Rabu, 7 Julai 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


Lawak BODOH Menteri KDN

Posted: 06 Jul 2010 03:58 PM PDT


Umno Bakal Tersungkur

Posted: 06 Jul 2010 03:57 PM PDT

~HALIK ZAMAN~

KATA Dato' Seri Nazri Aziz, "Pemimpin Umno harus menghentikan budaya menghasut untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin kerana keadaan itu boleh menjejaskan UMNO dan BN pada pilihan raya umum akan datang".

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata, "Sikap segelintir pemimpin yang terlalu ghairah untuk menjadi calon pilihan raya sehingga sanggup melakukan apa saja termasuk memperlekehkan rakan di dalam parti juga boleh menyebabkan perpecahan.

"Saya bimbang sekiranya budaya kurang sihat terus belaku ia akan memberi laluan mudah kepada pembangkang untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang," jelas Nazri merayu. (Dipetik dari Malaysiakini)

Dari senario ini kita sudah mengagak dan membaca bahawa calon-calon dari UMNO akan tumpas satu demi satu oleh Pakatan Rakyat gara-gara fitnah ke-2 kepada Anwar Ibrahim. Pakatan Rakyat semakin gagah di Semenanjung dengan lemparan fitnah ke-2 itu.

Rakyat faham bahawa para hakim cuma makan gaji dari Kerajaan UMNO/BN. Hakikatnya gaji mereka dibayar dari wang rakyat. Kini terimalah padahnya simpati rakyat. Rakyat marah dalam diam. Cuma nampak nanti dari undi rakyat dalam PRU13 protes yang mewakili rasa kemarahan orang-orang kampung terhadap para pemimpin UMNO.

Tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh TV3 dan media Kerajaan UMNO/BN yang selalu suka melaporkan berita pembohongan para pemimpin UMNO itu sendiri. Di mana salah silapnya?

Apakah kerana rakyat kampung sudah marah dengan keputusan mahkamah? Orang kampung terus simpati dengan Anwar Ibrahim dengan keputusan mahkamah menolak semua rayuan peguam Anwar Ibrahim, Karpal Singh. Tidak masuk akal fikiran orang kampung semua permintaan peguam Anwar Ibrahim ditolak, ianya seolah-olah sengaja memberikan ruang dan peluang yang lebih cepat untuk 'menyimpan' Anwar ke dalam penjara.

Para pemimpin UMNO/BN seharusnya sedar bahawa segala tindak-tanduk mereka selama ini telah membuahkan suatu jurang antara rakyat dan kepimpinan UMNO/BN. Mereka seharusnya sedar rakyat punya hati dan perasaan dan oleh kerana itulah kezaliman terhadap pihak pembangkang menyebabkan rasa benci rakyat terhadap kepimpinan UMNO/BN semakin membara maka ia akan terbentuklah suatu dendam kesumat di hati rakyat.

Kami di pihak pembangkang sedar akan senario ini kerana kami kerap masuk kampung keluar kampung, bukan bawa 'gigi dengan air liur basi', tetapi beritahu orang kampung tentang ketidak-adilan para pemimpin UMNO.

Kami maklumkan situasi sebenar kepada pengundi di segenap kampung. Kami tidak sebarkan fitnah akan tetapi memberikan penerangan kepada setiap 'kegelapan' yang di warnakan oleh kepimpinan UMNO/BN demi untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Kalau tidak ada angin kenapa nampak pokok bergoyang? Tentunya akar tunjang UMNO sudah goyah 'walaupun ada cuma seekor kera di atas pokok'. Sendiri mahu fikirlah kekuatan UMNO bukan di istana mahligai, tetapi 'di pinggan rakyat' yang 'mungkin kosong' kerana kos hidup rakyat yang melambung tinggi. Jangan marahkan rakyat kerana tidak menyokong UMNO, marahkan para pemimpin UMNO yang ghairah dengan pembangunan bandar tapi orang kampung yang punya kerusi emas dilupakan selama 53 tahun yang lalu.

Jumlah pelancong ke Pulau Pinang meningkat

Posted: 06 Jul 2010 03:56 PM PDT

Pulau Pinang yang sememangnya merupakan sebuah destinasi menarik dan popular bagi pelancong tempatan dan luar negara telah berjaya meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan Negeri, Law Heng Kiang, pelancong dari Timur Tengah menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi menarik
mereka untuk dikunjungi mulai Jun hingga September.

Law juga berkata, terdapat beberapa tarikan yang menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi kunjungan mereka setiap tahun.

Katanya, tarikan dari pihak hotel juga menjadi salah satu peranan penting apabila mereka mempelbagaikan aktiviti dan program bagi menarik pelancong dari negara yang telah dikenal pasti mengunjungi negeri ini.

Promosi seperti 'Arabian Night' yang diperkenalkan itu menarik perhatian mereka di samping promosi lain yang membolehkan mereka mengunjungi Pulau Pinang, ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri juga bekerjasama dengan pihak hotel membuat penajaan dari segi tarian kebudayaan dan mengatur acara khas untuk pelancong khususnya dari Timur Tengah.
Sebagai bukti, ujarnya jumlah pelancong yang mendiami hotel-hotel seperti Rasa Sayang dan Golden Sands di Batu Ferringhi meningkat kepada 15 peratus pada bulan Jun yang lalu.

"Manakala pada bulan Julai ia meningkat mendadak kepada 40 peratus. Ini adalah kerana tarikan yang dilakukan dengan mempelbagaikan budaya Timur Tengah sepertimana yang pernah dilakukan oleh hotel Shangri La dan hotel-hotel yang lain," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lanchang berkata, jumlah keseluruhan pelancong meningkat sebanyak 35 peratus jika dibandingkan mulai Januari hingga Mac 2009 apabila hanya 318,912 pelancong yang masuk ke Pulau Pinang.

Manakala dalam tempoh yang sama pada tahun 2010 seramai 430,355 pelancong berjaya dibawa masuk ke negeri ini," katanya.

"Usaha gigih yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi menarik lebih ramai pelancong akan diteruskan supaya ia bukan saja dapat memberi peluang meningkatkan ekonomi kepada penduduk negeri ini tetapi juga kepada pihak kerajaan," katanya lagi.

Kenapa Tidak Dakwa Anwar di Mahkamah Syariah?

Posted: 06 Jul 2010 03:53 PM PDT

Terbaca komen Najib Tun Razak berkaitan perlantikan dua hakim mahkamah syariah wanita. Najib dilaporkan berkata:

"(Pelantikan ini) bagi mempertingkatkan keadilan dalam sesuatu kes berkaitan kekeluargaan dan hak-hak wanita dan keperluan semasa," katanya pada majlis Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia kali ke-12 di sini.

Teks ucapannya dibaca Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin.

Najib berkata keputusan luar jangka itu merupakan sebahagian komitmen kerajaan bagi menggalakkan transformasi dalam JKSM.

"Sebagai contoh, bagi mentranformasikan institusi perundangan syariah, kerajaan telah bersetuju memperuntukkan kewangan sebanyak RM15 juta kepada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) bagi membantu pihak-pihak yang teraniaya akibat daripada kegagalan pihak suami dalam melaksanakan perintah nafkah di Mahkamah Syariah...ini adalah satu komitmen kerajaan yang tidak pernah digambarkan sebelum ini," katanya.

Orang biasa akan mudah terpengaruh dengan kata-kata manis Najib ini. Namun, Najib dan UMNO ada rekod sebagai kaki putar alam. Misalnya, Najib pernah keluarkan kebenaran judi bola, lepas tu nafi keluar lesen. Semuanya adalah bukti betapa putar alam Najib dan UMNO.

Dalam kes memartabatkan Mahkamah Syariah, saya ingin bertanya pada UMNO:

MENGAPA KES LIWAT ANWAR TIDAK DIBICARAKAN DALAM MAHKAMAH SYARIAH?

Saya garenti tiada seorang pemimpin UMNO mampu menjawab soalan ini. Kalau benar UMNO pandang tinggi pada Mahkamah Syariah, nescaya mereka tidak akan bergantung kepada undang-undang British untuk membicarakan Anwar Ibrahim.

Memang dasar UMNO, kaki belit kaki putar alam. Kalau sepuluh benda si Najib ni cakap, sepuluh-sepuluh tak boleh percaya.

Kita kena selalu banding ucapan mereka dengan tindakan mereka. Dalam isu memartabatkan mahkamah syariah, tindakan UMNO membelakangkan mahkamah syariah dalam kes liwat Saiful Bukhari al Kazzab adalah bukti UMNO memandang rendah terhadap mahkamah syariah di Malaysia

~Tulang Besi~

Shafie Apdal menyesatkan

Posted: 06 Jul 2010 03:52 PM PDT

PAS menganggap ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menuduh parti itu sebagai parti ajaran sesat adalah satu kenyataan yang biadab.

"PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab ini untuk memburukkan perjuangan PAS di kalangan orang Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS.

"Beliau cuba menakutkan orang ramai supaya jangan sokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman mereka dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan parti mereka, terutama lubuk emas Umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat," kata ketua penerangan PAS Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Idris mengulas ucapan perasmian Mohd Shafie pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya Sabtu lalu, yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat kerana memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Idris juga mempertikaikan kenyataan naib presiden Umno itu yang didakwanya "emosi dan mentah dalam hal ehwal agama" tetapi sanggup menuduh PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat sedangkan mereka selama ini didokong oleh tuan guru dan alim ulama.

"Satu ketika dahulu PAS pernah dituduh lebih berbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan PAS tidak ada mereka yang menganut fahman komunis yang memimpin PAS, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan tahan di bawah ISA," katanya.


Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk membuktikan dakwaan bahawa PAS adalah parti ajaran sesat.

"Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa.

"Di dalam perlembagaan PAS, Fasal 3 "Dasar Pas ialah Islam". Fasal 7 (1) (menyebut bahawa) adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijma' Ulamak dan Qias yang terang dan nyata.

"Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?," soalnya.

Idris juga turut menasihatkan Mohd Shafie supaya melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin Umno yang didakwa menghina hukum Allah dan janggut Nabi Muhammad SAW, sebelum hendak menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

"PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik , kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yasin dan solat Hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara," katanya.

~MK~

PKR didakwa cabar undang-undang

Posted: 06 Jul 2010 03:51 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tindakan pemimpin PKR yang berkeras untuk menerbitkan akhbar lidah rasmi parti itu walaupun permitnya tidak diperbaharui oleh pihak berkuasa, sebagai suatu usaha mencabar undang-undang negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak ada pihak yang terkecuali dari undang-undang negara ini.

"Hendak langgar, engkar dan mencetak dengan tiada kebenaran, sudah tentu hendak mencabar (undang-undang), nak tunjuk siapa lebih besar dan siapa lebih berani," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup pembangunan Parlimen Pagoh di Muar, hari ini.

Beliau percaya, pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang selepas melakukan pertimbangan yang teliti terhadap perkara itu.

Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR Tian Chua bahawa parti itu tetap akan meneruskan penerbitan akhbar Suara Keadilan walaupun permohonannya untuk memperbaharui permitnya ditolak oleh KDN.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata, perkara berkenaan permit akhbar Suara Keadilan merupakan satu isu undang-undang dan tidak ada kena mengena dengan politik.

"Ini bukan soal politik, tetapi melibatkan undang-undang, tetapi Keadilan mahu menjadikan ia soal politik kerana ia adalah pembangkang," katanya.

Mengenai permohonan MCA sebagaimana yang disuarakan oleh presidennya Datuk Dr Chua Soi Lek bagi peruntukan RM1 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK-10) bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Muhyiddin berkata, perkara itu masih dibincangkan.

"Kita (kementerian dan MCA) telah berbincang tetapi masih belum selesai," katanya sambil menambah, Kementerian Pelajaran tidak mengetahui peruntukan yang bakal diterimanya di bawah rancangan pembangunan lima tahun itu.

Timbalan Perdana Menteri itu juga berkata, taklimat hari ini adalah tentang usaha-usaha untuk membangunkan Parlimen Pagoh di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan RMK-10.

Katanya, tanah seluas 4,000 hektar di Pagoh yang dimiliki oleh syarikat Sime Darby akan dijadikan hab pendidikan, menempatkan beberapa institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

~Bernama~

Bala dan RPK ada ‘kunci peti rahsia' kabinet Najib?

Posted: 06 Jul 2010 03:50 PM PDT

Penyiasat peribadi, Balasubramaniam kemungkinan mempunyai 'anak kunci peti rahsia' kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ada sesuatu disembunyikan dari kita, seolah-olah Bala ini pegang 'kunci peti rahsia' tak kiralah kes Altantuya atau rahsia aktiviti isteri orang nombor satu negara," jelas beliau petang tadi di lobi Parlimen.

Sekiranya tidak, beliau berkata, takkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan niat menghantar tiga pegawai penyiasat (IO) ke London untuk bertemu Bala.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal keengganan SPRM itu kononnya atas nasihat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patai.

"Tengah malam pun, SPRM sanggup buat rayuan di mahkamah supaya mereka boleh siasat, takkan dalam isu Bala ini, mereka ikut Peguam Negara dengan serah soalan pada peguam Bala saja," jelas beliau.

Beliau turut meminta pihak berwajib menyiasat 40 peratus pendedahan pemilik sesawang Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) seperti yang diakui oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Kenapa tak siasat kebenaran dalam tulisan RPK ini sedangkan Mukhriz sendiri mengaku bahawa 40 peratus adalah benar," beliau menambah.

Disebabkan itu, beliau sekali lagi menyuarakan rasa hairan dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis memburu 'Raja Blogger' terbabit semata-mata.

"Pergi siasat dulu siapa bunuh Altantuyaa, siapa jual kedaulatan negara pada Singapura dan Brunei, siapa bunuh Teoh Beng Hock kerana RPK dedah itu semua," tegas beliau.

Melihat tindakan kerajaan dalam menghadapi pendedahan RPK itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa 'Raja Blogger' itu mungkin mempunyai 'kunci pendua' peti rahsia yang melibatkan salah laku pemimpin tertinggi tertentu dalam kerajaan.

"Kalau tidak ada kunci peti rahsia seperti Bala pun, dia mungkin pernah lihat (peti rahsia) atau mungkin ada kunci pendua yang sangat ditakuti oleh kabinet Perdana Menteri kita," jelasnya lagi.

Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya turut menyiasat beberapa pendedahan Bala dan RPK berhubung pemimpin tertentu.

~harakah~

IGP buru individu bersubahat Raja Petra

Posted: 06 Jul 2010 03:50 PM PDT

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran mana-mana individu yang bersubahat dengan penulis blog Raja Petra Kamaruddin akan ditahan dan didakwa menyembunyikan penjenayah.

Katanya, polis akan memanggil ahli-ahli politik, pengarang dan wartawan untuk memberi keterangan berhubung maklumat berkaitan Raja Petra.

Langkah ini diambil selepas polis menerima dua laporan yang difailkan di Petaling Jaya dan Brickfields yang mendakwa pihak tertentu menyembunyikan Raja Petra.

"Mahkamah sahaja yang akan tentukan tindakan undang-undang yang sesuai untuk mendakwa mereka, kita hanya boleh cadangkan sesuatu pertuduhan contohnya kesalahan melindungi pesalah jenayah," katanya.

Menurut Musa, mereka yang terbukti bersubahat menaja dan menyembunyikan Raja Petra boleh dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang bersesuaian jika didapati bersalah.

Katanya, polis tidak boleh bertindak melulu untuk mengambil sebarang kenyataan daripada individu tersebut kerana ia perlu dilakukan mengikut prosuder tertentu.


"Kita tidak boleh pergi ke negara lain dan serang (tahan dan ambil keterangan) mereka macam itu sahaja. Setiap negara ada undang-undang mereka, tapi tidak bermakna sebarang tindakan tidak boleh diambil," katanya.

Musa berkata, walaupun polis antarabangsa (Interpol) telah menolak notis arahan merah yang dikeluarkan PDRM untuk menahan Raja Petra, pihaknya mempunyai inisiatif dan strategi lain untuk menahan pengendali laman web itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan strategi berkenaan bagi mengelakkan kebocoran maklumat yang sekaligus boleh mengganggu siasatan polis.


Musa diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang menyiarkan gambar Raja Petra bersama penyiasat persendirian, P Balasubramian, dan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim, yang terbukti mempunyai hubungan antara satu sama lain.

Dalam laporan akhbar hari ini, Musa dipetik sebagai berkata PDRM akan memanggil Zaid atau sesiapa yang disyaki terbabit menyembunyikan pengendali laman web itu dalam masa terdekat.

Raja Petra menghilangkan diri daripada dihadapkan ke mahkamah selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, melalui portal berita Malaysia Today.

~Bernama~

Care4 dah bungkus?

Posted: 06 Jul 2010 03:48 PM PDT

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan belum menerima sebarang penjelasan dari pengurusan Carrefour berikutan laporan media mengenai rangkaian pasaraya Perancis itu akan menutup operasi di Malaysia, Thailand dan Singapura.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau menganggap perkara itu sebagai khabar angin selagi belum mendapat penjelasan Carrefour.

"Saya pun dengar khabar angin juga. Jadi, sebelum dapat perkembangan, saya anggap khabar angin. Tetapi, adalah tidak betul kalau kita kata pelaburan di Malaysia ini tidak tarik minat pengusaha antarabangsa," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas laporan agensi berita Reuters semalam bahawa Carrefour telah memulakan penjualan unitnya di Malaysia, Thailand dan Singapura serta merancang untuk menghentikan operasinya di ketiga-tiga negara itu.

Laporan yang hanya memetik sumber itu memaklumkan penjualan itu dilakukan dengan bank pelaburan Goldman Sachs dan UBS.

Ismail Sabri berkata, sekiranya dakwaan itu benar, beliau tidak menganggap tindakan Carrefour itu mempunyai kaitan dengan keadaan pasaran di Malaysia.

"Ia tiada kena mengena dengan pasaran kita. Kalau kita lihat, permohonan syarikat pasaraya besar hendak buka cawangan di Malaysia kita terima setiap hari dan banyak yang kita tidak luluskan sebab berdasarkan prosedur yang kita tetapkan," katanya.

~Bernama~

Suara Keadilan dalam bahaya

Posted: 06 Jul 2010 03:47 PM PDT

Kementerian Dalam Negeri bersedia menyita bangunan pejabat tempat Suara Keadilan beroperasi dan kilang pencetaknya jika akhbar PKR itu terus diterbitkan tanpa permit.

"Sudah tentu boleh (ditutup)," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein ketika ditanya mengenai kenyataan PKR bahawa Suara Keadilan akan terus diterbitkan.

Katanya, kenyataan pemimpin PKR itu sebagai angkuh dan bercanggah dengan peraturan.

"Tidak kira Suara Keadilan, Suara Perkasa atau mana-mana media lain mesti mengikut syarat dan peraturan sedia ada. Dalam konteks dasar, semua liputan termasuk majalah dan akhbar tabloid akan dipantau dengan lebih dekat," katanya.

Dalam kes, Suara Keadilan, Hishamuddin menjelaskan tidak timbul isu menarik semula permit penerbitan kerana yang menjadi isu pada masa ini adalah permit akhbar itu telah tamat tempoh dan permohonan untuk menyambung semula permit belum diluluskan.


Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, semalam bahawa penerbitan akhbar itu akan diteruskan.

"Keangkuhan mereka untuk meneruskan penerbitan jelas mencabar undang-undang. Ini bertentangan dengan undang-undang negara yang jatuh di bawah bidang Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri ," katanya.

Menurut Hishammuddin kementeriannya tidak mendiskriminasi mana-mana pihak dalam soal penerbitan.

~MK~

Heret juga media perdana ke KDN

Posted: 06 Jul 2010 03:46 PM PDT

Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya tidak terlalu asyik 'mengingatkan' media alternatif tetapi digesa mengambil tindakan yang sama terhadap media arus perdana.

Ini kerana, menurut Pengarang Harakah Taufek Yahya, media berkenaan didakwa sentiasa memberikan liputan negatif terhadap Pakatan Rakyat.

"Saya menghormati fungsi dan peranan KDN. Dan pada masa yang sama kementerian juga perlu menghormati peranan Harakah sebagai akhbar pembangkang dan (pemberi) laporan secara alternatif," katanya.

Portal berita KDN hari ini melaporkan, Harakah dipanggil ke Putrajaya, 'mengekori' jejak langkah dua taboid politik Suara Keadilan dan Suara Perkasa. Dalam pertemuan kira-kira setengah tengah hari semalam, akhbar PAS itu antaranya "diperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN".

Antaranya, ia diminta mematuhi garis panduan pemberian permit, antaranya seperti kewajipan memberikan KDN 8 naskhah akhbar mereka sebaik selesai dicetak.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Taufek berkata, dalam pertemuan itu, Harakah diminta "lebih berhati-hati' terutama ketika melaporkan "isu-isu sensitif" seperti isu lesen judi sukan, isu Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) dan isu Jemaah Islamiah.

Tambahnya, dalam mesyuarat tersebut, beliau membangkitkan supaya KDN tidak cuba mengaitkan Harakah dengan isu keselamatan negara.

"Sewajarnya, KDN boleh membezakan antara isu-isu yang menggugat keselamatan negera dengan isu-isu yang menggugat parti pemerintah. Itu adalah dua isu yang berbeza.

"Seperti juga media perdana yang memberi laporan negatif kepada Pakatan Rakyat, isu-isu negatif tentang kerajaan Pakatan tidak pula dianggap mengancam keselamatan negara.

"Jadi ini juga perlu dilihat oleh KDN," katanya.

Menurutnya, beliau mewakili Pengarah Urusan Harakah Datuk Kamaruddin Jaafar yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain. Berhubung dakwaan mengenai kelewatan Harakah menghantar naskah setiap keluaran kepada pihak KDN, Taufek berkata perkara itu ditegur dalam pertemuan ringkas semalam.

"Kalau ikut (peraturan) KDN, naskah perlu dihantar sebelum Harakah diedarkan," katanya.

Taufek berkata, KDN juga menyatakan hasrat bagi mengadakan pertemuan lebih kerap dengan pihak Harakah.

~MK~

Najib dicabar dedah kontrak dengan APCO

Posted: 06 Jul 2010 03:45 PM PDT

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kepada umum segala maklumat mengenai cadangan penyambungan kontrak di antara Malaysia dengan firma khidmat komunikasi, APCO Worldwide.

Beliau berkata, kerajaan harus mendedahkan perkara itu secara telus, bukan dibuat secra senyap-senyap seperti sebelum ini.

"Saya mencabar Datuk Seri Najib untuk secara terbuka mengemukakan maklumat berkenaan dengan cadangan penyambungan kontrak ini.

"Kita sedia maklum ikatan kerjasama yang pertama itu terdedah setelah ketua pembangkang mendedahkannya di Parlimen ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR turut mendesak kerajaan menyatakan butiran terperinci mengenai nilai penyambungan kontrak berkenaan serta skop tugas firma berkenaan.

"Berapakah nilai kontrak untuk penyambungan kontrak ini yang akan diberikan oleh kerajaan dan apa pula bidang tugas APCO dalam meneruskan perkhidmatan mereka kepada Malaysia?" soalnya.

Selain itu, beliau mahu kerajaan menyatakan secara jelas mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh negara ketika menggunakan khidmat APCO sehingga memerlukan ianya disambung.

"Saya juga mendesak kerajaan mengemukakan laporan berkaitan kejayaan apakah yang telah dicapai hasil guna khidmat APCO.

"Kita mendesak Perdana Menteri bersemuka secara terbuka, telus dan bertanggungjawab apakah rasional yang munasabah untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa penggunaan khidmat APCO ini merupakan satu yang benar-benar bermanfaat kepada rakyat dan negara seluruhnya terutamanya terhadap keselamatan maklumat negara dan sebagainya," katanya.

Katanya juga, kerajaan seolah-olah langsung tidak menjaga sesitiviti umat Islam apabila bertindak menyambung khidmat APCO yang secara jelas ada kaitan dengan Zionis Israel.

"Apakah kerajaan langsung tidak memikirkan sensitiviti umat Islam yang bencikan Israel?" soalnya.

Kerajaan sebelum ini didakwa meluluskan penyambungan kontrak APCO setahun lagi bermula bulan lalu.

Tindakan itu sekaligus menimbulkan bantahan daripada Pakatan Rakyat yang mahu khidmat syarikat berkaitan Israel itu ditamatkan.

~harakah~

Harakah pula 'diperingatkan' KDN

Posted: 06 Jul 2010 03:43 PM PDT

Selepas dua tabloid politik dipanggil 'mengadap' Kementerian Dalam Negeri (KDN), kini giliran akhbar organ PAS Harakah pula dipanggil ke Putrajaya.

Menurut portal berita kementerian itu iKDN, dalam pertemuan kira-kira setengah jam bermula pada 1.30 tengah hari semalam, Harakah antaranya "diperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN".

"Niat pertemuan ialah hasrat KDN agar Harakah mematuhi perkara-perkara yang tertakluk dalam garis panduan pemberian permit.

"Antaranya seperti pihak percetakan sewajibnya memberikan KDN 8 naskhah suratkhabar mereka sebaik selesai dicetak," laporan berjudul 'Harakah Bersua KDN' itu dipetik.

Dalam pertemuan yang dipengerusikan oleh Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abd Rahim Mohd Radzi itu, Harakah diwakili pengarangnya Taufek Yahya.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Penerbitan dan Teks al-Quran Datuk Zaitun Ab Samad.

Menurut laporan itu, Harakah juga dimaklumkan kesulitan berkaitan perkara itu dapat dielakkan sekiranya garis panduan KDN dipatuhi.


"Juga bukan niat KDN untuk memberi kesusahan tetapi sebagai entiti kerajaan yang bertanggungjawab maka KDN akan bertindak jika garis panduan itu diengkari," demikian menurut laporan itu lagi.

"Tiada perbincangan mengenai artikel-artikel yang terkandung dalam Harakah kerana motif sebenar perjumpaan ini diadakan adalah untuk memperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN."

Dalam pertemuan itu, Harakah dilaporkan menghormati fungsi KDN dalam memastikan setiap akhbar yang mempunyai permit penerbitan mematuhi apa sahaja perkara yang terkandung dalam akta berkaitan.

"Bahkan beliau (Taufek) juga gembira dengan inisiatif KDN untuk mengadakan perjumpaan seperti ini kerana pastinya banyak perkara yang sebelum ini sering menjadi perbalahan diharapkan akan dapat diselesaikan dengan segera," kata laporan itu lagi.

~MK~

KDN tahu tak peranan Harakah?

Posted: 06 Jul 2010 03:42 PM PDT

Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya menafikan beliau pernah menyatakan bahawa Harakah akan mematuhi apa sahaja perkara yang terkandung dalam akta penerbitan seperti dilapor laman web Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Sebaliknya kata beliau, dalam pertemuan dengan KDN semalam, beliau hanya memberitahu menghormati fungsi KDN dan meminta KDN juga menghormati peranan Harakah sebagai salah satu suara alternatif.

"Saya cuma kata kami menghormati peranan KDN sebagai agensi kerajaan, dalam masa yang sama saya juga minta KDN faham peranan Harakah sebagai akhbar oposisi dan juga penyalur suara alternatif," katanya ketika dihubungi.

Menjelas lanjut Taufek berkata, pertemuan hampir setengah jam di pejabat KDN semalam lebih tertumpu kepada penghantaran 8 naskhah Harakah ke kementerian itu sebaik selesai dicetak dan sebelum diedarkan.

KDN juga katanya bersedia mengambil sendiri naskhah berkenaan di pejabat Harakah.

Selain isu 8 naskhah tersebut, KDN juga katanya meminta pihak Harakah lebih "berhati-hati" dalam melaporkan isu yang diklasifikasikan sebagai sensitif seperti isu judi bola, isu Felda dan Jemaah Islamiah (JI).

Bagaimanapun katanya, terserah kepada Harakah menetukan batas laporan tersebut.

"Saya juga minta KDN benar-benar memisahkan antara perkara berkaitan keselamatan negara dengan hal keselamatan parti pemerintah.

"Kita tidak mahu isu-isu yang kita bagkitkan berhubung keselamatan Umno BN dianggap sebagai menjejaskan keselamatan negara," katanya lagi.

"Sama juga akhbar arus perdana yang memburukkan Pakatan Rakyat, kanapa tidak diklasifikasikan sebagai mengancam keselamatan negara?" soalnya.

Pertemuan semalam dipengerusikan Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abd. Rahim Mohd Radzi. Turut hadir ialah Datuk Zaitun Ab Samad, Setiausaha Bahagian, Bahagian Penerbitan dan Teks Al Quran.

Taufek turut memberitahu, KDN ada memaklumkan bahawa pertemuan semalam bukan untuk berdebat, tetapi untuk saling faham memahami dan sekadar berbincang perkara berkaitan penerbitan Harakah.

Pertemuan itu juga katanya tidak menyentuh soal permit penerbitan akhbar tersebut.

~harakah~

Melayu hilang kuasa politik jika terus berpecah

Posted: 06 Jul 2010 03:40 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa orang Melayu berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa politik jika mereka terus berpecah-belah sesama sendiri.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, kuasa politik yang diperolehi orang Melayu sejak negara merdeka adalah penting kerana ia telah membolehkan mereka maju dalam pelbagai bidang.

"Sebab itu, untuk menentukan keberkekalan kuasa politik yang kita miliki, kita kena bersatu. Kalau kita berpecah, kuasa politik yang menentukan kemajuan kita dalam bidang ekonomi, pelajaran akan hilang," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul dan Israk Mikraj Umno bahagian Pagoh di Masjid Kampung Parit Raja, Gersik, di Muar semalam.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno telah berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di dunia walaupun umat Islam negara ini hanya separuh dari jumlah penduduknya.

"Kejayaan kita memajukan negara ini sehingga diiktiraf sebagai sebuah negara Islam contoh dikagumi di kalangan negara Islam di dunia," menurut beliau.

Malah, katanya, kerajaan telah berjaya mengatasi masalah kemiskinan, satu usaha yang dituntut Islam sehingga kadar kemiskinan telah menurun dari 66 peratus suatu ketika dulu kepada hanya tiga peratus ketika ini.

Beliau yakin, matlamat kerajaan menghapuskan kemiskinan tegar pada hujung tahun ini akan tercapai sepenuhnya.

~Bernama~

Kenyataan Muhyiddin ugut orang Melayu

Posted: 06 Jul 2010 03:39 PM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kuasa politik orang Melayu sebagai satu ugutan. Katanya, kenyataan itu merupakan ugutan kepada orang Melayu kerana Umno gagal menangani masalah ekonomi di antara kaum di negara ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno itu yang mengingatkan bahawa orang Melayu berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa politik jika mereka terus berpecah-belah sesama sendiri.

"Kenyataan pimpinan Umno mengugut dan menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat Melayu, perkembangan pollitik yang berlaku sekarang ini menggugat kedudukan dan kuasa Melayu.

"Sekarang jurang pendapatan antara kaum semakin melebar. Umno gagal tangani perkara ini. Melayu ini bukan golongan terkaya yang memimpin Umno dan kroni mereka. Melayu ini ialah puluhan juta bumiputera yang perlu diberi perhatian dan pembelaan," katanya.

Anwar menambah, pemimpin Umno sedang menggunakan 'wacana' baru apabila kedudukan mereka semakin terancam. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, kesatuan yang dibina dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu PAS, PKR dan DAP yang sebenarnya menjadi kebimbangan pemimpin Umno/BN.

Tegasnya, kekuatan PR langsung tidak menggugat kuasa politik Melayu malah beliau yakin masyarakat Melayu dan kaum bumiputera lain berasa lebih selamat di bawah pentadbiran PR.

"Ini saya perlu tegaskan kerana ini satu wacana baru yang diguna Umno di kala (mereka) terhimpit. Kekuatan yang dibina dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP sebenarnya menggugat pimpinan Umno dan tidak menggugat kuasa politik Melayu.

"Malah saya berkeyakinan hak Melayu, nasib masyarakat Melayu, kaum bumiputera lain seperti Iban, Kadazan dan lain-lain akan lebih diberi perhatian kerana dasar kita jelas memacu ekonomi dan menghapuskan penyelewengan, pemborosan dan membela nasib rakyat miskin yang terpinggir," katanya yang juga penasihat PKR.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataaan berbau kebimbangan pemimpin Umno itu membuktikan mereka mengiktiraf PR sebagai pakatan yang mula diterima dan diyakini oleh orang Melayu.

"Ini satu gambaran pengiktirafan memperakui bahawa Pakatan Rakyat sebenarnnya mendapat sokongan yang besar daripada masyarakat Melayu. Oleh kerana mereka takut kehilangan kuasa, jadi mereka cuba menakut-nakutkan orang Melayu.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut menganggap Umno sedang menggunakan pendekatan lapuk untuk mewujudkan rasa tidak senang di kalangan masyarakat Melayu.

"Saya anggap pendekatan ini satu pendekatan lapuk yang sudah tidak relevan dengan suasana politik semasa yang harus dibakul sampah dan telah pun dibakul sampah oleh rakyat.

"Saya lihat Umno masih terkebelakang sdangkan pemikiran rakyat pelbagai kaum sudah ke hadapan melihat satu perubahan kepada Malaysia baru," katanya.

Tegasnya juga, PAS memberikan jaminan untuk membawa pendekatan yang menekankan soal keadilan kepada semua kaum.

"Kami daripada PAS memberi keyakinan bahawa pendekatan yang kita bawa ialah soal keadilan untuk semua kaum, dan tidak perlu Melayu harus bimbang dengan situasi hari ini," katanya.

~harakah~

Tiada ulasan: