Anak Cucu Nabi Adam |
- Gajah Pun Nak Ambil Kesempatan?
- Fatwa mengenai ESQ daripada Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan
- 'SPR bukan Superman'
- Malaysia Menuju Negara Fasis Di Bawah UBN
- Lagi Kes Mengajar Tanpa Tauliah
- Laporan polis ke atas Malaysiakini dan Star
- Malaysia jual gula bersubsidi pada Singapura?
- Guna Interpol tangkap Raja Petra
- 'Friends for Pakatan'
- Mengapa polis gagal tangkap Raja Petra
- Zaid 'belanja' Raja Petra dan Bala
- Zaid Jumpa RPK
- Salahuddin cabar Shafie debat
- Di mana letaknya ISLAM UMNO??
- PAS parti 'ajaran sesat'
- Rrakyat Malaysia pertama, bangsa Cina kedua
- Pakatan fail usul tergempar permit Suara Keadilan
- Judi coretkan sejarah cemar dan jijik
- Tak Nak Judi ke Genting
- KDN beri amaran pada 'Suara Perkasa'
- KDN belum putuskan permit Suara Keadilan
- PKR akan terus terbitkan Suara Keadilan
| Gajah Pun Nak Ambil Kesempatan? Posted: 05 Jul 2010 10:03 AM PDT |
| Fatwa mengenai ESQ daripada Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan Posted: 05 Jul 2010 09:55 AM PDT |
| Posted: 05 Jul 2010 09:55 AM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memerlukan kuasa pendakwaan dan penguatkuasaannnya sendiri dalam menjalankan tugas kerana perkara tersebut bukanlah bidang kepakarannya, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.Sebaliknya, Abdul Aziz berkata, badan-badan kerajaan lain seperti Jabatan Peguam Negara dan pihak polis sentiasa memberikan kerjasama yang baik dengan suruhanjaya itu. "Kalau semua kita jaga berkuasa sungguhlah kita. Dalam badan kita ini pun, anggota (tubuh) bukan untuk buat semua benda. Hidung untuk tarik nafas, telinga untuk mendengar. "Kalaulah ditakdirkan satu sahaja (anggota), hidung saja, itu (untuk) dengar, itu makan, alangkah mudah. "Allah taala jadikan begitu sebab dalam dunia ini kita tidak boleh jadi Superman, semua kita kena buat," kata Abdul Aziz sambil ketawa kecil. Beliau diminta mengulas sama ada suruhanjaya yang dipimpinnya mengambil langkah selamat dan 'cuci tangan' kerana tidak ingin meminta kuasa pendakwaan dan penguatkuasaannya sendiri bagi melancarkan perjalanan sesebuah pilihan raya. Diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Putraja baru-baru ini, Abdul Aziz memberikan analogi mudah bahawa bagi menjamin kerja yang berkesan, pengkhususan amat penting diamalkan. "Doktor kena jadi doktor. Peguam kena jadi peguam. Kalau tidak, doktor pun dia, peguam pun dia, jurutera pun dia.Itu sebabnya dalam jabatan pun kita ada bahagian-bahagian. Ulas kontroversi 'you help me, I help you' "Itu sebabnya dalam kerajaan pun ada eksekutif, ada yang perundangan, dia bahagi-bahagi (peranan). Sama juga yang ini, SPR kena mahir dalam pilihan raya. "Tentang pendakwaan, tak perlulah buat pandai-pandai. Ada orang lain lebih pandai. Pergi minta tolong dia," katanya. Sementara itu, mengulas tentang 'pembelian undi' dalam pilihan raya melalui pengumuman 'projek segera' dan bantuan tertentu kepada pemilih, Abdul Aziz berkata perkara tersebut sukar dibuktikan walaupun dibawa ke muka pengadilan. Menyentuh kontroversi janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini - yang didakwa pembangkang sebagai rasuah, Abdul Aziz menjawab: "Bila beliau (Najib) berkata 'you help me, I help you' (kamu tolong saya, saya tolong kamu) beliau tidak bercakap kepada individu tertentu. Beliau bercakap kepada kumpulan yang besar... "Untuk mengatakannya salah, ia mesti dibuktikan di mahkamah. Ia mesti dibuktikan bahawa ia mempengaruhi pemilih dan mereka memilih calon tertentu disebabkan perkara ini. Tetapi bagaimana untuk buktikan perkara ini? Undi adalah rahsia. "Saya bukan peguam, jadi kita biarkan mahkamah tentukannya." jelasnya. Menurut Abdul Aziz lagi, seperti lumrahnya amalan dalam politik, parti lain seperti PAS juga berlaku perkara yang hampir sama apabila dikatakan mengundi parti berkenaan dijanjikan balasan syurga di akhirat kelak. ~MK~ |
| Malaysia Menuju Negara Fasis Di Bawah UBN Posted: 05 Jul 2010 09:54 AM PDT Tindakan sewenang-wenangnya mencabuli demokrasi serta penyalahanguna kuasa oleh kepimpinan kerajaan Baridan Nasional pimpinan Umno sejak lebih dua abad lalu akan menjadikan negara Malaysia sebuah negara fasis jika rakyat tidak bangkit dan merubah masa depan negara. Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim berkata Umno juga mempersendakan nilai-nilai adab dan kebudayaan serta menggunakan pendekatan condong dalam mendefinasi serta penerapan nilai-nilai moral. Sehubungan itu, katanya adalah penting bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk membangunkan semula negara ini melalui keikhlasan dan suara hati mereka dengan memberikan peluang kepada kepimpinan Pakatan Rakyat dalam usaha mereka membentuk negara Malaysia yang lebih baik. Beliau berkata demikian di pelancaran "Friends of Pakatan Rakyat" di Hotel Conway, Holborn London, semalam yang turut yang dihadiri oleh kumpulan aktivis masyarakat, wakil parti gabungan Pakatan Rakyat. "Walaupun keadaan tampak murung, namun adalah wajar bagi semua pihak memahami baik dan buruknya keadaan yang sedang dialami dalam perjuangan merubah untuk masa depan yang lebih baik dan Pakatan Rakyat berikrar akan membawa keharmonian sebenar kepada Malaysia," katanya ketika berucap di forum berkenaan. Menurutnya, Perlembagaan sedia ada di negara ini disematkan untuk visi politik masa hadapan yang dibentuk untuk memastikan sistem periksa dan imbang bagi mengendalikan secara adil konflik kepentingan individu, masyarakat dan negara namun dewasa ini, ianya telah dicemari oleh kumpulan yang berpengaruh serta berkuasa yang mempunyai kepentingan tersendiri. Zaid juga menyentuh tentang krisis kehakiman pada 1988 sebagai contoh kepada antara tindakan yang menyebabkan Perlembagaan dicabuli dan secara tidak langsung telah melemahkan semangat Perlembagaan yang didukung di negara ini. "Negara yang mengkompromikan semangat Perlembagaan akan membuka laluan untuk menghancurkan negara tersebut. Negara kita sekarang adalah sebuah negara yang sakit - badan yang penting dalam institusi negara semuanya berada dalam keadaan yang parah. "Hari ini kita berada di dalam situasi sesat kerana kita sakit, dalam semangat kemudian secara fizikal, dan ubat yang diberikan oleh BN kepada institusi-institusi berkenaan adalah Fasisme," tambah beliau lagi. Umno katanya memutarbelitkan adab dengan melaungkan cogankata "Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia" merujuk kepada pahlawan Melayu Hang Tuah sebenarnya mempermainkan nilai budaya dan juga sentimen perkauman. Menurutnya, Pakatan Rakyat menolak ideologi supremasis kerana gagasan itu menghargai kebudayaan pelbagai kaum kerana ia adalah yang dituntut oleh adab yang sebenarnya dengan memahami apakah dia adab dari segenap sudut. Beliau menambah keruntuhan pada asas utama bermula daripada institusi-institusi utama kerajaan negara ini di bawah pimpinan Umno dan ia bukan permasalahan atau dilema yang dihadapi oleh kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan tetapi masalah negara. "Bagaimanapun, Umno mahu kaum Melayu mempercayai bahawa keadilan boleh berfungsi dengan pemikiran cetek dan kejujuran tidak penting asalkan sesuatu bangsa itu terselamat. Jelas sekali ini bertentangan dengan adab kita. "Kelangsungan hidup yang dicanangkan (Umno) adalah jenis kelangsungan hidup yang paling jahat dan biadap dan langsung tidak berfungsi serta tidak akan berjaya untuk masyarakat atau negara," kata Zaid. Umno, katanya bersuara untuk kaum Melayu seolah-olah kaum terbabit akan menjadi semakin miskin tanpa mereka. Mereka juga mendakwa berjuang untuk Melayu namun sebenarnya apa dan siapakah yang diperjuangkan yang menjadi persoalan. |
| Lagi Kes Mengajar Tanpa Tauliah Posted: 05 Jul 2010 09:51 AM PDT Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya dan Nik Amirul Faiz Nik Md Yusof untuk mencabar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang mendakwa beliau mengajar agama tanpa tauliah akhir Februari lalu.Keputusan itu dibuat oleh panel Hakim Tan Sri Alauddin Sharif, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Tan Sri James Foong. Pada 1 Mac lalu, Fathul Bari yang juga anak sulung kepada bekas mufti Perlis itu dituduh mengajar agama tanpa tauliah selepas ditahan ketika berceramah di sebuah sebuah pusat pengajian agama di Kuala Pilah. Ulama muda yang berkelulusan sarjana dari Jordan itu dituduh bawah Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah 2003 Negeri Sembilan mengaku tidak bersalah dan dan mohon dibicarakan. Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, peguam Kamarul Hisham Kamaruddin berkata pihaknya mendapat kebenaran itu selepas permohonan petisyen mereka bagi mendapat pengisytiharan bahawa seksyen 53 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan adalah terbatal dan tidak sah. "(Ini kerana) DUN negeri tidak ada kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menggubal seksyen 53 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana kesalahan mengajar Islam tanpa tauliah tidak bersalahan dengan rukun-rukun dan perintah-perintah agama Islam," katanya. Kamarul Hisham berkata pihaknya telah memfailkan petisyen tersebut pada 19 April lalu. Sebelum ini dilaporkan permohonan petisyen itu difailkan di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi Seremban bagi mengisytiharkan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan tiada bidang kuasa untuk membicarakan sesuatu kesalahan di bawah seksyen tersebut. Fathul Bari dan Nik Amirul bersama dua pengikut dua pengikutnya ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada jam 11.30 pagi 28 Februari lalu. Fathul Bari ditahan sewaktu menyampaikan ceramah - berhubung topik Maulidur Rasul, akidah dan perpaduan umah - di Maahad Ittiba Sunnah, berhampiran dengan Jalan Seremban-Kuala Pilah. Sekumpulan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan anggota polis hadir dan menghentikan program tersebut. Jika disabitkan bersalah, Fathul Bari dan tiga lelaki tersebut boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara. ~MK~ |
| Laporan polis ke atas Malaysiakini dan Star Posted: 05 Jul 2010 09:50 AM PDT Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini membuat laporan polis terhadap portal berita Malaysiakini dan akhbar The Star berhubung isu pembinaan Istana Negara di Jalan Duta.Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Damansara kira-kira jam 3.30 petang oleh ketua sayap Pemudanya, Arman Azha Abu Hanifah. Kira-kira 15 pemimpin saya pemuda PERKASA turut hadir bersama Arman Azha sewaktu beliau membuat aduan polis itu. "Kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar The Star pada 27 Jun lalu, dan (dalam) Malaysiakini adalah laporan salah terhadap pembinaan Istana Negara yang dilihat satu penghinaan kepada institusi raja. "Laporan polis ini dibuat kerana berasa bertanggungjawab dan merasakan harus mempertahankan perlembagaan persekutuan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Pada 27 Jun lalu, The Star menyiarkan di muka depannya laporan berhubung sekumpulan pekerja asing di projek pembinaan Istana Negara itu, didakwa tidak dibayar gaji selama tiga bulan. Manakala Jumaat lalu, Malaysiakini pula melaporkan kumpulan 10 orang, yang diketuai ahli parlimen Batu daripada PKR Tian Chua, dilarang memasuki kawasan pembinaan itu, mencetuskan 'ketegangan'. Mengulas lanjut, Arman berkata laporan polis juga turut dibuat terhadap penasihat ekonomi DAP Dr Chen Man Hin yang didakwa mempersoalkan kouta 30 peratus kepada kaum bumiputera. Katanya, kenyataan Dr Chen itu telah dimuatkan dalam blog tokoh DAP Lim Kit Siang, yang juga ahli parlimen Ipoh Timur Sabtu lalu. Arman juga turut membuat laporan polis terhadap ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong berhubung kenyataannya yang mempersoalkan isu biasiswa MARA baru-baru ini. "Kedua-duanya (kouta dan biasiswa) termasuk dalam (peruntukan) perlembagaan negara. "Kita tidak mahu asas 53 tahun Perlembagaan Persekutuan, yang mana kita hidup aman damai (sekarang ini), dicemari kerana permainan politik pihak yang tidak bertanggungjawab. "(Oleh sebab itu) kita buat laporan polis supaya mereka menyiasat," katanya. ~MK~ |
| Malaysia jual gula bersubsidi pada Singapura? Posted: 05 Jul 2010 09:49 AM PDT Kerajaan wajar memberikan penjelasan yang jujur dan bertanggungjawab berhubung isu kekurangan gula yang dihadapi oleh pengguna kebelakangan ini, kata Datuk Mahfuz Omar. Penegasan yang dibuat Naib Presiden PAS itu ekoran insiden enam daripada 30 kargo yang memuatkan gula nasional tergelincir dari Butterworth ke Singapura, milik KTMB tergelincir di Chamek, dekat Kluang Johor, 23 Jun lalu. "Macam mana gula yang kerajaan subsidikan pada Syarikat Gula Prai dan sebagainya, gula itu yang nak dibawa jual ke Singapura," soal beliau pagi tadi di Dewan Rakyat, memetik laporan akhbar New Strait Times Press (NSTP). Beliau berkata, insiden tersebut sudah tentu mempunyai kaitan dengan kesukaran rakyat mendapatkan bekalan gula nasional sebelum ini. "Saya percaya gula yang kurang dalam pasaran sebelum ini disebabkan kes-kes eksport gula sebegini bukanlah untuk orang Johor walaupun gerabak KTMB ini tergelincir di Kluang. "Tanah KTMB di Tanjong Pagar pun kita (kerajaan Umno BN) gadai pada Singapura, gula negara pun nak beri juga," sindir beliau ketika membahaskan rang undang-undang perlindungan pengguna. Membahaskan rang undang-undang yang sama, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pula mendakwa kerajaan seperti merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan pengguna dengan menisbahkan musibah kekurangan gula kepada kaum peruncit. Sedangkan, katanya aktiviti pengeluar dan pembekal gula langsung tidak dipantau sehingga gula yang telahpun disubsidi sanggup diperdagangkan pada Singapura. Sehubungan itu, beliau mencadangkan pihak berwajib memberikan pendidikan konsumerisme kepada rakyat supaya rakyat mendapat maklumat yang menyeluruh di sebalik kekurangan gula dalam pasaran. Beliau di luar Dewan Rakyat berkata, harga gula tempatan RM1.65 sekilo berbanding RM3.05 sekiranya dijual di Singapura sudah tentu mendorong minat pihak yang tidak bertanggungjawab memperdagangkan gula nasional di negara jiran itu. Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub menggesa kerajaan memperkenalkan mata pelajaran kepenggunaan di peringkat sekolah rendah lagi bagi memberi pendedahan hak-hak pengguna kepada rakyat di awal usia. Beliau berkata, beberapa negara barat yang mengamalkan perkara tersebut telah bukti mampu menanam kefahaman kepenggunaan yang baik kepada generasi awal negara mereka. "Adakah Yang Berhormat bersedia sebagai menteri hari ini mencadangkan kepada kabinet agar mata pelajaran kepenggunaan ini diajar di peringkat sekolah rendah lagi sebagai satu mata pelajaran, bukan ditempel pada mata pelajaran sivik dan sebagainya?" soalnya kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob. Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata kesedaran peringkat awal sangat penting bagi memastikan rakyat negara ini tidak mudah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu. Menteri sebelum itu menjawab soalan berkaitan rang undang-undang perlindungan pengguna di Dewan Rakyat hari ini. Beliau kemudian memaklumkan bersedia memanjangkan perkara itu kepada Kementerian Pelajaran untuk tindakan susulan. ~harakah~ |
| Guna Interpol tangkap Raja Petra Posted: 05 Jul 2010 09:48 AM PDT Polis akan bekerjasama dengan Interpol bagi menahan Raja Petra Kamaruddin mengikut prosedur undang-undang yang telah ditetapkan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin."Polis ada waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, jadi kita ada kuasa untuk menahannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja," kata beliau ketika dihubungi Bernama. Katanya, polis telah mengenal pasti lokasi Raja Petra bersembunyi di negara itu, namun beliau enggan mengulas mengenainya. Polis juga akan merakamkan kenyataan individu termasuk Datuk Zaid Ibrahim, ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, yang mempunyai kaitan dengan Raja Petra, dalam tempoh terdekat, kata beliau. Bakri bagaimanapun berkata polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung pihak yang membiayai penulis blog itu hidup di London. "Kita akan siasat berdasarkan rakaman setiap percakapan individu yang mempunyai maklumat mengenai Raja Petra dalam tempoh terdekat, termasuk mereka yang dari PKR itu sendiri," katanya. Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra dibiayai PKR. Hari ini, ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin pula bertanya apakah polis telah melakukan yang terbaik untuk menangkap penulis blog Raja Petra Kamaruddin, yang bebas bergerak secara terbuka di kota London. Raja Petra menghadapi tuduhan menghasut dan fitnah, tetapi dilepaskan tanpa dibebaskan apabila waran tangkap gagal diserahkan kepadanya. Beliau dituduh memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor, semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi timbalan perdana menteri serta pegawai pengiring Rosmah ketika itu, Lt Kol Norhayati Hassan dan suaminya Lt Kol Abdul Aziz Buyong, dalam satu akuan bersumpah yang dibuat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 10.25 pagi 18 Jun tahun lalu. Ia juga ada kaitan dengan tulisannya 'Let's send the Altantuya murderers to hell' yang dimuatkan di blognya. ~MK~ |
| Posted: 05 Jul 2010 09:47 AM PDT Pakatan rakyat semalam menubuhkan kelab Friends for Pakatan Rakyat (FoPR) di London bagi menghadapi BN pada pilihan raya umum ke-13 yang bertiup kencang akan diadakan tidak lama lagi.Pengerusi, FoPR, Brain Morais berkata beliau meramalkan antara 20,000-30,000 rakyat Malaysia yang menghuni di kota London akan menyertai kelab itu dan dengan menyalurkan sokongan dan sumber secara sistematik kepada Pakatan pada pilihan raya umum akan datang. Bagi upacara perasmian, beberapa pemimpin Pakatan diterbangkan khas. Mereka termasuk ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim, bendahari PAS, Hatta Ramli, naib presiden DAP, Dr Tan Seng Giaw dan ahli parlimen Nurul Izzah Anwar. Forum lima jam itu juga disusuli ucapan yang menyentuh pelbagai masalah yang melanda Malaysia sekarang ini. Zaid memulakan ucapannya dengan menyentuh pengharaman buku kartun oleh Zulkiflee Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, dan usaha melabelkannya sebagai penjenayah hanya semata-mata beliau berjumpa dengan blogger Raja Petra Kamarudin di Manchester. "(BN) dalam keadaan panik sekarang, mereka melihat musuh di mana-mana," kata Zaihd yang begitu yakin Putrajaya akan tumbang kepada Pakatan. ~MK~ |
| Mengapa polis gagal tangkap Raja Petra Posted: 05 Jul 2010 09:45 AM PDT Ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini bertanya apakah polis telah melakukan yang terbaik untuk menangkap penulis blog Raja Petra Kamaruddin, yang bebas bergerak secara terbuka di kota London."Apakah mereka tidak sedar atau mereka memilih untuk tidak tahu pergerakan dan lokasi RPK?," tanya Khairy dalam sidang akhbar di lobi Parlimen. "Minggu lalu, dia memberi ucapan di majlis pelancaran Friends for Pakatan Rakyat (FoPR) di London. Siaran akhbar mengenai acara tersebut dikeluarkan dua hari sebelumnya, yang menyenaraikannya sebagai penceramah," katanya. Ini, tegasnya, diketahui umum dan oleh mereka yang melayari internet dan bukannya maklumat rahsia dari Interpol yang sukar untuk memperolehinya. Raja Petra secara terbuka berucap di majlis Pakatan di London semalam yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang. "Mengapa mereka tidak boleh menangkapnya? Mengapa tidak ada tindakan dari polis?" soal Khairy, yang juga ketua Pemuda Umno. Khairy berkata, beliau bingung dengan keadaan itu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah meminta polis supaya menangkap Raja Petra. Khairy juga bertanya-tanya mengapa ketua polis negara masih satu langkah di belakang dalam menyiasat tempat persembunyian Raja Petra dan siapa yang membantu menyembunyikannya, sedangkan penulis blog itu bebas bergerak di khalayak ramai. Tambahnya, jika mereka tidak dapat menahan Raja Petra di London kerana kurangnya bidang kuasa, polis harus manfaatkan hubungan baik antara polis Malaysia dan Scotland Yard, ibupejabat polis metropolitan London, untuk membawanya kembali. Raja Petra menghadapi tuduhan menghasut dan fitnah, tetapi dilepaskan tanpa dibebaskan apabila waran tangkap gagal diserahkan kepadanya. ~MK~ |
| Zaid 'belanja' Raja Petra dan Bala Posted: 05 Jul 2010 09:44 AM PDT Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Seri Zaid Ibrahim mengesahkan bahawa beliau akan bertemu dengan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam dan blogger Raja Petra Kamaruddin untuk makan dan minum bersamanya selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan berjumpa mereka."Nak ke Holiday Villa London dalam masa sejam lagi nak bertemu Bala. Bukan apa. Kerana polis dan SPRM tak mahu dan takut bertemu Bala dan Petra, saya dan kawan kawan akan belanja mereka ais kacang," kata Zaid dalam blognya dari London, hari ini. Menurut Zaid, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebenarnya takut kapada kedua-dua rakyat Malaysia itu. "Mula-mula, kita dengar PM Najib kata beliau penuh yakin polis akan menangkap Raja Petra; tapi dah 12 bulan polis tak buat apa-apa. Dan betullah saperti kata Khairy, Raja Petra selalu ada di khalayak ramai, di London dan Manchester. "Kalau saya dan ratusan rakyat Malaysia tahu dan dah pun bertemu dengan Raja Petra, takkan polis tak tahu. Mustahil," katanya dalam tulisan terbarunya. Ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini di lobi parlimen bertanya apakah polis telah melakukan yang terbaik untuk menangkap Raja Petra yang bebas bergerak secara terbuka di kota London. Beliau juga mempersoalkan kenyataan pemimpin BN seperti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta akhbar Utusan Malaysia yang didakwa heboh memperkatakan hubungannya dengan Raja Petra. "Soalan yang patut ditanya: mengapa tidak ada tindakan terhadap Raja Petra kalau dia ada membuat kesilapan? Beritahulah kepada rakyat apa dia kesalahan itu. "Ada waran yang dikeluarkan untuk menangkapnya? Setahu saya, tidak ada. Jadi kalau Raja Petra tidak membuat apa-apa kesalahan, mengapa pula saya tak boleh tengok bolasepak dengannya?" Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, perkara yang sama dengan kes yang membabitkan Balasubramaniam. "Dia pun ada di London. Minggu depan, dia akan ke Paris untuk bertemu dengan pihak penyiasatan Perancis. Tapi polis Malaysia tak berminat bertemu dengan kedua-dua manusia ini. Persoalannya mengapa?" soal Zaid merujuk kepada tindakan polis Perancis yang menyerbu pejabat beberapa firma yang menjual kapal selam Scorpene kepada Malaysia, bulan lalu. Menurut Zaid, polis sebenarnya, tahu di mana Raja Petra dan Balsubramaniam berada dan katanya, polis juga telah bertemu dengan penyiasat persendirian itu di Bangkok. "PM Najib berkata kita tidak boleh percaya kepada Raja Petra; tetapi kita juga tak boleh percaya buta tuli kepada PM Najib. Jadi buatlah satu penyiasatan yang bebas dan terbuka, dan beri jaminan kepada kedua-dua mereka tentang keselamatan diri dan keluarga mereka, dan jaminan mereka tidak akan ditahan dibawah ISA. "Saya percaya mereka akan pulang ke Malaysia untuk mempertahankan kenyataan mereka yang dibuat tempoh hari. "Dan jika mereka benar-benar kaki penipu dan memalukan pemimpin negara, maka hukumlah mereka. Itu cara pemimpin yang reformis dan baik, bukan berlakon menggunakan polis dan akhbar menimbulkan buruk sangka setiap hari terhadap orang lain," katanya. Raja Petra menghadapi tuduhan menghasut dan fitnah, tetapi dilepaskan tanpa dibebaskan apabila waran tangkap gagal diserahkan kepadanya. Beliau dituduh memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor, semasa Najib menjadi timbalan perdana menteri serta pegawai pengiring Rosmah ketika itu, Lt Kol Norhayati Hassan dan suaminya Lt Kol Abdul Aziz Buyong, dalam satu akuan bersumpah yang dibuat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 10.25 pagi 18 Jun tahun lalu. Ia juga ada kaitan dengan tulisannya 'Let's send the Altantuya murderers to hell' yang dimuatkan di blognya. Dalam wawancaranya, seperti dimuatkan di Youtube dan blog Malaysia Today, Balasubramaniam pula pernah mendakwa Rosmah - melalui seorang ahli perniagaan Deepak Jaikishan - gembira dengan keputusannya menarik balik akuan bersumpah 3 Julai tahun lalu yang menuduh Najib ada hubungan intim dengan Altantuya Shaariibuu. Akuan bersumpah itu, yang diumumkan 3 Julai tahun lalu, mengandungi dakwaan yang Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya Shaariibuu - kenyataan yang dinafikan Najib kemudiannya. Balasubramaniam kemudiannya menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu dalam tempoh 24 jam dalam situasi yang meragukan dan meninggalkan negara bersama anggota keluarganya. Perdana menteri dan isterinya sering menafikan pembabitan mereka dengan kes wanita Mongolia itu, yang mati dibunuh pada 2006. ~MK~ |
| Posted: 05 Jul 2010 09:43 AM PDT Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan beliau akan bertemu dengan bekas pengawal pribadi rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda iaitu P Bala Subramaniam untuk makan dan minum bersama beliau selepas polis dan SPRM enggan bertemu beliau.Dalam tulisan terbarunya dari Kota London, Zaid berkata, oleh kerana polis dan SPRM enggan dan takut bertemu Raja Petra dan Bala, beliau dan rakannya akan bertemu mereka berdua dan belanja mereka makan ais kacang. Zaid dipercayai mengulas pelbagai tuduhan termasuk membiayai kedua-duanya (Petra dan Bala) yang kini dikatakan pelarian ekoran diburu polis. Dalam hal ini, Zaid mendakwa, polis bukan memburu kedua-duanya. "Mula-mula, kita dengar PM Najib kata beliau penuh yakin polis akan menangkap Raja Petra; tapi dah 12 bulan polis tak buat apa-apa. Dan betul lah saperti kata Khairy, Raja Petra selalu ada di khalayak ramai, di London dan Manchester. Kalau saya dan ratusan rakyat Malaysia tahu dan dah pun bertemu dengan Raja Petra, takkan Polis tak tahu. Mustahil," tulis Zaid dalam blognya. Menurut Zaid, Bala ada di London. Minggu depan, dia akan ka Paris untuk bertemu dengan pihak penyiasatan Perancis. "Tapi Polis Malaysia tak berminat bertemu dengn kedua-dua manusia ini. Persoalannya mengapa?" tanya Zaid dalam tulisannya. Menurut Zaid, yang dihebohkan oleh Menteri Hishammuddin, MP Zahrain dan Utusan Malaysia ialah apa hubungan beliau dengan Raja Petra. "Soalan yang patut ditanya: mengapa tidak ada tindakan terhadap Raja Petra kalau dia ada membuat kesilapan? Beritahulah kepada rakyat apa dia kesalahan itu. Ada waran yang dikeluarkan untuk menangkapnya? Setahu saya, tidak ada. Jadi kalau Raja Petra tidak membuat apa-apa kesalahan, mengapa pula saya tak boleh tengok bolasepak dengannya?" katanya. Sebenarnya, bagi Zaid, PM Najib takut kapada kedua-dua manusia ini. Lalu berlakonlah mereka, kononnya Raja Petra dilaporkan berada di Brisbane, Australia dan di mana saja. "Mereka sebenarnya tahu dimana Raja Petra dan di mana Bala. Malah Polis telah pun bertemu Bala di Bangkok, tetapi setakat ini, membisu sahaja. Inilah yang rakyat mahu tahu, mengapa tidak ada siasatan terbuka terhadap kedua-dua mereka ini," katanya. Tulis Zaid, "PM Najib berkata kita tidak boleh percaya kepada Raja Petra; tetapi kita juga tak boleh percaya buta tuli kepada PM Najib. "Jadi buatlah satu penyiasatan yang bebas dan terbuka, dan beri jaminan kepada kedua-dua mereka tentang keselamatan diri dan keluarga mereka, dan jaminan mereka tidak akan ditahan dibawah ISA. "Saya percaya mereka akan pulang ke Malaysia untuk mempertahankan kenyataan mereka yang dibuat tempoh hari," tulisnya lagi. Menurutnya, jika mereka berdua benar-benar kaki penipu dan memalukan pemimpin negara, maka hukumlah mereka. "Itu cara pemimpin yang reformis dan baik, bukan berlakon menggunakan Polis dan akhbar menimbulkan buruk sangka setiap hari terhadap orang lain," katanya. "Saya terpaksa berhenti disini. Nak ke Holiday Villa London dalam masa sejam lagi nak bertemu Bala. Bukan apa. Kerana Polis dan MACC tak mahu dan takut bertemu Bala dan Petra, saya dan kawan kawan akan belanja mereka ais kacang," kata Zaid mengakhiri tulisannya. ~harakah~ |
| Posted: 05 Jul 2010 12:31 AM PDT Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyediakan pentas terbuka untuk berdebat berhubung status PAS atau Umno yang sepatutnya dianggap sesat."Saya cabar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini untuk berdebat secara terbuka, biar rakyat, kita (PAS) atau Umno sesat," tegas beliau di Lobi Parlimen, petang ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna sepatutnya menjawab dakwaan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman secara berhujah, bukannya dakwaan kosong seperti yang dibuatnya semalam. Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria pula mempersoalkan dasar sekularisme serta nasionalisme yang diperjuangkan oleh Umno sendiri. "Kalau PAS parti ajaran sesat, kita tengok sumber PAS itu al-Quran, as-Sunnah, ijmak serta qias. "Kalau itu dikatakan sesat, Umno ini bagaimana," soal beliau sambil menuntut Shafie menunjukkan perkara yang sesat menurut Perlembagaan PAS. Dalam perkembangan yang sama, Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Johor dilaporkan membuat laporan polis berhubung dakwaan tidak bertanggungjawab menteri terbabit. Pada suatu kenyataan, Mazlan turut menyifatkan kenyataan menteri terbabit sebagai biadap dan keterlaluan pada sebuah parti politik yang sah berdaftar di tanah air, seperti PAS. Ini kerana, beliau berkata, menteri itu celupar mendakwa PAS hanya mementingkan kemenangan kerusi Dun dan Parlimen, berbanding kepentingan rakyat. Sehubungan itu, beliau bertindak seperti Salahuddin, iaitu bersedia untuk berdebat secara terbuka dengan Shafie berhubung kepincangan urus tadbir Felda. ~harakah~ |
| Posted: 05 Jul 2010 12:28 AM PDT [1] UMNO marah kat PAS. Katanya, PAS tak laksana Islam. Sebenarnya, melaksanakan islam ini bukan tanggungjawab PAS sahaja. Ia tanggungjawab semua orang islam. UMNO dakwa beragama Islam, bermakna mereka juga wajib laksanakan Islam. tetapi, sejak merdeka, apa yang UMNO lakukan untuk perlaksanaan islam di Malaysia? Apakah UMNO ini bukan Islam seperti DAP, MIC dan MCA? [2] Islam wajib dilaksanakan di Malaysia. Tetapi, reality Malaysia mengamalkan system demokrasi. Justeru, usaha PAS melaksanakan Islam di Malaysia, masih berada dalam kerangka demokrasi. Demokrasi menekankan suara rakyat. Kalau rakyat mahukan Islam, maka sebagai kerajaan, wajib melaksanakan kehendak rakyat itu. Makanya, memahamkan rakyat tentang islam adalah perlu. supaya, rakyat mendesak kita supaya melaksanakan islam. Soalnya, apa yang UMNO buat untuk memahamkan rakyat tentang Islam? [3] UMNO desak PAS laksana Islam, walhal dalam parlimen, MP PAS tidak majority. Adapun MP UMNO, lebih majority. Di Malaysia yang mengamalkan demokrasi, gubal sesuatu undang-undang tertakluk persetujuan majority MP-MP dalam parlimen. UMNO pula kata, semua MP mereka beragama Islam. kalau betul beragama islam, kenapa MP-MP UMNO tidak gubal undang-undang untuk perlaksanaan islam? [4] Islam ini mengajar manusia bukan sekadar solat, puasa, zakat dan sebagainya. Tetapi, di sana wujud beberapa perkara yang ditekankan oleh islam, seperti jauhi rasuah, kezaliman (seperti ISA), penyelewengan harta rakyat dan banyak lagi. PAS berusaha perlaksanaan islam yang dilihat ada kesamaan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, seperti menolak rasuah, kezaliman, penyelewengan harta rakyat dan banyak lagi. Soalnya, kenapa UMNO yang mendakwa beragama Islam tidak menghapuskan budaya tidak islam ini? yang adanya, mereka sendiri yang mengamalkan rasuah, kezaliman dan kezaliman ini. Apakah benar, UMNO itu Islam? ~Al-Bakistani~ |
| Posted: 05 Jul 2010 12:26 AM PDT PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat.Laporan polis itu dibuat di balai polis Sentral Johor Bahru yang diketuai ketua penerangannya Mazlan Aliman, yang diiringi kira-kira 20 penyokong parti itu, pada jam 11.30 pagi tadi. Bercakap kepada Malaysiakini pagi ini, Mazlan mendakwa Mohd Shafie yang juga naib presiden Umno, dalam ucapannya perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya kelmarin, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat. "Itu kenyataan yang biadap, amat keterlaluan. Maka kami membuat laporan meminta pihak polis menyiasat kenyataan beliau itu dan kami mendesak agar beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu," katanya. Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, kenyataan Mohd Shafie itu dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian semalam Laporan itu memetik Mohd Shafie menyifatkan PAS sebagai parti ajaran sesat kerana didakwanya hanya memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat. Mengulas lanjut, Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata dakwaan yang dilemparkan kepada parti itu "tidak boleh diterima sama sekali". "Ahli PAS kini berjumlah satu juta, adakah beliau berani menyatakan (mereka) sesat. PAS menguasai Kelantan, memimpin di kerajaan Kedah dan suatu ketika dahulu memerintah di Perak, adakah beliau menyatakan majoritinya sebagai sesat," tegasnya. Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk berdebat bagi membuktikan siapa yang sebenarnya sesat. Katanya, jika Mohd Shafie tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau itu, PAS Johor akan mengarahkan ahlinya di negeri itu untuk membuat laporan polis secara bersiri terhadap menteri itu. ~MK~ |
| Rrakyat Malaysia pertama, bangsa Cina kedua Posted: 05 Jul 2010 12:24 AM PDT Pemimpin DAP, Lim Kit Siang pagi tadi bersedia mengaku bahawa dalam dirinya yakin 'rakyat Malaysia pertama, bangsa Cina kedua' di Dewan Rakyat. Bagaimana pun, katanya, beliau berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina. "Saya bangga menjadi bangsa Cina, tetapi saya selalu percaya bahawa semua rakyat Malaysia merentasi jalur etnik, kebudayaan, kepercayaan dan perbezaan geografi wajar mencari titik persamaan yang sama," ujar beliau di lobi Parlimen. Kenyataan Ahli Parlimen Ipoh Timur itu sekali gus menjawab dakwaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya tindak tanduk Lim seakan pemimpin Cina yang cuba memecahbelahkan orang-orang Melayu, yang sebelum ini menyokong Umno BN. "Dia (Muhyiddin) menuduh saya lebih rasis daripadanya dengan berkata, 'Tanya Lim Kit Siang sama ada dia akan mengaku Cina atau bangsa Malaysia'." "Sebenarnya saya tidak memanggil Muhyiddin sebagai Ultra," katanya menafikan kenyataan berunsur perkauman yang dibuat Muhyiddin, semalam. Disebabkan itu, beliau pula mencabar Ahli Parlimen BN, termasuk Muhyiddin supaya tidak membuat cabaran tanpa asas kepadanya. Sebaliknya, beliau berkata, mereka wajar membuat satu deklarasi yang selari dengan konsep sebenar Satu Malaysia; yang berbunyi 'Rakyat Malaysia Utama, Bangsa Melayu kedua' di Dewan Rakyat. Cabaran itu, baginya, sekadar memastikan Satu Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya direalisasikan seperti yang dicanang-canangkan. "Tujuan 1Malaysia adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih berprestasi, lebih produktif dan lebih kompetatif - dan akhirnya menjadi satu bangsa yang lebih besar, sebuah bangsa di mana negara berharap setiap rakyat Malaysia memandang diri masing-masing sebagai sebagai rakyat Malaysia yang utama manakala bangsa, agama, sembadan geografi atau latar belakang sosio-ekonomi sebagai yang kedua; di mana ekonomi, politik dan sosial sebagai entiti masyarakat," ujar beliau merujuk kepada suatu definisi rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan sendiri, Januari lepas. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Model Ekonomi Baru (MEB) serta Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) tidak mencerminkan wawasan Satu Malaysia yang memberikan persaingan yang lebih sihat dari segi ekonomi, politik dan sosial kepada semua bangsa. Ini kerana, wawasan itu menurut beliau, masih memelihara kepentingan ahli politik tertentu dalam Umno BN, atas nama bangsa dan negara. ~harakah~ |
| Pakatan fail usul tergempar permit Suara Keadilan Posted: 05 Jul 2010 12:23 AM PDT Pakatan Rakyat akan memfailkan usul tergempar di Parlimen hari ini untuk membahaskan tindakan kementerian dalam negeri tidak memperbaharui permit akhbar Suara Keadilan.Selain itu, PKR akan turut mempertahankan laporan akhbar itu yang mendedahkan kepincangan Felda di mahkamah dan tidak akan memohon maaf kepada Felda. Menurut TV Selangor, ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata pihaknya mempunyai cukup bukti untuk mempertahankan laporan Suara Keadilan itu. Justeru, beliau menggesa kerajaan menghentikan usaha untuk membisukan PKR serta akhbar miliknya itu. Sivarasa (kanan, bertali leher merah) berkata, tindakan KDN tidak memperbaharui permit Suara Keadilan dilakukan dengan niat untuk membisukan lidah PKR daripada terus mendedahkan isu-isu kepentingan umum. Tindakan terbaru kementerian itu harus dibahas oleh parlimen kerana ia menyentuh isu-isu kebebasan hak bersuara dan media serta maklumat yang membabitkan kepentingan awam. "Usul isu Suara Keadilan ini difailkan untuk dibantahkan kepada pergantungan ini dan untuk mendesak Menteri meluluskan serta merta penerbitan ini yang tidak cuba menggugat atau menghalang suara kita daripada PKR. "Kita nampak pergantungan Suara Keadilan ini, khususnya Najib, Perdana Menteri sekarang khuatir tentang perkara itu berhubung isu Felda yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan mereka nampak Suara Keadilan telah membawa banyak isu dan fakta," katanya. Beliau berkata usul yang akan difailkan oleh ahli parlimen Gombak, Azmin Ali. Ditanya mengenai tindakan Felda menyaman Suara Keadilan bersabit laporan ini, Sivarasa berkata PKR akan mempertahankan segala laporan akhbar itu yang mendedahkan kepincangan dan salah urus wang Felda. "Peguam Felda telah menghantar satu surat kepada Suara Keadilan dan PKR akan melantik peguam untuk menjawap dan kita sudah bagi jawapan iaitu kita sanggup mempertahankan apa jua yang diterbitkan oleh Suara Keadilan dan sebagai pandangan yang munasabah apabila rizab Felda merosot dengan merisaukan," katanya. ~MK~ |
| Judi coretkan sejarah cemar dan jijik Posted: 05 Jul 2010 12:22 AM PDT Tindakan kerajaan cuba menghalalkan judi sukan membuktikan betapa sebahagian pemimpin Umno yang mengemudi kerajaan Pusat itu telah mencoretkan sejarah yang 'cemar dan jijik' di sisi maruah umat Islam.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ia menjadi rosak lagi apabila langkah itu dibuat kononnya untuk memenuhi tuntutan orang bukan Islam. Ianya memalukan apabila munculnya suara tegas pihak bukan Islam, khususnya masyarakat Cina yang menyangkal dakwaan pemimpin Umno bertaraf menteri kerana mengaitkan judi dengan masyarakat Cina. Nik Aziz berkata demikian dalam tulisan terbarunya melalui blog beliau hari ini. Menurut beliau, hukum judi itu telah terang dan terbukti haram. Sebagaimana firman Allah SWT: "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar(arak) dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" - (Al-Baqarah 2:219) "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya" - (al-Maidah 5:90). Demikian juga, dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda, "sesungguhnya Allah mengharamkan kepadaku, iaitu mengharamkan khamar, judi dan al-kubah. Setiap yang memabukkan adalah haram". (Hadis riwayat Ahmad). Menurutnya, berlatar belakangkan suasana dan penegasan hukum Islam tersebut, kebelakangan ini telah wujud keadaan seperti berita yang dibaca, hari-hari dimuatkan dengan cerita polis – menangkap penjudi-penjudi bola sepak. "Ini menggambarkan pihak polis telah hadapi satu bebanan kerja baru kerana terpaksa 'serbu sana, serbu sini' untuk mencegah kegiatan judi bola! "Sebelum ini, kerja polis tidaklah begitu teruk, tetapi sejak timbul cerita judi bola ini, maka bertambah sibuk lagi kerja polis. "Kenapa jadi demikian, tidak lain kerana ada pihak yang tidak menghiraukan larangan Allah SWT yang telah mengharamkan judi ini," kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam tulisannya itu. Menurut Islam, judi adalah sama dengan arak. Sama-sama melumpuhkan akal fikiran manusia, tulis beliau. Kerana judi, katanya, manusia akan jadi tidak waras. "Wajarlah dalam al-Quran disebut judi sebagai "rijsm" yang merujuk sebagai "najis." Makna rijsm itu secara khusus merujuk kepada 'kekotoran dalaman' sementara najis itu pula bermaksud benda kotor yang keluar dinamakan tahi," katanya. Atas sifat berjudi, kalau dia dapat hasil (menang), katakan duit maka duit itu adalah duit najis. Makan duit najis sudah tentu akan mengotorkan darah daging dia. Sampai satu peringkat akan turut mengotorkan pemikiran dia, katanya. "Jelaslah akibat judi, akal fikiran jadi kotor, rosaklah akal fikiran itu. Bila akal fikiran rosak, kesannya berlakulah banyak perkara yang tidak diingini – rempuh orang, bunuh orang, tembak orang dan sebagainya," tambah beliau. Bagi beliau, cara orang berjudi pun sudah menggambarkan fikiran yang tidak waras. "Bila berjudi perlu pertaruh duit, katakan seribu atau sejuta ringgit. Letak seletak-letaknya. Kita tak boleh buat apa-apa, hanya menunggu nasib. Tauke judi juga yang kaya," tulisnya. Bagi beliau, judi tidak sama dengan bertanding pilihan raya. "Kita letak deposit, kita boleh kempen, jumpa pengundi boleh rayu dan boleh beri penerangan. Kita boleh berdakwah menyampai kebenaran perjuangan kita. Usaha kita boleh diukur sama ada boleh menang atau kalah. Ia tidak berlaku dalam berjudi. Maka, padanlah Allah SWT mengharamkan judi," terang beliau yang sejak sekian lama menyertai pilihan raya. "Namun, atas semua suasana akibat cadangan meluluskan lesen judi bola itu, kita melahirkan rasa dukacita dengan tindakan orang kita Melayu dan bertaraf menteri pula yang beria-ia meluluskan judi," katanya. Tindakan itu dilihat semacam mengajar rakyat Malaysia melakukan sesuatu yang melumpuhkan akal fikiran. Sedangkan akal fikiran adalah anugerah berharga yang sangat mustahak digunakan selari dengan kehendak Allah SWT, tambahnya. "Sama-samalah kita mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Semoga Allah memberkati ketegasan kita dalam menjalani kehidupan berteraskan agama," tulis beliau. ~harakah~ |
| Posted: 05 Jul 2010 12:21 AM PDT Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) sedang membuat persiapan bagi menganjurkan "Konvoi 10 ribu Rakyat, Didik dan Dakwah Tak Nak Judi" ke puncak Genting Highlands. Menurut ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi, program tersebut dijadual pertengahan Syawal depan selepas umat Islam selesai menjalani ibadah puasa Ramadhan. "Kita mahu capai objektif utama iaitu mahu menyemarakkan Kempen Tak Nak Judi dan mahu mengimarahkan puncak Genting dengan solat hajat dan kalimah Allah setelah sekian lama gersang," katanya ketika dihubungi. Antara lain, pada program julung kali diadakan itu juga akan mengedarkan risalah dakwah bagi menyedarkan orang ramai berkenaan bahana judi dan kesannya kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, program tersebut hanya akan diteruskan sekiranya mendapat sokongan dari rakyat dengan berjaya mengumpul 10 ribu penyertaan. Sehubungan itu, DPPP katanya akan membuka pendaftaran kepada rakyat yang prihatin yang mahu menolak judi. "Tak cukup 10 ribu, kami tak akan buat sebab kita takut tidak berkesan," katanya. ~harakah~ |
| KDN beri amaran pada 'Suara Perkasa' Posted: 05 Jul 2010 12:20 AM PDT Suara Perkasa, akhbar rasmi PERKASA diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menerbitkan artikel yang boleh membahayakan perpaduan nasional.Ketua editornya, Daud Ibrahim berkata pegawai KDN memberitahunya bahawa muka depan edisi sulung akhbar tersebut "tidak membantu perpaduan nasional". Sehubungan itu, KDN telah memberi amaran kepadanya supaya membuat kesalahan yang sama, kata Daud ketika dihubungi di Malaysiakini. Daud bertemu pihak KDN hari ini untuk memberi penjelasan mengenai tajuk muka depan Suara Perkasa yang mula diterbitkan minggu lalu yang menggesa supaya Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ini adalah kali kedua wakil akhbar tersebut dipanggil oleh KDN. Sebelum ini, editornya, Amirudin Mohamad dipanggil menemui Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, dan setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad, Jumaat lalu. Menurut Daud, Abdul Rahim dan Zaitun berkata, yang beliau boleh memilih tajuk yang lebih baik. Bagaimanapun, katanya, beliau memberitahu mereka, sewaktu pertemuan selama dua jam itu, bahawa perhatian utamanya adalah untuk memilih tajuk yang dapat menjual akhbar tersebut. Beliau juga menunjukkan artikel-artikel yang turut menggesa penahanan orang lain, termasuk mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di bawah ISA. "Tapi mereka memberitahu saya yang ia tidak bermakna apa yang saya lakukan adalah betul. Saya mengakui kesalahan saya dan syukur penjelasan saya diterima, "katanya. Jualan lembab Daud bagaimanapun menjangkakan bahawa keputusan KDN akan membantu melariskan jualan 25,000 nashkah yang dicetak. Menurutnya, jualan agak perlahan setakat ini kerana pengedar keberatan untuk mengedarnya kerana takut 'gangguan' pihak berkuasa. Bahkan, jelasnya, pencetak juga enggan mencetak edisi kedua, kerana bimbang akan menghadapi masalah, terutamanya selepas Pemuda MCA membuat laporan polis terhadap Suara Perkasa. Bagaimanapun, Daud berkata, edisi Suara Perkasa berikutannya akan dicetak oleh pencetak baru. Bagaimanapun, akhbar PKR Suara Keadilan tidak bernasib baik kerana permitnya digantung selepas menyiarkan artikel yang mendakwa Felda bankrap. KDN telah menolak penjelasan yang diberikan. ~MK~ |
| KDN belum putuskan permit Suara Keadilan Posted: 05 Jul 2010 12:18 AM PDT Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum membuat keputusan berhubung permohonan pembaharuan permit penerbitan Suara Keadilan.Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab. Samad hari ini menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa KDN sedang meneliti dan mempertimbangkan permohonan pembaharuan permit penerbitan itu. "Kementerian masih belum membuat sebarang keputusan mengenai permohonan tersebut," katanya. Katanya kenyataan yang mengatakan kementerian telah menggantung permit penerbitan Suara Keadilan adalah tidak benar dan tidak berbangkit sama sekali. Beliau berkata keputusan berhubung pembaharuan permit itu hanya akan dibuat setelah mendapat penjelasan yang memuaskan daripada pihak penerbitan Suara Keadilan. Zaiton juga memaklumkan bahawa permit penerbitan Suara Keadilan telah tamat tempoh sah laku pada 30 Jun lalu dan permit yang diberikan sebelum ini adalah bagi tempoh satu tahun iaitu dari Julai 2009 hingga 30 Jun lalu. Laporan sebelum ini menyebut bahawa KDN memutuskan untuk tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan yang tamat akhir bulan lepas setelah tidak berpuas hati dengan penjelasan sidang redaksi penerbitan itu berhubung beberapa perkara. Antaranya, pihak KDN dilaporkan tidak berpuas hati dengan penjelasan editor akhbar berkenaan Dzulkarnain Taib, berhubung penyiaran artikel bertajuk Felda Bankrap. ~Bernama~ |
| PKR akan terus terbitkan Suara Keadilan Posted: 05 Jul 2010 12:18 AM PDT PKR akan terus meneribitkan akhbar Suara Keadilan (SK) sehinggalah Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat kata putus status akhbar itu.Pengarah Strategiknya, Tian Chua menyifatkan kenyataan terbaru dikeluarkan KDN bahawa permit penerbitan akhbar itu tidak digantung dan cuma tamat tempoh adalah satu lagi mempamerkan sikap 'flip flop' kerajaan. "Mengenai kedudukan permit Suara Keadilan kita sebenarnya keliru, selepas KDN isytiharkan pengantungan permit tersebut, menteri pula menjelaskan permit itu belum digantung tetapi permit telah tamat tempoh, jadi ini yang telah mengelirukan kita dan juga Suara Keadilan," katanya ketika ditemui diparlimen hari ini. "Kita tetap akan terbitkan Suara Keadilan sehingga mendapat jawapan jelas dari kerajaan," jelas Tian lagi. Dalam pada itu PKR hari ini juga melalui Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali telah menghantar usul kepada Yang DiPertuan Dewan Rakyat bagi mencadangkan isu penggantungan permit SK dibahaskan di Dewan Rakyat. Keputusan sama ada usul tersebut diterima atau ditolak bagaimanapun hanya akan diketahui esok. Bagi beliau, dengan menggunakan Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2), Dewan Rakyat wajar membahaskan isu berkaitan insiden permit Suara Keadilan (SK), milik PKR yang digantung Kementerian Dalam Negeri (KDN), Khamis lalu tanpa alasan munasabah. "Isu ini ekoran KDN sekat kebebasan media serta menyekat kebebasan parti-parti politik di negara ini," tegas beliau di lobi Parlimen. Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, tindakan KDN itu sekaligus menghalang rakyat dari mengakses laporan berita alternatif berhubung kepentingan negara. Tambahnya lagi, pendedahan 'Felda Bankrap' yang dibuat SK pada keluaran bertarikh 22-29 Jun lalu sepatutnya dilihat sebagai tanggungjawab parti-parti pembangkang dalam memelihara kepentingan negara. "Ini tanggungjawab Pakatan Rakyat serta PKR sendiri untuk memperbetul kerajaan serta memperkenal dasar-dasar yang baru untuk kepentingan negara," ujarnya. Bercakap pada sidang media yang sama, Naib Presiden PKR Sivarasa K. Rasiah mempersoal kaedah kerajaan menggantung permit lidah parti itu. "Merujuk pada surat KDN 2 Julai kepada kami, alasannya lebih karut (kerana) mereka tuduh kita (SK) langgar syarat-syarat yang ditetapkan oleh kementerian," ujar beliau sambil merujuk suatu surat jawapan balas KDN kepada SK. Beliau yang juga Ahli Parlimen Subang berkata, syarat-syarat yang diperjelaskan oleh KDN pada SK nyata tidak masuk akal. "Mana boleh pada suatu akhbar yang menjadi lidah rasmi parti, tapi tak boleh sentuh isu-isu semasa seperti yang KDN syaratkan. "Akhbar kita (SK) turut dituduh mencemarkan kredibiliti kerajaan, Felda seperti (dalam surat) 2 Julai lalu, bayangkan sebuah parti pembangkang tidak boleh mengkritik kerajaan," tegas beliau. Inisiatif kerajaan membunuh kebebasan media, menurut beliau sekaligus menafikan peranan pembangkang dalam sistem demokrasi berparlimen di tanah air. "Tugas pembangkang bukannya memuji-muji kerajaan, buat apa jadi pembangkang dalam sistem demokrasi ini, baik jadi kerajaan Umnosaja," tegasnya. Tuntas dari itu, beliau mendakwa, pergantungan SK itu lebih bermotif politik untuk menghalang masyarakat Melayu dari mengetahui kepincangan sebenar urus tadbir Felda kebelakangan ini. ~harakah~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

















Tiada ulasan:
Catat Ulasan