Anak Cucu Nabi Adam |
- Bincang Royalti Boleh Politik Boleh Blah
- PAS tetap bersama Pakatan Rakyat
- Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'
- Dah Ada Syarikat Naikkan Harga Barang
- Kabinet pantau reaksi rakyat
- Naikkan kain rentang protes kenaikan
- KERAjaan BN Tidak Perihatin Dan Bertanggungjawab
- Rasionalisasi Subsidi
- Terima Kasih Kepada PM 1Malaysia
- Apakah Nasib Suara Keadilan Dan Roket?
- UMNO Menyibuk Nak Kerjasama Dengan PAS
- Protes rancang turun ke jalan raya
- Penjimatan subsidi gula untuk bayaran APCO?
- Monolog 5 Sen
- Isu Felda Nyawa UBN sampai ke Leher
- Pembangkang diikat, BN tumbuk perut
- Apa Punya Kerajaan 5 Sen
- Harga teh tarik naik 1.25 sen
- KERAjaan BN Jimat Atau Tak Ada Duit?
- 5 Dalam 1 Naik Tengah Malam Ini
- MB Selangor perlu setahun selesaikan isu pasir
- PERKASA Nak Tunjuk Hero Rakyat
- Anwar bakal hadapi cabaran dahsyat
- Propaganda media jadi mainan pemimpin Umno
- Elaun Khas Satim dipotong RM1,500
| Bincang Royalti Boleh Politik Boleh Blah Posted: 16 Jul 2010 03:14 AM PDT Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana-mana sahaja untuk berunding atas prinsip hubungan kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat dan bukannya untuk tujuan politik.Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di Kota Bharu hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin sedia menemui beliau demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam, Nik Aziz berkata beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana "soal politik, PAS sudah menutup pintu untuk berunding." "Tapi kalau soal royalti, saya mahu pengerusi jawatankuasa pembangunan ekonomi, kewangan dan kebajikan, Datuk Husam Musa ada bersama," katanya. Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno semalam berkata, Umno sedia menjalin kerjasama dengan PAS kerana Umno menyokong perjuangan agama Islam dan orang Melayu. Nik Aziz berkata sudah tidak ada peluang untuk berunding mengenai perpaduan antara PAS dan Umno kerana parti itu sudah membuat keputusan sejak dua tahun lalu selagi Umno tidak menukar dasarnya. "Masalah perpaduan Islam dan bangsa Melayu akan selesai jika Umno sedia menukar dasarnya daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam," katanya. ~Bernama~ |
| PAS tetap bersama Pakatan Rakyat Posted: 16 Jul 2010 03:12 AM PDT PAS hari ini mengulangi pendirian bahawa tidak akan ada kerjasama politik dengan Umno, sebaliknya terus setia bersama Pakatan Rakyat. Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun menegaskan, perbincangan di antara kerajaan dengan kerajaan (Goverment to Goverment) boleh diteruskan untuk kepentingan Islam dan rakyat. "Dari sudut politik kita bersama Pakatan Rakyat.Dari sudut G to G ertinya kerajaan negeri dengan kerajaan pusat dalam konteks federalisme itu tak jadi masalah. Pulau Pinang boleh bercakap dengan kerajaan pusat, kedah, Selangor dan mana-mana kerajaan boleh berbincang dengan kerajaan pusat sebab mereka adalah sebahagian daripada Malaysia. "G to G tidak ada masalah, isu-isu semasa pun tidak ada masalah tapi kerjasama politik pada waktu ini memang PAS bersama Pakatan Rakyat," tegasnya pada satu sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan raja Laut, dekat sini hari ini. Beliau menegaskan demikian ketika ditanya pemberita berhubung kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, bahawa Umno sedia menjalin kerjasama dengan PAS. Muhyiddin juga bersedia bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membincangkan isu-isu melibatkan negeri itu. Mustafa berkata, sebagai menteri besar, tidak salah untuk Tuan Guru Nik Aziz bertemu dengan pimpinan kerajaan pusat untuk menyelesaikan perkara-perkara tertunggak. Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang cuba memanipulasi pertemuan tersebut kerana PAS sesekali tidak akan mengkhianati kesetiaan terhadap Pakatan Rakyat. "Mursyidul am dalam waktu yang sama beliau adalah menteri besar Kelantan. Jadi bagi saya tidak salah sebagai menteri besar untuk bertemu dengan pimpinan kerajaan pusat untuk berbincang banyak perkara. "Dalam konteks federalisme sangat perlu sebenarnya perbincangan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat kerana banyak isu-isu tertunggak.Royalti (petroleum) misalnya, itu isu tertungak yang belum selesai lagi. "Saya tidak fikir bahawa pertemuan ini akan menyentuh soal-soal kerjasama politik sebab PAS telah memutuskan bahawa kita bersama-sama Pakatan Rakyat. dan Tok Guru (Nik Aziz) sangat arif tentang perkara ini. Saya tidak fikir soal kerjasama politik akan terus berbangkit. Kita akan terus bersama Pakatan sehinggalah kita menghadapi pilihanraya umum yang ke 13," kata bekas pengarah jabatan pilihan raya PAS pusat itu. Sementara itu, Nik Aziz selepas menyampaikan kuliah Jumat di Dataran Kota Bharu pagi tadi dipetik sebagi berkata, beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana "soal politik, PAS sudah menutup pintu untuk berunding." ~harakah~ |
| Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik' Posted: 16 Jul 2010 03:10 AM PDT Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan. Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan "pelarasan harga" atau "rasionalisasi subsidi". Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra. "Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan," kata seorang daripada editor itu. Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan "rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini. Jangan buat tinjauan rambang Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan. Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai "penjimatan kerajaan" dalam laporan mereka. "Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan," kata sumber itu. Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion. Abdullah berjanji "penjimatan" akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut. Puji 'keberanian' Najib Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak. Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula. Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik. Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam. Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu. Media patuhi arahan Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka. Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan. Berita Harian memilih "harga baru" manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya "subsidi diselaras". Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu. Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu. Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan "harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai "harga baru". Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil "antara yang terendah di rantau ini". Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk "Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM". Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu. ~MK~ |
| Dah Ada Syarikat Naikkan Harga Barang Posted: 16 Jul 2010 03:09 AM PDT F&N Dairies (M) Sdn Bhd kemungkinan menaikkan harga produknya berikutan kenaikan harga gula dan bahan bakar yang bermula hari ini. Ketua Pegawai Operasi (Bahagian Tenusu), Tony Lee, bagaimanapun berkata kumpulan itu belum membuat keputusan bila semakan kenaikan harga itu akan berkuat kuasa."Memandangkan susu pekat mengandungi banyak gula, kenaikan 25 sen sekilogram harga gula pasti memberi kesan yang besar kepada pengeluaran itu. "Oleh kerana pengumuman rasionalisasi peningkatan harga dibuat hanya semalam, kami perlu membuat penilaian impaknya sebelum kami memutuskan untuk menaikkan harga. "Harga produk tenusu mungkin meningat 10 sen," katanya kepada pemberita selepas pelancaran imej baharu jenama "TEA POT" hari ini. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan subsidi kerajaan bagi petrol, diesel, gas petroleum secair dan gula akan dikurangkan mulai hari ini sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat. Susulan pengurangan itu, harga gula naik 25 sen sekilogram kepada RM1.90 berbanding RM1.65 sebelumnya. ~Bernama~ |
| Posted: 16 Jul 2010 03:06 AM PDT Kabinet akan memantau reaksi rakyat dan keadaan pasaran berkaitan penyelarasan subsidi membabitkan bahan api dan gula yang diumumkan semalam, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Kong Cho Ha di Sepang."Pada peringkat ini, secara keseluruhannya orang ramai boleh menerima penyelarasan subsidi itu," katanya kepada media sebelum berlepas dengan penerbangan sulung Penerbangan Malaysia (MAS) ke Bandung, iaitu destinasi keenam MAS ke Indonesia, hari ini. Kong yakin kenaikan harga bahan api dan salah satu barang kawalan itu tidak akan membebankan rakyat. Namun, beliau berharap peniaga tidak harus mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang-barang yang berkaitan. "Pengurangan subsidi bukan saja mengurangkan beban kerajaan tetapi turut mengelakkan penyeludupan." "Walau pun harga gula dinaikkan tetapi di Thailand gula berharga RM2.60, harga kita RM1.90 dan ia masih ada perbezaan. Singapura pula RM3.70... masih ada jarak yang besar antara dua negara ini." Beliau berharap rakyat melihat penyelarasan ini dalam sudut yang positif. "Pengurangan subsidi adalah sebahagian daripada pengurusan perbendaharaan negara," katanya. Ketika mengulas status permohonan AirAsia untuk mendapatkan laluan ke Sydney, Kong berkata "kementeriannya akan memberikan pertimbangan penuh terhadap syarikat penerbangan itu." AirAsia dilaporkan masih berusaha untuk mendapatkan laluan itu selepas gagal pada percubaan pertama Jun lalu. ~Bernama~ |
| Naikkan kain rentang protes kenaikan Posted: 16 Jul 2010 03:05 AM PDT PAS menyeru semua jentera penerangannya menaikkan kain rentang di pelusuk kampung sebagai tanda protes kenaikan harga barangan mengejut tengah malam tadi. Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, tindakan itu juga bagi menyedarkan rakyat betapa 'prihatinya' pemimpin Umno kepada rakyat. " Slogan "Terima kasih kepada kerajaan BN yang menaikkan harga minyak dan gula, "Bahagianya Rakyat Tanpamu BN" hendaklah dinaikkan untuk menanamkan kesedaran sivik dan politik di negara ini," katanya dalam satu kenyataan. Selain itu beliau turut menyeru kerajaan Umno BN agar menyerahkan kuasa secara terhormat kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara dengan lebih baik. Pakatan Rakayat di beberapa negeri yang dikuasai katanya, telah menunjukkan kebolehan menjaga rakyat dengan lebih baik berbanding kerajaan Umno. "Contohnya Kedah yang terpaksa memikul bebanan hutang dan pembaziran di zaman Umno 52 tahun hampir RM3 bilion, masih mampu urus tadbir dengan baik, begitu juga dengan Kelantan yang berjaya mentadbir selama 20 tahun. "Ketika Kerajaan BN yang hampir lumpuh dari segi kewangan untuk mentadbir negara, tiba-tiba kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mencari berbagai idea untuk mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat seperti percuma, tusyen percuma, skim Kifalah, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), manaka BN pula merancang bagaimana hendak naik tarif air, tol, eletrik," katanya lagi. Semalam, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen menjadikan harga petrol Ron 95 RM1.85 sen dan gula sebanyak 25 sen menjadi RM 1.90 sen. Menurut Idris lagi, Pas merasa pelik dengan pengumuman dibuat Najib, sedangkan beliau dengan rasa bangga sebelum ini menyatakan pertumbuhan ekonomi sebanyak 10.1 peratus dalam suku pertama 2010, pencapain terbaik dalam dekad ini. "Sepatutnya sebagai kerajaan, ia perlu memikirkan bagaimana hendak menyenangkan rakyat di bawah jagaan mereka, sebaliknya kerajaan hari ini membebankan rakyat. "Nampaknya kerajaan BN kontang idea untuk membaiki taraf hidup rakyat, yang mereka fikir naik harga barang dan sama ekor," katanya. Tambahnya perkara ini dapat dielak jika kerajaan pada hari ini mengatasi masalah rasuah dan kroni. ~harakah~ |
| KERAjaan BN Tidak Perihatin Dan Bertanggungjawab Posted: 15 Jul 2010 11:48 PM PDT Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.Dato' Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya. Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan. Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan. Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional. Sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional. Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri. Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta. Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera. Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU). Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan. Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga. Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat. Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat. Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat. Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku. Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata. Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam. Oleh itu, saya menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi: 1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat; 2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat; 3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting 4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara. Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara. Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM Ketua Pembangkang Malaysia |
| Posted: 15 Jul 2010 11:43 PM PDT Saya selalu menerangkan kepada rakan-rakan di IDEAS yang kuat mendokong dasar Pasaran Bebas bahawa sebagai sebuah negara transisi - dari membangun ke maju (dan tidak mustahil bankrap!), dasar dan pendekatan yang diambil bukan mudah.Kerajaan Malaysia hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 5 sen. Kenaikan ini sebenarnya telah dijangka berikutan pengumuman Dato' Seri Idris Jala berkenaan kedudukan ekonomi negara. Ramai pihak mempertikaikan kenyataan beliau meskipun secara ekonominya, saya fikir pandangan beliau itu ada kebenaran. Mereka yang menolak pandangan beliau sebenarnya lebih terdorong mempertikai kaedah penyelesaian yang ditawarkan iaitu menghapuskan subsidi, atau dalam bahasa lembutnya merasionalkan subsidi. Dalam bahasa lain, sebahagian mungkin melihat 'keistimewaan' mereka bakal digugat. Secara ekonominya, saya boleh memahami pendekatan ini. Tetapi, saya juga yakin akan berlaku kerencatan pasaran (market distortion). Di sinilah cabaran sebuah negara transisi. Secara politiknya, saya fikir penghujahan rakyat ada kebenarannya tersendiri. Ya, tentu saja sebuah negara yang kaya dengan 'emas hitam' ini perlu menyampaikan kepada rakyat tentang 'rasional ketidaksampaian' hasil ini. Saya tahu bahawa kerajaan kini berdepan dengan situasi di mana mereka mahu sedaya upaya kekal dipilih sebagai kerajaan tetapi pada masa yang sama tidak sedia berdepan dengan risiko kebankrapan negara. Cuma anehnya, ramai yang menafikan betapa bobrok-nya masyarakat kita dalam hal rasuah yang mendarah-daging. Saya berharap mereka sedar bahawa 'kesaktian' jeritan Hidup Melayu tidak menyelesaikan masalah. ~becok~ |
| Terima Kasih Kepada PM 1Malaysia Posted: 15 Jul 2010 11:34 PM PDT ~Kamarudin Sidek~ Satu berita malang bagi rakyat Malaysia apabila PM dengan bangganya mengisytiharkan kenaikan minyak petrol, diesel, gas dan gula. Sebelum ini beliau kata : sebelum kerajaan ambil apa - apa keputusan, kita akan dengar dulu pandangan pelbagai pihak termasuk rakyat.Soalannya apa keputusan pandangan daripada pelbagai pihak? adakah mereka setuju dengan kenaikan ini? atau mereka ada beri cadangan lain? Saya lihat keputusan ini datang daripada sebelah pihak aja, bahkan tak dibincangkan pun dulu dalam persidangan parlimen. Rakyat rata - rata tak setuju, walau apa pun alasan yang Najib berikan. Bebanan semua lapisan rakyat akan terasa kecuali ahli Umno mungkin mereka tak makan gula tapi makan pasir. Mana mungkin rakyat nak bersetuju harga barang keperluan harian naik, tapi gaji dan elaun kakitangan kerajaan dan swasta tidak berganjak masih ditakuk lama. Najib cuba nak perbodohkan rakyat dengan kenaikan hanya 5 sen sahaja. Sepatutnya beri tahu pada kita berapa duit kita habis setiap bulan dan tahun hasil tindakan kerajaan satu Malaysia. Apa cerita kerajaan dah tak nak beri subsidi lagi kepada rakyat? Buat apa jadi bapa lagi, kalau tak sanggup beri makan pada anak. Sebenarnya saya nak beri tahu anda, kerajaan BN dah tak mampu lagi nak uruskan negara Malaysia. |
| Apakah Nasib Suara Keadilan Dan Roket? Posted: 15 Jul 2010 11:32 PM PDT Setelah berjaya memperbaharui permit penerbitannya, akhbar rasmi PAS Harakah berharap dua lagi akhbar pembangkang Suara Keadilan dan Roket mendapat peluang yang sama. Pengerusi Jemaah Pengarah Harakah Datuk Mustafa Ali berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memperbaharuinya kerana ia hak yang dijamin dalam sebuah negara demokrasi. "Ia bagi menggambarkan wujudnya kekebasan media di negara ini," katanya yang juga setiausaha agung PAS. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat parti Islam itu di ibu negara, Mustafa juga memberikan jaminan pihaknya akan mematuhi amaran keras yang dikeluarkan KDN kepada mereka. Pengerusi Jemaah Pengarah Harakah, Datuk Mustafa Ali berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mempertimbangkan untuk memperbaharui permit dua lagi akhbar Pakatan Rakyat, Suara Keadilan dan Roket. Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut hari ini, Mustafa berkata, KDN wajar memperbaharuinya bagi membuktikan wujud kebebasan media di negara ini seperti yang didakwa kerajaan. "Saya mengharapkan juga pertimbangan yang sama diberikan kepada akhbar Suara Keadilan, Roket dan akhbar lain yang boleh menggambarkan wujudnya kebebasan media dalam negara kita. "Di samping saya sambut baik, saya mengharapkan juga supaya pertimbangan itu dapat dibuat," katanya sambil mengesahkan menerima surat pembaharuan permit darip-ada pihak KDN semalam. Setiausaha agung PAS itu juga berkata, tidak timbul soal Harakah tidak mematuhi arahan menjual akhbar itu kepada bukan ahli parti kerana sejak dahulu lagi, memang ianya dijual kepada ahli malah di muka hadapan akhbar juga dicetak 'untuk ahli sahaja' pada setiap keluaran. "Memang pun kita jual kepada ahli. Sepanjang masa kita jawab surat KDN, perkara itu memang dinyatakan. Harakah memang letak di muka hadapan untuk ahli sahaja. Kita pun ada berbincang dengan pengedar, dan pengedar pun beranggapan ia dijual kepada ahli Pas. tapi untuk nak kenal pembeli itu ahli PAS atau tidak, payahlah," jelasnya. Mustafa juga memberi jaminan bahawa mereka akan memberi kerjasama penuh kepada KDN. "Kalau KDN lihat ada perkara yang perlu kita beri penjelasan, kita bersedia.Memang kita beri kerjasama sepenuhnya," katanya. Sehubungan itu beliau memberitahu, Harakah akan diterbitkan seperti biasa bermula edisi Isnin ini. "Kita tertinggal satu keluaran minggu ini, tapi bermula edisi isnin akan diteruskan dua kali seminggu seperti biasa," katanya. Minggu lepas, sehari selepas lidah rasmi PKR, Suara Keadilan gagal memperbaharui permit, Harakah turut menerima nasib yang sama diikuti dengan lidah rasmi DAP, Roket. Bagaimanapun, setelah pengarah urusan Harakah, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Mustafa bertemu dengan pihak KDN dan menyatakan surat tunjuk sebab, permitnya disambung kembali semalam. Suara Keadilan dan Roket pula masih menunggu jawapan daripada pihak KDN. |
| UMNO Menyibuk Nak Kerjasama Dengan PAS Posted: 15 Jul 2010 11:29 PM PDT PAS sekali lagi mengulangi kesetiaannya kepada Pakatan Rakyat dengan menolak perbincangan dengan parti lawannya Umno. Bagaimanapun, perbincangan antara "G to G" (kerajaan dengan kerajaan) masih boleh diteruskan bagi kepentingan masyarakat dan umat Islam keseluruhannya."Kalau G to G, tidak menjadi masalah kerana kita (Malaysia) mengamalkan konsep federalisme," kata setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali. "Pendekatan politik politik tetap bersama dengan Pakatan. Kamu boleh buat andaian (pendirian kami)" Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS sejak ditubuhkan pada 1951 tidak pernah meminta pertolongan Umno, tetapi sebaliknya Umno sentiasa sibuk meminta pertolongan dari PAS. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas dakwaan Umno kini berada dalam keadaan lemah dan kritikal terutama dalam usaha meraih undi Melayu dan sokongan bukan Islam menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) sehingga terpaksa mempelawa PAS menyertai Umno walau pun pada satu pihak menuduh PAS sesat. "Kelemahan yang berlaku dalam Umno kini adalah masalah dalaman parti itu, tetapi kenapa dicampur dengan PAS. Kalau dia lemah, maka lemahlah, itu kelemahan dia. "PAS ni sejak diwujudkan pada 1951 lagi tidak pernah meminta pertolongan Umno (tetapi sebaliknya), Umno duk sibuk nak minta tolong dengan PAS," katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi ini. Ditanya mengenai penafian Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa tercetus semula isu usaha kerjasama Umno dan PAS menunjukkan Umno kini berada dalam keadaan terlalu lemah sehingga terpaksa menjalin kerjasama dengan PAS, beliau berkata, "itu terserah kepada dia". Bagaimana pun beliau memberi kesanggupan untuk berjumpa dengan Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mana-mana platform termasuk di luar Kelantan sekiranya beliau berada dalam keadaan sihat. "Tetapi kalau perjumpaan itu hendak runding PAS dengan Umno, tidak ada sama sekali. "Saya bagi tahu dah, kalau hendak berjumpa dengan saya hendak berunding persoalan PAS dengan Umno, tidak boleh sama sekali. Ini kerana barang yang sudah pun selesai. Sepuluh tahun lalu, dah selesai. "Itu keputusan parti, bukan keputusan saya, tetapi kalau hendak berunding benda lain, petroleum atau masalah apa saja, boleh," katanya. Beliau mengulangi bahawa isu 'perpaduan Islam' tidak boleh dirundingkan, terutama apabila Umno menolak Islam dan mengambil 'kebangsaan'. Oleh itu, tegasnya, Umno perlu menukar 'kebangsaan' itu kepada 'Islam' dan akan boleh menyesaikan persoalan tanpa rundingan. "Islam adalah 'pasport' untuk ke syurga, 'Melayu' tidak boleh ke syurga. "Usahkan Melayu, bahkan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. sendiri, Abu Lahab, seperti firman Allah (dalam Surah Al-Masad, ayat 1-6) binasa. "Sedangkan Abu Lahab itu bapa saudara Nabi sendiri, orang Arab dan baka Quraisy, tok syed, tetapi rekod nama dia digazet dalam Al-Quran sebagai ahli neraka. Oleh itu, usahkan Melayu, bangsa Arab pun tidak boleh," katanya. |
| Protes rancang turun ke jalan raya Posted: 15 Jul 2010 11:28 PM PDT Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) tidak menolak kemungkinan akan mengajak rakyat ke turun ke jalan raya ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) mulai tengah malam tadi.Penyelaras Protes, Dr. Mohd Hatta Ramli ketika memberitahu perkara itu berkata, tindakan itu bagaimanapun hanya akan diputuskan pada meyuarat Protes yang dijadualkan Ahad ini. "Kita tidak menolak kemungkinan turun ke jalan raya dalam masa terdekat. Pengalaman kita yang lepas bila rakyat tunjukkan kemarahan, baru kerajaan sedar dan akur dengan kesusahan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai ketika dihubungi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen manakala RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik. Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram. Menurut Najib, dengan kenaikan yang didakwa sebagai 'penyelarasan harga' tersebut, kerajaan dijangka dapat menjimatkan RM750 juta perbelanjaan negara tahun ini. Namun bagi Protes, strategi kerajaan itu akan terus membebankan rakyat biarpun kerajaan mendakwa kenaikan itu kecil dan tidak membebankan. Menurut Hatta lagi, kenaikan tersebut mencerminkan bahawa senario ekonomi negara gagal dipulihkan seperti yang dicanangkan Najib melalui Dasar Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) sebelum ini. "Kononnya akan tumbuh 6 peratus, tetapi kenaikan ini tentunya memberi jawapan sebaliknya," ujar beliau yang juga Bendahari PAS Pusat. Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara dengan tidak mengutamakan kepentingan rakyat. "RM570 juta (subsidi) mahu diselamatkan, sedangkan kerajaan sanggup berpelanja lebih 800 juta untuk buat istana negara yang baru," ujarnya lagi sambil menganggap bahawa fizikal istana negara yang sedia ada masih dalam keadaan baik. Sehubungan itu, katanya lagi, tindakan yang dianggap bijak oleh Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I itu bakal meninggalkan kesan berantai pada rakyat. "Najib mungkin anggap langkah itu bijak dan menguntungkan kerajaan, sedangkan kenaikan harga barang-barang ini sudah tentu memberi kesan berantai (seperti) inflasi dan kos hidup melambong naik," tegasnya lagi. Mengulas dakwaan kerajaan bahawa pemotongan subsidi ini bagi menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia, Hatta berkata ianya sangat tidak wajar kerana Klinik 1Malaysia bersifat program politik Umno BN. Semalam, Najib di depan perwakilan Umno Kedah menegaskan bahawa kenaikan harga barang-barang keperluan rakyat itu sebagai langkah mengurangkan subsidi yang selama ini ditanggung kerajaan. Namun, beliau tidak pula menjelaskan langkah proaktif kerajaan dalam menangani isu rasuah, ketirisan serta pembaziran dalam urus tadbir kewangan negara yang sebelum ini dipercayai umum lebih besar dari angka RM570 juta subsidi yang telahpun dirampas balik daripada rakyat. ~harakah~ |
| Penjimatan subsidi gula untuk bayaran APCO? Posted: 15 Jul 2010 11:25 PM PDT Kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Di mana letaknya maruah seorang perdana menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau. "Sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, kesan berganda daripada kenaikan harga tersebut akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75 peratus adalah bumiputra yang kononnya dibela oleh BN, kata Anwar yang juga ketua umum PKR dalam satu kenyataan hari ini. "Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. "Pengumuman ini membuktikan perdana menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia. "Dato' Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari BN, tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya," tegas Anwar dalam satu kenyataan hari ini. Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh perdana menteri dalam satu kenyataan malam tadi, yang menurutnya merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai hari ini. Mulai hari ini, petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal. Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram. Menurut Anwar, kerajaan persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. "Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan. "Kenaikan harga gula sebanyak 28 peratus ejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan," tambahnya. Malah, tegas Anwar, sasaran penjimatan RM750 juta yang diumumkan pejabat perdana menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian BN. "Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 bilion pada 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi 2010. Ini termasuklah perbelanjaan sekretariat mantan perdana menteri dan sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri perdana penteri. "Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta. "Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera," tambahnya. Pun begitu, katanya, beliau tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75 peratus di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan. "Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga. "Saya menuntut supaya perdana menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat. "Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat," tegas Anwar lagi. Sebelum ini pun, tambahnya, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Bagaimanapun, tegas Anwar, tindakan itu sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat. "Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8 peratus berbanding 3.2 peratus bagi tahun sebelum itu. "Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku," tegasnya. Sebab itulah, kata Anwar, beliau telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi lahnegara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata. Perdana menteri, tegasnya, tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam. Berikutan itu, Anwar menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh perdana menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi: 1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat; 2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat; 3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting; 4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara. "Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan perdana menteri jika benar BN ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara. "Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni," tegas Anwar. ~MK~ |
| Posted: 15 Jul 2010 07:44 PM PDT Ahhh! 5 sen jer. Takkan itu pun nak riuh! Pasir yang diorang curi kat Selangor tu lagi banyak. Entah berapa juta diorang dah ambik. Nak bising-bising pasal minyak naik 5 sen? Bersyukurlahhh... Kat Singapore, Hong Kong, Taiwan, Thailand petrol lagi mahal ooo. Korang ingat sesaje kerajaan membazir duit yang kita bayar tuh? Cuba tengok keliling korang, Jalanraya, highway, sekolah, hospital, lapangan terbang Korang tau tak, Jambatan Pulau Pinang tu yang terpanjang kat Asia. KLCC tu...menara berkembar tertinggi di dunia! Kat Bangladesh, Zimbabwe, Sudan ada tak benda-benda macam ni? Tak jumpa beb! Tu pun korang nak bising-bising. Berkorbanlah sikit, apa salahnya. Apa korang tak sayang kan negara ke? Hahhh! Apa? Tak patriotik langsung! Negara kita nak bankrap lagi 9 tahun beb, Inilah masanya nak tolong negara kita. Inilah masanya kita buktikan semangat patriotik kita. Bila lagi nak berkorban untuk negara? Jangan kata nak lawan Israel Berdemo depan US Embassy pun hang pa tak berani, Takkan petrol naik 5 sen hang pa nak riuh!!! Sudah la beb Cuba la fikir secara rasional. Guna la otak kepala lutut tu sikit Hat mana-mana yang selalu membazir tu jimatkan la sikit Tak payah makan ikan kembong, ikan bilis pun ada. Kalu makan 2 kali sehari Cuba tukar diet tu. Makan 2 hari sekali. Ishhh, tak pernah aku dengar orang mati tak makan 2 hari sekali Makan nasi, kandungan gulanya banyak, Elok sangat la kerajaan naikkan harga gula Apa orang kata. Kurangkan manis dalam minuman, Lebihkan manis dalam senyuman, gitu la lebih kurang. Ehhh...ehhh! Dah terlambat nihhh! Kul 12 nanti harga minyak naik 5 sen. Diorang dah beratur panjang kat stesyen minyak nih Nak isi minyak penuh-penuh Nanti boleh la tahan sampai tahun depan! Banyak save tu beb Sehari 5 sen, Kalu setahun dah berapa? Ok jumpa lagi. Aku chow dulu Assalamu'alaikum! ~teratai liar~ |
| Isu Felda Nyawa UBN sampai ke Leher Posted: 15 Jul 2010 07:42 PM PDT Melihat kepada soal budaya politik di Malaysia ini yang sudah memungkinkan ia dilihat jelas dengan budaya dan juga bentuk percanggahan hebat antara kebanyakan parti yang ada. Namun aku suka berbicara soal negara yang semakin menimbulkan persoalan dari segala segi contohnya soal sekatan media keatas media-media altenatif milik Pakatan Rakyat yang dinafikan ruangnya unuk berbicara soal negara dan UBN kepada Umum. Melihat isu felda sebagai satu dari bentuk penolakan orang melayu kepada UBN maka cepat-cepat sahaja KDN melalukan tugasnya dan menjalankan tanggungjawabnya kepada Najib Tun Razak. Mungkin umum perlu tahu soal ekonomi negara itu paling jelas peranannya itu digalas oleh institusi Felda dan juga Petronas namun apabila kepincangan kedua-duanya itu didedahkan maka terkejut beruklah kerajaan yang ada apabila ia kini dipandang sebagai ancaman kepada mereka. Semalan saya berada lama di Felda Lakum Lanchang bersama penduduk Felda dan juga Hero Felda masa kini Sdr Mazlan Aliman bagi menyampaikan penerangan dan juga penjelasan isu felda dan semasa kepada rakyat disana. Dari rata-rata penduduk yang ditemui semuanya telah pun bertindak untuk tidak menggunakan pihak pengurusan felda bagi mengendalikan kebun mereka namun mereka itu mengendalikannya sendiri dan hasilnya dari apa yang diberitahu dari segi ekonomi mereka pengusahaan sendiri itu lebih baik dan membantu dari menyerahkannya kepada Pengurusan Felda. Jika diuruskan pihak felda setiap bulan mereka hanya diberikan rm1500.00 sebulan tanpa kenaikan dan itu jelas dilihat satu penyelewengan terhadap hasil pemiliknya. Dari soal pengurus Felda itu saya ingin nyatakan bahawa mereka itu hanya kuli yang menumpang hasil pemilik tanah namun beraksi jaguh yang kononnya memperlihatkan mereka sebagai tuan sedangkan mereka itu harus disedarkan perananya. Oleh itu kepada rakyat jangan takut bersuara demi untuk kebaikan bersama jangan takut untuk bangun menentang kerana ia hak kita dan jangan takut wahai generasi muda untuk berjuang kerana kamu penentunya. Isu felda itu akan terus diperjelaskan kerana ia Hak Rakyat yang ada. ~sya~ |
| Pembangkang diikat, BN tumbuk perut Posted: 15 Jul 2010 07:38 PM PDT Suasana sekarang bolehlah diibaratkan pembangkang diikat tangan dan kaki serta mulut ditutup sedangkan Barisan Nasional (BN) dan Umno melakukan tumbukan bertubu-tubi ke perut, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man. Baginya, situasi itu menggambarkan Umno dan BN bacul kerana tidak berani berhadapan dengan pembangkang yang tidak menyambung permit penerbitan akhbar milik PAS, PKR dan DAP. "Adakah patut pembangkang diikat tangan, kaki dan mulut ditutup, Umno dan BN pula melakukan tumbukan bertubi-tubi. Cara ini penakut dan dayus, bukan cara berani beradu tenaga di medan demokrasi," ujarnya ketika dihubungi. Kata beliau, Umno dan BN sepatutnya tidak gusar berhadapan dengan pembangkang yang bergabung atas nama Pakatan Rakyat melalui media atau penerbitan mereka tetapi harus bertemu bagi menentukan siapa yang kuat dan diterima rakyat. Katanya, kaedah yang dilaksanakan BN itu sebenarnya boleh menimbulkan kemarahan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti kerana menghalang rakyat daripada menerima maklumat yang jelas dan benar. "Rakyat sekarang sudah matang berpolitik, mereka tidak mahu lagi dikongkong untuk mendapatkan maklumat sebenar. Justeru itu, BN harus sedar dan membenarkan kembali ketiga-tiga suara pembangkang beroperasi kembali," jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir. Bagi beliau, BN tergugat sekarang ini sehingga sanggup mengambil sikap menyekat kebebasan media yang sedang mendapat perhatian rakyat yang cintakan kebenaran. "Tidak mustahil Kerajaan BN akan menghalang kegiatan ceramah pembangkang sebab media pembangkang bergantung pada ceramah yang disampaikan oleh pemidato hebat berbanding BN dan Umno yang hanya berkokok dari jauh," ujarnya lagi. Baru-baru ini, Suara Keadilan (milik PKR), Harakah (PAS) dan Roket (DAP) diberi surat tunjuk sebab oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan masih tidak diberikan permit. Sehubungan itu, pimpinan Pakatan Rakyat semalam memutuskan untuk menangguhkan sementara penerbitan akhbar berkenaan bagi mendapatkan penjelasan daripada menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien. |
| Posted: 15 Jul 2010 07:37 PM PDT "Apa punya kerajaan, terlalu berkira dan sanggup rampas 5 sen dengan curi dari poket rakyat," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Kecaman demikian itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran pengumuman menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 5 sen bermula tengah malam tadi. Selain mengecam kenaikan harga minyak, beliau turut menjelaskan bahawa langkah menaikkan harga lima hingga enam barang keperluan asasi yang lain bukanlah langkah mengurangkan subsidi. Sebaliknya, langkah tersebut menurut beliau, patut dilihat sebagai tindakan kerajaan menaikkan harga barang serta membebankan rakyat. "Jangan terkeliru dengan pembohongan Najib kononnya kerajaan kurang subsidi, sebenarnya kerajaan naikkan harga barang-barang ini. "Naik harga maknanya naik kos sara hidup, naik kos sara hidup maknanya membebankan rakyat," tegasnya lagi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menganggap Najib menghina rakyat dan institusi rakyat, iaitu Parlimen kerana Najib membuat pengumuman sejurus selesai sesi parlimen, petang semalam. "Elok-elok selesai sesi Dewan Rakyat, baru dia (Najib) buat pengumuman tanpa membawa isu kenaikan ini dalam dewan. "Dia hina rakyat, dia hina wakil-wakil rakyat, dia hina Parlimen, dia bohong kita semua kononnya dia sudah mendapat maklum balas positif tentang kenaikan ini," ujarnya lagi sambil mencabar Najib menjelaskan inti maklum balas sebenar rakyat seperti yang diumumkan semalam. Beliau turut mempertikai alasan Najib kononnya kerajaan berjaya menjimatkan RM750 juta tahun ini dengan kenaikan beberapa bahan keperluan itu. "Kalau RM750 juta itu satu langkah penjimatan, kenapa rakyat ditimpa rugi dari impak kenaikan harga barang-barang ini. "Najib suruh rakyat berjimat cermat, sedangkan kerajaan sendiri masih laksanakan tender langsung, melalui Perimekar dapat komisyen RM570 juta beli Scorpene," jelas beliau lagi. Sementara itu, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar mencabar Pemuda Umno Malaysia untuk menyatakan protes berhubung isu yang membabitkan kepentingan rakyat itu. "Kenaikan-kenaikan ini umumnya lebih kurang RM4 sebab semua barang terbabit digunakan kita semua, Pemuda Umno bersukaria atau sedia terima cabaran menentang Najib. "Pemuda PAS jelas menentang ini semua, pemuda Umno takkan sokong langkah bodoh ini," ujar beliau ketika menghubungi Harakahdaily. Dengan kenaikan beberapa harga barangan keperluan itu, katanya lagi, wajar menjadi motivasi kepada anak muda untuk giat mendaftar diri sebagai pengundi. Dengan berbuat demikian, tambahnya lagi, mempu mengukuhkan sokongan rakyat menolak BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi. "Sokongan yang ada pun Umno takut, kena cepat-cepat daftar (pengundi) supaya kita makin kukuh untuk tolak kabinet Najib nanti," ujarnya lagi. ~harakah~ |
| Posted: 15 Jul 2010 03:48 PM PDT Harga bagi teh tarik - minuman paling popular di Malaysia, sepatutnya hanya naik 1.25 sen segelas berikutan pengurangan subsidi harga gula sebanyak 25 sen. Harga baru teh tarik itu mengambil kira kesan pengurangan subsidi minyak dan pelarasan harga semasa iaitu RM1.0155. "Ini adalah anggaran sahaja - perubahan harga mungkin berbeza berdasarkan faktor lain," kata kenyataan mengenai rasionalisasi subsidi Jabatan Perdana Menteri. Kenyataan itu berkata kesan pengurangan subsidi terhadap teh tarik ialah RM0.0030, manakala untuk barangan lain ia lebih rendah, seperti RM0.0024 untuk sekeping roti canai, RM0.0060 untuk beras, RM0.0630 untuk daging dan RM0.0105 untuk mi goreng. Kerajaan hari ini mengumumkan subsidi untuk petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat berkuatkuasa esok. Subsidi untuk petrol RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak lima sen seliter dan LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram. Ini bermakna harga bagi petrol RON 95 ialah RM1.85 seliter manakala LPG akan dijual pada harga RM1.85 sekilogram. Untuk gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram. Kenyataan itu turut memberi perbandingan harga minyak di rantau ini yang menunjukkan harga petrol di Malaysia adalah paling murah, iaitu RM1.85 untuk RON95 berbanding Thailand (RM4.12), Indonesia (RM2.48) dan Filipina (RM6.60). Harga baru gula di Malaysia iaitu RM1.90 juga adalah jauh lebih murah dari Thailand RM2.60, Indonesia (RM3.68) dan Filipina (RM3.46). Harga gula yang murah di Malaysia itu telah menyumbang kepada peningkatan masalah penyeludupan. Pihak berkuasa merampas lebih 200 metrik tan gula dalam 109 tangkapan berhubung kes penyeludupan pada 2009, dan pada 2008, dianggarkan RM628 juta minyak diesel subsidi untuk nelayan, dinikmati rakyat asing. ~Bernama~ |
| KERAjaan BN Jimat Atau Tak Ada Duit? Posted: 15 Jul 2010 06:23 AM PDT Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan kabinet mengenai harga bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. Sejak mengambil alih teraju kepimpinan negara pada tahun lepas, kerajaan di bawah pimpinan saya telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi. Kita telah membuka sektor-sektor penting dalam ekonomi untuk pelabur asing, menyediakan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif, mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 24 bilion, mengurangkan pembaziran dan menangani ketidakcekapan. Hasilnya, kita dapat melihat kebangkitan ekonomi dengan pertumbuhan sebanyak 10.1% dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik kita dalam dekad ini. Ketika mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-10, saya telah mengatakan bahawa matlamat negara bukanlah semata-mata untuk mengeluarkan kita dari krisis ekonomi. Cita-cita kita untuk negara dan masyarakat adalah lebih tinggi dari itu. Kita ingin menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing untuk meningkatkan kesejahteraan kerana rakyat. Model Baru Ekonomi (MBE) memperuntukkan cadangan untuk melabur dan mengembangkan sektor strategik yang penting, mengemas kini infrastruktur dan mewujudkan peluang pelaburan bagi sektor swasta yang bertujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar. Namun begitu, pertumbuhan sahaja tidak akan membantu kita mencapai matlamat MBE. Kerajaan telah menyatakan bahawa kita mesti mengkaji semula pemberian subsidi bagi mengelak herotan dalam dagangan. Ia bagi memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang layak dan membolehkan lebih banyak hasil negara digunakan untuk pelaburan yang akan memberikan faedah jangka panjang bagi keseluruhan rakyat. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. [tm1] Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini. Keputusan untuk menyelaraskan harga minyak dan gula ini khususnya diasaskan daripada tiga perkara penting: a. Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah. b. Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini. c. Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat. 7. Ini adalah sebahagian dari sebab kenapa kerajaan memilih untuk menyelaraskan semula harga gula dan bahan bakar. Sebaliknya, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan. Ini adalah bidang perkara yang penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan. 8. Keputusan untuk menyemak semula pemberian subsidi ini dibuat bersama rakyat melalui aktiviti yang dijalankan di bawah Program Rasionalisasi Subsidi. Kerajaan telah mengadakan proses perundingan dengan rakyat sebelum membuat keputusan ini. Tidak lagi hanya dengan pembuat dasar di Putrajaya, tetapi beribu-ribu rakyat Malaysia melalui Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi, undian on-line, undian pesanan ringkas dan borang maklum balas menyatakan sokongan bagi menyemak semula pemberian subsidi secara berperingkat. 9. Berdasarkan proses ini, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak 5 sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram. 10. Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini masih lagi yang paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini. 11. Selain itu, penyelarasan harga barang ini akan menyumbang kepada usaha kita untuk mengukuhkan urusan kewangan kerajaan iaitu mengurangkan defisit kewangan negara. Ia membolehkan kita menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor yang lebih penting seperti pendidikan dan kesihatan. Ini termasuklah pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa semua pelajar yang mendapat 9A+ dan pelajar miskin yang layak mendapat biasiswa dan meningkatkan perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan seperti Klinik 1Malaysia, termasuk klinik bergerak 1Malaysia. Selain itu, kerajaan akan meneruskan Projek Penyeragaman Harga Barang Perlu di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban rakyat luar bandar. 12. Sebenarnya, penyelarasan harga bahan api dan gula ini adalah yang paling minima berbanding dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi di antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara. ~MK~ |
| 5 Dalam 1 Naik Tengah Malam Ini Posted: 15 Jul 2010 06:21 AM PDT Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini. Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian. Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini. Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini. Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok. Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010. Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini. Berikut adalah harga baru: •Petrol RON 95 - RM1.85 seliter. •Diesel - RM1.75 seliter. •Gula - RM1.70 sekilogram •Gas LPG - RM1.85 sekilogram Berikut adalah harga baru gas: •Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40) •Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20) •Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00) Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara. Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini. Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat. Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat. Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman. Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong. ~MK~ |
| MB Selangor perlu setahun selesaikan isu pasir Posted: 15 Jul 2010 06:20 AM PDT Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengganggarkan kerajaan negeri masih memerlukan kira-kira setahun lagi bagi menyelesaikan masalah kecurian pasir di negara itu kerana aktiviti haram itu telah lama berlaku. "Saya tidak rasa isu ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan. "Barangkali setahun lagi (baru selesai)," katanya ketika menyentuh jawapan kerajaan pusat yang menyerahkan isu tersebut kepada pihak negeri bagi menyelesaikannya. Semalam, Selangor menghantar surat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon kerjasama timbalan perdana menteri itu dalam menangani isu kecurian pasir di negeri itu. Khalid memberitahu, dalam surat itu, beliau menjelaskan isu kecurian pasir di Selangor dan menjemput Muhyidin dan agensi kerajaan persekutuan untuk sama-sama memerangi jenayah itu. Muhyiddin hari ini bagaimanapun diilaporkan berkata kerajaan Selangor seharusnya menggunakan kebijaksanaan sendiri dalam menangani isu itu kerana ia terletak bawah bidang kuasa mereka. Dalam sidang media selepas persidangan DUN Selangor ditangguhkah petang ini, Khalid berkata ekoran jawapan Muhyidin itu, pihaknya tiada pilihan lain selain daripada bekerja keras menyelesaikan masalah yang berbangkit itu. Tiru pembangunan The Mines Menurut Khalid, bagi tujuan itu beliau antaranya akan menubuhkan pasukan kajian bagi menyelesaikan masalah itu secara menyeluruh, bukan membuat tangkapan semata-mata. Beliau memberikan contoh The Mines Resort di Serdang yang merupakan bekas kawasan perlombongan yang kini dibangunkan dengan baik. "Pasir dapat, pembangunan pun dapat," katanya lagi. Khalid juga menjemput Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud bagi membentangkan cadangan kerajaan negeri bagi mengawal aktiviti pengeluaran pasir secara haram. Manurut Ramli, dalam membanteras aktiviti itu, kerajaan negeri menjalankan beberapa aktiviti penguatkuasaan termasuk merampas 27 jengkaut dan 33 lori pasir sejak tahun lalu. Manakala 11 lot tanah persendirian yang terlibat dalam aktiviti tersebut telah dirampas. Antaranya, terdapat tanah bernilai tinggi sebanyak RM4 juta untuk satu lot, jelas Ramli. ~MK~ |
| PERKASA Nak Tunjuk Hero Rakyat Posted: 15 Jul 2010 06:18 AM PDT Lebih 200 penyokong Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merempuh barisan polis di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam dalam demonstrasi membantah cara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mentadbir pengeluaran pasir negeri.Mereka meluru ke arah penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul di dalam kawasan bangunan pentadbiran itu. Polis bagaimanapun berjaya menenangkan keadaan dan memberikan masa 15 minit untuk masing-masing bersurai. Seorang lelaki ditangkap tetapi dilepaskan sejurus selepas itu. Anggota polis membentuk benteng manusia bagi memisahkan penyokong Umno dan kira-kira 50 anggota pasukan komunikasi kerajaan negeri yang menunggu untuk 'menyambut' mereka. Penyokong kedua belah pihak saling mengejek antara satu sama lain. "Umno rompak. Tangkap Toyo," jerit penyokong kerajaan negeri yang diketuai pengarah penerangan kerajaan Selangor, Badrul Amin Baharom. "PKR rasuah," jawab penyokong Umno.dan PERKASA. Diketuai Exco Pemuda Umno Lokman Nor Adam, mereka sebelum itu berkumpul kira-kira jam 10 pagi di Masjid Shah Alam, tidak jauh daripada situ sebelum berarak beramai-ramai ke bangunan SUK dengan memakai lencara bertulis "Selangor berlubang, selamatkan rakyat Selangor". Mereka juga membawa bendera Umno dan bendera Selangor dan pelbagai poster mengkritik pentadbiran hasil pasir melalui syarikat negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), antaranya"KSSB monopoli pasir", "Bila tak serupa cakap" dan "RM50 juta pasir mana dia." Sementara pada masa yang sama, kira-kira 50 penyokong Pakatan pula mula berkumpul di situ pada masa yang sama. Ketegangan antara kedua-dua pihak tamat apabila polis membenarkan exco Umno negeri Datuk Ismail Kijo dan Pengerusi PERKASA Selangor Abdullah Mansor menyerahkan memorandum di pintu pagar kepada seorang setiausaha menteri besar. Memorandum itu antaranya mendesak Khalid menarik balik kuasa monopoli KSSB dalam pengurusan pasir negeri, menamatkan perkhidmatan semua ahli lembaga pengarahnya dan menubuhkan jawatankuas bertindak bagi memulihkan lombong-lombong pasir negeri. ~MK~ |
| Anwar bakal hadapi cabaran dahsyat Posted: 15 Jul 2010 06:15 AM PDT Populariti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin bakal memaksa beliau menghadapi pelbagai cabaran yang lebih dahsyat, termasuk ancaman bunuh.Bagi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pemimpin tertentu Umno sanggup berbuat demikian memandangkan mereka sejak 12 tahun yang lalu beberapa kali sanggup memfitnah Anwar sebagai agen asing. "Saya tidak fikir Umno akan berhenti selepas 12 tahun menyerang Anwar, saya yakin pelbagai serangan yang lebih dasyat lagi mungkin akan menjerut leher Anwar. "Ada satu perkara hujung pada itu yang Umno masih tidak buat, dia belum tamatkan riwayat Anwar saja," ujar beliau petang tadi pada satu wawancara di lobi Parlimen. Sebelum pada itu, beliau berkata, Anwar pernah difitnah sebagai agen Libya sewaktu menjadi pemimpin mahasiswa kerana usahanya meniupkan ledakan kesedaran Islam mendapat perhatian dunia, termasuk Libya. Katanya lagi, Anwar sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah difitnah sebagai pengkhianat serta mengamalkan homoseksual dengan beberapa individu. Bertitik tolak pada sangkaan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Anwar akhirnya terpenjara enam tahun. Selepas dibebaskan, beliau berkata, Anwar difitnah lagi sebagai ejen Yahudi pula kerana beberapa peribadi tertentu yang berbangsa Yahudi berminat dengan usaha Anwar menentang rasuah dan meniupkan reformasi dalam negara. Menuduh Anwar sebagai 'ejen Israel' baru-baru ini, tambahnya lagi sudah cukup lengkap untuk pihak tertentu membunuh Anwar sebagaimana yang pernah terjadi di beberapa negara umat Islam sedunia. Dalam pada itu, beliau mempersoal keuntungan yang Umno nikmati dengan melakukan 'pembunuhan karektor' ke atas Anwar. "12 tahun dia dan PKR menjadi beg tinju Anwar, apakah Umno tidak belajar itu semua," soal beliau dalam nada yang kesal. Menurut beliau, 'pembunuhan karektor' yang menimpa Anwar itu kadang-kadang menguntungkan Ketua Umum PKR itu serta Pakatan Rakyat sendiri. "Serangan yang bertali arus ini adakah memberi kesan pada Anwar, saya fikir tidak," tegas beliau sambil menyuarakan rasa yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka berlangsung tidak lama lagi. Dari segi lain, dakwanya lagi, Umno seakan masih menghantui pemimpin tertentu dalam kerajaan menjelang pilihan raya umum depan. "Di sebalik mereka (kerajaan) telah fitnah dia, mereka telah penjara dia, tahan dia (di bawah ISA), dan sekarang ini dituduh pula agen CIA-Yahudi, nampaknya Anwar ini masih menakutkan beberapa pemimpin Umno. "Mereka bimbang dan panik dengan populariti yang ada pada Anwar," ujar beliau lagi. Pun begitu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat tidak terpengaruh oleh dakyah-dakyah tidak beretika yang dicipta oleh Umno. Ini kerana, beliau berkata, rakyat kian rasional dan tidak boleh menerima dakwaan tanpa asas seperti yang ditiupkan Umno dalam media-media arus perdana belakangan ini. "Untuk menjadi seorang 'ejen asing', seseorang itu dilatih tidak kurang 10 tahun, tetapi Anwar lebih hebat kerana lepas 'tapisan keselamatan', dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pernah memangku jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri). "Mustahil satu watak ini boleh menjadi pelbagai ejen beberapa negara asing," kata beliau sambil menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada satu temuramah lain, tidak menolak kemungkinan bahawa Umno bakal mengaitkan Anwar dengan kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu kelak. "Tak lama lagi, Anwar mungkin akan dituduh agen Mongolia atau pernah jadi tukang gaji Altantuya, ini kerana sebelum ini pun terlalu banyak dakwaan Umno menggelikan hati saya," beliau berseloroh di lobi Parlimen. Ini kerana, beliau berkata, kabinet Najib terpaksa berbuat demikian demi mengalih tumpuan rakyat dari terus mengikuti perbicaraan kes kapal selam Scorpene yang kini sedang memberi keterangan di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture, Perancis, semalam. "Polis Perancis yang sebut nama Najib, nama Rosmah Mansor (isteri Perdana Menteri) waktu siasat Bala, saksi utama skandal Scorpene, saksi utama kes bunuh gadis Mongolia," beliau menambah sambil tidak menolak kemungkinan yang dibangkitkan oleh Saifuddin sebelum ini. ~Harakah~ |
| Propaganda media jadi mainan pemimpin Umno Posted: 15 Jul 2010 06:15 AM PDT Sarjana barat mengakui media lebih gemar mencipta propaganda daripada menyatakan kebenaran. Dan lebih malang lagi apabila ada pemimpin mengulas berdasar laporan yang berasas propaganda. Terbaru dapat dilihat kenyataan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan kesanggupan berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika datang ke Kelantan hari ini. Sebaliknya media melaporkan perjumpaan itu bagi membincangkan apa-apa perkara termasuk perpaduan Melayu. Sedangkan Mursyidul Am PAS semalam sekadar menyebut hanya sedia bertemu tanpa menyatakan motif pertemuan dengan Muhyiddin. Begitu juga dengan laporan media cetak dan elektronik mengenai pencemaran sungai di Kampung Sungai Syam, Kuala Krai didakwa berpunca daripada penerokaan hutan pembangunan projek Ladang Rakyat. Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed ketika mengulas isu berkenaan dilaporkan berkata, penerokaan hutan untuk Ladang Rakyat di Hulu Kelantan (Sungai Syam) menjejaskan alam sekitar dan pendapatan penduduk setempat. Namun apa yang berlaku tiada projek Ladang Rakyat di sekitar 30 km daripada perkampungan tersebut. Projek Ladang Rakyat hanya terletak lebih 40 km di Hulu Temiang, di mana sekarang peringkat pembersihan hutan dengan mengeluarkan balak, tanpa melakukan kerja-kerja tanah. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, Ladang Rakyat tidak mempunyai projek di sekitar Sungai Syam seperti didakwa media baru-baru ini. "Tanah milik Ladang Rakyat terletak lebih 40 km daripada kampung terbabit. Sekarang peringkat mengeluarkan balak dan belum lagi dilakukan kerja-kerja tanah," katanya di sini. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, dakwaan sebuah stesen televisyen dan akhbar mengenai projek Ladang Rakyat di Sungai Syam tidak tepat kerana tanah milik perbadanan berkenaan tiada di kawasan terbabit. Katanya, beliau hairan bagaimana media dan pemimpin Umno boleh mengaitkan projek Ladang Rakyat yang dikatakan menjadi punca pencemaran sungai. "Boleh jadi tujuan mereka untuk memburukkan projek Ladang Rakyat yang kini memberi manfaat kepada penduduk miskin apabila menerima dividen RM200 sebulan. "Biar apa pun kerajaan negeri prihatin terhadap masalah dihadapi penduduk di Sungai Syam yang dikatakan terpaksa menggunakan air keruh pada musim hujan akibat pembangunan tanah dikendali pihak lain," katanya di sini. Bagaimanapun menurutnya setiap projek pembangunan yang diluluskan kerajaan negeri mengambil kira laporan penilaian alam sekitar (EIA) dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Katanya, kelulusan setiap projek pembangunan tanah dilakukan mengikut peraturan ditetapkan kerajaan termasuk mempunyai laporan EIA. Kata beliau pencemaran sungai yang berlaku mungkin ada syarikat lain tidak mematuhi sepenuhnya syarat selepas pembangunan tanah dilakukan. "Kemungkinan ada syarikat tidak menyediakan perangkap hakisan bagi mengelakkan tanah terhakis ke sungai ketika hujan. "Kita berharap JAS dan agensi penguatkuasa lain memainkan peranan bagi memantau mana-mana syarikat yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan," katanya. Beliau juga berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian meninjau dari dekat masalah yang berlaku di Sungai Syam sebelum tindakan lanjut diambil. Katanya juga kerajaan tidak pernah meluluskan projek pembangunan tanah di kawasan berhampiran tadahan air. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan penduduk di Sungai Syam mendakwa pemberita dari sebuah stesen televisyen keluar masuk ke kampung itu sejak sebulan lalu. Kata mereka pemberita terbabit hanya menemui pemimpin Umno sehingga timbul cerita sungai keruh yang dikaitkan dengan ladang Rakyat. ~harakah~ |
| Elaun Khas Satim dipotong RM1,500 Posted: 15 Jul 2010 06:13 AM PDT DUN Selangor meluluskan usul memotong elaun khas ADUN BN Datuk Mohd Satim Diman (Seri Serdang) setelah didapati bersalah menghina dewan. Keputusan itu dibuat ekoran kegagalannya hadir dalam sesi pendengaran jawatankuasa hak dan kebebasan walaupun telah diperintahkan berbuat demikian. Keputusan itu dicapai setelah speaker membuat pengundian suara sebentar terhadap cadangan jawatankuasa itu sebentar tadi sebelem dewan ditangguhnya pada jam 4.30 petang. Usul menerima penyata jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Selangor bagi mengesyorkan hukuman kepada Mohd Satim itu dibentangkan oleh ADUN Bukit Tunku Lau Weng San. Ia merupakan usul terakhir sepanjang empat hari DUN Selangor bersidang pada sesi ini. Menurut speaker Teng Chang Kim, tindakan itu dianggap sebagai menghina dewan menurut Perkara 76 Peraturan Tetap DUN Selangor. Bagaimanapun, bagi pertuduhan melanggar hak dan kebebasan dewan berhubung kenyataannya mengenai menteri besar semasa membahaskan Bajet Selangor 2010 pada November tahun lalu, Mohd Satim didapati tidak bersalah. Dalam sidang media selepas itu, Teng menjelaskan sesi pendengaran berhubung kes itu dijalankan walaupun tanpa kehadiran Mohd Satim. Bagaimanapun, tambahnya, Khalid diwakili peguamnya Malik Imtiaz. Teng berkata, hasil keterangan dalam sesi tersebut, jawankuasa mendapati apa yang didakwa Mohd Satim dalam dewan tidak salah walaupun tidak menggambarkan isu sebenar secara menyeluruh. "Tetapi kerana enggan hadir sesi pendengaran, beliau dihukum denda RM1,500 yang dipotong daripada elaun khasnya," kata Teng. ~MK~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan