejak Sim Tze Tzin berkata Nik Ali selaku penjawat awam di Pulau Pinang seharusnya membantu melicinkan perkhidmatan dan pentadbiran kerajaan negeri demi pembangunan dan kesejahteraan Pulau Mutiara. Nik Ali sewajarnya melihat rungutan rakyat dan teguran kerajaan negeri berhubung isu pembangunan tertunggah dan projek-projek bermasalah tajaan Kerajaan Pusat sebagai motivasi untuk melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan berdedikasi. "Saya rasa Nik Ali tidak profesional. sebagai seorang penjawat awam dia kena ikut kehendak rakyat Pulau Pinang yang telah memilih Pakatan Rakyat," kata Sim. "Sebagai penjawat awam dia tidak banyak membantu pembangunan Pulau Pinang malah ada pelbagai projek pembangunan dia banyak memberi halangan dan tidak memberi bantuan dari segi peruntukan dari Kerajaan Pusat dan sebagainya," jelas beliau lagi. Pertelingkahan antara Kerajaan Negeri dan Nik Ali berpunca dari dakwaan Adun Pulau Betong Muhamad Farid Saad yang mendakwa perlombongan pasir secara haram berlaku di tapak pembinaan politeknik kerajaaan di Kampung Kenanga, Balik Pulau. Oleh kerana tanah itu milik Kerajaan Pusat, projek itu dikatakan terletak di bawah bidang kuasa Pegawai Kemajuan Negeri lantikan Kerajaan Pusat. Guan Eng berkata siasatan keatas dakwaan Pulau Betong itu sukar dijalankan kerana Nik Ali enggan bekerjasama dengan siasatan Kerajaan Negeri. Menurut laman sesawang Pusat Maklumat Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia, Nik Ali bertindak membidas teguran Guan Eng supaya beliau tidak kelihatan seperti seorang pengecut. Tindakan Nik Ali mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang dikatakan bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 yang perlu berkhidmat di mana saja apabila diarahkan bertugas. Selain dari itu projek bermasalah seperti Pintu Gerbang Taman Botani dan isu Pasir, Sim menjelaskan antara isu yang perlu diberi keutamaan oleh Nik Ali adalah membantu rakyat Pulau Pinang mendapatkan peruntukan kerajaan pusat yang menurut Sim sengaja dilengah-lengahkan. "Isu sebenar adalah bagaimana kerajaan pusat membantu rakyat Pulau Pinang. tidak ada. kerana sekarang peruntukan Kerajaan Pusat tidak disalurkan dengan cepat, malah dilengah-lengahkan," kata Sim. "Dia sekarang berselindung disebalik Umno Pulau Pinang. Dia kritik dan marah dengan kata-kata kesat. ini menunjukkan dia alat politik kepada Umno-BN," tambah beliau. |
| Posted: 23 Jul 2010 11:27 PM PDT Tanpa berlengah, timbalan ketua perhubungan Umno negeri Datuk Noh Omar memulakan ceramahnya dalam kempen "Selamatkan Selangor" lewat malam tadi dengan menjelaskan soal hubungannya dengan Datuk Seri Mohd Khir Toyo yang kini dikatakan berada dalam konflik.Dalam pada itu juga, beliau turut mengambil peluang untuk menghentam ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei yang bertanggungjawab membangkitkan isu konflik di antara Noh dan Mohd Khir. "Shuhaimi ni. Siapa dia? Wakil rakyat (kawasan sini) sini ke? Kasihan... SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pun belum selesai siasat dia, hendak laga-lagakan saya dengan Datuk Khir Toyo pula," kata Noh dalam ucapannya. Menyentuh isu pasir yang menjadi modal utama bagi ceramah di Taman Sri Andalas, Klang itu, Noh kemudiannya membangkitkan mengapa hanya syarikat tertentu sahaja diberikan lesen untuk melombong pasir di negeri itu. 'KSSB sisih bumiputera' Beliau menimbulkan persoalan tersebut bagi menangkis dakwaan yang ditimbulkan setiausaha publisiti DAP Tony Pua semalam bahawa Umno mengetengahkan isu pasir apabila tidak lagi mendapat habuan daripada kroni mereka dalam industri perlombongan tersebut. Noh mendakwa, syarikat milik bumiputera itu disisihkan daripada mendapat peluang melombong daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) kerana pemilihan tidak dibuat secara telus. "Syarikat (Bumiputera) inilah yang patut dibantu. Kita bantu (sebelum ini). Tapi bila kita buat demikian, dia kata kita mementingkan kroni pula. "Tapi bila mereka memerintah (Selangor), mereka buat lebih teruk lagi," katanya lagi dalam ceramah yang dihadiri seramai kira-kira 500 orang itu. Dalam serangan balasnya itu juga, Noh mendakwa syarikat yang mendapat lesen melombong pula mungkin dinaungi oleh pemimpin PKR tertentu "Mungkin ada pemimpin PKR tertentu yang di belakang syarikat ini... Mungkin syarikat ini yang agih keuntungan kepada mereka," katanya. Ezam: Wujud rasuah dalam BN Seorang lagi penceramah, Ezam Mohd Nor dalam ucapannya selepas itu bagaimanapun tidak menafikan wujudnya rasuah dalam pentadbiran BN. "Saya tidak kata semua pemimpin BN tidak rasuah... Tapi tidak semua. Kalau ada rasuah pun, setidak-tidaknya BN sudah memerintah lebih 50 tahun. "Tapi mereka (Pakatan Rakyat Selangor) baru naik angkat sumpah, sudah ada yang kena tangkap," kata Ezam yang dilantik sebagai senator Dewan Negara selepas menyertai Umno pada Mei 2008 lalu. Selain Ezam, turut berucap di ceramah yang diadakan di dewan komuniti ituialah ADUN Kuang Shukor Idrus dan juga ketua bahagian Umno Kota Raja Kamaruzzaman Johari. Turut hadir ialah dua lagi ADUN Umno - Satim Diman (Sri Serdang) dan juga Datuk Abdul Rahman Palil (Sementa), selain beberapa pemimpin parti komponen BN di kawasan itu yang digelar sebagai "bakal wira dalam pilihan raya umum akan datang" oleh pengerusi majlis. ~MK~ |
| Posted: 23 Jul 2010 11:24 PM PDT Tidur ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tsin kini tidak lena setelah diwawancara oleh sebuah akhbar harian bahasa Inggeris mengenai perlunya rumah pangsa kos rendah di Pulau Pinang.Ini kerana selepas wawancara itu dengan tajuk "Penang May Ban Low Cost Homes" atau "Pulau Pinang mungkin mengharamkan rumah kos rendah" beliau mendapat banyak bantahan daripada orang ramai. Menurut Sim beliau tidak ada masalah dengan kandungan berita yang ditulis tetapi kurang senang dengan editor akhbar berkenaan yang mensensasikan tajuknya serta membawa tanggapan negatif kepada kerajaan Pakatan Rakyat. "Saya tiada kuasa mengharamkan rumah kos rendah dan jika adapun saya tidak akan mengharamkannya. Ini kerja orang gila!" kata Sim kepada Malaysiakini, sambil menambah bahawa rumah berkenaan masih amat diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah di negeri itu. Golongan muda tak mampu Sim yang juga anggota jawatankuasa Jabatan Perumahan Negeri Pulau Pinang merujuk kepada akhbar The Star Khamis lalu yang melaporkan beliau sebagai berkata jabatan berkenaan mungkin melarang pembinaan rumah pangsa kos rendah yang keluasannya berukuran kurang 700 kaki persegi. Laporan itu juga memetik beliau sebagai berkata larangan itu disebabkan oleh kebanyakan rumah pangsa berada dalam keadaan daif, kotor dan mencacatkan pemandangan kerana kepadatan penduduk di kawasan berkenaan. Beliau juga didakwa mencadangkan bayaran pampasan diberikan oleh pemaju kepada penduduk setinggan bagi membina rumah baru untuk mereka berhampiran kawasan asal setinggan penduduk. Bagaimanapun kata Sim, beliau hanya membuat cadangan supaya pemaju membina rumah yang 'mampu dimiliki dengan keadaan kehidupan yang selesa' kerana ramai yang kini membina rumah di luar kemampuan rakyat umum. Katanya, pekerja di Pulau Pinang hari ini sukar memiliki rumah, khususnya di kawasan industri kerana harganya mungkin mencecah kepada RM600,000 atau lebih manakala pangsapuri pula dijual melebihi RM350,000. "Adalah tidak dinafikan, harga-harga berkenaan di luar kemampuan sekitar 70 peratus rakyat Pulau Pinang. Namun rumah-rumah itu cukup laris dan ini menjadikan harganya terus naik," kata Sim. Menurutnya, pemaju sepatutnya membina rumah pangsa berukuran 600-700 kaki persegi dengan harga sekitar RM40,000 setiap unit. "Rumah-rumah itu amat popular di kalangan keluarga golongan muda kerana ramai yang tidak mampu membeli rumah biasa dan rumah seperti itu mampu dimiliki oleh kebatakan rakyat," tambahnya. Menurut Sim, Pulau Pinang memerlukan rumah-rumah yang dalam lingkungan harga RM100,000-300,000. ~MK~ |
| Posted: 23 Jul 2010 11:22 PM PDT Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau menerima dengan baik teguran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kecamannya terhadap Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang Nik Ali Mat Yunus, lapor Bernama."Saya terima mesej dari Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri...saya ucap terima kasih atas mesej tersebut," katanya selepas merasmikan Hari Keluarga Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Georgetown hari ini. Perdana Menteri dalam kenyataan semalam berkata kabinet tidak dapat menerima tindakan Lim yang membuat kenyataan hingga menjatuhkan maruah seorang pegawai persekutuan. Najib berkata, Lim sebagai ketua menteri seharusnya membuat teguran berhemah dan secara tertutup. Bohong Dalam pada itu, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang membidas Nik Ali yang disifatkan oleh setiausahanya, Ng Wei Aik sebagai bercakap bohong. Ng sehubungan itu juga menafikan ketua menteri Pulau Pinang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nik Ali (kiri) ketika majlis pelancaran projek Keretapi Bukit Bendera dan menyangkal kerajaan negeri tidak menyediakan tempat duduk untuknya pada majlis berkenaan. "Sehingga kini, ketua menteri Pulau Pinang tidak pernah membuat sebarang komen terhadap perkara tersebut yang telah dibangkitkan oleh Nik Ali. Tidak pernah terlantas dalam fikiran ketua menteri untuk mengeluarkan kata-kata kesat walaupun diberi layanan yang kurang sewajarnya oleh Pejabat Pembangunan Negeri," katanya. Menurut Ng (kanan), Nik Ali merupakan seorang 'Little Napoleon' yang kurang ajar yang sanggup "berperang dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan tindakannya telah direstui oleh ketua setiausaha negara dan pemimpin-pemimpin Umno, temasuk timbalan perdana menteri. "Adakah ini bermaksud bahawa Nik Ali, termasuk kakitangan-kakitangan awam yang lain turut boleh mengkritik atau berperang dengan menteri-menteri Umno atau BN, termasuk ketua menteri atau menteri besar bagi negeri-negeri yang diterajui oleh BN?" Katanya, Nik Ali telah membelakangkan sikap profesional dan berkecuali yang terpakai ke atas kakitangan-kakitangan awam. "BN pasti akan menerima padah ekoran kakitangan-kakitangan awam yang lain turut memberontak jikalau tiada tindakan tegas diambil terhadap Nik Ali dengan serta-merta," katanya lagi. ~MK~ |
| Posted: 23 Jul 2010 11:21 PM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan apabila beliau bertindak mempertahankan Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus yang didakwa cuba mensabotaj kepimpinan kerajaan negeri.Lim juga mendakwa sokongan yang diberikan oleh KSN membuktikan kegagalan yang wujud pada mereka dalam membina sebuah pentadbiran yang telus dan profesional. Katanya, tindakan KSN mempertahankan Nik Ali walaupun sebelum ini ternyata setiap pegawai perkhidmatan awam sepatutnya bersikap berkecuali dan profesional serta neutral sudah tidak wujud lagi pada perkhidmatan awam yang ada sekarang. Mereka ini, ujarnya sudah dipolitikkan dengan membenarkan penjawat awam mengkritik dan mengecam kerajaan negeri yang mendapat mandat dari rakyat. Sepatutnya, kata beliau sebagai seorang Pegawai Kemajuan Negeri yang profesional dan berkaliber, kenyataan kesat seperti yang dilemparkan kepada Ketua Menteri iaitu biadap dan dayus adalah suatu tindakan yang tidak seharusnya dilemparkan oleh seorang penjawat awam kepada pemimpin yang memerintah negeri. Mengulas kenyataan KSN yang menyokong tindakan Nik Ali menyelarnya, Guan Eng menambah, Sidek tidak mengambil tindakan yang proaktif untuk mengatasi masalah yang wujud. "KSN seharusnya menegur tindakan Nik Ali sebagai Pegawai Kemajuan Negeri yang mengkritik kerajaan negeri secara terang-terangan. Ini adalah bertentangan dengan prinsip dan jawatan seorang penjawat awam dalam kerajaan negeri yang memerintah," tambahnya lagi. Ketegangan antara Lim dan Nik Ali bermula setelah isu kecurian pasir di Balik Pulau mulai dipersoalkan setelah ianya bergerak sebelum kerajaan negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat pada Mac 2008 yang lalu. Nik Ali yang cuba mempertahankan tindakannya telah mengeluarkan kenyataan yang merendahkan status Ketua Menteri sehinggalah Lim menyelar Nik Ali dan memintanya supaya melepaskan jawatan sebagai Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang setelah tidak dapat memberi komitmen dan kerjasama kepada kerajaan negeri. ~harakah~ |
| Selamatkan KRONI ex-MB Selangor hentam Anwar Posted: 23 Jul 2010 09:23 AM PDT Jelajah pertama 'Selamatkan Selangor' bermula dengan siri menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan portal berita Malaysiakini, terutama oleh bekas 'ayam tambatan' ketua pembangkang itu, Ezam Mohd Noor.Di pentas Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) di Shah Alam malam tadi, kira-kira 250 penyokong BN turut dihidangkan dengan tayangan video 'Tak Nak AI' (Anwar Ibrahim). Ia antaranya cuba membandingkan sikap Anwar melalui ucapannya semasa masih menjadi timbalan perdana menteri dan selepas menjadi penasihat PKR - parti dominan dalam Pakatan Rakyat. Menurut video itu, Anwar digambarkan sebagai pengkianat, tidak setia pada perjuangan Melayu dan 'memuja' DAP yang suatu ketika dahulu pernah dikritiknya. Tidak terkecuali, petikan ucapan Zulkifli Noordin - bekas peguamnya dan ahli parlimen yang keluar PKR - yang lantang mengkritik kepimpinan Anwar turut disiarkan. Ezam yang berkongsi pentas dengan pemimpin utama Umno negeri - antaranya timbalan pengerusi perhubungan Datuk Seri Noh Omar dan timbalan Ketua Pembangkang Datuk Satim Diman - mengaitkan Anwar dengan Yahudi. Bersumpah demi Allah Ezam antaranya mengulangi dakwaan bahawa Anwar pro-Yahudi, yang boleh dibuktikan dengan tindakan cuba memujuk kumpulan itu di Amerika Syarikat, seperti dilaporkan Washington Post. Bagaimanapun, menurut Ezam lagi, tindakan itu tidak boleh disamakan dengan tindakan kerajaan pusat yang mendapatkan khidmat perunding antarabangsa Apco Worldwide. "Bezanya Apco ini kerja untuk kita," katanya yang mengaku pernah mendapat layanan istimewa daripada negara kuasa besar dunia itu semasa menjadi "jeneral" Anwar. Beberapa kali menegaskan masuk Umno tidak melibatkan wang, Ezam juga menceritakan perjuangan dan jasanya "mempertahankan prinsip" bersama PKR suatu masa dahulu, termasuk merengkok di penjara dan menjana penubuhan parti itu di peringkat Selangor. "Saya tinggalkan PKR dan Anwar tidak melibatkan satu sen (wang) pun, demi Allah!" katanya. Menyentuh soal Malaysiakini, beliau mendakwa portal berita bebas itu sebagai alat kepada Anwar, antaranya kerana laporannya berhubung 'persaingan' antara Noh dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Khir Toyo. Jenakakan KSSB, ejek Khalid 'gagap' "Kenapa lapor Umno Selangor nak gaduh pasal isu pasir? Sebab tuan dia (Malaysiakini) sama kepala dengan Anwar Ibrahim," katanya sambil mengaitkan Malaysiakini dengan George Soros. Turut berucap dalam program di perkarangan Tabika Kemas di Seksyen 17, Noh, Satim dan ketua penerangan Umno negeri Shukor Idrus. Bagaimanapun, ucapan ketiga-tiga pemimpin tersebut banyak menyentuh isu pentadbiran pasir di negeri itu melalui penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) oleh kerajaan Selangor. Bukan sahaja KSSB dijenakakan sebagai singkatan kepada 'Korek Selangor Sampai Berlubang dan Kebas Sebelum Selangor Berubah', Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga diejek sebagai gagap. Malah Satim dan Shukor dalam ucapannya dilihat meniru gaya 'gagap' Khalid sambil disambut gelak ketawa hadirin. Malam tadi, program SSDE itu turut diadakan di Klang dan bakal disusuli 17 siri ceramah lagi di seluruh negeri Pakatan itu sehingg 8 Ogos ini. ~MK~ |
| Badut UMNO Nak 'Selamatkan Selangor' Posted: 23 Jul 2010 09:21 AM PDT Selepas mengangkat sumpah sebagai senator pada 3 Mei lalu, bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor kini dilihat diberikan tanggungjawab lebih besar di barisan depan dalam kempen menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.Dengan kelebihan sebagai bekas 'ayam tambatan' Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang dilihat masih mempunyai pengaruh dalam sayap Pemuda PKR - dan kemahiran pidatonya, Ezam dilihat lebih berkemampuan mengasak pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Menurut sumber-sumber, walaupun tidak diberi sebarang jawatan rasmi sebelum ini, sebaliknya hanya mengisi pentas ceramah BN dalam sebelas pilihan raya kecil sebelum ini, Ezam memainkan peranan yang besar dalam usaha menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sebelum ini. Sehubungan itu, difahamkan, beliau kini diberikan kepercayaan oleh kepimpinan Umno pusat untuk dilantik sebagai senator, seterusnya diberikan lebih banyak tugas di Selangor - antara negeri terkaya di Malaysia. Tambahan lagi, usaha BN 'menyerang' negeri itu melalui perlbagai cara dan isu - termasuklah isu pembinaan ladang babi di Sepang, pengawalan jualan arak, hubungan PAS-DAP dan isu gambar intim exco Elizabeth Wong - sepanjang dua tahun ini belum mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Dalam masa yang sama 'persaingan' antara dua teraju Umno negeri - timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Seri Noh Omar dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo - dilihat membantutkan lagi usaha tersebut. Justeru, kemasukan Ezam dilihat sebagai penyelamat dan bakal menjadi 'pasukan ketiga' di antara kedua-dua pemimpin berpengaruh dalam Umno Selangor itu. Difahamkan Ezam dibawa masuk ke pentadbiran perhubungan Umno negeri pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Noh melalui penubuhan badan baru, dinamakan Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) baru-baru ini. Gandingan lama, MP bebas turut serta Kesemua program 'Selamatkan Selangor' dirancang dan dilaksanakan melalui sekretariat ini, di mana Ezam difahamkan diberikan peranan besar dalam merancang strategi ke arah usaha itu. Walaupun masih belum jelas jawatan sebenarnya, tetapi Ezam dilihat mempunyai pengaruh besar dalam sekretariat itu. Ini dibuktikan dengan penyertaan beberapa gandingan lamanya dalam PKR, iaitu Exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam, Zahid Mat Arip - kedua-duanya bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) - dalam kempen itu. Difahamkan juga sepanjang 19 siri ceramah kecil - dengan sasaran 500 orang - beberapa bekas ahli parlimen Pakatan yang melompat parti seperti Datuk Seri Zahrain Mohammed Hashim(Bayan Baru) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) akan terlibat. Bagaimanapun difahamkan Dr Mohd Khir tidak terlibat berceramah dalam program fasa pertama ini - tindakan yang memarakkan lagi desas-desus masalah 'persaingannya' dengan Noh. Bagaimanapun, beberapa pemimpun muda PKR terus menafikan kemampuan Ezam sebagai 'bos' lama mereka. "Kita lihat bagaimana hasilnya di Selangor. Beliau (Ezam) tiada kewibawaan di mata awam sama sekali, politiknya old school (gaya lama)," kata ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad sambil menggesa Ezam bertanding di dalam pilihan raya bagi membuktikan kemampuan sebenarnya. Malah, Nik Nazmi - yang mengaku pernah menjadi aktivis Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK), NGO yang ditubuhkan Ezam - berpendapat Najib merupakan pelindung sebenar bagi Ezam. "Ezam perlukan seseorang untuk lindunginya. Macam jin cari tuan. Kita kenal dia cukup lama. "Kalau dia berani, biarkan dia bertanding (dalam pilihan raya)," katanya kepada Malaysiakini. ~MK~ |
| UMNO Cemburu Pakatan Di Selangor Posted: 23 Jul 2010 09:20 AM PDT Usia kerajaan Pakatan Rakyat baru menjangkau tiga tahun. Bermacam serangan dan meriam pelbagai saiz telah diledakkan. Hingga kini hanya kerajaan Perak yang mampu ditumbangkan. Itupun dengan cara yang di luar akhlak dan moral demokrasi. Kerajaan Kelantan tak tergoyah sedikitpun sekalipun sasaran dihalakan kepada TG Nik Aziz dan keluarganya. Kerajaan Kedah nampak tenang walau sesekali ribut menggoncang keutuhan dan kesabaran Menteri Besarnya. Hanya selangor yang menjadi tumpuan kini. Mungkin kerana Khalid Ibrahim bukan ahli politik sejati kerana beliau hanya menceburipolitik dari dunia perniagaan. Beliau lebih dilihat sebagai pegawai kerajaan atau tokoh korporat yang mengendali negeri tanpa memperduli mainan politik dari luar dan dalam yang tutur mengimpi dan cemburu dengan jelmaaan tiba tiba Tan Sri Khalid di Selangor. Umno menyedari kekurangan Khalid yang lebih menumpukan pembangunan dan kebajikan dari permainan politik luar dan dalam di sekelilingnya. Tumpuan beliau lebih kepada keutungan rakyat yang dianggap pemegang saham dalam negeri Selangor sebagaimana beliau mengemudi syarikat yang memikirkan kepentingan pemegang saham. Itu kelebihan Khalid yang mungkin dilihat kelemahan oleh orang politik. Namun kecemburuan sebenar kepada Khalid Ibrahim bukan kerana diri beliau tetapi Selangor yang menjadi lubuk duit dan bekalan projek kepada pencacai Umno. Mereka ternyata tidak mampu melakukan sesuatu yang boleh menggugat Pulau Pinang kerana kuasa Melayu kampung sangat sikit. Hanya melayu kampung yang diharap umNO untuk menyambung talian hayat mereka. Walupun Pulau Pinang adalah mutiara , namun mimpi untuk menguasai Pulau Pinang terlalu mustahil buat masa kini. Selangor terus menerus dijadikan sasaran. Sedikit nyawa kemenangan umNO di Hulu Selangor menjadi dijadikan kemeyan pemulih semangat sekalipun menyedari dupa kemeyan tersebut telah pun pecah. Bermula dengan mengugut rakyat terhadap masa depan air di Selangor yang dikatakan tidak mampu bertahan hinggalah kepada isu pasir yang dikatakan merosakkan alam. Tan Sri Khalid telah menjelaskan potensi dan kemampuan air di Selangor sekalipun tanpa projek yang diidamkan oleh Syabas milik Razali Ismail, orang kuat Umno. Pasir yang menjadi tinggalan Khir Toyo terpaksa dijadikan bahan sekalipun menyedari ianya berpotensi menyeret Khir sekali tertimbus dalam timbunan pasir itu. Semakin lama umnO menjadi pembangkang, semakin tenat penyakit umNO. Pemimpin utama menyedari dan meluahkan betapa sukarnya menjadi pembangkang. Ia dijadikan semangat dan mentera sebagaimana Yahudi yang membangkitkan semangat betapa perlu Yahudi memiliki Falastin jika ingin hidup bebas . Duit adalah talian hayat umNO. Tanpa duit umNO akan mati. umNO tiada sukarela seperti PAS yang ditanam dengan semangat Jihad. Umno tiada pilihan selain mengikis duit rakyat melalui pemotongan subsidi. Mereka sangat yakin, dengan pengampu di sekeliling mereka dari kalangan cerdik pandai akan mampu meredakan kemarahan rakyat. Perangkap dipasang di mereta jalanraya untuk merompak duit rakyat melalui saman skor yang belum dibuktikan bersalah. Jika Pakatan Rakyat mampu bertahan dalam Pilihanraya akan datang dengan menambah kekuatan dan penguasaan beberapa negeri seperti Trengganu , Perak dan Johor... pastinya ramalan bahawa umNO akan menjadi seperti Dinasor akan menjadi nyata. Apa yang penting pemimpin Pakatan Rakyat perlu mengawal nafsu serakah mereka dalam merebut kuasa. Jangan bercakar sesama sendiri. Biarkan mimpi itu menjadi nyata terlebih dahulu sebelum bermimpi dengan jawatan dan kedudukan yang tinggi, mimpi bermewah dengan membentis rakan sebelum kemenangan hanya akan menjadikan mimpi itu menghasilkan air liur basi yang memetakan sempadan yang luas. Hakikatnya ia satu keaiban. ~anak sengat~ |
| Selangor ambil alih projek terbengkalai Umno Posted: 23 Jul 2010 09:20 AM PDT Kegagalan kontraktor Khidmat Makmur Sdn. Bhd. menyiapkan tiga projek di bawah rancangan pembangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), akhirnya diambil alih oleh kerajaan Selangor. Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, tiga projek yang dimaksudkan adalah projek pembinaan 120 unit rumah kuarters MBSA bernilai RM1.4 juta; Kondominium Sri Putri bernilai RM1 juta dan sebuah stesen minyak berhampiran kondominium tersebut. Ujarnya, langkah kerajaan itu semata-mata bertujuan mengurangkan beban berpanjangan membayar sewa beli kediaman masing-masing yang ditanggung rakyat sejak tahun 14 tahun lalu. Sedangkan, tambahnya, pihak tertentu dalam MBSA pada era Umno BN memerintah kerajaan negeri sanggup memberikan tender secara rundingan langsung kepada seorang kontraktor yang juga orang kanan Umno negeri. "Kuarters MBSA 0 peratus siap, bangunan komersial (Kondominium Sri Putri) siap hanya 60 peratus, stesen minyak dekat dengan kondominium pun 0 peratus siap," tegasnya pada satu kenyataan di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini. "Sepatutnya MBSA terima RM95 juta dari pembangunan tersebut, mengapa MBSA boleh beri tender secara langsung pada kontraktor sebegini." Bercakap pada kenyataan yang sama, ahli majlis MBSA, Azli Yusof mendedahkan, Khidmat Makmur turut menggadai dua bidang tanah milik MBSA demi menjana modal alternatif. "Kerana tak ada duit, pihak tersebut cagar dua bidang tanah pada bank sedangkan tak dibawa berbincang dalam mesyuarat majlis dan tiada kelulusan pun," ujar beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam. "Sebab dana RM75 juta, mereka tak ada (untuk selesaikan projek), di cagar pada bank." Sehubungan itu, beliau mempersoal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak menyiasat skandal tersebut. "Apa yang jadi persoalan, bagaimana rundingan itu dijalankan dengan tidak ikut syarat-syarat, tidak diambil tindakan oleh SPRM. "Kenapa tidak ada siasatan daripada SPRM, kalau Pakatan Rakyat, sedikit-sedikit aduan pun kena (siasat)," soal beliau. ~harakah~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan